Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Terima Jodoh
- Ameng Dihukum Penjara 2 Bulan, Denda RM4,000
- Kejatuhan Rating Nona Bukan Punca Saya Seorang -Maya Karin
- Diana Tidak Mahu Kelihatan Gemuk -Norsiah
- Shiqin Sedia Tempuhi Cabaran
- KRU Perjelas Status Tanah di Cyberjaya
- Rudy Kini Milik Red FM
- Ariel Sihat di Penjara Bandung
- Konsert 'Star Live 2010' Tampil Buat Kali Keempat
- Bad Boys bukan artis tempelan
- Drama komedi kisah rumah tangga
- Mohon maaf kepada mangsa dan keluarga mereka
- 2 penumpang kudung kaki
- Mana laporan kes dera SMK Bunut Susu?
- Ejen penipu beri harapan palsu
- 5 korban kereta bertembung van
- Bilik hotel dijadikan pusat pesta
- Patah kaki, hidung dibelasah jiran
- Peniaga tidak pamer tanda harga
- Abang Husin Jebon juga susah
- Pitam lihat rumah dilanda ribut
- Pusat jualan dibuka di Indonesia
- Babak ranjang lumrah - Ady
- Serangan parti My Chemical Romance
- CariDee kekasih terbaru Manson
Posted: 31 Oct 2010 09:12 PM PDT ENTAH dari mana harus dimulakan kisah gandingan B*POP kali ini, dramatis Rozita Che Wan dan juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Shahir.Bagaimanapun, umum sudah tahu mengenai gosip membabitkan si jelita berusia 37 tahun dan jejaka yang dilabelkan sebagai 'pucuk muda' yang baru saja genap 22 tahun pada 5 September lalu. Keakraban mereka sangat ketara dalam sesi fotografi yang diadakan di Butik Calvin Thoo, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Cuma seperti biasa, masing-masing tersimpul malu saat awal disatukan buat kali pertamanya dalam sesi fotografi ini. Mujur ibu tunggal dua anak ini bijak mengawal situasi dan memainkan peranan untuk memastikan sesi fotografi berjalan lancar. Riuh rendah juga jadinya apabila bekas ratu cantik dan pramugari ini dengan selamba menghangatkan suasana dengan lawak selambanya. Lebih-lebih lagi, kakak kepada pelakon Ayu Raudhah ini menuturkan dialek utaranya. Sesekali terkeluar ketawa kecil Shahir sekali gus menampakkan pendakap gigi yang dipakainya sejak hampir dua tahun. Ironinya, sebelum bergandingan dengan Rozita, wajah Ikon Belia Negeri Perak 2010 ini agak merah padam. Barangkali dia menjadi tidak keruan kerana berada rapat di samping Rozita. Dulu, penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan ini pernah berdebar digandingkan dengan pelajar wanita AF8, apatah kali ini bergandingan dengan si pemilik pinggang bak kerengga dan bertubuh seksi yang menjadi idaman ramai lelaki itu. "Tak sangka bermula sebagai peminat, kami tiba-tiba boleh menjadi kawan rapat. Dia (Rozita) memang suka buat lawak dan menceriakan hati saya," ungkap Shahir yang sudah merakamkan single kedua ciptaan Audi Mok tetapi masih belum berjudul. Jawapan selamat bersandarkan kepada terma 'kawan rapat' yang digunakan Shahir itu belum mengiyakan apa diharapkan sebenarnya. Bagaimanapun, akuinya mengenai subjek cinta, dia tidak sesekali menolak andai benar perasaan itu mula bertamu di hatinya. Adat sebagai manusia, hidup ini perlu berpasangan. Katanya lagi, dia tidak berdaya menolak andai suatu hari nanti takdir menyatukannya dengan mana-mana wanita termasuk Rozita. "Sebelum digosipkan dengan Rozita, saya pernah dikaitkan dengan Heliza dan rakan seperjuangan saya sendiri iaitu Adira. Jadi tidak pelik, jika timbul pelbagai versi cerita yang belum pasti hujung pangkalnya. Nama pun gosip dan ia bukan satu kesalahan. Lainlah perkara yang negatif. "Orang di luar sana bebas bercakap dan itu hak masing-masing. Saya OK... tiada tekanan dalam hal ini. Saya yakin Rozita juga bersetuju dengan pendapat saya. "Yang tahu hal sebenar hanya kami yang mengalaminya. Kalau bercakap soal takdir, ia sesuatu yang ditentukan sejak azali. Jodoh, ajal dan maut semua di tangan Tuhan. Kalau ketentuan begitu dan begini, sebagai hambaNya, saya hanya mampu berserah dan menerimanya. "Kita sekadar merancang. Sebaiknya, sekarang saya lebih selesa memberi tumpuan kepada kerjaya seni yang baru berusia lima bulan," katanya yang turut mengimpikan peluang muncul dengan album penuh. 'Selamat tinggal glamor' BAGI Rozita, anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini mengakui dia begitu selesa berkawan dengan Shahir. Duta Avon itu menyifatkan Shahir sebagai seorang yang pemalu dan dia sering mengusiknya. Sama seperti Shahir, Rozita juga terbuka jika jodoh dengan Shahir benar-benar terjadi seperti yang diperkatakan khalayak. "Dia jenis lelaki yang tak cakap banyak. Agak sensitif dan manja. Memang kebelakangan ini kerap juga cerita mengenai kami. Terpulanglah kepada mereka nak cakap apa. Yang pasti, hati saya belum ada untuk sesiapa. Saya sendiri belum pasti siapa jodoh sebenar. Soal jodoh urusan Tuhan," katanya yang mengenakan rambut palsu potongan pendek untuk fotografi ini. Apabila kenyataan Rozita berbunyi hatinya sudah tiada kepada sesiapa, sedikit sebanyak menimbulkan persoalan apa pula yang terjadi dengan hubungannya dengan Shah. Diaju apa sudah terjadi dengan hubungan istimewanya dengan jejaka berasal dari Kuala Lumpur dan bertugas di Singapura itu, Rozita hanya mampu berdiam seribu bahasa. "Biarlah kisah itu disimpan sendiri buat sementara waktu," katanya ringkas. Ironinya sebelum ini, timbul telahan kononnya keputusan nekad Rozita bersara selepas empat tahun berada di dalam industri seni ada kaitan dengan agenda berkahwin dengan Shah. "Kisah kahwin itu hanya khabar angin. Lagipun saya sendiri tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian. Keputusan bersara itu berbalik kepada perancangan saya untuk menceburi bidang lain. Saya sudah penat berlakon. Saya sudah tidak sanggup bangun jam 6 pagi dan pulang ke rumah pada jam 3 pagi hari berikutnya. "Saya tidak mahu hidup dalam dunia glamor lagi. Saya pun bukan makin muda lagi. Lalu, saya harus merancang sesuatu untuk masa depan yang lebih baik. "Malah saya tidak anggap keputusan bersara sebagai sesuatu yang merugikan. Rezeki itu ada di mana-mana. Berlakon itu menyeronokkan tetapi saya sudah tidak mampu bertoleransi dengan tekanan, faktor masa dan cerita kontroversi yang tidak berkesudahan," katanya yang sedang menjalani penggambaran drama 13 episod arahan Jet Li berjudul Kem Pink. INFO: Shahir INFO: Rozita Che Wan | ||||
Ameng Dihukum Penjara 2 Bulan, Denda RM4,000 Posted: 31 Oct 2010 09:10 PM PDT KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Spring, Ameng (gambar) atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 40, dihukum penjara dua bulan dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memasukkan dadah dalam badan pada April lalu. Ameng juga diletakkan di bawah pengawasan Agensi Anti-Dadah Kebangsaan selama 3 tahun. Ameng didakwa atas tuduhan memasukkan dadah jenis ganja ke dalam badannya ketika ditahan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Daerah Sentul, di sini, pukul 3.45 pagi, 2 April lalu. Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan. Majistret Zaki Asyraf Zubir memutuskan demikian setelah pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan melampaui munasabah terhadap pertuduhan tersebut. Beliau turut menolak dakwaan Ameng bahawa kes dadah yang sedang dihadapinya merupakan konspirasi bekas isteri, Zaidah Awang atau A. Aida dan suaminya, Asisten Supritendan Suffian Sulaiman yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Kuala Lumpur kerana menyifatkannya sebagai tidak berasas. Sulaiman adalah Ketua Bahagian Perhubungan Awam di IPK tersebut. Zaki memberitahu, sekiranya Ameng gagal membayar denda tersebut, dia akan dikenakan hukuman dua bulan penjara. Penyanyi yang popular dengan lagu Sampai Hati dan Bougenvilla itu diwakili peguam Kamarul Zaman Abdul Rahman manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Alias. Bagaimanapun, Ameng dibenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara itu dengan syarat vokalis tersebut perlu memfailkan notis rayuan di Mahkamah Tinggi hari ini. Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar meminta mahkamah menaikkan ikat jamin sebanyak RM2,000 lagi dengan penjamin yang sama. Sebelum ini, Ameng diikat jamin dengan RM3,500 oleh isterinya. | ||||
Kejatuhan Rating Nona Bukan Punca Saya Seorang -Maya Karin Posted: 31 Oct 2010 09:09 PM PDT CYBERJAYA: Aktres popular Maya Karin menganggap kejatuhan rating rancangan Nona yang dikendalikannya selama setahun ini tidak hanya berpunca daripadanya sahaja. Kata Maya, terdapat beberapa faktor lain yang menjadi punca rancangan berbentuk majalah itu kurang menjadi pilihan penonton. "Kejatuhan rating rancangan Nona bukan disebabkan saya seorang sahaja, banyak faktor lain yang boleh menyebabkan sesebuah rancangan itu tidak mampu untuk mempertahankan rating. "Bagi saya banyak aspek yang menjadi punca terutamanya dari segi pengisian rancangan tersebut. Sebuah rancangan yang berdurasi sejam, mereka seharusnya memikirkan isi kandungan yang mampu menarik penonton," katanya ketika ditemui di Majlis Doa Selamat Kru, di sini, Jumaat. Tambah Maya, penonton tidak mungkin memberi perhatian dalam masa sejam hanya sekadar melihat pengacara semata-mata. Bagaimanapun, ketika ditanya tentang reputasinya terjejas akibat dari kegagalan tersebut, Maya memberitahu dia tidak mahu berfikiran negatif tentang perkara tersebut. "Ini bukan bidang utama saya, saya juga tidak mahu salahkan siapa-siapa dalam hal ini. Saya hanya mahu berfikiran positif, bagi saya semua perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya. "Apa pun saya berterima kasih kepada pihak TV3 kerana memberi peluang kepada saya untuk mengacarakan rancangan ini selama setahun dan mengucapkan semoga berjaya kepada Nona," ujarnya yang menyambut hari lahir ke 31, Jumaat lalu. Menurut Maya, perkara ini tidak mematahkan semangatnya untuk terus terlibat dalam bidang pengacaraan, dia juga bakal terlibat dalam sebuah program televisyen berkaitan alam sekitar. Dalam pada itu, Maya turut mengulas tentang hubungan cintanya dengan pelakon kacak, Yusri Abdul Halim yang dikatakan terjalin semula. "Ya, kami ada keluar bersama dan menonton wayang, tapi tidak bermakna kami bercinta. Saya dan Yusri sudah enam tahun berkawan baik, janggal rasanya untuk bercinta. "Saya selesa dengan status sekarang, sudah lama rasanya saya dalam sebuah hubungan. Kini saya sedang lalui perkara baru dalam hibup dan fokus pada diri sendiri," ujarnya sambil tersenyum. Maya juga sedang membuat persiapan bagi pementasan kedua teater Natrah pada November depan dan menimbang beberapa tawaran filem. | ||||
Diana Tidak Mahu Kelihatan Gemuk -Norsiah Posted: 31 Oct 2010 09:01 PM PDT PETALING JAYA: Ibu kepada pelakon popular Diana Danielle, Norsiah Ramli menjelaskan bahawa keengganan Diana memakai baju rekaan Ezuwan Ismail pada malam Festival Filem Malaysia Ke 23 (FFM23) kerana baju tersebut membuatkan dirinya kelihatan berisi. Dalam laman sosial Facebook milik Norsiah juga memberitahu bahawa pelakon filem Magika itu berasa sangat kecewa dan telah meminta maaf kepada pereka fesyen tersebut. "Dalam Utusan pula ada berita tentang D (Diana Danielle) yang tidak nak pakai baju designer. Baju abang dia, Ezuwan. Sebenarnya Diana merasa baju tersebut membuat dia berasa dan kelihatan sangat gemok. Diana sangat kecewa dan menangis. "Ezuwan pun berada disisi Diana masa itu, Diana cakap sendiri pada Ezuwan dan dia minta maaf sendiri. Mama pun bergegas mencari pengganti dan malam tu Diana di sponsor oleh Calvin Too," tulis Norsiah seperti pada status Facebook miliknya, pukul 2.56 petang, Ahad. Bagaimanapun, menurut Norsiah, tiada apa yang perlu dibesarkan lagi kerana perkara tersebut telah diselesaikan secara baik. "Pada mama, Diana dan Ezuwan, hal ni sudah selesai. Tak ada apa yang hendak di pertikaikan lagi. Mama pun sayang Ezuwan dan doakan dia berjaya menjadi salah seorang pereka fesyen yang terunggul di Malaysia. Amin. "Pada Calvin, mama ucapkan terima kasih yg tidak terhingga, kerana meminjamkan baju kepada Diana pada saat-saat akhir," tulisnya. Terdahulu, sebuah akhbar mingguan keluaran Ahad telah menyiarkan sebuah artikel berhubung sikap pelakon Diana Danielle yang membatalkan hasrat untuk mengayakan baju seorang pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail setelah baju tersebut siap dibuat mengikut citarasanya. Sementara itu, Ezuwan ketika dihubungi enggan memanjangkan perkara ini dan menganggap ia sebgaai pengajaran agar lebih berhati-hati selepas ini. "Pada mulanya semua pihak sudah bersetuju dengan rekaan tersebut, malah Diana beberapa kali mengirimkan gambar rekaan yang dia mahu kepada saya. "Bagi saya ia mengikut apa yang telah dimintanya namun apabila semuanya sudah siap, dia pula berasa pakaian itu tidak sesuai dengan usianya," ujar Ezuwan. | ||||
Posted: 31 Oct 2010 09:00 PM PDT PERCUBAAN pertama menerusi filem Legenda Budak Setan ternyata benar-benar belum memberi impak kepada Ashiqin Mohd Kamal atau Shiqin. Malah gadis berusia 19 tahun ini turut menerima pelbagai kritikan pedas seperti kaku, tiada emosi serta gagal menjiwai watak. Dia turut dikatakan hanya mempertaruhkan wajah manisnya semata-mata untuk bergelar pelakon tanpa mempunyai bakat yang bagus. Tidak mahu lari dari kritikan, dia mengaku dirinya masih diseliputi perasaan malu dan rendah diri ketika digandingkan dengan nama besar seperti Lisa Surihani dan Farid Kamil ketika menerajui filem tersebut. "Kali pertama berlakon dan diberi kepercayaan untuk memegang watak penting dalam filem ini memang bukan sesuatu yang mudah. Ketika saya hadir uji bakat untuk filem ini ramai juga pelakon lain yang datang. Saya tidak tahu mengapa pengarah memilih saya untuk memegang watak Amirah itu. "Selepas ditayangkan banyak maklum balas dan kritikan yang diterima, mereka kata saya kurang beremosi. Saya sedar ketika itu saya terlalu banyak berfikir tentang tanggapan keluarga dan masyarakat," ujarnya yang turut tercalon dalam kategori Pelakon Wanita Harapan di Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) lalu. Bagi menebus kehampaan tersebut Shiqin yakin pertaruhannya dalam filem terbarunya Mantera bakal membuka mata penonton untuk menilai bakat yang ada dalamnya.Gadis berdarah Melayu-Pakistan ini bertuah apabila dipilih untuk memegang watak heroin bernama Deena yang pada asalnya ditawarkan kepada Lisa Surihani. "Saya tidak sangka diberikan watak utama dalam filem ini, memandangkan saya masih baru dan tidak banyak pengalaman lagi. Semasa uji bakat saya fikir hanya mendapat watak sampingan sahaja. "Bagaimanapun saya perlu buat yang terbaik untuk membuktikan saya tidak kaku seperti yang diperkatakan pada filem pertama saya," katanya yang akan bergandingan dengan Tomok untuk filem yang dijangka akan ditayangkan pada tahun hadapan. Selain itu, Shiqin juga sedang menunggu tayangan filem sebuah produksi dari Singapura berjudul Dilarang Masuk. Filem genre seram dan aksi ini dijangka akan ditayangkan ke beberapa buah negara jiran pada awal tahun hadapan. Kagumi Lisa Surihani Jika dilihat dari pakej wajah, pembentukan kerjaya dan latar belakang pendidikannya, Shiqin mempunyai banyak persamaan dengan aktres jelita Lisa Surihani. Pelajar tahun dua, Ijazah Sains Aktuari, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam ini juga mengakui menjadikan pelakon tersebut sebagai idolanya. "Lisa Surihani merupakan nama besar yang semakin meningkat naik. Dia bersih dari gosip yang buruk dan berjaya membawa dirinya sehingga kemuncak kerjayanya. "Saya lihat Lisa seorang yang tahu apa yang dia hendak dalam industri ini. Dia mempunyai matlamatnya tersendiri dan ramai artis yang menjadikan dia sebagai idola kerana dia berjaya dalam pelajarannya dan lakonan," ujarnya. Bagaimanapun, Shiqin akui sebagai pelajar banyak kekangan yang perlu dihadapi terutamanya dari segi masa belajar dan kelas yang terpaksa dihadiri. Banyak tawaran yang datang terpaksa ditimbang-tara agar tidak bertembung dengan waktu belajarnya. "Memang saya sangat sedih bila terpaksa menolak beberapa tawaran yang datang terutamanya drama atau telefilem. Ramai yang ingat saya tidak mahu berlakon drama, tapi sebenarnya masa yang tidak mengizinkan."Saya hanya ambil tawaran yang benar-benar sesuai dengan masa saya. Bukan apa, kursus yang saya ambil ini susah, lebih-lebih lagi jika tercicir dari awal," katanya. Ditentang keluarga Percaya kebolehan diri, Shiqin akui tentangan awal dari keluarga merupakan cabaran buatnya melangkah ke dunia seni. Keluarga mahu dia mengikut jejak langkah adik beradik yang lain belajar hingga ke luar negara dan memiliki kerjaya yang boleh dibanggakan. Namun kedegilan dan kehendak yang membuak-buak membuatkan anak jati Kuala Lumpur ini tekad dengan keputusannya. "Awal pembabitan saya adalah melalui filem Magika, mungkin ramai tak tahu sebab saya hanya buat aksi lagak ngeri untuk watak Nenek Kebayan lakonan Ziana Zain. Ketika itu keluarga saya tidak kisah kerana menganggap ia sekadar suka-suka. "Namun selepas tawaran demi tawaran mereka mula bising dan mahu saya tumpu pada pelajaran. Selepas berbincang, mereka membenarkan saya berlakon dengan syarat tidak boleh menjejaskan pelajaran. "Sebab itu saya berhati-hati dan buktikan pada keluarga dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang pada setiap semester," ujar anak saudara kepada pelakon Edika Yusof ini. Kuat Cemburu Bercerita tentang soal hati, bekas pelajar Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur ini mengakui dia seorang yang kuat cemburu terhadap pasangannya. Dia memberitahu tidak akan memilih pelakon atau selebriti sebagai pasangan kekasih berikutan tidak mahu menghadapi gosip. Kata Shiqin, sekiranya kekasih dia seorang artis, dia juga tidak sanggup melihat kekasihnya bermesraan dengan orang lain di lokasi penggambaran. "Saya seorang yang terlalu kuat cemburu. Kalau boleh saya memang tidak mahu bercinta sesama artis kerana tidak mahu dengar gosip. Bercinta dengan orang biasa pun saya sentiasa cemburu, inikan pula artis yang terdedah sebagai bahan gosip. "Buat masa ini saya belum punya kekasih, saya hanya bercinta dengan buku dan kerja saya. Bukan saya memilih atau tidak mahu bercinta tetapi susah untuk mencari lelaki yang betul-betul boleh dipercayai," katanya. | ||||
KRU Perjelas Status Tanah di Cyberjaya Posted: 31 Oct 2010 08:59 PM PDT CYBERJAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU, Norman Abdul Halim menjelaskan tapak pembinaan KRU Studios seluas 15.39 ekar di Cyberjaya adalah merupakan terma perjanjian perniagaan antara KRU dan pihak pemaju, Cyberview Sdn Bhd. Justeru, menolak dakwaan tapak pembinaan ibu pejabat KRU yang menempatkan studio berteknologi tinggi dan tercanggih itu adalah merupakan geran dari kerajaan. "Ia merupakan perjanjian antara KRU dan pemilik tanah Cyberjaya iaitu Cyberview dan kami hanya akan diberi hak untuk membeli tanah tersebut dalam tempoh masa 10 tahun. "Setakat ini kami hanya menyewa dari mereka, namun begitu mereka memberi peluang kepada KRU untuk mereka bentuk semua bangunan yang akan dibangunkan mengikut citarasa kami," ujarnya ketika ditemui di Majlis Doa Selamat dan Sepetang Bersama KRU, di sini, Jumaat. Menurut Norman, penubuhan KRU Studios ini bukan sahaja untuk produksi KRU tetapi terbuka kepada produksi-produksi lain yang mahu menggunakan studio berkenaan untuk pembikinan filem mereka. KRU Studios ini dilengkapi dengan studio penerbitan audio, studio suntingan, studio pengimejan digital dan studio animasi visual kesan khas. Ia juga akan menyediakan dua pentas persembahan yang masing-masingnya berkeluasan 2,500 dan 10,000 kaki persegi. Bukan itu sahaja, melalui kemudahan-kemudahan yang disediakan KRU Studios juga boleh dianggap sebagai pusat sehenti bagi pelbagai aktiviti membabitkan penerbitan filem, program televisyen, iklan komersial, muzik, kesan khas serta animasi tiga dimensi. "KRU Studios juga menawarkan sistem penataan kesan khas dan imej janaan komputer (CGI) yang kini banyak digunakan dalam industri penerbitan. Apa yang lebih penting kualiti filem kita diharap akan menyamai standard filem Hollywood melalui teknologi definisi tinggi (HD). "Wujudnya KRU Studios ini bukan sahaja untuk kemudahan KRU malah kami membuka kemudahan yang disediakan ini kepada semua produksi filem tempatan dan luar negara. Matlamat utama KRU adalah untuk memajukan industri filem kita ke tahap antara bangsa. Dalam pada itu, mengulas kejayaan Magika sebagai filem terbaik di Festival Filem Mlaysia ke 23 (FFM23), Norman memberitahu kejayaan tersebut membuka jalan kepada KRU menerbitkan lebih banyak lagi filem berkualiti. "Kita sekarang sedang menuju ke peringkat antarabangsa, kejayaan Magika memberi insipari kepada KRU untuk terus memberikan karya-karya yang lebih baik dan bertaraf antarabangsa. "Kita akan keluar sebuah filem berjudul Hikayat Merong Mahawangsa pada tahun hadapan dan dijangka akan menembusi sebanyak 50 buah negara," ujarnya. | ||||
Posted: 31 Oct 2010 08:58 PM PDT PETALING JAYA: Stesen Radio Red FM bakal disertai oleh juruhebah popular, Rudy atau nama sebenarnya Harun Sharudin Sufian bagi mengukuhkan lagi stesen radio tersebut. Rudy yang sebelum ini popular menerusi menerusi segmen pagi, Morning Crew Breakfast show bersama deejay JJ do Hitz FM akan menyertai Red FM bermula 15 November ini. Menurut Rudy, dia terbuka hati untuk menyertai keluarga Red FM kerana mahukan cabaran. "Saya seorang yang sangat sukakan sesuatu benda baru. Menyertai keluarga Red FM merupakan satu cabaran buat saya. Red FM telah membuka jalan untuk saya buat apa saja yang saya gemari dan inginkan selama ini. Jadi, tiada sebab mengapa perlu saya tolak peluang yang diberikan kepada saya," katanya. Tambahnya, dia berani menjanjikan kepada para pendengar untuk membawa satu kelainan yang tentunya amat berbeza dengan rancangan pagi di stesen-stesen radio lain. Antaranya satu persembahan yang penuh dengan "gila-gila" serta kejutan luar biasa yang sukar untuk dijangkakan. "Saya yakin bermula tarikh itu, pendengar akan dapat mendengar satu perubahan pada waktu pagi di Red FM," katannya yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda, Pengurusan Sumber Manusia dari Swinburne University of Technology, Melbourne Australia. Menurut keputusan terbaru kaji selidik radio AC Nielsen untuk suku kedua tahun ini, Red FM menunjukkan peningkatan jumlah pendengar dalam lima kajian yang dibuat sejak tahun 2008 dan mencatatkan 35.4 peratus dari tahun ke tahun. Perbandingan daripada enam bulan terakhir antara Red FM dengan stesen radio Inggeris lain telah menunjukkan peningkatan sebanyak 24 peratus peningkatan tertinggi direkodkan untuk tempoh ini. Segmen pagi, petang dan malam di Red FM juga mencatat peningkatan tahun ke tahun yang tertinggi antara segmen masing-masing sebanyak 102 peratus, 83.3 peratus dan 81 peratus. Jumlah masa mendengar Red FM telah meningkat sebanyak 7.29 jam, meletakkan tempat kedua sebagai radio berbahasa Inggeris yang paling lama didengari dan digemari oleh kalangan remaja. Peningkatan ini tentunya akan berada pada tahap yang lebih baik sekiranya Rudy berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai deejay popular dalam menarik lebih ramai pendengar. Dalam masa yang sama pihak Red FM sendiri telah mengatur strategi apabila bakal mengadakan dua peraduan besar buat pendengar setia stesen radio itu. Peraduan pertama apabila memberi peluang kepada semua pendengar setia untuk memenangi sejumlah wang tunai melebihi RM18,000 apabila Red FM menganjurkan peraduan yang mana pendengar berpeluang untuk menjadi salah seorang penonton yang dapat melihat Justin Bieber beraksi di atas pentas secara langsung di Miami dalam peraduan "Red FM's Bieber Fever". Pendengar yang bertuah akan diberikan tiket penerbangan, penginapan dan juga tiket masuk ke konsert itu nanti. | ||||
Ariel Sihat di Penjara Bandung Posted: 31 Oct 2010 08:58 PM PDT BANDUNG: Vokalis kumpulan Peterpan, Ariel yang ditahan atas kesalahan video lucahnya kelihatan lebih sihat dan bertenaga semenjak ditukarkan ke penjara Rutan Kebon Waru, Bandung. Menurut produser Peterpan, Capung, keadaan penyanyi itu semakin baik terutama apabila ramai yang melawat dan memberi sokongan kepadanya. "Kelmarin ketika melawat Ariel dia kelihatan sihat dan segar. Dia seperti sudah bersedia untuk diadili, ramai yang mengunjungi dia termasuk keluarga dan peminannya. Biarpun belum diputuskan bila ia akan dibicarakan, namun menurut Capung Ariel sudah bersedia. Tambahnya ketika melawat Ariel dia banyak berbincang tentang projek Peterpan untuk jangka panjang. "Dia juga belum tahu bila akan dibicarakan tetapi dia seperti sudah bersedia. Kami tidak berbicarakan banyak soal dia tetapi berbincang tentang projek Peterpan yang mendatang ini," ujarnya. | ||||
Konsert 'Star Live 2010' Tampil Buat Kali Keempat Posted: 31 Oct 2010 08:57 PM PDT KONSERT Star Live 2010 anjuran ntv7 bakal diadakan pada Sabtu, 18 Disember, dari 8.30 malam hingga 11 malam di Stadium Bukit Jalil (Tempat Letak Kereta A). Ia merupakan kali keempat konsert itu bakal dilangsungkan dan masuk adalah percuma. Sepuluh artis Cina tempatan dan luar negara mengesahkan kehadiran mereka untuk merancakkan persembahan malam selama dua setengah jam itu yang bertemakan 'Crazy for music'. Antara barisan bintang popular yang akan memberikan persembahan pada malam tersebut ialah JJ Lin dari Singapura, Landy Wen Lan (Taiwan), Della Ding Dang (China) selain penyanyi serta pelakon yang berbakat Peter Ho. Lain-lain artis termasuk pasangan handalan, MC Lin dan Hanjin dari Hong Kong dan pasangan AK iaitu (Andy Chen dan Kris Chen) dari Taiwan. Para penonton konsert itu juga akan dihiburkan oleh artis tempatan terkenal seperti pasangan Thomas dan Jack; penyanyi dan penulis lagu berbakat seperti VChuan, Will Ng dan Wu Jia Hui. Berganding bahu dengan ntv7 menjayakan konsert ini bersama ntv7 ialah stesen radio oneFM dan 988FM, serta rakan dari Red Box dan Green Box Karaoke. Penerbit konsert tersebut ialah Galaxy Group. Pengurus Penjenamaan ntv7, Lai Cheah Yee dalam sidang akhbar berkata, konsert tersebut merupakan tanda penghargaan kepada penonton ntv7 yang sentiasa memberikan sokongan. "Konsert Star Live pada 2009 telah berjaya menarik sebanyak 600,000 penonton Cina berumur empat tahun dan ke atas, sekali gus menjadikan ia program yang paling ramai ditonton dalam slot masa itu. "Tahun lalu seramai 60,000 orang mengunjungi tapak konsert dan kami mengharapkan respons yang sama ataupun lebih baik pada tahun ini," katanya. | ||||
Posted: 31 Oct 2010 08:56 PM PDT Trio dari Sabah yang menggelar diri mereka Bad Boys bukan kumpulan baru yang bertapak dalam industri seni. Bakat mereka diketengahkan oleh Adam AF melalui naungan syarikat milik Adam, Aico Entertainment sejak dua tahun lalu. Namun, entah di mana kekurangannya, bakat tiga anak muda iaitu Ry'an (22), Yandy (26) dan Marlon (22) dari Kota Kinabalu, Sabah seolah-olah dipandang sepi peminat industri tanah air. Hanya langkah lincah mereka yang dapat dilihat mengiringi hampir setiap persembahan Adam mahupun Stacy. Menurut Ry'an, Bad Boys bukan sekadar artis tempelan yang hanya mengiringi persembahan Adam ataupun Stacy tetapi mereka ada keistimewaan sendiri dan berharap diberi peluang mempamerkan bakat yang ada. "Jika di Kuala Lumpur tidak ramai yang mengenali kami dan tidak tahu kami boleh menyanyi. Tetapi berlainan pula di Sabah, mereka tahu mengenai kami dan dapat menerima kami. "Saya berharap masyarakat di Semenanjung khususnya memberi peluang kepada kami kerana kami mempunyai keistimewaan tersendiri. Kami bukan sahaja boleh menari bahkan boleh menyanyi," kata Ry'an, mewakili Yandy dan Marlon. Bad Boyz akan tampil dengan album mini berjudul Bad Boyz yang memuatkan empat buah lagu seperti Bila Kau Tiada, Sayang Ku Janji, Pacar Pisau Cukur di mana kesemua lagu digubah sepenuhnya oleh Adam dan dijangka dilancarkan hujung tahun ini. Menariknya, lagu-lagu mereka menggabungkan tempo rancak, pertengahan rancak dan perlahan (pop balada). Pendek kata, kumpulan ini lebih menumpukan kepada konsep pop dance dan tarian menjadi sebahagian dari persembahan untuk menarik perhatian peminat. "Kami memilih konsep pop dance dan pop shuffle kerana konsep seperti itu belum pernah diketengahkan di Malaysia," katanya yang akan berlatih menari dan menyanyi bersama yang lain selepas jam 12 tengah malam memandangkan Yandy dan Marlon mempunyai kerja sampingan pada siang hari. Walaupun masih baru, sudah ada beberapa dakwaan yang mengaitkan Bad Boys tidak boleh menyanyi dengan baik dan lebih kepada klon Adam. "Adam adalah senior ataupun mentor kami, jadi tentulah orang akan membandingkan Bad Boys dengan Adam. Tapi apa yang membezakan kami adalah kami bergerak berkumpulan sedangkan Adam solo. "Tentang nyanyian pula, ia bergantung kepada keadaan. Jika sesebuah lagu itu memerlukan kami menari, kami menggunakan teknik On Top, maksudnya nyanyian secara langsung, seiring dengan nyanyian latar," ujarnya yang turut menjadi koreografer kumpulan itu. Ketika ditanya mengapa memilih nama yang agak unik, tapi boleh dilihat mempunyai unsur negatif, Ry'an menjelaskan bahawa nama kumpulan itu bukanlah bermaksud jahat sebaliknya nama singkatan. "Bad itu bukan bermaksud jahat. Tapi itu akronim Budak Ada Disiplin. Dari situ singkatannya, BAD. Tapi bagi kami, rasanya ia tidak akan memberi kesan negatif. Apa yang penting peminat menghargai dan menerima kami," akhiri Ry'an. | ||||
Drama komedi kisah rumah tangga Posted: 31 Oct 2010 08:56 PM PDT 'Takut Bini, Sayang Suami' sebuah drama komedi bersiri terbitan MIG Production Sdn Bhd bakal menemui penonton 4 November ini merupakan drama 18 episod yang menyelitkan mesej penting yang menekankan keikhlasan dan ketulusan yang perlu ada di dalam sesebuah keluarga bagi menjamin kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga. Drama yang mengisahkan mengenai Kassim yang bertemu Maria ketika menjalani latihan praktikal di sebuah hotel. Kassim yang berperwatakan lucu dan sikap suka membantu orang membuatkan Maria jatuh hati kepada Kassim walaupun Kassim hanyalah seorang pemandu. Walaupun mendapat tentangan daripada kedua belah pihak, mereka tetap meneruskan hubungan mereka sehingga ke alam perkahwinan dan dikurniakan dua anak. Setelah beberapa tahun, rumah tangga mereka menjadi tegang setelah Maria dinaikkan pangkat sebagai pengurus besar manakala Kassim kekal sebagai pemandu. Perbezaan jawatan menyebabkan mereka sering bertengkar kerana menunjukkan ego masing-masing. Maria pula sememangnya terkenal dengan sikap tegas dan garangnya. Di mata orang luar, Kassim bagaikan dibuli isteri. Sungguhpun Kassim mengetahui bahawa isterinya menyayanginya, ego lelaki kadang-kala membuatkan dirinya memberontak. Namun, semakin dia memberontak, semakin teruk pula Maria 'menghukumnya'. Pada masa sama, Kassim berkawan baik dengan Senu, seorang lelaki hidung belang, yang juga jirannya. Senu ada dua isteri dan tinggal berhampiran. Hakikatnya, rumah tangga Senu juga selalu tunggang-langgang. Semua pengalaman yang dilalui pasangan Kassim dan Maria akhirnya menyedarkan mereka bahawa ketidaksempurnaan mereka itu merupakan asas untuk memperbaiki kelemahan diri dalam mencapai kesempurnaan kehidupan berkeluarga. Menurut Penerbit MIG Production, David Teo, drama terbaru ini membawa mesej dan realiti yang berlaku dalam masyarakat hari ini. Drama ini juga bukan sekadar hiburan semata-mata, tetapi menyelitkan pengajaran. "Drama ini sesuai ditonton semua lapisan masyarakat kerana ia mengenai kisah kekeluargaan yang membawa pelbagai ragam," katanya yang ditemui selepas majlis pelancaran drama itu di Sri Pentas, baru-baru ini. Dibintangi oleh Zul Yahya, Putri Mardiana, Alex Yanz, Farisya Fatin, Sasqia dan Tasha, 'Takut Bini, Sayang Suami' akan menemui penonton setiap Khamis dan Jumaat di TV9, jam 9.30 malam. | ||||
Mohon maaf kepada mangsa dan keluarga mereka Posted: 31 Oct 2010 08:54 PM PDT KUALA LUMPUR – Pemandu bas yang terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan tujuh nyawa dan mencederakan 39 yang lain di Kilometer 38 Jalan Genting Sempah, Jumaat lalu, menceritakan detik cemas tragedi itu dan mengapa dia tidak ada lesen memandu. Mutu juga memohon maaf kepada semua yang ada kaitan dengan kemalangan ngeri itu, lebih-lebih lagi mangsa, keluarga dan sanak-saudara mereka. Bercakap dari katil wad Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, semalam, Mutu berkata, dia ada pengalaman lima tahun memandu bas dan pernah memiliki lesen memandu, tetapi dibatalkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sejak kira-kira 10 tahun lalu. "Saya ambil lesen di sebuah pusat latihan memandu berdaftar, tetapi JPJ menarik semula lesen itu kerana ia lesen terbang (tidak sah). "Sebelum itu saya pun tidak tahu ia lesen terbang," kata pemandu itu yang patah kaki kanan dalam tragedi itu. Dia mendakwa terpaksa memandu bas, walaupun tidak ada lesen kerana hendak menyara isteri dan tiga anaknya, berumur 10, 11 dan 13 tahun. "Saya pernah cuba ambil lesen semula, tetapi nama saya sudah disenaraihitamkan kerana belum menjelaskan saman tertunggak. "Sebab itu saya terpaksa bawa bas untuk mengumpul wang bagi membayar saman dan membeli barang keperluan harian keluarga," katanya. Mutu berkata, sewaktu diminta menjadi pemandu kedua bagi membawa rombongan Belia 4B Kampung Siong, Baling, Kedah, ke Genting Highlands dan Kuala Lumpur, dia berat hati, tetapi menerima kerana bayaran RM120 itu agak lumayan. Dia juga mengambil tugasan itu kerana pemandu pertama penat, setelah baru pulang dari Genting Highlands kerana membawa penumpang lain. Menceritakan lanjut mengenai kemalangan itu, Mutu mendakwa tali brek bas putus sebelum hilang kawalan dan terbalik ke lorong bertentangan. "Saya ambil keputusan melanggar pembahagi jalan pada selekoh ketiga. Kalau tidak, bas akan jatuh ke dalam gaung. Kami semua mungkin tidak bernyawa lagi," katanya. Mutu berkata, dia kesal dengan apa yang berlaku dan berjanji tidak akan memandu bas lagi. "Saya minta maaf kepada semua mangsa dan keluarga mereka atas perkara yang berlaku. Saya sedar, saya memandu tetapi tidak ada lesen," katanya. | ||||
Posted: 31 Oct 2010 05:57 PM PDT KUALA LUMPUR - "Saya sungguh sedih mengenangkan nasib diri yang kini cacat kerana sudah tidak mempunyai kedua-dua belah kaki.'' Demikian kesedihan yang menyelubungi diri Mohd. Adib Ramli, 20, salah seorang mangsa yang terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran di Kilometer 36, Jalan Genting Sempah pada Khamis lalu. Mengimbas tragedi itu, Mohd. Adib berkata, dia hanya menyedari kedua-dua belah kakinya tiada setelah tersedar daripada pengsan ketika dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Menurutnya, sebaik sedar dia melihat keadaan sekeliling dan tahu bahawa dia berada di hospital dengan separuh badannya ditutupi selimut. "Saya kemudian terasa sakit pada kedua-dua belah kaki dan ketika itu terlintas di fikiran bahawa kesakitan yang dialami pada kaki agak pelik. "Apabila saya buka selimut saya dapati kedua-dua belah kaki saya dari paras lutut ke bawah sudah tiada sebelum saya menangis kerana tidak dapat terima apa yang telah berlaku," katanya dalam nada sedih. Mohd. Adib memberitahu, dia tidak dapat membayangkan bagaimana dia akan menempuh kehidupan dalam keadaan cacat selepas ini. | ||||
Mana laporan kes dera SMK Bunut Susu? Posted: 31 Oct 2010 05:56 PM PDT
KUALA LUMPUR – Apa sudah jadi dengan laporan kes dera Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bunut Susu di Pasir Mas, Kelantan? Walaupun kejadian kes dera membabitkan dua pelajar sekolah tersebut iaitu Muhammad Al-Hakim Mat Nawi, 16, dan adiknya, Muhammad Fairuz, 14, berlaku pada 12 Oktober lalu tetapi sehingga semalam, laporan mengenai kes itu masih belum diterima. Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya hairan kenapa laporan kes penderaan di SMK Bunut Susu itu lewat diterima oleh pihaknya. Sehubungan itu, Ka Siong mahu Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Pasir Mas menghantar laporan mengenai kejadian itu seberapa segera kerana ia melibatkan reputasi kementerian dan keselamatan pelajar. "Saya harap laporan ini dapat dihantar secepat mungkin untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakan melampau seorang guru yang didakwa menggunakan seterika panas bagi mengejutkan pelajar-pelajar asrama di SMK Bunut Susu di Pasir Mas supaya menunaikan solat Subuh pada 12 Oktober lalu. Dalam kejadian itu, dua adik-beradik berkenaan dikatakan melecur masing-masing pada tapak kaki dan lengan kiri selepas guru terbabit yang juga warden asrama sekolah itu menggunakan seterika untuk mengejutkan mereka. | ||||
Ejen penipu beri harapan palsu Posted: 31 Oct 2010 05:55 PM PDT KUALA LUMPUR – Kadar tukaran mata wang asing yang tinggi menjadi satu daya penarik yang kuat kepada rakyat negara ini untuk memilih bekerja di negara asing. Bayangkan, menjadi pengawal keselamatan di Singapura umpamanya, gaji yang ditawarkan mampu mencecah RM4,000. Pastinya ia satu jumlah imbuhan bulanan yang sukar diperoleh di negara ini. Berdasarkan satu kajian oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) dengan kerjasama Universiti Boston, Amerika Syarikat, dianggarkan seramai 785,000 warga Malaysia tinggal dan bekerja di luar negara terutamanya di Singapura sehingga awal tahun lalu. Ia diikuti oleh negara-negara seperti Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Jepun dan Korea. Faktor upah mungkin satu daya penarik yang kuat, namun bukan semuanya indah belaka jika memilih untuk bekerja di negara asing. Tarikan itu menjadikan ramai dari kalangan rakyat Malaysia mangsa penipuan oleh ejen-ejen pencarian kerja. Penduduk di sekitar Johor, Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur antara yang paling ramai tertipu dengan ejen-ejen yang menjanjikan 'bulan dan bintang' untuk bekerja di negara luar. | ||||
5 korban kereta bertembung van Posted: 31 Oct 2010 05:54 PM PDT SETIU - Tiga beradik bersama seorang bayi yang dalam perjalanan pulang selepas membeli ikan di sebuah pantai dekat sini menemui ajal apabila kereta dinaiki mereka terbabas sebelum bertembung dengan sebuah van di Jalan Permaisuri-Penarik dekat Kampung Nyatuh di sini semalam. Turut maut dalam kemalangan pada pukul 1.30 petang itu ialah seorang wanita warga emas, Mek Wook Yaakob, 76. Mek Wook merupakan salah seorang daripada 13 penumpang yang menaiki van yang terlibat dalam kemalangan itu. Tiga adik-beradik lelaki malang yang terkorban ialah pemandu kereta Proton Wira, Noorazydyelwy Sidek, 32; Noorazry Elmy, 29; dan Noor Afzan Efizalman, 16. Anak tunggal Noorazryelwy yang dibawa sama membeli ikan, Nor Amysha Maisarah, 1, turut terbunuh. Kesemua mangsa berasal dari Kampung Bukit Cina, Pasir Akar, Besut dekat sini. Tiga beradik itu maut di tempat kejadian manakala bayi itu pula meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Setiu. Sebelum kemalangan, Noorazydyelwy yang juga kakitangan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan dua adiknya serta anak saudaranya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai membeli ikan di Pantai Penarek. Bagaimanapun, tiba di tempat kejadian kereta yang dipandu mangsa gagal dikawal dipercayai akibat jalan licin ekoran hujan. Ekoran itu, kereta itu terbabas ke kanan jalan sebelum ia bertembung dengan sebuah van membawa 13 penumpang dari arah Permaisuri menuju ke Kuala Terengganu. | ||||
Bilik hotel dijadikan pusat pesta Posted: 31 Oct 2010 05:53 PM PDT PORT DICKSON – Tindakan sekumpulan 18 pasangan kekasih berpesta liar di sebuah bilik hotel sambil mengambil dadah membawa padah apabila kesemua mereka dicekup polis dalam satu serbuan di sini semalam. Dalam operasi pada pukul 3.15 pagi itu, seramai sembilan pemuda berusia dalam lingkungan 18 hingga 33 tahun ditahan. Turut ditahan pasangan mereka melibatkan sembilan wanita berusia dalam lingkungan 18 hingga 25 tahun. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Baljeet Singh berkata, semasa pesta itu bermula, kesemua yang ditahan berada dalam keadaan khayal sambil menari dengan diiringi muzik dipasang dengan kuat. Menurut beliau, penghuni yang curiga dan tidak tahan dengan bunyi bising di sebuah bilik hotel itu menghubungi polis. "Hasil saringan air kencing yang dilakukan mendapati sembilan wanita dan lapan lelaki terbabit didapati positif mengambil dadah. "Namun polis tidak menemui dadah yang digunakan mereka ketika berhibur di bilik hotel berkenaan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. | ||||
Patah kaki, hidung dibelasah jiran Posted: 31 Oct 2010 05:50 PM PDT GEORGE TOWN - Seorang nenek patah paha kanan dan hidungnya selepas dia mendakwa diserang, ditumbuk dan dipijak oleh ibu bapa kepada dua beradik yang membuat bising di hadapan rumahnya di Flat Bandar Baru Perda di Teluk Kumbar di sini baru-baru ini. Amat menyedihkan apabila semasa kejadian pada pukul 6 petang pada 27 Oktober lalu itu berlaku ketika mangsa yang berusia 43 tahun sedang memangku cucu lelaki sulungnya yang baru berusia sebulan. Akibat tindakan ganas pasangan suami isteri itu, bayi tersebut tercampak ke lantai. Ketika ditemui, mangsa yang bekerja sebagai operator pengeluaran di Bayan Lepas di sini mendakwa, dia memarahi anak-anak jirannya yang didakwa sudah beberapa kali membuat bising di hadapan rumahnya di tingkat empat walaupun selepas beberapa kali ditegur. "Dua beradik itu bukan saja bermain di hadapan rumah tetapi turut mengejek dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya. "Niat saya hanya menegur mereka agar tidak bersikap kurang ajar dan membuat bising di hadapan rumah disebabkan cucu saya ketika itu sedang nyenyak tidur," ceritanya yang enggan dikenali. Menurutnya, selepas menegur kedua-dua beradik lelaki itu, ibu bapa kepada kanak-kanak itu datang menyerangnya yang ketika itu mendukung cucu berada di hadapan rumah. | ||||
Peniaga tidak pamer tanda harga Posted: 31 Oct 2010 05:49 PM PDT KUALA LUMPUR - Ramai peniaga pasar di negara ini didapati gagal mempamerkan tanda harga berwarna merah jambu untuk barangan kawalan meskipun peraturan itu telah diperkenalkan sejak 10 tahun lalu. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu berlaku mungkin disebabkan ada di kalangan peniaga yang masih tidak tahu mengenai penguatkuasaan peraturan tersebut ketika musim perayaan. "Tanda harga merah jambu ini hanya dikuatkuasakan ketika musim perayaan, mungkin kerana hari ini hari pertama Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali dikuat kuasa dan ada di antara mereka (peniaga pasar) tidak tahu mengenainya. "Oleh itu, kita akan mendidik dan memberitahu para peniaga mengenai keperluan tanda harga berwarna merah jambu itu," katanya selepas melawat Pasar Awam Sentul di sini semalam. Ujarnya, tujuan peraturan itu dilaksanakan ialah untuk memudahkan pengguna mengenal pasti barangan kawalan dengan bukan kawalan ketika musim perayaan. | ||||
Posted: 31 Oct 2010 05:48 PM PDT
KUALA LUMPUR – "Saya bukan tak mahu jaga Husin tapi saya sendiri susah dan tinggal pun menumpang hasil ihsan kawan di Kuala Lumpur ini." Demikian penjelasan abang kedua kepada pelakon kerdil Pontianak Jebon, Muhammad Husaiful Che Rashid, 37, terhadap rintihan adiknya, Husin Jebon yang mengadu kini kembali hidup melarat setelah terpisah dengannya sejak empat tahun lalu. Jelas beliau, perpisahan itu memang berlaku dan atas bantuan rakannya pada Sabtu lalu, beliau dapat menghubungi adiknya semula setelah sekian lama terpisah. "Saya telah memohon maaf kerana lama tak tanya khabar dia dan saya sudah jelaskan apa sebenarnya yang berlaku," katanya yang baru mengetahui adiknya, Husin Jebon atau nama sebenarnya Muhammad Husabni, 35, berhijrah dan menetap di Chow Kit di sini setelah kematian datuknya setahun lalu. Muhammad Husaiful memberitahu, beliau tiada niat untuk meninggalkan adiknya yang mempunyai masalah penglihatan serta pendengaran, hidup keseorangan dan terumbang-ambing. Menurutnya, ketika bertemu kembali dengan Husin Jebon pada 18 Disember 2006, beliau nekad untuk menyatukan semua ahli keluarganya termasuk ayah kandung, Che Rashid Ngah, 60-an untuk hidup bersama namun hasrat itu tidak kesampaian. | ||||
Pitam lihat rumah dilanda ribut Posted: 31 Oct 2010 05:48 PM PDT ALOR GAJAH – Seorang suri rumah yang hendak mengerjakan solat Asar, pitam apabila rumah yang didiami dipukul ribut di Kampung Padang, Pengkalan Balak disini semalam. Nasib baik dalam kejadian pukul 4.50 petang itu, suri rumah tersebut, Maznah Abdul, 42, dan dua anaknya yang berada di halaman rumah tersebut tidak mengalami kecederaan. Cerita Maznah, sebelum ribut selama 10 minit itu berlaku, dia sedang berada di dalam bilik air untuk mengambil wuduk bagi menunaikan solat Asar. ''Ketika berada di dalam bilik air, saya terdengar bunyi deruan angin kuat serta dentuman kuat tetapi bukan dentuman petir,'' ceritanya ketika ditemui semalam. Kata Maznah, belum pun sempat selesai wuduk, tiba-tiba anak bongsunya, Zairi Zulkifli, 9, memanggilnya dalam keadaan cemas. Cemas dengan panggilan anaknya itu, Maznah kemudian terus keluar dari bilik air dan terus ke bahagian belakang rumah. ''Selepas keluar, saya pitam sebentar melihat keadaan rumah yang musnah teruk dengan kepingan atap bertaburan terutama di bahagian ruang tamu. ''Syukur anak saya yang sedang bermain di belakang rumah tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian tersebut,'' katanya lagi. | ||||
Pusat jualan dibuka di Indonesia Posted: 31 Oct 2010 05:45 PM PDT MELAKA - Orang Kampung Holdings (M) Sdn. Bhd. (Orang Kampung), pengeluar pelbagai produk kesihatan, bakal membuka sebuah pusat jualan di Indonesia pada awal tahun depan dalam usaha memperkukuhkan jenama OK di luar negara. Pengarah Urusan Orang Kampung, Habibul Ajmi Manggar berkata, syarikat milik bumiputera itu mula meneroka pasaran luar negara khususnya di Indonesia sejak lapan tahun lepas. "Di Indonesia, produk terlaris kami ialah Teh Herba Asli. Kami berharap melalui pusat jualan ini, ia akan dapat mengukuh dan mengembangkan pasaran syarikat di sana," katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini. Habibul Ajmi berkata, dengan pembukaan pusat jualan itu juga, syarikat akan memperkenalkan beberapa produk keluarannya seperti Teh Herba Halia, Teh Herba Limau Purut, Kopi Tongkat Ali dan Kopi Kacip Fatimah di pasaran Indonesia. Katanya, selain Indonesia, Orang Kampung juga memasarkan produknya di Singapura, Brunei dan Hong Kong serta pasaran di Timur Tengah seperti Dubai, Jeddah dan Arab Saudi. Menurut beliau, produk berasaskan herba paling mendapat sambutan di Malaysia, Indonesia dan Brunei manakala produk berasaskan minuman kopi popular di Singapura dan Timur Tengah. | ||||
Posted: 31 Oct 2010 05:44 PM PDT PROFIL kerjaya aktor kacak, Ady Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim dilihat cukup konsisten. Sudah pelbagai watak yang dibawakannya, antaranya anak derhaka, guru, remaja nakal dan terbaru Ady muncul untuk karakter antagonis sebagai Bad menerusi filem Haq. Namun, bagi mereka yang telah menonton sedikit sedutan filem tersebut pada majlis sidang media baru-baru ini, dua perkara yang hangat diperkatakan. Pertama, sosok tubuh Adi yang sasa dan kedua, adegan asmara antara Ady dan aktres Nanu Baharuddin. Tertawa saat dipersoalkan tentang dua perkara tersebut, Ady menjelaskan adegan atas katil yang secara automatik diklasifikasikan sebagai adegan panas itu merupakan suatu kebenaran dan lumrah dalam alam realiti. Dalam nada berani, Ady memberitahu dia ada sebab menerima dan melakonkan adegan panas itu. "Adegan seperti itu adalah kebenaran. Saya berani melakonkan adegan itu selepas meneliti skrip dan ingin tunjukkan perkara sebenar kepada masyarakat. Saya tidak boleh cerita sejauh mana panasnya adegan itu kerana penonton kena saksikannya sendiri. "Saya juga secara berterus terang mengakui itu adalah cara untuk melariskan filem. Meskipun memiliki adegan panas, filem ini mempunyai mesej yang ingin disampaikan ia bukan sekadar cerita kosong," ujarnya. Sedar dia mungkin akan dihujani kritikan selepas filem yang menelan belanja sebanyak RM2.5 juta itu ditayangkan kelak, Ady pasrah dan yakin peminatnya akan mengerti. "Sebelum ini saya banyak juga bawa watak jahat tetapi Alhamdulillah peminat dapat bezakan diri saya di dalam filem dan di luar filem.
"Saya pernah didatangi peminat yang terdiri daripada mak cik-mak cik yang marah dan geram dengan watak lakonan saya tetapi mereka puji mutu lakonan saya itu yang menurut mereka mampu membuatkan mereka sakit hati. Sebagai pelakon tidak mungkin saya akan bawa watak baik sahaja kerana peminat sekarang sudah pandai menilai," tuturnya. Tayang badan Menerusi filem Haq juga, Ady tanpa segan menayangkan tubuhnya yang sasa untuk tatapan penonton. Gembira dengan hasilnya, Ady menerangkan dia berusaha membuat latihan bina badan semata-mata mengikut tuntutan watak. "Sebenarnya saya dan pihak produksi berbincang bagaimana untuk menggambarkan watak Bad ini dengan baik. Menerusi perbincangan itu, keputusannya adalah saya harus membuat latihan bina badan selama dua bulan sebelum penggambaran bermula untuk mendapatkan tubuh yang sasa. "Sebelum ini berat badan saya 71 kilogram (kg), selepas dua bulan berat badan saya bertambah kepada 81 kg. Selain bersenam saya juga mengamalkan diet yang seimbang dan mengambil banyak protein dan kurangkan karbohidrat," ceritanya. Tambahnya, dia seorang pelakon yang sanggup untuk mengubah berat badan semata-mata untuk memenuhi tuntutan watak dan dia menggalakkan pelakon lain turut melakukan hal yang sama. "Saya sanggup naik dan turunkan berat badan sebab saya ikhlas dengan apa yang saya lakukan. Pelakon antarabangsa juga lakukan hal yang sama. Kalau dalam filem Haq saya bertubuh sasa tetapi dalam filem Hanyut saya turunkan berat badan. "Jadi, penonton boleh bezakan watak saya dengan melihat saiz badan. Setakat hari ini saya tidak ada sebarang masalah kesihatan, saya juga mempunyai jurulatih peribadi yang membantu saya untuk turun dan naikkan berat badan," katanya. Bertutur empat bahasa Haq menyaksikan Ady bertutur dalam empat bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Kantonis dan Perancis. Bagi Ady, perkara itu agak mencabar kredibiliti dirinya. Jelas Ady, meskipun membawa watak antagonis, namun karakter itu merupakan seorang yang bijak dan terpelajar. "Bila saya bertutur dalam bahasa yang tidak begitu lazim, kalau tersalah sikit nanti orang akan gelak. Jadi, ketika ada skrip yang memerlukan saya bertutur dalam bahasa Perancis, mesti akan ada orang Perancis yang memantau sebutan saya supaya disebut dalam nada yang betul," terang aktor berusia 29 tahun itu lagi.
Filem arahan Jumaatun Azmi dan C.L Hor itu merupakan filem tentang superhero pertama yang dilakonkan Ady. Tidak memerlukan sebarang kostum seperti filem superhero yang lain, Ady tampil cukup segak dengan hanya mengenakan baju kemeja dan kot. "Skrip filem ini cukup menarik, mereka mempunyai kuasa luar biasa dan Bad dengan wajah menarik serta nampak baik tetapi dalam hati dia inginkan kuasa yang lebih tinggi tetapi berbalik kepada asas, yang berada paling atas adalah Allah. "Walaupun ada yang cakap filem ini seperti drama bersiri Heroes, itu adalah nilai komersialnya. Saya cukup seronok sepanjang berlakon dalam filem ini bersama Zul Huzaimy dan seluruh tenaga produksi. Secara jujur meskipun belum lihat secara keseluruhan, saya cukup kagum dengan hasil filem Haq," terangnya. | ||||
Serangan parti My Chemical Romance Posted: 31 Oct 2010 05:44 PM PDT MY Chemical Romance melabelkan album terbaru mereka sebagai suatu 'serangan parti'. Vokalis kumpulan itu, Gerard Way yang bercerita tentang album keempat kumpulan itu, Danger Days: The True Lives of the Fabulous Killjoys itu berkata: "Saya percaya setiap lagu dalam album ini nanti akan membuatkan peminat kami akan bangun dan menari." Tambahnya: "Saya lebih gemar melabelkan album itu sebagai suatu 'serangan parti'. Ia suatu album yang tidak mengandungi sebarang lagu yang tidak akan membuatkan pendengar menari mengikut iramanya. Gerard juga menjelaskan tentang single pertama daripada album itu yang memiliki judul yang sangat panjang iaitu also Na Na Na (Na Na Na Na Na Na Na Na Na Na Na Na Na Na Na): Single ini tentang masa untuk bergembira dan tidak terperangkap dalam fesyen atau genre. | ||||
CariDee kekasih terbaru Manson Posted: 31 Oct 2010 05:42 PM PDT
MARILYN Manson kini mempunyai kekasih baru selepas berpisah dengan tunangnya, aktres Evan Rachel Wood. Kekasih terbaru penyanyi berimej pelik itu tidak lain dan tidak bukan ialah juara program realiti kelolaan supermodel Tyra Banks, American Next Top Model musim ketujuh, CariDee English. Hubungan cinta mereka mulai bersemi ketika bertemu di studio rakaman di Hollywood, California baru-baru ini yang mana CariDee ketika itu sedang membuat rakaman untuk album sulungnya. CariDee memberitahu majalah Life and Style: "Marilyn Manson memberi inspirasi dan sokongan buat saya untuk berjaya dalam dunia muzik. Dia membuatkan saya berasa bahagia dan selesa baik sebagai artis mahupun wanita." CariDee yang berambut perang dilaporkan telah menukar warna rambutnya kepada warna perang dan bercadang untuk merakam semula lagu teman lelaki barunya itu yang berjudul, Coma White. Marilyn sebelum ini dilaporkan berparti bersama sekumpulan wanita misteri untuk melupakan kesedihannya selepas berpisah dengan Evan pada Ogos tahun ini. Sebelum menjalinkan hubungan dengan Evan, Marilyn pernah mengahwini Dita Von Teese tetapi bercerai pada tahun 2006. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |