Adsense

Khamis, 7 Oktober 2010

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Raja Azura sudah bercerai talak satu

Posted: 06 Oct 2010 07:03 PM PDT

Raja Azura dengarnya sudah sah bercerai talak satu dengan suaminya, Adzmin Tan Sri Osman pada 28 September yang lalu.. Menurut sumber, Raja Azura berserai di sebuah mahkamah syariah di Selangor dan dilaksanakan dalam prosiding tertutup atas permintaan Raja Azura dan suami.. Punca penceraian raja azura masih lagi belum kami ketahui.. Kita tunggu la kenyataan rasmi dari Raja Azura sendiri nanti..

Perkahwinan Raja Azura dan Adzmin Tan Sri Osman hanya bertahan selama 10 tahun lebih sahaja dan mereka berdua dikurniakan 3 orang anak iaitu Megat Muhammad Raziq (8), Megat Luqman Hakim (7) dan Puteri Mia Maizurah (4). Harap-harap lepas bercerai ni jangan la buat-buat lupa tanggungjawab dekat anak-anak ye..

Terkejut juga MyGosip dengar berita penceraian Raja Azura ni.. Nampaknya khidmat nasihat kaunseling yang Raja Azura dan suami lakukan dulu tidak mendatangkan kesan pun.. Mungkin dah tiada jodoh kan.. nak buat macam mana… Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan tuhan, kita hanya mampu berusaha je.. Apa-apa pun Mygosip harap Raja Azura tabah menghadapi ujian ini…

raja azura sudah bercerai dengan suami

Raja Azura dan suami bersama tiga orang anaknya


Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.