Adsense

Ahad, 10 Oktober 2010

Celebrity News

Celebrity News








12 Maut Kemalangan di Simpang Empat Alor Gajah

Posted: 10 Oct 2010 08:26 AM PDT

Kemalangan ngeri petang tadi Zoom dah tahu awal sebab petang tadi dari kenduri kahwin saudara di Seremban selepas Tol Ampangan. Tapi berita kematian Zoom ikut utusan yakni 12 kematian tetapi di berita harian onlline hanya 11. 


Kesian Pak Usu Zoom, petang tadi borak dengan dia sebab dia nak balik JB. 
Lagi berita Utusan/Bharian di bawah..


12 maut bas ekspres hempap beberapa kenderaan ( Utusan ) 

10/10/2010 10:53pm

SEREMBAN 10 Okt. – Seramai 12 orang maut, manakala berpuluh-puluh lagi cedera apabila dua buah bas ekspres, tiga buah kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah dekat Rembau petang ini.
Berikutan nahas ngeri yang berlaku pukul 6.50 petang itu, lalu lintas kedua-dua arah terpaksa ditutup kepada semua pengguna lebuh raya dan menyebabkan kesesakan yang teruk. – Utusan.



11 maut nahas bas ekpress di Melaka( bharian)2010/10/10

MELAKA: Sebelas maut apabila dua bas ekpress, satu van dan tiga kereta berlanggar di KM223 Lebuhraya PLUS berhampiran tol Simpang Ampat, malam ini

(GAMBAR)Majlis Perkahwinan Aqasha Dan Noor Baizura

Posted: 10 Oct 2010 07:52 AM PDT

 
Alhamdulillah akhirnya Aqasha dan isteri Noor Baizura selamat di ijabkabulkan, dengan wang hantaran RM20,000 kepada pasangan pengantin perempuan. Walaupun perkahwinan mereka tidak digembar gemburkan seperti angkasawan sehingga ditayangkan secara langsung di TV3.


Majlis pernikahan dan persandingan telah dilakukan di Lake Fields dengan tema dalam taman (garden wedding). Semoga pasangan ini kekal sehingga ke akhir hayat dan dengan adanya hubungan yang sah ini akan menidakkan gossip jika keluar bersama. Tak adalah macam pasangan lain yang sibuk berkepit sana sini mengalahkan pasangan yang sudah sah bernikah.

Terbaru : Gambar Kahwin Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor

Posted: 10 Oct 2010 05:04 AM PDT


Tahniah buat Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang telah selamat melangsungkan majlis akad nikahnya pagi tadi. Sempatla layan bersama Isteri kisahnya di Rancangan Nona pukul 2 petang tadi di TV3 dan snap a few gambar yang menarik hati. Semoga Perkahwinan angkawasan negara ini bahagia dan kekal ke akhir hayat. 


Lagi Gambar kahwin di bawah :,









Kehadiran Si Suami pun sudah cukupkan bagi penghibur hati?Tahniah, ikatan 8 tahun yang dibina akhirnya ke jinjang pelamin. Sama cantik sama padan, bagai pinang dibelah dua. Oh, kalaula saya mendapat jemputan, tentu seronok dan teruja hati ini.

Gambar Kekasih Baru Lana Nordin

Posted: 09 Oct 2010 07:43 PM PDT

Inilah gambar yang menjadi gossip di internet sejak akhir-akhir ini, wajah ceria dan bahagia Lana Nordin yang digelar Pamela Anderson Malaysia ni. Namun anda perasaan tak Lana Nordin sudah jarang muncul di kaca tv mahupun di dada akhbar. Zoom doakan semoga pasangan ini bahagia sehingga ke jinjang pelamin macam Datuk Sheikh kita yang bersanding hari ini.



SAMMY'S ADVENTURES: THE SECRET PASSAGE

Posted: 09 Oct 2010 07:29 PM PDT


Release Date: 7 October 2010
Language: English
Genre: Comedy
Running Time: 1 hour 27 minutes
Director: Ben Stassen
Cast: Tim Curry, Jenny McCarthy, Melanie Griffith.

Synopsis: A spectacular 3D animation of the wonderful adventures of Sammy the sea turtle searching the ocean for his one true love. Along the way, he dodges every possible danger and witnesses how humans are hurting the planet.

(Source: Golden Screen Cinemas Sdn. Bhd.)    

Gambar Kad Jemputan Dan Kahwin Sheikh Muszaphar Shukor

Posted: 09 Oct 2010 06:54 PM PDT

 Inila Gambar Kad Jemputan Dr. Sheikh Muszaphar Shukor simple dan menarik tidak seperti artis-artis lain yang penuh dengan rekaan dan lamunan je. :)
 

Dan Dibawa ini pulak gambar pra perkahwinan pasangan bahagia ini, tarikh 10.10.10 sudahh pasti menjadi hari istimewa buat pasangan ini. Sudah pasti gadis-gadis di luar sana yang sudah lama meminati Datuk angkasawan kita ni mengigit jari kerana Datuk Sheikh sudah sah menjadi suami orang.




Wajah Pasangan Yang Meniti Hari Bahagia Bersama