Adsense

Selasa, 8 Jun 2010

Malaysian Gossips, Rumours, Celebrities & Pictures Blog

Malaysian Gossips, Rumours, Celebrities & Pictures Blog


Sklerosis rosakkan saraf otak

Posted: 07 Jun 2010 08:58 PM PDT


Kebas-kebas ringan di bahagian bahagian atas badan antara simptom serangan sklerosis berbilang.


SEJAK beberapa tahun lalu penganalisa data, Zamani Ahmad, mengalami masalah penglihatan yang kabur. Kadang kala objek di depannya dilihat berganda-ganda walaupun telah mengenakan kaca mata.

Dia tidak menganggapnya sebagai masalah serius hanya berandaian disebabkan kesan kerja yang sentiasa menghadap komputer.

Namun akhir-akhir ini dia berasakan ada kelainan pada tubuhnya terutama di bahagian tangan dan kaki yang sesekali terasa kebas selain mudah berasa letih.

Khuatir dengan keadaan tersebut lebih-lebih lagi dengan usianya yang semakin mencecah persaraan, dia membuat temu janji dengan doktor.

Hasil pemeriksaan, doktor mengesyaki simptom-simptom yang dialami Zamani menunjukkan kemungkinan dia mengalami apa yang dipanggil sebagai sklerosis berbilang yang lazim menyerang tanpa disedari penghidapnya.

Sklerosis berbilang atau Multiple Sklerosis (MS) ialah sejenis serangan saraf terutama pada otak. Ia sememangnya tidak menunjukkan gejala khusus.

Simptom-simptom yang ditunjukkan mirip kepada masalah biasa seperti keletihan, pandangan kabur dan rasa kebas pada kaki serta lengan.

Keadaan ini menyebabkan ia sukar dikesan dan penghidapnya menderita bertahun-tahun.

MS berlaku apabila sistem ketahanan tubuh menyerang myelin, iaitu lapisan selaput yang melindungi sel-sel saraf membabitkan otak, tulang belakang dan mata.

Serangan yang berterusan boleh menyebabkan kerosakan kekal pada saraf mengakibatkan isyarat tidak dapat disampaikan melalui saraf ke bahagian tubuh lain seperti yang sepatutnya dan timbulnya gejala MS.

Berdasarkan laporan perubatan, MS merupakan salah satu penyakit saraf yang paling kerap menyerang orang dewasa di seluruh dunia. Kerap kali juga menyerang golongan muda pada usia antara 20-an dan 30-an.

Dianggarkan seorang hingga sembilan daripada 100,000 penduduk Asia mengidap penyakit ini. Statistik di Malaysia pula menunjukkan dua atau tiga orang dalam 100,000 kes.

Perunding neurologi, Dr. Shanti Viswanathan berkata, gejala-gejala MS sukar diduga malah simptom-simptom yang dialami oleh seseorang juga berbeza antara satu sama lain.

''Biasanya simptom ini boleh di kesan melalui penglihatan yang kabur atau pertuturan yang tidak jelas serta mengalami kebas-kebas ringan di bahagian muka serta bahagian atas badan," katanya.

Kata Dr. Shanti lagi, kurang kesedaran mengenai penyakit ini menyebabkan penghidapnya terus menderita.

Menurutnya, rawatan awal sangat penting dalam melambatkan perkembangan penyakit itu.

Namun, bagi pesakit MS kronik, mereka memerlukan rawatan sepanjang hayat.

''Kami percaya di luar sana, ramai yang menghidap MS tetapi belum dirawat atau diketahui

''Biarpun sehingga kini masih tidak ditemui penawar kepada penyakit ini, kaedah rawatan interferon beta mampu mengurangkan jumlah kes MS sehingga ke 40 peratus.

"Rawatan ini juga juga dapat memperlahankan kemampuan MS merebak," katanya.

Sementara itu syarikat framasutikal antarabangsa, Bayer Schering Pharma melancarkan program bantuan kepada pesakit yang menghidap MS melalui kaedah rawatan interfon beta.

Melalui kaedah ini membantu pesakit menjalani kehidupan yang lebih berkualiti jika pesakit mendapatkan rawatan awal dan secara berterusan.

Program telah diperkenalkan sempena Hari Multiple Sklerosis (MS) Sedunia 2010.

Program bantuan kepada pesakit MS ini yang dijalankan dengan kerjasama jabatan-jabatan kebajikan serta hospital-hospital kerajaan.

Sementara itu, Pengarah Perubatan Bayer Bayer Schering Pharma, Dr. Shunitra Devi memberitahu, dalam kajian yang telah dilakukan jangka hayat pesakit mampu bertahan lebih lama jika mendapat rawatan awal.

''Kami sedar kos yang mahal menjadi halangan kepada seseorang penghidap MS mendapatkan rawatan.

"Ini antara sebab utama kami memulakan program bantuan kepada pesakit. Ia bertujuan membantu lebih ramai penghidap MS mendapatkan rawatan terbaik dari awal serta meneruskannya dalam jangka waktu lama sehingga keadaan mereka bertambah baik," katanya.

Ambil Iodin setiap hari

Posted: 07 Jun 2010 08:56 PM PDT


Amalan pemakanan yang sihat dengan kandungan nutrien yang mencukup termasuk iodin penting ketika hamil.


KEHAMILAN merupakan satu saat indah yang dikurniakan kepada kaum wanita. Kenikmatan tersebut lebih menyerlah dengan kelahiran bayi sihat dan sempurna. Perhatian dan penjagaan rapi bukan sahaja menjamin kesihatan diri dan kandungan sentiasa sihat, malah ia mampu mengelak sebarang risiko yang tidak dijangkakan.

Lagi pula, bayi yang sihat datang daripada ibu yang sihat. Selain kalsium untuk membentuk tulang, wanita hamil dan bayi di dalam kandungan juga perlu mendapat iodin yang secukupnya.

Menurut Perunding Perubatan/ Endokrinologi dari Universiti Sydney, Australia, Prof. Creswell.J. Eastman, iodin penting untuk ibu hamil bagi mengelakkan kandungan mengalami masalah.

''Iodin penting untuk perkembangan normal otak dan sistem saraf bayi, terutamanya ketika dalam kandungan dan dua hingga tiga tahun selepas lahir,'' ujarnya ketika ditemui pada kunjungannya ke Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau yang turut bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menghasilkan kajian mengenai Kekurangan Iodine dalam Kanak-kanak (IDD), berkata, kekurangan iodin semasa hamil dan semasa pertumbuhan kanak-kanak boleh menyebabkan kelambatan perkembangan yang mengakibatkan penurunan dalam prestasi mental.

Menurutnya, wanita hamil dan bayi memerlukan iodin kerana ia penting bagi hormon-hormon tiroid.

Hormon tersebut menyokong pertumbuhan dan perkembangan normal kanak-kanak dan membantu mengekalkan kadar metabolisme badan.

Paras rendah tiroksin (yang boleh berlaku akibat kekurangan iodin) pada kanak-kanak boleh merencatkan pertumbuhan mental dan fizikal mereka.

Justeru, janin, dan kanak-kanak perlu dipastikan mendapat iodin yang secukupnya jika mahu melihat mereka membesar dengan sempurna.

Jelas Eastman, lazimnya iodin tidak disimpan dalam badan individu tersebut dan ia perlu diambil setiap hari.

''Jumlah iodin yang diperlukan oleh seseorang sepanjang hayatnya adalah kurang daripada satu sudu teh.

''Keperluan iodin adalah lebih tinggi bagi wanita hamil serta yang menyusukan bayi," katanya.

Banyak kajian menunjukkan kekurangan iodin akan menyebabkan pelbagai masalah kepada bayi yang dilahirkan. Ia termasuk menjadi punca kepada masalah terencat akal, pembesaran terbantut, pekak, bisu dan mengakibatkan lemah anggota badan. Pengambilan iodin sepanjang tempoh mengandung merupakan satu keperluan sama ada melalui diet pemakanan atau makanan tambahan.

Badan kita hanya memerlukan jumlah iodin dalam kuantiti yang kecil, malah ia wujud secara semula jadi dalam kebanyakan makanan. Sebab itu pengambilan makanan yang betul akan memastikan badan mendapat bekalan yang diperlukan setiap hari.

Ia juga boleh didapati melalui makanan tambahan yang dijual di farmasi-farmasi.

CSI kebanggaan Malaysia

Posted: 07 Jun 2010 08:55 PM PDT


DSP SHARUL OTHMAN MANSOR


APABILA berbicara mengenai unit siasatan tempat Jenayah (CSI), pastinya drama bersiri CSI New York, Las Vegas dan Miami terlintas dalam pemikiran kita.

Berlatarbelakangkan set penggambaran di Las Vegas, siri itu menayangkan tugas sekumpulan pakar forensik di Jabatan Polis yang bekerja bertungkus-lumus mencari kebenaran atau secara tepat bukti yang dapat membebaskan seseorang atau yang didakwa bersalah.

Peminat fanatik drama bersiri penyiasatan itu pastinya teruja memerhatikan setiap gerak langkah penyiasat-penyiasat CSI dalam menjejaki penjenayah sesuatu kes sehingga selesai.

Perasaan gelisah sentiasa bermain di benak sanubari penonton yang tidak sabar mengetahui kesudahan cerita kegemaran mereka.

Kecekapan penyiasat CSI di dalam siri berkenaan ke lokasi kejadian mengumpul bahan bukti membuatkan peminat fanatik itu tidak lekang daripada televisyen.

Dengan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik moden hari ini, penonton akhirnya menarik nafas lega apabila kesimpulan kepada kes yang rumit berjaya dirungkai satu persatu oleh pasukan CSI.

Komputer berteknologi tinggi dengan paparan grafik tempat kejadian dan pelbagai macam pembunuhan ditayangkan secara jelas dan terperinci.

Namun apakah siasatan CSI yang ditayangkan di televisyen memberi gambaran sebenar tentang penyiasatan di negara kita?

Pastinya tidak. Ini kerana dalam lakonan semua kes dapat diselesaikan dalam tempoh yang cepat (kira-kira sejam tayangan setiap siri) dan hanya memperolehi hasil positif.

Namun hakikatnya, sesuatu penyiasatan sebenarnya akan mengambil jangka masa yang lama terutamanya apabila melibatkan kes-kes berprofil tinggi seperti kes rogol dan bunuh, Canny Ong dan kes pembunuhan kejam Nurin Jazlin Jazimin, sebagai contoh.

Terbaru kes pembunuhan model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pula pasukan CSI kita terpaksa berkampung hampir tiga minggu untuk mengumpul bukti sebelum suspek diheret ke mahkamah.

Bagaimanapun penjenayah kini dilihat semakin pintar kerana kebanyakan kejadian jenayah yang berlaku membabitkan cubaan oleh penjenayah-penjenayah untuk melupuskan bahan bukti daripada dikesan termasuk menggunakan sarung tangan bagi mengelak kesan cap jari.

Apakah penjenayah itu menyedari setitik peluh yang keluar dari badan mereka juga dapat dikesan identiti suspek melalui ujian kaedah asid deoksiribonukleik (DNA).

Kaedah ini telah lama digunakan secara meluas dan melalui kaedah itu, banyak kes dapat diselesaikan.

Dalam kes rogol misalnya, air mani perogol dapat dikesan menggunakan alat sinaran cahaya yang dipanggil 'Polilight PL500'.

Cahaya tersebut dilihat bukan saja mampu mengesan air mani malah tompokan darah walaupun dalam keadaan kering dan hampir hilang berbulan lamanya dalam tempoh cepat dan paling penting tepat.

Menariknya, berdasarkan kesan tompokan darah itu sendiri pasukan CSI dapat menentukan peralatan serta jarak di antara suspek dan mangsa ketika pembunuhan.

Deputi Supritendan CSI Sharul Othman Mansor ketika ditemui baru-baru ini di Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata, berdasarkan corak tompokan darah itu sendiri, pihaknya dapat membuat kesimpulan senjata yang digunakan suspek ketika kejadian.

"Sebagai contoh, tompokan darah besar dan kasar selalunya dilihat menggunakan senjata tumpul seperti topi keledar dan kayu.

"Manakala sebaliknya tompokan halus pula digambarkan untuk suspek yang menggunakan senjata tajam seperti pisau dan parang," jelasnya.

Selain itu, katanya, ketinggian tompokan darah itu sendiri dapat 'menceritakan' kedudukan suspek dan mangsa ketika kejadian.

Selain daripada mencari bahan bukti di lokasi kejadian, pihak CSI juga berperanan dalam mendokumentasikan dan mengumpulkan bahan-bahan bukti untuk dibawa ke makmal forensik untuk membuat pengecaman terhadap bahan bukti itu.

Peranan yang dimainkan oleh unit ini secara langsung membantu mengurangkan tugas-tugas pegawai penyiasat atau risikan supaya lebih cepat untuk mengesan penjenayah.

Sharul Othman, 48, memberitahu, pasukan CSI selalunya menghadapi masalah terutamanya dalam lokasi kejadian yang sukar dikawal dengan kehadiran orang ramai.

"Ini kerana bahan bukti di tempat kejadian mungkin telah beralih atau terdapat banyak tapak kaki sehingga menyukarkan pasukan kami mengenal pasti mereka yang terlibat.

"Akibatnya, kejadian jenayah yang berlaku sukar untuk dianalisis dan dirumuskan. Ini akan menyebabkan kekeliruan dalam menerangkan atau membina semula kes tersebut," jelasnya.

Menyingkap latar belakang Sharul Othman, beliau sebelum ini pernah bertugas sebagai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Seremban sebelum memegang jawatan ini.

Anak kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini bertemu jodoh dengan Sherlina Mohd. Ismail, 38, serta dikurniakan seorang puteri dan seorang putera.

Titik mula buat bintang AF8

Posted: 07 Jun 2010 08:54 PM PDT


KESEMUA 12 bintang AF8 bersama album kompilasi single mereka pada majlis pelancaran album tersebut di Laundry Bar, The Curve, Damansara, baru-baru ini.


SETELAH lapan musim bersiaran, rancangan realiti berkonsepkan nyanyian paling popular, Akademi Fantasia (AF) inilah kali pertama album kompilasi yang membabitkan bintang-bintang AF, diterbitkan dengan kadar segera.

Bukan sahaja setiap 12 bintang tersebut diberikan lagu solo untuk menjadi 'pasport' mereka mengadakan persembahan di khalayak, malah, klip video berlatarkan lagu nyanyian mereka turut dihasilkan.

Album AF8 Hits telah pun dipasarkan sejak 23 Mei lalu dan khabarnya mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan di kalangan peminat setia rancangan itu di mana sehingga kini sebanyak 3,000 unit telah pun ditempah.

Bertempat di Laundry Bar, The Curve, Damansara baru-baru ini berlangsungnya pelancaran album tersebut.

Majlis tersebut dihadiri oleh kesemua bintang AF8. Ini termasuklah juaranya, Shahir, Adira, Iwan, Ain, Daus, Farina, Maulana, Nad, Alif, Anum, Ema dan Shah.

Selain itu, ia turut dihadiri oleh bekas Pengetuanya, Norman Abdul Halim, Pengarah Eksekutif Astro Entertaiment Sdn. Bhd. (AESB), Zainir Aminullah, Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi serta ratusan peminat AF8.

Penghasilan album tersebut menyaksikan kerjasama erat antara KRU Studio dengan pihak AESB sendiri yang di lihat bertindak agresif membuat pelaburan bagi menerbitkan single untuk kesemua 12 bintang AF8.

Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album tersebut ialah Ku Ada Kamu, V.I.P, Penanggung Sepi, Kenapa?, Hujung Minggu, RSVP, Kebahagiaan Dalam Perpisahan, Aku Sudah Merdeka, Bangun Semula, Berakhir Sebelum Bermula, Hati-Hati dan Bernafas Lagi.

"Ini pertama kali album kompilasi yang membabitkan kesemua bintang AF untuk satu-satu musim dikeluarkan dalam masa paling cepat.

"Malah, inilah kali pertama juga menyaksikan kami mampu membawa kesemua lagu untuk diketengah dan diputarkan oleh saluran radio.

"Ini jelas membuktikan promosi terhadap bintang AF8 telah bermula dan ini merupakan titik awal yang positif buat kesemua mereka," kata Zainir pada sidang akhbar sejurus selepas tamat majlis tersebut.

Bagi pihak KRU Studios, Norman memberitahu kerjasama tersebut membuka ruang kepada 12 orang anak didiknya itu untuk bertapak dalam kerjaya seni.

Seperti yang dijanjikan, lagu-lagu serta klip video yang dihasilkan oleh KRU Studio sendiri adalah antara produk awal yang dijanjikan kepada bintang-bintang tersebut.

Cukup bertuah, berbanding bintang-bintang AF selama tujuh musim bersiaran. Inilah peluang terbaik yang pernah diberikan kepada kesemua mereka.

Peluang sama rata dilihat memberikan sedikit warna dalam membentuk acuan seni mereka apatah lagi, rata-rata genre lagu yang dihasilkan cukup mesra pendengar dan amat bersesuaian sekali dengan lontaran vokal mereka.

"Setelah diberikan peluang sebaik ini harap-harap nanti mereka inilah yang bakal mewarnai persada seni serta mengungguli sebagai calon-calon dalam pelbagai anugerah seni terbaik di negara ini," katanya.

"Mengikut perancangan awal, hanya enam bintang AF8 sahaja yang diberikan ruang untuk terlibat dalam album ini tetapi kami membuat keputusan untuk memberi peluang kepada kesemua mereka memandangkan bakat yang ada pada mereka.

"Sehingga kini, platform dan sokongan daripada peminat sudah ada. Seterusnya terpulang pada mereka untuk ambil peluang ini bagi mencorak kerjaya dan menonjolkan bakat masing-masing," kata Norman.

Cinta kerana hadis

Posted: 07 Jun 2010 08:50 PM PDT


PASANGAN mempelai bersama ahli keluarga kedua-dua pihak.


LEMAH lembut, bijak, rupawan, santun bicaranya, sopan perilakunya, umpama satu pakej yang lengkap dambaan mana-mana lelaki dalam mencari pasangan hidup.

Tidak keterlaluan jika dikatakan juara rancangan realiti Gadis Melayu pertama terbitan TV9 ini, Aida, memiliki pakej lengkap itu yang bisa meruntun hati sesiapa yang mengenalinya.

Namun, cinta antara Aida dan suaminya, penyampai berita Buletin Utama TV3, Mohd. Saiful Nizam Ismail,28, pada mula perkenalan bukanlah bertaut kerana semua itu tetapi ianya bermula dengan salah faham.

Ujar pemilik nama Khairul Noormaaidah Zali, 25, perkenalan awal mereka bermula dengan salah faham berkenaan sebuah hadis yang pernah disebut oleh Aida.

Cerita Aida, dia ada menyebut sebuah hadis semasa mengacarakan program Wanita Hari Ini (WHI) dan Saiful yang kebetulan menyaksikan rancangan itu menegurnya kerana tersilap menyebutnya.

"Sebenarnya hadis yang saya sebutkan betul, mungkin dia tersalah dengar lalu meminta nombor telefon saya daripada seorang kenalan dengan niat untuk menegur saya.

"Dia hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbunyi "kalau tak tahu, jangan baca" dan meminta saya menjelaskan hadis yang saya bacakan itu.

"Pastilah saya terkejut dengan SMS dia. tambahan pula ia daripada orang yang saya tidak kenali.

"Sejak itu, hari-hari dia mesej saya tetapi saya memang tidak layan SMS daripada orang yang tidak dikenali.

"Satu hari, dia menghubungi saya dan memperkenalkan dirinya. Saya terkejut rupa-rupanya selama ini yang menghantar mesej kepada saya ialah Saiful Nizam, pembaca berita Buletin Utama.

"Sejak itu, kami saling berkenalan, semakin lama semakin rapat, sehinggalah dia melamar saya menjadi isterinya," ujar Aida yang sentiasa tidak lekang dengan senyuman yang manis.

Dengan sekali lafaz sahaja, Aida sah menjadi isteri kepada Saiful Nizam pada 4 Jun lalu, pukul 9.40 malam di rumah keluarga Aida di di Bandar Country Homes, Rawang.

Dia dinikahkan sendiri oleh bapa Aida, Zali Ismail, 59, sambil disaksikan oleh ahli keluarga dan rakan-rakan yang rapat dengan mereka.

Pihak pengantin perempuan menyediakan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh dulang hantaran daripada pengantin lelaki beserta wang hantaran yang dirahsiakan jumlahnya dan mas kahwin bernilai RM6,000.

Majlis persandingan kedua-dua mempelai itu diadakan pada 5 Jun, bertempat di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Penuh dengan adat tradisi, majlis perkahwinan mereka turut diserikan dengan beberapa rakan selebriti seperti Azwaliza Azman, Datin Norazlina Ridzuan, Norhaizi Mohd. Rani, Zainal Ariffin Ismail dan personaliti TV9, Zuhairah Mustafa Al-Husin.

Darling Ngasri, Rosyam Nor dan Datuk Farid Ridzwan turut hadir memeriahkan detik bersejarah kedua-dua personaliti yang bernaung di bawah syarikat Media Prima Berhad itu.

Bercerita tentang ciri-ciri yang ada pada Saiful Nizam yang memikat hati gadis rupawan ini, ujar Aida, Saiful Nizam seorang yang sangat memahaminya, tidak hipokrit dan amat menitik-beratkan masa.

Saiful Nizam juga disifatkan Aida sebagai seorang lelaki yang amat rapat dengan keluarga.

"Dia amat menyintai keluarganya, dan dia juga menyintai keluarga saya sebanyak mana dia cintakan saya," ujar Aida.

Bagi Saiful Nizam pula, Aida seorang wanita yang amat memahaminya, dapat menerima Saiful seadanya, dan paling memikat hatinya ialah Aida pandai membawa diri dengan sesiapa sahaja terutamanya dengan ahli keluarganya.

"Saya amat menyintai Aida dan berharap selepas ini kami dapat melalui kehidupan sebagai suami isteri dengan lancar, susah senang bersama dan berkekalan hingga ke syurga," tulus luahan hati Saiful Nizam.

Aida turut berjanji untuk menjadi isteri yang terbaik buat suaminya itu dan mengharapkan suaminya dapat membimbingnya di dunia dan akhirat.

Mas Idayu pertahan tindakan

Posted: 07 Jun 2010 08:48 PM PDT

Joe lega, Azmeer terharu dengan persembahan protege

RELEVANKAH lagi penggunaan rotan atau tali pinggang sebagai alat bantuan untuk mendidik mereka yang bergelar pelajar?

Sejauh mana pendidikan ala konvensional itu boleh merubah prestasi seorang pelajar? Itulah persoalan yang timbul pada sidang media program Mentor 4, pada Ahad lalu.
Sebaik saja protege kepada Mas Idayu, Shaq diumumkan peserta pertama tersingkir, ramai tertanya-tanya, apakah yang menyebabkan pelajar berasal dari Pantai Timur itu dihukum pengundi sedemikian rupa. Adakah Shaq atau nama sebenarnya Mohd Shabini Ibrahim gagal memenangi hati penonton dengan persembahan yang ditonjolkan atau pengundi sebenarnya bersimpati kerana dia didakwa menjadi mangsa "penderaan" mentornya sendiri yang sering menggunakan tali pinggang sebagai cara untuk melatih anak didiknya itu.

Disebabkan tidak mahu lagi melihat Shaq tertekan dengan keadaan seperti itu membuatkan pengundi bagaikan sepakat untuk menyelamatkan jejaka berusia 25 tahun itu dengan tidak mengundi dirinya. Hasilnya, keputusan undian terakhir kumpulan A menyaksikan Shaq mendapat 96 markah manakala Ila, protege kepada Joe Flizzow mendapat markah tertinggi iaitu 105 markah diikuti protege Azmeer iaitu Nani dengan 99 markah. Ini sekali gus melayakkan Ila dan Nani mara ke peringkat seterusnya.

Walaupun ada yang mempertikaikan caranya menggunakan tali pinggang serta penonton muak dengan drama yang tak berkesudahan membabitkan mentor dan protege sensasi ini, Mas Idayu tetap mempertahankan tindakannya itu.

"Saya rasa penggunaan tali pinggang untuk mendidik adalah relevan dan sesuai. Inilah cara didikan yang saya terima daripada ibu bapa saya. Kalau tak gunakan cara seperti ini iaitu rotan atau tali pinggang, saya tak akan berada di kedudukan begini. Lagi pun, anak saya yang masih bersekolah juga masih dirotan oleh guru hanya kerana markah Matematiknya rendah.
"Ini memang cara saya bekerja. Malah sebelum mengambilnya sebagai protege, saya sudah bertanyakan apakah dia bersedia menerima cabaran dan sanggup menghadapi cara kerja saya. Dia bersetuju dan sanggup menerima apa saja arahan, jadi saya tak anggap perkara itu memberi tekanan kepadanya.

"Cuma apa yang boleh saya katakan, Shaq agak lambat menerima sesuatu arahan. Begitu juga dalam hal menghafal lirik. Saya tidak boleh menunggu terlalu lama kerana kita kesuntukan waktu. Dia memang berbeza dengan Black. Malah, cara saya mendidik dia dengan Black juga berbeza. Apa pun, saya puas hati dengan persembahannya malam ini berbanding minggu lalu.

"Minggu lalu, dia memang teruk. Walaupun vokalnya masih belum pulih sepenuhnya, dia tidak banyak melakukan kesilapan. Cuma saya sedih kerana impiannya untuk menjuarai pertandingan ini dan hasratnya untuk membantu keluarga dengan hadiah kemenangan tidak kesampaian," luah Mas Idayu.

Shaq yang duduk mendiamkan diri di sebelah protegenya ketika sesi temu bual berlangsung turut mengakui kelemahannya yang agak sukar untuk menangkap sesuatu pembelajaran dengan cepat.

"Saya akui memang susah nak faham sesuatu pelajaran yang diajar Mummy (panggilan untuk Mas Idayu) dalam masa singkat. Memang kena ambil masa. Itulah kelemahan saya. Tapi, saya boleh terima apa yang diajar dan tak anggap penggunaan tali pinggang itu sebagai tekanan amat berat. Sejujurnya saya sedih kerana gagal memenuhi impian sendiri dan hasrat mummy untuk melihat saya berjaya.

"Mungkin selepas ini, saya akan terus berusaha memperbaiki diri untuk terus berjaya dalam bidang yang ingin saya ceburi ini," kata Shaq dalam nada sebak.

Tangisan gembira, sedih Azmeer

BUKAN saja Mas Idayu yang mempunyai masalah dengan protegenya tetapi perkara sama turut berlaku ke atas Azmeer dan Nani. Disebabkan Nani sering menghadapi masalah kesihatan sehingga menjejaskan vokalnya, Azmeer pernah terlepas meluahkan kata-kata pedih yang menyentuh hati gadis berusia 24 tahun itu.

Kata Azmeer, dia pernah meluahkan perasaan kecewa dan menyesal mengambil Nani sebagai anak didiknya hanya disebabkan masalah kesihatannya itu.

Bagaimanapun, selepas mendengar nyanyian Nani dan melihat usahanya yang membuahkan hasil itu, akhirnya Azmeer menarik balik kata-kata yang sudah terlanjur itu.

"Bila dia sering saja sakit sehingga menjejaskan mutu vokalnya, saya katakan kepadanya kenapalah aku ambil kau jadi protege, asyik sakit saja. Masa itu saya memang stres!

"Tapi malam ini, dia menonjolkan vokal sebenarnya seperti yang ditunjukkannya sewaktu sesi uji bakat dulu. Saya puas hati dan gembira dengan pencapaiannya malam ini," kata Azmeer yang kelihatan mengalirkan air mata sewaktu mengimbas kembali tragedi itu.

Sementara itu, Joe yang kelihatan agak santai walaupun protegenya, Ila mengungguli pertandingan awal itu berkata, dia kini sudah menemui identiti sebenar anak didiknya itu.

"Selepas beberapa minggu diuji dengan pelbagai jenis lagu, saya sudah dapat melihat genre sebenar Ila. Yang pasti muziknya nanti bukanlah seperti Waheeda atau Yuna hanya kerana dia bertudung," katanya.

Persembahan malam itu turut diserikan dengan kehadiran penyanyi undangan seperti Noh Hujan, Black dan Siti Sarah.

Dengarnya: Akim bukan sekadar hendak menyanyi

Posted: 07 Jun 2010 08:47 PM PDT

AKIM nampaknya semakin bijak mencuri ruang dan peluang yang ada di depan matanya. Popularitinya dikatakan menyerlah berbanding juara dan naib juara pertandingan yang sama, Hafiz dan Aril. Tapi usahlah sampai timbul perasaan cemburu. Ini adalah rezeki Akim.

Sejak bergelar penyanyi dan pelakon, bakat Akim sebagai pencipta lagu juga menyerlah. Lagu ciptaannya Inilah Cinta juga menjadi lagu tema produk ais krim yang melantiknya menjadi selebriti kempen terbabit. Cik Normah dapat tahu menyusul pula lagu Janji.
Lagu Janji menurut teman sepejabat Cik Normah dikatakan berkaitan dengan kisah benar Akim dengan orang istimewa dalam hidupnya. Cik Normah kurang pasti pula siapa. Cik Normah cuba juga untuk mengorek rahsia dengan mengatakan apakah ia berkaitan dengan Stacy yang pernah dikaitkan dengan Akim, teman Cik Normah hanya mampu tersenyum.Tetapi yang Cik Normah nak kongsi ini ialah perancangan masa depan Akim. Biarpun masih muda, Akim sudah mula beringat menjelang hari tua. Dalam diam, Akim rupa-rupanya sudah mula meneroka pasaran baru dalam dunia perniagaan.
Menurut teman sepejabat Cik Normah lagi, Akim sudah bergelar usahawan. Akim meneruskan perniagaan kuih batang buruk yang diusahakan ibunya di Johor Bahru. Cik Normah dapat tahu kuih resipi ibunya itu mendapat sambutan ramai. Kelas gitu.

Selain itu, Akim juga menjalankan perniagaan pengangkutan, tetapi ia diuruskan kakak dan abangnya di Johor Bahru. Cik Normah tumpang senang dengan visi dan misi Akim. Dalam pada itu, Akim juga dikatakan sedang mempertimbangkan untuk membuka syarikat berkaitan hiburan dalam usaha meneruskan kelangsungan dunia seni yang diterokainya itu. Syabas Akim! Teruskan semangat itu.

Rabbani tubuhkan kumpulan pelapis

Posted: 07 Jun 2010 08:45 PM PDT

RABBANI bakal menjadi kumpulan nasyid pertama mempunyai pelapis apabila kumpulan yang ditubuhkan sejak 13 tahun lalu itu akan memperkenalkan pewaris mereka Rabbani Junior. Kumpulan yang terdiri daripada anak-anak anggota Rabbani itu sendiri akan diperkenalkan penghujung tahun ini.

Rabbani Junior dibarisi tujuh kanak-kanak lelaki berusia 9 hingga 13 tahun bakal menyambung warisan bapa mereka dalam memperjuangkan nasyid sambil beribadah.
Jurucakap Rabbani, Azadan Abd Aziz ketika ditemui pada majlis ulang tahun kumpulan ini memberitahu, idea menubuhkan Rabbani Junior adalah cetusan balu Allahyarham Asri Ibrahim iaitu Noor Jannah. Katanya, penubuhan Rabbani Junior sebagai memenuhi impian pemimpin dan vokalis utama Rabbani, Ustaz Asri Ibrahim yang pernah meluahkan kebimbangan mengenai pengganti Rabbani sebelum beliau (Asri) menghembuskan nafas terakhir tanggal 13 Ogos yang lalu.

"Mencari pengganti atau artis di bawah Rabbani yang bukan saja boleh menyanyi tetapi menghiburkan orang ramai sambil berdakwah bukannya mudah. Isteri arwah, Noor Jannah kebetulan memberikan cadangan supaya kami mengambil anak-anak anggota Rabbani saja sebagai penyambung dakwah kami kerana dia melihat anak anggota Rabbani ada yang berbakat.

"Kami bercadang hujung tahun ini proses rakaman akan dimulakan. Sebagai permulaan, Rabbani Junior akan muncul dengan single terlebih dulu. Bagi pengisian lagu untuk Rabbani Junior, ia akan diambil daripada lagu milik Asri yang belum pernah dinyanyikan sebelum ini. Mereka juga akan menyanyikan semula lagu daripada kumpulan Nada Murni iaitu kumpulan pertama yang disertai oleh Rabbani. Malah kami juga amat mengalu-alukan sumbangan lagu daripada komposer yang berminat," kata Azadan.

Rabbani Junior bakal dipimpin oleh anak keempat ustaz Asri, Mohd Ilham yang kini berusia 12 tahun. Ilham bukan saja berkebolehan menyanyi sehebat arwah bapanya tetapi juga berkebolehan bermain muzik seperti gitar dan piano. Malah semasa hayat, Allahyarham Asri sendiri pernah memberitahu, Ilham bakal mewarisi bakatnya tetapi anaknya itu seorang yang pemalu.
Sementara itu, kembali berbicara mengenai kumpulan yang asalnya mempunyai seramai 13 anggota dan kini mereka bergerak selesa bersama tujuh orang.
Azadan berkata, sejak ketiadaan Asri, mereka merasakan Rabbani umpama kumpulan baru.

Ditanya tidakkah mereka bimbang sokongan peminat akan semakin berkurangan, lebih-lebih apabila gagal meraih sebarang trofi pada malam Anugerah Industri Muzik (AIM) baru-baru ini, Azadan menjelaskan apa yang dibimbangi Rabbani sebenarnya ialah tidak mampu mempertahankan perjuangan yang ditinggalkan oleh Asri.

Dia mengakui Rabbani beruntung apabila masih ada peminat yang sudi mengundi mereka ketika Anugerah Bintang Popular Berita Harian tempoh hari hingga mereka berjaya membawa pulang trofi Penyanyi Nasyid Popular untuk kali ke 11.

"Tak dapat saya nafikan album Marhabbah disiapkan dalam keadaan tergesa-gesa. Kami menyiapkan album itu dalam tempoh dua minggu saja kerana ketika itu kami sibuk dengan penjelajahan untuk ke Jordan dan Syria. Apabila dibuat dalam keadaan tergesa-gesa, kualitinya tidak dijaga. Susunan muzik album itu terutamanya dibuat dalam keadaan nak cepat, selain itu dari segi teknikal juga terdapat kelemahan.

"Pengalaman itu adalah pengajaran buat kami. Selepas ini kami akan lebih berhati-hati lagi untuk mengelak hal serupa daripada berlaku. Bagaimanapun kami tidak meletak harapan yang tinggi untuk menang. Bagi kami apabila diundang ke sesebuah majlis, tujuan kami bukan untuk menang sebaliknya kami cuma mahu memenuhi undangan dan pada waktu sama mengambil peluang itu bertanya khabar dengan rakan-rakan yang sudah lama tidak ditemui," katanya.

Sepanjang 13 tahun berada dalam industri, Rabbani pernah meraih kejayaan besar di dalam AIM. Album Intifada yang menyaksikan gandingan kumpulan itu bersama KRU menggondol anugerah Vokal Berkumpulan Terbaik, Album Nasyid Terbaik dan Album Terbaik. Kejayaan itu diraih kumpulan berkenaan pada 2001.

Perubahan yang cuba dibawakan Rabbani apabila menjalin kerjasama dengan KRU itu mengundang pelbagai maklum balas penonton. Ada yang suka dan tidak kurang yang kurang bersetuju dengan perubahan yang cuba dibawa kumpulan berkenaan. Namun lama-kelamaan kelainan yang cuba dibawa sepanjang karier Rabbani itu semakin diterima apabila Intifada dan Pergi Tak Kembali kerap menjadi pilihan peminat setiap kali membuat persembahan.

Mencari arah baru...Zarina Ann Julie

Posted: 07 Jun 2010 08:37 PM PDT

pix_gal0
Zarina tidak mahu dikenali menerusi cerita sensasi dan kontroversi

PELAKON drama bersiri Anak Pontianak, Zarina Ann Julie, dia tidak pernah menjadikan beberapa kontroversi berhubung penyiaran gambar seksinya dalam internet Internet sebagai halangan untuk terus melangkah jauh dalam dunia lakonan. Mengambil sikap tidak hiraukan pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepadanya, gadis berusia 22 tahun ini cekal mengharungi persada seni.

Mempercayai bakat yang dimilikinya, produser tempatan tidak putus-putus memberikan Zarina peluang untuk muncul dalam drama terbitan mereka. Gerak Khas dan Roda-Roda Kuala Lumpur antara drama bersiri yang bau saja dijayakannya.
Pada Mac lalu dia terbabit dalam sebuah filem yang diterbitkan syarikat produksi dari Singapura. Bercorak thriller, penggambaran filem itu dirakam di sekitar Perak. Pada ketika dia melihat dirinya seorang pelakon, Zarina tidak menolak peluang untuk mempelbagaikan lagi bakat seni. Justeru, apabila idea untuk dirinya muncul bersama sebuah single berjudul Oh La La diketengahkan, dia tidak menolaknya begitu saja."Saya sedar, saya bukanlah penyanyi sebenar. Atas hakikat itu juga, komposer muda, Caprice, menghasilkan lagu yang tidak perlu menguji kekuatan vokal. Sebaliknya, lagu itu menyerlahkan personaliti saya yang sebenar seperti gadis yang kuat semangat, lincah dan bermulut bertih," kata Zarina sambil tersenyum, tatkala berkunjung ke Balai Berita, baru-baru ini.

Dirakam di studio milik Caprice di Kelana Jaya, single yang akan diperkuatkan dengan kemunculan penyanyi rap Perancis itu dihasilkan dalam bahasa Inggeris. Memilih untuk menampilkan konsep funky, kata Zarina, elemen muzik elektro dan house cukup kuat kedengaran menerusi lagu berkenaan.

"Ia hanya sebuah percubaan. Jika single ini dapat sambutan, tidak mustahil projek susulan akan dilakukan. Tidak ada apa yang merugikan menerusi projek eksperimen ini. Sebaliknya ia memberikan ruang untuk mencuba bidang seni yang baru, selain berlakon.
"Karier utama tetap sebagai seorang pelakon. Nyanyian saya lakukan apabila ada masa terluang. Nyanyian sesuatu yang seronok dilakukan. Saya sendiri sukakan genre hip hop. Jika selama ini saya berlakon dengan menjadi orang lain, kali ini saya menjadi diri sendiri pula," kata pelakon ini.

Ditanya apakah single terbabit akan dipasarkan dalam bentuk CD, pelakon yang pernah dikaitkan dengan kontroversi gambar panas ini memberitahu, berikutan konsep lagu itu sendiri lebih kepada lagu kelab, maka ia akan dipromosikan terlebih dulu di tempat hiburan berkenaan.

"Seandainya orang ramai menerima lagu terbabit dengan baik, pastinya kami tidak akan melepaskan peluang mempromosikannya pula di radio," katanya yang menjadikan Anggun sebagai idola.

Zarinua juga berharap, menerusi percubaan itu, dia mampu untuk bersinar menerusi hasil penat lelahnya, bukan dek cerita panas yang tersiar di media.
"Kali ini, biarlah saya panas melalui cara yang positif," tegasnya yang belum merancang untuk muncul dengan sebarang album, sebaliknya berminat untuk merakamkan single berbahasa Melayu pula.

Berhubung kerjasamanya bersama Caprice, artis ini memberitahu betapa dia dan jejaka sebaya dengannya itu ialah sahabat baik. Hakikat itu memudahkan lagi kerja pembikinan single berkenaan.

Penyanyi yang turut bergelar penerbit dan pencipta lagu itu pernah muncul bersama tiga single - Lenglui, 'Dem Girls dan Fantasy Girls - sejak dua tahun lalu. Dilihat sebagai perintis irama hip hop negara ini, lagu-lagu Caprice diterima baik sehingga menjuarai carta lagu popular radio Inggeris.

Menyentuh kekuatan dirinya dalam menempuh pelbagai dugaan saat bergelar insan popular, seperti penyiaran gambar hangatnya sama ada bersendirian mahupun bersama teman lelaki, Zarina punya cara sendiri untuk mencari kekuatan dan semangat, agar dia mampu untuk terus bertahan.

"Mengapa perlu saya pedulikan semua cercaan dan kata nista orang lain pada saya? Saya tidak perlu tertekan dengan semua itu, kerana apa yang penting bagi saya ialah kerja saya dalam bidang ini. Selagi mana saya ditawarkan kerja, selagi itulah saya akan terus bertahan di sini.

"Orang lain boleh berkata, perkara bukan-bukan mengenai saya, namun semua itu tidak melunturkan semangat. Bagi saya, pada ketika seorang mengeji, sepuluh lagi akan memberikan sokongan. Saya pula bersyukur kerana saya mempunyai kelompok pengikut atau peminat sendiri. Merekalah yang menyokong saya selama ini," ujarnya.

Sambung pelakon ini, bahkan ada kes di mana insan tidak bertanggungjawab mewujudkan laman sosial menggunakan namanya. Kononnya, peminat akan tertipu dengan laman itu.

Sebaliknya Zarina percaya, peminat tidak akan terkena dengan permainan sebegitu kerana mereka boleh membezakan laman sosial palsu dengan yang betul.

Zarina (AF2) Sahkan Tak Jadi Kahwin

Posted: 07 Jun 2010 08:36 PM PDT

Zarina Zainoordin mengakui tidak dapat meneruskan hasrat berumah tangga.

PETALING JAYA: Bekas peserta Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Zarina Zainoordin, 26, yang sepatutnya naik pelamin hujung tahun lalu mengesahkan telah putus cinta hampir tujuh bulan lalu.

Zarina yang dihubungi mStar Online berkata, hubungannya dengan bekas gitaris sebuah kumpulan muzik itu tidak dapat diteruskan gara-gara tiada keserasian selepas kira-kira tiga tahun bercinta.

"Kami tak serasi. Selepas tiga tahun berkawan nampaknya hubungan untuk ke arah yang lebih serius tidak dapat diteruskan," katanya.

Pada tahun lalu Zarina membayangkan akan berkahwin dengan ahli muzik itu yang di jadual pada bulan Disember tahun lalu.

Mengikut perancangan awal, majlis pernikahan mereka akan dilakukan serentak dengan majlis bertunang.

Zarina masih lagi berkawan dengan pemain gitar tersebut.

Zarina juga sudah membuat persiapan termasuklah meninjau butik-butik pengantin sebelum tempahan pakaian persandingan sempena hari bahagianya itu dibuat.

Menurut Zarina, tiada sesiapa yang bersalah apabila majlis yang dirancang itu tidak menjadi sebaliknya keputusan tersebut adalah keputusan mereka berdua.

"Kami berdua yang membuat keputusan untuk tidak meneruskan hubungan dan perkahwinan. Ini adalah persetujuan bersama," katanya.

Ujar Zarina dia tidak menyesal dengan apa yang terjadi sebaliknya menganggap mungkin mereka sudah tiada jodoh.

Walaupun sudah putus cinta tetapi Zarina dan pemain gitar tersebut masih lagi berkawan.

Edry (KRU) Dapat Anak Keempat

Posted: 07 Jun 2010 08:35 PM PDT

Elya, anak keempat Edry dilahirkan di SJMC semalam.

PETALING JAYA: Komposer, pengarah dan penyanyi terkenal, Edry Abdul Halim menyambut kelahiran anak keempatnya, Elya semalam.

Bayi perempuan seberat 3.34 kg itu dilahirkan secara normal di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) pada pukul 8.30 pagi semalam.

"Ikutkan tarikh kelahiran Elya adalah minggu depan. Tetapi nampaknya dia tak sabar nak "keluar" lebih awal dari waktunya.

"Kelahiran Elya sangat bermakna bagi saya sekeluarga kerana tarikh 7 Jun bukan sahaja tarikh kelahirannya malah juga tarikh lahir salah seorang adik saya dan ulang tahun perkahwinan ibu bapa saya.

Elya bersama abang dan kakaknya, Emil, 10, Edylia, 7, dan Emery, 3.

"Sepatutnya malam ini kami akan bersama-sama menyambut majlis hari jadi dan ulang tahun," kata Edry kepada mStar Online.

Menurut Edry, 34, nama Elya adalah gabungan namanya dengan isteri, Milia Mohamad, 35, sama seperti nama anak-anaknya yang lain iaitu Emil, 10, Edylia, 7, dan Emery, 3.

Tidak seperti sesetengah orang yang mahu ramai anak, Edry berkata Elya mungkin anaknya yang bongsu dan dia tidak berhasrat untuk menambah anak lagi selepas ini.

"Kami rasa dah cukup empat orang anak kerana itupun dah ramai. Saya mahu lebih banyak rehat dan fokuskan kepada isteri dan anak-anak yang ada.

"Walaupun isteri tidak bekerja dan merupakan suri rumah sepenuh masa, namun saya mahukan kami berdua menumpukan waktu yang berkualiti untuk anak-anak," beritahunya lagi.

Dalam perkembangan lain, pengarah filem Magika itu juga sedang menyiapkan lagu tema filem Hikayat Merong Mahawangsa berjudul Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain.

Anwardi Jamil Terbitkan Drama 'Detik 12 Malam’

Posted: 07 Jun 2010 08:34 PM PDT

BAGI penggemar drama bersiri Bilik No 13 pastinya merindui drama yang penuh misteri, suspens dan seram itu. Namun, kerinduan itu akan dapat diubati apabila drama bersiri berkonsep serupa berjudul Detik 12 Malam muncul.

Penerbit dan pengarah Anwardi Jamil yakin drama terbarunya itu bakal menjadi pengubat rindu kepada penonton Bilik No 13 yang telah tiga kali diulang siar di RTM.

Drama itu juga pernah mencecah 1 juta penonton setiap minggu semasa kali pertama ditayangkan pada dua tahun lalu.

Antara babak yang terdapat dalam Detik 12 Malam.

"Di sebabkan drama bersiri Bilik No 13 mendapat sambutan yang menggalakkan suatu ketika dulu, saya kembali terpanggil untuk menerbitkan drama bersiri Detik 12 Malam. Drama ini boleh menghilangkan rindu kepada penonton Bilik No 13.

"Konsep ceritanya lebih kurang sama seperti siri popular itu dan The Twilight Zone. Istimewanya, drama ini tidak memenatkan penonton. Setiap minggu ceritanya berbeza-beza tetapi ada pertalian antara satu sama lain.

"Ceritanya mengisarkan tentang Anis, penulis skrip yang suka mencari cerita-cerita aneh. Dari situ, dia terserempak dan berbual dengan seorang pak cik" katanya kepada mStar Online.

Dengan mempertaruhkan pelakon lama dan baru, Anwardi turut menyerapkan konsep 1 Malaysia menerusi barisan pelakonnya termasuk pelakon Cina dan India.

"Watak Anis dilakonkan oleh pelakon baru iaitu Eva Evanina berusia 21 tahun. Ini merupakan drama pertama lakonannya tetapi sebelum ini dia pernah berlakon dalam sebuah filem pendek. Saya mencungkil bakatnya setelah menonton filem pendek itu di Internet.

"Sebelum ini dia pernah bekerja sebagai penyunting video di sebuah syarikat produksi. Tetapi dia juga meminati bidang lakonan. Selain bakat dan lakonan yang sangat matang, tidak dinafikan wajahnya kacukan Melayu-Siam-Cina menjadi tarikan dan bonus untuk terpilih sebagai pelakon utama drama itu.

"Dia digandingkan dengan Ridzuan Hashim yang melakonkan watak pak cik yang penuh misteri dalam drama itu," katanya lagi.

Pelakon lain adalah Anne Abdullah, Dila Ahmad, Beto Khushairi, Aziz M Osman, Lufya Omar dan Min Jian.

Menariknya mengenai drama itu, Anwardi menghasilkan genre seram dan misteri dari sudut yang berbeza.

"Saya tak buat cerita hantu berambut panjang dan berkuku panjang tetapi seram dan suspensnya wujud dari jalan cerita dan suasana," ujarnya.

Drama terbitan ManjaFilms Sdn Bhd itu sedang menjalani proses adunan suara dan berkemungkinan akan disiarkan selepas Hari Raya Puasa tahun ini.

Selain Anwardi, drama yang memakan masa empat bulan tersebut turut diarahkan oleh anaknya, Aidil Abadi, Ken Yap, Alfard Lai dan Top Ali manakala skripnya ditulis oleh Anwardi, Aidil dan Ken.

Dalam perkembangan lain, anak kepada pasangan sutradara terkenal Datin Rosnani Jamil dan Datuk Jamil Sulong itu sedang dalam proses pra-produksi sebuah drama 8 episod untuk Astro berjudul 1870 Setahil Timah Segumpal Darah yang akan menjalani penggambaran pada Julai ini. Ceritanya menyentuh tentang perang Selangor pada tahun 1870.

Cheryl Cole Berpacaran Dengan Derek Hough

Posted: 07 Jun 2010 08:33 PM PDT

Pelakon, Derek Hough hadir ke tayangan perdana filem Clash of the Titans di Hollywood, California pada 31 Mac 2010.

CHERYL Cole kini telah melupakan suaminya, Ashley yang berlaku curang terhadapnya.

Sebaliknya penyanyi terkenal itu sedang berpacaran dengan Derek Hough dan mereka dijangka akan tinggal bersama tidak lama lagi.

Ayah angkat Derek, Aaron Nelson mengesahkan perhubungan cinta mereka berdua.

Penyanyi, Cheryl Cole ketika menghadiri tayangan perdana filem Hors La Loi (Outside the Law) semasa Pesta Filem Cannes ke-63 pada 21 Mei 2010.

"Ini adalah cinta sejati. Derek memberitahu saya dia bercinta dengannya dan saya percaya Cheryl turut berperasaan begitu. Cheryl ialah gadis idamannya," katanya kepada media.

Derek, 25, sedang sibuk mencari rumah selepas mendapat tawaran berlakon untuk filem Strictly Come Dancing .

Dia akan berada di Britain sekurang-kurangnya lima bulan ketika penggambaran filem dijalankan.

Sumber memberitahu Derek sedang mencari tempat tinggal baru untuk mereka di Britain dan Los Angeles.

Cinta Laura Lanjut Terbang Ke Amerika Syarikat

Posted: 07 Jun 2010 08:32 PM PDT

PELAKON dan penyanyi Cinta Laura (gambar) akan melanjutkan pendidikannya ke Amerika Syarikat. Ibu bapanya berharap agar penyanyi lagu You Say Aku itu boleh berjaya seperti bekas Menteri Kewangan Indonesia Sri Mulyani.

"Mudah-mudahan Cinta Laura lulus dalam pelajaran dan boleh berjaya seperti bekas menteri kewangan itu," ujar ibu Cinta, Herdiana ketika ditemui di penggambaran klip video muzik Guardian Angel di Muzium Prasasti, Tanah Abang, Jakarta Pusat, semalam.

Meski diharapkan boleh mengikut jejak Sri Mulyani, Cinta, 16, mahu mengambil jurusan psikologi dan bukannya ekonomi di Amerika Syarikat.

Sri Mulyani pernah belajar di University of lllinois Urbana Champaign. Sementara Cinta belum memutuskan sama ada dia akan belajar di universiti yang sama.

"Bulan Ogos ini saya akan berangkat ke sana untuk mencari universiti yang sesuai," ucap Cinta.

Cinta juga mengaku sudah bersedia untuk meninggalkan kedua-dua orang tuanya. Dia berharap dirinya boleh hidup berdikari di Amerika Syarikat.

Miley Cyrus Jelaskan Isu Cium Penari

Posted: 07 Jun 2010 08:31 PM PDT

Miley Cyrus ketika mempromosikan albumnya Can't be Tamed di Madrid pada 31 Mei 2010.

PENYANYI Miley Cyrus mempertahankan tindakan kontroversinya mencium seorang penari semasa persembahan di televisyen.

Selebriti itu dijemput ke program realiti televisyen Britain's Got Talent untuk mempersembahkan single terbarunya, Can't Be Tamed.

Bagaimanapun, media melaporkan para penonton program tersebut terkejut melihat Cryus mencium seorang penari wanita.

Penyanyi berusia 17 tahun itu menggesa para peminatnya supaya tidak berasa kecewa dengan tindakannya itu.

Cryus bagaimanapun apabila didesak mengenai perkara menafikan bercium sebaliknya berkata ia sekadar sebuah persembahan di atas pentas.

Arjuna Taruhan Terbaru KRU Studios

Posted: 07 Jun 2010 08:30 PM PDT

Remy dan Nora merupakan antara pelakon Arjuna.

PERTAMA kali di TV3, drama bersiri epik fantasi Arjuna terbitan KRU Studios akan bertemu para penonton melalui slot Aksi mulai 31 Mei 2010, setiap hari Isnin pukul 9 malam.

Menggantikan drama bersiri sains fiksyen Jidin, Arjuna memaparkan pengembaraan alam mistik para pendekar sakti yang padat dengan aksi pertarungan hebat dan kuasa sakti yang dipersembahkan melalui teknik CGI yang canggih.

Arjuna membariskan para pelakon popular tanahair seperti Remy Ishak (Pemenang Pelakon Lelaki Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009), Riz Ainuddin, Nora Danish, Ery Putra, Fikree Bakar, Ana Dahlia, Aman Graseka, Kuswadinata, Komeng dan lain-lain. Drama bersiri tersebut diarahkan oleh Elmi Khalim dan penghasilan skrip oleh Fairul Nizam Abas dan Yuzaidania A. Shukor.

Menurut Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, TV3 sentiasa mengambil inisiatif baru dalam menghasilkan program TV yang menarik dan menghiburkan.

Istimewa buat tatapan jutaan peminat setia TV3, Arjuna ialah sebuah drama bersiri epik fantasi yang lengkap dengan aksi hebat, konflik, percintaan, komedi, barisan pelakon yang mantap juga persembahan visual CGI yang mengkagumkan.

"Dengan kerjasama KRU Studios, kami berharap agar Arjuna mampu meninggalkan impak besar kepada para penonton selain meraih kejayaan rating yang tinggi. Sebahagian besar penggambaran dijalankan di kawasan hutan seperti Ulu Langat, Pulau Indah, Ulu Yam dan Kemensah yang memerlukan pihak produksi untuk mereka dan menghasilkan set yang bersesuaian."

"Para pelakon juga telah memberi komitmen yang tinggi dalam menjalankan persediaan seperti menguasai kemahiran bersilat dan bersedia dengan tahap fizikal yang tinggi bagi menjayakan lakonan babak-babak aksi yang merangkumi 50 peratus dalam drama tersebut," tambah Nurul.

Kisahnya bermula apabila Pendita Dzulkarnain mewariskan permata Wilis dan Pedang Citra Dewata kepada anak muridnya Adipura dan keturunannya sahaja setelah Grakus dan Gempita berpaling tadah kepada dunia jahat.

Grakus dan Gempita terus memburu Adipura untuk merampas senjata sakti tersebut. Namun, Adipura sempat menyerahkan Permata Wilis kepada kedua-dua anaknya, Sutera dan Arjuna sebelum terbunuh dalam pertarungan. Arjuna dan Sutera diselamatkan oleh adik Adipura, Cintasari.

Arjuna diserahkan kepada Saha, seorang nelayan yang baru kehilangan anak di Kampung Bayu Samudera manakala jejak adiknya tidak diketahui.

Selepas 18 tahun, Arjuna telah membesar sebagai seorang jejaka yang tampan, bersopan santun dan menggemari silat. Dalam suatu insiden, Arjuna secara tidak sengaja telah menggunakan kuasanya di hadapan orang kampong. Maka, Pendita Dzulkarnain dan Grakus sedar akan waris Adipura dan Permata Wilis telah ditemui. Masing-masing telah menghantar pengikutnya untuk mendapatkan Arjuna.

Keluarga angkat Arjuna terbunuh manakala Arjuna telah mengikut Satria Aduka dan Suria ke Kampung Rembang selepas diberitahu asal usulnya. Arjuna berkenalan dengan isteri dan anak Satria Aduka, Mak Bunga dan Sutera. Tanpa mengetahui bahawa Arjuna dan Sutera ialah adik beradik kandung, mereka menjadi sangat rapat dan mesra. Arjuna telah belajar ilmu dan hikmat untuk meningkatkan kesaktiannya.

Arjuna juga berkenalan dengan Satria Aduka, Suria dan Jati yang pakar dalam ilmu ubat-ubatan dan penciptaan.

Rombongan Pendekar membuat persediaan untuk ke Bandar DiRaja untuk bertemu dengan Pendita Dzulkarnain. Di sana, Arjuna akan bertemu dengan Pendita Dzulkarnain dan cucunya, Cempaka.

Bersediakah Arjuna menjadi seorang pendekar sakti yang ditakdirkan untuk menjadi waris kepada Pedang Citra Dewata? Pertarungan Arjuna dan Gempita merupakan kemuncak yang pasti menggemparkan dalam siri drama ini.

Kepada penonton di rumah yang ingin mengenali dan mendalami watak-watak Arjuna, mereka boleh melayari laman web Arjuna di www.tv3.com.my/arjuna. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Arjuna bermula 31 Mei 2010, setiap hari Isnin, jam 9 malam di slot Aksi, eksklusif di TV3.

Fizzo pamer skill bola sepak dalam Jersi 9

Posted: 07 Jun 2010 08:29 PM PDT

Di kesempatan demam Piala Dunia 2010 yang semakin hampir, banyak kisah yang tercetus bersangkut-paut dengan dunia bola mula diketengahkan.

Fenomena demam Piala Dunia 2010 sudah mula berjangkit tidak mengira tempat, termasuklah sebuah drama bola sepak yang berjudul, Jersi 9 akan ditayangkan di TV9 setiap hari Ahad mulai kelmarin, jam 10 malam.

Dengan teraju utama Fizzo Omar yang membawakan watak sebagai Mokhtar, seorang remaja kampung yang bercita-cita besar untuk menjadi pemain bola sepak profesional satu hari nanti.

Bukan setakat mempunyai impian yang tinggi, namun dia dikatakan sanggup mengharungi pelbagai carabarn dan liku untuk menghidu kejayaan itu.

Bermula daripada ungkapan, membina cita-cita dari angan-angan, setiap hari Mokhtar akan meluangkan masa untuk membantu bapanya di kebun dan di situ jugalah dia akan berlatih bermain bola sepak seorang diri.

Impian Mokhtar tidak hanya berlegar dalam jiwanya sahaja. Kebetulan seorang pelajar tahun akhir sebuah universiti bernama Hana yang dilakonkan oleh Eira Syazira ingin menyiapkan projek tesisnya, Pencarian Jersi 9 yang memerlukan dia mencari pemain bola sepak remaja dan menubuhkan satu kumpulan.

Dalam melakukan sesuatu perkara pasti ada cabaran yang harus ditempuhui bukan sahaja Moktar yang terpilih dalam mengejar impiannya, malah Hana yang mula menyimpan perasaannya terhadap Moktar yang jauh lebih muda daripadanya.

Drama ini turut dibantu oleh Rahim Omar yang bertidak sebagai jurulatih, Farish Aziz, Abu Bakar Juah dan Faizal Yusof.

Lebih istimewa, peminat bola sepak pasti tidak mahu melepaskan peluang melihat penampilan pemain kebangsaan dan kini sudah bergelar jurulatih kebangsaan seperti, Dollah Salleh, Anuar Abu Bakar, Muhamad Kaironnisam Sahabudin Hussain dan Myhan Rossihan.

Di samping menampilkan kelibat mereka yang julung-julung kali ini, dalam masa yang sama pelbagai tip untuk mengasah bakat dalam dunia sukan bola sepak akan dipertonjolkan.

Oleh itu, jangan lupa melepaskan peluang untuk menyaksikan drama siri ini yang banyak menerapkan soal motivasi dalam mengejar cita-cita bukan sahaja dalam arena bola sepak.

Kontroversi Nia, Ardi

Posted: 07 Jun 2010 08:27 PM PDT



Beberapa Majlis Fatwa mengharamkan cincin perkahwinan Nia Ramadhani dan Ardi yang mengandungi darah di bahagian dalam cincin itu. Cincin itu yang digunakan sebagai simbolik membatalkan air sembahyang selepas majlis akad nikah.

Fatwa itu dikeluarkan oleh Forum Musyawarah Pondok Pesantren (SMPP) di Jawa dan Madura di Pondok Pesantren Lirboyo, Kota Kediri, 3 Jun lalu.

Manakala, Forum Bahtsul Masa'il FMPP Pondok Pesantren Lirboyo juga mengelurkan fatwa sama setelah sebelum ini mengejutkan rakyat Indonesia dengan pernyataan fatwa haram membuat teknik melurus rambut dan mengambil foto pra perkahwinan.

Fatwa haram itu dibuat berdasarkan bahawa darah termasuk dengan najis yang tidak boleh disatukan. Apatah lagi diabdikan dalam sebuah cincin yang berkemungkinan digunakan untuk semasa menunaikan solat.

Jurucakap Komisi B Bahtul Masa'il FMPP, Ali Mustofa Said berkata, alasan Ardi dan Nia membuat cincin dengan darah di dalamnya, untuk menyatukan pernikahan agar abadi adalah tidak tepat.

Katanya, ia kerana pernikahan yang sakinah, mawaddah dan warahmah tidak hanya melalui sebuah penyatuan yang bersifat duniawi.

Keputusan ini dibuat agar masyarakat di luar tidak meniru apa yang dibuat oleh Nia dan Ardi.

Forum yang terdiri daripada 300 delegasi dari 150 pondok pesantren itu berkata, fatwa haram hanya dikena pada cincin perkahwinan yang dipesan di Thailand itu, sedangkan untuk status perkahwinan tetap sah.

Tembelang SMS Pak Agos

Posted: 07 Jun 2010 08:26 PM PDT


PENGGUNA mesin ATM perlu melihat notis amaran yang ditampal oleh pihak bank untuk mengelakkan mereka tertipu dengan sindiket SMS.


KUALA LUMPUR – Tanda tanya rakyat negara ini mengenai penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menawarkan hadiah wang tunai kepada pemilik telefon bimbit terjawab apabila polis menahan 26 individu baru-baru ini.

Suspek-suspek berusia antara 14 dan 41 tahun tersebut ditahan di sebuah unit kondominium dan sebuah rumah teres di Tawau, Sabah dalam operasi khas diketuai polis Bukit Aman minggu lalu.

Lebih mengejutkan apabila siasatan mendapati sindiket tersebut didalangi oleh warga asing dari Indonesia yang dikenali sebagai Pak Agos dan Acok. Mereka dikatakan telah mengaut keuntungan sebanyak RM6.4 juta sejak empat tahun lalu.

Kerajaan tidak lagi kompromi

Posted: 07 Jun 2010 08:14 PM PDT


KERAJAAN akan membuka peluang kepada lebih banyak pihak menjual barangan kawalan termasuk gula jika persatuan peruncit bertekad menghentikan penjualannya mulai 1 Julai ini.


KUALA LUMPUR - Kerajaan tetap akan menguatkuasakan syarat lesen runcit untuk barangan kawalan mulai 1 Julai ini biarpun Gabungan Persatuan Peniaga Barang-barang Runcit Malaysia mengugut tidak mahu lagi menjual gula, minyak masak dan tepung gandum.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, kerajaan tidak mahu lagi berkompromi selepas banyak kali bertolak-ansur dengan mereka sebelum ini.

"Kita telah bersetuju dengan permintaan mereka supaya cepatkan proses permohonan lesen, mansuhkan bayaran lesen RM10 dan tangguhkan tarikh kuat kuasa dari 15 Jun kepada 1 Julai.

Pelajar buang bayi dipenjara setahun, denda RM7,000

Posted: 07 Jun 2010 08:13 PM PDT


ZARINA berjalan keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Seorang bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dekat sini dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM7,000 selepas Mahkamah Majistret di sini mendapatinya bersalah membuang bayinya pada 2008.

Majistret Wan Nor Aklima Wan Salleh menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Zarina Sulaiman, 22, selepas dia didapati secara rahsia telah membuang seorang bayi perempuan yang dilahirkannya di asrama universiti itu di Chendering dekat sini.

Mengikut fakta kes, Zarina telah membuang mayat bayi itu yang dilahirkan olehnya sama ada telah mati sebelum, semasa, atau selepas dilahirkan.

Urut batin badan ke badan

Posted: 07 Jun 2010 08:12 PM PDT


WANITA dari Filipina dan China yang bekerja sebagai tukang urut batin ditahan dalam satu operasi di Seri Hartamas, Kuala Lumpur kelmarin.


KUALA LUMPUR - Segalanya bermula dengan urut batin sehingga pelanggan rasa seronok dan selepas itu, barulah aksi mengurut badan ke badan diteruskan selama sejam melibatkan wanita warga asing berumur di antara 18 hingga 35 tahun dari Filipina dan China.

Itulah yang 'disajikan'oleh sebuah pusat refleksologi haram beroperasi di Seri Hartamas, di sini.

Bagi memastikan operasi premis berkenaan tidak dikesan pihak berkuasa, pelanggan yang menikmati keseronokan bertindak bijak dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengajak rakan mereka untuk 'berseronok' sama.

Farhan sedia menyerang

Posted: 07 Jun 2010 08:10 PM PDT




LEWAT kebelakangan ini, kelibat penyanyi yang dicungkil bakat melalui program realiti televisyen, Akademi Fantasia, Farhan sering terlihat bersama bekas pengurus penyanyi popular, Noryn Aziz iaitu Sam Kassim.

Di mana ada Farhan, di situ juga ada Sam yang setia di sisi. Bukan lagi ditemani ahli keluarga, dia kini bersama individu tersebut menghadiri acara-acara formal hiburan, undangan pentas ataupun sesi fotografi.

Terbaru, semasa bertemu pemilik nama lengkap Nur Farhan Azizan pada majlis Canon Celebrates With Celebrities di Mont Kiara, Kuala Lumpur, dia yang anggun dengan gaun paras lutut nuansa merah menjerit tetap berdampingan dengan Sam dari awal hingga pengakhiran majlis.

Menghurai kepastian, wanita berusia 26 tahun itu mengakui Sam menjalankan amanah mengurus kerjaya seninya sejak beberapa bulan lalu. Enggan lagi menjatuhkan sepenuh beban pada bapa dan adik-beradik, Farhan mengambil keputusan membenar dirinya dibantu orang lain.

"Saya mula mengenali Sam sejak empat tahun lalu. Kalau pergi mana-mana acara, pasti saya dan Sam akan bertembung. Dari situ, kami mengenali antara satu sama lain sehingga ikatan persahabatan kami menjadi akrab umpama abang dan adik.

"Waktu itu dia tidak lagi menguruskan kerjaya Noryn secara rasmi. Bahkan, dalam masa sama, saya tahu Sam terima pelawaan daripada artis lain termasuk beberapa nama besar untuk membantu menguruskan kerjaya masing-masing.

"Alhamdulillah, Sam sendiri buat keputusan hendak jaga Farhan. Maka, saya anggap ia sebagai peluang yang tidak boleh dilepas begitu sahaja," katanya yang senang dengan karakter Sam sebagai individu berpengalaman di gelanggang seni tanah air lebih sedekad lalu sebagai pengurus artis.

Seperti menyedari bukan mudah menghapus eratnya nama Noryn dan Sam selama ini, Farhan bagaimanapun memohon agar tiada lagi sesetengah pihak melontarkan kata perbandingan antara dirinya dan penyanyi jelita itu.

"Noryn adalah Noryn manakala Farhan adalah Farhan. Lagipun, kami ada kelainan jika bercakap soal personaliti. Biarpun berpegang pada jalur muzik hampir sama, Noryn terlebih dahulu mencipta nama dan mendalami ilmu seni secara profesional. Saya pula seperti diketahui umum, datang dari Akademi Fantasia musim keempat (AF4).


FARHAN kini mengamalkan sistem pemakanan yang lebih sihat.


"Selepas ini, memang orang akan sentiasa nampak Farhan bersama Sam. Benar, sebelum ini Sam pernah membantu uruskan karier Noryn. Tetapi, yang lepas, biar ia terus berlalu. Ini merupakan permulaan baru Farhan bekerja dengan Sam.

"Saya banyak terhutang budi dengan Sam. Selain famili, kosong rasanya tanpa bantuan dia sebagai orang kedua terpenting dalam hidup ini. Daripada pemilihan pakaian, mekap, undangan nyanyian dan pelbagai perkara berkaitan, Sam lakukan semua bagi pihak saya," jawab Farhan yang tidak terdaya mempertikai kepentingan pengurus dalam usaha menaikkan populariti artis.

Semakin langsing

Melihat sosok baru Farhan, jelas kelihatan ada perbezaan. Itu tidak mampu dinafikan lagi. Kalau sebelum ini dia kelihatan sedikit berisi, kini wanita yang dilahirkan pada 21 Ogos 1984 itu mula nampak langsing dengan bentuk badan baru.

Pelontar lagu Aku Saja Yang Tahu sebagai mercu tanda namanya bertebaran harum di persada muzik berkongsi cerita, dia mula mengamal diet sejak tahun lalu. Tanpa mengunjungi gimnasium atau menggunakan alat senaman di rumah, Farhan hanya menjaga pemakanan agar memperoleh keseimbangan.

"Saya akui tidak buat semua ini kerana hendak kurus. Cuma, tiada lebih membahagiakan saya apabila berat badan yang dulu sebanyak 60 kilogram kini turun empat kilogram. Hanya perlu mengurangkan tiga kilogram lagi, selepas ini saya boleh mencapai sasaran berat badan ideal seperti dinasihat doktor.

"Terus terang, saya makan sebanyak lima kali dalam sehari. Kedengaran agak banyak, saya sebaliknya ambil dalam kuantiti kecil sahaja. Contohnya, pagi saya minum air ekstrak buah dan sekeping roti. Kemudian, saya mula joging dan bersenam di kawasan berhampiran rumah.

"Makan tengah hari, saya masih makan nasi dan lauk-pauk bersesuaian dengan makanan diet saya. Waktu petang, saya minum air teh hijau dan menjamah biskut rendah lemak. Sebelum Maghrib, saya pasti akan makan dulu dengan mengambil nasi beserta sayur-sayuran atau ikan sebagai hidangan makan malam.


BERPELUANG merakam foto kenangan bersama bintang terkenal Hong Kong, Simon Yam.


"Kalau rasa lapar juga sekitar pukul 9 malam, saya ambil buah-buahan sebagai pengisi perut," akui Farhan yang mula teruja dengan perubahan fizikal pada diri setelah mengawal regim pemakanan dalam hidupnya bermula tahun 2009.

Album baru

Puas sudah menanti selama empat tahun, anak kelahiran Kuala Lumpur itu sekarang mampu menarik nafas lega kerana album debut yang menggunakan peruntukan sendiri bakal dikeluarkan tidak lama lagi.

Bernaung di bawah payung syarikat milik bapanya, Azizan Mohd. Khir iaitu Mezzo Forte Records Sdn. Bhd., Farhan mengeluarkan duit sendiri sebanyak RM50,000 untuk mendapatkan lapan buah lagu sekali gus merealisasi impian muncul dengan naskhah sendiri.

"Lama menghilang diri, saya sebenarnya sibuk cari material untuk album ini kira-kira dua tahun lalu. Ia sepatutnya disasar keluar bulan depan kerana hampir 80 peratus proses rakaman telah disudahkan. Tetapi, saya tidak mahu tergesa-gesa melancarkan buah tangan sulung ini kepada peminat.

"Biarlah ambil sedikit masa lagi kerana saya sedang menumpukan perhatian terhadap sebuah projek istimewa. Saya ingin merahsiakan terlebih dahulu apa yang tengah diusahakan. Kalau semua selesai, baru saya fikir hendak keluarkan album pertama ini," terang Farhan yang menggunakan khidmat Shamril Salleh, Adnan Abu Hassan Sharon Paul dan Helen Yap sebagai komposer.

Bercakap tentang aliran albumnya, ia membayangkan sebenar diri Farhan. Biarpun sebelum ini orang ramai beranggapan dia terbiasa dengan nuansa jazz, hakikatnya wanita dengan sikap peramah itu tidak pernah mencanang diri sebagai penyanyi jazz.


Sam (kanan) kini bertanggungjawab mengurus kerjasa seni Farhan.


"Album ini menampilkan pelbagai pengaruh genre termasuk retro dan pop. Bukan tidak selesa dilabel sebagai artis jazz. Saya sebenarnya tidak mahu lari daripada tema album ini. Awal-awal lagi, saya tahu muzik jenis apa yang diingini. Malah, penghujungnya, saya mahu peminat tahu album ini menggambarkan diri Farhan dan jenis muzik saya.

"Lagipun, kalau muncul dengan album penuh jazz, belum tentu orang ramai boleh terima karya ini. Paling membimbangkan, orang boleh jadi bosan dengar album saya. Mengambil pendekatan mudah, saya mencampur pelbagai lagu dalam album ini bagi menampilkan kepelbagaian.

"Sebagai permulaan, lagu berjudul Bukan Mimpi ciptaan Shamril bakal dijadikan single pertama saya. Kemudian, barulah lagu kedua, Moga menemui peminat sebelum album sendiri berada di pasaran," singkapnya yang memberitahu sanggup merekod lagu-lagu di dalam studio beberapa kali demi memuaskan hatinya.

Bipasha belum ada Twitter

Posted: 07 Jun 2010 08:10 PM PDT


BIPASHA BASU


MESKIPUN diulit populariti dan kemewahan itu bukan bermakna aktres seksi Bipasha Basu seorang yang celik teknologi Internet.

Walaupun kebanyakan aktres telah memiliki akaun di laman sosial popular seperti Facebook dan Twitter, sebaliknya Bipasha belum memiliki akaun mana-mana laman sosial.

Terbaru, apabila dia dilantik menjadi duta jenama Telecom Limited, Bipasha lantas mengumumkan dia bakal memiliki akaun laman sosial Twitter tidak lama lagi.

"Saya rasa fenomena laman sosial adalah bagus. Saya bukan seorang pemilik akaun Twitter buat masa ini tetapi saya bakal menjadi salah seorang pengguna Twitter tidak lama lagi.

"Sekarang ramai orang menggunakan telefon mereka untuk kemas kini akaun laman sosial mereka. Namun, saya hanya menggunakan telefon untuk membuat panggilan dan menerima pangggilan.

"Dalam bisnes hiburan, sangat penting untuk saya sentiasa berhubungan dengan pengurus dan akauntan. Bagi saya walaupun teknologi mempermudahkan segala hal, namun, pertuturan seperti biasa masih diperlukan," ujarnya.

Menurut Bipasha, meskipun dia tergolong antara orang terlewat yang menggunakan laman sosial tetapi dia bukanlah seorang yang takut pada gajet.

"Saya bukan seorang yang takut dengan kecanggihan gajet. Bahkan saya amat mengalu-alukan apa sahaja yang membuatkan kehidupan saya lebih mudah.

"Antara gajet yang saya suka adalah, system audio visual yang baik, telefon bimbit, penghawa dingin dan kenderaan," kata Bipasha.

Strategi baru Hot FM

Posted: 07 Jun 2010 08:08 PM PDT


WARGA Hot FM, Fly FM dan One FM berganding bahu dalam memantapkan lagi populariti stesen radio kendalian masing-masing.


BERMATLAMAT lebih memantapkan tiga buah stesen radio yang bernaung di bawahnya, Rangkaian Radio Media Prima telah menyusun beberapa pengisian baru. Bagi Hot FM, Fly FM dan One FM, ia dianggap mampu memacu kejayaan masing-masing dalam lapangan penyiaran radio tanah air selepas ini.

Berterus-terang, matlamat utama rangkaian radio tersebut bukan bertujuan mahu bersaing dengan stesen radio swasta lain. Perubahan yang dilakukan sebaliknya sekadar memperbaiki kekurangan yang ada demi menyalur hiburan dan maklumat kepada pendengar di seluruh negara.

Jatuh di tangga ketiga selepas ditundukkan Sinar FM dan Era FM dalam kajian AC Nielson baru-baru ini, stesen radio popular dengan tagline Lebih Hangat Daripada Biasa itu menampilkan AG sebagai penyeri Hot FM AM Krew bergandingan dengan penyampai sedia ada, Fara Fauzana dan Faizal Ismail pukul 6 hingga 10 pagi.

Selain bergelar penyampai pagi, AG atau nama berdaftar Muhammad Azmir Selamat bertanggungjawab sebagai Man On The Street berperanan merapatkan Hot FM dan pendengar.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul, relevan AG dipilih sebagai penyampai pagi selepas pihaknya menjalankan kajian grup fokus serta pandangan diterima daripada peminat sebelum ini.

"Idea ini saya dapat ketika AG mengacara Malaysia Hari Ini (MHI) kerana dia sering bertindak sebagai pengacara buat lintasan luar. Daripada situ, kami campur konsep ini jadi sebahagian pengisian dalam segmen pagi Hot FM. Dengan pengalaman dimiliki, saya percaya AG mampu melakukan yang terbaik.

"Dalam setiap asas penyiaran radio di seluruh dunia, program pagi sangat penting kepada orang ramai. Oleh itu, kami menonjolkan kelainan agar ia mampu menarik tumpuan pendengar," katanya ketika ditemui pada sidang media Strategi Rangkaian Radio Media Prima di Petaling Jaya, Selangor minggu lalu.

Sambung Seelan, Hot FM juga sedang mencari pasangan untuk Ikhwan yang kini bersendirian mengendali segmen Hot FM Zon setiap Isnin hingga Jumaat pukul 8 dan berakhir 12 tengah malam.

"Kami mengalu-alukan bakat baru menjadi penyampai malam bersama Ikhwan. Kriteria utama, mereka perlu muda dan memiliki bakat. Sesiapa berminat boleh mengunjungi laman web kami di www.hotfm.com.my serta menghantar demo dan profil. Kalau tersenarai, barulah mereka dipelawa membuat uji bakat tertutup," jelas Seelan.

Dalam waktu sama, Leya dan Tini masih kekal dalam segmen Menu Muzik Hot FM bermula 10 pagi hingga 4 petang. Anne yang sebelum ini menemani Ikhwan diserap ke Hot FM Jam bersama Kieran mulai pukul 4 petang hingga 8 malam.

Bagi membantu industri seni tempatan, Hot FM akan melancarkan bengkel Hot FM Kita Punya berlangsung sekitar Julai nanti. Bengkel itu memperkenalkan ikon muzik tanah air antaranya ialah Ahmad Izham Omar, Audi Mok dan Faizal Tahir berkongsi petua serta pengalaman kepada penggiat seni baru.

Selain Hot FM yang muncul dengan strategi baru, Fly FM juga punya pembaharuan tersendiri dengan memunculkan secara eksklusif pengacara American Idol, Ryan Seacrest bersiaran pukul 1 hingga 4 petang.


FARA, AG dan Faizal bertekad mengembalikan Hot FM kembali ke takhta stesen radio nombor satu negara.


Individu terkenal dalam penyiaran radio itu akan memberi informasi menarik mengenai perkembangan terkini berlaku di industri seni antarabangsa. Ia mencakupi himpunan gosip panas dan wawancara bersama selebriti Hollywood.

Selain acara tahunan Flyniversary diadakan November nanti, Fly FM juga akan memfokuskan demam Piala Dunia 2010 menerusi segmen Fly FM Street Strika dengan merekrut 18 buah pasukan berentap pertandingan bola sepak jalanan bagi merebut hadiah berjumlah RM12,000.

Tidak ketinggalan, Fly FM Soccer For Dummies menemui pendengar apabila peminat dengan mudah membawa pulang wang tunai RM1,000 dengan hanya menjawab soalan mudah berkaitan bola sepak dan Piala Dunia.

Satu lagi pembaharuan yang bakal berlaku adalah kehadiran program carta, Fly FM Top 10 @ 10, diadakan setiap hari bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Terkini, Fly FM dimantapkan dengan Nadia, Phat Fabes dan Ben untuk segmen The Pagi Show, Hunny Madu (10 pagi hingga 1 petang), Ryan Seacrest (1 hingga 4 petang), Prem dan Jules (Fly FM Rush Hour) dan Hafiz (Fly FM Night Flight).

Enggan ketinggalan, One FM kini dalam perancangan mencari penyampai baru. Misi DJ Search akan bermula secepat mungkin untuk disatukan dengan Nick yang baru sahaja menyertai keluarga stesen radio berbahasa Cina itu. Buat masa ini, Nick bersiaran bersama artis tempatan, Ze Chen sehingga berakhir pencarian bakat baru itu.

Segmen pagi dikendalikan oleh Jane, Jack dan Ryan bakal disertai oleh Shanghai Jane yang merupakan karakter berperanan menghidangkan cerita-cerita panas berkisar selebriti Cina tempatan, Hong Kong, Taiwan dan sebagainya.

Sempena Piala Dunia juga, One FM bakal menghangatkan atmosfera dengan Song Ole-Ole apabila 64 lagu dimuatnaik ke laman web stesen radio dengan tagline You Are My No. 1 itu. Semua lagu akan berentap sesama sendiri menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pendengar.

Sebanyak RM50,000 boleh menjadi milik pemenang jika mereka boleh menyusun 10 lagu mengikut kedudukan tepat dengan hasil undian Song Ole-Ole berserta slogan terbaik. Dalam pada itu, Fresh Release Goes Live akan menemui para pencinta muzik pada Jumaat pertama setiap bulan secara keseluruhan.