Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- 'Ingatlah anak'
- Sinar FM kekal nombor satu
- Sangkar buah tangan pertama Nani
- Jerat kenalan Facebook
- Pelamin bak singgahsana Sultan Mansur Syah
- Seret bayi keluar rumah
- Misteri bau busuk terurai
- Raja Azura suami berpisah
- Bekas Pengacara TV3 Bercerai Talak Satu
- Dr. Rozmey "Balas Dendam" Mahu Wartawan Rasa "Pedih"
- Faizal Tahir Luka & Bengkak Kaki Akibat Kemalangan
- Ahmad Idham Dapat Anak Lelaki
- Ezad Tak Gentar Tanpa Exists
- Tuhan Selamatkan Maher Zain
- Siaran Langsung Perkahwinan Sheikh Muszaphar Ahad Ini
- Sari berkorban demi anak
- Empat selebriti popular rancakkan Mari Menari
- Nikah segera elak fitnah
- Crossings tiru Ghost Whisperer?
- JYJ gegarkan Kuala Lumpur
- Cucu Raja Arab Saudi dibicara
- Dipenjara kerana kerat kanak-kanak
- Lelaki dirogol tiga wanita bergilir-gilir
- Diplomat Romania didakwa
- Logo Presiden AS tercabut semasa Obama berucap
Posted: 06 Oct 2010 10:57 PM PDT KEBAHAGIAAN yang terpancar pada wajah Rita dan Aidil Zafuan ini diharap terus berkekalan. RITA Rudaini meminta Mohd Aidil Zafuan Razak supaya menziarahi anak mereka Airit Rayyan Rizqin walaupun sekejap kerana tidak menjenguknya hampir sebulan iaitu sebelum Aidilfitri lagi."Tak apalah saya beraya dengan anak, walaupun kesedihan di hati ini, hanya Tuhan yang tahu. Cuma saya rayu kepada suami, luangkan sedikit masa menjenguk anak. 10 minit pun jadilah! Pelakon itu juga menegaskan, dia bukanlah kejam kerana memang tidak pernah terlintas langsung untuk memutuskan hubungan Aidil dengan keluarganya. "Saya tak pernah halang suami menjenguk atau bermalam di rumah keluarganya. Saya rela berkorban apabila Aidil mahu menyambut Aidilfitri bersama keluarga tahun ini. Tetapi kalau mereka tidak dapat menerima hingga saya melahirkan zuriat yang juga darah daging mereka, bagaimana pula keadaannya?" tanyanya. Sebagai suami, Aidil sepatutnya bersikap lebih berani, gentleman dan bertanggungjawab mempertahankan serta melindungi maruah isterinya. Tindakan Aidil mengambil sikap tunggu dan lihat atau mendiamkan diri meletakkan Rita kini dalam kebingungan. "Saya agak terkilan dengan sikap suami. Kecewa apabila dia hanya mendiamkan diri apabila saya diaibkan. Kenyataannya mahu berbincang dengan keluarga menunjukkan dirinya masih bergantung kepada keluarga. Dia suami. Sepatutnya dia melindungi saya, bukannya membiarkan saya sendirian macam ini. "Sebelum membuat kenyataan, saya terlebih dulu mengadu kepada suami. Tetapi jawapannya cukup mengguris hati. Dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbunyi "buatlah, lantak kau orang". Saya manusia biasa. Setakat mana kesabaran boleh bertahan? Saya berasakan maruah saya diperkotak-katikkan apabila keluar gosip yang tidak dapat diterima akal," katanya. Rita juga menjelaskan dia terpaksa bercakap dengan media untuk mempertahankan diri kerana maruah dirinya sebagai seorang isteri dan ibu seolah-olah diabaikan oleh mereka yang sepatutnya melindunginya. "Saya pun ada maruah sebagai isteri dan ibu. Saya sedih apabila suami buat kenyataan tidak tahu-menahu mengenai cerita ini, sedangkan saya sudah mengadu kepadanya apabila timbul macam-macam gosip mengenai rumah tangga kami sejak kebelakangan ini," katanya. Rita berkata demikian mengulas kenyataan Aidil dalam Berita Harian bahawa dia (Aidil) mahu berbincang dengan keluarganya terlebih dulu untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka. "Saya terpaksa bercakap dengan media untuk mempertahankan diri. Saya pun ada maruah sebagai isteri dan ibu. Saya sedih apabila suami buat kenyataan tidak tahumengenai cerita ini, sedangkan saya sudah mengadu kepadanya apabila timbul macam-macam gosip mengenai rumah tangga kami sejak kebelakangan ini. "Saya tidak halang suami mahu bertemu dengan keluarganya, tetapi dia juga perlu berbincang dengan saya. Kenyataan Aidil mahu berbincang dengan keluarga terlebih dulu menjelaskan selama hari ini, suami masih dikongkong keluarganya. Saya sedih Aidil seperti tiada pendirian dan membiarkan orang lain mengatur kehidupan rumah tangga. "Saya ialah isterinya, ibu kepada anaknya, Airit Rayyan Rizqin. Sepatutnya dia mempertahankan hak dan maruah saya yang difitnah, bukan membiarkan orang lain menentukan kehidupannya. Saya semakin tertekan, perasaan saya kini tidak menentu, sudahlah difitnah, suami pula bersikap seolah-olah lepas tangan," luahnya dalam nada sebak. Bukan mengungkit, namun hakikatnya Rita masih teringat lagi kata-kata Aidil Zafuan bahawa dia sendiri bersungguh-sungguh mahu mengahwininya walaupun menyedari ia tidak mendapat restu daripada keluarganya sendiri. "Dulu, ketika mengajak saya berkahwin, tahu pula mencari, memujuk dan berbincang keluarga saya. Walaupun keluarga saya minta Aidil mendapatkan persetujuan keluarganya terlebih dulu, keputusannya kata Adil tetap sama, hubungan kami tidak mendapat restu. Saya masih ingat kata-katanya, keluarganya sudah tidak boleh bawa berbincang lagi. "Awalnya sukar untuk saya dan keluarga menerima. Kami tahu akibatnya jika berkahwin tidak mendapat restu. Tapi Aidil berjanji tidak akan mempersia-siakan hidup saya dan akan bertanggungjawab dengan segala apa yang berlaku. Sekarang apa sudah jadi? Anak kami masih kecil, tidak terfikirkah Aidil soal masa depan Airit?" katanya lagi. Rita berkata, dia juga keliru dengan kenyataan bapa mentua, Abd Radzak Salleh yang mendakwa tidak pernah campur tangan berhubung rumah tangganya. "Kalau mereka (keluarga Aidil) tidak campur tangan, rumah tangga kami tidak menjadi tegang macam ini. Kenapa tak nasihatkan Aidil supaya menemui saya dan menjenguk anaknya yang tidak ditemui sejak raya lagi," jelas Rita. | ||
Posted: 06 Oct 2010 10:53 PM PDT KRILL, Raja Azura dan Salih terus unggul dengan Sinar Pagi. RADIO Sinar FM, terus teguh mempertahankan kedudukannya sebagai stesen radio berbahasa Melayu nombor satu buat kali kedua berturut-turut dengan catatan purata 4.22 juta pendengar.Kedudukan Sinar FM juga dilihat semakin kukuh apabila jumlah pendengarnya bertambah sebanyak 120,000 musim ini. Pada musim lalu, radio ini mengumpul 4.1 juta pendengar. Sementara itu, stesen radio Suria FM pula terus mengekalkan kedudukannya di tangga keempat dengan catatan 1.88 juta pendengar. Biarpun ketinggalan agak jauh berbanding tiga stesen radio utama, peratusan pendengar Suria FM turut bertambah. Bagi slot pagi, Sinar Pagi kelolaan Khairil Rashid atau Krill bersama-sama Raja Azura (K.E) dan Salih Yaccob (S.Y) juga nampaknya terus unggul apabila sekali lagi berjaya mempertahankan kedudukan mereka sebagai program paling menjadi pilihan utama di waktu pagi dengan catatan 2.2 juta pendengar. Program kelolaan Aznil, Ray dan Haniff juga nampaknya semakin diterima pendengar apabila mereka berada di belakang Sinar Pagi dengan 2 juta pendengar, menjadikannya rancangan sarapan kedua popular di Malaysia. Kedudukan radio berbahasa Inggeris pula nampaknya tidak berganjak berbanding kajian musim lalu. Radio Hitz FM terus muncul sebagai pilihan nombor satu dengan 1.58 pendengar. Jumlah pendengarnya juga menunjukkan peningkatan sebanyak 200,000 berbanding kaji selidik yang lalu. Rancangan sarapan bahasa Inggeris, Morning Crew yang dikelolakan oleh JJ & Ean masih berada di tangga pertama dengan 613,000 pendengar, sementara rancangan lewat petangnya iaitu hitz Drive Thru pula mencatat sebanyak 752,000 pendengar. Mengekori Hitz FM ialah Fly Fm dengan 728,000 ribu pendengar diikuti Mix FM di tangga ketiga dengan 451,000 ribu, Lite FM dengan 364,000 ribu dan TraXX fm dengan 76,000 ribu pendengar. Bagi radio dalam bahasa Cina pula, MY FM mempertahankan kedudukannya sekali lagi di tempat pertama dengan jumlah pendengar sebanyak 2.03 juta. Manakala stesen radio 988 pula terpaksa berpuas hati dengan kedudukan pada tangga kedua dengan 1.55 juta pendengar diikuti one FM sebanyak 623,000 ribu pendengar. Rangkaian radio miliknya AMP terus menguasai senarai carta apabila stesen radio bahasa Tamil turut muncul sebagai pilihan nombor satu bagi pendengar berbahasa Tamil di negara ini. Radio Raaga turut memperlihatkan peningkatan sehingga 700,000 pendengar. Sentiasa berjaya menarik kunjungan orang ke acara anjurannya, rancangan sarapan pagi dan petang adalah yang paling popular. Masing-masing menemani 994,000 dan 1.01 juta pendengar. THR Gegar juga terus menjadi jaguh Pantai Timur dengan kelebihan 700,000 pendengar. Bersesuaian dengan gelarannya sebagai Permata Pantai Timur, 1.58 pendengar di di Kelantan, Pahang dan Terengganu memilih Gegar sebagai stesen radio pilihan utama mereka di Pantai Timur. | ||
Sangkar buah tangan pertama Nani Posted: 06 Oct 2010 10:49 PM PDT JIKA diukur pada susuk tubuh, mungkin ramai yang tidak menjangka kemampuan gadis kecil molek ini. Namun, pemilik nama sebenar Sharifah Amani Syed Zainal Rasyid ini, membuktikan dia berjaya mengharungi cabaran sebagai anak seni. BERBAKAT...Nani muncul dalam program komedi terbaru Astro, Oh Yeah!
| ||
Posted: 06 Oct 2010 10:25 PM PDT KUALA LUMPUR: Tiga beranak, seorang rakannya dan dua anggota polis yang cuba meleraikan satu pergaduhan dibelasah sekumpulan 50 lelaki di sebuah medan selera di Bandar Tun Razak, awal pagi kelmarin. MANGSA...Mohd Nazren cedera dibelasah kumpulan samseng.
| ||
Pelamin bak singgahsana Sultan Mansur Syah Posted: 06 Oct 2010 10:24 PM PDT TARIKH 10.10.10 bakal memahat memori paling indah buat angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha kerana detik itu, dia akan diijabkabulkan dengan permaisuri hatinya, Dr Halina Mohd Yunos. LAKARAN...lakaran pelamin. Majlis pernikahan itu bermula jam 9 pagi hingga 2 petang manakala Sheikh Muszaphar menjemput seluruh rakyat Malaysia hadir sama untuk berkongsi kebahagiaan dan kegembiraannya. Diikuti pada sebelah malamnya akan berlangsung majlis persandingan yang gilang gemilang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Bukan saja Sheikh Muszaphar dan Halina berdebar menantikan detik paling bersejarah dalam hidup mereka, malah perunding perkahwinan mereka, Ariff Quasry yang juga Pengarah Urusan Cosry Wise Sdn Bhd bersama Pengarah Kreatifnya, Putra Aziz, juga bagaikan tidak sabar menantikan tarikh itu.
Menurut Ariff, Sheikh Muszaphar dan Dr Halina datang ke butiknya di Bangsar dan terus melantiknya sebagai perunding perkahwinan mereka selepas dia menghadiri Konsert Ratu (Datuk Sheila Majid) Bersama Cosry, yang berlangsung penuh warna-warni di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, April lalu. "Dia tertarik melihatkan persembahan Cosry pada malam itu yang turut menyambut ulang tahun kelima butik kami. Selain konsert Datuk Sheila yang diadakan khusus meraikan 25 tahun pembabitannya dalam industri hiburan tanah air, Cosry menyajikan juga pertunjukan fesyen yang semuanya rekaan terbaru Putra.
Menurut Ariff, selama empat bulan tumpuannya hanya kepada persiapan perkahwinan itu. Apatah lagi, Datuk Sheikh Muszaphar seorang yang sangat teliti. Justeru, Ariff kena menerangkan dengan sejelas-jelasnya konsep baju, hantaran, pelamin, cendera hati kepada tetamu dan kad perkahwinan kepadanya.
"Pada hari pernikahan, Dr Halina akan menyarungkan kebaya renda putih yang agak ringkas bersesuaian cita rasanya. Pada hari pernikahan itu, Datuk Sheikh Muszaphar akan menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas 11 bertemakan rona putih gading dan perak. Hiasan hantaran turut diserikan dengan warna biru muda. "Rekaan hantaran juga berkonsepkan angkasa lepas dan ia memang lain daripada yang lain. Pentas untuk majlis pernikahan pula berkonsepkan dalam taman yang dihiasi tiang roman dan diperindahkan dengan bunga-bungaan segar," katanya.
"Melengkapkan lagi penampilan Dr Halina pada malam itu, dia akan mengenakan aksesori berlian daripada Mouawad yang turut dipakai pada majlis pernikahan. Datuk Sheikh Muszaphar pula akan berbaju Melayu dipadankan dengan kot, samping, tanjak dan bengkung. Rekaan itu lebih menyerlah dengan kombinasi warna serta sulaman di atasnya.
Untuk majlis memotong kek berkonsepkan sebuah roket itu, pasangan mempelai akan menggayakan busana rekaan Datuk Bernard Chandran berkonsepkan moden. "Bagi mengetengahkan budaya dan adat Melayu pada hari persandingan itu, tetamu dapat menyaksikan acara kesenian seperti gurindam, zapin dan tarian dalam usaha membuka mata serta sebagai tarikan istimewa kepada tetamu luar negara."Majlis perkahwinan yang bakal mencipta sejarah tersendiri itu akan diserikan dengan persembahan artis terkenal tanah air. Bagi mereka yang tidak dapat bersama menghadiri majlis persandingan itu, TV3 akan menyiarkannya secara langsung tempat jam 9 malam, selama sejam," katanya. | ||
Posted: 06 Oct 2010 10:23 PM PDT SEREMBAN: "Selepas mendapati cucu saya tiada di ruang tamu, kami mencarinya sehingga ke luar rumah dan terkejut melihat kesan darah di depan tangga sebelum menemuinya dalam keadaan terkulai layu dengan kecederaan di kepala, leher dan telinga," kata A Velayutham, 75. MATI...kera liar yang dipercayai menyebabkan kematian bayi perempuan ditembak Perhilitan. Sebelum kejadian, bayi malang yang belum diberi nama itu berada bersama Velayutham di ruang tamu rumahnya selepas dimandikan sebelum warga emas itu pergi ke dapur untuk minum. Ketika itulah kera yang tidak dapat dipastikan jumlahnya menceroboh masuk ke dalam rumah lalu menyeret mangsa ke luar serta menggigitnya sehingga cedera. "Saya meninggalkannya bersendirian sekejap dan pergi ke dapur untuk minum air kerana terlalu dahaga. Ketika itu isteri saya berada di dapur kerana memasak, manakala menantu (ibu mangsa) mandi di bilik air. "Saya terdengar jeritan menantu bertanya di mana bayinya menyebabkan saya dan isteri bergegas ke luar," kata Velayutham ketika ditemui di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), di sini.Velayutham berkata, bayi sulung anak lelakinya yang mendirikan rumah tangga sejak setahun lalu itu kemudian dikejarkan ke HTJS, namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba.
| ||
Posted: 06 Oct 2010 09:18 PM PDT MELAKA: Pencarian punca bau busuk yang disangka bangkai tikus oleh seorang penduduk di Kampung Batu 4, Solok Pantai, Batu Berendam, dekat sini, semalam membawa kepada penemuan mayat lelaki warga emas dalam keadaan dibungkus dengan plastik sampah. ANGKAT...mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi menentukan punca kematian.
Peniaga kedai runcit, Norlin Alias, 31, berkata tiga hari sebelum penemuan mayat itu, isteri mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan kelihatan pelik apabila dilihat mundar-mandir di kawasan tempat kejadian. | ||
Posted: 06 Oct 2010 09:17 PM PDT KUALA LUMPUR: Pelakon, pengacara dan penyampai radio popular, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 38, disahkan bercerai talak satu dengan suaminya, Adzmin Tan Sri Osman, 37, pada 28 September lalu. Sumber memberitahu Harian Metro semalam, Raja Azura atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Engku (KE) bercerai di sebuah mahkamah syariah di Selangor, pada tarikh berkenaan dan ia dilaksanakan dalam prosiding tertutup atas permintaan pasangan itu."Raja Azura mahupun Adzmin tidak mahu kecoh-kecoh dengan perceraian mereka. Rumah tangga mereka sudah gagal diselamatkan selepas masing-masing cuba mendapatkan khidmat kaunseling bagi menyelesaikan kemelut yang melanda sejak beberapa lama itu. Namun, mereka bercerai secara baik dan menerima hakikat tiada lagi jodoh," kata sumber itu. Pada 6 Ogos lalu, pengacara Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) itu mengadakan sidang media tergempar untuk menjelaskan khabar angin menyatakan rumah tangganya bergolak, sekali gus memberitahu sebab kunjungannya bersama Adzmin ke Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, pada 3 Ogos lalu. Pada sidang media itu, Raja Azura menegaskan kunjungan mereka ke mahkamah tiada kena mengena isu memfailkan permohonan cerai seperti yang hangat diperkatakan, sebaliknya bagi mendapatkan khidmat kaunseling demi menyelesaikan kemelut yang melanda. Raja Azura berkahwin dengan Adzmin yang juga anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Arof, pada 10 Mac 2001. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Megat Muhammad Raziq, 8, Megat Luqman Hakim, 7, serta Puteri Mia Maizurah, 4.Sumber itu berkata, walaupun Raja Azura amat bersedih dengan perceraian itu, dia masih meneruskan tugas rutinnya seperti biasa iaitu sebagai penyampai radio Sinar FM dan pengacara beberapa program TV serta majlis rasmi.
Harian Metro cuba mendapatkan komen Raja Azura berhubung perceraian itu semalam, namun difahamkan dia berada di Genting Highlands, Pahang, kerana terbabit rakaman program Kedek-Kedek Drypers, sekali gus menutup talian telefon bimbitnya. Raja Azura dalam kenyataan sebelum ini mengaku dia dan Adzmin berkahwin atas dasar cinta sama cinta. Kali terakhir mereka dilihat bersama ialah ketika pulang beraya di Alor Setar, Kedah, pada 10 September lalu. | ||
Bekas Pengacara TV3 Bercerai Talak Satu Posted: 06 Oct 2010 07:51 PM PDT KUALA LUMPUR: Bekas pengacara Wanita Hari Ini (WHI) di TV3, Nadia Shahrul Anuar sah bercerai talak satu dengan suaminya, Sulaiman @ Mohd Helmi Mohd Ilyasdi Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Rabu. Perceraian secara baik itu dilafazkan di hadapan Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain selepas peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain memberitahu anak guamnya, Sulaiman bersetuju untulk melafazkan cerai. Menurut Mohd Zaidi, persetujuan dicapai selepas Sulaiman, 29, selaku plaintif dan Nadia, 26, yang dinamakan sebagai defendan berpuas hati dengan perjanjian penyelesaian yang ditandatangani pada 25 Ogos lalu. Antara perkara yang dipersetujui ialah hak penjagaan kekal anak tunggal pasangan itu, Mohamed Aaron Erwin, tiga tahun, diserahkan kepada Sulaiman. Nadia pula dibenarkan untuk mengambil anaknya pada hujung minggu dan pada waktu-waktu kecemasan dan dibenarkan untuk membawa kanak-kanak itu ke tempat yang selamat dalam jagaannya. Bagaimanapun, demi keselamatan anak itu, dia haruslah diiringi dengan pengawal keselamatan yang disediakan. Perjanjian itu juga melibatkan persetujuan Nadia untuk mengugurkan tuntutan edah, nafkah tertunggak, mutaah dan harta sepencarian manakala Sulaiman yang merupakan pengarah jualan VW Cars Sdn Bhd akan menarik semula permohonan nusyuz yang difailnya. Nadia hadir bersendirian di mahkamah dan diwakili peguam syarie Wan Akram Zainal Abidin manakala Sulaiman hadir bersama ayahnya dan dikawal oleh enam pengawal peribadi. Pada 28 Disember 2008, Nadia memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik di mahkamah rendah syariah atas dakwaan tiada persefahaman, campur tangan pihak ketiga dan berlaku penganiayaan tubuh badan. Bagaimanapun, Sulaiman menafikan dakwaan mengasari tubuh badan bekas isterinya menerusi kenyataan akhbar yang dibuatnya dan mendakwa dirinya kesal dengan tindakan Nadia yang meninggalkan keluarga selepas menjalinkan hubungan dengan lelaki lain. | ||
Dr. Rozmey "Balas Dendam" Mahu Wartawan Rasa "Pedih" Posted: 06 Oct 2010 07:50 PM PDT PETALING JAYA: Penerbit filem 2 Alam, Datuk Dr. Rozmey Che Din dilihat mahu membalas dendam kepada pihak media apabila enggan menjawab panggilan telefon yang dibuat kepadanya. Perkara itu disebabkan rasa tidak puas hati beliau dengan pihak media selama ini yang disifatkan tidak menyebelahinya ketika melaporkan sesebuah berita. Malah beliau juga dilihat kecewa apabila seri9ng dikritik mengenai filem 2 Alam. Dr. Rozmey dalam satu kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online berkata, biarlah pihak media berasa pedih apabila tidak memperoleh berita sensasi daripadanya. Katanya ini kerana berita yang ditulis wartawan belum tentu berpihak kepadanya. "Biar depa (mereka) rasa pedihnya tak dapat berita sensasi daripada doktor. Belum pasti berita yang mereka tulis memihak (kepada) kita. Cukup sebuah akhbar sahaja yang bermaharajalela," katanya dalam SMS tersebut. mStar Online petang Rabu telah menghubungi beliau beberapa kali untuk bertanyakan mengenai filem 2 Alam yang akan ditayangkan pada 18 November akan datang. Beliau bagaimanapun tidak menjawab panggilan telefon, sebaliknya mengirimkan SMS tersebut. | ||
Faizal Tahir Luka & Bengkak Kaki Akibat Kemalangan Posted: 06 Oct 2010 07:50 PM PDT PETALING JAYA: Penyanyi popular, Faizal Tahir luka dan bengkak pada kakinya selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di lebuhraya Penchala Link menghala ke Damansara dekat sini pada pukul 3 pagi, Isnin. Menurut pihak pengurusan Monkeybone, Helmi Hamdan, kereta Honda Civic Type-R yang dipandu sendiri oleh Faizal berpusing beberapa kali sehingga menyebabkan dia hilang kawalan lalu melanggar tembok. "Setakat ini, Faizal berada dalam keadaan stabil dan sedang berehat di rumah, tiada kecederaan serius. Cuma dia mengalami demam teruk disebabkan terkena hujan pada hari kejadian. "Kakinya yang baru lepas pembedahan pula luka dan bengkak disebabkan terkena papan pemuka (dash board). "Menurut Faizal menerusi SMS yang dihantar kepada saya, ketika kejadian, dia merasakan seperti ada minyak pada permukaan jalan raya menyebabkan keretanya terbabas," katanya ketika dihubungi mStar Online, Rabu. Helmi pula tidak dimaklumkan secara terperinci mengenai kejadian itu. itu. Selain Faizal, turut berada dalam kereta berkenaan ialah adiknya tetapi dia tidak mengalami kecederaan. Tambah Helmi, buat masa ini, segala aktiviti seni yang berlangsung pada bulan Oktober ini terpaksa dibatalkan dan Faizal akan kembali bergantung kepada tahap kesihatannya. Faizal pula gagal dihubungi untuk menceritakan insiden berkenaan. | ||
Posted: 06 Oct 2010 07:49 PM PDT PETALING JAYA: Pengarah filem Ahmad Idham Ahmad Nadzzri mendapat seorang lagi anak apabila isterinya yang mahu dikenali sebagai Amy, selamat melahirkan anak lelaki di Hospital Gleanigles Intan pada pukul 11 pagi, Rabu. Beritahu Ahmad Idham, anaknya yang lahir dengan berat 3.5 kilogram itu diberi nama Ahmad Khalif. Dia bersyukur apabila proses kelahiran berjalan dengan lancar. "Alhamdulillah, isteri dan anak saya selamat. Isteri saya juga tidak ada sebarang masalah komplikasi ketika melahirkan Khalif. "Apa-apa pun saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana memberi rezeki kepada kami," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu. Tambah Ahmad Idham, dia tidak kisah jika dikurniakan anak lagi pada masa akan datang. "Anak itu sebenarnya adalah amanah daripada Allah dan kita harus menerima seadanya. Jadi, saya tak pernah hadkan berapa jumlah anak yang perlu kami ada. Kalau ada rezeki lagi, ada la. "Apa pun, saya tak panik seperti dulu, ketika kelahiran anak pertama saya," ujarnya yang gembira mendapat anak keempatnya itu. | ||
Posted: 06 Oct 2010 07:48 PM PDT BEKAS vokalis kumpulan popular Exists iaitu Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 31, atau Ezad mengakui tidak sekali-kali akan mengalah dan berasa gentar demi bergelar penyanyi solo yang berjaya. Walaupun laluannya penuh berliku dan tidak semudah yang disangka, penyanyi yang kini mahu dikenali sebagai Ezad Lazim ini menganggap setiap cabaran dan kesukaran itu sebagai guru terbaik yang mematangkan dirinya. "Saya akui usaha untuk bergelar penyanyi solo penuh berliku dan tak selancar yang diharapkan. Apatah lagi apabila sampai ke hari ini bayangan yang mengaitkan saya dan kumpulan Exists masih kuat 'melekat'. "Namun, saya tak salahkan peminat atau sesiapa pun tentang persepsi itu sebab tempoh 15 tahun bersama Exists adalah satu tempoh yang panjang. Memang susah untuk saya padam sepenuhnya perkaitan itu. "Apa pun, saya tidak akan berputus asa untuk meneruskan perjuangan ini. Saya harap peminat dapat menerima penghijrahan saya dengan hati terbuka," katanya yang ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Shah Alam Convention Centre (SACC) bersama mStar, Selasa. Mengulas tentang pertaruhan sulungnya sebagai penyanyi solo menerusi single Bertemu Cintaku, Ezad mengakui, sambutan dan kesedaran peminat yang masih kurang memberangsangkan itu bukan alasan buatnya untuk berputus asa, jauh sekali untuk berundur. "Saya akui, sampai ke hari ini sambutan dan kesedaran peminat terhadap percubaan solo saya masih kurang meyakinkan. Saya perlu melipatgandakan usaha tetapi itu bukan alasan untuk saya mengalah. "Walaupun sukar sedikit tetapi apa jua hasilnya setakat ini biarpun kecil membuatkan saya gembira dan memberikan kepuasan kerana ia usaha saya sepenuhnya dan tidak menumpang pada orang lain," katanya. Terbaru, Ezad kini sedang dalam proses rakaman bagi melengkapkan album solonya. Dia yang sudah merakamkan tiga lagu kini sedang mencari dua buah lagu lagi bagi melengkapkan album tersebut yang dijangka bakal menjengah pasaran selewat-lewatnya hujung tahun ini. | ||
Posted: 06 Oct 2010 07:47 PM PDT PETALING JAYA: Penyanyi Lubnan yang sedang popular dengan lagu "Thank You Allah", Maher Zain (gambar) merupakan seorang penyanyi yang begitu bertuah kerana hatinya terbuka untuk kembali ke pangkal jalan setelah tersasar dengan kehidupannya sebelum ini. Penyanyi yang berusia 28 tahun ini tidak malu untuk berkongsi pengalaman hitam bagaimana kehidupannya terpesong sehingga dia pernah terlupa membaca Al-Fatihah. Katanya, perkara itu berlaku kerana dia terlalu sibuk mengejar kepentingan dunia selain terlibat dengan aktiviti sosial kerana terpengaruh dengan rakan-rakan. "Tiga tahun lalu kehidupan saya sangat teruk. Saya terpengaruh dengan rakan-rakan dan telah melupakan Allah. Bukan senang untuk hidup di negara Barat apatah lagi banyak aktiviti hiburan yang akan menyebabkan kita alpa," katanya. Menurut Maher lagi, dia bersyukur kerana Allah telah memberi hidayah kepadanya apabila dia mula sedar dengan kesilapan lalu ketika menyaksikan satu persembahan nasyid di sebuah negara. Persembahan dalam bahasa Arab itu benar-benar menginsafkan Maher walaupun dia tidak faham maksud lagu berkenaan. "Hati saya amat tersentuh mendengar lagu itu menyebabkan saya menjadi insaf lalu menghasilkan lagu-lagu berunsur ketuhanan," katanya. Sementara kunjungannya ke Malaysia, Maher akan turut mengadakan persembahan Save The Soul anjuran rumah perlindungan wanita Raudatul Sakinah pada 14 dan 15 Oktober ini di Auditorium Majlis Bandar Raya Shah Alam, Selangor. | ||
Siaran Langsung Perkahwinan Sheikh Muszaphar Ahad Ini Posted: 06 Oct 2010 07:45 PM PDT PETALING JAYA: Stesen televisyen TV3 akan menyiarkan secara langsung majlis persandingan angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor,38, bersama pasangannya Dr. Harlina Mohd. Yunos,29, pada Ahad ini. Siaran langsung itu akan dipancarkan dari Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) pada pukul 9 malam selama sejam yang meliputi daripada susunan atur cara majlis, ketibaan pengantin dan juga istiadat menepung tawar. TV3 dalam satu kenyataannya berkata, selain acara persandingan, pada pukul 2 petang siaran tertunda majlis akad nikah kedua mempelai yang dilakukan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada sebelah paginya akan disiarkan menerusi slot Nona yang bersiaran pukul 2 petang Dalam rancangan khas perkahwinan angkasawan itu, beberapa segmen istimewa akan disiarkan seperti kisah belakang tabir majlis gilang-gemilang itu dan kisah menarik pasangan mereka berdua. | ||
Posted: 06 Oct 2010 07:44 PM PDT Pelakon yang terkenal dengan drama Kisah Kaisara, Sari Yanti, 26, ternyata kelihatan semakin berseri-seri setelah selesai menjalani tempoh berpantang. Sari berkata, hidupnya kini semakin lengkap dengan kehadiran anak sulungnya, Barr Al Aliy, yang kini berusia 2 bulan. Malah, semakin teruja menjalani hidup sebagai ibu muda. Meskipun pada awalnya, dia agak kekok menguruskan anak sendiri, namun lama-kelamaan dia sudah terbiasa dan seronok menguruskan anak sendiri. Kata Sari, dia tidak memerlukan khidmat pembantu atau pun pengasuh untuk menjaga anaknya. "Saya sebenarnya kurang percaya pada pembantu atau pengasuh yang ada. Selagi saya mampu, saya akan jaga anak sendiri dan saya lebih selesa macam ini. "Anak saya pun baru seorang saja dan saya rasa setakat ini saya mampu menguruskannya sendiri tanpa ada orang asing di rumah. "Kalau ada apa-apa urusan, rumah mentua saya dekat sahaja dan boleh hantar anak sekejap pada ibu mertua. Lagipun, dia sentiasa 'available' untuk menjaga satu-satunya cucunya ini," cerita Sari yang ditemui dalam majlis rumah terbuka di ibu kota baru-baru ini. Sari berkata, suaminya, Mohd Eddy Casmady atau Eddy juga sangat ringan tulang dan pandai menjaga anak. Malah, akui Sari, suaminya lebih pandai menguruskan anak berbanding dirinya. "Saya bersyukur dapat suami sepertinya. Masa pantang, dia banyak tolong saya. Dia rajin uruskan anak malah pandai mandikan 'baby'. Saya pula, masa awal-awal dulu, rasa takut nak pegang. Malah mandikan 'baby' pun saya takut sebab rasa terlalu kecil sangat. "Penat-penat tu memang penat sebab anak kecil banyak ragamnya. Malam pun selalu berjaga. Tapi saya dan suami gembira dapat merasai pengalaman menjadi ibu dan ayah," katanya yang telah menjalani tempoh berpantang di rumahnya sendiri sambil ditemani ibu tersayang. Kembali aktif berlakon Sudah menjadi karier utamanya, kata Sari, dia akan kembali aktif berlakon. Malah setakat ini, sudah ada beberapa tawaran yang menanti. Namun jelas Sari, semua tawaran harus dipertimbangkan dulu, kerana statusnya sebagai isteri dan ibu membataskannya menerima tawaran yang ada. "Buat masa ini, cukuplah satu 'job' untuk satu masa. Saya tak nak terlalu tamak terima tawaran sehingga anak di rumah terabai. "Semua tawaran yang datang, saya akan timbang dulu. Kalau yang melibatkan lokasi yang jauh, saya akan tolak. Saya tak boleh tinggal anak lama-lama kerana dia menyusu badan,"kata Sari yang bertekad untuk menyusukan bayinya secara eksklusif selagi mampu. Menyentuh tentang watak, Sari berkata, dia tidak kisah menerima apa sahaja watak, termasuklah watak remaja seperti mana lakonannya dalam drama Kisah Kaisara yang pernah melonjakkan namanya dulu. "Saya tak kisah nak bawa watak apa pun. Tapi kalau watak remaja tu, saya tak yakin pengarah atau penerbit akan bagi lagi pada saya kerana status saya dah pun berubah. Dah ada anak dah pun," katanya yang berusaha mengurangkan berat badan kini iaitu 46 kilogram, lebih empat kilogram daripada beratnya sebelum ini. | ||
Empat selebriti popular rancakkan Mari Menari Posted: 06 Oct 2010 07:42 PM PDT Astro Ria sekali lagi tampil dengan program realiti terbaru Mari Menari. Jika sebelum ini, lantai tari diserikan oleh selebriti-selebriti popular tanah air menerusi program Sehati Berdansa tetapi tahun ini, pihak Astro memberi peluang kepada pelanggan mereka untuk menunjukkan bakat dalam bidang tarian. Lebih menarik, program Mari Menari menampilkan empat selebiriti popular iaitu Erra Fazira, Lisdawati, Zul Huzaimy dan Ferhad yang bertindak sebagai penasihat serta juri untuk setiap minggu. Kehadiran mereka bukan sekadar memberi nasihat dan tunjuk ajar, malah mereka akan menjadi sumber inspirasi kepada setiap pasangan yang bertanding. Program tarian yang pertama diperkenalkan ini akan mencipta satu lagi fenomena baru dalam industri seni hiburan tanah air. Memulakan sesi uji bakat lebih tiga bulan lalu di seluruh Malaysia, lebih seribu pasangan yang telah mencuba nasib namun mereka yang benar-benar boleh menari dan dapat memberikan komitmen selama 10 minggu latihan kepada perserta yang berjaya terpilih. Seramai 12 peserta telah dipilih bakal mempamerkan kehebatan mereka. Lebih menarik pasangan ini adalah daripada kalangan keluarga sendiri. Setiap pasangan akan dibimbing oleh 12 koreografer profesional yang dipilih berdasarkan pengalaman dan kecekapan mereka untuk membimbing setiap pasangan yang berentap bagi merebut hadiah lumayan iaitu sebuah kondominium The Haven yang terletak di Ipoh, Perak bernilai RM358,000. Mari Menari akan mula bersiaran pada 16 Oktober ini di saluran Astro Ria dan dihoskan oleh Awal Ashaari yang digandingkan bersama Lisa Surihani. Peserta akan dinilai oleh juri dan 50 peratus akan diberikan oleh penonton melalui undian sms. | ||
Posted: 06 Oct 2010 06:20 PM PDT PERNIKAHAN kali ketiga penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu, Aishah, kali ini bersama duda anak enam Faizal Sazali Zulkifli, 44, pada 30 April lalu banyak menimbulkan tanda tanya berikutan pernikahan tersebut dilakukan di sempadan Thailand dan bebas daripada pengetahuan umum. Malah, selepas bergelar isteri dan bertemu media dalam beberapa majlis hiburan, Aishah masih enggan membuka mulut. Namun, selepas beberapa waktu, pihak media dapat juga menghidu berita pernikahannya dan Kosmo! menjadi akhbar pertama yang membuat laporan mengenainya secara eksklusif pada 24 Jun tahun ini. Menurut Aishah yang ditemui pada majlis pelancaran album terbarunya baru-baru ini, dia langsung tiada niat untuk menyembunyikan status mahupun suaminya. Juga tiada sebarang rahsia yang disembunyikan sebalik perkahwinannya yang dilakukan di sempadan Thailand. "Saya tidak sembunyikan perkahwinan kerana kedua-dua keluarga tahu akan pernikahan kami. Cuma pada usia begini dan ini bukan perkahwinan pertama kami berdua, saya rasa tidak perlu untuk saya menghebohkannya. Kami berdua telah fikir panjang sebelum pernikahan dan apa yang penting kami telah bernikah. "Bezanya tiada publisiti sahaja, selepas bernikah saya tidak sembunyikan status dan suami kerana saya akan memperkenalkan Faizal sebagai suami kerana tidak mahu menimbulkan fitnah," ujarnya. Tambah Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 45, meskipun pernikahannya kelihatan dilakukan secara tergesa-gesa kerana perkenalan selama seminggu di dunia maya menerusi laman sesawang www.muslimah.com itu telah membawa dirinya ke jenjang pelamin, itu bukan bermakna dia menyembunyikan sesuatu. "Selain waktu yang sesuai, kami bernikah segera di sempadan kerana untuk mengelak fitnah dan suami saya ketika itu masih belum dapat surat cerai. Kalau saya ingin buat di sini dan buat sebuah majlis perkahwinan walaupun secara kecil-kecilan ia tetap mengambil masa yang panjang untuk persediaan," tuturnya. Luah Aishah lagi, dia bukanlah punca suaminya bercerai kerana ketika dia mula berkenalan dengan Faizal, suaminya itu telah pun dalam proses memohon penceraian di mahkamah syariah. "Saya tidak pernah bermadu dan saya bukan puncanya bercerai kerana ketika baru berkenalan dengannya, dia telah pun dalam proses pernceraian di mahkamah," balasnya. Kehidupan yang dicari-cari Aishah mengakui kehidupannya banyak berubah sejak bergelar isteri kepada Faizal. Kehidupannya lebih tenang dan teratur. Malah, hubungan mereka juga direstui oleh dua orang anak Aishah daripada perkahwinan keduanya, Armand Azhari, 16 dan Azhad Ahlami, 10. "Anak-anak saya merestui, malah mereka yang menggalakkan saya berkahwin lagi. Kata mereka, jika mereka sudah besar nanti siapa yang akan menemani saya. Anak saya juga memanggil Faizal dengan panggilan ayah walaupun mula-mula mereka memanggilnya uncle," katanya. Tanpa berselindung Aishah memberitahu kehidupannya kini merupakan kehidupan yang dicari-cari selama ini. "Saya selalu tengok pasangan yang berusia balik daripada sembahyang subuh di masjid bersama-sama. Sekarang saya dapat suami yang mampu membimbing ke arah kebaikan dan dapat membimbing anak-anak saya. "Suami saya cakap, kenapa nak tunggu sudah pencen baru nak berubah. Jadi sekarang kehidupan kami lebih baik dan bermakna daripada dahulu. Anak-anak pun ada contoh yang baik dan lebih kerap ke masjid berbanding dahulu," ucapnya. Album Anak Aishah yang selama ini popular dengan genre pop kini telah muncul dengan sebuah album kerohanian yang berjudul Anak. Album yang diterbitkan oleh syarikatnya sendiri iaitu Aishah Creative Enterprise dan diedarkan oleh Nasyeed.Com dan Sony Music itu telah lama diidamkan Aishah. Idea dan perancangan sejak tahun lepas membuahkan hasil apabila dia bertemu dengan penerbit yang benar-benar tahu apa yang dia inginkan iaitu Dakmie yang pernah menerbitkan album untuk Rabbani sebelum itu. "Tidak sangka agak sukar dan mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan keseluruhan album. Jika sebuah lagu pop saya boleh selesaikan rakaman selama 40 minit berbeza dengan album ini. Surah al-Fatihah sahaja mengambil masa lebih kurang satu jam dan terpaksa dirakam semula bagi mendapatkan sebutan yang benar-benar jelas. "Saya dipantau oleh mereka yang arif dalam bidang ini sepanjang tempoh rakaman dan secara keseluruhan ia mengambil masa selama dua bulan untuk disiapkan," tuturnya yang terlibat sebagai penulis lirik album tersebut. Album itu yang sudah berada di pasaran itu menghimpunkan 20 buah doa dan zikir berlagu antaranya Doa Nabi Zakariya, Selawat Syifa, Doa Melihat Bayi dan Qasidah Doa Syukur Beroleh Zuriat. Selepas ini, akan diadakan siri album kerohanian daripada Aishah, walaupun begitu tegas Aishah dia masih akan aktif menyanyi lagu-lagu pop seperti biasa. | ||
Crossings tiru Ghost Whisperer? Posted: 06 Oct 2010 06:19 PM PDT BOB mengalami kemalangan aneh yang menyebabkan dia mempunyai berkebolehan untuk melihat roh menerusi pantulan imej di cermin. Kebolehan itu digunakan untuk membantu roh menyelesaikan masalah yang belum dituntut semasa hidup. Bantuan Bob membenarkan roh-roh itu bersemadi dengan tenang. Ceritanya kedengaran seperti sebuah siri terkenal Amerika Syarikat, Ghost Whisperer. Mungkin mempunyai persamaan tetapi drama terbaru ntv7, Crossings itu diberi sentuhan tempatan. Dibintangi oleh Zakizamani Osman, Dira Abu Bakar dan Hansen Lee, drama 13 episod itu disiarkan pada setiap Jumaat bermula 1 Oktober lalu pukul 8.30 malam di ntv7. Diarahkan oleh Prakash Murugiah, Crossing yang menjalankan penggambaran di sekitar Kuala Lumpur menggunakan bahasa Inggeris sebagai perantaraan utama. Sungguhpun melibatkan 'interaksi' bersama roh yang telah meninggal dunia, Zaki yang memegang watak Bob memberitahu drama itu tidak menakutkan. "Drama ini menggabungkan komedi serta sedikit keseraman. Tapi seram itu amat ringan sahaja. Rohnya bukan yang menakutkan tetapi muncul seperti manusia," ujar Zaki. Bob yang merupakan penyusun iklan berkenalan dengan Katie (Dira) dan Danny (Hansen) dan bersama-sama, mereka melalui pelbagai perkara lucu ketika menyelesaikan masalah roh yang menghantui Bob. "Setiap episod mempunyai cerita berlainan. Menariknya kami memaparkan cerita roh yang biasa berlaku di Malaysia. Semuanya dikaitkan dengan elemen tempatan contohnya seperti bomoh. "Walaupun setiap episod mempunyai cerita roh berlainan tetapi pada hujungnya, semua cerita ada kaitannya," tambah Zaki yang juga merupakan penulis skripnya. Menjalankan penggambaran selama dua bulan setengah, Danny yang merupakan pencipta menjadi kawan Bob apabila mendapat tahu dia mampu berhubung dengan roh. Ini kerana Danny suka mencipta alat pengesan hantu. "Danny hidup dalam dunianya sendiri dan suka mencipta alat pengesan hantu. Apabila dia tahu bahawa Bob dapat berhubung dengan roh, dia terus berkawan dengannya. Disebabkan dia dan Katie tidak ada kereta, saya menjadi pemandu mereka sepanjang drama itu," kata Hansen. Bagi Dira, dia pertama kali terlibat dalam berbahasa Inggeris. Menjayakan watak Katie, dia menyukai kebebasan yang diberikan untuk menyerlahkan bakatnya. "Saya tidak mahu diri saya hanya dilabelkan sebagai pelakon drama bahasa Melayu. Jadi dengan lakonan kali ini, ia membuktikan kredibiliti saya. Tapi drama Inggeris memberikan cabaran kerana ia bukan bahasa utama saya. Nasib baik Hansen dan Zaki banyak membantu.," jelas Dira yang akan terlibat dalam teater Banduan Akhir Di Sel Akhir. | ||
Posted: 06 Oct 2010 06:16 PM PDT RENTETAN kejayaan membawa Super Junior menjayakan konsert di Kuala Lumpur Mac lalu, Redstar Presents Sdn. Bhd. kini bakal membawa sebuah lagi kumpulan pop terkenal Korea, JYJ. Sempena kelahiran album sulungnya yang berjudul The Beginning, JYJ akan muncul di Kuala Lumpur menerusi JYJ New Album Showcase 2010 pada 17 Oktober ini, pukul 2 petang di Stadium Negara. Diuruskan oleh Marctensia, ia merupakan penampilan pertama kali kumpulan yang dianggotai tiga remaja terdiri daripada Kim Jaejung, Park Yuchun dan Kim Junsu itu di Malaysia. Ketiga-tiga mereka merupakan anggota asal kumpulan Dongbangshinki yang juga dikenali sebagai TVXQ di Korea dan Tohoshinki di Jepun yang ditubuhkan pada tahun 2003 di Korea Selatan. Dikenali kerana wajah kacak, skil tarian dan kebolehan vokal, mereka dengan mudah menguasai pasaran Asia. Mereka merupakan pencetus gelombang kedua muzik Korea ke dalam pasaran Jepun dengan menjadi artis luar dari Jepun pertama berjaya menguasai carta lagu popular Jepun, Oricon Charts menerusi sembilan single yang meraih juara carta tersebut. Pada tahun 2009, trio tersebut menubuhkan JYJ. Pada Jun tahun ini, JYJ mengadakan konsert sulung mereka di Tokyo Dome, Jepun yang dihadiri lebih daripada 200,000 peminat dari 43 negara di serata ceruk dunia. Sehingga kini, DVD konsert tersebut merupakan DVD kedua terlaris dari segi jualan di Jepun dengan 140,000 unit terjual pada minggu pertama sahaja. Ketika mengganggotai TVXQ juga, Jaejung, Yuchun dan Junsu telah mencipta Guinness Book of Records dua tahun berturut-turut pada 2008 dan 2009 dengan mempunyai kelab peminat dengan keanggota paling ramai di dunia iaitu mencecah lebih 80,000 orang di Seoul sahaja, selain merupakan kumpulan paling banyak dirakam fotonya dengan jangkaan 500 juta kali yang disiarkan dalam majalah, kulit album dan iklan cetak dari awal kemunculan pada 2003 ketika kumpulan ini ditubuhkan sehinggalah 19 Mei 2009 iaitu sewaktu masih bersama kumpulan lama mereka. JYJ kini dalam rangka konsert bergerak mereka dari 15 Oktober ini sehingga hujung November di Asia dan Amerika Syarikat bermula di Bangkok sebelum ke Kuala Lumpur, diikuti Hong Kong pada 24 Oktober, Taipei (30 Oktober), Shanghai (7 November), New York (12 November), Seattle (13 November), San Francisco (14 November) dan Los Angeles (19 November) Jualan tiket bagi konsert JYJ di KL pada 17 Oktober ini boleh didapati dengan melayari laman web www.fatdeal.com.my. Harga tiket adalah dari RM100 (tempat duduk), RM200 (bebas), RM250 (tempat duduk bernombor), RM300 (rock zone berdiri) dan RM800 (tempat duduk VIP). Selain single pertama daripada album The Beginning yang berjudul, Ayyy Girl, hasil ciptaan penyanyi tersohor Kanye West yang turut menyumbangkan vokalnya dalam lagu tersebut, The Beginning juga mengandungi dua lagu penerbit lagu tersohor, Rodney 'Darkchild' Jerkins iaitu Empty dan Be My Girl. "Saya sangat bangga berpeluang untuk bekerjasama dengan JYJ dalam album sulung mereka.Ia seumpama pertembungan antara Timur dengan Barat" ulas Rodney. Bagi maklumat lanjut konsert JYJ di Malaysia, sila hubungi talian 03-2092 1199 atau 019-827 9898 serta layari www.marctensia.com. | ||
Posted: 06 Oct 2010 06:15 PM PDT LONDON - Seorang anggota kerabat diraja, Saud Abdulaziz Bin Nasir Al Saud yang merupakan cucu pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah II memukul sehingga mati seorang pembantu lelakinya dalam serangan ganas didakwa bermotifkan seks di sebuah hotel eksklusif di sini. Pendedahan itu dibuat dalam perbicaraan di sebuah mahkamah kelmarin. Juri sebuah mahkamah majistret di sini diberitahu bahawa Saud membunuh pembantunya, Bandar Abdulaziz selepas menderanya secara fizikal dan seksual selama beberapa minggu. Kerabat diraja tersebut didakwa mencurahkan arak sebelum bertubi-tubi menumbuk kepala pembantunya yang berusia 32 tahun dengan menyebabkan beberapa giginya patah dan mangsa mengalami pendarahan otak di bilik suite Hotel Landmark, tempat mereka menginap, di sini. Putera itu turut mencekik Bandar sehingga menyebabkan tulang lehernya retak selain menggigit kedua-dua pipi mangsa dalam serangan yang mempunyai hubung kait dengan dorongan seks. Saud, 34, cuba menutup jenayahnya dengan membersihkan kesan darah dalam serangan tersebut sebelum menghubungi pihak berkuasa. Pada mulanya, dia dilaporkan memberitahu polis bahawa Bandar cedera dalam satu insiden rompakan. Kerabat diraja berkenaan kemudian mengaku membunuh pembantunya tetapi menafikan membunuh dengan niat atau berniat untuk mendatangkan kecederaan teruk terhadap mangsa. Pasangan tersebut tiba di bandar raya ini pada Disember tahun lalu dalam percutian terakhir mereka mengelilingi dunia. Juri diberitahu, Saud dilihat cuba menggoda krew bar dan menggunakan khidmat pelacur lelaki sekurang-kurangnya dua kali semasa percutiannya di sini. Putera itu memberitahu polis beliau adalah rakan Bandar yang merupakan anak angkat sebuah keluarga golongan sederhana di Arab Saudi dan rakannya itu mengiringinya ke mana sahaja beliau pergi. Namun, mahkamah dimaklumkan bahawa Bandar duduk dalam kelas ekonomi manakala Saud menaiki penerbangan kelas pertama. Pembantu lelaki itu dikatakan berjalan dengan mengekori tuannya dan dia tidur di lantai bilik hotel mereka. Ketua pasukan pendakwa raya, Jonathan Laidlaw berkata: "Hubungan mereka lebih kompleks berbanding apa yang diakui oleh defendan dan ia bukan hubungan yang sihat. "Bandar dilayan seperti seorang pembantu atau amah dan terdapat unsur jahat dalam layanan defendan terhadap mangsa. "Beliau akan memukul Bandar dan penderaan itu bukan sahaja melibatkan keganasan fizikal - ia turut melibatkan elemen seksual," tambahnya. Juri berkenaan menonton rakaman kamera video litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan Saud berulang kali menumbuk Bandar di dalam lif hotel itu pada 22 Januari lalu. "Apa yang jelas dalam kejadian ini adalah mangsa hanya menurut dan tidak melawan," kata Laidlaw. "Dia langsung tidak mempertahan diri atau cuba melawan atau menaikkan tangannya terhadap defendan," ujar pendakwa raya itu. Serangan tersebut menyebabkan telinga Bandar bengkak tiga kali ganda saiz asal dan memerlukan pembedahan pemulihan. Pada 14 Februari lepas iaitu malam pembunuhan, pasangan itu makan malam sempena Hari Kekasih sebelum kembali ke hotel mereka sebelum tengah malam. Seorang penginap di bilik bawah menyatakan, dia terdengar nada suara tinggi dan bunyi perabot jatuh. Pada tengah hari esoknya, Saud menghubungi kenalan di Kedutaan Arab Saudi. Kenalan itu tiba di bilik mereka dan menemuinya sedang sedih dan menangis di samping pembantunya. Pakar-pakar polis menemui bukti forensik daripada seluar dalam Bandar. Di sebalik penemuan itu, putera berkenaan berterusan menafikan bahawa dia adalah gay. Namun, kata Laidlaw: "Bukti jelas menunjukkan bahawa dia adalah gay atau memiliki kecenderungan homoseks". Pemeriksaan ke atas komputer riba putera itu mendapati beliau pernah melayari laman agensi teman sosial dan rumah urut gay. Ibu Saud ialah anak perempuan Raja Abdullah. Ayahnya, Putera Abdulaziz iaitu anak saudara Raja Abdullah, mengikuti perbicaraan tersebut di galeri awam mahkamah berkenaan. Perbicaraan akan disambung. | ||
Dipenjara kerana kerat kanak-kanak Posted: 06 Oct 2010 06:14 PM PDT JAKARTA - Sebuah mahkamah Indonesia memenjarakan seumur hidup seorang lelaki kerana membunuh dan mengerat empat kanak-kanak jalanan. Lelaki itu, Baikuni, 50, ditangkap pada Januari lalu beberapa hari selepas kepala dan bahagian-bahagian badan seorang budak lelaki berusia 9 tahun ditemui di dalam satu beg plastik di sebuah sungai di sini. Semalam, Mahkamah Daerah Jakarta Timur mendapati Baikuni bersalah kerana membunuh, meliwat dan mengerat empat budak lelaki sejak 2007. Semua mangsa berusia antara 6 tahun hingga 12 tahun. Pihak pendakwa raya menyatakan, Baikuni dipercayai membunuh sehingga 14 mangsa. Baikuni dikenali dengan panggilan bapa di jalanan kerana dia dikatakan bersimpati terhadap kanak-kanak dengan memberikan mereka tempat berteduh. Baikuni menyatakan, dia tidak akan mencabar keputusan mahkamah berkenaan. | ||
Lelaki dirogol tiga wanita bergilir-gilir Posted: 06 Oct 2010 06:13 PM PDT HARARE - Seorang lelaki Zimbabwe mendakwa sekumpulan tiga wanita menculik, memberinya dadah sebelum merogolnya dalam kejadian serangan seks ke atas lelaki yang berlaku buat kali kelima dalam tempoh setahun, kata seorang jurucakap polis semalam. Lelaki berumur 26 tahun itu memberitahu polis dia ditawarkan untuk menumpang kenderaan yang dinaiki wanita berkenaan di bandar Bulawayo selatan Zimbabwe. Namun, lelaki itu kemudian tidak sedarkan diri apabila tubuhnya ditolak ke belakang manakala kepalanya ditutup dengan pakaian semasa berada di dalam kenderaan tersebut. Dia mendakwa tidak sedarkan diri selepas diberikan sejenis bahan yang rasanya seperti alkohol. "Selepas dia terjaga, lelaki itu berada dalam keadaan bogel dan wanita-wanita itu merogolnya bergilir-gilir dan menderanya," kata jurucakap polis itu, Wayne Bvudzijena. Lelaki itu memberitahu polis, dia tidak sedarkan diri selepas serangan itu tetapi kumpulan wanita tersebut kemudian bertindak meninggalkannya. "Wanita-wanita itu mengambil wang sebanyak AS$300 (RM929.25) dan telefon bimbit," kata jurucakap polis tersebut. Kejadian yang berlaku pada Jumaat itu merupakan serangan kali yang kelima dilaporkan pernah berlaku di beberapa tempat di negara ini melibatkan sekumpulan wanita pelbagai saiz badan. "Ia mungkin satu kumpulan atau lebih yang melakukan kejadian itu. Dalam semua kes, si mangsa tidak sedarkan diri dan mereka diberikan dadah supaya berasa pening," kata jurucakap tersebut. Serangan seks yang dilakukan oleh sekumpulan wanita ke atas seorang lelaki dilaporkan buat kali pertama pada November tahun lalu. Menurut akhbar Herald, dalam serangan itu, tiga wanita menculik seorang lelaki berumur 18 tahun. Pada Februari lalu, empat wanita memaksa seorang lelaki berumur 25 tahun untuk melakukan hubungan seks dengan mereka. Bulan lalu, seorang lelaki berumur 44 tahun yang dipaksa memakai kondom menjadi mangsa rogol dua wanita. Seramai tiga wanita turut merogol seorang lelaki berumur 30 tahun yang telah diberikan dadah. Berdasarkan undang-undang Zimbabwe, dakwaan merogol hanya dikenakan terhadap lelaki. | ||
Posted: 06 Oct 2010 06:12 PM PDT
BUCHAREST - Seorang diplomat Romania yang didakwa menyebabkan kematian ekoran satu kejadian langgar lari di Singapura pada tahun lalu menafikan bertanggungjawab dalam insiden berkenaan pada hari pertama perbicaraannya di sini semalam. "Sebanyak 90 peratus apa yang terkandung dalam pertuduhan tidak menggambarkan realiti kejadian," kata diplomat berkenaan, Silviu Ionescu kepada barisan hakim. Bekas Kuasa Usaha Romania di Singapura itu yang ditahan sejak Mei lepas meminta supaya dia dibebaskan sementara menunggu perbicaraannya selesai. Perbicaraan kes tersebut ditangguhkan pada 17 November depan. Diplomat tersebut didakwa melanggar tiga pejalan kaki semasa memandu sebuah kereta milik misi diplomatik Romania pada Disember tahun lalu. Mangsa berkenaan, warganegara Malaysia berusia 30 tahun, mengalami kecederaan otak dan meninggal dunia pada Hari Krismas. Rakan mangsa, Bonghwee Haw yang merupakan rakyat Malaysia berusia 23 tahun dan pernah cedera parah dalam insiden berkenaan, hadir di mahkamah semalam tetapi tidak dapat memberi keterangan berikutan masalah terjemahan. Dia mungkin dipanggil semula pada 17 November ini. "Haw berada di mahkamah hari ini bagi memastikan keadilan dilaksanakan," kata peguamnya, Namasivayan Sririvasan. Pejabat Peguam Negara memberitahu, Ionescu didakwa kerana menyebabkan kematian, mendatangkan kecederaan fizikal dan membuat kenyataan palsu. Dia menafikan merupakan pemandu kereta berkenaan dan menyatakan, kenderaan tersebut telah dicuri. Namun, pihak pendakwa raya berkata, kenyataan Ionescu tidak konsisten dengan apa yang berlaku. Terdahulu, Kementerian Luar Singapura berulang kali meminta pemerintah Romania supaya memastikan keadilan dilaksanakan dalam kes Ionescu. | ||
Logo Presiden AS tercabut semasa Obama berucap Posted: 06 Oct 2010 06:11 PM PDT WASHINGTON - Satu logo rasmi Presiden Amerika Syarikat (AS) tercabut daripada podium semasa Barack Obama sedang menyampaikan ucapan menyebabkan pentas tempat beliau berdiri itu digegarkan dengan bunyi dentuman buat seketika kelmarin. Kejadian lucu itu berlaku semasa Obama tengah berdiri dan berucap pada Sidang Kemuncak Wanita Paling Berkuasa anjuran majalah terkenal Fortune di Auditorium Carnegie Mellon di sini malam kelmarin. "Itu (logo tercabut) tidak apa. Anda semua pun masih kenal saya lagi," gurau presiden sebaik beliau melihat keadaan di depan podium tersebut menyebabkan ramai penonton turut ketawa sejurus insiden itu berlaku. "Namun, saya yakin ada petugas di belakang pentas ini yang pasti gementar, bukankah begitu?" kata Obama merujuk kepada kakitangan yang ditugaskan menampal logo itu. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |