Malaysian Gossips, Rumours, Celebrities & Pictures Blog |
- Pakej khidmat profesional
- Serbu pusat urut guna wanita Siam
- Stor pil seks RM1j diserbu
- Sayang jadi berang
- Air mandian tujuh mayat
- Beli tauge bayar RM100
- Drama pengemis
- Inspirasi jejaka DKNY
- Harley Davidson
- Mercedes-Benz S 300 L
- Perlukah insurans selam skuba?
- 'Berhanyut' di Sungai Kenaboi
- Dasar dengan seribu kejutan
- Teringat jadi artis undangan Joan Jett
- Konsert pemanas badan
- Konflik Erra Fazira dalam Tun Hasmah
- Hampir Menangis Kerana URUSAN AIZAT AMDAN
- Kerapu Pisang Tenggol
- Keluarga Restu Hubungan Ella & Elan
- Lindsay Lohan Nafi Usik Alat Bacaan Alkohol
- Kecewa Jadi Penyanyi, Tria Berlakon Drama Muzikal
- Konsert Hujan & Bunkface Malam Ini & Esok
- Mahd Shafeiq Selami Sifat Dr. Mahathir Melalui Komik
- Nicolas Cage Lupakan Hasrat Jadi Superman
- Cecilia Cheung Kembali Berlakon
Posted: 09 Jul 2010 11:47 PM PDT HANYA berbekalkan modal serendah RM1,700, usahawan kini berpeluang menceburi perniagaan berasaskan perkhidmatan profesional dengan memiliki firma perunding sendiri selain menerima latihan di bawah pakej intensif ditawarkan HMEO Holdings. JANA PENDAPATAN...Irwan (tengah) bersama Pengarah HMEO, Mohammad Kassim Bahari (kanan) dan timbalannya, Fadhlur Rahman.
Irwan berkata, program pembangunan usahawan profesional yang pertama kali diadakan menggabungkan sistem perniagaan unik, platform perniagaan dan pemasaran berteras k-ekonomi, kepintaran emosi dan rohani. | ||
Serbu pusat urut guna wanita Siam Posted: 09 Jul 2010 11:46 PM PDT KUALA LUMPUR: Dua premis yang asyik menjalankan kegiatan urut tradisional menggunakan warga Thailand terkejut apabila diserbu penguat kuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). BERHIBUR...dua pekerja wanita dan pelanggan di pusat hiburan yang diserbu, semalam. SITA...minuman keras yang disita, semalam.
Sehubungan itu Norhayati meminta orang ramai yang mempunyai maklumat premis beroperasi tanpa lesen supaya bekerjasama dengan menghubungi talian 03-42968100 yang beroperasi 24 jam. | ||
Posted: 09 Jul 2010 09:20 PM PDT KUALA LUMPUR: Pelbagai jenis pil perangsang dan gula-gula seks dianggarkan bernilai hampir RM1 juta dirampas dalam satu serbuan di sebuah kilang haram yang menjadi stor menyimpan bahan haram itu di Balakong di sini, pagi semalam. BAHAYA...Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Farmasi KKM, Mazlan Ismail menunjukkan gula-gula seks yang dirampas. Penggunaan bahan berkenaan yang turut dicampur Analog Tadalafil atau Sildenafil boleh menyebabkan penggunanya diserang penyakit jantung. Serbuan dijalankan Bahagian Penguat kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan disertai Pengarahnya, Mohd Hatta Ahmad itu pada mulanya tidak mendapat kerjasama pemilik kilang yang enggan membuka pintu. Ini menyebabkan pegawai farmasi KKM terpaksa memotong kunci pintu terbabit sebelum bertindak memasuki premis. Sumber farmasi berkata, sebaik pintu dibuka, pihaknya menemui ribuan kotak berisi lebih 20 jenis produk perangsang seks sedia dibungkus dan menunggu masa untuk diedarkan kepada syarikat jualan langsung dan kedai ubat tradisional."Pemeriksaan kemudian turut menemui pelbagai gula-gula perangsang seks pelbagai warna yang dipercayai dibawa masuk dari negara jiran. Berdasarkan rampasan sebelum ini, gula-gula seks berkenaan dijual dengan harga RM5 setiap satu.
| ||
Posted: 09 Jul 2010 09:19 PM PDT SEGAMAT: Perkataan "Iye ke!!! Awak Sayang Saya" yang tertera pada baju dipakai seorang wanita sepatutnya menjadi ayat romantis bagi mencairkan hati teman lelaki, namun keadaan menjadi sebaliknya apabila dia nyaris terkorban selepas kekasihnya cuba membakar baju dipakainya. BAHANA CINTA GELAP...Abdul Majid menunjukkan baju tertera ayat-ayat cinta yang nyaris menyebabkan seorang wanita dibakar hidup-hidup. Dalam kejadian di Bandar Baru Segamat di sini, kira-kira jam 1.20 pagi Rabu lalu, lelaki itu hampir membakar kekasihnya hidup-hidup selepas bertengkar mengenai hubungan gelap yang dikhuatiri diketahui isterinya. Difahamkan, mangsa, seorang kerani berkenalan dengan lelaki terbabit sejak beberapa bulan lalu, namun memutuskan hubungan kerana mengetahui buah hatinya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Terdahulu, suspek mengatur temu janji makan malam bagi menyelesaikan perkara terbabit. Pada pertemuan di sebuah kedai di sini, mangsa nekad memutuskan hubungan, tetapi lelaki itu cuba memujuk wanita terbabit.Suspek yang juga berusia 24 tahun dan bekerja sebagai kakitangan kerajaan pada mulanya akur dengan keputusan wanita terbabit selepas mangsa mengugut mahu memberitahu mengenai hubungan mereka berdua kepada isterinya.
| ||
Posted: 09 Jul 2010 09:14 PM PDT KUALA LUMPUR: Untuk memudahkan dia menyempurnakan tugas sebagai ketua kaki pukul di pusat hiburan, seorang lelaki sanggup melakukan amalan khurafat dengan memuja dan mandi air mandian tujuh mayat. TERLANTAR...Awang sakit selepas melanggar pantang. Bagaimanapun, akibat melanggar pantang iaitu menjejakkan kaki di kawasan tanah perkuburan, lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai Awang, 40-an, menderita apabila seluruh tubuhnya sentiasa sakit hingga menyebabkan dia tidak mampu berdiri. "Saya mengamalkan ilmu ini sejak dua tahun lalu. Ilmu yang dinamakan kebal mayat itu saya pelajari daripada seorang bomoh warga Indonesia yang menetap di sini," katanya ketika ditemui, semalam. Awang berkata, dia mengambil masa kira-kira setahun untuk mengumpul air mandian tujuh mayat dengan syarat, si mati mesti Islam. "Setiap kali saya dengar ada kematian di sekitar tempat tinggal saya, saya akan ke sana. Sebaik urusan mandian jenazah selesai, saya secara diam-diam menyusup masuk ke tempat mandian dan mengambil air sisa mandian yang kebiasaannya terkumpul dalam bekas khas."Air mandian mayat itu saya masukkan ke dalam botol. Selepas cukup tujuh botol atau tujuh mayat, saya memuja air mandian mayat itu dengan bacaan jampi tertentu. Selepas itu, saya campurkan semua air itu dengan air mandian saya," katanya.
| ||
Posted: 09 Jul 2010 09:12 PM PDT KUALA LUMPUR: Beli tauge 50 sen, tetapi perlu membayar saman RM100. Itu antara rungutan pelanggan Pasar Batu 5, Jalan Ipoh, di sini, berikutan masalah ketiadaan tempat letak kenderaan di sekitar pasar itu. Peniaga, Norsiah Rahman, 49, berkata bukan saja orang awam yang merungut mengenai masalah itu, bahkan peniaga turut mengalami nasib sama.
| ||
Posted: 09 Jul 2010 09:08 PM PDT KUALA LUMPUR: Seorang pengemis 'tempang' memecut lari apabila tembelangnya berlagak seperti orang kurang upaya (OKU) dirakam jurugambar ketika cuba meraih simpati orang ramai berhampiran Jalan Masjid India di sini, baru-baru ini. LARI...pengemis di tangga stesen monorel melarikan diri selepas menyedari perbuatannya dirakam. Metroplus yang turut melakukan tinjauan sekitar Jalan Chow Kit dan Jalan Pudu, mendapati kebanyakan pengemis berkeliaran sehingga mencacatkan pemandangan di ibu kota. Melalui pemantauan berdekatan Lorong Haji Taib, seorang pengemis duduk di kaki tangga stesen monorel sambil menunggu orang ramai memberinya wang. Ketika gambarnya dirakam, pengemis terbabit melarikan diri kerana takut perbuatannya dirakam seolah-olah cuba menipu orang ramai. Tinjauan mendapati kebanyakan pengemis berpura-pura sakit semata-mata mahu menagih simpati masyarakat menghulurkan wang kepada mereka, tetapi dalam masa sama boleh pula membuka langkah seribu apabila menyedari kehadiran wartawan.Seorang pengemis wanita, tapi berperwatakan seperti lelaki dan mahu dikenali sebagai Jalal, 50, berkata dia terpaksa meminta sedekah disebabkan tidak mempunyai pendapatan tetap demi mendapatkan sesuap nasi.
Warga kota, Amin Abdullah, 38, berkata setiap hari dia melihat ramai pengemis dan kutu rayau berkeliaran di kaki lima kedai di beberapa kawasan. "Keadaan itu menyakitkan mata serta menjatuhkan maruah negara kita. Saya mohon pihak berkuasa tempatan selesaikan masalah ini," katanya. Tinjauan di Pudu pula mendapati kutu rayau bagaikan 'mayat hidup' di kaki lima yang menjadikan deretan bangunan kedai sebagai rumah mereka. Ada pengemis cacat dan bisu di jalanan dan ada juga orang kurang siuman di deretan kedai dan yang paling ramai golongan cacat penglihatan menjual tisu di kawasan tumpuan ramai. Seorang lagi pengunjung yang mahu dikenali sebagai Razak, berkata kebanyakan kutu rayau disisihkan keluarga dan ada di kalangan mereka penagih dadah yang dibuang keluarga. Katanya, dia sedih setiap kali melihat mereka tidur di deretan bangunan dan mengharapkan belas ehsan orang ramai kerana kebanyakan daripada mereka tidak berpendapatan. Sementara itu, jurucakap ibu pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkata operasi membanteras pengemis selalu dilakukan pihaknya dari semasa ke semasa. "Ketika operasi, kami menahan mereka dan menempatkan mereka ke tempat pemulihan atau menyerahkan kepada agensi berkaitan. Pengemis warga asing kami serahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut. Pengemis rakyat tempatan pula kami tempatkan di rumah kebajikan di bawah kendalian JKM," katanya. | ||
Posted: 09 Jul 2010 09:04 PM PDT
JENAMA terkemuka dunia, Donna Karan New York (DKNY) kini menampilkan ratusan koleksi pakaian dan aksesori terbarunya sempena musim luruh ini bagi memberi pilihan tambahan menarik kepada penggemar fesyen. Koleksi itu diperkenalkan DKNY pada acara Pertunjukan Fesyen DKNY Fall 2010 ketika Minggu Fesyen New York, baru-baru ini. Rekaan terbaru DKNY yang diilhamkan Hotel Chelsea terkenal di New York itu adalah berbeza dengan koleksi sebelumnya kerana ia memaparkan ciri-ciri pejuang, rocker dan seniman di bandar raya berkenaan bagi memberi penghargaan kepada golongan itu. Setiap helaian yang dihasilkan mengetengahkan konsep gabungan fabrik dan corak berbeza yang pastinya mengagumkan. Antara koleksi yang memfokuskan warna gelap itu adalah sut denim, seluar ketat, rompi, kemeja, kot, baju sejuk dan jaket. Pada keluaran itu, DKNY turut memperkenalkan kemeja-t lengan panjang dan pendek yang berwarna-warni serta seluar denim bagi menampilkan gaya ranggi dan ceria pemakai. Bagi melengkapkan penampilan dan menyelesakan pemakai menghadapi musim berkenaan, DKNY menyenaraikan aksesori penting seperti tali pinggang, topi salji, sarung tangan serta topi. Selain itu, aksesori tambahan turut diperkenalkan seperti beg galas, selendang, beg bimbit dan dompet. Lebih menarik, koleksi yang dikhaskan untuk kaum lelaki itu juga mengeluarkan pakaian unik yang pasti memikat cita rasa seperti kemeja-T kotak-kotak renyuk bersama jaket pendek dan baju kolar tinggi tentera bersama seluar old-school. | ||
Posted: 09 Jul 2010 09:03 PM PDT
SIAPA yang tidak kenal motosikal Harley Davidson. Daripada deruman bunyi sahaja kaki-kaki motor sudah tahu kehadirannya. Namun ramai yang menganggap motosikal ini hanya untuk bergaya. Ia hanya gah pada deruman tetapi bukan dari segi prestasi. Tidak seperti superbike, Harley Davidson dikatakan motosikal untuk pameran sahaja. Namun imej itu cuba dinafikan oleh pengeluar jenama terkenal Amerika Syarikat (AS) itu melalui model Harley Davidson XR1200X. Sekali lihat ia hampir sama dengan model sebelumnya. Ramai yang menganggap prestasinya juga lebih kurang sama. Tetapi mereka yang menguji buat pertama kali terkejut dengan pengendaliannya yang berbeza. Dari segi teknikal tidak banyak yang boleh diperkatakan kecuali ia menampilkan suspensi depan dan belakang serba baru iaitu Showa 43 milimeter. Tayarnya pula masih menggunakan Dunlop D209 Qualifiers. Tetapi disebabkan bentuk XR yang agak berbeza mereka terpaksa mencipta tayar belakang khas untuknya. Untuk roda depan Harley menggunakan roda 18 inci. Untuk model XR1200X ini, Harley Davidson menampilkan beberapa penambahbaikan termasuk enjin dan ekzos berwarna hitam, suspensi baru depan dan belakang serta sistem brek yang ditingkatkan. Model XR1200 mula diperkenalkan oleh Harley Davidson pada 2007 khusus untuk pasaran Eropah. Ia berasaskan kepada motosikal lumba dirt bike untuk dijual di luar negara. Namun atas permintaan pelanggan pada 2009 ia turut dijual di AS. Bagi model XR1200X ini, ia sudah mula dijual di pasaran Eropah beberapa bulan lalu. Untuk pasaran AS sendiri ia hanya boleh didapati tahun depan. Sekali pandang mungkin tiada beza antara model XR1200 dengan XR1200X. Tetapi sebaik sahaja melangkahkan kaki ke atasnya para penguji sudah dapat merasai perbezaan. Pergerakannya pantas dan pengendalian pula lancar. Berbeza dengan model-model Harley Davidson sebelum ini. Walaupun fizikalnya tidak seperti superbike, namun XR1200X memberikan keyakinan untuk mengambil selekoh. Lutut boleh mencecah jalan, yang mana sebelum ini tidak mungkin boleh dilakukan dengan jentera Harley Davidson. Saiz tayar depannya yang agak berbeza tentunya memberikan sedikit kebimbangan mengenai cengkaman. Tetapi kebimbangan itu tidak berasas kerana ia mampu mengambil selekoh dengan lancar dan stabil. Ini menjadikan ia setanding dengan superbike moden lain. Ini kerana ia dibantu oleh tayar yang direka khas Dunlop D209 Qualifier. Soal cengkaman langsung tidak timbul. Kecuali jika melalui permukaan jalan yang tidak rata atau berpasir. Sistem brek juga lebih baik dan memberikan cengkaman ketika sejuk. Setelah menjadi panas pun cengkamannya tetap konsisten. Ketika diuji XR1200X boleh mencecah kelajuan kira-kira 200 kilometer sejam. Ini dipercayai dibantu oleh sistem pacuannya, malah dirasakan motosikal itu masih boleh didesak ke kelajuan lebih tinggi. Sistem gearnya juga lancar malah penukaran dari gear rendah ke gear tinggi dan sebaliknya tidak memberikan masalah. Posisi duduk penunggang bagaimanapun agak tegak, walaupun ini merupakan motosikal paling sporty dalam keluarga Harley Davidson. Kedudukan handlenya memudahkan ia dicapai di samping tempat duduk yang selesa sama ada untuk pemanduan laju atau bagi tujuan bersiar-siar. Tempat pemijak juga diletakkan di tempat yang selesa sesuai dengan kedudukan handle dan tempat duduk. Ia memberikan tunggangan yang selesa. Walaupun XR1200X merupakan model sport dari Harley Davidson, namun ia masih memberikan keselesaan untuk tunggangan jarak jauh. Model XR1200X ini merupakan model yang menarik daripada Harley Davidson. Prestasinya lebih baik, stabil dan pengendalian yang mantap. | ||
Posted: 09 Jul 2010 09:02 PM PDT
BAGI penggemar Mercedes-Benz, mereka akan belajar 'bahasa Mercedes' iaitu dengan menyebut nama kod sesuatu model. Ini bagi membezakan mereka daripada 'orang biasa' yang setakat tahu menamakannya mengikut model seperti C-Class, E-Class atau S-Class. Nama kod ini memberi petunjuk khusus mengenai sesuatu model tanpa perlu menanya tarikh kereta itu dikeluarkan. Misalnya, Mercedes-Benz S-Class yang ada di pasaran sekarang atau sejak 2006, disebut W221. Ada juga kelebihan menguasai bahasa Mercedes ini, kerana bila hendak membeli sebuah S-Class terpakai, misalnya ia memberi isyarat kepada penjual bahawa anda arif tentang Mercedes-Benz dan tidak boleh diada-adakan cerita, apalagi harga. Maka model W221 ini, telah berada di pasaran Malaysia sejak 2006 dengan tiga versi iaitu S300L, S350L dan S500L dipasang tempatan di Pekan, Pahang. Mercedes-Benz Malaysia menyediakan perkhidmatan untuk pelanggan sangat kaya untuk menempah versi dipasang sepenuhnya (CBU) dari Jerman di mana mereka boleh membuat penyesuian ciri-ciri pada kereta mengikut cita rasa peribadi. Kereta CBU tertakluk kepada duti import yang lebih tinggi, semestinya. Awal tahun ini, Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan versi dipertingkatkan bagi W221 ini. Penulis ada masanya kagum kerana tatkala sebuah kereta Mercedes-Benz telah direka sebegitu hebat, syarikat kereta mewah Jerman ini tidak berhenti-henti berusaha meningkatkan kualiti dan inovasi teknologi di dalamnya. S-Class dipertingkatkan ini mengekalkan elemen perdana yang menepati prestij sebuah kereta mewah tetapi kali ini dengan jeriji radiator yang lebih tebal bentuknya seakan bucu anak panah. Bamper pula direka dengan garisan halus dan garisan krom dibahagian bawahnya. Ciri yang semakin popular diguna oleh pengeluar kereta Jerman ialah penggunaan lampu siang hari. Mentol LED digunakan pada lampu yang turut menggabungkan lampu siang hari dan lampu isyarat. Mentol ini sangat terang tetapi tahan lama berbanding mentol biasa, serta menggunakan tenaga yang kurang. Bahagian belakang pula, lampunya didatangkan dengan rekaan baru, dengan horizon berwarna putih, berbanding model sebelum ini yang diadun dalam warna kenderaan. Tidak kurang daripada 52 mentol LED disusun secara membujur yang memudahkan pengenalan kereta ini pada waktu malam. Menggunakan LED juga bermakna pencahayaan yang lebih pantas dari detik pedal brek dipijak, untuk memberi petunjuk lebih awal kepada pemandu di belakang. Tiada perubahan besar dilakukan pada enjin, melainkan ditala lebih lagi secara aerodinamik khusus. Selain itu, tayarnya disusun dengan kekangan terbabas lebih rendah dan pengubahsuaian kepada kemudi, pam bahan api dan transmisi automatik 7-kelajuan 7G-TRONIC, mendorong kedua-dua aspek penggunaan bahan api dan pengeluaran asap sebanyak tujuh peratus lebih rendah. Penambahbaikan besar dilakukan pada ciri keselamatan dengan ciri-ciri seperti ciri opsyenal Adaptive Highbeam Assist yang boleh mengesan kereta atau kenderaan yang mendatang menerusi lampu, dan kemudian mengawal lampu depan bi-xenon untuk memastikan jarak suluhan terbaik tanpa menyilau pemandu lain. Ciri bantuan pandangan malam atau Night View Assist sudah pun dipasang pada S350L dan S500L tetapi bagi versi terbaru ini, ciri itu ditambah baik menjadi Night View Assist Plus. Sistem ini, mengambil daripada teknologi helikopter penyerang menggunakan sinaran infra-merah bagi mengesan haba yang boleh dilihat menerusi kamera khas dan ditayang pada paparan di panel pemuka. Haba yang dikesan ialah haba dari badan manusia atau haiwan. Ia juga mengesan pejalan kaki yang ditayang pada paparan supaya pemandu boleh mengesannya awal. Sistem ini berfungsi baik walaupun dalam iklim cuaca panas seperti Malaysia tetapi hanya beroperasi bila lampu depan dinyalakan. Sama seperti E-Class baru, model S-Class ini dipasang dengan sistem ATTENTION ASSIST, yang boleh mengesan dan memberitahu pemandu jika terasa mengantuk. Misalnya, semasa memandu di jalan lurus, anda termengantuk dan terkeluar daripada lorong. Ia akan bergegar dan satu bunyi amaran kedengaran dengan paparan ayat ATTENTION ASSIST. Break!. Sistem itu bergantung kepada 'kerjasama' pemandu untuk patuh tetapi tidak menganggu operasi lain semasa pemanduan. Daripada segi dalaman, S-Class tidak banyak berubah dan masih mengekalkan elemen kemewahan yang patut ada pasa sebuah S-Class. Ada sedikit penambahbaikan kecil di sana sini, seperti sarung bagi pad kawalan di tengah-tengah kerusi depan. Kemudi roda juga dipertingkatkan dengan gabungan kayu dan sarung kulit nappa yang lembut. Sistem audio di dalam S-Class ini ternyata hebat. Pertamanya, paparan LCD antara pemandu dengan penumpang belakang (selalunya pemilik kereta) boleh diasingkan. Bermakna pemandu boleh kekal memasang paparan kawalan dan penumpang belakang boleh menonton video. Ia menggunakan sistem SPLITVIEW. Sistem kawalan COMAND dan paparan ditambah fungsi-fungsi termasuk Bluetooth yang bermakna banyak lagi peralatan elektronik boleh disambungkan. Pemain DVD dilengkapi dengan Music Register dengan cakera keras 7.2 GB yang boleh menyimpan sekitar 2,500 fail muzik digital. Sistem 'bunyi sekeliling' dengan teknologi Logic 7 yang dibangunkan oleh Mercedes-Benz bersama pakar audio, Harman Kardon memberikan bunyian ibarat dalam dewan orkestra. | ||
Perlukah insurans selam skuba? Posted: 09 Jul 2010 09:01 PM PDT
PERTANYAAN ini sering diutarakan oleh penyelam skuba baru ekoran menyedari hobi yang mereka ceburi itu mempunyai bahayanya sendiri. Bukan bermakna ia merbahaya, namun adalah lebih baik menyediakan 'payung sebelum hujan'. Tidak semua menyedari hakikat selam skuba sebenarnya adalah aktiviti yang merbahaya jika tidak mengikut prosedur yang ditetapkan. Setiap kali memulakan selaman, pelbagai prosedur awal perlu dilakukan. Semua ini diajar ketika dalam kursus dan juga penambahan pengetahuan melalui pembacaan. Ini berikutan selam skuba merupakan hobi unik yang memerlukan penyelam menggunakan unit pernafasan individu atau Scuba ketika menyelam untuk membolehkan mereka berada di alam marin. Unit Scuba itu antaranya mengandungi tangki gas yang diisi udara mampat iaitu 21 peratus oksigen, 78 peratus nitrogen dan satu peratus lain-lain gas. Disebabkan penyelam skuba akan bernafas di persekitaran yang mempunyai tekanan lebih tinggi daripada di darat dengan gas nitrogen mengandungi peratusan paling banyak, mereka terdedah kepada bahaya penyakit penyahmampatan atau decompression sickness (DCS). Tekanan tinggi itu menyebabkan gas nitrogen larut dalam tisu tubuh dan darah penyelam dan lebih banyak akan terlarut jika mereka berada lebih dalam dan lebih lama. Di sini sahaja sudah mempunyai bahayanya jika penyelam skuba tidak mengawasi kedalaman dan juga tempoh masa. Keadaan akan lebih buruk jika penyelam itu naik ke permukaan dengan kadar terlalu cepat yang mengakibatkan buih gas nitrogen itu semakin bertambah dan mengembang dalam tisu dan darah. Ia sedikit sebanyak akan menghalang bekalan oksigen dihantar ke seluruh tubuh yang sekali gus menyebabkan kerosakan pelbagai tisu tubuh termasuklah saraf tunjang, salur darah, sakit sendi dan abdomen. Malah jika terlalu buruk, ia boleh mengakibatkan penyelam mengalami kelumpuhan, pengsan, kebas, sawan dan sakit sendi dan ini dikategorikan sebagai penyakit penyahmampatan tahap dua (DCI). Jika tidak segera diubati, ia bakal menyebabkan kecacatan kekal kepada penyelam skuba dan lebih buruk kematian! Selain DCS, terpegang binatang marin merbahaya juga mempunyai risikonya yang tersendiri. Batu karang dan binatang berbahaya memang banyak terdapat di dasar lautan dan jika ini terjadi, bantuan perubatan pantas amat diperlukan. Ketika kejadian ini berlaku, penyelam skuba perlu sampai ke hospital terdekat dengan kadar segera. Ini bagi mengelakkan DCS itu bertambah buruk selain mengurangkan risiko kematian. Bayangkan jika penyelam skuba itu sedang melakukan aktiviti di Pulau Sipadan, Sabah. Jika dahulu, resort Borneo Divers menyediakan rawatan terapi oksigen kebuk hiperbarik (HBOT) bagi memberi bantuan kecemasan jika terkena DCS namun selepas semua resort diarahkan keluar, kemudahan HBOT paling hampir dengan Pulau Sipadan hanyalah di Labuan. Jadi bagaimana untuk menghantar penyelam yang terkena DCS itu ke sana? Dua pilihan, menaiki helikopter atau menaiki bot dan kereta. Jika anda mana satu yang akan dipilih? Pastinya helikopter kerana ia lebih cepat untuk sampai ke destinasi namun menggunakan perkhidmatan ini anda terpaksa pula membayar harga yang tinggi. Itu baru kos penghantaran ke pusat perubatan belum lagi kos untuk merawat DCS atau terkena sengatan hidupan marin merbahaya. Secara kasar, jika menggunakan perkhidmatan helikopter ke pusat perubatan, anda perlu membelanjakan kos yang tinggi sekitar RM100,000 lebih termasuk rawatan susulan HBOT dan ini pastinya menyukarkan bagi yang tidak mampu. Lebih memburukkan keadaan, tidak ada sebarang agensi insurans biasa menawarkan perlindungan kepada sebarang aktiviti selam skuba yang pernah dikategorikan sebagai aktiviti ekstrem dan merbahaya. Apa pun jangan khuatir, Divers Alert Network rantau Asia Pasifik (DAN) menyediakan kemudahan perlindungan khusus untuk penyelam skuba yang menawarkan perlindungan sehingga US$250,000 (RM805,500.03) untuk rawatan HBOT. Malah, DAN turut melindungi penyelam skuba daripada sebarang kemalangan bukan selaman, pembatalan percutian selam skuba, gangguan percutian selam skuba, kehilangan perlatan selam skuba, kematian dan kecacatan akibat selam skuba. Menariknya, perlindungan aktiviti selam skuba melalui DAN ini hanya memerlukan penyelam membayar sekitar RM700 setahun (hanya RM80 sebulan) dan penyelam skuba akan dilindungi daripada sebarang kemalangan selam skuba. Selain itu DAN turut menawarkan faedah percutian dan peralatan selam skuba dengan harga menarik kepada ahlinya. Sebarang maklumat lanjut dan permohonan yang akan diproses dalam tempoh 24 jam sila layari www.divetenggara.my/dan.html atau e-mel info@divetengara.com. | ||
Posted: 09 Jul 2010 08:59 PM PDT
SETIAP kali cuti hujung minggu, pasti ramai penggemar aktiviti luar memikirkan destinasi yang bakal dijejaki. Sama ada merehatkan diri di tepi aliran sungai yang jernih atau memerah keringat mendaki gunung-ganang. Lokasi pula tidak sepatutnya menjadi penghalang kerana terdapat banyak destinasi menarik untuk dipilih. Bukit Broga di Semenyih, Selangor misalnya, antara desntinasi yang boleh dikunjungi untuk mereka yang minat mendaki sambil bersantai. Jika mahukan aktiviti yang lebih mencabar boleh bergerak keluar sikit dari Kuala Lumpur iaitu ke Kuala Klawang, Negeri Sembilan. Aliran jernih Sungai Kenaboi yang membelah daerah itu menyediakan aktiviti yang cukup menarik untuk dicuba - berhanyut menggunakan tiub getah atau tubing. Ia lebih kurang sama dengan kaedah white water rafting cuma tubing lebih relaks dan lebih mudah. Pusat aktiviti di Sungai Kenaboi itu terletak di Kampung Chennah. Kenaboi Adventure Team (KAT) yang dikendalikan oleh Khairil Anuar Zainal Azman menawarkan aktiviti istimewa itu. Tetapi para peserta perlu bersedia untuk dibanting dan dibadai oleh arus Sungai Kenaboi yang pasti akan membuat peserta basah kuyup. Dengan menggunakan pelampung getah, peserta akan bergerak mengikut arus jernih melalui celah-celah batu sungai yang mencabar. Gagal mengawal pelampung dengan baik pasti akan ada yang tercampak ke dalam air. Bagaimanapun setiap peserta akan dipastikan memakai jaket keselamatan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Aktiviti tubing di Sungai Kenaboi membabitkan jarak lima kilometer. Ia bermula dari Jeram Tumpat dan berakhir di Jeram Lesung. Untuk menghabiskan jarak berhanyut itu mengambil masa dua jam. Malah tempoh dua jam itu langsung tidak terasa kerana leka berendam dan bermain air. Ketika tiub getah berwarna hitam atau lebih tepat tiub tayar lori yang 'dinaiki' merempuh arus cetek, badan kena diluruskan untuk mengelak punggung bergesel dengan batu-batu yang pelbagai saiz di dasar sungai. Bila ada peserta yang lambat atau tidak sempat meluruskan badan pasti terdengar jeritan kesakitan. "Aduh...sakitnya," jerit seorang peserta apabila punggungnya berlanggar dengan batu akibat gagal meluruskan badan di kawasan cetek lalu di sambut dengan gelak ketawa peserta lain. Di beberapa lokasi tertentu, peserta terpaksa berhenti dan memikul tiub getah naik ke atas tebing untuk melepasi pokok tumbang. Sepanjang aktiviti itu, keselamatan sentiasa dipantau oleh krew yang berada berhampiran. Apabila timbul masalah, krew terbabit akan segera membantu. Peserta tidak perlu bimbang akan keselamatan mereka untuk meneruskan aktiviti sehingga tamat. Aktiviti tubing pasti memberi pengalaman yang berbeza. Ianya pasti menjanjikan kenangan yang sukar dilupakan. Malah sepanjang laluan itu juga peserta dalam menikmati keindahan alam yang masih belum tercemar. Hutan dara yang terdapat di kiri dan kanan Sungai Kenaboi menyediakan pemandangan alam yang mendamaikan. Apabila tiba di Jeram Lesong, krew KAT yang telah bersedia dengan kenderaan pacuan empat roda akan membawa peserta pulang ke tapak perkhemahan untuk bermalam sambil menikmati hidangan yang disediakan. Menurut Khairil Anuar, jika ada kenduri kahwin masyarakat Orang Asli di kampung berdekatan tapak perkhemahan itu, peserta berpeluang untuk melihat majlis mereka. "Paling meriah adalah acara joget lambak yang diiringi kugiran yang disewa khas oleh keluarga pengantin," katanya. Seorang Krew KAT, Zamri Sharif memberitahu, Joget Lambak itu biasanya akan berterusan hingga ke pagi. "Biasa yang saya lihat, acara ini tamat pada pukul 7 pagi esok. "Sambil berjoget, sambil mata melirik melihat siapa yang berkenan," katanya sambil menjelaskan itulah cara pemuda dan pemudi Orang Asli mencari jodoh. Selain aktiviti tubing di Sungai Kenaboi, KAT juga menawarkan perjalanan menjelajah hutan belantara di seberang sungai tersebut. Perjalanan tidak jauh iaitu sekitar 10 minit dari tapak perkhemahan dengan meredah hutan buluh sebelumi tiba di sebatang pokok besar yang menjulang ke langit di ketinggian hampir lima tingkat rumah pangsa. "Inilah pokok Avatar. Nama pokok ini diberi oleh peserta program beberapa ketika dahulu. Ia diambil sempena filem Avatar," kata seorang lagi krew lain, Amirul Razali. Uniknya, pokok itu sebenarnya pokok tumpang daripada spesies ara pulut yang telah membesar sekali gus 'membunuh' pokok asal, iaitu merbau. Pokok merbau yang mati itu meninggalkan satu ruang kosong yang dikelilingi akar pokok ara pulut tersebut. Selain aktiviti berkayak di arus deras, tubing dan melihat keunikan pokok Avatar, KAT juga menawarkan pakej mendaki Gunung Besar Hantu (1,450 meter), meneroka gua, melawat dan menghayati budaya Orang Asli, berkelah di air terjun Lata Kijang dan kursus kemahiran hidup. Menurut Khairil Anuar, Sungai Kenaboi mempunyai kedalaman berbeza. Jadi ia sesuai untuk pelbagai peringkat usia termasuk kanak-kanak kecil. Namun, ibu bapa mesti menemani anak-anak kecil bermain air di situ. "Kalau ibu bapa sibuk dengan aktiviti, krew saya akan menjalankan tugas tersebut. Apa yang utama adalah keselamatan anak-anak sentiasa di dalam kawalan saya dan krew bertugas," katanya. KAT bermula pada tahun 1999 secara kecil-kecilan. Kini ia semakin berkembang dan manawarkan pelbagai aktiviti riadah untuk sektor awam, swasta, pusat pengajian tinggi, kelab atau persatuan. Tapak perkhemahan KAT dilengkapi dengan tandas, surau, pondok memasak, tempat makan dan kemudahan barbeku. | ||
Posted: 09 Jul 2010 08:10 PM PDT
SELEPAS hampir sejam setengah terbang meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, mata akhirnya tertumpu pada secebis daratan yang timbul di tengah-tengah Laut China Selatan. Ketika itu pesawat Twin Otter yang memuatkan 11 orang penumpang sedang mencari arah tiupan angin untuk mendarat. Dari udara tiada apa kelihatan di pulau kecil itu kecuali garis laluan panjang yang akan menjadi tempat pesawat mendarat. "Selamat datang ke Pulau Layang-Layang," ujar salah seorang kakitangan Resort Avillion Layang-Layang sebaik sahaja kami turun daripada pesawat yang berulang alik tiga kali seminggu ke pulau berkenaan. Tiupan angin di sekitar kepulauan Spratly yang terletak kira-kira 300 kilometer dari pantai Sabah itu lebih kuat berbanding pulau-pulau lain di Semenanjung Malaysia. Suasananya cukup damai walaupun tanpa bukit-bukau yang menghijau. Pulau yang terletak di tengah-tengah Laut China Selatan itu merangkumi kawasan seluas 14 kilometer persegi yang tercantum daripada susunan 13 terumbu karang atau disebut atol. Itulah Pulau Layang-Layang. Destinasi pilihan WOW! kali ini. Terumbu berbentuk cincin itu dianggap 'Mekah' bagi penyelam skuba dari dalam dan luar negara. Tarikan yang ada bukan sekadar keindahan terumbu tetapi 'bersembunyi' jauh di dasarnya. Selepas pendaftaran, kami dibawa ke bilik penginapan yang terletak di blok bangunan kayu. Resort yang dibangunkan pada tahun 1996 itu menyediakan dua katil besar dengan pemandangan dari jendela mengadap kolam renang dan laut lepas. Memandangkan Layang-Layang adalah resort untuk selam skuba, bilangan pelawat di pulau itu biasanya hanya sekitar 50 orang. Namun untuk kapasiti maksimum, Avillion mampu menampung sehingga 120 orang pada satu-satu masa. Keindahan dunia bawah air di Layang-Layang dipenuhi dengan hidupan marin yang berwarna-warni. Pada hari-hari terang dan ketika laut tidak bergelora, kejernihan perairan itu memberikan jarak penglihatan sehingga kira-kira 40 meter. Dalam keadaan itu, penyelam mampu melihat apa sahaja yang melintas di depan mata dengan jelas. Kesegaran terumbu karangnya agak ketara. Begitu juga dengan spesies pelagik seperti penyu dan jerung yang berenang bebas seolah-olah anda tidak berada di situ. Di bahagian luar terumbu itu, jurang sedalam 2,000 meter menanti para penyelam. Di situlah syurga yang menjanjikan seribu satu kejutan di mana penyelam boleh menemui penghuni-penghuni paling besar. Sebahagian daripada 14 lokasi selam popular adalah Gorgonian Forest, Wrasse Strip, Wreck Point, D'Wall, Valley dan Navigator Lane. Sememangnya, boleh dikatakan hampir kesemua lokasi di pulau itu menawarkan selaman dinding dan selaman dalam. Dari permukaan, penyelam boleh turun sehingga kedalaman 35 meter manakala di beberapa kawasan, penyelam harus berwaspada dengan arus deras. Semasa menjunam ke dasar yang semakin gelap, perhatikan dinding terumbu yang dipenuhi karang-karang gergasi seperti gorgonian dan barrel sponge. Tetapi awas, perhatikan kedalaman anda sepanjang masa. Gemuruh akan mula memuncak pada kedalaman 30 hingga 40 meter kerana ia adalah paras yang paling ideal untuk mengesan spesies ikon di pulau itu iaitu jerung hammerhead. Ia lebih mudah ditemui di Layang-Layang berbanding tempat-tempat lain di negara ini. Pertemuan dengan spesies yang biasanya bergerak dalam kumpulan 30 hingga 50 ekor itu dianggap kemuncak selam skuba di situ. Menurut statistik penemuan, hammerhead dikatakan bermusim di kawasan itu antara Mac hingga Mei. Waktu terbaik untuk melawat. Selain hammerhead, beberapa jenis jerung seperti white tip dan grey reef adalah antara penghuni tetap atol itu. Bagi yang bernasib baik, spesies sukar ditemui seperti jerung paus dan jerung tresher mungkin menyapa. Antara spesies lain yang boleh ditemui termasuk tuna dogtooth yang membesar sehingga saiz guni padi, napolean wrasse dan spesies seperti alu-alu, jackfish dan trevally yang sering ditemui dalam himpunan seperti puting beliung. | ||
Teringat jadi artis undangan Joan Jett Posted: 09 Jul 2010 08:08 PM PDT
AMY dan kumpulannya, Search memang nama yang cukup besar dalam persada muzik rock tempatan. Sejak tahun 1985 dia dan Search telah banyak kali mengadakan konsert di seluruh negara. Amy juga pernah diundang sebagai artis pembuka tirai beberapa penyanyi dan pemuzik rock antarabangsa yang berkunjung ke rantau Asia Tenggara. Rocker berasal dari Johor Bahru itu misalnya, pernah menjadi artis jemputan konsert artis contohnya, Joan Jett di Singapura pada penghujung tahun 1980-an dan Scorpions di Kuala Lumpur pada awal 1990-an. Terbaru, vokalis Search itu sekali lagi akan dijemput sebagai artis undangan konsert solo pertama Slash di Sunway Lagoon, Petaling Jaya, Selangor pada 5 Ogos ini. Meskipun berbesar hati kerana pernah beraksi di atas pentas konsert artis antarabangsa tetapi Amy tetap tidak dapat melupakan pengalaman pahitnya sewaktu berkongsi pentas dengan Joan Jett penyanyi rock wanita dari Amerika Syarikat (AS) tersebut. "Antara pengalaman pahit saya menjadi artis undangan konsert Joan Jett ialah kawalan keselamatan untuk penyanyi itu sangat ketat. Walaupun menjadi artis undangannya tetapi tidak berpeluang mendekatinya. "Jangankan hendak berjumpa dengan Joan Jett, hendak bergambar dengannya pun tidak dibenarkan oleh pihak pengurusan dan pengawal peribadi penyanyi itu. "Ada satu insiden seorang peminat telah mengambil gambar Joan Jett di belakang pentas dan apabila ia dilihat oleh pengawal peribadinya lantas filem daripada kamera peminat itu dirampas," ceritanya. Amy berkongsi pengalamannya itu pada majlis mengumumkannya sebagai artis undangan konsert Slash yang dibawakan oleh syarikat penerbangan Firefly di Sunway Hotel Resort & Spa di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. Sungguhpun begitu, Amy tetap berbesar hati apabila diberi peluang mengadakan konsert bersama artis-artis antarabangsa kerana ia akan dijadikan medan buatnya menimba pengalaman. Katanya, walaupun pernah melalui pengalaman pahit seperti itu tetapi dia berharap perkara yang sama tidak berulang pada konsert Slash yang diberi judul Slash Live In Kuala Lumpur 2010 itu. Menurut Amy atau Suhaimi Abdul Rahman, tawaran itu sukar ditolak kerana dia sudah lama menyimpan harapan untuk bertemu dan sekali gus menjayakan konsert gitaris handalan dunia itu. "Saya ingin merasai pengalaman berkongsi pentas bersama Slash yang merupakan antara gitaris terhebat di dunia. Kalau boleh saya juga ingin bertemu dengan Slash semasa konsert itu nanti. Ini kerana, saya sudah lama mengetahui tentang kehebatan Slash. "Saya harap kawalan keselamatan yang dikenakan ke atas Slash tidak terlalu ketat bagi memberi peluang saya bertemu dengannya," ujarnya. Jelas penyanyi yang merupakan bapa kepada lima anak dan seorang cucu ini, pada konsert Slash Live In Malaysia itu, dia akan menyanyikan lapan lagu termasuklah lagu-lagu daripada album-album solonya selama hampir 40 minit. "Saya akan menyanyikan lagu-lagu yang dipetik daripada album-album solo saya antaranya berjudul Aku Dah Bosan dan Kerja Gila sambil diiringi oleh beberapa pemuzik tempatan seperti Edrie Hashim selaku pemain gitar. Saya tidak tampil dengan kumpulan Search. "Slash muncul dalam konsert solo jadi biarlah saya juga tampil secara solo. Apatah lagi, Search baru sahaja tampil dalam Konsert Double Trouble 2 baru-baru ini. Saya juga rasa bangga kerana adanya syarikat penerbangan seperti Firefly yang mahu menganjurkan konsert seperti ini," ujarnya. | ||
Posted: 09 Jul 2010 07:59 PM PDT
SELEPAS berminggu-minggu menyaksikan pelbagai ragam kumpulan muzik beraksi di pentas Rentak Juara 2010, ia kini sudah semakin menghampiri kemuncaknya. Gelanggang akhir pertandingan mencungkil band baru hanya tinggal seminggu saja lagi. Minggu depan, kesemua lapan band yang sudah mengesahkan penyertaan mereka akan menyahut cabaran yang bukan kecil. Pertandingan anjuran RTM ini menawarkan wang tunai RM100,000 kepada mana-mana band yang berjaya menarik perhatian para juri. Dan kesemua lapan band yang dimaksudkan ialah kumpulan Brownees, kumpulan Car Crash Hearts, Enigmatic Six, Enava, Anthem, Alternature, Superfriends serta D'Rough Mixture. Sementara menantikan laluan ke peringkat akhir yang akan berlangsung di Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Tuanku Mohamad Shah, Sungai Gadot, Seremban, Negeri Sembilan minggu depan, para penonton dan peminat Rentak Juara 2010 akan berpeluang menyaksikan kehebatan mereka beraksi dalam konsert pemanas badan. Kesemua band berkenaan diberi peluang untuk mengadakan persembahan khusus sebagai persediaan dari aspek mental dan fizikal sebelum beraksi di gelanggang akhir nanti. Pada masa yang sama, para peminat juga sudah boleh mengundi band-band pilihan mereka mulai minggu ini dengan cara mengirim undian dengan menaip RJ Sementara itu, laman sosial Facebook Rentak Juara 2010 menjadi medan bagi para peminat program itu meluahkan rasa tidak puas hati dengan keputusan juri memilih kumpulan Brownees dan Car Crash Hearts menyertai pertandingan akhir. Banyak rasa dan luahan tidak gembira para peminat program berkenaan dapat dilihat berhubung pemilihan dua band itu. Barangkali, ada yang tidak suka dengan komen yang sudah mencecah ratusan reaksi itu. Namun seperti mana yang disebut oleh juri Rentak Juara 2010, Roslan Aziz, pemilihan peserta dibuat berdasarkan kualiti dan kemampuan band-band berkenaan. Roslan mengakui, beliau sangat selektif dan begitu tegas dalam memilih band yang wajar dibawa ke peringkat akhir. Justeru, kepada mereka yang tidak gembira dengan apa saja keputusan yang dibuat, harus diingatkan keputusan adalah muktamad. Yang memilih mereka bukanlah calang-calang orang, sebaliknya, Roslan dan Datuk David Arumugam sudah lebih dulu makan garam dalam bidang muzik. Pastinya juga mereka sudah melakukan keputusan yang paling terbaik demi reputasi mereka serta imej Rentak Juara 2010. | ||
Konflik Erra Fazira dalam Tun Hasmah Posted: 09 Jul 2010 07:55 PM PDT
| ||
Hampir Menangis Kerana URUSAN AIZAT AMDAN Posted: 09 Jul 2010 07:44 PM PDT
| ||
Posted: 09 Jul 2010 07:33 PM PDT Malah semangat geng yang dianggotai Amir Hafizi, Ringgo, Mizi, Abang Zainal, Fareez, Saiful, Abang Nasir, Adichrome, Lan, Wak Lele Trengganu dan Gemi Johor, membuak-buak memandangkan dua trip sebelumnya memperoleh hasil kurang memberangsangkan.Mereka juga berharap trip ke Pulau Tenggol sebagai pengubat duka tempoh hari. Menurut Amir, selepas kata sepakat diperoleh, masing-masing berkonvoi ke jeti Kuala Dungun pada hari yang ditetapkan."Memandangkan musim sotong, malam pertama dipenuhi dengan aktiviti mencandat umpan segar atau hidup. Namun, agak hambar memandangkan hanya beberapa ekor sotong dipenuhi hingga Fareez dan Abang Nasir begitu kecewa kerana hasil diperoleh, di luar jangkaan. "Melihat raut wajah kekecewaan mulai terpancar, tekong memendekkan masa mencandat dan meneruskan perjalanan ke perairan Pulau Tenggol untuk mencari spesis yang diidamkan. Teknik pancingan malam menggunakan ranggung serta perambut sepanjang 2.5 depa berkekuatan 80 paun menjadi pertaruhan kami. "Walaupun kedalaman air hanya 50 meter, pesanan tekong untuk menggunakan tali perambut kasar serta umpan yang besar meyakinkan kami bahawa ada mangsa besar yang akan menyambar umpan di bawah air," katanya. Kata Amir, seperti diduga, sebaik saja umpan jejak di batu karang, ia terus disambar hingga menimbulkan sedikit 'kekecohan' di atas bot kerana masing-masing tidak sabar hendak menaikkan ikan berskala besar. "Kerapu yang mula-mula mencuri tumpuan, melayan ikan berkenaan bersaiz kasar memang menyeronokkan dan Lan saja memperoleh seekor kerapu pisang sebagai tangkapan bonus. Masing-masing lebih bersemangat untuk memburu spesis yang mahal itu hinggalah pada satu masa Fareez mendapat sentapan yang begitu kasar. "Dengan menggunakan kekili elektrik Daiwa Hyper Tanacom bukanlah menjadi satu masalah pada beliau dengan sistem tegangan diketatkan manakala kelajuan kekili diperlahankan. Akhirnya seekor ikan merah pucat menjadi habuannya," katanya. Pada siang hari, teknik memancing diubah, appolo tiga mata dengan umpan hirisan isi ikan menjadi agenda utama. Tekong Mat Din terus menjelajah lubuk-lubuk baru yang ditemuinya seperti yang dijanjikan. Daripada pancingan dasar, hinggakan pancingan setengah air dan menghanyut, semuanya dipraktikkan dalam trip kali ini. Hasilnya amat memberangsangkan hingga ada pemancing memasang hasrat untuk datang ke sini lagi pada masa akan datang. Teknik pancingan appolo dengan bot berhanyut ini memerlukan kepantasan menurunkan umpan. Lagi pantas umpan sampai ke dasar, lagi bagus kerana lama kelamaan bot akan tersasar dari lubuk apabila ditolak arus. Amir berkata, beliau sendiri berjaya menaikkan kakap merah seberat 6.5 kilogram, Mizi tersenyum dengan Ikan Merah 6 kilogram, manakala Ringgo yang berhajatkan ikan merah berjaya membawa pulang ibu kerisi seberat 4 kilogram. "Abang Nasir pula ikan mahal kerapu pisang 3.5 kilogram dan yang lain juga berjaya mendapatkan spesis ikan Gred A yang diidamkan," katanya. Kesemua hasil tangkapan itu dibahagi sama rata bagi membolehkan keluarga masing-masing merasai ikan berkenaan. Mereka yang berminat untuk memancing di Pulau Tenggol boleh menghantar emel ke Anglermy@yahoo.com atau menghubungi Tekong Mat Din, 017 - 9019088. | ||
Keluarga Restu Hubungan Ella & Elan Posted: 09 Jul 2010 07:32 PM PDT PETALING JAYA: Ratu rock negara, Norzila Aminuddin,44, atau Ella telah membawa kekasihnya, Elan Hasyim Abd. Rahman,28, bertemu keluarganya di Klang, Selangor beberapa bulan lalu untuk mendapat restu sebelum berkahwin. Seorang ahli keluarga Ella yang dihubungi Mstar Online, Jumaat berkata, Elan berkunjung ke rumah mereka untuk mengenali ahli keluarga Ella selain meminta kebenaran berkawan dengan penyanyi itu. "Ya... benar gosip mengatakan Ella sudah ada teman baru. Mereka sudah setahun berkenalan. Lelaki itu pun sudah datang ke rumah untuk berkenalan dengan keluarga kami. "Kami tiada masalah dah merestui hubungan itu," kata seorang ahli keluarga Ella yang minta dirahsiakan namanya. Menurut sumber itu lagi, keluarganya menerima baik hasrat Elan untuk menjadi kekasih kepada Ella dan mendoakan agar mereka cepat berumah tangga. Katanya, Ella juga sedang memikirkan hasrat itu tetapi keputusan untuk berumah tangga bukan dalam waktu terdekat. "Dia pun ada cakap hendak kahwin tetapi belum memikirkan secara serius mengenai tarikh itu," katanya. Elan yang berasal dari Perak berkenalan dengan Ella ketika bekerjasama sewaktu menghasilkan kulit album kompilasi Ella pada tahun lalu. Bermula dari situlah cinta mereka bersemi sehinggalah kedua-duanya dikatakan menjalinkan hubungan serius. Kira-kira tiga tahun lalu Ella pernah membuat kejutan apabila mengumumkan hasrat untuk berumah tangga dengan lelaki muda tetapi sayangnya hasrat itu tidak terlaksana sehinggalah muncul gosip baru apabila dia dikaitkan dengan Elan. | ||
Lindsay Lohan Nafi Usik Alat Bacaan Alkohol Posted: 09 Jul 2010 07:31 PM PDT SELEBRITI kontroversi, Lindsay Lohan menafikan dakwaan bahawa dia telah "mengusik" alat elektronik Scram supaya ia tidak dapat merekodkan bacaan alkohol pada badannya. Bintang The Mean Girls itu dilaporkan pernah meletakkan objek tidak dikenali di antara kaki dan Scram untuk mengganggu bacaan alkohol. Malah data daripada Scram menunjukkan ia pernah "diusik" dalam dua insiden berbeza. Peguam, Shawn Chapman Holley yang tidak lagi mewakili Lilo menafikan dakwaan tersebut. Sebaliknya, dia menyalahkan teknologi yang memberikan bacaan yang meragukan. "Lindsay menegaskan dia tidak pernah mengusik alat tersebut. Dia mempunyai beberapa saksi untuk membuktikan dia tidak pernah "mengusik" alat elektronik tersebut," katanya kepada media. | ||
Kecewa Jadi Penyanyi, Tria Berlakon Drama Muzikal Posted: 09 Jul 2010 07:30 PM PDT ENTAH di mana silapnya, lagu Tika nyanyian Tria Aziz (gambar) pernah ditolak oleh stesen radio pada tahun 2007. Sedangkan pada ketika itu lagu berkenaan menjadi popular kerana ia diangkat sebagai lagu tema filem Waris Jari Hantu. Biarpun begitu, juara program realiti Audition musim pertama ini akur dengan respons tersebut. Lantas, dia mencari inisiatif lain sekali gus beralih arah daripada cabang nyanyian kepada lakonan teater. "Pada pendapat saya, industri nyanyian ini bukan untuk saya. Jadi, saya menerima perkara ini dengan hati terbuka sebab apa yang saya lakukan sebelum tidak menjadi. "Mesti ada sebab kenapa radio tak nak putarkan lagu Tika. Mungkin lagu itu tidak sesuai untuk radio. Ada yang memuji lagu itu sedap tetapi bukan semua orang boleh terima. Selepas itu, saya terus berhenti daripada menerbitkan lagu dan menerima tawaran berlakon pentas drama muzikal sehingga sekarang," kata Tria kepada mStar Online. Antara muzikal yang pernah disertai oleh Tria seperti M! The Opera, Kaki Blue, Adam The Musical dan terbaru Shout! The Mod Musical serta Always In Wonderland. "Alhamdulillah, rezeki saya dalam bidang lakonan drama muzikal sangat banyak. Selain itu, saya juga ditawarkan sebagai pelakon alih suara untuk beberapa kartun animasi seperti Ninja Boy dan Higglytown Heroes. "Sekarang ini, fokus saya kepada muzikal. Saya sedang sibuk dengan latihan dua muzikal iaitu pada waktu siang saya terlibat dengan latihan Shout! The Mod Musical dan pada waktu malam pula dengan latihan Always In wonderland," katanya yang sudah berumah tangga dan mempunyai seorang anak lelaki berusia empat tahun. Tria akui bukan mudah untuk melalui kehidupan sebagai seorang ibu dan suri rumah tangga dengan baik memandangkan jadual waktunya sentiasa padat dengan latihan pada siang dan malam. "Apabila ada waktu terluang, saya akan cuba sedaya-upaya menghabiskan masa di rumah dan bergelar suri rumah tangga yang mithali. "Waktu itu saya rasakan sangat gembira kerana dapat bermanja dengan anak dan memasak untuk suami. Saya hanya mengambil keputusan untuk bekerja dan menerima tawaran berlakon apabila sudah betul-betul bosan. "Walaupun sibuk, saya perlu juga ada masa dua atau tiga bulan untuk berehat," ceritanya. Tria atau nama sebenarnya Farazidar Abdul Aziz berkahwin dengan pengarah seni filem Waris Jari Hantu, Kamarul Nizam Abdul Rahman pada tahun 2005. | ||
Konsert Hujan & Bunkface Malam Ini & Esok Posted: 09 Jul 2010 07:29 PM PDT SEBUAH konsert sempena Festival Muzik Kuala Lumpur 2010 yang bakal menggabungkan dua band indie popular iaitu Hujan dan Bunkface hari ini dan esok. Konsert Hujan dengan Bunkface bakal menggegarkan KL Life Centre kria-kira pukul 8.30 malam. Konsert yang berkonsepkan 'battle of the band' di mana kumpulan Hujan dan Bunkface akan membuat persembahan secara berselang-seli ini adalah anjuran bersama Persatuan Warga Cinta Negara (Pecinta) dan Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN) serta ditaja oleh Pujangga Kreatif Sdn Bhd. Hujan akan menyampaikan lagu-lagu popular seperti 'Pagi Yang Gelap', 'Jiwa Kelajuan', 'Dugaannya', 'Bila Aku Sudah Tiada' dan 'Aku Skandal'. Kumpulan Bunkface pula akan membuat persembahan dengan lagu-lagu hit seperti >'Ekstravaganza', 'Revolusi', 'Prom Queen, 'Situasi' dan 'Silly Lily',. Mereka juga akan menyanyikan beberapa buah lagu secara berkolaborasi. | ||
Mahd Shafeiq Selami Sifat Dr. Mahathir Melalui Komik Posted: 09 Jul 2010 07:26 PM PDT BUKAN mudah untuk seorang remaja berusia 13 tahun melakonkan watak Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk teater yang mengambil nama bekas Perdana Menteri itu. Ia mendorongnya membaca komik mengenai bekas Dr. Mahathir untuk mengenalinya dengan lebih mendalam mengenali tokoh negara tersebut. Mohd Shafeiq Shazwan (gambar) berkata, dia terpaksa mencari dan membaca buku mengenai tokoh tersebut bagi memastikan mampu menjiwai watak Dr. Mahathir ketika kecil. "Saya ada beli satu buku cerita mengenainya semasa beliau kecil lagi. Dari situ, saya belajar cara-cara beliau meluangkan masa bersama kawan-kawan dengan memancing, serta mengaji. "Pada masa kecil, kalau tak silap, Tun ialah seorang budak yang periang. Dia suka membaca buku komik, dan suka berniaga belon dan air halia," katanya kepada MStar Online. Mohd Shafeiq yang dilahirkan pada 1997 di Klang, Selangor merupakan finalis Idola Kecil 2008 yang disiarkan di TV9. Hobinya ialah berkaraoke, bermain video game dan cita-citanya pula mahu menjadi bintang handalan dan doktor seperti Dr. Mahathir. Secara peribadinya, Mohd Shafeiq yang pernah menemui Dr. Mahathir menyifatkan bekas pemimpin negara itu sebagai seorang yang pendiam dan suka senyum selain amat rapat dengan isteri. Mengenai perkembangan semasanya, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Klang Utama ini akan terbang ke Brunei untuk menjadi hos satu rancangan terbitan elevisyen dengan Katanya, dia tidak menghadapi kesukaran mengagihkan masa antara pelajaran serta bidang lakonannya. | ||
Nicolas Cage Lupakan Hasrat Jadi Superman Posted: 09 Jul 2010 07:25 PM PDT AKTOR Hollywood, Nicolas Cage telah melupakan hasrat untuk memegang watak Superman kerana dia berasa agak tua. Cage, 46, pernah dikaitkan dengan projek Superman pada akhir 90-an malah menjalani ujian penggambaran filem itu di bawah pengarah Tim Burton. Media melaporkan, rancangan untuk menerbitkan filem Superman ketika itu bagaimanapun digugurkan. Kini, Cage tidak lagi menyimpan hasrat untuk "terbang" seperti Superman. "Saya rasa saat-saat bergelar Superman sudah berlalu," ujarnya. | ||
Cecilia Cheung Kembali Berlakon Posted: 09 Jul 2010 07:25 PM PDT PELAKON Hong Kong, Cecilia Cheung, 30, telah mengesahkan untuk kembali ke industri hiburan selepas menangguhkan kerjayanya selama empat tahun kerana perkahwinan, kelahiran dan terlibat dalam skandal seks. Sebagai permulaannya, dia akan tampil dalam filem CJ7: The Cartoon arahan pengarah Yee Tung-Shing. Berbicara tentang perancangan masa depannya semasa tayangan perdana filem tersebut, Selasa, Cecilia berkata, dia akan membuat yang terbaik dan berserah kepada Tuhan. "Saya tidak terburu-buru untuk mencapai tujuan tertentu, sekarang saya percaya takdir menentukan banyak perkara," katanya kepada sebuah media. Dalam tempoh empat tahun lalu, aktres jelita itu hanya menjaga anak-anaknya, Lucas, 4, dan Quintus yang berusia dua bulan di rumah. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |