Adsense

Ahad, 10 Oktober 2010

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Hafizh menyerlah

Posted: 25 Sep 2010 08:05 AM PDT

HAFIZH Syahrin Abdullah (gambar) membuktikan kemenangannya pada perlumbaan sebelum ini bukannya nasib apabila dia melaungkan amaran awal dengan merebut petak utama pada Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Stadium Hang Jebat, Melaka, semalam.

Pelumba dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha Raceline itu mencatat masa 49.330 saat pada pusingan ke-13, diikuti Mohd Zamri Baba dari Petronas Sprinta Yamaha AHM dengan 49.434s.


Manakala penunggang Harian Metro SCK Honda Racing, Norizman Ismail melakar catatan ketiga terpantas dengan 49.883s.


Pelumba berusia 16 tahun itu memuji jurutera pasukannya kerana berjaya membuat pelarasan terbaik ke atas jenteranya.


"Saya gembira dengan pelarasan jentera malah sejak sesi latihan bebas pagi ini dan saya berjaya memperbaiki catatan sepusingan pada sebelah petang. Terima kasih kepada semua yang bekerja keras walaupun ketika musim cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri." Ditanya mengenai litar baru Stadium Hang Jebat, dia berkata: "Ia agak sama dengan litar di Teluk Intan tapi agak kurang teknikal berbanding di Perak.


"Secara peribadi saya fikir untuk membuat pusingan-U adalah paling mencabar dan saya perlu mendapatkan brek yang tepat." Sementara itu, penunggang berusia 14 tahun, Mohd Ramdan Mohd Rosli dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha AHM kekal di landasan tepat untuk memburu kejuaraan kategori CP115 apabila dia memberi amaran awal dengan merebut petak utama semalam.


Ramdan mencatat masa sepusingan terpantas 52.462 saat manakala pencabar terdekatnya Mohd Adli Salihin dari pasukan Motul Yamaha YY Pang kedua terpantas dengan 52.684s.


Mohd Hafieenaz Mohd Ali dari Petronas Sprinta Yamaha Raceline pula akan bermula dari petak ketiga dengan catatan masa 53.639s.


Ramdan yang dirampas kedudukan sebagai pendahulu keseluruhan oleh rakan sepasukan Adli, Mohd Roziman Mohd Said dengan perbezaan satu mata kini berazam untuk merebut kembali kedudukan itu.


"Saya jangka saingan sengit daripada pelumba lebih senior pada perlumbaan akhir esok (hari ini) tapi saya yakin untuk berakhir sekurang-kurangnya dalam kelompok tiga teratas.


"Setakat ini, saya berpuas hati dengan pelarasan jentera dan semuanya bagus. Kami akhirnya menemui pelarasan sprocket terbaik bagi jentera saya dan saya selesa dengannya," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.