Adsense

Khamis, 17 Jun 2010

zoomartis

zoomartis


Aqasha Dan Baizura Nikah Pada Oktober

Posted: 17 Jun 2010 04:43 PM PDT

Ia di jadual akan diadakan pada 10 Oktober akan datang sementara majlis persandingan di sebelah lelaki akan diadakan sempena Hari Krismas.

Semoga Hari Bahagia anda berdua akan tiba, dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Apa kata anda ?

Melissa Maureen Sengsara Terkena Denggi

Posted: 17 Jun 2010 04:34 PM PDT

Dipertik dari Mstar hari ini, kesian artis ini, senyap sepi jer....kesian..semoga beliau sihat walafiat dan kembali meneruskan kerja-kerja yang tertunggak.



PELAKON Melissa Maureen Rizal terpaksa menanggung sengsara ketika berlakon drama Dendam Orang Minyak apabila terkena jangkitan demam denggi.
Melissa terpaksa menghabiskan beberapa hari di sebuah hospital ketika dia diperlukan menjalani penggambaran drama bersiri itu.


Ketika ditemui semasa sesi ramah mesra drama tersebut di Sri Pentas, Bandar Utama semalam, Melissa mengesahkan dia baru pulih daripada jangkitan penyakit berbahaya itu.
"Mula-mula, saya demam selama empat hingga lima hari. Lepas itu, timbul ruam-ruam panas pada tangan dan kaki. Bila ambil ujian darah, sah saya kena demam denggi.
"Doktor pun mengesahkan simptom itu akibat denggi. Oleh itu, saya ditahan di hospital selama dua, tiga hari," katanya kepada mStar Online.


Menurut Melissa, dia mungkin digigit nyamuk sewaktu menjalani penggambaran di sebuah hutan untuk drama bersiri 20 episod terbitan Suhan Movies itu.
Ketika mendapatkan rawatan di hospital, dia bimbang tidak dapat meneruskan lakonan tetapi syukurlah Melissa dibenarkan keluar sebelum penggambaran tamat.
Tambah Melissa dia hanya berdoa supaya cepat sembuh akibat penyakit berkenaan yang boleh membawa maut.


"Alhamdulillah, saya pulih sekarang," katanya.
Mengenai perkembangannya, Melissa begitu teruja menikmati proses pembesaran anaknya, Inca Medina, yang berusia setahun.
Dia turut memberitahu tidak menggaji pembantu rumah untuk menjaga anak kesayangannya kerana serik dengan kes penderaan dan pembunuhan kanak-kanak. 

Sultan Brunei Ceraikan Azrinaz Dengan Talak 1

Posted: 16 Jun 2010 09:20 PM PDT

Ini berita terbaru yang Zoom dapat dari Mstar  hari ini, bekas pengacara TV Di Malaysia ini terpaksa melalui detik-detik sedih apabila dicerai kerana sebab-sebab yang tidak diketahui, apa pun baca je la "Statement" dari Mstar hari ini..Dan apa kata anda ?



Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah semalam menceraikan isteri baginda, Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar dengan talak satu.
Pengumuman khas mengenai perceraian itu diumumkan oleh Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Alaudin Pengiran Abu Bakar melalui web tv Radio Televisyen Brunei (RTB) di Brunei malam semalam.
Pengiran Alaudin turut mengumumkan kesemua pingat dan darjah kebesaran yang pernah dianugerahkan kepada bekas wartawan penyiaran TV3 itu ditarik balik serta-merta.
Pengumuman khas itu boleh diikuti di http://www.rtbnews.rtb.gov.bn/?c=newsDetail&news_id=10094.
Sultan Brunei menikahi Azrinaz pada 20 Ogos 2005 pada satu majlis tertutup di lokasi yang dirahsiakan. Beliau ketika itu berusia 26 tahun sementara baginda berusia 58 tahun.
Hasil perkahwinan tersebut pasangan diraja itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Abdul Wakeel pada 1 Jun 2006 dan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah pada 28 Januari 2008.

Diana Rafar Amal Baca Al-Quran ketika Hamil 5 Bulan

Posted: 16 Jun 2010 08:11 PM PDT

Alhamdulillah, kalau betullah apa yang Diana cakap ni semoga anak yang dilahirkan nanti akan menjadi anak yang soleh atau soleha.Ini kerana ayat-ayat Al-Quran mengandungi 1001 hikmah dan balasan yang tidak ada tolok bandingnya,ayat-ayat Al-Quran merupakan panduan dalam kita meneruskan kehidupan seharian.



SELEPAS 11 bulan mendirikan rumah tangga dengan Zamarul Hisham, pelakon Diana Rafar antara insan yang amat bertuah kerana dia sekarang sudah hamil lima bulan.
Diana menyedarinya berita gembira itu selepas berat badannya meningkat secara mendadak pada bulan kedua kehamilan.
Diana berkata, dia sangat gembira dan bersyukur kerana hasratnya menimang anak bersama suami tercinta akhirnya tercapai.
"Alhamdulillah, saya amat gembira dengan perkembangan ini," katanya.