Sensasi |
- Ella (44tahun) dan kekasihnya Elan(28 tahun) tidak bercadang untuk berkahwin dlm masa terdekat
- Maria Tunku Sabri Saman Datuk Wan Johani, RM5.5Juta kerana tidak mengahwininya
- Fesyen Tudung Maya Karin Ke mahkamah dan Pasangan itu tidak didenda
- Kekasih Baru Radhi OAG berusia 16 tahun?
- Kekasih Baru Sam Bunkface , Jeanny
- Polis Periksa Alat Sulit Ariel Peterpan
- Rooney ,Pemain bola sepak paling hodoh di dunia
Ella (44tahun) dan kekasihnya Elan(28 tahun) tidak bercadang untuk berkahwin dlm masa terdekat Posted: 09 Jul 2010 08:31 PM PDT Sensasi: Lagi cerita tentang pasangan dimana lelaki jauh lebih muda daripada perempuan..Kali ini Ella bercinta dengan Elan ,seorang yang terlibat dengan pembikinan cover Album Ella...Elan berusia 28 tahun manakala Ella pula 44 tahun....jadi 16 tahun beza... Yang menjadi persoalannya..napela Ella tanak kahwin lagi..katanya,dia memang ada merancang nak berkahwin tp bukan dlm masa terdekat..ok..so bila lagi...heee.. Sama-sama tunggu hari bersejarah Ella ...dah byk kali sgt dah Ella bercinta,putus,bertunang,putus...pernah jugak dpt title lesbian dan mcm2 lagi.. Ratu rock negara, Norzila Aminuddin,44, atau Ella telah membawa kekasihnya, Elan Hasyim Abd. Rahman,28, bertemu keluarganya di Klang, Selangor beberapa bulan lalu untuk mendapat restu sebelum berkahwin. Seorang ahli keluarga Ella yang dihubungi , Jumaat berkata, Elan berkunjung ke rumah mereka untuk mengenali ahli keluarga Ella selain meminta kebenaran berkawan dengan penyanyi itu. "Ya... benar gosip mengatakan Ella sudah ada teman baru. Mereka sudah setahun berkenalan. Lelaki itu pun sudah datang ke rumah untuk berkenalan dengan keluarga kami. "Kami tiada masalah dah merestui hubungan itu," kata seorang ahli keluarga Ella yang minta dirahsiakan namanya. Menurut sumber itu lagi, keluarganya menerima baik hasrat Elan untuk menjadi kekasih kepada Ella dan mendoakan agar mereka cepat berumah tangga. Katanya, Ella juga sedang memikirkan hasrat itu tetapi keputusan untuk berumah tangga bukan dalam waktu terdekat. "Dia pun ada cakap hendak kahwin tetapi belum memikirkan secara serius mengenai tarikh itu," katanya. Elan yang berasal dari Perak berkenalan dengan Ella ketika bekerjasama sewaktu menghasilkan kulit album kompilasi Ella pada tahun lalu. Bermula dari situlah cinta mereka bersemi sehinggalah kedua-duanya dikatakan menjalinkan hubungan serius. Kira-kira tiga tahun lalu Ella pernah membuat kejutan apabila mengumumkan hasrat untuk berumah tangga dengan lelaki muda tetapi sayangnya hasrat itu tidak terlaksana sehinggalah muncul gosip baru apabila dia dikaitkan dengan Elan. |
Maria Tunku Sabri Saman Datuk Wan Johani, RM5.5Juta kerana tidak mengahwininya Posted: 09 Jul 2010 04:10 PM PDT Sensasi:Woww zaman skrg nak paksa org kahwin perlu buat satu surat perjanjian sahaja..heee... :P Maria Tunku Sabri pernah membuat perjanjian Dengan Datuk Johani ,dimana Datuk Johani perlu dan harus mengahwininya..dan apabila skrg Datuk Johani mengingkari Perjanjian tersebut Maria Menuntut RM5.5 juta sebagai ganti rugi.. Datuk Johani pulak ckp,Perjanjian utk berkahwin dgn Maria Tunku Sabri dibuat semasa Maria masih lagi dlm perkahwinan (still bini org) so perjanjian itu tidak sah dihukum Syarak...30 Julai ini baru dpt keputusan mahkamah siapa yang menang.. hmmm...okey skrg nie kapel2 yang tanak pasangan curang dan tak berkahwin lehla wat perjanjian camnie..dpt saman juta2... KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 30 Julai untuk keputusan isu perundangan tanpa perbicaraan berhubung tuntutan saman personaliti TV3 Maria Tunku Sabri terhadap seorang ahli perniagaan Datuk Wan Johani Wan Hussin. Wan Johani, 57, didakwa mengingkari penyelesaian perjanjian pembayaran pampasan RM5.5 juta kerana tidak berkahwin dengan Maria. Pesuruhjaya Kehakiman Datin Zabariah Mohd Yusof menetapkan tarikh itu di dalam kamar dengan kehadiran peguam Karpal Singh yang mewakli Maria, 40, dan peguam Jangjit Singh dan Akhbardin Abdul Kader, yang mewakili Wan Johani. Akhbardin memberitahu pemberita bahawa isu undang-undang yang dibangkitkan oleh pihaknya sebelum ini termasuklah kesahihan perjanjian yang dibuat oleh Maria iaitu seorang perempuan Islam yang telah berkahwin. "Keputusan itu juga berkaitan dengan dakwaan defendan bahawa perjanjian tersebut tidak sah dan melanggar undang-undang mengikut Seksyen 14 (1) Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 yang jelas menyatakan bahawa seorang perempuan Islam tidak boleh berkahwin lagi selagi perkahwinan itu wujud," katanya. Pada 24 Jun lepas, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Maria untuk mengemukakan semula saman terhadap Wan Johani kerana didakwa melanggar perjanjian. Pada 2004, Maria pengacara program 'Jalan-Jalan Cari Makan', memohon agar dikuatkuasakan perjanjian melibatkan janji oleh Wan Johani untukmembayarnya RM5.5 juta kerana beliau (Maria) tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap ahli perniagaan itu kerana enggan mengahwininya seperti yang dijanjikan. Dalam pembelaannya, Wan Johani, menafikan wujud sebarang kontrak, dan sebagai alternatifnya, berkata perjanjian itu tidak sah dan mempunyai unsur ugutan dan pujukan. - |
Fesyen Tudung Maya Karin Ke mahkamah dan Pasangan itu tidak didenda Posted: 09 Jul 2010 03:49 PM PDT Sensasi:Pasangan Maya Karin dan Muhammad Ali diketepikan daripada didenda,maybe sebab perkahwinannya pernah mendapat sebarang surat rasmi(surat kebenaran kahwin) dari Malaysia sebelum pasangan ini berkahwin di Italy?Entahla..nie semua kemingkinan sebab sepatutnya rakyat Malaysia yg tak mendapatkan kebenaran utk bernikah akan didenda.atau mungkin sebab Muhammad Ali masih warganegara Italy,jadi diketepikan drpd undang2 sebagai rakyat Malaysia..Sebelum ini,Mstar melaporkan pasangan ini didenda RM1000 setiap seorang.. Tudung Maya nampak agak tidak menarik disitu..masa first dia bertudung putih hari tue,lebih cantik..kali nie nampak mcm botak.. :P PETALING JAYA: Maya Karin Roelcke,31, dan suaminya Muhammad Ali atau Steven David Shorthose,41, tidak dikenakan denda kerana lewat mendaftarkan pernikahan. Sebaliknya Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur, Rabu mengesahkan pernikahan mereka adalah sah dari segi hukum syarak selepas kedua-dua mereka mendaftarkan pernikahan itu pada 24 Jun lalu. Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaluddin membuat keputusan tersebut dalam kamar. Maya yang turut hadir diwakili peguamnya Nor Husniah Hussin sementara Muhammad Ali tidak diwakili peguam. Nur Husniah yang ditemui pemberita di luar mahkamah enggan mengulas lanjut sebaliknya memaklumkan kedua-dua pasangan tersebut tidak didenda. |
Kekasih Baru Radhi OAG berusia 16 tahun? Posted: 09 Jul 2010 03:34 PM PDT Gambar Radhi kelihatan mcm budak form 4 jugak...seswaii~ Sensasi:Timbul Gossip bercinta dengan gadis berumur 16 tahu apabila Radhi membawa gadis tersebut ke Mesyuarat Agung Karyawan.Tak menafikan yang mereka bercinta,Radhi cuma memberitahu bahawa dia belum bersedia utk berumah tangga...Gila ,kahwin budak skolah nanti jadi Issue besar ok.. Melihat kepada wajah dan "figure" Radhi sendiri yang kelihatan mcm budak2 Remaja kira okey la tue..sensasi berusaha nak cari gambar kekasih baru Radhi tapi belum Jumpa...nanti dah Jupa Sensasi Post ok..tunggu~~..(ok found) PELAKON dan bekas vokalis kumpulan OAG, Radhi Razali (gambar) belum bersedia untuk berumah tangga walaupun timbul gosip dia sudah mempunyai kekasih baru, Nur Shahira Ayu berusia 16 tahun. Ketika diminta menjelaskan gosip tersebut, Radhi hanya mampu tergelak dan menafikannya. "Kawan biasa sahaja. Tiada perhubungan serius. Lagipun dia masih bersekolah di tingkatan 4. Prioriti dia adalah pelajarannya dan bukan bercinta," katanya kepada MStar Online. Radhi menjelaskan, dia mula mengenali Nur Shahira bertemu ketika Radhi terlibat dalam satu persembahan di pusat beli-belah The Curve, Damansara, Kuala Lumpur. Bermula dari situlah mereka menukar nombor telefon masing-masing. Berbicara tentang gambar yang diambilnya bersama gadis itu pada mesyuarat agung Karyawan di Finas tempoh hari, Radhi memberitahu, dia membawa Nur Shahira untuk mengajaknya menyertai Persatuan Karyawan. Mengenai perkembangan semasanya, Radhi memberitahu, dia kini sedang dalam peringkat akhir menghasilkan single terbaru berjudul Limbo. Katanya, dia sedang dalam proses mendaftarkan lagu tersebut bagi mendapatkan kod untuk muat. Sejak perceraiannya dengan bekas isterinya, Shazlin Sharif bulan lalu, Radhi berkata, dia kini tinggal di Bangsar dan tidak menetap di Kota Damansara lagi. |
Kekasih Baru Sam Bunkface , Jeanny Posted: 09 Jul 2010 03:00 PM PDT Sensasi :Jeanny adalah Awek baru kepada Sam Bunkface..Ramai yang mcm tertanya-tanya..apa dah jadi dengan Juliana Evans...Sensasi ingtakan you all dah tau...Juliana dengan Sam Bunkface dah lama membawa haluan masing2 sejak awal tahun ini..dah lama dah clash.. P/S: Juliana Evans juga merupakan rakan baik kepada adik Sam iaitu Saleha...adeh...kecian nampaknya hubungan kwn baik Saleha tak berpanjangan dengan abang nya.. Sam sering kelihatan menonton wayang dan berjalan2 di pusat-pusat membeli belah di KL dengan Jeanny.. Jeanny juga merupakan Model Iklan Coffee Mate ..Dan merupakan anak seorang VIP..manakala Juliana Evans pula dikatakan sedang menjalin hubungan dengan seorang ahli perniagaan.. Masing2 tanak kalah berpasangan gitu..hee.. Of course la Juliana Evan cantik sebab kacukan,tp Jeanny juga tak kurang manis dan kelihatan sgt remaja...jom layan Video iklan Coffe Mate,yg seperti sebuah drama pendek... yg sensasi herannyer,ada pulak jokes 18sx mcm nie dlm iklan..aduh..~ |
Polis Periksa Alat Sulit Ariel Peterpan Posted: 09 Jul 2010 02:41 PM PDT Sensasi:sorry everyone sebab sensasi tak meng-update for few days due to moody with personal issue :D biasala normal human beings.. Berita tentang polis memeriksa ukuran alat sulit Ariel...Perlu ke nak periksa lagi padahal dia dah mengaku bersalah??ramai org bertanggapan polis tue sume curios dan nak tahu ukurannya so that derang leh jadi hebat mcm Ariel (Ariel kan dpt meniduri 32 wanita..) huhu..mcm2..pelik sebab baru skrg isu pornografi di besar2 kan kat Indonesia..padahal kalau u all tgk beberapa movie indonesia terutamanya Filem Seram..memang byk emmaparkan Unsur2 18 sx ....kenapa dlm perfileman tue tak timbul isu ini?? Apa-apa pun bagus lah perkara nie dibuat liputan meluas sebabnyer takla org lain berani sgt nak beraksi dan rakam.. POLIS Indonesia telah melakukan pemeriksaan ke atas badan bekas penyanyi Peterpan termasuk alat sulitnya selepas dia disahkan menjadi suspek utama penyebaran video lucah yang turut membabitkan bintang Luna Maya dan Cut Tari. Komisioner Marwoto Soeto kepada portal detikhot.com berkata, semua bahagian pada badannya diperiksa seperti ukuran kakinya, tangan dan bentuk tubuh. Namun, Marwoto enggan memberikan maklumat lebih lanjut berhubung pemeriksaan fizikal terhadap Ariel. Ibu pejabat polis Jakarta telah mengetahui suspek pertama yang menyebarkan video lucah itu dan hanya mendedahkan individu tersebut bermula dari huruf "K" yang bekerja sebagai pengurus salah sebuah syarikat. |
Rooney ,Pemain bola sepak paling hodoh di dunia Posted: 09 Jul 2010 12:04 PM PDT NEW YORK - Selepas gagal di Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, penyerang skuad England, Wayne Rooney dipilih sebagai pemain paling hodoh di bumi. Rooney yang juga pemain kelab bola sepak Manchester United mengetaui senarai pemain paling tidak tampan di laman BeautifulPeople.com. Namun, pemain paling tampan ialah Fabio Cannavaro dari Itali, Fernando Torres dan David Villa dari Sepanyol, Landon Donavan (Amerika Syarikat) dan Thierry Henry (Perancis). Rakan Rooney, John Terry juga disenaraikan antara 10 pemain paling hodoh di bumi. Laman itu mendakwa seramai 200,000 orang telah mengundi bagi memilih pemain-pemain berkenaan. |
You are subscribed to email updates from Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |