Adsense

Selasa, 8 Jun 2010

Sensasi

Sensasi


Jimmy Shanley bakal bertunang dengan Suhaila Eliani ,anak tauke produk kecantikan ,Jumaat ini

Posted: 07 Jun 2010 05:22 PM PDT

Sensasi : Al-kisahnyer..sebelum nie ada yang digembar gemburkan yang Jimmy Shanley dah pun bertunang..padahal dia baru je nak bertunang jumaat ini (11.06.10) dengan pilihan hatinya Suhaila Eliani yang juga merupakan anak tauke produk kecantikan Natasya...

Aweks kedah..anak kepada Datuk Suhaimy....haa.mestilah tunang atau kahwinnya kelak besar besaran..jom ushar kad jemputan pertunangan Jimmy...

Jimmy dan Suhaila akan melangsungkan perkahwinan mereka pulak pada bulan Oktober tahun ini...jurusolek ternama Zulfazli Suhadi telah dipilih menjadi jurusolek utk perkahwinan derang nanti...



nie kad jemputan pertunangan Jimmy & Suhaila


aweks yang digembar gemburkan tunang Jimmy nie adik dier la ...nama pun Shanley2 jugak..

Normala Shanley..Cun jugak kans..


Okey ini dia yang kita cari.. Suhaila Eliani...Bakal Suri kepada Jimmy Shanley ..

Tiga org adik beradik meninggal ,dlm kemalangan di Plaza tol,kerana kereta terbakar

Posted: 07 Jun 2010 03:37 PM PDT


Sensasi: Aduhai..kesiannya..3 org beradik mati dlm kemalangan jalan raya,di Tol Plaza...Kesian dgn parent mereka yang kehilangan ketiga2 anak mudanya sekaligus..
umur masing2 masih remaja...

Baca kisah kemalangan ini




BUTTERWORTH: Tiga beradik dalam perjalan pulang maut ditempat kejadian apabila Proton Satria Neo yang dinaiki mereka terbakar selepas merempuh tembok penghadang laluan 'Touch & Go' Plaza Tol Sungai Dua arah utara pada jam 2.30 pagi tadi.

Mangsa, Azwari Aznal Nithia Azlan Nithiabalan, 20, Azwani Aznil Nithia, 22, dan Aztika Azrin, 14, mati di tempat kejadian.
Pemangku Pegawai Turus Trafik Pulau Pinang ASP, Ahmad Ezzely Razali, berkata Azwari yang memandu kenderaan itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum merempuh tembok tol di lorong ketiga plaza itu.
"Kereta yang dinaiki tiga remaja dari Seberang Jaya itu terlanggar tembok tol keempat dan terbalik beberapa kali sebelum terbakar.

"Mereka dipercayai terperangkap dalam kereta semasa kebakaran dan mayat dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat selepas sejam kejadian," katanya.

Mayat tiga beradik itu di hantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat.

Susan Boyle ,Pandangan sinis juri-juri American Got Talent berubah kepada terkedu dan terharu...

Posted: 07 Jun 2010 01:23 PM PDT




Wow...Kisah Audition seorang wanita berumur 48 tahun yang sgt mengharukan...

Dah lama dah kisah nie..tp sensasi baru je tgk..sbb baru2 nie sensasi tgk American Got Talent,jd mcm minat la nak tgk pasal Susan Boyle yg digembar gemburkan..sbb juri2 dia sgt laser..especially laki tue..(bukan simon lg satu)

Susan Boyle,wanita yang berusia 48 tahun,join American Got Talent yang menjanjikan hadiah Wang tunai lumayan USD1mil.

Dia duduk di perkampungan ,tidak pernah berkahwin malah tidak pernah dicium lelaki katanya..

So bila susan memula naik atas stage,semua org memandang sinis gile2 dkt Susan,dan bersedia untuk "boooo" dan menggelakkan Susan..semua juri pun mcm sinis je..

Tapi sebaliknya..bila Susan mula bersuara menyanyi..Judges2 terngaga ,terkejut dgn kemerduan suara Susan Boyle,judges2 lelaki yang laser gila babeng dan suka menggelakkan peserta pun turut terharu ...Siap berdiri bersama2 penonton utk memberi penghormatan kepada Susan...

This jarang berlaku..and sgt best bila ditonton..

Saksikanlah Audtion pertama Susan Boyle..Dia kini dah feymes dan kaya~


Wajah Juri-Juri sgt sinis sebelum Susan menyanyi..



Penonton jugak sgt2 sinis menggelakkan Susan



Ketika Susan memula Menyayi..ternganga Juri yg cantek kat bwh nie

Ini dia Juri yang laser dan selalu kutuk peserta..bertepuk tangan bagai..






Akhir sekali semua penonton dan Juri berdiri...Best tgk situasi mcm nie~

hee layann~~

Pemandu Teksi " Perogol bersiri" suka gadis berbaju sekolah

Posted: 07 Jun 2010 12:07 PM PDT

Sensasi:huhuhu..kepada mangsa2 rogol...pastikan anda membuat laporan polis supaya perogol2 bodoh dikenakan hukuman yang sepatutnya..
tp yg peliknya..kenapa dari awal2 lagi mangsa yg pernah kene rogol dulu tak tukar nombor telefon awal2?huhu

AMPANG: Pemandu teksi 'gila seks' yang ditahan polis selepas memperkosa ramai gadis remaja dikesan mempunyai nafsu pelik apabila hanya menjadikan remaja berpakaian seragam sekolah sebagai sasaran utamanya.

Ini terbukti apabila sehingga kini kebanyakan mangsa yang membuat laporan polis mendakwa suspek perogol bersiri itu gemar memaksa mangsa melakukan hubungan seks ketika mangsa masih berpakaian baju sekolah.

Seorang mangsa yang enggan namanya didedahkan berkata, sejarah hitam diperkosa pemandu teksi itu mengganggu emosinya kembali selepas akhbar menyiarkan gambar penjenayah berkenaan minggu lalu.


Menurutnya, dia yang mahu melupakan detik hitam terbabit terkejut apabila melihat wajah suspek adalah lelaki yang memperkosanya empat tahun lalu.


"Ketika itu saya masih di bangku sekolah dan lelaki itu memperdaya dan memperkosa saya sebelum kejadian dirakam dengan kamera video telefon bimbit.


"Apa yang saya ingat, perkara itu berlaku ketika saya menahan teksinya di Plaza Sungai Wang, Bukit Bintang untuk pulang ke rumah. Saya masih ingat apabila diugut akan dimalukan menggunakan rakaman kejadian rogol itu sekiranya saya menolak untuk melakukan hubungan seks.


"Malah saya pernah dipaksa melakukan seks beramai-ramai selain nyaris diliwat. Dia gemar melakukan hubungan seks ketika saya memakai baju sekolah. Oleh itu dia sering mengarahkan saya memakai seragam sekolah walaupun ketika itu saya sudah hampir setahun menamatkan alam persekolahan," katanya.


Menurutnya, pemandu teksi tua itu turut pernah memujuknya supaya menjadi pelacur dengan bayaran RM100 manakala dia menjadi 'bapa ayam' dan mengambil komisen RM20 dari aktiviti berkenaan.


"Bagaimanapun saya enggan sebelum menukar nombor telefon bimbit setahun lalu selepas tidak tahan dipaksa menjadi abdi seks," katanya.


Ditanya mengapa dia enggan tampil untuk membuat laporan polis berhubung kes rogol pernah dialami itu, mangsa memberitahu dia kini sudah berkahwin dan bakal melahirkan bayi tidak lama lagi.


Dia mengakui apa yang dialaminya itu adalah akibat kebodohannya sendiri kerana terlalu bimbang ugutan video klip bogelnya tersebar.

"Jika saya membuat laporan polis empat tahun lalu, pastinya suspek sudah dapat diberkas," katanya. Pemandu teksi terbabit ditahan polis kira-kira jam 9 malam Isnin lalu berhampiran Jalan Imbi dan suspek dikesan pernah merogol sekurang-kurangnya 10 penumpangnya sebelum gambar mangsa diambil menggunakan kamera video telefon bimbit.


Sehingga kini enam gadis yang pernah menjadi mangsa sudah tampil membuat laporan polis di Balai Polis Ampang.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan menasihati mangsa yang belum membuat laporan polis agar tampil memberikan keterangan bagi memudahkan siasatan polis.


"Polis tidak boleh paksa mangsa buat laporan tapi jika mereka hanya mendedahkan pengalaman di akhbar, kita sukar untuk mengheret suspek ke mahkamah," katanya.


Katanya, bagaimanapun setiap aduan yang dilaporkan mangsa akan disiasat polis secara terperinci.