Adsense

Ahad, 20 Jun 2010

MelayuKuHebat....|Isu Terkini|Seks|Artis|Gossip|Bisnes|Ebook|

MelayuKuHebat....|Isu Terkini|Seks|Artis|Gossip|Bisnes|Ebook|


Selepas Kantoi Dadah, Apek Mahu Berehat Dari Bidang Seni

Posted: 20 Jun 2010 06:36 AM PDT





SAIFUL APEK BERHENTI DARI BERLAKON - UNDUR DIRI DARI BIDANG SENI
Update terkini mengenai Saiful Apek selepas dia dibebaskan daripada tahanan reman ekoran kantoi terlibat dengan dadah dimana dia mengatakan yang dia mahu 'bercuti' dari bidang seni. Mungkin ingin melapangkan fikiran.
Dalam pada itu, Apek juga mengakui yang dia tidak layak dijadikan sebagai ikon. Mungkinkah Apek ada membaca kenyataan yang pernah diutarakan oleh Wardina iaitu Selebriti Malaysia tak layak bergelar ikon? Huhu..
Ayuh ikuti kenyataan Apek yang kami ambil dari Murai kat bawah ni:

"Saya dengan berbesar hati mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada bidang seni. Keputusan ini diambil kerana tidak mahu ada pihak di luar sana yang akan bercakap dah kena, maafkan dan akan kena lagi. Saya tahu pelbagai kata-kata akan dilemparkan kepada saya kerana ada yang menganggap artis sebagai ikon namun mereka perlu tahu ikon yang sebenar ialah Rasullah S.A.W,"
"Saya mengambil keputusan undur diri bukan kerana kes ini. Tetapi sepanjang ditahan saya melalui pengalaman dan pengajaran yang terlalu sukar untuk saya dapatkan sebelum ini. Lagipun saya dah penat dengan semua ini malah sepanjang ditahan barulah saya kenal siapa yang sayang saya. Keluarga sentiasa di sisi.Tapi masa mereka perlukan saya, saya tiada dan sentiasa sibuk,"
Kepada Apek, selamat bercuti kami ucapkan. Semoga semua'nya akan kembali OK nanti. Tapi kalau Apek nak cuti terus pun takpe kot sebab tak bagi apa-apa efek pun kat dunia hiburan apatah lagi negara. Huhu..

Gambar Baby sosial ahli kumpulan Restu?

Posted: 20 Jun 2010 06:33 AM PDT





Artis baru muncul ada sahaja masalah mereka. Atau mereka sentiasa diperhatikan gerak geri atau juga diintai bagi mengetahui rahsia disebalik kejayaan mereka itu. Namun itulah hakikat, manusia tak lari daripada membuat kesilapan, makin besar kesilapan mereka, makin ego lah kita memberi komen. Gambar dibawah ini adalah pelakon baru yang bernama Baby atau Lily Zarina Khalil yang juga ahli kumpulan Restu. Selain itu dia juga merupakan salah sorang pelakon dalam teater Puteri Gunung Ledang yang diadakan di Istana Budaya kalau tidak silap.

Selamat Menyambut Hari Bapa 2010

Posted: 19 Jun 2010 08:40 PM PDT






Kepada semua pembaca yang bergelar bapa,Kami ingin mengucapkan SELAMAT HARI BAPA yang bakal disambut pada 20 Jun ini.
Hargailah jasa bapa selagi mana dia masih ada.

Nik Aziz saran wanita solat Jumaat

Posted: 19 Jun 2010 07:55 PM PDT





Kompleks Masjid Daruttarbiyah bakal menyaksikan perubahan baru apabila kaum wanita disaran supaya menunaikan solat Jumaat seperti mana dilakukan kaum lelaki selepas siap pembinaannya kelak.

Harakah Daily melaporkan saranan itu diutarakan oleh Mursyidul Am, PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Sebenarnya sudah lama saya hendak tengok keadaan ini boleh dilakukan oleh wanita," katanya ketika berucap dalam Majlis Penyerahan dan Penerimaan Derma mengisi tabung kompleks masjid tersebut di Kampung Wakaf Zain, dekat Bachok, malam semalam.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, keselesaan ruang masjid yang cukup luas mampu membawa kaum wanita untuk turut bersama menunaikan solat Jisu umaat.

"Saya cadangkan ruang bawah untuk orang perempuan dan di sebelah atas pula bagi orang lelaki masa sembahyang Jumaat," katanya.

Kompleks masjid tersebut mula dibina sejak Ogos tahun lalu di atas tapak seluas satu ekar yang dibeli dengan harga RM180,000 manakala pembinaannya menelan belanja sebanyak RM2 juta dan dijangka siap pada Ogos 2011.

Kos pembelian tapak serta binaan adalah daripada sumbangan orang ramai.

Masjid dua tingkat yang kini dalam 40 peratus pembinaan itu dibina secara bergotong royong melibatkan seluruh kepimpinan cawangan termasuk penghulu-penghulu mukim dan masyarakat tempatan.

Istana Johor nafi ada tekanan politik

Posted: 19 Jun 2010 07:51 PM PDT






Jumaah Majlis Diraja Johor mengesahkan penarikan balik dua darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk terhadap anggota Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Chua Jui Meng tetapi menafikan ia berpunca daripada tekanan politik.

Setiausahanya Datuk Abdul Rahim Ramli berkata kuasa Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail untuk menganugerahkan atau menarik balik darjah kebesaran adalah "melampaui politik."

"Tidak wujud keadaan yang dikatakan sebagai tekanan politik untuk menganugerahkan atau menarik balik darjah kebesaran itu. Sultan Johor tidak mempunyai kaitan dengan politik. Ahli politik tidak mempunyai hak dalam perkara ini," katanya dalam sidang media di Istana Besar, di Johor Bahru hari ini.

Sultan Johor katanya, berkuasa penuh terhadap perkara itu di bawah Fasal 12 Undang-undang dan Peraturan bagi Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia dan Fasal 7(f) Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri 1895.

Ditanya mengenai sebab disebalik langkah penarikan balik darjah kebesaran yang dianugerahkan kepada Chua itu, Abdul Rahim berkata, Sultan Johor tidak perlu memberikan sebab kerana itu adalah kuasa baginda.
"Baginda tidak perlu memberikan sebab kerana ia adalah kuasa Raja," katanya dan menambah Chua dianugerah Datuk Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) dan Datuk Paduka Mahkota Johor (DPMJ) oleh Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar, kedua-dua darjah kebesaran itu membawa gelaran Datuk.

Abdul Rahim berkata tiga pertimbangan utama diberikan dalam penganugerahan darjah kebesaran iaitu kesetiaan, kerajinan dan perkhidmatan terpuji.
Katanya beliau telah memaklumkan tentang langkah penarikan balik darjah kebesaran itu kepada Chua menerusi satu surat bertarikh 4 Jun dan disusuli panggilan telefon pada 8 Jun dan semalam.

Katanya, surat itu telah dihantar ke kediaman Chua di Damansara, Kuala Lumpur.

Chua, bekas menteri kesihatan dan bekas naib presiden MCA, sebelum ini berkata beliau belum menerima sebarang surat rasmi dari Istana Johor tentang langkah penarikan balik darjah kebesaran itu.

Chua turut berkata, beliau akan hanya memulangkan darjah kebesaran itu jika menerima surat rasmi.

Menurut Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor itu, panggilan telefonnya kepada Chua itu boleh dianggap sebagai satu pemberitahuan rasmi tentang langkah penarikan balik darjah kebesaran Sultan Johor itu.

"Chua dikhendaki memulangkan kembali darjah kebesaran Sultan Johor itu secepat mungkin," katanya.

Abdul Rahim turut berkata, sejak penganugerahan darjah kebesaran Sultan Johor itu bermula pada 1886 sehingga kini hanya 712 individu telah menerimanya dan ketika ini hanya 120 penerima yang masih hidup.

Sementara itu di dalam satu kenyataan, Abdul Rahim berkata tiga lain yang turut ditarik darjah kebesaran bersama-sama Chua ialah Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir, Komander Shaftdean Lufty Rusland dan Hassan Yunos.
Sharifah Mazlina adalah wanita Asia pertama yang merentasi Antartika secara solo.
- Bernama

Antara Khinzir dan Kekasih

Posted: 19 Jun 2010 07:43 PM PDT

 




Sejauh manakah kita umat akhir zaman ini menyedari hal ini. Antara yang "nampak berat" dan yang "nampak ringan".
"Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram." Riwayat Ibnu Majah.
khinzir-mahram


kredit ohtidak

Siti Nurhaliza belum lagi hamil

Posted: 19 Jun 2010 07:38 PM PDT





Semuanya berpunca daripada kenyataan Dato' Siti Nurhaliza yang memberitahu mahu bercuti panjang daripada aktiviti seni. Ekoran daripada itu, terdengar desas-desus yang mengatakan Siti kini berbadan dua dan mahu mengurangkan aktiviti seni bagi menjaga kandungannya. Siti, yang sememangnya sudah terbiasa dengan isu tersebut, sambil tersenyum memberitahu buat masa ini dia belum hamil. Malah dia mengambil keputusan untuk bercuti panjang bukan kerana hamil, sebaliknya mahu berehat sempena kehadiran bulan Ramadhan dan Syawal tidak lama lagi.

"Buat masa ini belum ada tanda-tanda lagi. Kalau betul saya mengandung, saya akan beritahu kepada semua. Jangan bimbang. Saya mahu bercuti panjang kerana pada bulan Ramadhan biasanya saya mengambil kesempatan itu untuk beribadah dan menunaikan umrah. Malah semua program raya juga saya habiskan awal supaya ia dapat memudahkan saya menyusun aktiviti dan menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga," katanya.