Berita Harian: Hip |
Posted: 06 Oct 2010 04:42 PM PDT Hip Feeda ingin bakat dinilai peminat, serius terjun ke dunia seniLAPAN tahun mengumpul pengalaman menyanyi di kelab dan hotel, kini Nur Farida Abdul Aziz atau Feeda berasakan sudah tiba masanya dia melangkah setapak lagi dalam dunia seni suara, dengan bergelar artis rakaman pula. Bersandarkan lagu Hamparan Kasih ciptaan sepenuhnya komposer berwibawa, Adnan Abu Hassan, wanita berasal dari Kelantan ini seterusnya mengharapkan sinar menerangi jejaknya yang baru hendak bermula sebagai artis. Bukan mengejar glamor serta publisiti murahan, namun Feeda yang sememangnya berazam untuk bergelar penyanyi berjaya sejak kecil lagi cukup mengharapkan sokongan daripada semua pihak, terutama peminat, bagi membolehkan dirinya sama-sama duduk sebaris dengan penyanyi sedia ada di negara ini."Jika boleh, sudah tentu saya ingin berjaya seperti dilakar Datuk Siti Nurhaliza. Bezanya, dia bermula jauh lebih awal berbanding saya yang baru mempunyai lagu sendiri pada usia 28 tahun. Namun, usia bukanlah halangan kerana saya percaya, dengan anugerah yang diberikan Tuhan, masih jauh perjalanan yang mampu saya tempuh dalam dunia seni ini," katanya ketika berkunjung ke Balai Berita, baru-baru ini. Tidak menafikan agak terlambat untuk memulakan langkah pada usianya sekarang, begitupun wanita ini percaya, dengan sokongan pengurusan yang cekap, promosi berterusan mampu memberikan sedikit harapan untuknya sama-sama mekar dan dikenali dalam arena berkenaan. "Setidak-tidaknya, saya ingin sekali melihat bakat saya turut dihargai peminat di luar sana. Saya menyimpan kesungguhan untuk berjaya. Malah inilah juga karier sepenuh masa serta punca pendapatan saya," kata penyanyi yang pernah menyertai pertandingan Bintang RTM dan Suara Jati ini. Pernah mengadakan persembahan bersama beberapa kumpulan seperti Reflection (bersama Fazli Zainal) dan D'Aza, Feeda mengumpul modal sendiri untuk menghasilkan single perdananya. Turut dirakam setakat ini ialah lagu ciptaan Audi Mok, Sistem. Jika irama nukilan Adnan lebih bersifat balada cinta yang membawa pendengar mengimbau melodi indah era 90-an dan awal dekad 2000, sentuhan Audi pula tentu sekali lebih berbentuk rancak dan ke depan. "Kini, Merah Production yang menaungi saya juga berada dalam perbincangan untuk mendapatkan lagu ciptaan Aidit Alfian. Jika segala-gala berjalan seperti dirancang, insya-Allah saya akan mempunyai album mini sendiri yang memuatkan lima atau enam lagu, sedikit masa nanti," kata wanita peramah ini. Sewaktu mula-mula menyanyi, Feeda masih ingat betapa dia begitu berasa rendah diri tatkala beraksi di beberapa hotel di ibu kota seperti Shangri-La, Concorde, Legend, Istana dan Dynasty. Waktu itu, teguran peminat diterimanya dengan terbuka kerana menyedari kekurangan yang ada pada diri. "Namun hari ini, alhamdulillah, saya sudah mempunyai keyakinan yang jauh lebih tinggi. Malah, sebahagian bakat baru turut mendapatkan sedikit petua untuk menyanyi dengan baik daripada saya, yang mereka anggap lebih senior dalam bidang ini. "Saya juga masih ingat sewaktu menyanyi di kelab dulu, bagaimana beberapa pengunjung termasuk yang sudah berusia cuba menggatal dengan penyanyi, termasuklah saya sendiri. Namun begitu, saya dengan tegas menyatakan, saya bukan penyanyi yang boleh diperlakukan sedemikian rupa kerana inilah minat dan punca rezeki saya. Saya serius apabila memilih nyanyian sebagai kerjaya," kata Feeda. Usahakan restoran tom yam DI samping menyanyi, Feeda juga seorang pengusaha restoran yang saban hari mengintai peluang untuk memajukan lagi perniagaan diceburi. Bersama modal yang dikumpul sebagai penyanyi, serta suntikan sokongan daripada keluarga, wanita ini membuka restoran masakan panas di Desa Pandan, Kuala Lumpur. Antara hidangan istimewa yang disediakan di premis diberi nama Restoran Atas Tuber itu termasuklah tom yam, sup perut dan keropok lekor. "Sebelum membuka restoran ini, saya sebenarnya tercari-cari apakah bentuk perniagaan yang boleh saya jalankan, tanpa memerlukan saya mengorbankan minat dalam bidang seni. Selain restoran, saya juga berminat dalam perniagaan salun kecantikan dan spa. "Tetapi, nampaknya perniagaan kedai makan boleh memberikan saya lebih banyak ruang untuk mengejar impian sebagai penyanyi berbanding dua bisnes tadi. Syukurlah, apabila restoran itu mula mendapat sambutan baik pelanggan, serta dijaga sebaiknya oleh pekerja yang sememangnya sejak dulu saya kenali. Malah, merekalah 'keluarga' saya di ibu kota ini," ujarnya. Menyentuh mengenai sokongan keluarga, Feeda mengaku mendapat dorongan sepenuhnya daripada ibu bapa dan adik-beradiknya yang lain. "Bahkan, sejak kecil saya dan bapa sering memasuki pertandingan nyanyian bersama-sama. Dia pernah mempunyai kumpulan muzik sendiri ketika bertugas bersama tentera laut, suatu waktu dulu. Mungkin darah seni yang ada dalam tubuhnya itulah yang kini mengalir dalam diri saya ini," katanya sambil menguntum senyuman manis. Info: Feeda |
Posted: 06 Oct 2010 04:39 PM PDT Hip KEBAHAGIAAN yang terpancar pada wajah Rita dan Aidil Zafuan ini diharap terus berkekalan. RITA Rudaini meminta Mohd Aidil Zafuan Razak supaya menziarahi anak mereka Airit Rayyan Rizqin walaupun sekejap kerana tidak menjenguknya hampir sebulan iaitu sebelum Aidilfitri lagi. "Tak apalah saya beraya dengan anak, walaupun kesedihan di hati ini, hanya Tuhan yang tahu. Cuma saya rayu kepada suami, luangkan sedikit masa menjenguk anak. 10 minit pun jadilah! "Anak pun ada perasaan. Airit nampak macam sedih dan termenung, mungkin teringat bapanya. Tetapi apakan daya. Saya tidak boleh memaksa. Saya pasrah, mungkin inilah ketentuan Tuhan untuk diri saya," katanya kepada Hip.Pelakon itu juga menegaskan, dia bukanlah kejam kerana memang tidak pernah terlintas langsung untuk memutuskan hubungan Aidil dengan keluarganya. "Saya tak pernah halang suami menjenguk atau bermalam di rumah keluarganya. Saya rela berkorban apabila Aidil mahu menyambut Aidilfitri bersama keluarga tahun ini. Tetapi kalau mereka tidak dapat menerima hingga saya melahirkan zuriat yang juga darah daging mereka, bagaimana pula keadaannya?" tanyanya. Sebagai suami, Aidil sepatutnya bersikap lebih berani, gentleman dan bertanggungjawab mempertahankan serta melindungi maruah isterinya. Tindakan Aidil mengambil sikap tunggu dan lihat atau mendiamkan diri meletakkan Rita kini dalam kebingungan.
"Sebelum membuat kenyataan, saya terlebih dulu mengadu kepada suami. Tetapi jawapannya cukup mengguris hati. Dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbunyi "buatlah, lantak kau orang". Saya manusia biasa. Setakat mana kesabaran boleh bertahan? Saya berasakan maruah saya diperkotak-katikkan apabila keluar gosip yang tidak dapat diterima akal," katanya. Rita juga menjelaskan dia terpaksa bercakap dengan media untuk mempertahankan diri kerana maruah dirinya sebagai seorang isteri dan ibu seolah-olah diabaikan oleh mereka yang sepatutnya melindunginya. "Saya pun ada maruah sebagai isteri dan ibu. Saya sedih apabila suami buat kenyataan tidak tahu-menahu mengenai cerita ini, sedangkan saya sudah mengadu kepadanya apabila timbul macam-macam gosip mengenai rumah tangga kami sejak kebelakangan ini," katanya. Rita berkata demikian mengulas kenyataan Aidil dalam Berita Harian bahawa dia (Aidil) mahu berbincang dengan keluarganya terlebih dulu untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka. "Saya terpaksa bercakap dengan media untuk mempertahankan diri. Saya pun ada maruah sebagai isteri dan ibu. Saya sedih apabila suami buat kenyataan tidak tahumengenai cerita ini, sedangkan saya sudah mengadu kepadanya apabila timbul macam-macam gosip mengenai rumah tangga kami sejak kebelakangan ini. "Saya tidak halang suami mahu bertemu dengan keluarganya, tetapi dia juga perlu berbincang dengan saya. Kenyataan Aidil mahu berbincang dengan keluarga terlebih dulu menjelaskan selama hari ini, suami masih dikongkong keluarganya. Saya sedih Aidil seperti tiada pendirian dan membiarkan orang lain mengatur kehidupan rumah tangga. "Saya ialah isterinya, ibu kepada anaknya, Airit Rayyan Rizqin. Sepatutnya dia mempertahankan hak dan maruah saya yang difitnah, bukan membiarkan orang lain menentukan kehidupannya. Saya semakin tertekan, perasaan saya kini tidak menentu, sudahlah difitnah, suami pula bersikap seolah-olah lepas tangan," luahnya dalam nada sebak. Bukan mengungkit, namun hakikatnya Rita masih teringat lagi kata-kata Aidil Zafuan bahawa dia sendiri bersungguh-sungguh mahu mengahwininya walaupun menyedari ia tidak mendapat restu daripada keluarganya sendiri. "Dulu, ketika mengajak saya berkahwin, tahu pula mencari, memujuk dan berbincang keluarga saya. Walaupun keluarga saya minta Aidil mendapatkan persetujuan keluarganya terlebih dulu, keputusannya kata Adil tetap sama, hubungan kami tidak mendapat restu. Saya masih ingat kata-katanya, keluarganya sudah tidak boleh bawa berbincang lagi. "Awalnya sukar untuk saya dan keluarga menerima. Kami tahu akibatnya jika berkahwin tidak mendapat restu. Tapi Aidil berjanji tidak akan mempersia-siakan hidup saya dan akan bertanggungjawab dengan segala apa yang berlaku. Sekarang apa sudah jadi? Anak kami masih kecil, tidak terfikirkah Aidil soal masa depan Airit?" katanya lagi. Rita berkata, dia juga keliru dengan kenyataan bapa mentua, Abd Radzak Salleh yang mendakwa tidak pernah campur tangan berhubung rumah tangganya.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |