Adsense

Selasa, 29 Jun 2010

Penerbit Ibnu Al-Manhar

Penerbit Ibnu Al-Manhar


Sokong Pembangkang Adalah Tindakan Jenayah

Posted: 29 Jun 2010 06:01 PM PDT

Ulasan Oleh: Pustaka Al Manhar

Tahu atau tidak, menyokong parti pembangkang adalah salah satu 'jenayah'. Ia merupakan tindakan salah laku yang amat serius. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak, Datuk Seri Michael Manyin pada majlis penyerahan surat pelantikan dua Temenggong Samarahan mewakili masyarakat Bidayuh dan Melayu di sini.

Beliau merujuk kepada ketua kaum iaitu Temenggong yang menjadi wakil bagi kaum-kaum tertentu dan mereka ini berada pada hierarki paling tinggi dalam masyarakat setempat. Maka, tindakan mereka menyokong pembangkang dianggap sebagai tindakan menentang kerajaan BN.

Barangkali menteri seorang ini perlu buka kembali buku Pengajian Am STPM supaya beliau dapat sedikit gambaran apakah makna kerajaan, apa pula parti politik, apa makna rakyat, apa itu demokrasi, siapa BN, siapa pembangkang, dan banyak lagi. Ini kira masalah serius apabila seorang menteri bercakap seperti budak-budak.

Nak menipu rakyat untuk kemenangan BN pun agak-agak la. Bukan semua bumiputera tu tak cerdik. Mereka pun tau kalau lapar nak makan apa. Selama ini tidak ada sesiapa yang menentukan apa mereka nak makan. Begitu juga politik. Mereka pilih pembangkang itu adalah hak mereka. Siapa pun tak boleh paksa. Kalau nak ajak boleh, " . . .mai la masuk BN". Yang tu takpa la. Asalkan jangan paksa. Boleh jadi mereka takut tengok bik mama. Atau gerun tengok cukong-cukong BN bermaharajalela di bumi Malaysia. Sebab itu mereka sokong pembangkang walaupun mereka juga tak la sempurna seratus peratus.

Sepatutnya BN perbaiki kelemahan. Rawat para cukong, suruh bik mama, Shahrizat pakai tudung, kurangkan rasuah, mansuhkan ISA, dan yang paling penting jadilah manusia. Barulah rakyat suka. Tak perlu nak paksa-paksa, ugut-ugut. Sekurang-kurangnya kalau Pakatan rakyat menang dalam PRU akan datang, ada juga rasa simpati mereka terhadap politikus-tikus BN ini. Takda lah mereka ini mengangur nanti.

Berita Asal

Ketua kaum di Sarawak dihentikan jika sokong pembangkang

SAMARAHAN - Mana-mana Ketua Kaum yang menyokong pembangkang dalam pilihan raya negeri Sarawak yang akan datang akan ditamatkan perkhidmatan serta-merta kerana ia adalah satu tindakan salah laku yang amat serius, kata Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak, Datuk Seri Michael Manyin.


"Ketua Kaum adalah ejen kerajaan, yang membantu dalam pembangunan masyarakat setempat dan bukannya menentang kerajaan," kata pada majlis penyerahan surat pelantikan dua Temenggong Samarahan mewakili masyarakat Bidayuh dan Melayu di sini, hari ini.

Di Sarawak, jawatan Temenggong yang mewakili kaum tertentu di peringkat bahagian adalah hirarki tertinggi sistem pentadbiran setempat diikuti Pemanca di peringkat daerah, Penghulu dan akhir sekali Ketua Kaum.

Manyin berkata, oleh kerana pilihan raya negeri Sarawak semakin hampir, semua Ketua Kaum perlu meningkatkan usaha untuk membantu kerajaan memberi maklumat mengenai kejayaan yang telah dicapai oleh kerajaan negeri terutama sekali membawa pembangunan ke kawasan pedalaman kepada penduduk setempat.

"Bagi meningkatkan lagi sistem penyampaian kerajaan, kerajaan negeri mahu Ketua Kaum bersikap terbuka dalam menerima kritikan dan cadangan," katanya.

Beliau berkata, jawatan Ketua Kaum kini bukan kekal sepanjang hayat dan telah dihadkan tempoh selama empat tahun.


"Tidak ada undian atau pilihan raya untuk melantik Ketua Kaum kerana sistem yang dilaksanakan sekarang adalah berdasarkan lantikan mengikut persetujuan yang disahkan oleh Pegawai Daerah, Residen Bahagian dan Setiausaha Kerajaan Negeri," katanya. (Sinar Harian, 29 Jun 2010)



BN Berjaya Selesaikan Masalah Buang Bayi

Posted: 29 Jun 2010 07:25 AM PDT

Oleh: Pustaka Al Manhar

Rakyat Malaysia tidak perlu lagi bimbang dengan lambakan berita berkaitan pembuangan bayi selepas ini. Atas usaha pemerintahan BN melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta OphanCARE, pasangan berzina yang melahirkan anak kini boleh menyerahkan bayi mereka di Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini yang juga dikenali sebagai Baby Hatch.

Usaha yang dilakukan oleh Kerajaan BN itu dilihat sebagai satu usaha yang amat mulia kerana sekurang-kurangnya negara tidak ketinggalan dalam bidang ekonomi dan kebendaan. Kerajaan BN melalui kementerian tertentu tidak perlu menyekat penganjuran program-program maksiat yang rata-ratanya mendatangkan keuntungan kepada negara.

Syarikat-syarikat yang melabur di Malaysia boleh menggunakan khidmat iklan di televisyen untuk melariskan produk mereka. Iklan-iklan seperti ubat ketiak yang memaparkan ketiak wanita, lampin wanita, minyak wangi jenama Axe yang tunjuk bontot betina di perpustakaan, iklan beromen (merapatkan mulut) untuk minyak wangi jenama apa ntah, dan sebagainya. Semua ini perlu diperluaskan kerana kelarisan produk pelabur akan meningkatkan jumlah cukai merangkap pendapatan negara.

Rancangan seperti Idola Kecil yang mengasuh anak-anak kecil supaya mendedahkan aurat dalam usia yang sangat muda juga boleh diperluaskan. Ini penting kerana banyak produk pelabur yang akan laris jika wanita tidak terlalu berfikiran sempit dengan menutup seluruh badan mereka. Produk seperti pewarna rambut, syampu, pencukur bulu kaki, kondom, dan sebagainya pasti akan laris jika wanita Malaysia lebih terbuka dan gila BABI.

Kecenderungan kerajaan BN ini adalah langkah tepat untuk membawa Malaysia ke arah negara maju. Kerajaan dilihat amat peka dengan keuntungan yang akan diperoleh melalui gejolak nafsu seks golongan muda dan tua. Atas sebab itu, nafsu seks yang bergejolak ini sewajarnya diekspolitasi dan digembleng sepenuhnya oleh para cukong yang amat mesra dengan kerajaan. Rakyat Malaysia tidak perlu risau jika gejolak nafsu seks yang dibangkitkan oleh para cukong dan Samiri ini berakhir dengan kelahiran bayi luar nikah. Hal ini kerana, bayi luar nikah ini akan dijamin selamat dengan wujudnya Baby Hatch ini.

Diharapkan selepas ini, Kerajaan BN akan meyelesaikan pelbagai masalah lain menggunakan pendekatan yang hampir serupa. Misalnya untuk mengurangkan nahas maut di jalan raya, kerajaan boleh menyediakan kubur siap dikorek dengan jumlah yang banyak supaya mangsa yang maut boleh dikebumikan. Ini akan membantu mengurangkan nahas jalan raya. TAHNIAH BN.


Bayi ni nak menyusu