Adsense

Selasa, 5 Oktober 2010

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Aidil Zafuan Akan Beri Kenyataan Dalam Waktu Terdekat

Posted: 05 Oct 2010 02:16 AM PDT


PETALING JAYA: Ruzie Abd. Radzak,39, iaitu kakak kepada bintang bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan,23, akan berbincang berhubung kemelut rumah tangga yang dihadapi adiknya itu dengan isteri, pelakon Rita Rudaini Mokhtar,35.

Ruzie berkata, selepas perbincangan itu dibuat, Aidil akan membuat satu kenyataan dalam waktu terdekat bagi menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.

Ruzie berkata, Aidil juga meminta agar ahli keluarga bertenang dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh memburukkan lagi keadaan buat masa ini.

"Ya, kami sekeluarga akan berbincang tentang perkara ini dalam masa terdekat dan segala kenyataan akan dikeluarkan oleh Aidil sendiri.

"Aidil ada beritahu kami agar tidak mengulas apa-apa kepada media sebelum berbincang dengannya. Dia juga meminta agar keluarga bersabar dan tidak tertekan dengan masalah ini," katanya ketika dihubungi mStar Online, Isnin.


Rita Rudaini dan Aidil Zafuan bersama anak mereka
Dalam pada itu, Ruzie juga enggan mengulas lanjut tentang beberapa tuduhan yang dikeluarkan oleh Rita Rudaini terhadap keluarga mereka.

"Kami agak terperanjat dengan berita-berita yang keluar beberapa hari ini, bagaimanapun kami tidak tertekan dan tidak mahu mengulas apa-apa yang boleh mengeruhkan keadaan,

"Bagi saya, terpulang kepada dia (Rita Rudaini) untuk berkata apa-apa sekalipun yang dia mahu," ujarnya.

Sebelum ini, Ruzie dalam satu kenyataan kepada mStar Online meminta supaya Rita memaafkan keluarganya berhubung pernikahan dia dengan Aidil yang tidak direstui mereka.

Bagaimanapun, dalam laporan sebuah akhbar, Isnin, Rita memberitahu keluarga suaminya tidak perlu meminta maaf, sebaliknya menerima dia seadanya dalam keluarga tersebut.

Rita dan Aidil telah bernikah pada pertengahan Februari 2008 di Songkhla, Thailand. Perkahwinan itu mendapat tentangan keluarga pihak lelaki.

Shafnie Dakwa AC Mizal Pamer Kemewahan

Posted: 05 Oct 2010 02:15 AM PDT


KAJANG: Bekas isteri AC Mizal mendakwa pelakon dan bekas pengacara Akademi Fantasia (AF) tersebut mempamerkan kekayaannya di media cetak dan elektronik.

Shafnie Zainudin berkata, dia mengetahui tentang peningkatan pendapatan AC Mizal melalui media meskipun jumlah sebenar yang diperoleh tidak pernah dinyatakan secara spesifik.

"Dia (AC Mizal) pamerkan di media tentang berapa pendapatan mewah, kereta-kereta mewah, perbelanjaan dan juga perniagaan mewah dia," kata Shafnie di Mahkamah Rendah Syariah di sini Isnin.

Shafnie, 35, yang mendakwa AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 39, dibayar RM5,000 untuk satu episod AF mengakui bahawa perkara itu hanya diberitahu oleh individu yang bekerja di syarikat televisyen.

Shafnie juga dilihat begitu tegas mempertahankan pendapatnya bahawa tuntutan insurans dan dana pendidikan yang dituntut untuk dua anak mereka merupakan nafkah asasi yang digariskan oleh Islam.

Prosiding mahkamah juga 'diselitkan' dengan kata-kata sinis antara Shafnie dan peguam syarie Siti Aishah Din yang mewakili AC Mizal.

Antaranya, Siti Aishah mempersoalkan bagaimana Shafnie boleh mengetahui tentang pendapatan AC Mizal jika ia tidak pernah dilaporkan.

Shafnie: Cik Aishah, hanya orang yang benar-benar kaya sahaja yang boleh memiliki beberapa kereta mewah. Dari situ, semua orang boleh tahu.

Siti Aishah: Janganlah emosi.

Siti Aishah juga mempersoalkan pembelian kain jenis sifon yang sering digunakan oleh golongan wanita, pembelian barangan keperluan bayi dan buku bacaan untuk kanak-kanak berusia bawah tiga tahun.

Shafnie dengan selamba menjawab: "Sifon itu kain Cik Aishah untuk anak bagi dibuat baju Melayu. Barangan bayi untuk hadiah oleh anak saya buat gurunya yang baru bersalin dan buku mungkin saya beli sekali untuk anak buah saya."

Perbicaraan bagi mengubah nafkah anak yang didengar di hadapan Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah bersambung 12 Oktober ini.

AC Mizal dan Shafnie berkahwin pada 24 Jun 1995 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Shafiq Iman, 13, dan Muhammad Shabil Iman, 10, sebelum sah bercerai pada 17 Oktober 2001.

Sementara itu, AC Mizal yang masih menantikan masjli penganugerahan gelaran Datuk tersenyum apabila dipanggil sebagai 'Datuk' oleh media.

Dia yang ditemani seorang lelaki juga memberitahu, kehidupannya masih sama seperti sebelum menerima gelaran tersebut.

"Demam adalah," katanya.

Potensi Baik Mila Dalam "North England The Area Final Open Mic UK 2010"

Posted: 05 Oct 2010 02:07 AM PDT


PETALING JAYA: Penyanyi genit Norsyarmilla Jirin,23, atau Mila menunjukkan potensi yang memberangsangkan apabila mampu mara ke peringkat yang lebih tinggi dalam pertandingan North England The Area Final Open Mic UK.

Penyanyi genit itu sekarang berada di Newcastle, United Kingdom bagi menyertai pertandingan berkenaan.

Menurut pengurusnya Ailis Mustafa dalam satu kenyataan yang dikirimkan melalui Facebook, Mila berpeluang untuk meneruskan pertandingan yang berlangsung di Dewsbury Town Hall, Dewsbury, England bermula pada pukul 4.30 petang (11.30 malam waktu tempatan), Ahad.

Mila adalah antara 30 peserta yang mengambil bahagian dalam Regional Final Newcastle bagi kategori 18-25 tahun dan bakal beraksi pada pentas akhir pertandingan itu, Disember depan.

Juara Akademi Fantasia musim kelima itu telah menyampaikan lagu popular Jennifer Hudson iaitu I Am Changing, yang dipetik daripada runut bunyi filem Dreamgirls.

google: mila af, album baru mila af, lagu baru mila af, single terbaru mila af, mila af di london, mila af di england, foto mila af di england london

Strategi Penganjur Konsert "Red On Black" Elak Tiket Palsu

Posted: 05 Oct 2010 02:06 AM PDT


KUALA LUMPUR: Serik dengan isu tiket palsu yang pernah tercetus pada konsert Double Trouble (DT) 2010 sebelum ini, penganjur konsert Red On Black (ROB) yang bakal diadakan di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang pada 15 Oktober depan mengambil pendekatan baru bagi mengelakkan insiden hitam itu berulang kembali.

Untuk konsert yang bakal menggabungkan tiga lagenda rock tanah air iaitu Search, Wings dan Ella ini, penganjur bersama Red on Black Sdn Bhd dan Awie Entertainment Sdn Bhd telah mengenal pasti strategi baru yang diharap dapat mengurangkan kemungkinan tiket konsert itu dipalsukan.

Menurut Pengarah Urusan Red on Black Sdn Bhd, Solih Toha, mereka mengambil iktibar daripada isu tiket palsu yang berlaku pada konsert DT di Stadium Larkin, Johor Baru, 5 Jun lalu.

"Isu tiket palsu adalah satu risiko yang perlu kami hadapi sebagai penganjur konsert tetapi untuk kali ini kami akan cuba mengambil pendekatan lebih selamat dengan mengeluarkan tiket yang sudah ditempah oleh pembeli di saat-saat akhir ke tarikh konsert.

"Diharapkan dengan cara ini, risiko pemalsuan tiket konsert ROB nanti dapat dibendung atau dikurangkan kerana pihak yang tidak bertanggungjawab tidak dapat mengetahui ciri-ciri sebenar fizikal tiket yang asli sejak dari awal," katanya.

Ditanya tentang harga tiket yang jauh lebih rendah iaitu RM57 tetapi menambah seorang lagi penyanyi iaitu Ella dalam konsert kali ini, Solih berkata, tawaran itu adalah sesuatu yang akan menguntungkan peminat.

"Untuk konsert kali ini, memang kami sengaja tawarkan harga tiket yang rendah tetapi kami tambahkan seorang lagi ikon rock iaitu Ella.

"Sebagai orang baru dalam bisnes penganjuran konsert, tidak mengapa jika syarikat tidak untung berlipat-ganda kali ini tetapi yang lebih penting kita ingin memberi lebih nilai hiburan yang tinggi kepada penyokong setia muzik rock.

"Dengan cara ini, kita berharap dapat terus menyuburkan semarak rock di kalangan peminat tanah air.

"Kita yakin dengan harga tiket yang mampu dibeli, pasti lebih ramai yang akan turun padang pada hari konsert nanti," katanya yang menganggarkan kos keseluruhan yang mencecah setengah juta ringgit.

Tiket kini dijual di tiga negeri iaitu Kuala Lumpur, Pahang dan Terengganu. Pembeli yang ingin mendapatkan tiket di KL boleh berkunjung ke Viva Sport Pertama Kompleks.

Manakala di Pahang, peminat boleh mendapatkan tiket di PM Telecommunications, Kuantan Parade, Hotel Seri Malaysia dan Nur An Nur Enterprise, Bandar Jengka selain di kaunter tiket Stadium Darul Makmur sendiri.

Para peminat di Terengganu boleh berkunjung ke Creative Intelligence Advertsising, Hesna Enterprise dan Mumtaz Murad Ali Sdn Bhd di Kuala Terenggganu.

Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 010-2134170/010-2134270 atau layari 1malaysiaticket.com.

Konsert ROB bakal menyaksikan Search, Wings dan Ella menyampaikan lebih 25 buah lagu popular masing-masing dalam persembahan selama dua jam di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang pada 15 Oktober depan pukul 8.45 malam.

google:  konsert red on black, tiket konsert red on black, harga tiket konsert red on black, poster konsert red on black, lokasi konsert red on black, artis konsert red on black, gambar konsert red on black, foto konsert red on black, promosi konsert red on black, tiket percuma konsert red on black, tiket murah konsert red on black

Langkah Suria FM Pancing Linda & Halim Menjadi

Posted: 05 Oct 2010 02:04 AM PDT

PETALING JAYA: Percaturan membawa masuk dua juruhebah berpengalaman, Linda Onn dan Halim Othman 'menjadi' apabila kaji selidik AC Nielsen penggal kedua 2010, Suria FM baru-baru ini mengumumkan stesen radio tersebut telah mencatat peningkatan terpantas sebanyak 1.9 juta pendengar.

Pegurus Operasi dan Program Suria FM, Subarma Mohtaruddin atau Subi berkata, strategi untuk menarik satu juta pendengar dengan membawa masuk dua nama besar itu terbukti berkesan apabila Segmen Breakfast@Suria bersama Zizi dan Halim serta Segmen Suria Drive kelolaan Linda Onn meletakkan Suria FM nombor untuk sebuah rancangan pagi dan petang berbanding stesen radio bahasa Melayu lain.

"Tidak dinafikan kehadiran kedua-dua penyampai terkenal iaitu Halim dan Linda ini banyak membantu meningkatkan jumlah pendengar Suria FM.

"Mereka bukan sahaja mempunyai pengikut tersendiri, malah kedua-dua penyampai ini mampu memberi komitmen yang baik dalam mengerakkan sebuah pasukan untuk mencapai sesarannya," katanya.

Selain itu, Subi berkata peraduan dan aktiviti yang dianjurkan selama ini berjaya menambat hati pendengar untuk kekal bersama Suria FM. Ini terbukti apabila Suria FM menjadi nombor satu dalam peningkatan jumlah masa mendengar iaitu meningkat sebanyak 36.3 peratus dari tahun ke tahun.

Menurut Subi, sasaran seterusnya ialah untuk menjadikan Suria FM antara tiga stesen terbaik di Malaysia. Oleh yang demikian, pelbagai perancangan dan strategi sedang dirancang.

"Kita masih dalam perancangan untuk menarik lebih ramai pendengar. Banyak aktiviti telah diatur termasuk konsert-konsert jelajah. Namun begitu tiada sebarang rombakan akan dibuat memandangkan masing-masing mempunyai kekuatan dalam segmen yang dibawakan.

"Apa yang kami cuba kuatkan ialah input dan informasi yang melibatkan penyampai dan pendengar perlu diperbanyakkan," ujarnya.

Dalam pada itu juga, Red FM turut menunjukkan peningkatan jumlah pendengar dalam lima maklum balas pendengar yang dibuat sejak tahun 2008.

Perbandingan daripada enam bulan terakhir antara Red FM dengan stesen radio Inggeris lain menunjukkan peningkatan sebanyak 24 peratus iaitu peningkatan tertinggi telah direkodkan untuk tempoh berkenaan.

Jumlah masa pendengar mendengar Red FM juga meningkat sebanyak 7.29 jam, sekaligus meletakkannya di tempat kedua sebagai radio berbahasa Inggeris yang paling lama didengari dan digemari oleh remaja. Subi berkata, prestasi memberangsangkan ini menunjukkan bahawa radio masih menjadi pilihan masyarakat sebagai sumber hiburan dan maklumat.

"Kami mengharapkan kedua-dua stesen dapat menunjukkan prestasi yang memberangsangkan seiring perkembangan teknologi baru pada masa kini. kami akan terus meneroka pelbagai platform untuk membantu meningkatkan program kami," katanya.

Dalam pada itu, Linda Onn yang ditemui di majlis berbuka puasa dan ulang tahun restoren My Moms Chikhen Rice memberitahu dia berpuas hati dengan pencapaian membanggakan Suria FM.

"Saya diambil ke sini dengan matlamat untuk bekerja sebagai satu kumpulan bagi mencapai sasaran stesen Suria FM. Pada awalnya saya juga tertanya-tanya bolehkah saya mengalas tanggungjawab berat ini?

"Bukan saya sahaja malah semua pihak bekerja keras untuk sampai di tahap ini. Alhamdulilah, peningkatan ini sangat memberangsangkan dan saya juga berterima kasih kepada pendengar lama dan baru yang mengikuti Suria FM," katanya.

Linda Onn Buka Francais Dua Restoran

Posted: 05 Oct 2010 02:03 AM PDT


KUALA LUMPUR:Penyampai radio Suria FM, Linda Onn akan membuka francais perniagaan restoran My Mom's Chicken Rice dan My Asam Pedas kepada orang ramai yang mahu berniaga.

Kata Linda, dia ingin memberi peluang kepada usahawan baru untuk menguruskan perniagaan makanan tersebut terutamanya di luar kawasan Kuala lumpur.

"Saya ingin membuka francais kepada sesiapa yang berminat untuk menguruskan perniagaan ini. Setakat ini saya hanya beritahu kepada rakan-rakan sahaja.

"Saya sudah bersedia untuk membuka lebih banyak lagi cawangan restoran ini kepada orang ramai terutamanya di luar Kuala Lumpur," ujarnya ketika ditemui pada majlis rumahnya dan ulang tahun ke-6, My Mom Chicken Rice.

Jelas Linda, setakat ini perniagaan yang diuruskannya sejak 2004 mendapat sambutan mengalakkan dan sudah mempunyai empat cawangan iaitu dua di Ampang, Selangor iaitu Tesco dan Ampang Point dan masing-masing satu restoran di Bukti Bintang Kuala Lumur dan Shah Alam, Selangor.

Menurut Linda pelbagai cabaran ditempuhi dalam menguruskan perniagaan yang merupakan "air tangan" keluarga ini.

"Bukan mudah untuk mengendalikan perniagaan, pelbagai cabaran yang saya telah lalui. Antaranya adalah dari sudut pelanggan, staf dan penyediaan makanan.

"Perniagaan memerlukan saya berurusan dengan manusia. Jika benda atau objek, mudah sahaja kita uruskan," katanya.

Namun dalam kesibukan memguruskan perniagaan, dia masih berkesempatan untuk melakukan hobi barunya iaitu menunggang motosikal berkuasa besar.

Linda berkata, hobi barunya itu memberi kepuasan kepadanya setelah penat bekerja. Malah dia kini mengenali lebih ramai kawan yang berkongsi minat yang sama.

"Saya baru sahaja berjinak-jinak dengan aktiviti ini, di sini saya dapat ramai kenalan yang bertukar-tukar pendapat dan berkongsi minat yang sama.

"Sekarang saya lebih menikmati hidup ini, bagaimana untuk menghargai masa yang terluang bersama rakan-rakan. Kalau dulu saya hanya duduk sahaja di rumah selepas kerja," ujarnya yang enggan mengulas tentang soal jodoh.

google: linda onn, linda onn francais, linda onn dan my mom chicken rice francais, linda onn my asam pedas francias, permohonan francais linda onn, restoran linda onn, gambar restoran linda onn, borang permohonan francais linda onn

Dituduh Mencuri Buku, "Detektif Lim" Dibuang Keluarga

Posted: 05 Oct 2010 01:58 AM PDT


Farid Farid Amirul Hisham Abdullah menceritakan kisah sedih dibuang keluarga dan ditinggalkan kekasih gara-gara dituduh mencuri dua buah buku. Farid bagaimanapun bersyukur Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pada 24 September lalu telah membebaskan atas tuduhan tersebut. Foto The Star oleh: SHAARI CHEMAT.

PETALING JAYA: Pelakon Gerak Khas, Farid Amirul Hisham Abdullah,44, atau lebih dikenali sebagai Detektif Lim dalam drama bersiri itu terpaksa bekerja sebagai pam atendan selepas dituduh mencuri dua buah pada Mac tahun lalu.

Farid berkata bukan sahaja trauma dengan kejadian berkenaan sebaliknya dia juga dibuang keluarga sementara kekasihnya turut meminta untuk memutuskan hubungan.

"Hidup saya selepas dituduh mencuri buku menyebabkan saya hilang pekerjaan. Watak saya dalam drama bersiri Gerak Khas terpaksa direhatkan. Saya hanya bekerja di sebuah stesen minyak di Alor Gajah, Melaka.

"Lebih sedih lagi ibu dan bapa juga menyisihkan saya manakala kekasih saya turut memutuskan hubungan," katanya seperti dipetik akhbar Mingguan mStar keluaran Ahad.


Pada 24 September lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengetepikan hukuman dua bulan penjara dan denda RM2,000 yang dijatuhkan terhadap Farid bagi kesalahan mencuri dua buah buku di pusat beli-belah Mid Valley, Megamall, Kuala Lumpur.

Dia dibebaskan selepas mahkamah mendapati tiada bukti yang menunjukkan kedua-dua buah buku itu dicuri oleh tertuduh.

Jelas Farid, ketika menghadapi tekanan itu, dia juga sering disindir oleh orang ramai yang menuduhnya sebagai pencuri manakala syarikat-syarikat produksi pula takut untuk menawarnya berlakon sedangkan dia tidak digam oleh mana-mama stesen penyiaran termasuklah RTM.

"Begitu juga dengan drama Gerak Khas, Datuk Yusof Haslam terpaksa merehatkan saya atas arahan pihak polis di Bukit Aman.

"Pernah sekali saya terfikir, mungkin karier seni saya akan berakhir disebabkan kejadian yang berlaku ini sehingga membuatkan saya hilang pekerjaan dalam bidang seni.

"Saya ralat kerana kejadian ini juga memberi kesan kepada keluarga, majikan dan rakan-rakan saya," katanya.

Ujian yang berlaku itu ujar Farid, menyebabkan dia hidup dalam kesusahan dan menghadapi kesempitan wang sehinggalah Datuk Yusof Haslam memintanya bekerja di belakang tabir sebagai penolong pengarah drama.

Katanya, selepas dua bulan bekerja di stesen minyak, akhirnya dia meletakan jawatan untuk meneruskan kerjayanya di belakang tabir bagi projek drama Roda-Roda Kuala Lumpur dan Aku Bukan Tomboy.

Bercerita bagaimana ibu dan bapa menyisihkannya, ujar Farid mereka amat kecewa dan malu dengan kejadian itu dan tidak menerimanya sebagai anak mereka.

"Emak dan ayah juga enggan bercakap dengan saya selama setengah tahun. Setiap kali saya telefon, mereka tak mahu jawab. Kadang-kala bila mereka terjawab panggilan, telefon akan diserahkan kepada adik beradik saya yang lain.

"Tapi itulah, air yang dicincang tidak akan putus. Lama kelamaan, mereka sudah boleh menerima hakikat dan tahu hal yang sebenar," katanya.

Ujarnya dia mendapat pengajaran daripada kes yang berlaku dan nasihat Farid kepada para selebriti agar sentiasa peka dan sensitif apabila berada di mana-mana.

"Saya akui selalu mengambil buku yang banyak di kedai-kedai buku dan mencari sudut sesuai untuk membacanya. Tapi apabila kita berbuat seperti itu di sesetengah kedai buku pihak berkenaan akan pandang serong dan mula mengesyaki kita hendak mencuri.

"Keadaan ini mengajar saya menjadi lebih peka dengan keadaan sekeliling apatah lagi saya seorang artis.. Cukuplah sekali ini sahaja. Saya tak sanggup mengharunginya lagi," katanya mengakhiri perbualan.

* Artikel ini dipetik dari Mingguan mStar yang diterbitkan setiap Ahad bersama Sunday Star, sekitar Lembah Kelang.

Jimmy sms kepada Muniroh

Posted: 04 Oct 2010 10:39 PM PDT


MENJELANG hari pernikahan, sebelum munculnya tanggal keramat 1 Oktober lalu, segudang perasaan meribut di jiwa bekas pengacara Trek Selebriti, Jimmy Shanley, 31. Dia tahu, melafaz nama Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimy, 24, pada acara akad nikahnya, transisi baru sebagai kepala keluarga pasti menunggu di haluan depannya.

Bukan tidak menyiapkan diri seawal mungkin untuk menempuh hidup baru bersama si penangkap hatinya yang merupakan puteri tunggal daripada tiga beradik itu. Jimmy sebaliknya membayang beragam emosi lain turut dirasai oleh setiap bakal mempelai sebelum munculnya hari berbahagia dipertauliahkan gelaran sebagai sang suami.

Tanpa berselindung, penama lengkap Jimmy Shanley Norjahan Saleh itu membuka cerita, entah kenapa dirinya berasa resah gelisah dan gementar malam sebelum diijabkabulkan. Bayangkan, Jimmy sempat melayangkan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada ibu pengantin perempuan, Datin Muniroh Kassim gara-gara tidak sempurna lelap tidurnya.

"Kononnya saya hantar SMS kepada ibu Suhaila sebab hendak meluah perasaan selepas pulang menghantar kad jemputan kepada seorang teman sekitar 2 pagi. Tapi, dia tidak membalas pula sebab barangkali sudah tidur pada waktu itu. Kerana itu, saya melayan sendiri kebimbangan dalam diri selang beberapa jam sebelum bernikah.


JIMMY mencium tangan ibu mertuanya, Muniroh.

"Rasa berdebar sampai tidak boleh tidur. Malah, saya sempat fikir, ini menjadi malam terakhir tidur seorang diri. Jadi, saya semahunya menikmati saat ini kerana malam seterusnya sudah ada isteri," kata Jimmy ketika ditemui usai majlis pernikahannya di kediaman Suhaila di Bandar Sunway Rahman Putra, Sungai Buluh, Selangor Sabtu lalu.

Tidak mencuri waktu panjang menyambung bicara, hos bersama Akademi Fantasia 8 (AF8) itu sekali lagi menghantar SMS kepada Muniroh. Tiada lain diinginkan, dia sebolehnya mahu merawat kekecewaan dialami dengan bertebar cerita kononnya Jimmy bernikah dengan Suhaila atas dasar harta.

"Saya tahu ada sebilangan pihak buat spekulasi kurang enak sebelum ini. Dan kerana itu, saya menerangkan semula kepada ibu Suhaila bahawa perkahwinan ini terjalin atas dasar cinta ditambah sudah lama sebenarnya saya memendam hasrat untuk menjadi sebahagian daripada ahli keluarga mereka.

"Ingatkan dapat jadi anak angkat saja, rupa-rupanya tanpa disangka jadi menantu pula," jawab Jimmy tertawa nakal sambil diperhatikan Suhaila yang lebih banyak mengerling manja belahan jiwanya itu daripada membuka mulut sementelah tidak terbiasa berdepan dengan pihak media.

Ditebak tentang perasaannya selepas melalui tiga kali lafaz akad nikah untuk memperisterikan Suhaila, anak jati Ipoh, Perak itu terang-terangan memperlihat reaksi lega. Biar bibirnya mengungkap kelegaan itu, hakikatnya senyuman terpancar dari anak mata Jimmy, ternyata mengisytiharkan segala-galanya.


SITI NURHALIZA tidak ketinggalan menepung tawar pasangan pengantin pada majlis respesi di Kuala Lumpur Convention Centre, Ahad lepas.

"Siapa saja tidak gembira selepas selamat dinikahkan. Begitupun, ini sekadar permulaan kepada hidup saya dan Suhaila. Biasalah, selepas ini asam garam rumah tangga akan bermula. Dengan saya semakin berusia, harap dapat menjadi lebih matang dalam segala hal. Bahkan, saya kena seimbangkan kehidupan apatah lagi sudah punya isteri.

"Sebaik saja semua selesai termasuk resepsi perkahwinan ini, saya akan membawa Suhaila berpindah ke rumah sendiri di Subang Jaya, Selangor. Cuma, masih terlalu awal untuk saya bercakap tentang perancangan selepas mendirikan rumah tangga," luah Jimmy yang mahukan lima cahayamata - empat lelaki dan satu perempuan.

Cinta selepas nikah

Dengan tiga kali lafaz, Jimmy selamat bergelar suami Suhaila pada pukul 4.40 petang Sabtu lalu selepas dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah/Jurunikah Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, Mustafa Kamal Abu Bakar berwalikan bapa pengantin perempuan, Suhaimy Othman.

Jejaka kacukan Melayu-Australia yang kelihatan kacak dengan sepersalinan baju Melayu rona kelabu ilham Rizman Ruzaini itu memberi mas kahwin dan wang hantaran berjumlah RM31,186. Ia sebagai memperingati hari lahir isterinya yang jatuh pada 31 Januari 1986 sambil membawa sembilan dulang hantaran berbalas 11.

Kisah mereka bermula dengan satu bidikan lensa kamera sebagai selebriti dan peminat di Genting Highlands sekitar empat tahun lalu. Kuasa Yang Maha Esa tiada tolok tandingnya. Kemudian, mereka dipertemukan kembali Januari lalu sebelum kedua pihak mengambil kata putus mahu mengikat tali pertunangan pada 11 Jun 2010.

Dalam masa singkat, mereka kini sah menjadi suami isteri dari segi hukum dan agama. Mengenali antara satu sama lain secara serius sepantas kilat, justeru, Jimmy dan Suhaila mahu menjalin cinta selepas hari bahagia mereka.

Bagai menjadi lumrah apabila ada sesetengah pasangan pengantin baru lebih mendalami sesama sendiri selepas melafaz akad nikah.


PENGANTIN lelaki tiba pada majlis resepsi bersama pengantin perempuan dengan menaiki sebuah kereta mewah.

"Dengan tempoh perkenalan kami yang pantas, banyak lagi saya tidak tahu tentang isteri. Sama juga dengan keadaan Suhaila yang belum kenal secukupnya tentang saya," akui Jimmy yang bakal berbulan madu di dalam negara tidak lama lagi dan memasang hajat untuk menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah pada Februari tahun depan.

Dalam pada itu, Suhaila yang merupakan anak pengasas kepada produk kecantikan Natasha berkata, dia meluah kesyukuran kerana selamat bergelar isteri Jimmy. Biarpun nampak sedikit pemalu dan lontaran suaranya menebal dengan dialek Kedah, dia bagaimanapun cuba berkongsi emosi kepada himpunan pihak media yang duduk di depannya.

"Alhamdulillah, semua berjalan seperti dirancang. Tiada sebarang perbezaan walaupun kami telah disatukan. Jimmy boleh meneruskan kerjaya seni tanpa sebarang masalah manakala saya akan terus bekerja dengan famili. Sebagai isteri, sudah tentu saya akan terus menyokong dia dari belakang," jelasnya yang memuja sikap humor dan menghormati suaminya kepada orang tua.

Pasangan itu mengadakan resepsi persandingan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Ahad, 3 Oktober lalu manakala sebuah lagi majlis untuk sebelah perempuan di Hotel Park Avenue, Sungai Petani, Kedah (9 Oktober) dan diakhiri dengan pihak Jimmy di Ipoh seminggu kemudian.

(Gambar) Siti Nurhaliza tersenyum manja dipeluk Datuk K

Posted: 04 Oct 2010 04:50 PM PDT




google: siti nurhaliza dipeluk datuk khalid jiwa, siti nurhaliza dan datuk khalid jiwa, gambar siti nurhaliza dan datuk khalid jiwa, foto siti nurhaliza dan datuk khalid jiwa, siti nurhaliza dan datuk khalid jiwa keluarga, keluarga siti nurhaliza dan datuk khalid jiwa

Akim, Juliana mengaku pasangan berkasih

Posted: 04 Oct 2010 04:48 PM PDT


DARI riak wajah pasangan yang dilihat serasi, Akim dan Juliana Evans seperti ada sesuatu yang disimpan dalam hati mereka. Sesekali gurauan terkeluar dari mulut pasangan ini seperti ingin memberitahu media yang mereka kini sedang bercinta.


Mungkin juga disebabkan mood ketika menjadi pasangan bercinta di dalam penggambaran drama mini bersiri 16 episod berjudul Inikah Cinta yang akan disiarkan menerusi Astro Ria bermula 9 Oktober ini masih dibawa hingga keluar set.

"Dalam drama ini kami adalah pasangan bercinta dan sekarang ini pun sedang bercinta...opsss!," kata Juliana yang seperti malu apabila sengaja melepaskan perkataan itu di hadapan media yang hadir pada majlis pelancaran drama Inikah Cinta baru-baru ini.
Lebih meyakinkan lagi apabila Akim yang sememangnya meminati Juliana tidak malu mengakuinya apabila Juliana berkata begitu.

"Saya memang minat Juliana dan tidak pernah menyangka drama ini menggandingkan kami sebagai pasangan bercinta. Saya seronok berkawan dengan dia kerana kami seakan-akan ada keserasian," kata Akim.

Bagi Juliana yang selesa bersama Akim kerana watak kelakar kepada penyanyi muda itu.

"Seronok bila kami digandingkan, Akim kelakar dan kepalanya gila-gila. Bagi saya wataknya tidaklah susah sangat kerana watak seperti ini pernah saya bawa semasa menjalani penggambaran filem Kami The Movie dulu," katanya.
Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi berkata, pihaknya yakin dengan judul lagu yang kini semakin popular dikalangan remaja hari ini, drama ini akan memperoleh peminatnya sendiri.

"Kami yakin pertaruhan untuk menggunakan judul lagu Inikah Cinta dalam drama mini ini akan dapat menarik perhatian ramai, terutamanya peminat Akim. Lagu ini mempunyai pengaruh yang kuat lebih lagi selepas tayangan klip video Inikah Cinta sering diputarkan menerusi Astro.

"Drama ini mempunyai jalan cerita yang ringkas dan mudah diikuti bersesuaian dengan sasaran penontonnya.

"Akim memegang watak sebagai pelajar kolej tahun akhir yang mempunyai minat yang mendalam terhadap muzik. Dia bercita-cita untuk menjadi seorang penyanyi satu masa nanti. Juliana pula gadis yang baru saja berdepan dengan pengalaman pahit dalam percintaan yang membuatkannya hilang kepercayaan terhadap lelaki," katanya.

Drama yang akan mula 9 Oktober ini jam 8.55 malam hanya disiarkan lima minit saja.

Pengurus Kanan Jenama, Wall's Ice Cream Unilever, Chan Meng Yang berkata, menerusi siaran drama mini ini setiap Sabtu dan Ahad, penonton berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik yang disediakan Astro dan Wall's Cornetto.

"Penonton berpeluang menyertai peraduan Cornetto Show Your Love yang akan bermula pada 1 Oktober hingga 31 Disember ini. Mereka yang mengirimkan koleksi yang terbanyak akan dipilih sebagai pemenang. Hadiah seperti IPad, Astro Beyond serta pakej langganan saluran HD selama setahun. Selain itu, IPod Touch 8GB, baju T kekasih dan pelbagai lagi hadiah menarik menanti pemenang setiap bulan. Keterangan lanjut boleh melayari www.facebook.com/iluvcornetto," katanya.

google: akim dan juliana evans, gambar akim dan juliana evans, akim dan juliana evans bercinta, akim dan juliana evans berkasih, akim dan juliana evans berlakon drama, akim dan juliana evans pasangan kekasih, lakonan akim dan juliana evans, pelancaran drama akim dan juliana evans

Tiket konsert Maher Zain habis dijual

Posted: 04 Oct 2010 04:38 PM PDT


WAH! Cik Normah berasa bangga sangat apabila orang kuat penganjuran konsert Maher Zain memaklumkan, tiket penyanyi Sweden keturunan Lubnan itu habis disambar peminat hanya dalam tempoh sehari saja.

Katanya, sebaik saja pengumuman penjualan tiket konsert yang bakal berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 14 dan 15 Oktober itu dilakukan kira-kira lebih seminggu yang lalu, menerusi internet, terus saja peminat menempahnya sehinggakan ia habis dalam masa sehari saja.

Begitulah penangan penyanyi berusia 28 tahun berkenaan, yang kini meletup-letup di negara ini dengan beberapa lagu merdunya termasuk Insha Allah, For the Rest of My Life, Always Be There, Baraka Allahu Lakuma dan banyak lagi. Semua lagu terbabit ialah petikan daripada album Thank You Allah, terbitan Awakening Records.

Cik Normah berbangga bukan sebab apa. Yalah, kalau konsert artis Barat yang belum tentu membawa sebarang keinsafan kepada penonton boleh laris, inikan pula konsert seorang penyanyi yang melagukan bait-bait indah memuji keagungan Tuhan, menyampaikan mesej kemanusiaan, serta mengajak manusia ke arah kebaikan.

Harapan Cik Normah, semoga sambutan baik sebegini akan berterusan untuk artis lain yang memperjuangkan lagu ketuhanan, tidak kiralah dari dalam mahupun luar negara. Daripada terkinja-kinja tak tentu hala, baik juga peminat duduk menghayati lirik dan melodi indah nyanyian Maher, yang sedikit sebanyak mampu mengingatkan diri kita kepada Yang Maha Esa serta nasib umat Islam lain di luar sana.

Dengar khabarnya, Maher sendiri sudah pun berada di Malaysia sejak beberapa hari lalu untuk memenuhi beberapa siri promosi album dan promosi konsert terbabit. Hari ini pun dia berkemungkinan besar akan tampil pada sebuah majlis pelancaran album serta pengumuman persembahannya di ibu kota.

Cik Normah yakin, rakan Cik Normah yang juga peminat tegar Maher tidak akan ketinggalan turun sama menyerikan majlis. Entah-entah, dia akan memakai abaya hitam bertatahkan berlian, demi menarik perhatian penyanyi yang mengalunkan suara dengan penuh keikhlasan ini. Jangan marah ya dik, Cik Normah sekadar mengusik.
Apa-apa pun, Cik Normah sendiri sebenarnya tak sabar hendak ke Shah Alam pada Jumaat depan, untuk sama-sama menikmati suara merdu Maher melagukan melodi indah daripada album perdananya.

google: maher zain, maher zain facebook, maher zain blog, maher zain twitter, maher zain myspace, maher zain 2010, maher zain concert, maher zain in malaysia, maher zain concert in malaysia, maher zain ticket price, maher zain album, maher zain mp3 download, maher zain lirik, maher zain lyrics, gambar maher zain

Jimmy mahu lima anak

Posted: 04 Oct 2010 04:33 PM PDT


TANGGAL 1 Oktober lalu tentu sahaja menjadi detik yang paling bermakna bagi pengacara popular berdarah kacukan, Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 31, apabila selamat menikahi gadis pilihannya, Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimy, 24.

Biarpun gementar bersulam gembira, bekas pengacara Trek Selebriti itu mengakui terpaksa membuat lafaz nikah sebanyak tiga kali kerana perasaan gemuruh yang sukar dibendung.

Sebaik ikatan termeterai sebagai suami isteri, Jimmy mengakui itulah detik keramat bermulanya tanggungjawab besar dirinya sebagai ketua keluarga.

"Bergelar suami maka bermulalah cabaran dan asam garam dalam kehidupan berumahtangga.

"Saya yang lebih berusia daripada Suhaila insya-Allah lebih matang dan harap pelbagai gosip dan cerita negatif semakin berkurangan selepas ini," kata Jimmy.

Siapa sangka perkenalan empat tahun lalu antara dirinya dengan Nursuhaila di puncak Genting Highlands menjadi titik tolak bercambahnya rasa kasih di antara mereka.

Daripada seorang peminat kini Nursuhaila sah bergelar isteri kepada Jimmy.

Jimmy dan Suhaila dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Damansara, Mustaffa Kamal Abu Bakar dengan mas kahwin dan hantaran berjumlah RM31,186 di kediaman keluarga Suhaila di Bukit Rahman Putra.

Dengan tiga kali lafaz, Jimmy sah bergelar suami kepada Nursuhaila yang juga merupakan anak pengusaha kosmetik Natasya, Datin Muniroh Kassim.

Tidak mahu perkahwinan yang dibina dilambakkan dengan pelbagai spekulasi negatif terutamanya yang melibatkan harta, Jimmy mengharapkan agar para peminatnya sentiasa mendoakan yang terbaik agar jodoh mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.

Masih belum memutuskan tentang destinasi berbulan madu, jelas Jimmy, sebelum ini pernah memasang niat untuk ke Tanah Suci menunaikan umrah bersama isterinya.

"Oleh kerana tempoh perkenalan kami secara serius agak singkat jadi saya rasa kami perlu menjalani proses saling mengenali dengan lebih mendalam selepas ini.

"Biarpun kami telah kenal hampir lima tahun tetapi secara serius ia hanya bermula pada Januari lalu.

"Banyak lagi yang perlu saya kenali tentang isteri saya. Sebagai suami saya menerima baik atau buruk isteri saya dan saya harap dia pun begitu," kata Jimmy.

Bagaimanapun, Jimmy turut menyatakan bahawa kemungkinan dia dan Nursuhaila hanya berbulan madu di Langkawi.

Ditebak persoalan tentang anak, tanpa berselindung Jimmy memberitahu dia tidak mahu berlengah untuk mendapatkan zuriat.

"Perkahwinan memang untuk menyambung zuriat. Saya pun dah tua dan insya-Allah kalau ada rezeki saya mahukan anak secepat mungkin.

"Kalau boleh saya mahukan lima orang anak iaitu empat lelaki dan seorang perempuan," katanya.

Sengaja persoalan tentang ramai anak lelaki yang diimpikannya diajukan, sambil berseloroh kata Jimmy, dia mahukan anak-anaknya nanti bermain bola bersamanya.

Jimmy turut menyimpan hasrat mempunyai kisah-kisah manis bersama isteri yang boleh dikongsikan kepada anak-anaknya kelak.

Ini termasuklah menjelajah Malaysia bersama isterinya dengan menaiki motor berkuasa tinggi dan juga mendaki puncak Gunung Kinabalu.

HHP kekuatan Heliza

Posted: 04 Oct 2010 04:26 PM PDT


USIA muda bukan penghalang bagi si jelita ini untuk menceburkan diri dalam pelbagai cabang kerjaya.

Penyanyi dan pelakon yang mula mencipta nama selepas menyertai pertandingan realiti Akademi Fantasia musim kelima (AF5) itu kini semakin selesa melibatkan diri dalam bidang perniagaan.

Nur Heliza Helmi yang gemar disapa sebagai Heliza ini sebenarnya bukanlah calang-calang gadis yang boleh didekati.

Biarpun dari luaran dia kelihatan cukup lembut dan ayu dengan imej bertudung namun, dia sebenarnya seorang yang mempunyai semangat kental dan berjiwa besar.


Tertubuhnya Heliza Helmi Production (HHP) pada Februari lalu bagaikan ekspresi dirinya yang cukup gemarkan cabaran.

Apa tidaknya, tatkala rakan sekuliah sibuk mentelaah pelajaran menghadapi peperiksaan penggal akhir dia pula terpaksa berpijak di bumi nyata menguruskan sebaik mungkin masa dalam kerjaya nyanyian, perniagaan dan juga pelajaran.

Baru-baru ini Hits berkesempatan berkunjung ke HHP, pejabat milik 'bos muda' ini yang terletak di Pusat Perniagaan Masria, Cheras, Kuala Lumpur.

Baru tiga bulan beroperasi secara rasmi, jelas Heliza, pelbagai perancangan telah dilakukannya dalam memastikan perkembangan serta hala tuju syarikatnya pada masa depan.

"Inilah yang dikatakan variasi dalam kehidupan dan bagi saya segala yang diceburi adalah himpunan ilmu yang perlu saya kutip sebanyak mungkin.

"Saya seorang yang suka mengambil tahu banyak perkara sebab itu saya suka mendalami pelbagai perkara yang saya suka.

"Bagi saya inilah cabaran dalam kehidupan saya daripada situ saya belajar banyak perkara dan dalam masa yang sama membantu saya merancang aktiviti dan jadual harian dengan lebih tersusun," kata Heliza.

Tidak cukup rehat, berat badan susut dan mencipta lagu serta memikirkan pelbagai perancangan untuk perjalanan syarikat bagaikan sudah menjadi rencah dalam kehidupannya kini.

Sebab itulah andai persoalan berbangkit tentang kehidupan peribadinya diajukan, pantas sahaja jawapan yang diberi, fokusnya kini hanyalah kerjaya dan keluarga.

Andai tidak di pejabat kata Heliza, dia lebih gemar menghabiskan waktu bersama keluarga di rumah dan jika ingin ke mana-mana, dia lebih selesa ditemani oleh pembantu peribadi dan juga ahli keluarganya.

"Bukan senang nak mulakan sesebuah perniagaan apatah lagi, syarikat ini masih terlalu baru. Perlu banyak bermain dengan strategi dan risikonya pula tidak semua perkara yang kita cuba lakukan akan mencapai kejayaan.

"Namun, saya bersyukur mempunyai penasihat yang banyak memberi dorongan kepada saya untuk terus berusaha iaitu ayah saya (Helmi Mohd. Hasmi, 53) yang tidak pernah jemu memberi pelbagai nasihat kepada saya.

"Bukan itu sahaja, saya mendapat sokongan penuh daripada keluarga dan enam orang kakitangan HHP yang sama-sama merangka pelbagai agenda terbaik dan sumber kekuatan bagi syarikat ini," katanya.

google: heliza af, heliza af production, heliza af artis naungan, heliza af seksi, heliza af hot, heliza af buah hati, heliza af teman lelaki, heliza af boyriend, heliza af bertunang, heliza af berkahwin,

Idham pertaruhkan R&B dan jazz

Posted: 04 Oct 2010 04:20 PM PDT


JIKA diperhatikan, kini terdapat ramai pendatang baru yang lebih cenderung untuk memilih pop sebagai genre yang ingin dipertaruhkan bagi mencipta nama sebagai selebriti.

Namun, berlainan pula dengan Idham yang mempunyai keyakinan tinggi untuk mempertaruhkan R&B dan jazz yakni sebuah genre yang mempunyai peminat minoriti dalam industri hiburan di negara ini.

Berusia 27 tahun, Idham atau nama sebenarnya Hamli Hamdan yang pernah muncul dengan single berjudul Hanya Dia pada 2006 tidak ingin mengaku kalah.

Bahkan, anak kelahiran Bangi, Selangor itu berani mengambil risiko untuk keluar dengan album yang dinamakan Tuju Laut.

Bagaimana pun, ia bukanlah album sulung penyanyi hitam manis ini kerana pada 2006, dia pernah muncul dengan album mini bertajuk Tujuh Seru.

Jelas Idham ketika hadir pada sesi fotografi bersama Hits baru-baru ini, ketika itu dirinya lebih terarah kepada pasaran indie.

"Kini, dengan album baru yang memuatkan enam lagu, saya mula melangkah setapak ke hadapan untuk menceburi dunia arus perdana.

"Selain untuk mengembangkan karier seni, tujuan saya melangkah dalam dunia ini adalah untuk publisiti daripada pihak media yang pasti sedikit sebanyak membantu kerjaya saya.

"Jika dahulu, penglibatan artis indie dengan media begitu terhad memandangkan majlis yang disertai bukanlah sebuah acara besar dan jauh daripada pengetahuan media," ujar Idham yang juga akan keluar single dengan judul yang sama, Tuju Laut.

Namun kini, menurut Idham, dia ingin lebih mengenali pengamal media yang merupakan antara faktor naik turunnya seseorang artis itu.

Tambah Idham, album baru yang bakal muncul pada penghujung tahun ini merupakan hasil terbitannya sendiri di bawah label Inter Sound Sdn. Bhd., dan diedarkan oleh syarikat yang sama.

google: idham, idham facebook, idham blog, idham twitter, idham myspace, idham 2010, album baru idham, lagu single baru idham, idham 2010, idham wiki, idham biodata, idham biography

Feeda yakin bakat sendiri

Posted: 04 Oct 2010 04:18 PM PDT


MINAT terhadap bidang nyanyian telah pun mula disedari sejak kecil lagi. Bermula di bangku sekolah rendah, pelbagai aktiviti nyanyian telah disertai oleh wanita bernama Nur Farida Abdul Hadi ini.

Sejurus tamatnya zaman persekolahan, kesinambungan minatnya diteruskan apabila ditawarkan peluang sebagai penyanyi di Kelab Golf Kota Bharu, Kelantan.

Wanita yang ingin dikenali sebagi Feeda ini memberitahu, peluang itu bagaikan pintu yang terbuka luas untuk dia bergelar penyanyi profesional.

Pada sesi fotografi dengan Hits baru-baru ini, Feeda menjelaskan, pengalaman itu digunakan sebagai platform untuk dia mengenali lebih ramai penggiat seni tempatan di kota kelahirannya itu.

"Setelah mula mengenali beberapa pihak, saya ditawarkan untuk menyertai sebuah kumpulan muzik yang dinamakan Eastern Reflection.

"Ketika itu, Fazli Zainal merupakan rakan seangkatan saya dalam kumpulan itu.

"Kumpulan kami membuat persembahan di beberapa buah kelab di sekitar Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar lain," jelas Feeda.

Bagaimana pun, menurut Feeda, selepas Fazli menarik diri, dia juga beralih arah dengan menyertai kumpulan lain iaitu D' Adza Band.

"Lapan tahun saya berkecimpung sebagai penyanyi kelab dan kini sudah tiba masanya untuk saya melangkah lebih jauh dalam karier saya sebagai penyanyi," ujar wanita berusia 28 tahun ini.

google: feeda, feeda facebook, feeda blog, feeda twitter, feeda myspace, feeda 2010,  feeda seksi, feeda hot, feeda bogel, feeda buah dada, feeda skandal, feeda sosial, feeda kelab malam, feeda lagu single terbaru. feeda album terbaru, feeda sosial, gambar terbaru terkini feeda, cerita gosip feeda terkini terbaru, 

Battleground tanpa undian SMS

Posted: 04 Oct 2010 04:16 PM PDT


PROGRAM realiti mencari krew tarian terbaik, Battleground 2010 kini memulakan misinya untuk mencari juara musim ketiga.

Memulakan uji bakatnya pada 28 Ogos lalu di pintu utama pusat membeli belah Berjaya Times Square, Battleground 2010 akhirnya tampil dengan 18 krew terbaik untuk meneruskan cabaran di sesi battle terakhir mereka.

Tiga krew yang sebelum ini bersaing dalam program realiti 8TV, Showdown 2010 turut tersenarai antara 18 krew terbaik yang layak ke peringkat seterusnya.

Mereka ialah HMC Phlow, Floor Fever dan Soul Krazy.

Program yang akan memulakan musim ketiganya di saluran Astro Wah Lai Toi (Saluran 311, Astro) bermula 23 Oktober ini setiap Ahad pukul 7 malam.

Menurut penerbitnya, Sam Lee, apa yang membezakan Battleground 2010 dengan program realiti tarian jalanan yang lain ia tidak mempunyai undian melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Katanya, kesemua peserta akan diadili oleh tiga juri profesional bertaraf antarabangsa yang didatangkan khas dari Amerika Syarikat dan Taiwan.

Menurut Sam Lee, mereka yang bakal mengisi kerusi juri ialah pengasas tarian Free Style Hip Hop, Loose Joint bersama pengasas Face da Phalve Entertainment, Aga atau lebih dikenali sebagai Swift Locker dari Taiwan dan koreografer tarian terkenal, Peter Ong.

"Pada peringkat akhir yang bakal berlangsung pada 18 Disember nanti, siaran langsung rancangan ini akan disiarkan dalam bentuk definasi tinggi (HD).

"Kami yakin dengan mengekalkan konsep sebelum ini dan penambahbaikan untuk Battleground 2010 akan menarik perhatian penonton seperti sebelum ini.

"Pada tahun lalu rancangan ini telah mendapat rating penonton sebanyak 300,000 untuk satu program," katanya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan barisan peserta di Berjaya Times Square baru-baru ini.

Sementara itu, tambah Sam Lee, juara akan berpeluang untuk menyertai pertandingan tarian jalanan peringkat antarabangsa seperti juara musim lalu, Katoon Network yang telah menyertai Taiwan Metro Street Dance Competetion 2010.

Dalam pada itu, Battleground 2010 buat julung kalinya memilih dua wanita untuk digalaskan tanggungjawab sebagai hos iaitu Gan Mei Yan dan Serena C yang merupakan penyampai My FM dan Mix FM.

Peminat setia program ini yang ingin mengetahui maklumat lanjut, mereka boleh melayari laman sosial Facebook di alamat www.facebook.com/astrobattleground.

Pengaruh besar RIM

Posted: 04 Oct 2010 04:14 PM PDT


PERSATUAN Industri Rakaman Malaysia (RIM) merupakan persatuan yang berpengaruh dalam menyajikan pelbagai produk dalam bidang rakaman sejak 12 Disember 1978.

Menurut Pengerusinya, Norman Abdul Halim, selama 32 tahun, RIM menguasai 95 peratus daripada perolehan pendapatan daripada bidang itu.

"Ahli-ahli RIM terbabit dalam bidang pengeluaran, pengilangan dan pengedaran rakaman bunyi, muzik video serta karaoke tempatan termasuklah produk syarikat rakaman antarabangsa.

"RIM juga menaungi hampir 300 artis yang masih aktif di bawah syarikat rakaman masing-masing. Sementara lebih 1,000 pekerja yang terbabit secara langsung dalam industri ini," katanya.

Beliau yang pernah menjadi Timbalan Pengerusi RIM dari tahun 2006 hingga 2008 berkata, pendapatan dalam industri muzik dijangka akan bertambah ekoran adanya sumber baru.

Antaranya perkembangan muat turun lagu melalui telefon bimbit dan di Internet sejak akhir-akhir ini yang mampu menjana peningkatan daripada segi royalti termasuklah persembahan pentas.

"Pendapatan industri rakaman kalau dicampurkan dengan bayaran royalti yang diperolehi daripada MACP (Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Malaysia) ia mencecah RM150 juta setahun.

"Sementara itu, syarikat rakaman tempatan hanya memperolehi 40 peratus daripada pendapatan itu di mana 60 peratus lagi didominasi oleh syarikat rakaman antarabangsa," jelasnya.

Bersama dengan anak syarikatnya, Public Performance Malaysia Sdn. Bhd. (PPM), RIM menyediakan perkhidmatan kepada ahli-ahlinya dengan pelbagai aktiviti berkaitan.

Antaranya menggalakkan hubungan rapat dengan agensi-agensi kerajaan yang relevan dan juga memaklumkan pihak kerajaan mengenai perkara-perkara berkaitan undang-undang.

Contohnya, tindakan penguatkuasaan anti cetak rompak di dalam dan luar mahkamah, mengadakan kutipan serta pengagihan royalti secara kolektif kepada para penerimanya.

Selain PPM, Performers & Artistes Rights (Malaysia) Sdn. Bhd. yang berperanan dalam soal pelesenan mewakili penyanyi dan pemuzik tempatan juga merupakan anak syarikat RIM.

Sementara itu, Norman tidak menafikan perkembangan semasa trend industri rakaman fizikal yang beralih arah kepada digital ia juga akan membawa perubahan dalam industri tersebut.

"Statistik penjualan album secara fizikal iaitu melalui kaset dan cakera padat memperlihatkan penurunan. Contohnya, album kompilasi Akademi Fantasia 8 hanya dijual 12,000 unit.

"Itu antara album paling popular tahun ini. Ia berbeza dengan album single Aizat yang dimuat turun secara digital melalui telefon bimbit di mana jumlahnya melebihi 300,000 kali," katanya. - ABD. AZIZ ITAR

Jual muzik cara baru

Posted: 04 Oct 2010 04:13 PM PDT


SYARIKAT rakaman yang bertanggungjawab menerbit, mengedar dan mempopularkan para penyanyi serta pemuzik memainkan peranan penting dalam industri muzik di negara ini.

Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) yang dulunya dikenali Gabungan Industri Fonografik Antarabangsa (IFPI) yang menaungi syarikat-syarikat rakaman kini berusia 32 tahun.

Dengan 173 syarikat rakaman di bawah naungan RIM, industri itu yang walaupun mengalami pasang surut perniagaan tetapi menjanjikan pulangan ratusan juta ringgit setahun.

Dianggarkan dengan pendapatan industri muzik tempatan yang melebihi RM100 juta setahun menyebabkan RIM sering dijadikan kayu ukur kejayaan di kalangan ahlinya.

Misalnya, masalah cetak rompak yang belum berkesudahan, kemeruduman jualan album dan persaingan muat turun lagu secara digital merupakan antara cabaran pihak terbabit.

Segala cabaran dan hala tuju RIM kini tergalas di bahu Pengerusi barunya, Norman Abdul Halim yang dilantik menerajui persatuan itu mulai 24 September lalu untuk tempoh dua tahun.

Sudah semestinya perkara pokok yang akan diperkatakan ialah bagaimana mahu menjadikan industri rakaman muzik lebih berdaya saing seperti bidang-bidang yang lain.

Menurut Norman, bagi mencapai matlamat itu, dia akan memfokuskan kepada usaha mencari jalan bagi mengembalikan keghairahan karyawan dan peminat terhadap bidang ini.

"Tumpuan saya selepas dilantik sebagai Pengerusi baru RIM ialah, mencari jalan penyelesaian terhadap kegiatan cetak rompak lagu dan album dalam format digital yang semakin berleluasa.

"Saya mahu mengenal pasti jualan rasmi album dan lagu digital termasuklah daripada syarikat telekomunikasi bagi kemudahan kiraan royalti untuk pihak-pihak yang terbabit.

"Selain itu, saya juga ingin melihat penjenamaan semula dalam industri muzik. Contohnya melalui AIM (Anugerah Industri Muzik) dan carta jualan album," katanya kepada Mega baru-baru ini.

Untuk sesi penggal 2010 hingga 2012, usahawan itu turut dibantu oleh Naib Pengerusi, Adrian Lim Boon Chek, Setiausaha, Rosmin Hashim dan Bendahari, Cheah Su Kong.

Sementara ahli-ahli jawatankuasanya pula terdiri daripada Cheah Mun Kit, Cheong Loan Tai, Edwin Tan Siew Hwee, Ng Cheong Hock dan Tan Tiou Chong.

Norman mula aktif dalam RIM 2004. Sebelum itu pada 1998 beliau menyertai Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lirik Tanah Air juga sebagai ahli jawatankuasa.