MelayuKuHebat....|Isu Terkini|Seks|Artis|Gossip|Bisnes|Ebook| |
- (Video) Zombi Menari Lagu…..
- Enam Maut, Tujuh Tenat Di Pahang – Angkara Puaka Lubuk?
- Kapoww tak laku, nak salahkan penonton
- Puyol jumpa Ratu Sofia hanya bertuala…
- Video Cut Tari Nangis-Nangis Minta Maaf
- Peminta Sedekah Paling Ganas Di Dunia
- Pendidikan Seks...Pelacur Sekolah...
- Kereta Mercedes Benz Milik Billionaire Minyak Abu Dhabi
- Mengapa Malaysia tidak pernah layak ke Piala Dunia?
- Mengukur Tahap Kecintaan Terhadap Rasulullah
- 10 Perkara Menarik di Piala Dunia 2010
- Sotong Paul pilih Sepanyol
- Ella bawa kekasih datang ke rumah bincang soal apa?
- PIKOM PC FAIR 2010 (II)
- Produk Canon dengan teknologi pengesahan imbas jari
- beringat dulu sebelum meludah!
Posted: 10 Jul 2010 07:16 AM PDT |
Enam Maut, Tujuh Tenat Di Pahang – Angkara Puaka Lubuk? Posted: 10 Jul 2010 07:13 AM PDT Gambar Hiasan Enam penduduk maut terbabit mencari mencari dan menyelamat seorang mangsa lemas di Hutan Lipur, Lubuk Yu di Maran, Pahang maut. Tujuh lagi sedang tenat. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai kata ia berpunca daripada jangkitan bakteria leptospirosis (air kencing tikus) dan melioidosis (bakteria disebabkan air dan tanah). Namun, penduduk kampung pula mendakwa mereka melihat lembaga. Mereka juga berkata, Lubuk Yu lubuk berpuaka dan sebahagian besar penduduk kampung memang menjauhkan diri daripada kawasan itu. Mereka yang meninggal dunia dikenali sebagai Azizam Abdullah, 58, Timothy Hoo Seng Heng, 29, Lim Sin Lai, 55, Mohd Ali Abdullah, 60, Zakaria Ayub, 52, dan Zainal Abidin Ismail, 56. Mangsa yang lemas, Mohd Azhar Azizam, 28, ditemui pada 30 Jun lepas. Kesemua yang menjadi mangsa merupakan sebahagian daripada 83 anggota dan penduduk kampung yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat yang bermula 26 Jun hingga 30 Jun lalu. Tiong Lai menasihatkan orang ramai tidak panik kerana bakteria itu tidak berjangkit. Sains mengatakan ia kencing tikus, tetapi kepercayaan penduduk adalah amat berbeza sekali. Mana yang menjadi kepercayaan anda pula? kredit mybloghub |
Kapoww tak laku, nak salahkan penonton Posted: 10 Jul 2010 07:10 AM PDT Walaupun diberikan ulasan yang baik oleh media, tetapi sambutan terhadap filem Kapoww sangat mengecewakan apabila kutipan kasarnya selepas dua minggu ditayangkan tidak seperti yang diharapkan oleh pengarahnya, Azizi Adnan. Kapoww adalah filem terakhir kerana selepas ini Azizi akan beralih bidang. Mungkin menjadi pensyarah, siapa tahu mungkin juga menjual burger. Azizi tidak mahu lagi ada kena mengena dengan dunia seni tanah air. Lebih baik jadi orang biasa, jiwa lebih tenang, katanya. Azizi atau dikenali juga sebagai Azizi Chunk berkata demikian sebagai meluahkan rasa terlalu kecewa dengan kutipan filem bercorak adiwira itu yang hanya memperoleh kutipan kasar kira-kira RM240,000 sejak mula ditayangkan pada 17 Jun lalu. Katanya, dia bersusah payah menghasilkan filem menggunakan teknologi dan animasi terkini bagi menyuntik kelainan kepada filem tempatan, tetapi sayangnya masyarakat tidak pandai menghargai kerana mereka belum bersedia dengan filem bercorak abstrak. Sebaliknya penonton kita lebih menggemari filem yang cinta, seram dan rempit. Selain bersikap prejudis, penonton juga lebih cenderung memuja filem antarabangsa. |
Posted: 09 Jul 2010 11:04 PM PDT |
Puyol jumpa Ratu Sofia hanya bertuala… Posted: 09 Jul 2010 11:01 PM PDT |
Video Cut Tari Nangis-Nangis Minta Maaf Posted: 09 Jul 2010 10:59 PM PDT Cut Tari menangis teresak-esak semasa membuat permohonan maaf kepada penduduk negaranya termasuk Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono berhubung skandal klip video lucah dengan penyanyi Ariel Peterpan… Video Porno: Cut Tari Minta Maaf, Kepada Masyarakat IndonesiaTERKAIT dengan kes yang melibatkan isterinya, dalam video mirip Ariel dan mirip Luna Maya, Johannes Jusuf Subrata membantah akan menceraikan Cut Tari. Lelaki macho yang seorang mualaf ini mengaku tetap akan menerimanya sebagai isteri. "Mengenai pemberitaan perceraian itu tidak ada. Jangan diarahkan ke sana. Musibah ini sudah cukup untuk isteri saya saja. Saya diberikan hak untuk mendampingi dan melindungi. Kerana itu diajarkan sebagai seorang mualaf. Semua manusia tak akan luput dari kekeliruan," tegasnya. |
Peminta Sedekah Paling Ganas Di Dunia Posted: 09 Jul 2010 10:57 PM PDT |
Pendidikan Seks...Pelacur Sekolah... Posted: 09 Jul 2010 08:40 PM PDT Terkejut dengan foto-foto di atas? Jelas mereka kanak-kanak bawah umur. Ada ulama tua (kerana sekarang kalimat ulama muda amat masyhur jadi mesti ada juga penekanan kepada perkataan ulama tua) yang membantah pendidikan seks. Katanya macam ajar pencuri mencuri. Kelmarin kita membaca tentang pelacur sekolah di Melaka (lihat sini, atau sini, dan di sini). Agak-agaknya dunia jadi begini kerana memang kita meninggalkan itrah Nabi. Rasulullah SAW bersabda, من حق الولد على والده أن يحسن اسمه إذا ولد وأن يعلمه الكتابة إذا كبر , وأن يعفّ فرجه إذا أدرك Ertinya: Hal-hal berikut ini adalah termasuk hak yang dimiliki seorang anak atas ayahnya, iaitu bahawa ayahnya memberinya nama yang bagus ketika lahir, mengajarkan kepadanya baca tulis ketika beranjak dewasa, serta menyucikan kehormatannya dari perilaku asusila ketika sudah mengenal (dalam hal ini yang dimaksudkan adalah masalah seksual). Jadi, pendidikan seks memang diajar. Oleh ibu-bapa tentunya. Dan dalam dunia yang ibu-bapa keluar rumah pukul 5.30 pagi dan tiba di rumah kembali setelah menjemput anak-anak pada pukul 8 atau 9 malam, siapa yang akan mengambil peranan tersebut? Rasulullah SAW bersabda lagi: والذي نفسي بيده لو أنّ رجلا غشي أمرأته , وفي البيت صبي مستيقظ يراهما ويسمع كلامهما ونفسهما ما أفلح أبدا , ان كان غلاما كان زانيا , أو جارية كانت زانية Ertinya: Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, jika seseorang menggauli isterinya sementara di rumahnya ada seorang anak yang terjaga, kemudian si anak melihat serta mendengar kata-kata dan tarikan nafas mereka berdua, si anak tidak akan bahagia seumur hidup! Anak itu, baik laki-laki mahupun perempuan, pasti akan menjadi penzina. Hari ini, kerana faktor ekonomi, masyarakat kita menghuni dalam sebuah rumah yang kecil padat dan berkongsi bersama adik beradik yang ramai. Rumah murah yang diusahakan kerajaan untuk rakyat termiskin misalnya ada berapa bilik? Kita tidak dapat menolak bahawa rumah jenis merpati ini adalah salah satu faktor kebejatan sosial dalam kalangan generasi baharu. Bilik yang hanya dua itu memang tidak memadai untuk anak-anak. Bayangkan apabila anak-anak lelaki dan perempuan tidur bergelimpangan di ruang tamu. Sedangkan langkah berikutnya yang harus dilakukan apabila anak-anak meningkat dewasa ialah dengan memisahkan tempat tidur anak-anak. Saidina Ali berkata, ... وفرّقوا بينهم في المضاجع إذا كانوا ابناء عشر سنين Ertinya: Kalau anak-anakmu itu sudah mencapai usia sepuluh tahun, pisahkanlah tempat tidur mereka. Itu juga pendidikan yang ditekankan oleh Imam Baqir (anak kepada cicit Rasulullah SAW) yang berkata, يفرّق بين الغلمان والنساء في المضاجع إذا بلغوا عشر سنين Ertinya: Seandainya anak-anak sudah berusia sepuluh tahun, tempat tidur anak laki-laki harus dipisahkan dari tempat tidur anak perempuan. Rasulullah SAW sendiri juga bersabda, الصبي والصبي , والصبي والصبية , والصبية والصبية يفرّق بينهم في المضاجع لعشر سنين Ertinya: Ketika sudah mencapai usia sepuluh tahun, pisahkan tempat tidur anak-anak, baik antara anak laki-laki, laki-laki dan perempuan, ataupun antara anak-anak perempuan. Dalam sebuah riwayat ahlul bait ada disebutkan bahawa Imam Jaafar Sadiq (anakanda kepada Imam Baqir) melarang laki-laki untuk mendekati seorang anak perempuan yang telah berusia enam tahun, bila ia bukan muhrimnya. Beliau malah berkata, إذا أتى عليها ست سنين فلا تضعها على حجرك Ertinya: Jika anak perempuan sudah mencapai usia enam tahun, jangan biarkan ia di dalam kamarmu. Beliau juga melarang untuk menciumnya. Beliau berkata, إذا بلغت الجارية الحرّة ست سنين فلا ينبغي لك أن تقبلها Ertinya: Jika ada seorang anak perempuan yang telah mencapai usia enam tahun, janganlah engkau menciuminya! Tentu saja, yang dimaksudkan di sini adalah larangan ciuman daripada orang luar, bukan dari keluarga sendiri seperti ayah, ibu, bapa saudara, dan ahli keluarga yang termasuk ke dalam muhrim. Kerana itu, larangan ini juga berlaku buat anak laki-laki. Dalam hal ini Rasulullah bersabda, ... والغلام لا يقبّل المرأة إذا جاز سبع سنين Ertinya: Jika seorang anak laki-laki telah berusia tujuh tahun, jangan biarkan ia mencium perempuan. Jika perilaku asusila ini terjadi, orang tua wajar menjatuhkan hukuman yang dapat membuatkan si anak 'jera' dan tidak mengulanginya. Imam Sadiq pernah ditanya tentang hukuman apa yang harus diberikan kepada seorang anak kecil berusia sepuluh tahun yang berzina dengan seorang perempuan, beliau menjawab, يجلد الغلام دون الحدّ Ertinya: Anak itu harus dicambuk dibawah had (tidak sampai batas hukuman sebagaimana bagi orang dewasa) Pendidikan seks memang perlu dan usah diabaikan. Yang perlu ialah penggubalan korikulum dan silibus yang selaras dengan agama (dalam hal ini saya menyarankan supaya diturut jalan yang disediakan oleh keluarga Rasulullah saw dan keturunannya). Untuk anak-anak bukan Islam, korikulum dan silibus yang selaras dengan agama dan adat budaya masing-masing juga perlu diambil kira. Jangan menanti-nanti lagi. Kita tidak tahu apa yang anak-anak lakukan di sebalik dinding seperti yang terpapar di atas! * Selamat menyambut Isra' Mikraj. |
Kereta Mercedes Benz Milik Billionaire Minyak Abu Dhabi Posted: 09 Jul 2010 08:37 PM PDT |
Mengapa Malaysia tidak pernah layak ke Piala Dunia? Posted: 09 Jul 2010 08:36 PM PDT Pertandingan Piala Dunia Bolasepak 2010 di Afrika Selatan sudah hampir ke penghujungnya. Sudah hampir sebulan peminat bolasepak di Malaysia bersorak menyaksikan pertarungan antara negara-negara selain daripada negara tanahair mereka sendiri. Dalam keghairahan bersorak pasti ramai yang tertanya, 'Bilalah agaknya pasukan kebangsaan Malaysia akan beraksi di pusingan akhir Piala Dunia?' Melihat pada prestasi pasukan kebangsaan sepanjang beberapa tahun yang lalu, agak mustahil Malaysia dapat beraksi di pentas Piala Dunia. Senarai ranking mutakhir Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) meletakkan Malaysia di tangga 146, setaraf dengan 'gergasi' bolasepak yang lain seperti Turkmenistan, Burundi dan Madagascar. Walhal, kurang 30 tahun yang lalu pasukan bolasepak kebangsaan duduk setaraf dengan Jepun dan Korea Selatan yang sudah berturut kali layak ke pusingan akhir Piala Dunia. Saya sempat menyaksikan pertarungan antara Malaysia dan Jepun sebanyak dua kali di Stadium Merdeka pada tahun 1980-an. Pertamanya di peringkat separuh akhir Pestabola Merdeka 1986: Malaysia menang 2-1 dalam masa tambahan. Perlawanan kedua ialah di pusingan kelayakan Piala Asia 1988: Malaysia tewas 0-1. Sekarang, sekiranya Malaysia berjaya menewaskan Jepun ataupun tewas tipis di tangan mereka, pasti dianggap kejayaan yang sangat besar. Walaupun tewas 0-1 pada tahun 1988, hakikatnya Malaysia pada perlawanan tersebut menguasai pasukan Jepun sepanjang tempoh perlawanan. Kekalahan tipis ketika itu dianggap cukup mendukacitakan. Kemerosotan pasukan bolasepak kebangsaan boleh dilihat daripada pelbagai sudut. Yang pasti, kemerosotan ini banyak mencerminkan beberapa perkara 'pelik' yang berlaku di dalam negara. Pertama, jika dilihat pada barisan pemain kebangsaan sekarang, sudah tidak ada lagi pemain berbangsa Cina yang menyarung jersi kebangsaan. Malah, hanya S. Kunalan, pemain dari Negeri Sembilan yang merupakan pemain bukan Melayu tunggal yang sering turun dalam kesebelasan utama pasukan kebangsaan. Sudah pasti kemerosotan prestasi pasukan bolasepak kebangsaan bukan kerana tiadanya pemain berbangsa Cina. Cuma, apa yang berlaku ialah menularnya polarasi kaum dalam arena sukan negara. Bolasepak kini boleh dianggap sukan untuk kaum Melayu sahaja, manakala kaum Cina lebih tertumpu pada acara sukan lain seperti bola keranjang dan bola tampar . Dalam bersukan pun sudah kurang integrasi antara kaum! Bukankah ini sesuatu yang amat menyedihkan? Saya percaya kepelbagaian kaum dalam sebuah pasukan bolasepak ada manfaatnya. Lihat saja pada pasukan Jerman dalam kejohanan Piala Dunia kali ini. Dalam kesebelasan utama pasukannya yang membenam England dan Argentina, ada permain yang berbangsa Turki, ada yang berasal dari Ghana dan Tunisia, dan di bangku simpanan ada pemain-pemain yang berasal dari Sepanyol dan Brazil. Pemain-pemain ini membawa pembaharuan dalam corak permainan pasukan Jerman. Jika sebelum ini mereka dianggap hanya bergantung kepada disiplin dan organisasi permainan yang tinggi, pasukan Jerman kali ini dilihat mempamerkan aksi menyerang yang baik dan kreatif. Jangan dipolitikkan sukan Pasukan kebangsaan Malaysia dahulunya punya kelebihan ini. Pemain-pemain Melayu dan India lebih exspresif mempamerkan skil permainan manakala pemain-pemain berbangsa Cina dan Sikh punya daya tumpuan dan disiplin yang tinggi. Maka, tidak hairan jika dilihat pada senarai pemain kebangsaan pada tahun 1970-an dan awal 1980-an, tembok pertahanan negara dibarisi pemain-pemain seperti Soh Chin Aun, Santokh Singh, Lee Kin Hong dan Serbegeth Singh; dan tonggak serangan digalas pemain seperti Mokhtar Dahari, Shukor Salleh, Hassan Sani dan Zainal Abidin Hassan. Budaya yang berbeza membawa gaya permainan yang berbeza, dan ini membawa manfaat bila diadun dengan sempurna. Seperkara lagi yang menyedihkan dalam bolasepak negara ialah penglibatan ahli-ahli politik. Memang benar, daripada sudut kewangan penglibatan ahli-ahli politik itu membawa manfaat. Mereka mampu menarik dana yang diperlukan untuk mengurus persatuan bolasepak tempatan. Selain daripada itu, penglibatan mereka sebenarnya tidak perlu. Saya tidak faham misalnya mengapa jawatan presiden persatuan-persatuan bolasepak negeri sering dipegang menteri-menteri besar. Tidak cukupkah kerja di pejabat menteri besar sehingga perlu mencari kerja tambahan mengurus persatuan bolasepak? Mengapa tidak dibiarkan sahaja pentadbir profesional mentadbir dan membuat keputusan? Saya percaya ramai menganggap penglibatan ahli-ahli politik ini tidak lebih daripada usaha mencari publisiti murahan. Kita tidak mahu ahli-ahli politik masuk campur kerana tidak mahu 'penyakit politik' meresap dalam bolasepak. 'Penyakit' yang paling ketara ialah kurangnya fokus pada rancangan jangka panjang. Banyak dana dan tenaga lebih tertumpu pada kejayaan serta merta. Siapa di kalangan ahli-ahli politik yang mahu membuang masa merancang pelan jangka panjang seperti 'Malaysia ke Piala Dunia 2018'? Tahun 2018 itu sangat jauh dan jangka hayat politik mereka mungkin tamat sebelum itu. Sekiranya perancangan rapi dibuat, saya percaya pasukan bolasepak kebangsaan mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Saiz dan tubuh pemain yang kecil tidak lagi boleh dijadikan alasan. Pemain-pemain Jepun dan Korea Selatan sudah membuktikan ia bukanlah penghalang untuk mengecap kejayaan. Kejayaan pasukan kebangsaan merangkul pingat emas Sukan SEA tahun lalu perlu dijadikan asas kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan. Bersorak untuk pasukan Brazil, Sepanyol dan Argentina dalam pertandingan Piala Dunia banyak membawa kepuasan. Namun, bagi setiap peminat bolasepak di tanahair, tidak ada yang lebih memuaskan dan membanggakan daripada bersorak untuk pasukan Malaysia dan mendengar lagu Negaraku berkumandang di stadium. Bilalah agaknya impian ini boleh menjadi kenyataan? |
Mengukur Tahap Kecintaan Terhadap Rasulullah Posted: 09 Jul 2010 08:30 PM PDT Hadith: DIRIWAYATKAN daripada Umar bin al-Khattab r.a bahawa beliau telah berkata kepada Rasulullah s.a.w: "Wahai Rasulullah! Engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu melainkan nyawa yang ada di dalam diriku. Lalu Rasulullah s.a.w berkata:" Tidak sempurna iman seseorang sehinggalah aku lebih dicintai daripada dirinya sendiri. Umar pun berkata:" Demi Tuhan yang telah menurunkan al-Kitab kepada engkau, sesungguhnya engkau lebih aku kasihi daripada diri aku. Baginda berkata kepada Umar:"Sekarang iman engkau telah sempurna wahai Umar!" Riwayat Muslim Huraian: 1. Rasulullah s.a.w adalah orang yang paling berhak dicintai daripada sekelian makhluk di dunia ini. 2. Mencintai baginda tidak mencukupi hanya dengan menyatakan dengan lisan tetapi hendaklah dibuktikan dengan perbuatan dan amal seperti mempraktikkan sunnahnya dan melaksanakan segala ajarannya. 3. Orang yang sentiasa menjaga akhlaknya dan mencontohi peribadi Rasulullah s.a.w di hari akhirat kelak akan mendapat ganjaran syafaat daripada baginda. 4. Kita hendaklah berusaha untuk sentiasa menyuburkan iman di jiwa dan mempastikan bahawa setiap perbuatan yang dilakukan tidak bercanggah dengan syariat yang dibawa oleh baginda. Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia |
10 Perkara Menarik di Piala Dunia 2010 Posted: 09 Jul 2010 08:28 PM PDT 1. Seramai 736 pemain berdaftar pada pusingan akhir Piala Dunia kali ini, 23 pemain bagi setiap 32 negara yang layak beraksi. 2. Penjaring gol paling tua pada kejohanan kali ini adalah Cuauhtemoc Blanco dari Mexico yang berusia 37 tahun 151 hari ketika menentang Perancis manakala penjaring gol paling muda adalah Thomas Mueller dari Jerman yang berusia 20 tahun 273 hari menentang Australia. 3. Pemain sayap Afrika Selatan, Siphiwe Tshabalala adalah penjaring gol pertama pada kejohanan kali ini, ketika mereka seri 1-1 menentang Mexico pada perlawanan pembukaan. 4. Pertahanan Denmark, Daniel Agger adalah penjaring gol sendiri pertama kejohanan kali ini, ketika kekalahan 2-0 pasukannya di tangan Belanda. 5. Penyerang Argentina, Gonzalo Higuain adalah pemain pertama yang menjaringkan hatrik pada kejohanan kali ini ketika kemenangan 4-1 Argentina ke atas Korea Selatan. Ia adalah hatrik ke-49 dalam sejarah Piala Dunia. 6. Sebanyak 101 gol dijaringkan daripada 48 perlawanan pada peringkat kumpulan dengan purata 2.10 bagi satu perlawanan. Gol ke-100 kejohanan dijaringkan oleh Andres Iniesta ketika Sepanyol mengalahkan Chile 2-1. 7. Dua pasukan - Algeria dan Honduras - pulang dengan fakta yang sama - tidak menjaringkan sebarang gol daripada tiga perlawanan kumpulan. 8. Pada kejohanan kali ini juga menghasilkan gol ke-2,100 dalam sejarah Piala Dunia - jaringan Javier Hernandez dari Mexico ketika mengalahkan Perancis 2-0 pada 17 Jun lalu. Ia adalah gol ke-37 kejohanan. 9. Jaringan Arjen Robben dari Belanda ketika mengalahkan Uruguay pada separuh akhir adalah juga gol ke-2,200 dalam sejarah Piala Dunia. Ia adalah gol ke-137 kejohanan. 10. Gol terpantas daripada sepak mula setakat ini adalah minit ketiga (2:38) oleh Thomas Mueller dari Jerman ketika mengatasi Argentina 4-0 pada suku akhir. |
Posted: 09 Jul 2010 08:21 PM PDT BERLIN – Sotong Paul yang menghangatkan Piala Dunia 2010 dengan ramalan-ramalan keputusan perlawanan yang tepat telah meramalkan Sepanyol akan mengalahkan Belanda dalam final Piala Dunia Isnin ini. Paul memilih Sepanyol tadi di stesen TV di Eropah. Sotong yang terkenal di dunia ini dilihat duduk di tangki yang ditandai dengan bendera Sepanyol hanya beberapa minit sebelum menyambar kerang dan memakannya, dan tidak ambil kisah tangki Belanda . Ini menunjukkan kemenangan Sepanyol dalam perlawanan final Piala Dunia. Paul yang dikenali sebagai nujum Piala Dunia ini juga digelar sotong goreng tepung (perminat dari Malaysia la ni), sotong salai,sotong bakar oleh peminat fanatik pasukan yang kalah. Paul telah meramalkan dengan tepat 6 perlawanan sebelum ini. Beliau juga meramalkan bahawa Jerman akan menang atas Uruguay dalam perlawanan hari Sabtu untuk tempat ketiga dan keempat. Video ramalan perlawanan akhir Belanda VS Sepanyol oleh sotong Paul di bawah kredit isuhangat |
Ella bawa kekasih datang ke rumah bincang soal apa? Posted: 09 Jul 2010 08:18 PM PDT Ratu rock negara, Norzila Aminuddin,44, atau Ella telah membawa kekasihnya, Elan Hasyim Abd. Rahman,28, bertemu keluarganya di Klang, Selangor beberapa bulan lalu untuk mendapat restu sebelum berkahwin. Seorang ahli keluarga Ella yang dihubungi pada hari Jumaat, berkata, Elan berkunjung ke rumah mereka untuk mengenali ahli keluarga Ella selain meminta kebenaran berkawan dengan penyanyi itu. "Ya... benar gosip mengatakan Ella sudah ada teman baru. Mereka sudah setahun berkenalan. Lelaki itu pun sudah datang ke rumah untuk berkenalan dengan keluarga kami. Kami tiada masalah dah merestui hubungan itu," kata seorang ahli keluarga Ella yang minta dirahsiakan namanya.Menurut sumber itu lagi, keluarganya menerima baik hasrat Elan untuk menjadi kekasih kepada Ella dan mendoakan agar mereka cepat berumah tangga. Katanya, Ella juga sedang memikirkan hasrat itu tetapi keputusan untuk berumah tangga bukan dalam waktu terdekat. "Dia pun ada cakap hendak kahwin tetapi belum memikirkan secara serius mengenai tarikh itu," katanya. -mStar |
Posted: 09 Jul 2010 08:19 AM PDT |
Produk Canon dengan teknologi pengesahan imbas jari Posted: 09 Jul 2010 06:37 AM PDT Canon bakal menawarkan sistem pengesahan imbas jari di setiap mesin pelbagai fungsi hasilan mereka pada masa akan datang. Sistem ini dibangunkan oleh Hitachi menggunakan platform Java dalam perisian tersebut. Ianya bakal dijual di Jepun bermula minggu ini dengan harga RM4,672. Secara tidak langsung, pemilik boleh menetapkan penggunaan dalam tempoh masa tertentu, dan cetakan dalam bilangan tertentu. Yang paling penting sekali, pemilik dapat menghalang orang lain menggunakannya tanpa kebenaran. Pastinya hal ini merupakan berita malang kepada pengguna yang suka mengambil kesempatan. Kadang-kadang bengang juga dengan kawan-kawan yang kedekut untuk membeli pencetak sesuka hati mencetak dengan bilangan yang banyak di pencetak kita. Masing-masing ada duit, bukan ayah aku belikan untuk kau guna. |
beringat dulu sebelum meludah! Posted: 09 Jul 2010 06:24 AM PDT Assalamualaikum, Kadang-kadang kita tidak perasan yang kita nie selalu meludah air liur merata-rata dan tanpa menghirau tempat tu kotor atau tempat najis ataupon tempat yang bersih dan dilarang meludah. Di dalam islam ,meludah ada cara-caranya dimana kebanyakan dari kita pon tak tau.. Jadi,aku terjumpa 1 post yang agak menarik bagi aku dan boleh dimanfaatkan dan dijadikan sebagai salah satu tattertib bagi kita yang beragama islam nih!! Kalau nak meludah air liur atau apa-apa didalam mulut janganlah didepan orang ramai atau orang sedang menjamu selera kerana perkara sebegini boleh dianggap sebagai perkara yang tidak senonoh!! Kita sebagai umat islam mestilah menjaga kebersihan dan jangan meludah air liur di tempat-tempat yang kotor seperti didalam tandas, longkang dan tempat-tempat kotor yang lain.TAPI!!! TAHUKAH ANDA??? Yang amat penting untuk kita perlu tahu dan praktikkan selalu ialah 1) Jika kita meludah kekiri – Kita akan meludah kepada syaitan/Iblis 2) Jika kita meludah ke kanan – Kita seperti telah meludah ke arah Nabi kita iaitu Mohammad SAW ( Nauzubilah) 3) Jika kita meludah Ke depan – Kita seperti telah meludah kearah ALLAH SWT. ( Nauzubilah ) Jadi ingat-ingatlah ketika ingin meludah tu. Meludah lah selalu ke sebelah kiri. Jadi ingat!!! kita tak boleh meludah melulu jer tanpa belas kasihan terhadap benda-benda lain..huhu..ingatlah sebelum meludah tue,fikir-fikirkanlah untuk meludah ke sebelah kiri!! Walahualam. |
You are subscribed to email updates from MelayuKuHebat....|Isu Terkini|Seks|Artis|Gossip|Bisnes|Ebook| To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |