Adsense

Jumaat, 9 Julai 2010

MelayuKuHebat....|Isu Terkini|Seks|Artis|Gossip|Bisnes|Ebook|

MelayuKuHebat....|Isu Terkini|Seks|Artis|Gossip|Bisnes|Ebook|


Paul The Octopus, Si Sotong Peramal World Cup 2010 Diancam Bunuh

Posted: 08 Jul 2010 11:44 PM PDT





PAUL THE OCTOPUS, SI PERAMAL WORLD CUP 2010 DIANCAM BUNUH
Paul The Octopus
Serius, kelakar pulak rasanya bila sotong yang boleh dikatakan tak tahu apa-apa menjadi mangsa keadaan pada World Cup 2010 ini apabila sotong yang diberi nama Paul itu mahu dibunuh hanya kerana kesemua ramalan yang dibuatnya tepat. Korang tak rasa kelakar ke?
Yer la, kekalahan atau kemenangan pasukan berdasarkan ramalan yang dibuat oleh si Paul tu langsung takde kena mengena dengan'nya sebab bukan dia yang main kat atas padang tu. Lagipun ramalan si Paul tu dibuat sebelum berlangsungnya perlawan. So, pemain yang sepatutnya mengubah ramalan yang dibuat oleh si Paul tu. Tapi bila dah kalah, percaya bulat-bulat dengan ramalan si sotong Paul tu. Sigh!

MADRID – Kerajaan Sepanyol semalam melahirkan kebimbangan berhubung masa depan sotong peramal pertandingan bola sepak Piala Dunia 2010
yang dipelihara di Akuarium Sea Life, selatan Jerman ekoran keputusan perlawanan separuh akhir semalam di Afrika Selatan.
Paul mendapat perhatian meluas setelah membuat ramalan tepat semua enam perlawanan melibatkan Jerman.
Sotong itu turut membuat ramalan tepat dengan memilih Sepanyol menewaskan Jerman.
Haiwan itu membuat ramalan dengan memilih bekas berisi makanan yang dihiasi bendera Sepanyol dan bukannya bekas dihiasi bendera Jerman.
Kerajaan Sepanyol bimbang rakyat Jerman akan membalas dendam dan mengikut jejak penyokong-penyokong Argentina sebelum ini yang mahu menjadikan sotong tersebut sebagai makanan ekoran ramalan Paul mengenai nasib negara itu.
"Saya amat prihatin dengan keadaan sotong itu… saya memikirkan untuk menghantar satu pasukan perlindungan ke Jerman," kata Perdana Menteri Sepanyol, Jose Luiz Rodriguez Zapatero kepada stesen radio Cadena Ser sambil bergurau.
Namun, Menteri Perikanan dan Alam Sekitar Sepanyol, Elena Espinosa mencadangkan langkah keselamatan untuk Paul dilakukan dan beliau akan memohon Majlis Menteri Eropah membuat larangan supaya Paul ditangkap bagi mengelak peminat Jerman daripada memakannya.
Segelintir penyokong Jerman yang kecewa selepas kalah kepada Sepanyol mengirim pesanan menerusi pelbagai forum di Internet sehingga ada yang menawarkan ganjaran bagi mendapatkan sotong berkuasa psikik itu dan dijadikan hidangan panggang barbeku.
Seorang wartawan Jerman pula dalam ulasan setelah perlawanan berakhir membayangkan dia kini amat teruja untuk memakan Paul.
Situasi itu menyebabkan ramai rakyat Sepanyol mulai bimbang dengan nasib sotong tersebut.
Menteri Perindustrian Sepanyol, Miguel Sebastian menyarankan pihak berkuasa melakukan pemindahan segera secara percuma terhadap Paul untuk dibawa dari Jerman ke Sepanyol demi memastikan keselamatan haiwan itu. – AFP

(Gambar) Zul Handy Black, artis lelaki bogel filem Mantra

Posted: 08 Jul 2010 11:43 PM PDT





Selepas kita saksikan pelakon wanitaseparuh bogel iaitu Ana Dahlia untuk filem Mantra separuh bogel. Tiba giliran pelakon utama filem Mantra iaitu Zul Handy Black pula. Katanya Zul Handy Black betul-betul bogel, namun gambar yang penulis dapat hanyalah separuh bogel.
Lagi satu gambar Zul Handy Black bogel di bawah.

Ekoran Kontroversi Video Lucah Ariel Peterpan, Cut Tari Minta Maaf. Motif?

Posted: 08 Jul 2010 11:42 PM PDT






VIDEO LUCAH ARIEL PETERPAN BERSAMA CUT TARI DAN LUNA MAYA
Pelik bin ajaib pula rasanya bila Cut Tari yang dikatakan terlibat dengan skandal video lucah bersama Ariel Peterpan tiba-tiba mengeluarkan kenyataan maaf sedangkan belum terbukti lagi sama ada 'pelakon' yang dikatakan mempunyai wajah yang mirip dengan'nya itu adalah dirinya. Bila Cut Tari membuat kenyataan maaf ni, seperti ada sesuatu yang tak kena disitu. Yer la, kalau betul tak terlibat, buat apa nak minta maaf dan menangis. Kan?

JAKARTA – Pengacara televisyen terkenal, Cut Tari menangis teresak-esak semasa membuat permohonan maaf kepada penduduk negaranya termasuk
Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono berhubung skandal klip video lucah yang menyiarkan pelakon miripnya dengan penyanyi Ariel Peterpan, lapor beberapa buah akhbar semalam.
Cut Tari membuat pengakuan itu pada satu sidang akhbar yang dihadiri oleh suaminya, Johannes Joesoef Subrata dan peguam belanya, Hotman Paris Hutapea.
Sebelum membuat permohonan maaf itu, Cut Tari menarik nafas kemudian berkata: "Kepada Bapak Presiden RI (Republik Indonesia) berserta ibu, Bapak Kapolri (Ketua Polis Indonesia) berserta ibu, Bapak Kabareskrim (Badan Siasatan Jenayah) berserta ibu, bapak ibu dan penyelidik Mabes Polri (penyiasat polis), tokoh agama dan tokoh masyarakat yang saya hormati, para orang tua dan masyarakat Indonesia.
"Atas nama peribadi dan atas nama keluarga saya memohon maaf yang sebesar-besarnya. Mohon maaf atas pemberitaan baru-baru ini yang menyangkut diri saya yang telah menimbulkan keresahan di masyarakat. Sekali lagi saya mohon maaf."
Selepas dia membuat permohonan maaf tersebut, Cut Tari menangis.
"Saya hanya mahu minta maaf. Saya cuma minta dimaafkan," katanya.
Dia turut meminta maaf kepada suaminya dan berterima kasih kepadanya kerana masih setia sejak skandal klip video tersebut tersebar.
Suaminya turut memegang tangan Cut Tari untuk menenangkan isterinya yang sedang menangis.
Sementara itu, ketika ditanya pemberita sama ada wanita dalam klip video tersebut adalah dirinya, peguam Cut Tari berkata: "Jangan tanya lagi tentang benar tidaknya (video berkenaan).
"Bagi masalah undang-undang, saya serahkan kepada penegak hukum."
Menurutnya, semasa skandal itu terbongkar, Cut Tari tidak berani keluar rumah untuk membeli air mineral.
Sebelum mengakhiri sidang itu, Cut Tari turut berkata: "Demikian permohonan maaf saya sampaikan dan Insya-Allah pintu maaf terbuka untuk saya. Sudah ya." – Agensi

(Gambar) Terkini Diana Danielle & Mawi, promosi filem Magika

Posted: 08 Jul 2010 11:38 PM PDT








Wajah terkini Diana Danielle dan Mawi sewaktu promosi filem Magika arahan Edry KRU. Persoalannya kenapa Mawi sebegitu selekeh? Tension perniagaan butik kain lingkup ke? Komen please.

(Gambar) Zarynn Minn nampak lurah

Posted: 08 Jul 2010 11:36 PM PDT





Aku pun tak tau apa la nk jadi artis skrg ni..nak famous tip top buka baju sana sini..Kat bawah ni lagi sorang...

Dalam Rumah Sarah MyStarz LG

Posted: 08 Jul 2010 11:33 PM PDT






Ya kawan-kawan semua, edisi "Dalam rumah artis" kembali lagi. Kali ini kita lihat pula isi rumah penyanyi MyStarz LG iaitu Sarah. /swt. Lagi banyak gambar apabila klik continue reading…

60 Petua Mendapat Pasangan dari Dato' Hj. Mohd Fadzilah Kamsah

Posted: 08 Jul 2010 11:26 PM PDT







1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti "magnet" yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni.
Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau 'kegilaan' bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.


Kekasih Shaheizy Sam yang Seksi?

Posted: 08 Jul 2010 11:20 PM PDT

 



Shaheizy Sam bin Abd Samad (4 September 1982) ialah seorang pelakon yang menempa nama sebagai pelakon remaja ketika era 1990-an sebelum melonjak naik dalam filem Bohsia, Jangan Pilih Jalan Hitam pada tahun 2009 dan filem pecah panggung Adnan Sempit pada tahun berikutnya. Tapi tahu kah anda, yang Shaheizy mempunyai kekasih? kekasihnya itu memang cun dan cantik. Tapi yang tidak disangka-sangka, seksi pula kekasihnya itu. Kalau betul ini kekasih Shaheizy memang bertuah badan lah Shaheizy. Tapi janganlah terlalu seksi sangat, besar risiko tue. Hehe.



kredit izyan

Gambar lawak : Apabila Spiderman pencen

Posted: 08 Jul 2010 11:18 PM PDT






Spiderman
Haha jadi parking attendan..kredit isuhangat

Mufti Wilayah Fatwa ESQ Haram

Posted: 08 Jul 2010 11:17 PM PDT






Sesiapa yang pernah mengikuti latihan ESQ ni mesti terperanjat dengan fatwa Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang memfatwa ESQ Leadership adalah HARAM.
Siapa yang tengok rancangan Halaqah di TV9 semalam yang pendengar ceramah tersebut nangis ramai-ramai apabila penceramah bercerita tentang kontrak kehidupan kita dengan Allah. Program spt ini antara program ESQ.
Saya pernah menghadiri latihan ESQ ini selama setengah hari dari penceramah Malaysia yang mendapat latihan dari Indonesia.Pada pendapat saya ia adalah satu program yg baik dan banyak mengaitkan Islam dengan dunia kehidupan nyata kita sekarang. Namun begitu para Mufti kita mestilah sudah mengkaji sedalam-dalamnya sebelum mengeluarkan fatwa

ESQ adalah berasal dari Indonesia yang diperkenalkan oleh Ary Ginanjar Agustian.
Apa itu ESQ? ESQ adalah singkatan Emosional Spritual Quetient adalah satu pertubuhan latihan yang membentuk karakter kepemimpinan yang digelar oleh ESQ Leadership Centre. ESQ merupakan gabungan emotional, spriritual dan quontient, iaitu kecerdasan emosi dan kecerdasan spiritual.
Ari Ginanjar , mencuba menggabungkan antara kecerdasan intelektual (IQ), kecerdasan emotional (EQ), dan kecerdasan spritual (SQ) dalam satu konsep yang saling terintergasi yang disebut ESQ. Di dalam konsep ESQ, semua manusia mempunyai intelektual dan mempunyai emosi, tapi kedua-kedua tersebut tidak sempurna kalau tidak disatukan dengan kecerdasan spriritual. Dengan ESQ, kita sebagai manusia mengakui adanya Tuhan dengan segala kebesaran-Nya dan boleh diimplementasikan dalam kehidupan sehari-hari. Ini merupakan konsep psikologi (keagamaan) yang mengakui adanya Tuhan, yang berbeza dengan konsep psikologi Barat yang hanya mengutamakan intelektual (rasio) dan emosional.
ESQ mempunyai tujuh nilai dasar iaitu jujur, disiplin, tanggung jawab, kerjasama, adil, peduli dan berwawasan. Nilai-nilai inilah yang ditanamkan kepada peserta ESQ. Bila sudah mendapatkan nilai-nilai ini,diharapkan para pelatih boleh membentuk suasana saling menghormati, menyayangi, tidak ada lagi saling menjatuhkan, saling membenci antara satu agama dengan agama lain, satu suku dengan suku lain. ESQ bukan lembaga dakwah, kebetulan para trainer beragama Islam dan konsepnya diambil dari ajaran Islam. Jadi banyak material yang disampaikan trainer berdasarkan Islam.
Jadi dari visi di atas menunjukkan ESQ bukanlah satu program dakwah seperti yang disangkakan tetapi cuma satu program yang menggabungkan intelektual (IQ),emosi(EQ) dan spiritual(SQ). Program motivasi 7 Habits hanya menggabungkan IQ dan EQ sahaja. Sebab tu ESQ boleh disampaikan kepada semua pengganut agama lain. Memang betullah Mufti Wilayah mengatakan ESQ training ni bersifat liberal.
Berikut adalah dalil-dalil Jabatan Mufti Wilayah yang menfatwa ESQ adalah haram yang diambil dari http://www.muftiwp.gov.my/pmwp/utama.htm
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
kredit isuhangat

Penghinaan tentera Israel semasa mendengar azan

Posted: 08 Jul 2010 11:09 PM PDT





Penghinaan yang dilakukan oleh 6 orang tentera Israel semasa mendengar Azan di tebing barat yang dimuat-naikkan di youtube.
Photobucket

Video tersebut menunjukkan tentera-tentera Israel berkawal semasa Azan dan apabila dipasang muzik mereka beramai-ramai menari serentak.
Photobucket
Betulkan , apabila kita lemah mudah diinjak-injak….



kredit isuhangat

Bila Rozie Rashid jadi ikan duyung

Posted: 08 Jul 2010 11:06 PM PDT





Pelakon Rozie Rashid siapa tidak kenal, dimana-mana stesen tv tempatan kalau ada drama Melayu, Rozie Rashid mesti ada. Tapi yang buat terkejut dan betul-betul luar dugaan mengenai berat badan Rozie Rashid. Mendadak juga erk berat badan dia. Kalau dulu ok lagi yang sedang-sedang. Tidak dapat dipastikan apa yang berlaku sebelum ini. Ini terbukti apabila dia berlakon dalam drama Duyung Aridinata dan bakal menjadi ikan duyung sebaris dengan Zack X-Factor.

Hari Jadi anak Kembar Leeya

Posted: 08 Jul 2010 11:04 PM PDT





Penyampai atau deejay radio Hot FM, Leeya dan suami tercinta, Ashraf akui puas dan gembira melihat kedua-dua puteri kembarnya Aza Ameena Muhd Ashraf dan Asha Ameena Muhd Ashraf membesar di depan mata yang kini berusia setahun pada 26 Jun 2010 lalu. Sempena majlis itu, Leya dan Ashraf melakukan aqiqah dengan menyembelih dua ekor kambing dan turut diadakan acara bacaan surah Yassin serta acara memotong kek. Majlis berkenaan di adakan di rumah mertua Leya di Sungai Buloh.-mStar