- Blog Hanz - |
‘Lautan Merah’ Kuasai Stadium Nasional Posted: 31 Oct 2010 04:16 AM PDT KUALA LUMPUR – 'Lautan merah' penyokong Kelantan menenggelamkan sorakan penyokong Negeri Sembilan pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam. Kehadiran penyokong 'Hoben Jang Hoben' hanya sekitar 30,000, jelas tidak dapat menandingi jumlah penyokong Red Warriors seramai 60,000 orang. 'Gelombang merah' ribuan penyokong Kelantan tiba di di pekarangan Stadium Nasional seawal pukul 8 pagi dan mendahului memenuhi ruang stadium bermula pukul 4 petang. Keghairahan penyokong Kelantan sukar dibendung kerana sebaik pukul 7.30 malam, bahagian tempat duduk yang dikhaskan untuk mereka, telahpun dipenuhi 'lautan merah'. Sementara kebanyakan penyokong Negeri Sembilan pula memilih untuk datang sedikit lewat, iaitu kira-kira setengah jam sebelum perlawanan bermula yang pada pukul 8.45 malam. Walaupun kalah dari segi jumlah bilangan, penyokong Negeri Sembilan tetap bersemangat ditambah kehadiran kumpulan gendang mengiringi sorakan Hoben Jang Hoben. Penyokong Red Warriors yang banyak mendiamkan diri pada mulanya, tiba-tiba gamat apabila pemain Kelantan melangkah ke dalam padang untuk melakukan latihan ringan. Apa yang menarik, penyokong Kelantan dan Negeri Sembilan bersama-sama melakukan 'gelombang Mexico' atau Mexico wave, membuktikan semangat kesukanan di antara kedua-dua penyokong. |
Buku Termahal Yang Hanya Terdapat Beberapa Baris Ayat Posted: 31 Oct 2010 12:21 AM PDT Sebuah buku tebal yang bertajuk "The Onliest and The Deepest Secrets of The Medical Art" merupakan karya unik, ajaib dan termahal di dunia. Siapa menyangka buku yang hanya mempunyai beberapa perkataan biasa itu mempunyai harga US$ 20.000 Buku tebal ini sebenarnya adalah karya terakhir Boerhaave, seorang doktor Belanda yang menulis buku 'Elementa Chemiae' dan meninggal tahun 1738. Sebelum kematiannya, dia telah meninggalkan sebuah buku yang bertajuk 'The Onliest and The Deepest Secrets of The Medical Art' - 'Rahsia paling dalam dan satu-satunya dalam seni perubatan'. Sewaktu buku itu dilelong, harganya naik sehingga US$ 20.000. Namun sewaktu dibuka lembaran helaian-helaian buku tebal itu, ternyata 99 dari 100 halaman tidak tertulis apa-apa. Hanya yang tertulis dalam buku setebal itu; "Jagalah diri untuk tetap tenang, jagalah kaki agar tetap hangat, dan kamu akan menjadi doktor terbaik meskipun miskin" |
You are subscribed to email updates from - Blog Hanz - To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |