MY ADHA™ | Sumber Maklumat Terkini, Jawatan Kosong |
- Semakan Keputusan Kemasukan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Julai 2010
- Sultan Brunei Ceraikan Azrinaz Mazhar Hakim
- 'Dendam Orang Minyak' di TV3
- Rakan Cop Kuala Lumpur cecah 88,000 ahli
- Radio 24jam guna aplikasi teknologi BE
- Piala Dunia cetus kegilaan vuvuzela
Semakan Keputusan Kemasukan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Julai 2010 Posted: 16 Jun 2010 09:06 PM PDT Semakan Keputusan Kemasukan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Julai 2010 boleh di buat di: - Saluran 1 https://online.mohe.gov.my/olf/web/form?OC=10&CC=20 - Saluran 2 https://online.mohe.gov.my/upu/online1011/semak_results/ UNIT PUSAT UNIVERSITI BAHAGIAN PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (KPT) http://upu.mohe.gov.my/ |
Sultan Brunei Ceraikan Azrinaz Mazhar Hakim Posted: 16 Jun 2010 08:51 AM PDT Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah semalam menceraikan isteri baginda, Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar dengan talak satu. Pengumuman khas mengenai perceraian itu diumumkan oleh Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Alaudin Pengiran Abu Bakar melalui web tv Radio Televisyen Brunei (RTB) di Brunei malam semalam. Pengiran Alaudin turut mengumumkan kesemua pingat dan darjah kebesaran yang pernah dianugerahkan kepada bekas wartawan penyiaran TV3 itu ditarik balik serta-merta. Pengumuman khas itu boleh diikuti di http://www.rtbnews.rtb.gov.bn/?c=newsDetail&news_id=10094. Sultan Brunei menikahi Azrinaz pada 20 Ogos 2005 pada satu majlis tertutup di lokasi yang dirahsiakan. Beliau ketika itu berusia 26 tahun sementara baginda berusia 58 tahun. Hasil perkahwinan tersebut pasangan diraja itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Abdul Wakeel pada 1 Jun 2006 dan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah pada 28 Januari 2008. - MSTAR |
Posted: 16 Jun 2010 08:49 AM PDT Sempena meraikan ulang tahun ke-26, stesen televisyen TV3 mengharapkan drama bersiri Dendam Orang Minyak yang disiarkan sejak 7 Jun lalu akan mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton. Drama terbitan Suhan Movies yang disiarkan menerusi slot Lagenda arahan Haris Kadir itu mempunyai 20 episod. Penulis skrip drama itu ialah Zaidi Ahmad Tajudin. Ia membariskan pelakon popular seperti Aqasha, Azhan Rani dan Melissa Maureen Rizal yang ternyata berkesan dalam memikat para penonton supaya terus mengikuti perkembangan jalan cerita yang mencemaskan. Dendam Orang Minyak yang telah memasuki episod ketujuh menyaksikan kebingungan Fendi (Aqasha), seorang wartawan jenayah yang terlibat dalam siri pembunuhan gadis-gadis tanpa kerelaan diri. Kehidupannya berubah setelah menjumpai dan menyarungkan sebuah cincin permata hitam dalam laci arwah ayahnya. Setelah diberikan amaran oleh ibunya, Fendi cuba menanggalkan cincin tersebut tetapi gagal. Malah dia langsung tidak sedar apa yang telah berlaku. Fendi telah dipergunakan oleh Wak Man untuk mencapai tujuannya dan dirasuk oleh Orang Minyak iaitu Lamin (Azhan Rani) yang mahu membalas dendam terhadap generasi musuh-musuhnya. Aina (Melissa Maureen Rizal) selaku pegawai penyiasat kes tersebut gagal menemui apa-apa maklumat dalam penyiasatan kes pembunuhan tersebut. Fendi mula mengesyaki tujuan sebenar Wak Man yang memandikannya dengan minyak hitam dan mahukan penjelasan daripadanya. Wak Man cuma mentertawakan Fendi dan menyatakan bahawa dia tidak mampu melarikan diri daripada keturunannya. Dalam mimpi aneh yang dialami oleh Fendi, dia sebenarnya mengimbas kembali kehidupan Lamin sebelum bergurukan Joyo. Setelah isteri Lamin, Melati diperkosa dan dibunuh dengan kejam, Lamin mahu menuntut bela daripada Semandan rakan-rakannya namun dihalang oleh Pak Guru Anding. Seman telah bersumpah bahawa dia tidak membunuh Melati tetapi mengesyaki bayang gelap yang sering merayau di kampung pada waktu malam. Lamin meninggalkan kampung dengan dendam dan bergurukan Joyo. Demi mencapai kekebalan dan kesaktian seperti Joyo, Lamin perlu memenuhi syarat-syarat tertentu. Lantas, adik-adik perempuan musuhnya menjadi mangsa Lamin. Meskipun Lamin berjaya dibunuh oleh Bakar dengan buluh kuning tetapi malangnya, dendam Lamin tidak berakhir di situ. Walaupun tidak berdaya untuk melawan Lamin yang kini berjaya menguasai dirinya, Fendi tekad melepaskan diri daripada rasukan tersebut termasuk sanggup memotong jarinya. Aina pula berusaha untuk menjejaki pembunuh sebenar di samping mengambil berat tentang perubahan yang berlaku pada Fendi. Dapatkah Fendi menyelamatkan diri daripada rasukan orang minyak tersebut? Apakah Aina berjaya membongkarkan rahsia Fendi dan apakah tindakan yang akan diambil kemudian? - MSTAR |
Rakan Cop Kuala Lumpur cecah 88,000 ahli Posted: 16 Jun 2010 08:07 AM PDT Rakan Cop semakin popular di ibu negara dengan menarik seramai 88,000 orang mendaftar sebagai ahli dalam program itu di seluruh Kuala Lumpur sejak pelancarannya pada 2006. Pegawai Turus Hal Ehwal Awam/Rakan Cop Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, ASP Suffian Sulaiman berkata, polis kini memberi tumpuan kepada pemandu teksi bagi menyalurkan maklumat melalui Rakan Cop. "Langkah ini dibuat kerana pemandu teksi dianggap sebagai mata dan telinga kepada polis dalam menyampaikan maklumat. "Pemandu teksi mengambil penumpang dari semua kawasan dan penumpangnya mungkin terdiri dari individu baik atau jahat... ini secara tidak langsung membolehkan pemandu teksi memperolehi maklumat khususnya dalam kes jenayah," katanya ketika dihubungi hari ini. Beliau berkata, pengusaha teksi dan pemandu teksi sememangnya aktif dengan Rakan Cop dan inisiatif itu merupakan usaha polis untuk mengaktifkan dan meningkatkan keahlian kumpulan itu dalam program Rakan Cop. Bagi sebarang maklumat lanjut orang awam boleh menghubungi Rakan Cop di talian 03-21159999 (Hotline Rakan Cop) atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip polis KL dan hantar ke 32728. – Bernama |
Radio 24jam guna aplikasi teknologi BE Posted: 16 Jun 2010 07:58 AM PDT Sebagai sebuah stesen radio berita pertama di Malaysia yang bersiaran 24 jam, kecekapan menjadi tunjang utama bagi Bernama Radio24 untuk memacu penyampaian berita paling pantas ke telinga pendengar. Peralihan dunia teknologi analog kepada digital yang kini diserap oleh industri-industri di seluruh dunia tidak mengecualikan stesen radio yang mula beroperasi sejak September 2007 itu untuk turut mengambil bahagian. Apakah adaptasi kemajuan teknologi yang diguna pakai Bernama Radio24 yang terkenal dengan segmen Kerusi Panas itu? Setelah berlakunya peralihan kepada dunia digital bagi stesen-stesen radio di seluruh dunia, sudah tentulah adaptasi perisian dan peranti-peranti pintar berkemampuan tinggi. "Bernama Radio24 mengguna pakai sistem Broadcast Electronics (BE) sebagai penyedia terkemuka untuk menyelesaikan misi kritikal ke udara dan radio Internet. Kemampuan BE meliputi pengurusan program, audio, data dan penghantaran digital," kata Ketua Pegawai Operasi (COO) Bernama Radio24, Sheikh Raffie Abdul Rahman. BE ialah pembuat terbesar sistem radio di Amerika Syarikat (AS). Selama lebih empat dekad, BE menjadi perintis perkembangan dengan menetapkan standard industri untuk inovasi dan kehandalan, sambil memberikan penyiar dengan pilihan baru untuk produktiviti operasi. Perkembangan teknologinya mengandungi peralatan terkini untuk kajian, reka bentuk produk baru, ujian dan fabrikasi prototaip. Perisian terbaik Kelancaran penyiaran Bernama Radio24 melalui sistem BE dipadankan dengan perisian-perisian penting yang kini mula diguna pakai stesen-stesen radio utama di seluruh dunia. Ia termasuk perisian Newsboss dan AudioVAULT Flex. "Newsboss memudahkan komunikasi penerbit dengan peneraju melalui alam maya dan membolehkan pembacaan berita disalurkan kepada peneraju secara digital dan akan dipaparkan di salah satu skrin di dalam konti. "Sistem yang digunakan membuktikan penyerapan teknologi Bernama Radio24 seiring kehendak semasa kerana ia ibarat pembacaan berita yang sering kita lihat di televisyen," jelas Raffie sambil memberitahu pembacaan teks laporan yang dicetak pada kertas tidak lagi praktikal dan memakan masa. Ia juga membenarkan capaian kepada semua berita dan skrip yang dikemaskini oleh setiap ahli di dalam kumpulan pemberita, memastikan berita yang tepat disampaikan semasa acara berita terpecah. Selain itu, kelebihan AudioVAULT pula adalah sebagai pengurus audio kerana ia menyediakan segala kelengkapan yang perlu bagi memudahkan capaian kepada fail-fail audio, sekali gus membantu penyampaian kandungan yang terbaik kepada pendengar. Ia dapat berkongsi data dan audio secara automatik melalui Internet, membenarkan anda memainkan kandungan komersial yang disesuaikan dan boleh menyesuaikan diri dengan aplikasi lain anda perlukan. Dalam pada itu, peranti pintar penting yang menghubungkan peneraju dengan komuniti di luar bilik konti ialah fader 16 panel Klotz Digital yang membenarkan sebarang kandungan ke udara. "Gabungan mikrofon peneraju dan komuniti di luar bilik konti, bukan sahaja di dalam bilik berita dikawal sepenuhnya oleh alat ini. Ia menentukan kandungan-kandungan yang akan disiarkan ke udara. "Ini termasuklah kandungan iklan, rakaman, lagu-lagu dan panggilan yang disambungkan melalui bilik hibrid oleh penerbit talian," katanya. Adaptasi laman interaktif sosial Kepantasan menjadi tunjang utama stesen Bernama Radio24 yang sentiasa mahu membekalkan pendengar dengan berita-berita terkini, sensasi mahupun terpecah. Justeru, capaian komunikasi yang terbaik antara wartawan dan bilik berita menjadi satu kemestian. Tidak seperti beberapa tahun dahulu, kecanggihan teknologi masa kini membenarkan sebarang perhubungan jarak jauh menjadi mudah hanya di hujung jari. Bernama Radio24 turut mengambil kesempatan di atas kewujudan laman web, laman interaktif sosial dan telefon pintar untuk sentiasa berhubung. Menurut Raffie, pengurusan tertinggi Bernama Radio24 dibekalkan dengan telefon pintar BlackBerry supaya mereka sentiasa dapat mengemaskini maklumat sesama mereka dan menjadikan komunikasi lebih pantas. "Para wartawan juga dimestikan membuka laman sosial Facebook dan Yahoo Messenger (YM) sebaik sahaja mereka sampai ke pejabat bagi mengemaskini sebarang laporan, aduan atau kandungan berita yang dihantar melalui sistem berkenaan. "Selain itu, YM penting kerana semua kakitangan termasuk penerbit dan peneraju berhubung melaluinya tanpa perlu bergerak ke sana sini. Ia mendorong komunikasi menjadi lebih efisien," katanya. Penggunaan e-mel juga semakin tidak praktikal ketika ini. Sistem komunikasi Bernama Radio24 bergantung kepada pembangunan teknologi komunikasi semasa yang menjadi trend dan ikutan ramai ketika ini. "Dengan adanya berita Top5 dalam senarai laporan Bernama Radio24, wartawan perlu memikirkan kaedah perhubungan terpantas untuk menyampaikan laporan mereka ke bilik berita sama ada melalui panggilan telefon, khidmat pesanan ringkas, Facebook, Twitter dan sebagainya. "Mereka juga bersiaran secara langsung menggunakan telefon bimbit terus dari lokasi tanpa menunggu untuk pulang ke pejabat terlebih dahulu," katanya. Dengan kemajuan teknologi tersebut, masyarakat turut dapat mengambil bahagian dalam melaporkan berita kepada wartawan atau bilik berita untuk tindakan lanjut. Komunikasi dua hala dengan pendengar dan masyarakat amat penting apatah lagi 80 peratus isi kandungan Bernama Radio24 adalah berita dan hanya 20 peratus lagu. Bagaimanapun, setiap laporan yang diterima perlu disahihkan terlebih dahulu bagi memastikan kredibiliti bahan berita. Dengan sumber yang pelbagai, Bernama Radio24 menjadi sebuah stesen radio yang bergerak seiring teknologi, dalam membantu kelancaran capaiannya kepada bahan berita dan menyalurkannya kepada pendengar. - KOSMO! |
Piala Dunia cetus kegilaan vuvuzela Posted: 16 Jun 2010 07:56 AM PDT JOHANNESBURG - Ketika ramai penonton televisyen di seluruh dunia merungut mengenai bunyi bingit vuvuzela sepanjang perlawanan Piala Dunia 2010, serunai tradisi masyarakat Afrika Selatan itu mulai popular di seluruh dunia. Jualan serunai panjang yang mampu membuat bising 144 decibel atau menyamai bunyi mercun itu semakin laris selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) semalam menolak gesaan mengharamkan vuvuzela di dalam stadium. Di Britain, permintaan alat tiupan itu bertukar menjadi demam vuvuzela apabila banyak pasar raya mendakwa 22,000 buah serunai tersebut dijual dalam tempoh 12 jam menjelang perlawanan England bertemu Amerika Syarikat Ahad lalu. Beberapa rangkaian pasar raya besar menempah 25,000 alat itu setelah mendapati setiap unit vuvuzela berjaya dijual setiap dua saat. Sementara itu, laman web runcit talian Amazon menyatakan jualan serunai tersebut meningkat sehingga 1,000 peratus. Carta popular iTunes Apple pula merekodkan beberapa laman muat turun bunyi daripada alat muzik itu. Antaranya, satu laman web yang dikenali sebagai Vuvuzela 2010 telah mencatatkan muat turun lebih 750,000 kali. Firma Van Schalkwyk pula memberitahu, mereka telah menjual vuvuzela yang diubah suai daripada asalnya tanduk lembu kepada serunai plastik. Ia dijual pada harga semurah £2.50 (RM12) di seluruh Eropah sejak Oktober tahun lalu. Setakat ini, lebih 1.5 juta unit vuvuzela berjaya dijual di seluruh benua tersebut. Di Afrika Selatan sahaja, jutaan unit alat tersebut sudah dijual sebelum kejohanan bola sepak terbesar di dunia itu berlangsung. - Agensi |
You are subscribed to email updates from MY ADHA™ | Sumber Maklumat Terkini, Jawatan Kosong To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |