Adsense

Ahad, 10 Oktober 2010

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


(GAMBAR) Angkasawan Negara Sah Bergelar Suami

Posted: 10 Oct 2010 04:56 AM PDT

Pasangan pengantin baru ini akan berbulan madu di Mekah sambil mengerjakan umrah FOTO The Star Oleh AZMAN GHANI
PUTRAJAYA: Dengan sekali lafaz, Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor sah bergelar suami kepada Dr Halina Mohd Yunos dalam satu majlis yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, Ahad.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Yunos Mohd Ali dengan bersaksikan Ketua Pendaftar Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali kira-kira kira-kira pada pukul 11.45 pagi dengan dihadapan, keluarga dan sahabat-handai kedua-dua mempelai.
Pasangan yang bertunang pada 1 Januari lalu menzahirkan rasa syukur kerana majlis itu berjalan dengan lancar.
"Alhamdulilah semuanya berjalan seperti yang dirancangkan. Saya berterima kasih kepada semua yang terlibat dan masyarakat yang datang meraikan majlis ini.
"Perancangan saya selepas ini adalah untuk meneruskan tugas yang diamanatkan di samping tanggungjawab sebagai seorang suami," kata Sheikh Muszaphar.

Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor lega selepas selesai upacara akad nikah
Manakala Dr Halina turut mengakui perasaan gemuruh dan gembira bercampur baur ketika melalui upacara akad nikah sebentar tadi.
"Syukur semua sudah selesai, perasaan saya ketika ini bercampur baur sama ada gembira sedih dan terharu kerana melangkah setapak lagi ke fasa hidup berumah tangga," ujarnya.
Ketika ditanya tentang harapan menimang cahaya mata, pasangan ini memberitahu menyerahkan segalanya kepada Allah. Mereka juga dijangka akan menunaikan umrah sambil berbulan madu.
Dr Halina anggun mengayakan pakaian dari butik Cosry
Pada majlis tersebut Dr Halina tampil anggun sementara suaminya tampak kacak apabila mengenakan persalinan berwarna putih rekaan Cosry.
Sheikh Muszaphar menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas 11 bertemakan rona putih gading dan perak. Hiasan hantaran turut diserikan dengan warna biru muda. Bagaimanapun wang hantaran tidak dimaklumkan atas keputusan kedua-dua belah pihak.
Majlis persandingan akan diadakan malam ini dengan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) dengan bertemakan pahlawan Melayu di istana kayangan.
Lebih 1,000 jemputan akan hadir yang terdiri daripada golongan diraja, orang kenamaan, ahli keluarga, rakan rapat termasuk 100 angkasawan dari 35 negara dan 20 media antarabangsa.

(GAMBAR) Aqasha Kini Suami Noor Baizura

Posted: 10 Oct 2010 04:55 AM PDT

Aqasha kini sah bergelar suami kepada Noor Baizura Mohd Sabri. Foto The Star Oleh SHAARI CHE MAT
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon Firdee Aqasha Rosli, 28, sah bergelar suami kepada Noor Baizura Mohd Sabri, 27, dengan sekali lafaz di Lake Fields, di sini.
Pasangan ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Pauzi Ilias dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Mohd Sabri Awang pada pukul 3.25 petang, Ahad.
Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM80, wang hantaran RM20,000 dan seutas rantai emas putih.
Majlis pernikahan tersebut berkonsepkan dalam taman yang direka oleh Butik Pengantin Tepak Sirih.
Kedua-dua mempelai sama cantik sama padan ini mengenakan pakaian pengantin berwarna kuning. Pengantin perempuan disolek dan didandan oleh Shegar.
Majlis tersebut dihadiri oleh 300 tetamu iaitu ibu bapa, keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak pengantin termasuk rakan artis.
Mereka adalah Emelda Rosmila, Adlin Aman Ramlie, Tony Eusoff, Jehan Miskin dan Khir Rahman.
Majlis resepsi pihak lelaki dijangka akan berlangsung pada 25 Disember ini di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks dan Kebudayaan Shah Alam.

(Video | Gambar) Lisa surihani suatu ketika dahulu

Posted: 10 Oct 2010 04:45 AM PDT


Lisa nie masa kecik-kecik pun dah comel gila rupanya. Rupa-rupanya sebelum dia jadi pelakon memang dah banyak buat iklan. Di bawah kami sertakan video Lisa Surihani dalam iklan ayam goreng Mcdonald. Siap rambut tocang lagi. Cute gile ~~





(VIDEO) Filem "KHURAFAT-Perjanjian Syaitan" - OFFICIAL TRAILER

Posted: 10 Oct 2010 04:43 AM PDT

(PICTURE) I have a P.H.D..

Posted: 10 Oct 2010 04:33 AM PDT

(GAMBAR) Kilang Pembuatan Kereta Mercedes

Posted: 10 Oct 2010 04:35 AM PDT














(VIDEO) Bajet Bagus Jer Pompuan Nie!!!

Posted: 10 Oct 2010 04:08 AM PDT