Adsense

Ahad, 31 Oktober 2010

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Jom Jadi Pelanggan Pertama UNIQLO di Fahrenheit 88

Posted: 31 Oct 2010 06:09 PM PDT

Pernah dengar kat mana-mana tak pasal UNIQLO? Kepada yang tak pernah dengar, Budiey nak share dengan korang semua pasal sebuah butik NOMBOR SATU yang cukup terkenal di Jepun ni.

Jenama pakaian kasual ni bukan sebarangan ya sebab selebriti tersohor dari Hollywood iaitu Charlize Theron dan Orlando Bloom dilantik menjadi duta brand ini! Ada kelas kan?

UNIQLO ADV

Orlando Bloom

UNIQLO ADV

Charlize Theron

Bagi para remaja di luar sana, nama Uniqlo bukannya asing sangat pun kerana fesyen dan gaya rekaan pakaiannya memang stylo dan santai habis. Memang sesuai sangat dipakai oleh remaja di Malaysia kerana fabrik dan rekaannya sangat selesa. Lagi pula, harga pakaian di store ni memang murah dan berpatutan.

Maklumat ini Budiey jumpa di Facebook Page Uniqlo: www.facebook.com/uniqlo.my

UNIQLO ADV

Berita baik untuk semua, mulai 4 November ni, anda tak payah nak ke Jepun untuk shopping pakaian berjenama Uniqlo! Atau korang tak payah lagi nak beli secara online atau kirim dari kawan kat Jepun sana!

Ada member Budiey sanggup turun ke Singapura semata-mata nak beli baju & jeans di Uniqlo. Jadi, tak lama lagi, member kita tu tak payah nak susah-susah buang masa travelling lagi.

Ini kerana store Uniqlo akan dibuka buat pertama kalinya di Malaysia iaitu di Fahrenheit 88, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Dengarnya, Uniqlo bukan main tak sabar lagi untuk buka pintu kedainya. Tak caya, korang boleh tengok, siap buat countdown di laman web mereka iaitu di www.uniqlo.com/my

Tarikh pembukaan Uniqlo ialah pada 4 November 2010, hari Khamis. Dijangkakan ia mencatat satu sejarah di mana ini adalah opening terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara! Besar tak besar, store ni akan memuatkan lebih 500 jenis pakaian kasual asas seperti baju T, seluar jeans, jaket dan macam-macam lagi.

UNIQLO ADV

Jadi kepada pembaca yang berminat dengan fesyen santai remaja terkini, bolehlah mengunjungi Uniqlo pada hari pembukaannya. Jangan lupa untuk 'mark' kalendar anda di tarikh 4 November ni. Yang menariknya, Uniqlo menawarkan harga special atau harga pengenalan untuk pengunjung terawal.

Budiey dikhabarkan juga seramai 500 orang pelanggan pertama akan berpeluang untuk merebut 5 Pakej Pelancongan untuk 2 orang ke Tokyo yang ditanggung sepenuhnya!!!

Fuh! Bestnya kalau dapat menang terbang ke Tokyo. Dengan hanya beli baju di Uniqlo, mana tahu ini rezeki anda! Dapat melancong FREE! Berdua pulak tu! Siapa tak nak! Budiey pun nak beli baju dan jeans kat sana! Nak try, kalau ada size yang sesuai, kita borong!

Antara yang murah dan berbaloi-baloi:

1) Koleksi baju-T grafik UNIQLO, UT hanya RM29.90 sehelai (harga biasa – RM59.90)

Uniqlo

2) Koleksi jeans bermutu tinggi UNIQLO, UJ hanya RM49.90 sepasang (harga biasa – RM99.90)

3) Jaket bulu biri-biri (Fleece) hanya RM49.90 sehelai (harga biasa – RM79.90)

Uniqlo

Pintu kedai akan dibuka mulai jam 11 pagi. Budiey yakin, ramai peminat Uniqlo akan beratur panjang untuk menjadi pelanggan pertama.

Selain itu, beg tote asli UNIQLO akan diberikan kepada 1,000 pelanggan pertama yang beratur semasa pembukaan gedung. Para pelanggan juga akan menerima beg tote asli UNIQLO secara percuma dengan pembelian mana-mana barangan UNIQLO melebihi RM200 dalam satu resit dalam masa empat hari selepas pembukaan rasmi (4 hingga 7 November 2010) dan sementara stok masih ada.

Excited! Excited! Excited! Itu je Budiey boleh cakap. Budiey rasa excited giler sebab tak sabar nak beli pakaian kat Uniqlo ni.

Bergaya, bermutu tinggi dan mampu dibeli daripada UNIQLO.

Kepada semua pembaca, jangan lupa menghadiri acara hebat ini dan menyertai penantian untuk pembukaan rasmi gedung UNIQLO yang pertama di Malaysia!

Save that pay cheque for an amazing shopping spree at UNIQLO

Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.uniqlo.com/my

UNIQLO ADV

UNIQLO ADV

UNIQLO ADV

UNIQLO ADV

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Tonton Filem CUCI & Dapat 50 SMS Percuma!
  • Serverfreak Kini Berwajah Baru
  • Sekitar Majlis Rumah Terbuka Astro Mustika
  • BWF Sudirman Cup World Team Badminton Championships, ARAG World Team Cup
  • Maxis Lancar Finder301
  • Astro Tayang Program HD Syawal Ini
  • CARA BERKESAN MENGANJAL DAN TON BADAN
  • MAXIS MERAIKAN RAMADHAN BERSAMA PELANGGAN MUSLIMIN
  • Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFA Afrika Selatan 2010™ in 3D
  • Dato' Siti Nurhaliza Dah Ada Saluran Istimewa Sempena Merdeka
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Berjayakah Revolusi Rombakan 2011 Memperkasakan Radio Hot FM

    Posted: 31 Oct 2010 12:46 PM PDT

    Hari ini, 1 November 2010, bermulanya satu revolusi di radio Hot FM. Revolusi di sini membawa maksud satu rombakan secara besar-besaran telah diprogram semula dari awal pagi hingga ke lewat malam untuk memperbaiki mutu & penerimaan pendengar.

    Revolusi yang dilakukan ini adalah kepuasan pendengar dan sudah tentu untuk memperkuatkan lagi kandungan program sekali gus memperkenalkan segmen baru sempena 2011.

    Pihak pengurusan Hot FM membiarkan semua berteka teki dan bikin suprise kejutan buat pendengar setia mereka. Jadi, untuk mengetahui apakah revolusi di Hot FM kenalah dengar radio.

    Awal pagi tadi juga, Budiey ada melayari website Hot FM yang kini juga mengalami revolusi dengan wajah yang lebih baru dah fresh!

    hotfm2011

    Pada pagi tadi, AM Krew dimulakan dengan gandingan tiga orang penyampai popular Hot FM, siapa lagi kalau bukan Fara Fauzana, Faizal Ismail dan AG. Lebih menarik siaran pertama mereka dibuat di ketinggian 300 meter dari paras di Menara Kuala Lumpur. Kini, tempoh masa AM Krew juga akan dilanjutkan sehingga 5 jam.

    fafau

    Dengarnya, Hot FM Zone yang dulunya dikendalikan Ikhwan dan Anne kini berganti tangan kepada dua penyampai baru – Nordin Madian (Deen), 22, dan Nur Shazrena Abd Rahim (Chad), 26 – perubahan yang dirancang membabitkan semua segmen dan kedudukan penyampai.

    Manakala Ikhwan pula diberi tanggungjawab lebih besar untuk mengendalikan Hot FM Jam yang disiarkan jam 4 petang hingga 8 malam bersama rakan setugas, Kieran.

    Mulai hari ini juga, 1 November buat pertama kalinya penyampai baru yang dicungkil dari pencarian Ikhwan Dan… iaitu Chad bersama seorang lagi finalis iaitu Deen akan mengendalikan Hot FM dari jam 8 hingga 12 tengah malam.

    "Mulanya kami mengadakan pertandingan 'Ikhwan Dan…' bagi mencari pengganti Anne yang kini mengikut suaminya berhijrah ke luar negara. Niat kami memang untuk mencari penyampai wanita bagaimanapun selepas pertandingan ini diadakan kami dapati Deen mempunyai karakter suara yang cukup baik diketengahkan.Kerana sayangkan bakat yang ada padanya kami akhirnya kami mengambil keputusan untuk menyerapkan Deen sebagai salah seorang penyampai Hot FM. Justeru, menggandingkan Chad dan Deen untuk mengendalikan segmen Hot FM Zon." – Anida, orang kuat Hot FM

    Keistimewaan Chad, beliau pernah bekerja dengan sebuah stesen kerajaan jadi Chad sudah ada pengalaman berada dalam konti selain ada intonasi yang sangat baik.
    Manakala Deen yang masih berusia 22 tahun pula biasa membuat 'voice over' untuk iklan dan promo. Pasti ramai tertarik dengan suara dan celoteh Deen nanti.

    Apakah Deen & Chad berjaya mencapai momentum yang sama dengan kendalian Ikhwan & Anne sebelum ini? Atau akan memecah rekod penyampai sebelum ini?

    Tanyalah pada mereka berdua, sudah tentu 1 November iaitu hari ini adalah hari penuh debar bagi mereka. Pasti mereka teruja dengan revolusi baru Hot FM.

    Rombakan masa dan perubahan pada gandingan penyampai ditambah dengan kehadiran dua orang penyampai baru, Budiey rasa Hot FM akan memberi saingan sengit buat stesen radio sedia ada. Persoalannya, adakah formula revolusi 2011 Hot FM kali ini berjaya. Segalanya terpulang kepada persepsi dan penerimaan pendengar nanti. Apa-apa pun kita tunggu sahaja, apakah perubahan ini berjaya meningkat jumlah pendengar radio Lebih Hangat dari Biasa ini.

    Kepada semua warga kerja Hot FM, Budiey ucapkan selamat maju jaya.

    Budiey: Saya ada dengar desas desus, Radio Suria FM juga tengah buat revolusi dan perubahan. Jom kita risik!

    fafau2

    fafau3

    kredit foto: Fanpage Facebook Fara Fauzana

    Gambar penyampai baru Hot FM, Chad dan Deen:

    CHAD & DEEN HOT FM

    Deen

    CHAD & DEEN HOT FM

    Chad

    CHAD & DEEN HOT FM

    Deen ingin melompat lebih tinggi! Selamat maju jaya, Deen!

    CHAD & DEEN HOT FM

    Chad. Teruja! Selamat bertugas, Chad!

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Siapa Dalang Sebalik Rombakan AIM
  • Gambar Selebriti di Media Prima Television Networks Screenings 2011
  • Rombakan Jadual Hot FM
  • Universal Networks Enters Licensing Agreement NBC Universal International
  • Senarai Jawatankuasa Penasihat FINAS 2010/2011
  • Senarai Jawatankuasa Penasihat FINAS 2010/2011
  • Radio Capital FM88.9 Mahu Lawan Radio Hot FM dan Radio Era?
  • Gambar Diana Danielle @ Pelancaran Filem Revolusi KL Drift
  • Ujibakat Teater Muzikal Terima Kasih Cinta
  • Ujibakat Raja Lawak Musim 5
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.