Malaysian Gossips, Rumours, Celebrities & Pictures Blog |
- Dengarnya... Slash bakal beraksi di Kuala Lumpur
- Dengarnya... Personaliti buat aksi tak senonoh
- Peluang pendengar gilap bakat
- Jangan 'terus pancung’'mereka
- Pendatang tak sopan
- Konsep Trash the Dress yang unik
- Crocband Nation untuk demam bola
- Kesedaran, ikutan atau lepas tangan?
- Gurung pereka fesyen dari Nepal
- Cai Lin dipaksa berenang
- Khidmat bakti seorang puteri!
- Panduan penjagaan bayi jaundis
- Jaga pemakanan si manja
- Shahir mahu kekasih jujur
- Diana Rafar Hamil 5 Bulan
- Zamarul Ketagih Jadi Suri Rumah
- Berita IPTS: Pertukaran pelajar
- Kerjaya: Pereka grafik
- Gaya Hidup: Pelihara alam sekitar
- Banteras jenayah
- Mahu dikenali kerana bakat, bukan kontroversi
- Mampu bertahan 12 jam
- RM150,000 jerat tahi judi
- Didakwa hari ini
- Serangan cemburu
Dengarnya... Slash bakal beraksi di Kuala Lumpur Posted: 17 Jun 2010 03:12 AM PDT JIKA tiada aral melintang ataupun tidak mendapat bantahan mana-mana pihak, gitaris terkenal kumpulan Guns 'N Roses, Slash akan datang ke Malaysia bagi menjayakan Konsert Slash Live In Kuala Lumpur di Surf Beach, Sunway Lagoon Theme Park pada 5 Ogos depan. Persembahan istimewa yang dibawakan oleh syarikat penerbangan Firefly ini dijangka mampu menghiburkan peminat pemain gitar terkenal ini, terutama kepada kaki rockers! Wah! Cik Normah ini sebenarnya peminat rock juga! Pastinya taman tema itu nanti akan dipenuhi dengan rockers dari pelbagai lapisan usia. Maklum sajalah, Slash memang dikenali dan digemari oleh pelbagai lapisan usia. Dari mereka yang berusia 18 tahun hinggalah yang separuh abad, iaitu mereka yang membesar dengan lagu kumpulan Gun'N'Roses ini. Pastinya Cik Normah juga tidak mahu ketinggalan untuk menonton konsert gitaris terbabit. Lagipun, suami Cik Normah memang suka sangat kumpulan yang popular dengan lagu Sweet Child of Mine dan November Rain itu. alaupun lokasi itu mungkin akan dibanjiri lautan manusia tapi Cik Normah dan suami akan gigih menghadapi itu semua. Terlanjur bercakap pasal konsert Slash ini, Cik Normah berharap sangat agar pentas itu nanti akan menemukan Slash dengan Ratu Rock, Ella. Kalau boleh, Cik Normah berharap sangat agar penganjur dapat mengundang Ella sebagai pembuka tirai ataupun artis undangan kerana kita semua tahu, Slash pernah memetik gitar untuk sebuah lagu nyanyian Ella yang berjudul Pedih. Lagu itu memang sedap dan ditambah dengan petikan gitar Slash yang mendayu-dayu menjadikan lagu itu malar segar dan diminati sehingga kini. Disebabkan mereka pernah bekerjasama di dalam album, jadi apa salahnya jika Ella diundang sama menjayakan konsert itu. Cik Normah yakin pasti konsert itu akan menjadi lebih gempak. | ||
Dengarnya... Personaliti buat aksi tak senonoh Posted: 17 Jun 2010 03:09 AM PDT TERKEJUT merak Cik Normah apabila mendapat tahu perihal buruk yang dilakukan seorang personaliti yang boleh tahan popular ini. Rasanya bukan Cik Normah saja yang terkejut tetapi sesiapapun yang tahu apa yang dilakukan personaliti lelaki ini pasti akan memberi reaksi yang sama. Menurut sumber Cik Normah yang berada di nun selatan tanah air sana, perbuatan personaliti ini memang berani mati.Entahkan kerana dia ini memang suka mempamerkan benda yang terlarang ataupun pada masa itu dia berada di dalam keadaan bawah sedar. Ceritanya begini, kawan kepada sumber Cik Normah tadi pernah bersembang di sebuah laman sosial. Sedang asyik bersembang, tiba-tiba si personaliti ini bertindak seperti orang buang tabiat apabila dengan selambanya menanggalkan pakaian di hadapan kamera komputer miliknya sehingga tiada seurat benang pun membaluti tubuh. Barangkali terlalu ghairah sangat bersembang sehingga si personaliti terbabit terlupa bahawa siapa dirinya yang sebenar. Hello! Muka awak tu siapa yang tak kenal. Walaupun orang yang awak tayang tubuh tu suka dengan perbuatan tak senonoh itu, tapi harus diingat bahawa bila-bila masa saja dia boleh pecahkan rahsia yang tersimpan rapi itu. Hairan sungguh Cik Normah, personaliti ini tak belajar ke dari kesilapan yang pernah dilakukan mereka yang pernah terjebak sebelum ini. Gara-gara terlalu berani sangat beraksi lucah, akhirnya gambar yang sepatutnya menjadi milik peribadi akhirnya terpampang di internet dan disaksikan di seluruh dunia. Harapan Cik Normah, aksi terlampau personaliti itu tidak dirakam atau disimpan oleh mana-mana individu. | ||
Posted: 17 Jun 2010 03:07 AM PDT TERUJA, sebahagian daripada penonton yang hadir. BUKAN sekadar stesen radio tetapi Hot FM juga berasa terpanggil untuk turut terbabit mencungkil bakat baru tempatan yang bidang muzik. Ini bagi menyuntik semangat kepada anak muda yang berkebolehan supaya tidak berasa malu-malu untuk mengetengahkan kreativiti kerana Hot FM sudah menyediakan ruang untuk mereka. Sehubungan itu, stesen radio memperkenalkan segmen yang dikenali Hot FM Kita Punya sejak Januari lalu. Ketika itu segmen ini dikenali sebagai Hot FM Prelude yang menyiarkan lagu-lagu karya terbaru. Segmen Hot FM Kita Punya dikendalikan oleh Ikhwan setiap Sabtu dari 9 malam hingga 11 malam. Segmen itu memperdengarkan hampir 30 buah lagu baru karya anak muda tempatan. Pengurus Rangkaian Radio Media Prima, Anida Tahrim berkata, Hot FM mendapat penyertaan menggalakkan setiap minggu. Ada yang memuat turun ke dalam laman sesawang stesen radio ini, mengirimkan secara pos atau dihantar secara peribadi. Katanya, ada yang mengambil inisiatif membuat sendiri kulit album bagi single yang diciptanya itu. Bagaimanapun Hot FM akan menapis semula untuk memilih hanya yang terbaik boleh disiarkan. Disebabkan sambutannya yang menggalakkan itu, Hot FM menganjurkan konsert khas khusus untuk mempopularkan segmen ini. Kali pertama ia diadakan pada sebelah siang sebelum konsert Hot FM Big Jam di Pulau Pinang. Dan baru-baru ini, Hot FM Kita Punya mengadakan mini konsert di di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bersempena Festival Belia 2010. Persembahan yang berlangsung selama dua jam itu menyaksikan kemunculan beberapa kumpulan baru dan sudah mencipta nama seperti Azlan &The Typewriter, Tilu, Sharpshooter, API dan Joanna & Co menggamatkan lagi konsert itu. Selain Hot FM, mini konsert ini turut mendapat sokongan daripada dua stesen radio di bawah naungan Media Prima Radio iaitu, One FM dan Fly FM. One FM menganjurkan One FM Fresh Releasa, manakala Fly pula dengan konsert Fly FM Campur Chart. Anida berkata, selain memperdengarkan lagu-lagu ciptaan baru, Hot FM juga merancang untuk mengadakan bengkel khusus berkaitan penghasilan karya terbaru tidak lama lagi. Katanya, bengkel ini dirancang sejak tahun lalu, akan dilaksanakan juga selepas pertengahan tahun ini disebabkan laluan harus diberikan kepada anugerah berprestij yang berlangsung sejak awal tahun ini. Buat permulaan kita akan buka penyertaan kepada pendengar Hot FM yang berminat dalam selok belok penghasilan muzik. Tapi pertama kali diadakan ia agak terbatas. "Mungkin pada masa mendatang, kita boleh mengadakannya dalam konteks yang lebih besar. Pakar muzik dan seni yang diundang akan berkongsi tips untuk dijadikan panduan oleh peserta bengkel ini. Antara isu yang akan dibentangkan seperti tatacara pembikinan lagu, cara bermain instrumen, hak cipta, royalti dan sebagainya," katanya. | ||
Posted: 17 Jun 2010 03:03 AM PDT PESERTA program Imam Muda (kemeja biru), mengikuti operasi polis trafik menahan pesalah lalu lintas di sekitar Teluk Danga, malam tadi. TIGA tugasan sudah dilalui. Kini episod keempat siri pencarian Imam Muda membawakan pula tugasan mendekati golongan remaja bermasalah, terutama mereka yang terbabit dalam melakukan kesalahan jalan raya. Cara mereka mendekati golongan ini dipaparkan dalam program Imam Muda yang disiarkan menerusi Astro Oasis (saluran 106), esok jam 9 malam.Mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), kumpulan 10 Imam Muda ini buat pertama kalinya didedahkan bagaimana pihak berkuasa menjalankan operasi menahan pesalah lalu lintas di sekitar Teluk Danga, Johor Bahru - pengalaman pertama buat semua peserta dalam memahami tugas polis. Selepas mengharungi tugas menyempurnakan jenazah, mendekati wanita terlanjur dan memahami masalah kanak-kanak, tugasan kali ini lebih kepada mendekati remaja bermasalah yang terbabit dalam kegiatan 'mat rempit', mengubahsuai kenderaan selain tidak memiliki lesen motosikal dan cukai jalan. Sejak jam 9 malam, peserta Imam Muda ini sudah berkumpul untuk mendengar penerangan mengenai operasi harus dilalui mereka, terutama membabitkan langkah-langkah keselamatan. Dan bermula jam 12 tengah malam sehingga kira-kira 2.30 pagi mereka mengikuti operasi Cawangan Trafik PDRM Johor mengadakan sekatan jalan raya bagi mengetahui dengan lebih lanjut masalah golongan remaja yang menjadi sebahagian besar mereka yang ditahan melakukan pelbagai kesalahan lalu-lintas. Peserta Imam Muda, Muhammad Khairul Azhar Ghazali, 21, berkata dia melihat pelbagai ragam remaja yang melakukan pelbagai kesalahan sama ada ketika memandu kereta, menunggang motosikal mahupun menggunakan basikal yang diubahsuai. "Kami berpeluang menemui polis dan mengikut operasi ini yang agak mencabar, tetapi kami dikawal sepenuhnya polis dan melihat bagaimana mereka mengambil keterangan daripada pesalah lalu-lintas. Ramai antara mereka adalah remaja dan ada yang baru berusia 15 tahun," katanya yang berasal dari Kulim, Kedah. Khairul yang juga antara peserta termuda program terbabit melihat kehadiran mereka boleh mencetus imej baru pandangan umum terhadap golongan Imam di negara ini yang tidak hanya terhad kepada tanggungjawab di masjid dan tempat ibadat semata-mata. Malah katanya, Imam generasi baru boleh terbabit dalam semua lapangan yang secara langsung boleh menambah prestij kepada umum. Khairul menjelaskan dia tidak berasa kekok mendekati golongan remaja yang ditahan ketika operasi itu apabila dia mengamalkan pendekatan beramah mesra dengan mereka yang mendapat maklum balas baik. "Bagi golongan seperti ini, saya akan memperkenalkan diri terlebih dulu dan jangan 'terus pancung' dengan memarahi mereka, saya rasa cara ini cukup berkesan bagi mendekati mereka. "Apa yang saya dapati, golongan remaja seperti ini kurang perhatian keluarga dan penghayatan Islam. Perkara ini cukup serius dan ia perlu segera diatasi," katanya. Mohd Taufek Mohd Noh yang baru melangsungkan perkahwinan minggu lalu pula sependapat dengan Khairul bahawa golongan muda harus didekati dengan pendekatan berbeza dan tidak terlalu memaksa. "Mereka ini jika tidak didekati dengan betul akan memberontak untuk melepaskan marah mereka," katanya. Mengenai program Imam Muda, Taufek menjelaskan ia berupaya mengubah persepsi orang ramai bahawa peranan Imam bukan hanya setakat menguruskan kematian, tahlil, urusan masjid dan soal ibadat saja, sebaliknya peranan mereka lebih luas di kalangan masyarakat. | ||
Posted: 17 Jun 2010 02:56 AM PDT WARGA asing membanjiri kawasan pasar malam sekitar Senawang. SENAWANG: Kebanjiran warga asing yang mendiami beberapa taman perumahan di sekitar bandar Senawang, mengundang rasa kurang selesa sebahagian besar penduduk di kawasan itu bukan saja dari segi keselamatan, malah dari gelagat mereka yang berpakaian tidak sopan.Sekurang-kurangnya empat taman perumahan yang dikenal pasti paling ramai didiami warga asing iaitu Taman Desa Melor, Taman Tasik Jaya, Taman Senawang Jaya dan Taman Jasmin. Kebanyakannya dari Vietnam, Bangladesh, Indonesia, Nepal dan Thailand. Keadaan itu dipercayai berpunca akibat pertambahan pekerja asing di sektor perkilangan di sekitar itu. Penduduk tambah bimbang apabila kumpulan pekerja asing terbabit keluar secara berkumpulan antara 10 hingga 15 orang pada setiap hujung minggu untuk bersiar-siar di bandar dan pekan Senawang. Tinjauan Berita Harian di sekitar kawasan perumahan dan pasar malam di Taman Senawang Jaya dan Taman Satria setiap Ahad dan Rabu mendapati ramai warga asing keluar secara berkumpulan untuk bersiar dan membeli barang keperluan. Penduduk Taman Cempaka Senawang, Che Mahzom Man, 42, berkata dia mendapati bilangan pekerja asing yang mendiami kawasan itu kian bertambah setiap masa dan keadaan itu meresahkan penduduk sekitar. "Rata-rata penduduk khuatir dengan keselamatan mereka terutama kanak-kanak perempuan berikutan beberapa kejadian tidak bermoral yang sering dikaitkan dengan warga asing. "Bagaimanapun, kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka ditempatkan di situ oleh majikan dan sepatutnya diawasi majikan masing-masing," katanya. Ketua Perhubungan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Cawangan Negeri Sembilan, Mohd Fadil Baharudin, berkata kehadiran ramai warga asing sememangnya merimaskan penduduk. Beliau berkata, pelbagai aktiviti tidak sihat sering berlaku yang dikaitkan dengan warga asing sekali gus menjejaskan ketenteraman penduduk. "Pihak kami ada menerima beberapa laporan mengenai gelagat warga asing yang kurang sopan, termasuk mengganggu isteri atau gadis tempatan di khalayak ramai tanpa menghiraukan sensitiviti orang lain. "Kadangkala ada warga asing dengan selamba hanya memakai tuala tanpa baju berjalan-jalan di luar rumah hingga menimbulkan rasa kurang senang terutama di kalangan remaja perempuan dan isteri penduduk. "Kita bukan berniat untuk memandang serong, tetapi kehadiran mereka dan ditambah pula dengan tindakan yang dilakukannya tanpa mengambil kira sensitiviti penduduk beragama Islam, sememangnya merimaskan," katanya. Mohd Fadil berkata, sebelum ini ada kejadian pekerja warga asing lelaki dan perempuan berkurung dalam bilik pada malam hari, yang dikesan anggota skim rondaan sukarela (SRS) selain kes mereka mengganggu wanita tempatan yang membeli-belah di pasar raya. Malah, beliau berkata, ada juga pekerja asing itu yang tidak segan silu berpegang tangan antara lelaki dan perempuan sekali gus menimbulkan kebimbangan kanak-kanak akan terpengaruh melihat aksi memualkan. "Kita berharap pihak berkuasa dapat memantau masalah warga asing yang kian bertambah demi kepentingan dan keselamatan penduduk tempatan," katanya. | ||
Konsep Trash the Dress yang unik Posted: 17 Jun 2010 02:55 AM PDT
LAZIMNYA, gaun pengantin yang dipakai ketika meraikan hari bersejarah oleh pasangan mempelai akan disimpan untuk dijadikan kenangan. Selain kerana nilai sentimental, ia juga merupakan satu kenangan seumur hidup ketika disatukan bersama insan yang disayangi. Bagaimanapun ada juga pasangan pengantin yang rela 'melenyapkan' terus koleksi kenangan tersebut menerusi satu aliran fotografi yang lain daripada lain. Itu pembaharuan yang dibawa oleh jurugambar profesional, Edmund Tham Kok Mun, 30. Dia menampilkan konsep terus buang atau istilah yang digunakan Trash the Dress yang berasal dari Amerika Syarikat (AS). Menurut Edmund, dia mengambil idea yang dicetuskan di AS itu untuk mencipta konsepnya sendiri di Malaysia. Melalui konsep itu katanya, pengantin yang sudah meraikan majlis perkahwinan masing-masing dan tidak berminat untuk menyimpan gaun persandingan mereka bertindak melupuskan dengan cara tersendiri. ''Untuk itu jurugambar di sana telah tampil dengan konsep ini yang secara langsung akan merosakkan baju pengantin tersebut,'' katanya. Bagaimanapun, menurut Edmund, teori Trash the Dress yang diperkenalkannya tidak semestinya merosakkan baju pengantin itu menerusi pendekatan yang diambil. ''Walaupun ia dinamakan Trash the Dress ia tidak semestinya 'dihapuskan' atau 'dirosakkan' malah ia boleh dicuci semula dan kemudian simpan untuk dijadikan kenangan,'' ujarnya ketika ditemui di E Gallery miliknya di Damansara Perdana, baru-baru ini. Tambahnya, konsep tersebut tidak terhad pada baju pengantin. Malah ia boleh juga digunakan untuk pelbagai jenis baju dan barangan kesayangan lain. Konsep tersebut juga sebenarnya bergantung kepada kehendak dan permintaan pengantin itu sendiri dan ia akan dilaksanakan sebaik mungkin oleh jurugambar yang dipertanggungjawabkan. Mungkin ramai masih tertanya-tanya apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan konsep Trash the Dress. Mereka yang memilih konsep ini harus bersedia untuk mengotorkan pakaian pengantin atau barang kesayangan. Matlamatnya untuk memberikan keunikan tersendiri dalam mengabadikan kenangan istimewa dalam hidup pasangan itu. Pelbagai cara akan digunakan untuk merakamkan saat romantik mereka seperti dalam kolam renang, di bawah pancutan air, melumurkan gaun pengantin dengan ais krim, lumpur, minyak dan sebagainya. Malah ada yang sanggup mengoyakkan serta membakar baju pengantin demi mencari keunikan. Sebab itu ia dinamakan Trash the Dress | ||
Crocband Nation untuk demam bola Posted: 17 Jun 2010 02:52 AM PDT
DEMAM bola sepak piala dunia semakin hangat apabila bermulanya sepak mula di Afrika Selatan. Anda boleh menyertai kehangatan ini dan menyokong pasukan pilihan dengan Koleksi Crocband Nation baru daripada Crocs. Berharga RM179 sepasang, Koleksi Crocband Nation memberi anda peluang menunjukkan warna pasukan pujaan anda dalam keselesaan. Kasut warna-warni Crocband Nation diperbuat daripada bahan Croslite yang begitu ringan dan menggunakan kecanggihan teknologi Crocs tersendiri. Rekaan dan warna-warna terang yang melambangkan negara gergasi bola sepak, iaitu Argentina, Australia, Brazil, England, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Korea, Belanda, Afrika Selatan, Sepanyol dan Amerika Syarikat. Crocband Nation membawakan 13 rekaan kasut sukan dengan bahagian tengah tapak yang melapik dan menyokong kaki. Anda boleh memilih kasut Crocband Nation kegemaran anda dan menyertai demam bola sepak yang semakin hangat. Jangan lupa memberikan sentuhan peribadi kepada kasut anda dengan menambah butang jibbitz. Sempena pesta bola sepak di Afrika Selatan, pelanggan yang membeli Crocband Nation di mana-mana kedai konsep Crocs akan menerima rantai kunci mini Crocband Nation yang eksklusif. Anda juga berpeluang menyertai peraduan bagi memenangi hadiah pertama satu set kasut Crocband merangkumi 13 rekaan berasingan serta set 13 rantai kunci mini Crocband. Selain itu, jika anda memesan mana-mana pizza di Souled Out Cafe di Desa Sri Hartamas daripada 11 Jun hingga 11 Julai 2010, anda akan menikmati diskaun 10 peratus dengan hanya menunjukkan resit asal Crocs. Pelanggan Souled Out Cafe yang berbelanja sebanyak RM150 ke atas pula akan menerima baucer tunai RM30 daripada Crocs bagi pembelian mana-mana model. | ||
Kesedaran, ikutan atau lepas tangan? Posted: 17 Jun 2010 02:50 AM PDT
KEM Super Muslim, Kem Perkasa Diri, Kem Anak Soleh, Kem Smart Solat, Kem Insan Cemerlang, Summer Camp, Kem Smart Al-Quran, Kem Sains, dan Kem Motivasi & Bina Kecemerlangan antara program-program yang sinonim dengan musim cuti sekolah. Selain yang berasaskan agama, ada banyak lagi kem lain termasuk yang berbentuk fizikal dan rekreasi. Walau apa pun namanya, matlamat penganjuran kem-kem seperti itu adalah sama - mengisi masa cuti para pelajar dengan aktiviti bermanfaat. Malah kem ini dikatakan menjadi landasan terbaik untuk membentuk jati diri kanak-kanak dan remaja agar seimbang rohani dan jasmani. Sekali gus sejajar dengan keperluan pendidikan negara. Persoalannya, sejauh manakah keberkesanan kem-kem tersebut? Adakah ia benar-benar mencapai matlamat yang ditetapkan? Adakah kecenderungan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke situ kerana kesedaran? Atau mereka sekadar terikut-ikut dengan apa yang orang lain buat. Mungkin juga ia satu pelepasan mahupun pelarian (escapism) ibu bapa daripada dibebani kerenah anak-anak di sepanjang cuti tersebut? Atau, mungkinkah kerancakan penganjuran program-program yang tumbuh seperti cendawan lepas hujan hanya bermotifkan keuntungan oleh pihak penganjur? Penolong Pengarah Pembangunan Sahsiah, Masjid Negara, Kuala Lumpur, Amru Alhaz Adnan berkata, penganjuran program-program berbentuk kem, sebenarnya sudah menjadi lumrah atau kebiasaan setiap kali menjelangnya musim cuti persekolahan. Beliau akui, memang ia sudah menjadi satu trend atau budaya kepada masyarakat, waima apa pun bangsa dan latar belakang status kehidupan mereka. Disebabkan permintaan yang tinggi katanya, ia membuka peluang kepada pihak pengendali untuk menganjurkan pelbagai bentuk program perkhemahan sekali gus mengaut keuntungan yang tidak sepatutnya. Tetapi katanya, tidak boleh dinafikan kewujudan program bertitik tolak daripada kesedaran ibu bapa itu sendiri. " Malah budaya ini boleh dikira sebagai sesuatu yang membawa kepada situasi menang-menang," kata Amru ketika ditemui pada majlis penutup 'Kem Ibadah Kanak-Kanak Siri I' anjuran Masjid Negara, Kuala Lumpur sempena cuti sekolah baru-baru. Katanya, sambutan hangat terhadap program itu terbukti dengan tawaran kerjasama yang diterima oleh Masjid Negara sendiri. "Sejak pihak masjid menganjurkan kem ibadah sama ada untuk kanak-kanak mahupun remaja iaitu dari tahun 2000, ramai pengendali atau syarikat perunding swasta yang menawarkan kerjasama. Ia cukup menyakinkan kita bahawa program ini bukan lagi ikutan dari barat tetapi sudah membudaya di negara ini. "Apabila kita sebut pengendali swasta, yang terbayang di kepala kita, ia berorientasikan keuntungan sehingga mengenepikan soal keberkesanan. Seperkara yang perlu ditegur adalah harganya yang boleh dikategorikan agak membebankan terutamanya kepada yang beranak ramai. "Walaupun pengisiannya berkualiti, namun kekurangannya ialah ia tidak ada program susulan. Hakikatnya, tempoh kurang tiga hari itu, adalah bukan jaminan untuk mengubah seseorang itu, apa lagi tanpa pemantauan selepasnya," tegas Amru. Justeru ibu bapa perlu mengutamakan aspek pengisian dalam pemilihan program. Mengulas sikap segelintir ibu bapa yang memperlekehkan perubahan anak-anak mereka dengan kata-kata sindiran, hangat-hangat tahi ayam. Pesan Amru: "Itu adalah satu tindakan yang merugikan." Sikap tidak sihat itu berpunca daripada sikap ibu bapa meletakkan tanggungjawab mendidik dan membentuk anak-anak mereka di bahu guru dan fasilitator. Lantaran itu, sokongan ibu bapa penting dalam meneruskan kesinambungan ilmu yang diperoleh ketika mengikuti kem-kem cuti sekolah. Menyentuh tentang program Kem Ibadah di Masjid Negara, kata Amru, program tiga hari yang bermula 4 hingga 6 Jun lalu disertai 92 kanak-kanak, usia 10 hingga 12 tahun sekitar Lembah Kelang. Sebelum ini katanya, kem-kem ibadah banyak dilaksanakan di luar premis masjid. Jika ada pun jumlahnya tidak banyak. Justeru ujarnya, ia sebagai satu cara menarik kalangan kanak-kanak dan golongan remaja mendekati masjid. Sekali gus mengubah persepsi mereka tentang peranan sebenar masjid yang bukan hanya sebagai tempat melaksanakan ritual agama seperti solat wajib atau solat sunat, tadarus bulan Ramadan, sambutan hari kebesaran dalam kalendar Hijrah. Tetapi sebenarnya, secara tidak langsung, menjelaskan bahawa masjid adalah sebuah tempat komuniti, di mana dianjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti; tuisyen, kelas-kelas agama dan tidak terkecuali kem-kem ibadah, bila tibanya cuti penggal persekolahan. Oleh itu, kata Amru, penekanan di dalam program ini adalah menjurus kepada kefahaman dan penghayatan tentang akidah. "Ini kerana kefahaman kepada perkara asas ini akan dapat mencetuskan rasa 'Tahu, Mahu dan Mampu' melaksanakan ibadat kepada Allah SWT. "Sebab itulah, kalau program-program sebelum ini, pendekatannya lebih kepada teori di dalam kelas tetapi pada siri pertama tahun ini, kita cuba selitkan dengan pengisian yang menarik. "Antaranya; 'Riadah Berkonsep', 'Bisikan Nurani', 'Smart Solat', 'Mutiara Iman' dan 'Anak Soleh Permata Bonda'. "Harapan kami, apabila tamat nanti, kanak-kanak ini taat perintah Allah, ibu bapa dan guru. "Selain itu, membentuk generasi yang berakhlak mulia dan jati diri tinggi dalam menghadapi cabaran hidup yang semakin mencabar," katanya mengakhiri perbualan. Sementara itu, pada majlis penutupan program, Penolong Pengarah Kanan, Unit Pendidikan Masjid Negara, Ehsan Mohd. Hosni mewakili Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad menyampaikan sijil kepada fasilitator dan peserta. | ||
Gurung pereka fesyen dari Nepal Posted: 17 Jun 2010 02:49 AM PDT
PEREKA fesyen muda dari Nepal, Prabal Gurung pernah dipelawa majalah gaya ternama dunia dan mendapat pujian tertinggi di atas rekaannya untuk beberapa pelakon wanita terkenal Hollywood. Malah wanita pertama Amerika Syarikat (AS), Michelle Obama turut memakai pakaian rekaan Gurung. Ia menjadi bukti kepada ibu bapanya bahawa pereka muda itu sudah berjaya mencapai impiannya yang selama ini dianggap mustahil. Kedua ibu bapanya yang menetap di Kathmandu sering tidak mempercayai keupayaan anak mereka iti. "Ibu akan berkata, beritahu ibu apabila Michelle Obama memakai satu daripada rekaan awak. "Dia adalah orang pertama yang saya hubungi apabila saya mendengar berita itu," kata Gurung yang menetap di New York kepada AFP ketika lawatan singkatnya ke kampung asalnya, di Nepal. Gurung, yang enggan mendedahkan usia sebenarnya hanya memaklumkan berumur dalam lingkungan 30-an, adalah seorang daripada pereka fesyen muda paling berjaya di New York. Sebelum ini, pelakon terkenal Hollywood, Demi Moore memuji rekaannya. Rachel Weisz mengenakan pakaian ciptaannya ketika berjalan di karpet merah dan Pengarang majalah berpengaruh American Vogue, Anna Wintour juga menyokong kerjayanya. Bagaimanapun, di Nepal, kerja menyiapkan pakaian lebih sinonim sebagai kerja untuk buruh wanita dan golongan kasta rendah tetapi dia membuktikan kejayaannya yang jarang sekali dikecapi penduduk Nepal. "Sudah tentu saya tidak terkenal (di Nepal) seperti pelakon terkenal , Bhuwan KC," gurau Gurung. Hasil rekaan pakaian Gurung juga tidak murah, Dilaporkan ia dijual pada harga AS$1,400, iaitu hampir empat kali ganda purata pendapatan tahunan penduduk Nepal. Gurung yang pulang ke Nepal setiap tahun untuk berjumpa keluarga, mengabadikan kejayaannya dalam industri fesyen kepada ibu dan kakaknya. Mereka mengusahakan sebuah kedai pakaian di Kathmandu ketika dia membesar. "Orang yang menjadikan saya berjaya seperti hari ini adalah keluarga saya terutama ibu," ujar Gurung yang mana ibu bapanya menentang kelaziman adat perkahwinan kerana kedua-duanya berasal dari latar belakang berbeza. Ibunya berasal dari dinasti politik Rana yang memerintah Nepal pada abad ke-20, manakala bapanya dari keluarga kelas pekerja biasa. Pasangan itu berhijrah ke Singapura selepas berkahwin tanpa persetujuan ibu bapa dan Gurung dilahirkan di negara utu dan hanya pulang ke Nepal setelah remaja. Sama seperti kebanyakan rakyat Nepal dari golongan pertengahan, dia menerima pendidikan di India dalam pengurusan hotel sebelum mengikuti kursus di Institut Teknologi Fesyen Negara di New Delhi. Ketika menuntut di institut itu, Gurung menyedari dia sudah menemui apa yang mahu dilakukannya. Selepas tamat belajar, dia bekerja dengan pereka fesyen Mumbai, Manish Arora, yang memodenkan pakaian tradisi India sehingga menerima penghargaan antarabangsa. Gurung bagaimanapun, ingin lebih mendalami industri fesyen antarabangsa dan pada 1999, selepas menetap beberapa ketika di London dan Sydney, dia berpindah ke New York dan bekerja sebagai pelatih kepada pereka, Donna Karen. Langkahnya dalam industri fesyen terus selesa apabila dia mereka pakaian untuk beberapa pusat fesyen di New York termasuk untuk Cynthia Rowley dan Bill Blass. Seterusnya dia dinaikkan pangkat menjadi pengarah rekaan. Tahun lalu, impiannya untuk memiliki produk sendiri tercapai apabila melancarkan perniagaan sendiri dan menganjurkan pertunjukkan fesyen pertamanya ketika Minggu Fesyen New York Februari lalu. "Saya masih ingat ketika remaja, saya menonton sebuah pertunjukkan fesyen di televisyen dikenali Style by Elsa Klench di saluran CNN dan saya tidak pernah terfikir saya mampu melakukan perkara yang sama," katanya. | ||
Posted: 17 Jun 2010 02:47 AM PDT
MULA-MULA kena paksa, lama jatuh cinta. Itu reaksi perenang kebangsaan, Khoo Chai Lin apabila ditanya tentang penglibatan awalnya dalam sukan renag. Katanya, sewal usia tiga tahun dia telaj dipaksa oleh ibunya ke kolam renang untuk dilatih berenang bersama dua orang kakaknya. Mengenang perjalanan hidupnya, Cai Lin mengakui hatinya sering memberontak ketika itu kerana tidak meminati aktiviti berkenaan, namun menyedari sikap ibunya yang amat bertegas mahu dia menguasai ilmu renang membuatkan diriny tidak dapat 'melepaskan diri' daripada rutin itu. Gadis berusia 22 tahun ini berkata, sebagai kanak-kanak hatinya 'menangis' kerana kebanyakan waktu terluang perlu diisi dengan aktiviti yang tidak digemarinya. Namun, benarlah kata orang setiap ibu bapa lebih tahu apa yang mereka rencanakan untuk anak-anak kerana ia tentunya semata-mata untuk kebaikan anak-anak. "Paksaan ibu akhirnya membuatkan saya jatuh cinta pada aktiviti ini, melakukannya dengan lebih gembira dan serius," katanya sambil tersenyum ketika ditemui di Pusat Akuatik Nasional, Stadium Nasional Bukit Jalil, baru-baru ini. Malah daripada paksaan itu dia mencipta kejayaan apabila namanya terpahat sebagai perenang kebangsaan. Pada usia 19 tahun, Cai Lin berjaya memadamkan rekod 20 tahun yang dipegang seorang perenang Malaysia, Nurul Huda dalam acara 200 meter gaya kupu-kupu. Rekod itu dicatat oleh Nurul Huda di di Sukan Olimpik Seol pada 1988. Sejak itu, beberapa kejayaan penting di peringkat antarabangsa terus digenggam atlit Selangor itu termasuk memenangi pingat emas, perak dan gangsa di Sukan SEA Laos 2009, pingat emas di Terbuka Indonesia 2009 dan Kejohanan Dunia FINA Rom 2009. Kejayaan lain turut menyusul apabila dia menggondol pingat emas di Olimpik Mini Bukit Jalil 2009 dan Japan International Short Course 2010. Di peringkat kebangsaan, kejayaan dikecapi Cai Lin ialah memenangi emas di Kejohanan Malaysia Negeri Sembilan 2009, emas dan gangsa di Terbuka Malaysia 2010 dan Peringkat Umur Kebangsaan 2010. Cai Lin berbangga kerana biarpun kebanyakan usia remajanya dihabiskan dengan latihan di kolam renangh, namun ia berbaloi dengan pelbagai kejayaan yang dicapai. Malah semua itu juga menjadikan dia lebih cekap dan berdisiplin. "Orang mungkin lihat saya rugi kerana perlu meluangkan masa dari Isnin hingga Sabtu untuk latihan renang selama berjam-jam. "Di sebalik latihan ketat, saya amat berbangga kerana kejayaan yang saya kecapi dan apa yang saya lalui lebih berharga berbanding kebanyakan rakan sebaya saya," katanya. Waktu terluang yang amat terhad juga membuatkannya lebih rapat dengan keluarga kerana dia seboleh-bolehnya akan meluangkan masa yang ada untuk mendampingi ahli keluarga. Individu atau 'tulang belakang' kepada kejayaannya itu kata Cai Lin, sudah tentu ibunya dan dua orang kakaknya yang juga terbabit dengan sukan renang peringkat kebangsaan. Menurut Cai Lin, dia juga menganggap kegemarannya meminum susu sejak kanak-kanak amat membantu dalam menjadikan tubuh badannya cukup sihat, cergas dan mantap. "Ketika kanak-kanak, saya suka minum susu dan tabiat itu berlarutan sehingga hari ini. Saya percaya 'keajaiban' yang ada dalam susu. "Kemungkinan saya tidak akan berapa pada tahap hari ini jika saya tidak mengambil khasiat tambahan seperti susu," ujarnya merendah diri. | ||
Posted: 17 Jun 2010 02:44 AM PDT
PADA 24 Mei lalu, saya menerima panggilan telefon daripada Wan Muazam Ismail, Pengurus Perhubungan Awam Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) memaklumkan YTM Tunku Puteri Intan Safinaz, Puteri KBDYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Sultan Kedah memperkenan saya menghadap dan menemuramahnya sempena majlis penganugerahan pangkat kepada Tunku Puteri yang berlangsung pada 26 Mei lalu di Istana Anak Bukit. Bagaikan orang mengantuk disurungkan bantal, pelawaan itu tentunya tidak akan saya tolak begitu sahaja, biarpun berdepan dengan dateline yang hampir tenat. Usai majlis pelancaran majalah i-Sihat pada 25 Mei, saya terbang ke Alor Setar ditemani jurugambar, Mohd. Faridzwan Hasbullah. Sebelum ini saya telah beberapa kali menemu ramah Tunku Puteri Intan Safinaz untuk Mingguan Malaysia, Mega, Utusan Malaysia semasa saya bertugas di kedua-dua unit tersebut dan tentunya juga untuk majalah nombor satu wanita Malaysia, WANITA. Kali akhir saya menemu ramah Tunku Puteri lebih kurang enam tahun lalu di mana Tunku Puteri banyak berkongsi cerita mengenai perancangannya untuk memantapkan YSB yang ditinggalkan Almarhum bondanya, Sultanah Bahiyah. Selain itu, kami kerap bertemu pada majlis-majlis rasmi yang dihadiri Tunku Puteri Intan Safinaz kebanyakannya membabitkan majlis amal YSB sama ada di Kuala Lumpur atau di Alor Setar. Namun pertemuan kali ini berlainan sama sekali kerana tugasan ini sempena pengiktirafan yang diberi kepada seorang puteri raja yang telah mengangkat martabat wanita Malaysia. Tunku Puteri Intan Safinaz dianugerahkan pangkat Brigadier Jeneral kerana khidmat baktinya di dalam Askar Wataniah negeri Kedah Darul Aman. Saat manis itu lebih bermakna apabila pangkat itu disematkan sendiri oleh Ayahanda Tunku Puteri, KBDYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Tuanku Sultan Kedah. Majlis berlangsung di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Turut berangkat, Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun. Sebagai anak jati Kedah tentunya saya amat bangga puteri kesayangan rakyat Kedah diberi pengiktirafan yang tinggi di dalam bidang ketenteraan. Sebagai wanita pula tentunya kebanggaan saya berganda kerana Tunku Puteri Intan Safinaz telah mengangkat martabat wanita negara ini dalam bidang ketenteraan. Tahniah dan syabas Tunku Puteri! Askar wataniah adalah satu kerjaya sukarela yang memerlukan ketelusan dan keikhlasan hati untuk melaksanakannya. Dan perkara ini terlihat jelas pada komitmen yang telah dicurahkan oleh Tunku Puteri. Tuanku Puteri Intan Safinaz dikenali sebagai puteri raja yang prihatin dan mendahulukan rakyat negeri Kedah khasnya wanita dan kanak-kanak dalam apa juga perkara. Sikapnya itu dilihat daripada kerja amal dan khidmat baktinya membangunkan rakyat negeri Kedah khasnya mereka yang tinggal di kawasan kampung melalui YSB. Sebut sahaja di mana, jika terdengar ada yang ditimpa malang dan menghadapi kesusahan pasti Tuanku Puteri akan turun padang bertanya khabar dan menghulurkan bantuan. Sejam berbual dengan Tunku Puteri banyak yang cerita yang dikongsi. Saya amat kagum dengan komitmen yang diberikan Tunku Puteri terhadap Askar Wataniah yang dipimpinnya. Bukan mudah untuk Tunku Puteri sampai ke tahap ini dan menjalani latihan lasak untuk melayakkan Tunku Puteri menerima pelbagai pangkat di dalam Askar Wataniah itu. Menolak ke tepi statusnya sebagai puteri raja, Tunku Puteri melalui kesemua jenis latihan yang ditetapkan termasuk membaca lebih 40 modul elemen ketenteraan dan melakukan latihan lasak seperti merentas desa, belajar menembak, membaca peta serta paling mencabar bagaimana untuk survival semasa di hutan. "Jika tidak buat, kita tidak tahu bagaimana susahnya untuk menjadi askar. Ia mengajar kita menjadi lebih berdisiplin. Saya gembira dan bersyukur kerana berjaya melepasi semua rintangan itu dan bersedia untuk dikerah ke mana sahaja,'' antara kata-kata Tunku Puteri yang melekat di ingatan saya. Lalu teringat saya ketika zaman persekolahan dulu, Tunku Puteri yang ketika itu sangat comel dan cergas sering dibawa oleh Ayahanda dan Almarhum bondanya menghadiri majlis ucapan di Sekolah Menengah Sultanah Asma (SAS) di mana saya belajar. Setiap tahun saya berusaha untuk mencapai kejayaan supaya dapat naik ke pentas menerima hadiah daripada Almarhum Sultanah Bahiyah. Terpandang wajah Tunku Puteri, kenangan manis itu menjelma semula. Tidak berbeza, kelembutan dan keramahan Tunku Puteri sama seperti Almarhum bondanya Sultanah Bahiyah yang kekal di ingatan rakyat Kedah sampai kini. Tutur kata, senyuman dan gelak ketawanya menjadikan suasana lebih selesa untuk saya berbual dan bertukar-tukar pendapat. Banyak lagi yang Tunku Puteri luahkan dalam pertemuan kami itu. Semuanya saya himpunkan untuk tatapan pembaca di dalam majalah WANITA keluarga Julai 2010 yang kini telah berada di pasaran dengan penghias muka depannya adalah Tunku Puteri Intan Safinaz, puteri raja berjiwa waja. Menjunjung kasih Tunku Puteri! Salam, | ||
Panduan penjagaan bayi jaundis Posted: 17 Jun 2010 02:42 AM PDT
BAYI yang baru lahir berisiko menghidap demam kuning atau dikenali sebagai jaundis, sama ada bersifat normal atau patologi. Lebih kurang 50 ke 60 peratus bayi yang lahir cukup bulan mengalami jaundis pada minggu pertama hingga ke minggu kedua selepas dilahirkan. Jaundis juga biasanya berlaku kepada bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan. Pada sesetengah bayi, ia berlaku hanya sekejap, tidak merbahaya dan akan hilang sendiri atau dengan rawatan yang ringkas . Tetapi dalam kes-kes tertentu, ia boleh menjadi serius dan perlu diberi perhatian. Jaundis boleh dikesan dengan melihat tanda-tanda seperti bahagian putih mata dan juga kulit yang bertukar warna kekuningan. Kesan itu dapat dilihat dengan jelas apabila ditekan. Ia bermula dari bahagian kepala dan semakin menurun ke bahagian bawah badan. Bayi jaundis juga akan kerap tidur. Biasanya bayi yang lahir mengalami warna kekuningan ini disebabkan pigmen kuning atau lebih dikenali dengan nama bilirubin yang meningkat dalam darah. Bilirubin ini berlaku akibat pemecahan sel-sel darah merah sewaktu bayi lahir. Ketika bayi dalam kandungan, bilirubin dibuang melalui plasentra dan seterusnya oleh organ. Hati dari ibu akan diolah menjadi bilirubin untuk dibawa ke usus dan seterusnya dibuang melalui proses tinja. Namun setelah bayi lahir, proses tadi akan dilakukan oleh hati bayi itu sendiri. Disebabkan fungsi hati belum sempurna, proses itu lebih lambat menyebabkan bilirubin tetap tinggi dalam bayi. Bilirubin inilah yang masuk ke jaringan kulit sehingga bayi kelihatan kuning pada keseluruhan tubuh dan matanya. Bagi bayi normal, setelah tiga atau empat hari kelahirannya, kadar bilirubin akan menurun perlahan-lahan seiring dengan pertambahan fungsi hatinya. Biasanya bila umur mencecah tujuh hari, bayi sudah tidak kelihatan kekuningan lagi. Inilah penyakit kuning yang bersifat fisiologi atau normal dan tidak berbahaya bagi bayi. Namun, berbeza pula bagi yang menghidap penyakit kuning patologi. Ia timbul lebih cepat dan biasanya 24 jam setelah kelahiran dan peningkatan kadar bilirubin di dalam darah bayi juga berlaku dengan lebih cepat. Jenis penyakit kuning seperti ini boleh disebabkan oleh jangkitan pada bayi, ketidaksesuaian jenis darah ibu dan bayi, serta kes yang jarang berlaku disebabkan kekurangan enzim G6PD (glukosa 6 Phosphate Dehidrogenase). Enzim ini terdapat di dalam dinding sel darah merah yang berfungsi untuk mencegah sel-sel darah merah. Apa perlu dilakukan Pemeriksaan akan dibuat dengan menekan kulit bayi atau mengambil darah untuk mengukur tahap bilirubin. Untuk memeriksa sendiri, bagi kulit bayi berkulit cerah, boleh diletakkan di tempat banyak cahaya atau lampu. Tekankan kulit secara lembut dengan jari anda di bahagian hidung, dahi atau dada, jika terdapat kesan kekuningan apabila jari diangkat bermakna bayi anda mengalami jaundis. Bagi bayi berkulit gelap, boleh periksa gusi atau mata putih. Biasanya ia tidak memerlukan rawatan. Jika memerlukan rawatan, ia dirawat menggunakan phototerapi iaitu menggunakan cahaya. Bayi dibogelkan, mata ditutup dan diletakkan di bawah cahaya bililight. Jika ditahap yang terlalu tinggi, penukaran darah akan dilakukan. Kebanyakan kes jaundis ini tidak memerlukan rawatan phototerapi. Berikut disenaraikan langkah yang boleh dibuat untuk mengelak atau merawatnya. lMenyusukan bayi dari awal dan dengan kerap. Kolostrum akan bertindak sebagai laksatif dan kekerapan membuang najis akan merendahkan tahap bilirubin. lElakkan mengambil air tambahan. Hanya dua peratus bilirubin keluar melalui air kencing dan 98 peratus keluar melalui najis. Kolostrum dan susu yang mengandungi lemak akan menstimulasikan pergerakan membuang air besar. Jika bayi anda kenyang dengan air dia akan kurang menyusu. lGalakan bayi anda berjaga dan menyusu setiap dua jam. lJika bayi tertidur ketika menyusu badan dan membuang air besar kurang dari tiga kali sehari, cuba perah susu anda menggunakan tangan atau pam dan beri kepada bayi anda. lDedahkan kepada cahaya secara tidak terus kerana kulit bayi sensitif. Buka pakaian serta lampin dan letak di dalam bilik yang ada banyak cahaya. | ||
Posted: 17 Jun 2010 02:40 AM PDT
BAGI menjamin kesihatan si kecil, makanan yang mencukupi dan berzat amat penting. Sekiranya 'buah hati' sering diserang penyakit, pasti selera makan juga akan terganggu. Bagi merangsang selera mereka sehingga sembuh, perubahan cara pemakanan dan sumber zat makanan yang diberikan amat penting dan perlu diberi perhatian. Demam Kanak-kanak yang demam biasanya akan hilang selera untuk menikmati makanan pejal, selain itu tubuh mereka juga kehilangan air. Kanak-kanak yang kekurangan air dalam tubuh biasanya tidak banyak mengeluarkan kencing dan warna air kencingnya juga berubah menjadi lebih pekat. Mereka mesti digalakkan meminum lebih air seperti jus oren, ribena atau barli. Harus diingatkan bagi mengelak si kecil muntah elakkan daripada memaksa mereka minum dengan kuantiti yang banyak. Lebih baik sekiranya memberikan mereka minum sedikit demi sedikit tetapi secara kerap. Sekiranya si kecil lapar, cuba ubah seleranya kepada masakan yang berkuah seperti sup. Malah roti yang dicampur dengan telur separuh masak bersama kicap juga disyorkan untuk diberikan kepada si kecil. Muntah-muntah Kanak-kanak yang muntah selalunya rumit diberi minum atau makan, lebih-lebih lagi ubat yang diberikan oleh doktor. Bagaimanapun, mereka boleh digalakkan untuk menghisap air batu atau ais yang telah dihancurkan. Sekiranya boleh, mereka digalakkan minum air melalui straw secara sedikit demi sedikit. Apabila dilihat mereka tidak muntah lagi, bolehlah mereka minum dengan banyak. Cirit-birit Bayi yang mengalami cirit-birit berisiko mendapat dehidrasi dan boleh membahayakan nyawa. Sekiranya si kecil kelihatan keletihan bernafas dengan kencang, mata seolah-olah tenggelam atau terdapat darah atau nanah dalam najis segeralah berjumpa doktor. Penyakit cirit-birit yang menyerang kanak-kanak sebenarnya berpunca daripada virus dan boleh dirawat dengan memberikan minuman larutan garam bercampur gula. Bagi bayi-bayi yang menyusu ibu pula bolehlah diteruskan manakala bayi yang minum susu formula hendaklah dicairkan sedikit bancuhannya atau diberhentikan serta -merta sekiranya bertambah serius. Sakit tekak dan batuk Kanak-kanak yang diserang penyakit radang tonsil biasanya berasa sakit apabila menelan sesuatu jenis makanan. Bagaimanapun tidak perlu bimbang dengan jangkitan ini kerana ia boleh surut dalam beberapa hari dan diet yang biasa boleh dimulakan kembali secara beransur-ansur. | ||
Posted: 17 Jun 2010 02:38 AM PDT
| ||
Posted: 17 Jun 2010 02:37 AM PDT
| ||
Zamarul Ketagih Jadi Suri Rumah Posted: 17 Jun 2010 02:30 AM PDT
| ||
Berita IPTS: Pertukaran pelajar Posted: 17 Jun 2010 02:25 AM PDT PESERTA Program Pertukaran Pelajar UNITEN-IITU bergambar kenangan di kampus UNITEN, Kajang, baru-baru ini. PROGRAM Pertukaran Pelajar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) - Universiti Antarabangsa Teknologi Maklumat (IITU), Almaty, Kazakhstan diadakan baru-baru ini sebagai aktiviti sulung selepas memorandum persefahaman (MoU) dimeterai kedua-dua pihak Mac lalu. Koordinator program, Naziffa Raha Md Nasir, berkata seramai 35 pelajar dan empat pensyarah IITU menyertai program dua minggu di kampus UNITEN, Kajang. Beliau berkata, aktiviti utama adalah kuliah teknologi maklumat (IT), pembangunan kemahiran komunikasi dan bahasa Inggeris serta sukan dan kebudayaan. Selain itu, katanya, rombongan pelajar IITU dibawa melawat ke tempat tarikan pelancong seperti bandaraya bersejarah Melaka, Kuala Lumpur City Centre, Genting Highlands dan Putrajaya. "Aktiviti bertujuan menyokong Program Mobiliti anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dalam usaha meningkatkan kerjasama pelajar dengan universiti antarabangsa serta mendedahkan mereka kepada sektor pengajian tinggi negara, keunikan budaya dan tarikan pelancongan. "UNITEN adalah universiti pertama menjalin kerjasama dengan IITU dan dijangkakan lebih banyak aktiviti diadakan menerusi program ini pada masa depan. Ini termasuk kursus jangka pendek, program intensif bahasa Inggeris serta pemindahan kredit bagi membolehkan pelajar IITU melanjutkan pengajian di sini," katanya. Sementara itu, pelajar tahun satu program IT, IITU, Nursultan Kudaibergen, menyifatkan penyertaannya dalam program itu sebagai pengalaman berharga kerana mendapat pendedahan pendidikan bertaraf antarabangsa. "Selama dua minggu di sini, banyak pengetahuan dan peluang praktikal diperoleh bagi meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. "Saya berpeluang berkenalan dengan pelajar tempatan serta pelbagai negara lain yang mengikuti pengajian di UNITEN," katanya. Rakannya, Akzer Yeshmukhanbetova, berkata peluang bekerjasama dengan pelajar UNITEN dalam menyiapkan tugasan berkaitan IT membolehkan beliau mendapat pelbagai pengetahuan dan kemahiran baru. "Saya belajar menggunakan pelbagai kemudahan IT canggih di universiti ini. Kami berkongsi idea baru dan mencari pendekatan terbaik mempersembahkan hasil perbincangan secara interaktif menerusi pendekatan multimedia," katanya. Tolkyn Bekesheva pula menyatakan kekagumannya terhadap kampus UNITEN yang luas dan dilengkapi pelbagai kemudahan canggih untuk pelajarnya. "Saat awal memasuki kampus UNITEN, saya sangkakan ia adalah salah satu bandar di negara ini kerana ia sangat besar. Ternyata kemudahannya jauh berbeza dengan kampus IITU dan saya harap pelajar UNITEN akan mengunjungi universiti kami supaya dapat membalas jasa dan layanan baik mereka sepanjang berada di sini," katanya. | ||
Posted: 17 Jun 2010 02:24 AM PDT PEREKA grafik harus kreatif dalam menterjemah reka letak bahan berdasarkan golongan sasaran. REKA letak grafik yang menarik pada akhbar, majalah mahupun kulit buku memberi inspirasi kepada pembaca untuk meneruskan bacaan mereka. Rekaan yang kreatif bukan hanya menarik perhatian malah menggamit minda untuk terus mendapatkan maklumat yang terkandung di dalamnya. Menyedari pentingnya susun atur grafik yang kreatif dalam sesebuah penerbitan, pereka grafik perlu memastikan hasil reka letak mampu menari perhatian pembaca untuk meneruskan bacaan. Menggunakan sepenuhnya teknologi maklumat dan komunikasi menerusi perisian komputer, hasil rekaan menjadi lebih kreatif. Satu kepuasan apabila hasil grafik siap dan terhampar reka letak kreatif dan mempesonakan. Pereka grafik Bahagian Hubungan Korporat dan Antarabangsa (BHKA), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Mohd Akmanizam Abd Latiff, 34, mengakui kerjaya sebagai grafik artis begitu mencabar kerana dia perlu menghasilkan sesuatu yang menarik dalam menyuntik semangat umum untuk terus membaca. Beliau berkata, pereka grafik perlu kreatif dalam menterjemahkan reka letak berdasarkan golongan sasaran bagi setiap bahan bacaan yang diterbitkan. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Alor Gajah, Melaka dan berkhidmat di UPSI sejak 2002, Akmanizam menganggap minat mendalam penting jika ingin menjadi pereka grafik yang baik. "Saya mula meminati bidang ini sejak di bangku sekolah. Lukisan saya lebih menjurus kepada keindahan alam selain mengilhamkan keunikan sesuatu rekaan. Minat melukis diterjemahkan dalam setiap susun letak grafik. "Daya imaginasi yang tinggi mendorong saya menggambarkan sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama. Segala ilham diterjemahkan dalam bentuk susun letak pada bahan terbitan," katanya. Beliau berkata, setiap individu mempunyai pandangan dan terjemahan berbeza, hasil reka letak bergantung kepada kreativiti. Perasaan marah, suka mahupun duka boleh dilihat berdasarkan hasil reka letak. Katanya, seorang artis tidak perlu memikirkan identiti tersendiri dalam menghasilkan karya grafik hingga khalayak mengenali siapa perekanya bila melihat sesuatu penerbitan. "Saya mendapat kepuasan apabila menggabungkan seni halus dan grafik dalam menghasilkan rekaan susun letak lebih santai. Elemen ini pastinya mewujudkan suasana tenang," katanya. Akmanizam berkata, individu yang berminat menceburkan diri dalam perekaan grafik perlu membina minat yang tinggi kerana bidang itu menguji ketahanan mental kerana berhadapan dengan tekanan tugas yang perlu disiapkan segera. "Banyak institusi pengajian tinggi awam dan swasta menawarkan pengajian bidang berkenaan, terpulang kepada mereka yang berminat untuk mengikutinya. Dalam pada itu, peluang pekerjaan sebagai pereka letak grafik masih terbuka luas kepada pemegang ijazah berkenaan," katanya. | ||
Gaya Hidup: Pelihara alam sekitar Posted: 17 Jun 2010 02:21 AM PDT KEMUDAHAN tong kitar semula di lokasi strategik memudahkan pelajar INTI mengamalkan tabiat kitar semula. Ini kerana mereka mahu mengelak dikenakan caj tambahan 30 sen bagi penggunaan bekas makanan kertas disediakan berikutan pemansuhan penggunaan bekas makanan `styrofoam' yang tidak boleh dikitar semula. Tong kitar semula aluminium, plastik, kaca dan kertas disediakan di sekitar kampus universiti itu juga sentiasa ada sampah di dalamnya, menunjukkan kemudahan itu digunakan pelajar. Sememangnya amalan kitar semula adalah komponen utama gaya hidup pelajar INTI sebagai sumbangan mereka kepada kelestarian alam sekitar. Amalan bermula secara serius dua tahun lalu sejak penubuhan Kelab Green Knights bertujuan menggalakkan tabiat kitar semula di kalangan warga universiti itu. Presiden kelab itu, Mishal Kothari, berkata pada awal penubuhannya, kempen kepentingan mengamalkan kitar semula dijalankan secara agresif bagi meningkatkan kesedaran pelajar universiti supaya memupuk tabiat itu. Katanya, kempen berjalan lancar dengan sokongan pihak universiti yang menyediakan kemudahan berkaitan terutama tong kitar semula di lokasi strategik sekitar kampus seperti di kawasan asrama dan fakulti. "Daripada takrifan kitar semula iaitu `Reduce', `Reuse' dan `Recycle', jelas bahawa daripada 3R itu, hanya 1R saja memerlukan penggunaan tong, manakala 2R iaitu `Reduce' dan `Reuse' tidak langsung membabitkan penggunaan tong kitar semula. "Bagi menjayakan usaha berkenaan, caj tambahan 30 sen bagi penggunaan bekas makanan kertas dilaksanakan bagi menggalakkan pelajar menggunakan bekas sendiri yang boleh digunakan berulang kali berbanding bekas yang perlu dikitar semula. "Kempen kami mendapat kerjasama `Student Government' yang antara lain menetapkan cetakan perlu dibuat di kedua-dua helaian kertas bagi mengelak mengelak pembaziran," katanya ketika ditemui di kampus Nilai, baru-baru ini. Sementara itu, pelajar American Undergraduate Program, Muhammad Afif Najib Zol Sohaili, berkata pada mulanya sukar untuk memupuk amalan itu tetapi apabila melihat semakin ramai pelajar komited melaksanakannya, ia lebih mudah menjadi ikutan. Pada mulanya beliau berkata, memang berasa janggal hendak menjinjing plastik sampah hingga berjumpa tong kitar semula tetapi ia menjadi lebih mudah apabila melihat orang ramai berbuat demikian. "Tabiat lama sukar dikikis, tetapi boleh diubah secara beransur-ansur. Kita harus menjadi teladan kepada orang lain untuk turut sama mengamalkan kitar semula. "Malah, ada kalangan rakan yang membawa mangkuk tingkat untuk memudahkan membeli nasi campur di kafeteria dan mengelak penggunaan bekas makanan kertas," katanya. Sementara itu, pelajar South Australian Matriculation, Karee Chan, berkata amalan kitar semula seperti menjual baju terpakai memberi pendapatan sampingan kepada pelajar. "Pelajar perempuan lazimnya mempunyai banyak baju terpakai yang mungkin sudah tidak muat atau tidak sesuai. Tahun lalu saya dan rakan membuat jualan baju terpakai dan dengan mudah memperoleh RM300 daripada hasil jualan," katanya. | ||
Posted: 17 Jun 2010 02:16 AM PDT MAHASISWA boleh membabitkan diri dalam kegiatan jenayah bersama agensi kerajaan seperti RELA. KESUNGGUHAN kerajaan membanteras jenayah dengan menjadikannya sebagai antara elemen Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) tidak akan berjaya tanpa bantuan dan sokongan semua pihak. Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertindak sebagai agensi menguatkuasakan undang-undang di Malaysia tidak mungkin dapat menjayakan usaha berkenaan secara bersendirian.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dalam kenyataannya sebelum ini sebagai memetik, rondaan polis ditingkatkan terutama di 50 kawasan panas yang sudah dikenal pasti. Usaha itu katanya, bagi membendung aktiviti jenayah dengan dibantu anggota Ikatan Sukarelawan Rakyat (RELA), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan sukarelawan awam lain. Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata PDRM memerlukan tambahan kira-kira 60,000 pegawai dan anggota dalam meningkatkan keyakinan rakyat terhadap tahap keselamatan awam. Namun usaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan PDRM perlu mendapat sokongan semua pihak termasuk mahasiswa. Sebagai warga institusi pengajian tinggi, pastinya mereka lebih peka mengenai persekitaran setempat dengan menyalurkan maklumat berguna dalam usaha membanteras jenayah. Siswa bertanggungjawab menyedarkan masyarakat terutama di kalangan generasi muda mengenai pentingnya semangat berpersatuan di kawasan perumahan. Elemen keselamatan juga boleh diselitkan dalam aktiviti kemasyarakatan mereka. Malah mahasiswa boleh menjalankan aktiviti berkaitan dengan kerjasama PDRM, jawatankuasa penduduk kampung dan RELA. Sebagai mahasiswa juga, mereka berwibawa menjadi ejen penyebar maklumat kepada pelajar menerusi ceramah motivasi. Mahasiswa bermaklumat sedia berkongsi pengetahuan dengan adik-adik di sekolah bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa penjenayah antaranya peragut, perompak atau perogol. Dalam menjalani kehidupan seharian juga, pelajar yang mendiami di sesebuah kawasan perumahan perlu peka mengenai persekitaran. Pastikan kehadiran anda di situ menyumbang kepada keharmonian masyarakat setempat. Peka kepada pergerakan jiran tetangga selain mengenal pasti individu yang mendiami kawasan berhampiran anda. Kepekaan itu membantu anda membezakan penduduk setempat atau orang luar yang dikhuatiri penjenayah. Secara psikologinya, penjenayah tidak selesa di kawasan perumahan di mana penduduknya hidup saling kenal mengenali antara satu sama lain. Mereka melihat keadaan sedemikian tidak selamat dan mencari lokasi penduduknya bersifat pentingkan diri sendiri. Sebagai generasi celik teknologi maklumat, pelajar boleh menggunakan kemudahan canggih menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Rakancop. Maklumat di hujung jari anda. Mungkin kepekaan anda menyalurkan maklumat jenayah di kawasan setempat mampu menyelamatkan nyawa. | ||
Mahu dikenali kerana bakat, bukan kontroversi Posted: 17 Jun 2010 02:12 AM PDT USIA percintaan Memey dengan Norman Hakim sudah mencecah dua tahun. Namun, sampai hari ini pun, episod cinta mereka masih belum ada tanda-tanda akan berakhir ke jenjang pelamin. Lebih daripada itu, kes khalwat mereka masih lagi dibicarakan. "Terus terang, saya masih muda untuk memikirkan soal kahwin. Masih banyak lagi impian dalam hidup saya yang belum tercapai. Maklumlah saya baru berlakon. Buat masa ini, biarlah saya fokus kepada karier seni terlebih dulu kerana perjalanan saya masih lagi jauh. "Saya juga sudah berbincang dengan Norman mengenai perkara ini dan dia nampaknya memahami minat saya yang sangat mendalam bidang seni. Kalau ada jodoh, saya akan berkahwin juga dengan Norman, itupun kalau dia sanggup tunggu saya," kata Memey kepada Rap, baru-baru ini. Memey berkata, hubungannya dengan Norman atau nama sebenarnya, Mohamed Norhakim Zaidon, 34, masih serius sampai hari ini. "Saya terima diri Norman seadanya. Maklumlah, saya sudah kenal dia selepas dia ada anak dengan Abby (Abadi) dulu. Memang saya rapat dengan tiga anak Norman - Mohamed Danish, Marissa Dania dan Maria Danisha. Mereka juga panggil saya 'Mummy' setiap kali kami bertemu," katanya yang berjiwa penyayang.Memey mengulangi kata, Norman memang memberi sokongan padu kepada karier seninya dari dulu sampai sekarang.
"Sebagai wanita, sudah pasti, saya mengharapkan kes mahkamah itu selesai secepat mungkin. Selagi belum selesai, ia masih satu beban yang sangat berat kepada saya dan Norman. Apabila kes ini selesai kelak, saya ingin tutup buku dan menjalani hidup yang baru. "Apapun, kes mahkamah ini tidak mendatangkan masalah kepada karier seni saya setakat ini. Sebagai pelakon, saya lebih suka bersikap profesional di lokasi penggambaran," katanya. Kata Memey, dia tidak mahu namanya terus-terusan dikenali di persada seni kerana kontroversi. "Biarlah orang kenal saya melalui bakat seni sedia ada kerana saya masuk dalam bidang ini bersandarkan bakat. "Saya percaya kalau seseorang artis itu popular kerana perkara negatif, ia tidak kekal lama. Sebaliknya, artis yang meningkat naik bersandarkan bakat, pasti namanya diingati peminat sampai bila-bila," katanya. Memey yang sudah tiga tahun berlakon akui rezekinya terus murah dalam bidang lakonan. "Terbaru, saya masih di lokasi penggambaran musim keempat drama bersiri 26 episod Roda-Roda Kuala Lumpur arahan Faizal Yusof terbitan Skop Productions. Saya juga bawa watak utama iaitu Lans Koperal Haiza bergandingan dengan pelakon lain seperti Serina Redzuawan, Raja Azrey, Hany Harmi dan Zack KOOL. "Saya selesa bawa watak polis trafik itu dan ia semakin sebati dalam diri selepas masuk musim keempat. Saya memang minat anggota pakaian seragam dan ingin mencuba karakter polis dalam drama pula. Justeru, bila ditawarkan buat Roda-Roda Kuala Lumpur, saya terus terima tanpa berfikir panjang," katanya. Bagaimanapun, Memey berkata, cerita polis trafik yang lasak itu mencabar kredibilitinya sebagai pendatang baru. "Cerita ini adalah kisah kehidupan polis trafik yang menjaga keselamatan di jalan raya. Sepanjang penggambaran, kami dibantu dua anggota polis trafik di lokasi penggambaran kerana drama ini banyak membabitkan babak di jalan raya. Pelakon juga terdedah dengan kemalangan kerana tugas polis trafik menjaga keselamatan di jalan raya. "Sebelum ke lokasi penggambaran drama ini, kami akan diberi penerangan oleh pihak polis trafik mengenai peraturan jalan raya. Watak saya juga tidak memerlukan saya menunggang motosikal besar yang dipandu polis trafik kerana saya tidak pandai bawa motosikal besar seperti itu," katanya. Selain itu, Memey terbabit dengan penggambaran drama bersiri 30 episod Bola sempena Piala Dunia 2010 yang akan ditayangkan Julai nanti. Drama bersiri ini turut dibintangi pelakon seperti Shah Jaszle, Ainul Aishah dan ramai lagi. "Saya terima tawaran buat cerita ini kerana karakternya menarik dan ia kisah remaja yang saya nantikan selama ini. Sebelum ini, saya banyak dapat tawaran watak wanita matang dan dewasa yang jauh lebih tua daripada usia sebenar saya seperti watak isteri orang. "Kali ini, saya bawa watak remaja, Fiza yang juga anak pemilik kelab bola. Fiza bercinta dengan salah seorang pemain bola di kelab itu," katanya. | ||
Posted: 17 Jun 2010 02:10 AM PDT SETIAP individu mempunyai saiz dan jenis bulu mata yang berbeza mengikut genetik dan latar belakang keluarga. Ada yang nipis serta pendek dan ada juga yang panjang lentik semula jadi. MATA MENAWAN...maskara khas dicipta bagi memenuhi keperluan wanita Asia.
"Kami turut menggalakkan wanita belajar menggunakan teknik aplikasi yang betul kerana setiap berus maskara menghasilkan kesan berbeza. "Jika salah teknik memakainya, ia mungkin tidak akan dapat menghasilkan kesan seperti yang diinginkan," katanya.
Tip memakai maskara daripada Zamri: | ||
Posted: 17 Jun 2010 02:09 AM PDT SUBANG JAYA: Jumlah maksimum bagi pemenang judi mesin 'jackpot' adalah RM150,000 dan boleh dituntut selepas 72 jam selepas tarikh kemenangan. Itu antara tarikan sebuah premis mesin judi jackpot haram di sini, bagi menjerat tahi judi mengunjungi premis mereka. SITA...penguat kuasa menyita komputer di premis judi terbabit.
| ||
Posted: 17 Jun 2010 02:07 AM PDT PETALING JAYA: Pelawak berusia 41 tahun yang ditahan bersama lima lagi suspek termasuk seorang wanita berhubung kes penyalahgunaan dadah dijangka didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini. SAMBUNG REMAN...pelawak (tengah) bersama rakannya dijangka dituduh hari ini. Pelawak yang memakai baju reman warna oren diiringi beberapa anggota polis tiba di mahkamah kira-kira 10.35 pagi. Turut kelihatan di mahkamah, beberapa ahli keluarga suspek. Pada 13 Jun lalu, akhbar melaporkan pelakon dan pelawak yang pernah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular dan menganggotai sebuah kumpulan komedi terkenal itu ditahan di sebuah apartmen di PJS7, Subang Jaya oleh sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Daerah Subang Jaya, kira-kira jam 10 malam. Ketika serbuan, pelakon komedi terkenal itu bersama suspek lain yang semuanya berusia antara 20 dan 30-an berada dalam sebuah apartmen yang dipercayai miliknya. Serbuan itu menemui beberapa peket kecil berisi daun kering dipercayai ganja dianggarkan seberat 40 gram dan siasatan awal berdasarkan kuantiti bahan larangan terbabit mendapati ia untuk kegunaan sendiri.Semua suspek kemudiannya dibawa ke balai polis untuk menjalani ujian air kencing dan hasil ujian mendapati mereka positif ganja. | ||
Posted: 17 Jun 2010 02:06 AM PDT KUANTAN: Seorang wanita bukan sekadar parah akibat tangannya ditetak dengan parang, malah bakal menderita sepanjang hayat akibat disimbah asid oleh suami yang menuduhnya menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain. NASIB...Kalliyammah menerima rawatan di HTAA, Kuantan. Menurut mangsa, kejadian berlaku di tepi jalan ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari pejabat pengurusan estet berdekatan rumah kakaknya selepas memohon cuti kerana hendak bersembahyang di kuil. "Ketika itu suami menyerang dan menghambur kata-kata kesat dengan menuduh saya tidur dengan lelaki lain selepas sebulan saya tak pulang ke rumah," katanya ditemui di Unit Kebakaran Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, semalam. Suami Kaliyammah yang ketika itu dalam keadaan mabuk didakwa bertindak ganas dengan menyimbah cuka getah ke arahnya dan terkena anggota badan dari pinggang ke bawah ketika mereka bertengkar. "Saya menjerit kesakitan dan cuba melarikan diri, tetapi dia yang masih tidak puas hati, cuba menetak saya dengan parang. Saya cuba menahan tetakan itu menyebabkan kedua-dua tangan saya cedera."Dalam keadaan kesakitan dan separuh bogel selepas pakaian terkena simbahan asid, saya berusaha melarikan diri ke rumah kakak yang terletak berhampiran sambil dikejar suami dengan parang," katanya yang bekerja sebagai penoreh getah di estet berkenaan.
Bagaimanapun, berikutan kecederaannya serius, wanita itu dipindahkan ke Unit Kebakaran HTAA, Kuantan, pada hari sama. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |