Himpunan Kisah Sensasi |
Pengasas majalah Penthouse meninggal dunia Posted: 30 Oct 2010 01:00 PM PDT
BOB GUCCIONE DALLAS – Pengasas majalah bogel Penthouse, Bob Guccione meninggal dunia pada usia 79 tahun di Hospital Pakar Plano, Texas kelmarin akibat barah paru-paru. Guccione yang pernah disenaraikan dalam carta 400 individu terkaya majalah Forbes dengan kekayaan AS$400 juta (RM1.24 bilion) pada tahun 1982 pernah membuat keputusan untuk menyiarkan gambar bogel pelakon dan penyanyi, Vanessa Williams yang menyebabkan dia kehilangan mahkota sebagai Ratu Amerika. Bagaimanapun, empayar perniagaannya runtuh akibat beberapa pelaburan yang gagal selain perubahan dalam industri pornografi sehingga memaksa dia menjual semua koleksi karya seni bertaraf dunia yang disimpannya selain sebuah rumah agam di Manhattan. Dia kehilangan banyak asetnya ekoran pelaburan yang gagal, saman, cukai dan penurunan jualan. Guccione telah menjual Penthouse pada tahun 2004 kepada FriendFinder Networks Inc. Berkahwin sebanyak empat kali, Guccione mempunyai dua anak perempuan, Tonina dan Nina, dan tiga anak lelaki, Bob Jr., Tony, dan Nick. Guccione memulakan pengeluaran majalah Penthouse pada 1965 di England bagi menampung kerjaya seninya. Dia juga merupakan jurugambar pertama untuk majalah bogel itu. Guiccione kemudian memperkenalkan majalah itu di Amerika Syarikat pada 1969 semasa perjuangan kewanitaan sedang memuncak. – AP /// kosmo /// October 31st, 2010 in Uncategorized |
Posted: 29 Oct 2010 01:00 PM PDT
BEBERAPA GRO Thailand ditahan penguat kuasa Imigresen dalam satu serbuan di Kelantan baru-baru ini. TUMPAT – Gadis berahi pembuka botol arak. Itulah gelaran popular kepada pegawai perkhidmatan pelanggan (GRO) warga asing yang berkhidmat di berpuluh-puluh restoran Thai yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan di daerah ini. Kebanyakan GRO itu tidak dibayar gaji oleh pengusaha restoran terbabit sebaliknya mereka diberi upah mengikut jumlah botol minuman keras yang dibuka ketika melayani pelanggan. Upah bagi setiap botol arak yang dibuka ialah RM2. Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Boon Hai berkata, Tumpat kini popular dengan kehadiran GRO Thailand yang bekerja di restoran-restoran. Katanya, GRO mengghairahkan itu akan memujuk pelanggan supaya menempah arak yang banyak untuk mendapat upah lumayan. "Kebiasaannya pelanggan akan menempah minuman keras sekurang-kurangnya 24 botol untuk diminum bersama rakan sambil ditemani GRO," ceritanya. Menurut beliau, GRO yang berpakaian seksi itu akan memberi layanan istimewa bagi mendapat tips antara RM50 dan RM100. "GRO itu turut menawarkan perkhidmatan seks dengan bayaran RM100 semalam dan akan melakukan aktiviti maksiat di hotel-hotel murah di sini," kata beliau. Boon Hai memberitahu, secara purata, setiap GRO boleh memperoleh pendapatan antara RM500 dan RM1,000 satu malam. /// kosmo /// October 30th, 2010 in Uncategorized |
You are subscribed to email updates from Himpunan Kisah Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |