Adsense

Ahad, 20 Jun 2010

Sensasi

Sensasi


Antara artis-artis pernah terpalit dengan dadah

Posted: 20 Jun 2010 11:20 AM PDT

Sensasi rasa ada lagi yang lain..contohnya kumpulan2 rock kapak dulu2...tp sensasi pun x berapa kenal sgt..nie adalah kes artis yang menjadi tumpuan ramai

  • Jamal Abdillah
  • Pertama kali ditahan pada 1986. Sebelum ditahan lagi di Pusat Serenti Tampin, pada 19 April 1988.

  • AM Salim Abdul Majeed
  • Menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang selama lapan bulan bermula 13 Disember 2004.

  • Yassin Yahya, Senario
  • Ditahan pada 21 Disember 2001.

  • Khaeryl Benjamin Ibrahim @ Benjy
  • Dihantar ke Pusat Tahanan Muar, Johor selama dua tahun pada
    7 Mei 2010.

  • Sham Ahmad @ Ringgo Fotograf
  • Ditahan di Penjara El-Rodeo 1, Miranda, Caracas, Venezuela sejak November 2007 atas tuduhan mengedar dadah

  • Ameng @ Wan Aminuddin Wan Ismail
  • Ditahan pada 2 April 2010. Kini berada dalam pengawasan polis.
  • Saiful apek Insaf :Saya tidak layak Jadi Ikon

    Posted: 20 Jun 2010 10:59 AM PDT

    Sensasi: Cuba lihat Saiful..semakin kurus kan..inilah bahana dadah...Alhamdulillah sekiranya betul Saiful Apek dah insaf...sebenarnye apa yang dikatakan oleh apek tue memang betul..kadang2 seseorang harus belajar dgn cara yang "keras" seperti insiden buruk untuk insaf dan menyesal..selagi tak terkena atau "busted" selagi tue mungkin apek akan hanyut dan khayal dgn dunia dadah...

    mcm mat rempit,,kdg2 bila dah accident baru lah nak insaf dan beringat...semua org pun sama..belajar dari kesilapan..jangan ulangi kesalahan lampau..semoga apa yg buruk terjadi pada hari ini,kita jadikan ikhtibar,,,walau apa pun kejadian buruk yg berlaku pada kita,pasti ada hikmah disebaliknya...jadi sikap apek yg positif tentang penangkapan nya mmg harus supaya apek menginsafi dan muhasabah diri dgn kesilapan yg pernah dilakukannya..bukan untuk menjadi lebih teruk lagi


    Kita sebagai masyarakat dan org melayu,harusnya menyokong apek sekiranya dia ingin insaf...kita patut memberi ruang kemaafan pada semua org yg ingin kembali ke pangkal jalan..jangan nak pandang serong sahaja..tak tahu perkara buruk boleh berlaku pd keluarga kita juga... Jadi sama-samalah kita doakan agar apek berubah..Apek bukannya seorang yang jahat..dia baik hati dan suka menolong org,cuma masalahnya apek nie dah terjebak dgn najis dadah...tp belum terlambat utk insafkan...

    kata apek:
    "Saya insaf! Saya percaya untuk menjadi manusia yang baik, saya perlu terlebih dulu melalui insiden buruk. Soal imej buruk atau sebaliknya, itu terpulang kepada masyarakat. Dengan rendah hati, saya mengakui tidak layak untuk diangkat sebagai ikon atau contoh kerana ikon sejati ialah Rasulullah SAW.

    "Tiada siapa yang akan dapat menggantikannya dan Alhamdulillah, penahanan itu membawa fadilat tersendiri untuk saya rasai nanti," kata Saiful Apek, 41, dalam nada sebak yang sekali gus menyatakan hasratnya mengundur diri daripada industri hiburan untuk memberikan tumpuan kepada aktiviti kemasyarakatan.
    "Saya berundur diri kerana ingin berehat dan mahu merasai nikmat hidup sebagai orang sihat serta bebas," katanya menerusi panggilan telefon, petang semalam.

    Pelawak yang nama penuhnya, Mohd Saiful Azam Mohamad Yusoff berkata, pengalaman ditahan reman selama empat hari sebelum dibebaskan Khamis lalu, menimbulkan keinsafan dan membuatkan dia bersyukur kerana dapat kembali menghirup nikmat kebebasan seperti manusia lain.

    Penahanan itu juga katanya, mencetuskan idea kepadanya untuk melancarkan kempen berjuang menentang penyalahgunaan alkohol, dadah serta penganiayaan.

    Katanya lagi, penahanan itu turut membawanya melalui satu proses transisi, membuat dia lebih mengenali diri dan mengetahui siapa teman sejati dan lawan.Saiful Apek berkata, keputusan itu diambil bukan kerana insiden hitam yang dilalui sebaliknya dia ingin menyempurnakan sebuah hasrat yang sekian lama diimpikan.

    Enggan mengulas panjang mengenai impian itu, Saiful Apek berkata, peluang itu juga dimanfaatkan untuk bersama keluarga kerana sebelum ini terlalu sibuk dengan urusan karier seni.

    Dia bagaimanapun, mengakui masih berminat untuk meneruskan perjuangannya dalam bidang hiburan dan akan kembali apabila tiba masanya.

    "Saya sentiasa meletakkan diri sebagai seorang pelajar dalam menimba ilmu seni. Jadi tidak akan ada istilah bersara atau meninggalkan bidang hiburan selama-lamanya.

    "Saya cuma mahu mengundur diri sementara. Saya pergi bukan kerana takut dengan persepsi negatif masyarakat. Saya juga tidak takut untuk bersemuka atau berdepan dengan kelompok minoriti yang cuba menjatuhkan nama baik dan karier.

    "Saya akan manfaatkan masa itu dengan berjuang menerusi kempen antialkohol, penyalahgunaan dadah dan penganiayaan selepas melalui satu pengalaman tidak dapat dibeli dengan wang ringgit," katanya.

    Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2003 itu juga berkata, dia tidak bimbang peristiwa penahanan bersama lima rakannya kerana mengambil dadah, Sabtu lalu membataskan peluangnya untuk terus aktif sebagai anak seni.

    Baginya, rezeki setiap manusia ditentukan Allah dan dia sentiasa yakin apa juga musibah berlaku tidak sesekali menjejaskan semangatnya.

    Ditanya kemungkinan penahanannya itu berlaku kerana penganiayaan, Saiful Apek enggan mengulas dan menyerahkan perkara itu kepada Allah.

    Cukup katanya, dia berterima kasih dan menyatakan penghargaannya kepada pihak polis melayannya dengan baik sepanjang ditahan.

    "Perkara lain berkaitan peristiwa penahanan tidak dapat saya jelaskan kerana semuanya masih dalam siasatan. Serahkan saja kepada polis untuk menyelesaikannya dengan bijaksana dan adil," katanya.

    "Saya juga mahu berterima kasih kepada peminat sanggup mengumpul wang bagi membantu pembebasan saya. Mereka ini menjadi sumber kekuatan saya," katanya.

    Jokes,comic :Men Vs Women...berbezanya cara pemikiran antara lelaki Vs Wanita

    Posted: 20 Jun 2010 10:53 AM PDT


    The Moods of a Woman...

    An angel of truth and a dream of fiction,
    A woman is a bundle of contradiction.
    She's afraid of a wasp, will scream at a mouse,
    But will tackle a stranger alone in the house.
    Sour as vinegar, sweet as a rose,
    She'll kiss you one minute, then turn up her nose,
    She'll win you in rage, enchant you in silk,
    She'll be stronger than brandy, milder than milk.
    At times she'll be vengeful, merry and sad,
    She'll hate you like poison, and love you like mad.

    The Moods of a Man....

    Hungry.
    Horny.
    Sleepy

    How To Impress A Woman

    Wine her, Dine her, Call her, Hug her, Support her, Hold her, Surprise her, Compliment her, Smile at her, Listen to her, Laugh with her, Cry with her, Romance her, Encourage her, Believe in her, Pray with her, Pray for her, Cuddle with her, Shop with her, Give her jewellery, Buy her flowers, Hold her hand, Write love letters to her, Go to the end of the Earth and back again for her.

    How to impress a man:

    Show up naked ... Bring chicken wings ... Don't block the TV

    Rape Axe Kondom wanita bergigi untuk memerangkap perogol

    Posted: 20 Jun 2010 10:45 AM PDT

    Sensasi:kondom untuk perogol???mcm ready utk kene rogol je..isk3....bagi sensasi sendiri..sensasi tak tahulah bagus ke tak benda nie,,untuk gadis2 yang dara lagi of course la tak seswai..mana boleh masukkan...dan bagi wanita2 lain pulak,takke memasukkan benda asing nie nanti boleh menghilangkan elasticity bahagian tersebut...ish..mcm x seswai je...

    pastu ada ke patut bila kene rogol,perogol tak boleh keluarkan "anu" nya..habis tue..malu la pompuan tue..then boleh menyebabkan si perogol bertindak kejam dan ganas dengan merobek mangsa dgn menggunakan pisau untuk melepaskan diri?ewwwww...

    Mcm x bagus je...ini hanyalah pendapat peribadi sensasi jer...menggunakan logik...

    jom baca info tentang alat ini-kondom memerangkap perogol



    Seorang doktor Afrika Selatan, Dr. Sonnet Ehlers mencipta kondom khas untuk kaum wanita bagi melindungi mereka dari kejadian rogol. Kondom tersebut di namakan Rape Axe yang 'begigi' di sekelilingnya dan akan menggigit alat sulit perogol sekiranya lelaki tersebut cuba memasukkan anunya ke dalam kemaluan mangsa. Apabila di 'gigit', ianya tidak akan terlepas dan tidak boleh ditarik balik, hanya doktor yang boleh mengeluarkan alat sulit perogol tersebut. Sekurang-kurang satu proses yang pada pandangan Dr. Sonnet Ehlers boleh membantu menangkap perogol terlibat.

    Idea untuk mencipta kondom tersebut tercetus apabila Dr. Sonnet Ehlers yang pada masa itu bertugas sebagai medical researcher melihat kesengsaraan seorang mangsa rogol di hadapan matanya. Mangsa tersebut berkata padanya "kalaulah saya ada gigi di bawah ni…"

    Mengikut Dr. Sonnet Ehlers lagi, kondom tersebut berupaya menyakitkan si perogol, jika lelaki tersbeut cuba untuk menarik keluar, gigi-gigi tersebut akan mencengkam dengan lebih kuat dan menghasilkan kesakitan kepada perogol.

    Doktor tersebut pada masa ini sedang mengedarkan kondom berkenaan di beberapa bandaraya di Afrika Selatan sempena kejohanan bolasepak Piala Dunia 2010 sedang berlangsung. Dia merancang untuk mengedarkan 30,000 kondom tersebut secara percuma sepanjang tempoh tersebut.

    Doktor berkenaan juga telah mendapatkan khidmat nasihat dan merujuk kepada para jurutera, gynecologists dan juga pakar psikologi untuk membantunya menyiapkan design kondom tersebut dan juga memastikan ianya selamat.

    Secara idealnya kondom tersebut boleh dipakai apabila seseorang wanita keluar daripada rumahnya atau merasa tidak selesa bila melalui kawasan yang agak merbahaya.

    Walau bagaimanapun setakat ini keberkesanan alat ini masih belum dipastikan lagi. Masih dalam peringkat 'product exposure' dan 'under supervision' lagi ni.

    Keadaan sekeliling dan suasana hidup yang semakin tidak selamat ni khususnya kepada kaum wanita membuatkan macam-macam idea dan cadangan di buat. Apa yang pasti jenayah rogol ni memang berlaku di mana-manadan tidak terjangka. Kepada semua wanita, sentiasalah berhati-hati dan menjaga keselamatan masing-masing.