MY ADHA™ | Sumber Maklumat Terkini, Jawatan Kosong |
- Sepanyol pilihan juara dunia
- Kisah usahawan beras Faiza
- Rekod burger terbesar dunia
- Jihad Kaum Wanita
- Subkhiddin pengadil keempat
- Strategi baru Hot FM
- Usul tergempar Parlimen Malaysia mengenai kekejaman Zionis dibawa ke PBB
- Hutang antara punca perceraian di Perlis
- TM perluaskan pakej jalur lebar
- Membina kepercayaan dalam rumah tangga
- Tasauf bercanggah dengan sunnah?
- Rancang kewangan demi kesejahteraan keluarga
- DiGi rancang pertingkat liputan jalur lebar 3G
- B.yond: Astro sasar 100,000 pelanggan
- 12 diiktiraf wira negara
- Terlajak cakap, pengundi merajuk, undi hilang, jawatan melayang
- Tarikan baru di Kuala Terengganu
- Makhluk asing berhampiran Zuhal
- Ribut Phet ancam Karachi
Posted: 08 Jun 2010 07:46 AM PDT Sepanyol dipilih sebagai pasukan yang akan menjadi juara pada pusingan akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Dalam satu tinjauan yang dilakukan ke atas penganalisis bola sepak semalam, juara Eropah itu menewaskan juara lima kali, Brazil. Berdasarkan tinjauan itu, 24 responden memilih Sepanyol akan menebus kekece- waan pada kempen tahun ini dan akan menjulang Piala Dunia buat kali pertama. Manakala 23 responden lagi memilih Brazil yang bakal memenangi trofi keenam mereka. Begitupun, sejarah membuktikan bahawa tinjauan seperti ini tidak pernah tepat pada kejoha- nan Piala Dunia. Pada tinjauan Piala Dunia 2006, kebanyakan responden memilih Argentina yang akan muncul juara edisi tersebut manakala lapan daripada 96 responden meneka dengan tepat bahawa Itali bakal memenanginya. Namun pada tinjauan terbaru ini, hanya seorang responden meramalkan skuad The Azzurri itu akan memperta- hankan kejuaraan mereka di Afrika Selatan tahun ini dan Argentina pula di tempat ketiga di belakang Sepanyol dan Brazil. "Saya pilih Sepanyol kerana mereka bukan saja memiliki pemain yang berbakat, namun juga mampu bangkit menebus kekecewaan lampau mereka dalam kempen ini," kata Jean-Francois Mercier, salah seorang responden. "Brazil adalah ancaman utama pasukan lain, namun adakah mereka mempunyai kekuatan untuk menghadapinya sepanjang kempen ini?" Juara Amerika Selatan, Brazil kini berada pada ranking pertama dunia manakala juara Eropah, Sepanyol di tempat kedua. Sebanyak 58 daripada 68 responden pula meramalkan sekurang-kurangnya satu pasukan dari Afrika akan layak ke suku akhir, pencapaian yang hanya pernah dilakukan oleh Senegal (2002) dan Cameroon pada 1990. - Reuters |
Posted: 08 Jun 2010 07:18 AM PDT "Saya ingin menjadi pembayar zakat terbesar di negara ini." Itulah azam, pemilik syarikat pemborong beras Syarikat Faiza Sdn. Bhd., Faiza Bawumi Sayed Ahmad ketika ditemui Kosmo! di Sri Gading, Batu Pahat, Johor. Wanita kelahiran Mesir itu berhijrah ke Malaysia pada tahun 1964 kerana mengikut suaminya. Ketika kebanyakan wanita seusianya berehat di rumah, Faiza, 58 dan nenek kepada 32 cucu sibuk merancang strategi bagi mengukuhkan kedudukannya dalam pelbagai cabang perniagaan di negara ini. Faiza yang juga Pengarah Urusan Syarikat Faiza, sedang bertungkus-lumus mengeluarkan beberapa produk baru yang dijangka masuk ke pasaran selewat-lewatnya penghujung tahun ini. Wanita yang berperwatakan lembut itu sebenarnya seorang yang tegas. Beliau mahu memastikan syarikat yang ditubuhkan sejak tahun 1992 itu berada di landasan betul sekali gus mencatatkan keuntungan saban tahun. Berkecimpung dalam bidang perniagaan sejak kecil, Faiza pernah menjadi juruwang di kedai milik bapanya. Pengalaman tersebut mendorong beliau untuk bergiat secara serius dalam bidang perniagaan. "Kejayaan ini tidak datang dengan mudah, saya bermula dengan mengambil upah menjahit sulaman dengan modal RM4 selain menjual pelbagai barangan dapur. "Kemudian, saya beralih membuat rempah kari di bawah jenama Bunga Raya yang dilakukan di rumah dan mengedarkannya di kedai-kedai," katanya yang mampu menguasai bahasa Melayu setelah tiga bulan berada di Malaysia. Ibu kepada tujuh anak itu menambah, modal daripada menjual rempah kari itu digunakan untuk membuka kedai runcit. Dari situ beliau mendapati pemborong beras kebanyakannya dibekalkan oleh kaum lain. Dengan mempunyai kedai sendiri, beliau mula belajar mengenali pelbagai jenis beras. Sebelum menjual beras, beliau terpaksa pergi dari satu kedai ke kedai lain bagi mendapatkan maklum balas sama ada mereka akan membeli berasnya jika beliau menjualnya. Atas respons yang positif, Faiza memohon lesen pemborong beras dan menjual pelbagai jenis beras termasuk ponni, basmathi, beras wangi serta beras Siam. "Pada mulanya, saya buntu juga melihat satu lori treler penuh berisi beras diletakkan di hadapan rumah, namun saya nekad membungkus menggunakan jenama Bunga Raya dan menghantar ke kedai-kedai di seluruh Johor. "Sehingga kini, perniagaan beras keluaran syarikat saya mendapat sambutan. Meskipun saingan sengit, kami telah dikenali kerana kualiti produk yang tinggi, seratus peratus buatan Islam dan halal," katanya yang kini mempunyai kilang di Kuala Lumpur, Kedah dan Terengganu. Pada tahun 1998, beliau terdorong mempromosi beras ponni dari India yang dipercayai baik untuk kesihatan, khususnya bagi penghidap diabetes, obesiti dan darah tinggi. Faiza berkata, bagi membuktikan kebaikan beras itu, syarikatnya telah meminta Universiti Putra Malaysia (UPM) membuat kajian dan hasilnya memang positif. "Saya melabur berjuta ringgit bagi produk Taj Mahal dan telah meminta hak eksklusif daripada Bernas," tambahnya yang gembira dengan sambutan orang ramai terhadap produk tersebut. Walaupun syarikatnya menumpukan produk beras dan rempah, kini beliau sedang meneroka bidang baru termasuk memasarkan bihun, sos cili dan kicap. Beliau yang mempunyai 200 pekerja tetap dan lebih 300 pekerja kontrak berkata, dengan penglibatan dalam penghasilan produk tersebut ia memberi pilihan kepada orang Islam untuk mendapatkan produk yang bermutu tinggi dan tanpa diragui status halalnya. Ketika ini, syarikatnya telah memasarkan bubur herba penghujung tahun lalu dan mendapat permintaan yang baik daripada para pelanggan. Bagi produk bihun pula, syarikatnya telah menempah mesin dari China dan produk itu akan diproses di sebuah kilang lain juga di Sri Gading. Kilang tersebut mampu mengeluarkan sebanyak sembilan tan bihun sehari, namun pada peringkat awal cuma memproses lima tan bihun dengan sasaran jualan sebanyak RM12 juta bagi tahun pertama. Kehidupan Faizah yang suka hidup bermasyarakat berkata, semua usaha yang dilakukan itu bukanlah untuk mengumpulkan kekayaan sebaliknya untuk menjadi pembayar zakat terbesar di Malaysia sekali gus membantu lebih ramai orang yang susah. Sebab itulah, syarikatnya bekerjasama dengan TV3 selaku penaja utama sejak lapan tahun lalu menerusi program Bersamamu. Dari segi kehidupan berkeluarga, Faizah menerapkan pendekatan supaya anak-anaknya hidup berdikari. Sejak kecil anak-anaknya dilatih menjual dan mereka mendapat upah. Bagaimanapun katanya, pendidikan menjadi keutamaan dan mereka diberi peluang menuntut ilmu setinggi mungkin. "Bukan semua anak saya terlibat dalam perniagaan, anak sulung dan kelima menjadi pensyarah dan lima yang lain membantu Syarikat Faiza," katanya. Bercerita tentang pengalaman menguruskan perniagaan tersebut, beliau pernah menangkap pekerja yang menipu dan mencuri. "Macam-macam cara orang hendak menipu dan saya pernah menangkap pekerja yang menjual guni beras yang dimasukkan ke dalam lori. Guni beras ini harganya mahal di pasaran," katanya. - KOSMO! |
Posted: 08 Jun 2010 07:12 AM PDT SYDNEY - Kafe Sydney di Australia mendakwa berjaya memecah rekod dunia setelah ia menghasilkan burger gergasi berinti daging lembu seberat 81 kilogram (kg) yang mengambil masa 12 jam untuk disediakan kelmarin. Burger gergasi itu dimasak oleh dua pemilik kafe berkenaan, Joe dan Iman El-Ajouz di bandar ini dengan berat keseluruhan 90 kg sekali gus menenggelamkan rekod sebelum ini, 84kg yang dicatat di negeri Michigan, Amerika Syarikat. Burger tersebut mengandungi daging lembu, 120 biji telur, 150 kepingan keju, 1.5kg lobak, 2.5kg tomato dan 2kg salad dengan dilapisi sos istimewa dan roti ban gergasi. - Reuters |
Posted: 08 Jun 2010 06:47 AM PDT Hadith: Daripada Aishah r.a. katanya, aku berkata, "Ya Rasulullah, kita mengetahui bahawa jihad adalah sebaik-baik amalan. Oleh itu apakah kami kaum wanita tidak boleh ikut berjihad?" Baginda terus menjawab: "Bagi kamu semua (kaum wanita) jihad yang paling baik ialah mengerjakan haji dan mendapatkan haji mabrur." (al-Bukhari) Huraian : Haji juga disebut oleh Rasulullah SAW sebagai ibadah yang darjatnya sama dengan jihad fi sabilillah, kerana apabila seseorang itu mati sewaktu menunaikan ibadah haji, matinya itu tergolong seperti mati syahid. Rasulullah SAW bersabda: "Jihad orang yang tua, lemah dan wanita ialah menunaikan haji" (an-Nasa'i). Oleh itu setiap muslim harus menunaikan ibadah haji dengan sebaik-baiknya sebagaimana ibadah-ibadah lainnya iaitu ia mestilah disertai dengan hati yang ikhlas kerana Allah dan dalam rangka memperoleh keredhaan-Nya. Apabila keikhlasan sudah tertanam di dalam jiwa, meskipun pelaksanaannya kelihatan begitu berat dan memerlukan pengorbanan harta, tenaga, waktu, perasaan bahkan nyawa, seseorang muslim akan dengan sendirinya terasa ringan untuk melakukannya. Sebaliknya, tanpa keikhlasan, bukan sahaja ibadah yang berat seperti tawaf yang memerlukan manusia bersesak-sesak, wuquf di dalam cuaca panas terik, melontar yang bakal dihujani pelbagai risiko dan sebagainya, malah ibadah yang ringan pun akan terasa berat untuk dilaksanakannya jika hati tidak disertai keikhlasan. Itulah sebabnya mengapa haji termasuk dalam konteks jihad dalam beribadah. Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia |
Posted: 08 Jun 2010 06:20 AM PDT Perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010 antara tuan rumah, Afrika Selatan menentang Mexico pada 11 Jun depan bakal mencatat sejarah tersendiri kepada negara. Ia berikutan pengadil negara, Subkhiddin Mohd. Salleh (gambar) yang kini telah pun berada di Afrika Selatan dipilih secara rasmi sebagai pengadil keempat pada perlawanan tersebut. Perkembangan terbaru itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar ketika dihubungi Kosmo! semalam. Menurut Raja Ahmad Zainuddin, pemilihan Subkhiddin sebagai pengadil dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010 itu merupakan satu lagi penghormatan kepada Malaysia khususnya kemampuan pengadil negara. Katanya, ini merupakan kali pertama rakyat Malaysia terpilih sebagai pengadil di Piala Dunia dan juga pada perlawanan pembukaan yang ditontoni jutaan penonton dari seluruh dunia. "Baru sebentar tadi (semalam) saya dimaklumkan oleh urus setia Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bahawa Subkhiddin mendapat penghormatan sebagai pengadil keempat pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010 antara Mexico dan Afrika Selatan. "Walaupun sebagai pengadil keempat, ia merupakan satu penghormatan kepada Malaysia kerana bukan senang untuk terpilih sebagai pengadil perlawanan pembukaan," katanya. Subkhiddin yang mempunyai kelayakan sebagai pengadil Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) merupakan rakyat Malaysia pertama yang dipilih sebagai pengadil perlawanan pada Piala Dunia. Guru sebuah sekolah menengah di Nibong Tebal, Pulau Pinang itu sebelum ini dipilih sebagai pengadil utama akan dibantu dua penjaga garisan iaitu Yuxin Mu dari China dan Jeffrey Gek Pheng dari Singapura untuk tergolong dalam kelompok 30 pengadil yang akan bertugas mengendalikan 64 perlawanan sepanjang kejohanan selama sebulan itu. Sebelum ini, dua rakyat Malaysia pernah terpilih sebagai pembantu pengadil iaitu Allahyarham Kapten Halim Abdul Hamid di Piala Dunia 1998 di Perancis dan Mat Lazim Awang Hamat pada Piala Dunia 2002 ketika Korea Selatan dan Jepun menjadi tuan rumah bersama. Selain Subkhiddin, dua wakil FAM iaitu Datuk Dell Akhbar Khan akan terlibat dalam aspek keselamatan dan Paul Windsor sebagai komisioner perlawanan dan penyelaras gelanggang pada Piala Dunia 2010. - KOSMO! |
Posted: 08 Jun 2010 06:17 AM PDT Bermatlamat lebih memantapkan tiga buah stesen radio yang bernaung di bawahnya, Rangkaian Radio Media Prima telah menyusun beberapa pengisian baru. Bagi Hot FM, Fly FM dan One FM, ia dianggap mampu memacu kejayaan masing-masing dalam lapangan penyiaran radio tanah air selepas ini. Berterus-terang, matlamat utama rangkaian radio tersebut bukan bertujuan mahu bersaing dengan stesen radio swasta lain. Perubahan yang dilakukan sebaliknya sekadar memperbaiki kekurangan yang ada demi menyalur hiburan dan maklumat kepada pendengar di seluruh negara. Jatuh di tangga ketiga selepas ditundukkan Sinar FM dan Era FM dalam kajian AC Nielson baru-baru ini, stesen radio popular dengan tagline Lebih Hangat Daripada Biasa itu menampilkan AG sebagai penyeri Hot FM AM Krew bergandingan dengan penyampai sedia ada, Fara Fauzana dan Faizal Ismail pukul 6 hingga 10 pagi. Selain bergelar penyampai pagi, AG atau nama berdaftar Muhammad Azmir Selamat bertanggungjawab sebagai Man On The Street berperanan merapatkan Hot FM dan pendengar. Menurut Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul, relevan AG dipilih sebagai penyampai pagi selepas pihaknya menjalankan kajian grup fokus serta pandangan diterima daripada peminat sebelum ini. "Idea ini saya dapat ketika AG mengacara Malaysia Hari Ini (MHI) kerana dia sering bertindak sebagai pengacara buat lintasan luar. Daripada situ, kami campur konsep ini jadi sebahagian pengisian dalam segmen pagi Hot FM. Dengan pengalaman dimiliki, saya percaya AG mampu melakukan yang terbaik. "Dalam setiap asas penyiaran radio di seluruh dunia, program pagi sangat penting kepada orang ramai. Oleh itu, kami menonjolkan kelainan agar ia mampu menarik tumpuan pendengar," katanya ketika ditemui pada sidang media Strategi Rangkaian Radio Media Prima di Petaling Jaya, Selangor minggu lalu. Sambung Seelan, Hot FM juga sedang mencari pasangan untuk Ikhwan yang kini bersendirian mengendali segmen Hot FM Zon setiap Isnin hingga Jumaat pukul 8 dan berakhir 12 tengah malam. "Kami mengalu-alukan bakat baru menjadi penyampai malam bersama Ikhwan. Kriteria utama, mereka perlu muda dan memiliki bakat. Sesiapa berminat boleh mengunjungi laman web kami di www.hotfm.com.my serta menghantar demo dan profil. Kalau tersenarai, barulah mereka dipelawa membuat uji bakat tertutup," jelas Seelan. Dalam waktu sama, Leya dan Tini masih kekal dalam segmen Menu Muzik Hot FM bermula 10 pagi hingga 4 petang. Anne yang sebelum ini menemani Ikhwan diserap ke Hot FM Jam bersama Kieran mulai pukul 4 petang hingga 8 malam. Bagi membantu industri seni tempatan, Hot FM akan melancarkan bengkel Hot FM Kita Punya berlangsung sekitar Julai nanti. Bengkel itu memperkenalkan ikon muzik tanah air antaranya ialah Ahmad Izham Omar, Audi Mok dan Faizal Tahir berkongsi petua serta pengalaman kepada penggiat seni baru. Selain Hot FM yang muncul dengan strategi baru, Fly FM juga punya pembaharuan tersendiri dengan memunculkan secara eksklusif pengacara American Idol, Ryan Seacrest bersiaran pukul 1 hingga 4 petang. Individu terkenal dalam penyiaran radio itu akan memberi informasi menarik mengenai perkembangan terkini berlaku di industri seni antarabangsa. Ia mencakupi himpunan gosip panas dan wawancara bersama selebriti Hollywood. Selain acara tahunan Flyniversary diadakan November nanti, Fly FM juga akan memfokuskan demam Piala Dunia 2010 menerusi segmen Fly FM Street Strika dengan merekrut 18 buah pasukan berentap pertandingan bola sepak jalanan bagi merebut hadiah berjumlah RM12,000. Tidak ketinggalan, Fly FM Soccer For Dummies menemui pendengar apabila peminat dengan mudah membawa pulang wang tunai RM1,000 dengan hanya menjawab soalan mudah berkaitan bola sepak dan Piala Dunia. Satu lagi pembaharuan yang bakal berlaku adalah kehadiran program carta, Fly FM Top 10 @ 10, diadakan setiap hari bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam. Terkini, Fly FM dimantapkan dengan Nadia, Phat Fabes dan Ben untuk segmen The Pagi Show, Hunny Madu (10 pagi hingga 1 petang), Ryan Seacrest (1 hingga 4 petang), Prem dan Jules (Fly FM Rush Hour) dan Hafiz (Fly FM Night Flight). Enggan ketinggalan, One FM kini dalam perancangan mencari penyampai baru. Misi DJ Search akan bermula secepat mungkin untuk disatukan dengan Nick yang baru sahaja menyertai keluarga stesen radio berbahasa Cina itu. Buat masa ini, Nick bersiaran bersama artis tempatan, Ze Chen sehingga berakhir pencarian bakat baru itu. Segmen pagi dikendalikan oleh Jane, Jack dan Ryan bakal disertai oleh Shanghai Jane yang merupakan karakter berperanan menghidangkan cerita-cerita panas berkisar selebriti Cina tempatan, Hong Kong, Taiwan dan sebagainya. Sempena Piala Dunia juga, One FM bakal menghangatkan atmosfera dengan Song Ole-Ole apabila 64 lagu dimuatnaik ke laman web stesen radio dengan tagline You Are My No. 1 itu. Semua lagu akan berentap sesama sendiri menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pendengar. Sebanyak RM50,000 boleh menjadi milik pemenang jika mereka boleh menyusun 10 lagu mengikut kedudukan tepat dengan hasil undian Song Ole-Ole berserta slogan terbaik. Dalam pada itu, Fresh Release Goes Live akan menemui para pencinta muzik pada Jumaat pertama setiap bulan secara keseluruhan. - KOSMO! |
Usul tergempar Parlimen Malaysia mengenai kekejaman Zionis dibawa ke PBB Posted: 08 Jun 2010 12:22 AM PDT Usul tergempar berhubung kekejaman rejim Zionis yang diluluskan sebulat suara dalam persidangan Dewan Rakyat semalam akan dibawa ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam masa terdekat. Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata ia akan disampaikan menerusi surat rasmi daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Kesepakatan Ahli Parlimen mengutuk serangan ke atas sukarelawan misi bantuan kemanusiaan dihargai dan yakin wakil rakyat yang tidak berpeluang menyatakan pendirian mereka juga menyokong usul ini, terutama berkaitan kegagalan Majlis Keselamatan PBB menangani isu ini. Bagaimanapun, Malaysia akan tetap meneruskan usaha membantu rakyat Palestin hingga tertubuhnya negara berdaulat," katanya ketika menggulung perbahasan usul mengutuk kekejaman rejim Zionis itu. Anifah berkata, selain itu, pihaknya akan mengambil langkah awal untuk memanggil wakil kuasa besar Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bagi merakamkan rasa tidak puas hati berikutan sokongan negara itu kepada Israel selama ini. "Saya juga memutuskan untuk mengutus surat kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton mengenai sokongan tanpa batasan negara itu kepada Israel," katanya. Selain itu, beliau berkata, Malaysia akan mendesak PBB mengeluarkan resolusi mengutuk Israel dan membawa negara itu ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan jika gagal, Malaysia akan bekerjasama dengan negara sependapat untuk mengusu-kan himpunan bagi mendapatkan pandangan undang-undang berhubung perkara itu. Anifah juga memaklumkan akan meminta Mesir membuka pintu sempadannya di Rafah sepanjang masa sebagai laluan alternatif membolehkan bekalan bantuan kemanusiaan sampai kepada penduduk Gaza. "Kita juga akan meminta negara OIC supaya meneliti hubungan dengan Israel, selain menyelaraskan kempen menamatkan keganasan rejim Zionis itu," katanya. - BERITA HARIAN |
Hutang antara punca perceraian di Perlis Posted: 08 Jun 2010 12:18 AM PDT Menanggung beban hutang adalah antara faktor utama yang menyebabkan berlaku penceraian dikalangan pasangan Islam di Perlis. Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Perlis Jafperi Othman berkata berasaskan kajian, masalah hutang menyebabkan tekanan khususnya pada kalangan suami yang membawa kepada pergaduhan dengan isteri dan seterusnya mendorong penceraian. Justeru bakal suami harus memantapkan kedudukan ekonomi mereka sebelum berkahwin kerana alam perkahwinan yang dibebani hutang akan menimbulkan masalah kepada rumah tangga, katanya berucap pada perhimpunan bulanan, di sini hari ini. Beliau juga bimbang dengan kadar penceraian yang semakin meningkat di negeri itu sejak kebelakangan ini iaitu daripada 458 kes pada 2008 kepada 502 pasangan tahun lepas. Untuk tahun ini sehingga 15 Mei lepas, seramai 120 pasangan Islam telah bercerai di negeri ini, katanya. "Kesan buruk yang dihadapi apabila berlaku perceraian ialah nasib anak-anak pasangan itu yang sudah pasti kurang mendapat perhatian dan kasih sayang ibu bapa mereka yang telah berpisah," katanya. Beliau berkata sememangnya perkahwinan digalakkan bagi membendung pergaulan bebas namun pada masa yang sama ikatan itu tidak harus dibubar dengan mudah. Jafperi juga bimbang dengan gejala sosial di negara ini yang menyaksikan 17,303 anak tidak sah taraf dilahirkan sepanjang tahun lepas. Ibu bapa perlu sentiasa awasi pergaulan anak-anak mereka agar tidak terjebak dengan gejala sosial itu yang memberi kesan buruk bukan saja kepada keluarga tetapi masyarakat dan juga negara, katanya. - BERNAMA |
TM perluaskan pakej jalur lebar Posted: 08 Jun 2010 12:16 AM PDT Telekom Malaysia Bhd. (TM), telah meluaskan pakej kos rendah netbook dan jalur lebar untuk isi rumah berpendapatan rendah di Johor yang dinamakan 'Pakej Jalur Lebar TM dengan Komputer 1Malaysia'. Dengan kerjasama kerajaan, pakej terbaharu itu menawarkan keluarga berpendapatan rendah gabungan netbook dan akses jalur lebar dengan bayaran hanya RM38 sebulan untuk tempoh 24 bulan. Pelancaran pakej berkenaan dibuat dalam satu majlis khas yang dihadiri oleh Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Tan Sri Khalid Ramli dan Pengerusi TM, Datuk Dr. Halim Shafie. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Zamzamzairani Mohd Isa. Halim berkata, pakej jalur lebar dan netbook baharu dengan kadar mampu milik disasarkan untuk meningkat kadar penembusan jalur lebar dan komputer selari dengan agenda nasional untuk meningkatkan kadar penembusan jalur lebar negara ke 50 peratus daripada isi rumah pada akhir tahun 2010. ''Dengan ini, komuniti-komuniti di kawasan pedalaman yang terpencil kini boleh menggunakan jalur lebar untuk mendapatkan maklumat yang berguna dan mengakses perkhidmatan dengan mudah di hujung jari mereka. ''Ini hanyalah salah satu dan banyak lagi sumbangan kami untuk merapatkan lagi jurang digital antara masyarakat di negara ini. Seperti yang kita semua tahu, hari ini jalur lebar boleh dianggap sebagai satu keperluan, sama seperti air dan elektrik. Menerusi jalur lebar, kita boleh mendapatkan maklumat-maklumat yang mampu meningkatkan lagi taraf hidup sesebuah sekeluarga, malah dalam sesuatu masyarakat," kata beliau. Bersempena dengan majlis itu, 20 pelanggan pertama pakej ini yang merangkumi penduduk dari sekitar Pagoh menerima netbook mereka daripada Datuk Dr. Halim Shafie. Pakej jalur lebar TM merangkumi dua pilihan netbook dengan kelajuan Internet Streamyx dari 384 Kbps ke atas. Para pengguna boleh memilih netbook Komputer 1Malaysia dari hanya RM38 sebulan atau netbook Hewlett Packard (HP) dengan yuran tambahan sekurang-kurangnya RM21. Pelanggan yang layak akan menerima antara lain akses jalur lebar Streamyx dengan kelajuan dari 384 Kbps, sebuah netbook Komputer 1Malaysia dengan cakera keras 160GB atau Hewlett Packard (HP) dengan cakera keras 250 GB, memori 1 GB dengan dilengkapi kamera web dan keupayaan WiFi serta penghantaran percuma ke seluruh negara. Bagi mereka yang menginginkan lebar jalur yang lebih pantas, mereka boleh memilih pakej daripada 512 Kbps sehingga 4Mbps, dengan peningkatan yuran minima sebanyak RM15 sebulan. Untuk layak melanggani Pakej Jalur Lebar dengan Netbook ini, pelanggan yang berminat perlu mematuhi syarat-syarat berikut iaitu berasal daripada isi rumah yang mempunyai pendapatan bulanan dari RM3000 dan ke bawah untuk penduduk di kawasan pedalaman di seluruh negara. Pemohon juga mesti berasal dari isi rumah dengan pendapatan bulanan dari RM5,000 dan ke bawah untuk para penduduk kawasan bandar. Para pengguna di Johor dinasihati untuk mengunjungi TMpoint terdekat untuk memastikan kelayakan mereka - UTUSAN |
Membina kepercayaan dalam rumah tangga Posted: 08 Jun 2010 12:12 AM PDT Oleh Zuhayati Yazid Membina rumah tangga bukan seperti membina istana pasir di tepi pantai, sekali ombak datang istana roboh berderai. Seboleh-bolehnya jadikanlah binaan itu kukuh, sekuat istana konkrit, biar dilanda ombak dan taufan ia tetap utuh dan teguh. Namun membina kekukuhan dalam perkahwinan memerlukan ramuan yang padat bukan sahaja dari segi kekuatan fizikal, mental, spiritual malah kemantapan ekonomi dan sosial. Perkahwinan sebenarnya merupakan manifestasi cinta antara pasangan kekasih. Namun ironinya cinta di alam rumah tangga bukan sandaran yang kukuh untuk satu hubungan yang kekal hingga ke hujung nyawa. Ia sebenarnya menagih begitu banyak pengorbanan, pengertian serta yang paling utama ialah kejujuran serta kepercayaan antara pasangan. Dalam usaha mewujudkan kesefahaman dan rasa percaya, pasangan suami isteri seharusnya mengambil sikap bekerjasama dan tolak ansur ketika melayari hubungan rumah tangga. Selain kasih sayang, tanggungjawab dan kewangan, rasa percaya dan jujur juga mempengaruhi dalam jalinan hubungan seksual antara suami isteri. ''Kepercayaan dan kejujuran merupakan nadi utama dalam sesebuah ikatan. ''Tanpanya, kasih sayang yang terjalin tidak mungkin berkekalan sehingga akhir hayat,'' kata pegawai Psikologi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Putrajaya, Ezrina Abdul Rahman Namun begitu tegasnya, bukan mudah untuk membina kepercayaan antara pasangan dalam sebuah hubungan. ''Justeru tidak hairanlah ada pasangan yang masih belum saling percaya di antara satu sama lain dan perasaan sangsi sentiasa merajai hati, apatah lagi bagi yang masih dalam proses berkenalan,'' ujarnya lagi. - UTUSAN |
Tasauf bercanggah dengan sunnah? Posted: 08 Jun 2010 12:08 AM PDT Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN Kita menyambung bicara kita tentang tasauf dengan menyentuh suatu tohmahan dan salah tanggapan bahawa ia tidak harmoni dengan sunnah. Akibatnya muncul satu pola pertentangan dalam aliran-aliran Islam semasa antara sufi dan hadis. Ini sebenarnya adalah suatu gambaran yang tersasar. Dasar pengambilan tasauf adalah al-Quran dan sunnah. Ilham-ilham dan ilmu-ilmu yang dibukakan bagi ahli-ahlinya tasauf yang tidak bertentangan dengan al-Quran dan sunnah. Tidak dinamakan tasauf jika ia menyanggahi perlembagaan terbesar Islam ini. Kelahiran tasauf itu sendiri seiring degan Islam. Cuma, pada zaman di mana setiap peringkat masyarakat mula menjuruskan pandangan terhadap dunia, wujud golongan yang menyusun tasauf dengan meletakkan istilah-istilah tertentu kepada ilmu ini. Tidak dinafikan timbul pula segolongan yang menggunakan tasauf untuk kepentingan peribadi. Mereka membawa gejala-gejala negatif ke dalam tasauf sehingga mendatangkan fitnah dan menjejaskan pandangan masyarakat terhadap tasauf. Sekali gus menjejaskan kepercayaan masyarakat terhadap konsep tasauf yang tulen. Alhamdulillah, sebagai cabang ilmu asasi dalam Islam, tasauf tetap dipelihara oleh Allah SWT dengan tampilnya golongan yang berusaha sedaya upaya mempertahankan ketulenannya seperti Imam Abdul Wahhab al Sya'rani r.a yang mengarang kitab Tanbih al Mughtarrin dan Imam al-Qusyairi r.a yang mengarang kitab Risalah al Qusyairiyyah fi Ilmi al-Tasawwuf. Begitu juga dengan tokoh-tokoh seperti Sheikh Abdul Halim Mahmud, mantan Sheikh al-Azhar, Sheikh Muhammad Zaki Ibrahim, Sheikh Abdullah Siddiq al-Ghumari dan lain-lainnya yang cemerlang dalam mempertahankan kemurnian tasauf. Juga tidak ketinggalan, tokoh ulama Mekah Ahlus Sunnah zaman mutakhir ini, al-Muhaddith Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn 'Alawi al-Maliki al-Hasani. Beliau memerhatikan bahawa tasauf sengaja diberi imej yang buruk oleh sesetengah orang. Beliau berkata: "Sesungguhnya tasauf telah teraniaya, ditohmah dan dipandang serong. Tidak ramai yang memandangnya dengan pandangan yang tepat dan betul. "Sebahagian besar ahli masyarakat melabelkan tasauf dan sufi dengan sifat-sifat yang tercela dan keji sehingga menjatuhkan hak penyaksian dan keadilan seseorang ahli tasauf. "Mereka berkata 'si fulan tidak boleh dipercayai dan tidak boleh diterima khabarnya' kenapa? Kerana dia adalah seorang sufi. "Namun demikian, apa yang menghairankan, orang-orang yang begitu lancang mencaci tasauf dan menentang ahli sufi ini, mengutip kata-kata dan perbuatan ahli sufi untuk dijadikan bahan dalam teks ucapan dan pengajaran mereka. "Mereka seolah-olah tidak berasa malu meminjam kata-kata imam-imam sufi ini untuk digunapakai dalam khutbah-khutbah dan majlis-majlis pengajian mereka. "Kita seringkali mendengar mereka mengucapkan 'telah berkata al Fudhail ibn 'Iyadh r.a, telah berkata Junaid al-Baghdadi r.a, telah berkata Hasan al-Basri r.a, telah berkata Sahl al-Tasturi r.a, telah berkata al-Muhasibi r.a, telah berkata Bisyr al-Hafi r.a' dan sebagainya. "Adakah mereka tidak kenal siapakah insan yang meniti di bibir-bibir mereka? Nama-nama ulama yang mereka sebut merupakan pemuka-pemuka tasauf yang tidak asing lagi. Malah, ulama inilah yang telah menyusun kaedah-kaedah ilmu tasauf dan telah mencapai kedudukan sebagai wali qutub (pangkat tertinggi wali-wali). "Kitab-kitab tasauf juga dipenuhi dengan kata-kata mereka, khabar-khabar dan biografi mereka. Tidak dapat dipastikan, sama ada orang yang mentohmah ahli tasauf ini benar-benar orang yang jahil atau pun buat-buat jahil? Atau pun, mereka ini buta atau buat-buat buta?" (Mafahim Yajibu an Tusohhah, H: 107) - UTUSAN |
Rancang kewangan demi kesejahteraan keluarga Posted: 08 Jun 2010 12:08 AM PDT Oleh SITI AINIZA KAMSARI Tidak bertanggungjawab, lemah didikan agama, campur tangan pihak ketiga, perbezaan budaya, masalah seksual, masalah ekonomi, masalah kerjaya, masalah kesihatan, masalah akhlak atau sosial dan masalah komunikasi, adalah antara yang menjadi senarai faktor sesebuah rumah tangga berantakkan. Masalah ekonomi terutamanya, antara faktor yang sangat rumit untuk dihadapi oleh pasangan suami isteri. Jika tidak diatasi dengan baik maka ikrar untuk tetap hidup bersama ketika susah dan senang tentunya sukar untuk direalisasikan serta dipertahankan. Aapabila bercakap soal ekonomi segala-galanya berpokok pangkal kepada perancangan kewangan yang tidak sahaja strategik tetapi mesti berlandaskan syariat Islam. Itu antara yang banyak disuarakan oleh pakar penasihat kewangan peribadi dan keluarga, Rohani Mohd. Shahir dari Hijrah Wealth Management Sdn. Bhd. Topik itu juga yang berjaya menarik perhatian hampir 300 hadirin yang mengikuti Seminar Rumahku Syurgaku, "Setulus Kasih Ayah, Semurni Pengorbanan Ibu" anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Putrajaya baru-baru ini. Menerusi tajuk Bijak Mengurus, Keluarga Terurus Rohani berkata, hutang kad kredit atau istilah popularnya wang plastik antara yang menjadi punca suami isteri berperang besar. Apatah lagi jika ia menyebabkan salah seorang daripada pasangan tersebut diisytiharkan muflis atau bankrap. Malah dalam banyak kes, si isteri yang ditinggalkan terpaksa menanggung pelbagai tekanan hutang piutang kad kredit yang disalahguna oleh suami. "Statistik menunjukkan hutang kad kredit dan pembiayaan peribadi di negara ini telah meningkat pada kadar 17.6 peratus dalam tempoh enam bulan ke RM98.8 bilion pada akhir 2009. "Tetapi yang menjadi masalah sehingga memasuki tahap yang sangat membimbangkan apabila peratus hutang kad kredit yang tidak dibayar telah meningkat 5.4 peratus, iaitu sebanyak RM26.7 bilion terutamanya akibat pembelian barangan pengguna di bawah skim ansuran," katanya. Menurutnya, dari tahun 2004 hingga April 2009, seramai 637 pemegang kad kredit telah diisytiharkan muflis akibat hutang kad kredit. "Iaitu jika dilihat pada pecahan bangsanya, mereka yang muflis ini terdiri 52 peratus berketurunan Cina, diikuti 36 peratuMelayu, 11 peratus kaum India dan satu peratus kaum-kaum lain. Walaupun jumlah peratus kalangan Melayu itu tidaklah tinggi berbanding bangsa Cina, namun fenomena berhutang dan muflis akibat kad kredit ini tetap membimbangkan. "Justeru setiap pasangan suami isteri harus memikirkan kewajaran untuk menggunakan kad kredit. Jika salah penggunaan dan dibebani hutang serta muflis tentunya memberi kesan yang tidak baik terhadap hubungan mereka," katanya. Rohani dalam pembentangan kertas kerjanya selanjutnya berkata perancangan kewangan secara Islam adalah menjadi asas penting kepada kesejahteraan keluarga. "Soal sumber pendapatan, makan, minum yang halal haram atau syubhah penting untuk diambil kira. Andai yang haram banyak yang berdarah daging dalam tubuh badan maka tidak menghairankan jika kebanyakan generasi yang dilahirkan akhirnya mereka yang ramai menderhaka terhadap ibu bapa dan agama mereka," katanya. Iaitu sebagaimana peringatan dari Allah dalam Surah Al Baqarah, iaitu ayat 208 yang bermaksud: "… Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu…" Islam tidak dapat berkompromi dalam soal hukum halal haram, malah jika melihat dari aspek merokok sekalipun, Rohani sarankan agar tabiat itu juga mesti ditinggalkan secara total. Ini apabila Kementerian Kesihatan mendapati rakyat negara ini berbelanja hampir berbilion ringgit setahun semata-mata untuk memuaskan tabiat merokok. "Sedangkan ia sangat membazir dan lebih memburukkan keadaan kita terpaksa membazirkan banyak juga wang semata-mata untuk membiayai kos rawatan dan perubatan pelbagai penyakit kronik akibat tabiat buruk ini. "Malah yang lebih menyedihkan, menurut kajian, lebih daripada 50 peratus perokok tersebut adalah kalangan kaum Melayu atau Islam itu sendiri," kata Rohani. Lantas demi ekonomi rumah tangga sebelum menjadi lebih parah, adalah berhenti daripada merokok! Tegasannya juga, supaya berhati-hati dengan pelbagai rangkaian perniagaan yang berasaskan multi level marketing (MLM) atau industri jualan langsung dan skim-skim pelaburan yang gharar, pengambilan deposit dan sebagainya lagi yang kononnya menjadikan peratus pulangan keuntungan yang tinggi. "Sedangkan semua itu tidak pernah mendapat pengesahan daripada mana-mana pihak berkuasa dan ia lebih menjebakkan kita dalam pelbagai jenayah kewangan yang menambahkan lagi kerumitan dalam ekonomi rumah tangga," katanya. - UTUSAN |
DiGi rancang pertingkat liputan jalur lebar 3G Posted: 07 Jun 2010 11:22 PM PDT DIGI.COM Bhd (DiGi) akan meningkatkan liputan perkhidmatan jalur lebar mudah alih generasi ketiganya (3G) kepada 50 peratus daripada kawasan berpenduduk di Malaysia menjelang akhir tahun ini daripada 45 peratus sekarang. Ketua Eksekutifnya, Henrik Clausen, berkata DiGi yang terkenal dengan produk perkhidmatan internet mudah alih Turbo 3G itu, akan menaik taraf dan memperhebatkan pelancaran rangkaian perkhidmatan itu di beberapa lokasi terpilih lain di seluruh negara, termasuk di Sabah dan Sarawak. Buat masa ini, kami sudah meningkatkan liputan perkhidmatan mudah alih generasi kedua (2G) ke 95 peratus kawasan berpenduduk di Malaysia dan kini sedang menumpukan usaha untuk mengembangkan perkhidmatan 3G. Saya yakin, dengan beberapa lagi promosi dan pelancaran termasuk menaik taraf perkhidmatan di beberapa lokasi terpilih, DiGi akan mampu meningkatkan rangkaian liputan 3G sebelum akhir tahun ini dan sasaran (meningkatkan rangkaian perkhidmatan 3G) ini adalah antara yang berada dalam senarai keutamaan syarikat, katanya pada sidang media pertama beliau selepas dilantik mengetuai syarikat itu bagi menggantikan Johan Dennelind, di Shah Alam, semalam. Clausen sebelum ini berkhidmat sebagai CEO untuk Telenor di Denmark, selama lima tahun sebelum memegang jawatan baru itu 17 Mei lalu. Difahamkan, buat masa ini pelanggan DiGi di Lembah Klang, Pulau Pinang, Ipoh, Kuching dan Kota Kinabalu berpeluang menikmati akses segera serta sambungan Internet yang konsisten menerusi rangkaian perkhidmatan ditawarkan DiGi. - BERITA HARIAN |
B.yond: Astro sasar 100,000 pelanggan Posted: 07 Jun 2010 09:16 PM PDT Syarikat televisyen berbayar, Astro menjangkakan seramai 100,000 pelanggannya akan bertukar kepada perkhidmatan B.yond menjelang penghujung Januari tahun depan. Pengurus Jualan Wilayah, Jualan dan Pengedaran All Asia Networks Plc (Astro), Woo Tuck Fatt berkata, keyakinan itu adalah berdasarkan maklum balas positif yang diterima daripada para pelanggannya. "Walaupun masih agak baru, respons daripada orang ramai amat baik. "Kita sasar seramai 100,000 pelanggan Astro di seluruh negara akan bertukar kepada B.yond sehingga tahun kewangan Januari 2011," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis makan tengah hari bersama media di sini hari ini. Astro B.yond dilancarkan pada Disember lalu yang menawarkan penyiaran definisi tinggi (HD) kepada para penontonnya. Menurut Tuck Fatt, di wilayah utara iaitu Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Perlis, jumlah pelanggan Astro adalah seramai 588,000 orang. "Di Pulau Pinang saja, jumlah pelanggan kami adalah 194,000 orang. "Jumlah ini menembusi 43 peratus isi rumah, iaitu bersamaan setiap 10 rumah sekurang-kurangnya ada empat buah memiliki Astro," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Naib Presiden dan Ketua Komunikasi Measat Broadcast Network Systems Sdn. Bhd., Tammy Toh memberitahu, kotak media baru dengan fungsi rakaman dalaman Astro B.yond Perakam Video Peribadi (PVR) yang dilancarkan pada 1 Jun lalu dijangka mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggannya di negara ini. Jelasnya, sebagai contoh di Australia dan United Kingdom, sebanyak 60 peratus daripada pelanggan televisyen satelit telah bertukar kepada sistem PVR. "Menerusi B.yond PVR, ia memberi keselesaan kepada penonton untuk merakam dan menonton mengikut kesesuaian masa masing-masing. "Saya yakin sistem PVR akan mendapat tempat di kalangan pelanggan Astro di negara ini," katanya. - UTUSAN |
Posted: 07 Jun 2010 07:41 AM PDT Seramai 12 sukarelawan Malaysia yang ditahan oleh rejim Zionis Israel ketika dalam perjalanan membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, Palestin hari ini diiktiraf sebagai wira negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun tiada sukarelawan Malaysia terkorban atau mengalami kecederaan tetapi keberanian mereka melaksanakan misi kemanusiaan tersebut merupakan satu perkara yang harus diakui atas nama kebebasan rakyat Palestin. Menurutnya, sebaik sahaja memulakan misi berkenaan mereka sanggup menghadapi segala cabaran yang akan dihadapi hingga ke peringkat 'bersabung nyawa' semata-mata mahu melihat penderitaan rakyat Palestin dapat dihentikan. ''Saya berbangga dengan keberanian 12 sukarelawan kita ini. Mereka berjaya membuktikan bahawa semangat perjuangan rakyat Malaysia untuk membebaskan bumi Palestin daripada cengkaman rejim Zionis Israel tidak pernah padam. ''Sejajar dengan semangat yang mereka tunjukkan ini kerajaan akan terus membantu rakyat Palestin termasuk berusaha memberi tekanan kepada rejim Zionis Israel dalam pelbagai cara,'' katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis menyambut kepulangan 12 sukarelawan Malaysia di kediamannya di Langgak Duta di sini hari ini. Turut hadir pada majlis itu isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan ahli keluarga sukarelawan. Mereka yang diraikan itu ialah ketua misi sukarelawan, Noorazman Mohd. Samsuddin diikuti Dr. Mohd. Arbai'e Syawal; Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hasan al-Haddad; Al-Hami Husain Suhaimi, Mohd. Nizam Mohd Awang; Hasanuddin Mohd. Yunus. Enam lagi sukarelawan ialah Jamuliddin Elias; Dr. Selamat Aliman; Abdul Halim Mohd. Redzuan; Mustafa Mansur; Ashwad Ismail (wartawan Astro Awani) dan Shamsul Kamal Latif (jurukamera Astro Awani). Mereka merupakan antara sukarelawan yang telah diserang oleh tentera rejim Zionis semasa dalam perjalanan ke Gaza bagi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin dengan menaiki kapal Mavi Marmara. Dalam pada itu Najib berkata, pengalaman menyayat hati yang mereka lalui itu amat berharga bagi rakyat Malaysia kerana ia dapat memberi gambaran sebenar betapa pedihnya penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin selama ini. ''Selama ini kita hanya mengetahui penderitaan rakyat Palestin di kaca televisyen dan di dada akhbar. Kali ini pengalaman itu turut dirasai oleh rakyat kita malah mereka dapat menyaksikan bagaimana anggota sukarelawan lain ditembak pada jarak dekat. ''Inilah bentuk pengalaman yang cukup berharga. Pengalaman mereka ini harus dikongsi bersama dengan rakyat yang lain supaya kita dapat merasai penderitaan sebenar rakyat Palestin. Dengan cara ini ia boleh membangkitkan kesedaran kepada kita semua,'' katanya. Beliau berkata, meskipun jumlah anggota sukarelawan Malaysia kecil tetapi penglibatan mereka itu amat membanggakannya kerana merupakan sekumpulan rakyat yang berani berkorban untuk menamatkan penderitaan orang lain. ''Fakta ini akan termaktub dalam lipatan sejarah dan tertulis dengan tinta emas bahawa terdapat 12 sukarelawan Malaysia yang berjiwa besar bersatu untuk membantu rakyat Palestin,'' katanya. Sementara itu Najib berkata, sebaik sahaja kerajaan mengetahui 12 sukarelawan ditahan oleh rejim Zionis Israel, beliau terus meminta Menteri Luar segera ke Jordan untuk melakukan gerakan misi menyelamat. ''Alhamdulillah dengan izin Allah usaha kita berjaya iaitu dengan hasil kerjasama kerajaan Jordan. Saya sendiri faham bagaimana hebatnya tekanan yang mereka rasai ketika ditahan termasuk keluarga di tanah air. ''Sebab itu kita berusaha sedaya upaya untuk segera mengeluarkan tahanan kita dari Israel dengan apa cara sekalipun,'' katanya. Dalam perkembangan berkaitan, beliau mengakui pengalaman 12 sukarelawan itu amat mencemaskan kerana mereka melalui satu saat paling genting dalam hidup. ''Bayangkan mereka melihat bagaimana tentera rejim menembak secara jarak dekat sukarelawan lain yang tidak bersenjata. Malah ada di antaranya yang ditembak dari arah belakang. ''Sukarelawan terbabit ditembak oleh komando Israel tanpa belas kasihan. Pengalaman ini amat mencemaskan. Saya juga pernah melalui saat-saat cemas tetapi tidaklah secemas yang mereka lalui,'' kata Najib. - UTUSAN |
Terlajak cakap, pengundi merajuk, undi hilang, jawatan melayang Posted: 07 Jun 2010 07:34 AM PDT HASSAN MOHD. NOH Kata orang kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Begitu juga dengan cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar- dengar. Maknanya, lebih kurang apabila kita menuturkan sesuatu itu hendaklah berhati-hati supaya apa yang diucapkan tidak disalah tafsir atau menyinggung perasaan orang lain. Kadang-kadang apa yang diucapkan itu juga boleh mencetuskan suasana yang kurang baik di kalangan masyarakat atau rakan-rakan dalam sesebuah organisasi. Sejak kebelakangan ini, ada beberapa isu yang mencetuskan keresahan di kalangan masyarakat apabila sesuatu keputusan, ucapan, atau kenyataan dilontarkan. Menyelak kembali apa yang dimaksudkan itu ialah mengenai kenyataan atau pengumuman yang melibatkan pihak kerajaan serta organisasi politik. Antara isu yang melibatkan pihak kerajaan termasuklah berkaitan judi sukan bola sepak, Piala Dunia (Kementerian Kewangan), menghapuskan atau penarikan balik subsidi (Jabatan Perdana Menteri) serta nisbah 60:40 dalam projek pembangunan Kampung Baru (Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar). Di kalangan parti politik pula, yang menarik perhatian tentulah komponen dalam Barisan Nasional (BN) iaitu MIC apabila ada di kalangan pemimpinnya mendakwa UMNO terlibat dalam apa yang dikatakan pembunuhan politik dalam isu Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS) serta ancaman mahu meninggalkan BN. Kesan kenyataan itu menyebabkan di kalangan pemimpin UMNO menganggap ia satu tindakan biadab. Pada masa yang sama ada pula suara-suara yang mengalu-ngalukan kesediaan MIC meninggalkan BN bagi membuka ruang lebih luas kepada parti-parti kaum India lain menyertai BN. Harus diingat banyak parti berasaskan kaum India seperti Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) dan Barisan Progresif India (IPF) telah lama 'mengetuk pintu' BN. Turut menarik perhatian kerana 'terlajak kata' ialah penyingkiran S. Murugesan sebagai Setiausaha Agung MIC. Akibat menegur presiden parti, S. Samy Vellu, akhirnya beliau disingkirkan. Penyingkiran itu bukanlah satu kejutan. Pertama ia berlaku dalam MIC. Ramai yang terpaksa 'mengaku kalah' selepas mereka mengkritik kepimpinan parti. Dan kedua sebagai setiausaha agung, sudah tentu kenyataan itu tidak lagi menggambarkan kesetiaan kepada presiden. Maka apabila setiausaha dan presiden sudah bercanggah pendapat, maka tidak ada pilihan lain, salah seorang harus pergi. Tetapi bagi Murugesan, tentunya ia satu kepuasan kerana prinsipnya adalah jelas, kesetiaan ada batasnya. Kembali kepada isu lesen judi bola, sepak Piala Dunia, banyak pihak yang menangguk di air keruh. Ketika Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek Hussin mengemukakan hasrat kerajaan itu, maka tidak banyak reaksi yang diterima. Paling cepat memberi reaksi tidak setuju ialah Presiden Perkasa, Ibrahim Ali yang awal-awal lagi membantah. Sebaliknya apabila ia diluluskan, barulah berduyun-duyun yang membantah. Ada pula yang menjadikannya isu politik untuk menghentam kerajaan habis-habisan sehingga memberi gelaran yang tidak baik kepada pemimpin kerajaan. Dalam khutbah Jumaat juga dibangkitkan isu ini seolah-olah umat Islam akan terjebak dalam gejala judi sebaik sahaja sepak mula Piala Dunia 2010 antara pasukan tuan rumah Afrika Selatan dan Mexico bermula 11 Jun ini. Kegagalan memberi penjelasan yang secukupnya pada peringkat awal mengenai isu ini menyebabkan kekalutan. Apa juga alasan yang diberikan mengenai lesen judi itu tidak dapat diterima oleh orang Islam. Haram tetap haram. Itu hakikat yang tidak ada tolak ansur lagi bagi orang Islam. Lainlah bagi bukan Islam yang turut menjadi warganegara ini. Dalam erti kata lain, biarlah judi yang sah haram bagi umat Islam itu dibiarkan beroperasi secara haram. Ada lesen atau tidak, yang hitam tidak dapat diputihkan. Sama seperti aktiviti haram lain maka serahlah kepada polis untuk membanteras kegiatan haram ini jika ia berlaku mulai 11 Jun ini. Begitulah gambaran yang ada mengenai isu judi bola ini. Mungkinkah ini juga yang mendorong 'anak luar nikah' (bukan anak haram) dibuang bagaikan sampah, ditanam merata tempat kerana yang 'haram' itu tidak boleh diterima sama sekali. Ketika ada pihak yang berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) mempunyai kuasa untuk tidak membenarkan mana-mana premis sebagai tempat perjudian bola ini, tetapi pada masa yang sama mereka mengizinkan premis ini (memberi lesen) menjual empat nombor ekor, menjual arak, rumah urut dan pelacuran serta pelbagai kegiatan yang hukumnya haram bagi orang Islam. Kadang-kadang ada juga perkara yang boleh dianggap haram tetapi sengaja dilupakan. Mungkin makruh sahaja. Lebih mendukacitakan di kalangan umat Islam ada yang hanya nampak haram arak dan judi (haram sekalipun ada lesen) tetapi perkara lain dalam kehidupan yang dilarang atau haram dibiarkan berleluasa, seolah-olah digalakkan kerana kepentingan tertentu. Fitnah- memfitnah, buruk sangka, mengumpat, mengeji dan macam-macam lagi dilarang oleh Islam tetapi dibiarkan berleluasa dan mungkin digalakkan. Kita harap menjelang 11 Jun ini, umat Islam tidak tergoda dengan apa juga bentuk perjudian ketika mereka tidak tidur lena kerana bola. Tidak kiralah apa bentuk perjudian sama ada dilesenkan atau tidak. Satu lagi isu panas yang menarik perhatian ialah soal penarikan balik subsidi. Disebabkan kenyataan tidak disertakan dengan hujah-hujah yang boleh diterima, maka kebanyakan pihak tidak bersetuju. Akhirnya timbullah persepsi negatif dan kerajaan terpaksa membuat pelbagai penjelasan bagi meyakinkan rakyat. Begitulah jadinya apabila sesuatu yang ingin dilakukan dibuat secara drastik. Hasrat mahu mengurangkan beban subsidi yang semakin meningkat akhirnya disalah anggap. Turut menarik perhatian tentulah nisbah 60 (bumiputera) dan 40 (bukan bumiputera) dalam pembangunan Kampung Baru. Disebabkan penjelasan yang kurang tepat pada peringkat awal maka pelbagai isu timbul yang boleh menjejaskan imej kerajaan. Sekali lagi banyak masa terbuang untuk membuat penjelasan. Pada masa yang sama muncullah kumpulan yang akan mengeruhkan lagi keadaan dengan niat yang dilihat suci tetapi sebaliknya 'kotor'. Begitulah kesan apabila kita mengumumkan sesuatu tanpa persiapan untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Selepas tsunami 2008, pendekatan test market amat bahaya. Janganlah melontar idea yang mampu mengundang kecaman dan ancaman. Maka berhati-hatilah. Lebih-lebih lagi bagi parti politik yang akan menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang. Kata seorang sahabat, jangan biarkan rakyat memendam perasaan dengan isu-isu yang dilontarkan sekalipun ia sekadar menguji reaksi mereka. Ingatlah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Atau terlajak kata jumpa di mahkamah, terlajak cakap undi hilang. Sebelum terlambat, jangan biarkan nasi menjadi bubur. - UTUSAN |
Tarikan baru di Kuala Terengganu Posted: 07 Jun 2010 07:34 AM PDT Dalam usaha menghidupkan suasana malam di Dataran Shahbandar di sini sebuah skrin layar besar dibina untuk siaran program-program berbentuk kekeluargaan dan kemasyarakatan. Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Datuk Mohd. Azlan Dagang berkata, kerajaan negeri membelanjakan RM800,000 untuk pembinaan skrin layar tersebut. Katanya, skrin itu merupakan salah satu alternatif memastikan kawasan bandar raya itu 'hidup', selain memastikan peningkatan dan pembangunan ekonomi negeri. Beliau berkata, ia akan mula beroperasi dengan penyiaran perlawanan Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 11 Jun ini. ''Skrin besar dibina untuk mencipta keindahan kawasan di Shahbandar dan orang ramai boleh membawa keluarga untuk meluangkan masa di sana. Kita turut menyediakan program Astro. "Kita atur supaya malam di Kuala Terengganu lebih hidup dan usaha ini untuk memastikan gejala mat rempit berkurangan," katanya. Beliau berkata demikian selepas Majlis Lawatan Khas bersama Anak- Anak Yatim Darul Falah ke Tapak Permainan Euro Fun Park dan Tapak Ekspo Usahawan Tani di Dataran Shahbandar di sini malam tadi. Turut hadir Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Terengganu, Hasan Jusoh, Ketua Pegawai Eksekutif Image Promote, Tun Baharum Tun Abd Razak dan Penolong Pengetua Asrama Anak Yatim Darul Falah, Mohd. Al-Hafiz Awang. Konsep baru itu dilihat mampu menarik pelancong dan penduduk di kawasan berdekatan merasai keindahan malam di bandar raya ini. - UTUSAN |
Makhluk asing berhampiran Zuhal Posted: 07 Jun 2010 07:23 AM PDT Para saintis menemui bukti kehidupan wujud di Titan yang merupakan bulan terbesar mengorbit planet Zuhal, lapor sebuah akhbar semalam. Mereka menemui beberapa petunjuk bahawa makhluk asing primitif hidup dengan bernafas di atmosfera dan menjadikan bahan api di permukaan bulan tersebut sebagai makanan. Rumusan itu berdasarkan penemuan kapal angkasa Cassini yang mendapati gas hidrogen yang mengalir ke permukaan Titan hilang akibat disedut sejenis hidupan asing. Saintis-saintis menjangkakan makhluk yang hidup di bulan berdiameter 5,120 kilometer itu adalah hidupan berteraskan gas metana dan bukan air. - Agensi |
Posted: 07 Jun 2010 06:27 AM PDT KARACHI - Ribut tropika yang menghampiri Pakistan membawa hujan lebat ke bandar terbesar di negara berkenaan, Karachi serta kawasan sekitarnya semalam dengan menyebabkan banyak rumah rosak dan jalan-jalan raya ditenggelami air. Pihak berkuasa yang bimbang Ribut Tropika Phet akan menyebabkan banjir antara paling buruk di Pakistan, memulakan usaha memindahkan penduduk di kawasan pesisir pantai di selatan negara itu. Ribut tersebut dijangka mengakibatkan tanah runtuh dan membawa angin dengan kelajuan 80 kilometer sejam. Ribut Tropika Phet mula melanda Oman Jumaat lepas dan menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang terbunuh, sebelum bergerak ke Paksitan. Seorang menteri di wilayah Baluchistan, Hamal Kalmati memberitahu, sebilangan penduduk kampung enggan berganjak. Tetapi beribu-ribu yang lain telah berpindah ke kawasan yang lebih tinggi. Hujan lebat beberapa jam yang melanda Karachi menyebabkan jalan-jalan ditenggelami air setinggi 30 sentimeter dan bekalan elektrik terputus di kawasan-kawasan paling rendah di Karachi yang dihuni oleh 18 juta orang. - AP |
You are subscribed to email updates from MY ADHA™ | Sumber Maklumat Terkini, Jawatan Kosong To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |