Malaysian Gossips, Rumours, Celebrities & Pictures Blog |
- Tasauf hakiki dan penyelewengan
- Keluarga Sakinah IKIM
- Chia Bee Chuan bangga diberi tanggungjawab
- 30,000 Meriahkan Gempak Astro Rockabola
- Maya-Ali macam Jerman-England
- Artis baru tak reti bawa diri
- Queen Control?
- Langkah awal Anuar berniaga?
- Ella sedia beraksi di IB
- Melancong sambil berhibur di SME 2010
- Maafkan saya - Ana Raffali
- Beast memang 'ganas'!
- Kesihatan S. Shamsudin Kembali Stabil
- Buka Restoran : Chef Riz Tak Harap Bantuan Chef Wan
- Linda Hashim Tak Kisah Sekadar Berlakon Drama
- Aizuddin Lakar Nama Malaysia Di Jepun
- Kisah Bangunan AIA Ditawan Wajib Ditonton
- Ashraff Belum Sahkan Jadi Pengacara Gadis Melayu
- Chermaine Poo Dalami Islam
- Finalis Mentor Wajib Nyanyi Tiga Lagu
- Bapa Ajar Jaden Smith Bercium
- Tom Cruise Tewas Kepada Adam Sandler
- Robert Pattinson & Kristen Stewart Berdolak-Dalik Kisah Cinta
- Dendang Pewaris Seni
- Micheal mungkin masih hidup jika peluk Islam: Jermaine
Tasauf hakiki dan penyelewengan Posted: 28 Jun 2010 06:38 PM PDT
SEDAR atau tidak sudah masuk minggu ke sembilan kita berbicara tentang tasauf di ruang ini. Dalam siri terakhir ini kita akan cuba menyorot beberapa fahaman dan ajaran yang menyeleweng yang dinisbahkan kepada tasauf selain cuba merumuskan pandangan kita tentang tasauf. Walaupun dalam siri tulisan yang lepas kita telah cuba mempertahankan tasauf sebagai cabang dan dimensi asasi kepada agama kita, kumpulan dan ajaran tasauf yang sesat atau menyeleweng daripada batasan agama sebenar. Pepatah Melayu menyebut, "bumi manakah yang tak ditimpa hujan"? Adakah wujud di sana, mana-mana kumpulan atau aliran sama ada bersifat agama atau tidak, yang terpelihara sepenuhnya daripada sebarang penyelewengan? Cuma, harus difahami, dalam paksi-paksi ajaran agama Islam iaitu akidah, syariah dan tasauf, penyelewengan yang berlaku bukannya berpunca daripada kelemahan ajaran tersebut tetapi kerana kelemahan mereka yang cuba mengamalkan dan menghayatinya. Di samping kelemahan jenis ini yang benar-benar berlaku, tasauf turut cuba ditempelkan dengan pelbagai gambaran kelemahan palsu oleh kelompok yang anti-Islam atau anti-tasauf. Tuduhan-tuduhan liar Selain penyelewengan sebenar yang timbul akibat kelemahan para pengamalnya, tasauf dan tarekat turut menjadi sasaran pelbagai tuduhan dan kempen memburuk-buruknya daripada mereka yang memusuhinya dari dalam dan luar lingkungan Islam. Para kuffar memusuhinya kerana mereka memang anti atau jahil dengan Islam. Sebahagian mereka juga menyerangnya kerana tahu bahawa inilah antara pusat kekuatan Islam. Mereka tahu daripada kajian dan sejarah bahawa tasauf turut menjadi inspirasi jihad menentang musuh-musuh Islam. Tasauf juga menjadi sasaran beberapa aliran pinggiran dalam Islam yang melihat dan tarekat sebagai saingan dan penghalang untuk mereka menjadi lebih dominan dalam masyarakat seperti aliran ekstrem liberal juga aliran ekstrem modernis. Pendokong ekstrem liberal memang suka kepada Islam yang serba bebas dan tidak terikat dengan ikatan-ikatan termasuklah ikatan-ikatan syariat, akidah dan tasauf. Kelompok ekstrem modenis umumnya cuba mengajak umat membebaskan diri daripada mengikuti warisan khazanah ilmu-ilmu tradisional Islam termasuklah dalam tasauf. Mereka sering bercakap atas nama pembaharuan agama, tajdid, pembebasan daripada taklid dan kejumudan, kembali kepada al-Quran, sunnah dan sebagainya. Ancaman terhadap tasauf daripada kelompok ekstrem modenis ini lebih berbahaya. Sebabnya mereka berbahasa dan berpakaian agama sehingga masyarakat awam mudah terkeliru. Hakikatnya, dalam mereka mengajak masyarakat tidak bertaklid kepada khazanah tradisi Islam mereka sebenarnya menjerumuskan masyarakat kepada suatu taklid yang lebih sempit iaitu bertaqlid kepada tokoh-tokoh dan aliran mereka. Akhirnya masyarakat diajak mengikuti beberapa kerat tokoh yang mereka sanjung secara berlebihan terutamanya Ibnu Taymiyyah, Ibnu al-Qayyim dan kemudiannya Muhammad Ibn Abdul Wahhab dan para pendokong nya. Pandangan Ibnu Taymiyyah dan Ibnu Al-Qayyim yang mengkritik tasauf mereka angkat tanpa menonjolkan sisi lain yang tidak menyebelahi kecenderungan mereka. Sebenarnya Ibnu Taymiyyah dan Ibnu al-Qayyim menghalakan kritikan mereka terhadap beberapa kumpulan pengamal tasauf pada zaman mereka dan bukannya terhadap tasauf itu sendiri. Mereka tidaklah menafikan tasauf sebagai cabang penting dan disiplin ilmu asasi dalam agama. Buktinya Ibnu Taymiyyah sendiri menganggap dirinya sebagai seorang pengikut tarekat Qadiriyyah. Makam beliau di Damaskus, Syria juga merupakan kawasan makam yang diwakafkan khusus untuk para Sufi. Jilid sepuluh dan sebelas daripada himpunan fatwanya juga menghuraikan tasauf. Murid beliau Ibnu al-Qayyim pula menulis kitab Madarij al-Salikin dalam tiga jilid yang merupakan huraian kepada kitab Manazil al-Saa'irin karya Imam al-Harawi berkaitan dengan makam-makam dalam perjalanan rohani kesufian. Kesimpulannya, dua tokoh ulama kontroversial ini pun tidaklah terlalu menolak atau anti-tasauf seperti sikap segolongan mereka yang sering menjuarakan tokoh-tokoh ini. Sesudah kita membahaskan dan memperjelaskan tentang tasauf dan pelbagai persoalan yang timbul berkaitannya hanya satu kesimpulan yang paling sesuai dibuat iaitu marilah kita semua kembali kepada tasauf. Kita kembali menghargai dan mengenali tasauf sebagai cabang dan dimensi asasi daripada agama kita yang kita cintai ini. Kita kembali memahami kedudukannya yang sangat harmonis dengan syariat, akidah dan semua prinsip dan ajaran Islam yang lain. Paling penting, marilah kita sama-sama menghayatinya dalam kehidupan kita agar agama kita benar-benar terselamat daripada virus-virus dalaman yang boleh menghancurkan kehidupan beragama kita tanpa kita sedari. Hakikatnya, ketakwaan itu berpengkalan di hati, seperti pesanan Nabi SAW. Jika agama dan ketakwaan itu sudah tewas di pangkalannya sendiri apakah ia dapat ditegakkan di tempat dan tahap yang lain? Akhirnya, dibawakan hadis yang menjadi antara induk dalam memahami kedudukan tasauf dan sering dipetik untuk tujuan itu. Imam Muslim dalam Sahihnya meriwayatkan, Rasulullah SAW ada menceritakan tentang tiga orang yang terawal dihisab di Akhirat kelak. Seorang yang mati syahid di medan perang, seorang ulama yang mengajar ilmu agama dan al-Quran dan seorang hartawan yang dermawan di jalan agama. Akhirnya ketiga-tiga mereka diseret di atas muka masing-masing dan dihumban ke neraka kerana kegagalan mereka menjaga keikhlasan, mensucikan niat dan hati masing-masing dalam kehebatan berjuang di jalan Allah. Semoga Allah SWT mengurniakan keikhlasan dan mensucikan hati-hati kita dari segala yang tidak disukai-Nya. | ||
Posted: 28 Jun 2010 06:33 PM PDT
RUMAH TANGGA seharusnya menjadi tempat yang tenang bagi setiap anggota keluarga. Tidak kira ke mana pun anggotanya pergi, mereka tetap mahukan ketenteraman di dalam rumah. Sayangnya, rumah sudah tidak lagi dianggap seronok untuk didiami. Suami, isteri, bahkan, anak-anak sekarang lebih mudah menemui dan mencari kegembiraan di luar rumah. Justeru, sakinah menjadi impian dan harapan kita semua. Ini kerana, sakinah adalah konsep keluarga yang dapat memberikan ketenangan psikologi, sungguhpun kadang-kala ada cabarannya. Memahami akan hajat setiap insan kepada sebuah rumah tangga yang sakinah menjadi pencetus idea Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan tajaan Kumpulan Syarikat QSR Brands Bhd. dan KFC Holdings Malaysia Berhad, melancarkan program bual bicara yang menyentuh isu-isu kekeluargaan bertajuk, Keluarga Sakinah menerusi stesen radio IKIM FM. Ketua Pengarahnya, Datuk Nik Mustapha Nik Hassan berkata, pelancaran program berkenaan yang dinamakan sempena tajuk novel karya Profesor Datuk Sidek Baba itu bertepatan dengan moto IKIM FM iaitu bagi mendidik, menghibur dan menyampaikan maklumat kepada pendengar. "Saya yakin program ini mampu memberi kesedaran dan menjadi rujukan semua peringkat masyarakat, khususnya umat Islam dalam menangani masalah sosial yang semakin rumit sekarang ini," katanya pada majlis pelancaran program terbaru radio IKIM FM. Hadir sama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands Bhd. dan Johor Corporation (Jcorp), Tan Sri Muhammad Ali Hashim; Sidek selaku Ahli Lembaga Syariah QSR Brands Bhd., dan Pengarah IKIM FM, Nik Roskiman Abdul Samad. Katanya lagi, program yang mengandungi 52 episod akan ke udara setiap Isnin dari pukul 5.15 hingga 6 petang bermula 7 Jun lalu dan berakhir pada 6 Jun 2011. Program ini dikendalikan penerbit dan pengacara radio, Fairuz Nordin bersama Sidek Baba. Antara topik yang akan dibincangkan ialah kepentingan pengukuhan institusi kekeluargaan, persiapan menjadi ibu bapa, pembentukan zuriat yang soleh, kemahiran mendidik anak lelaki serta komunikasi dengan anak-anak. Majlis telah dirasmikan oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim. | ||
Chia Bee Chuan bangga diberi tanggungjawab Posted: 28 Jun 2010 06:32 PM PDT
RAMAI mengetahui bahawa terdapat tiga wanita memegang jawatan tertinggi dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ketiga-tiga mereka yang bergelar Datuk dan berpangkat Deputi Komisioner ialah Ketua Polis Pahang, Datuk Robiah Abdul Ghani; Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Noryah Md. Anvar dan Timbalan Pengarah Jabatan Logistik, Datuk Zubaidah Md. Ismail. Kepercayaan yang diberikan kepada mereka untuk berada pada peringkat tertinggi pasukan itu juga telah mencatatkan sejarah dalam PDRM. Melihat daya kepimpinan dan kejayaan wanita-wanita terbabit, tidak dinafikan terdapat ramai pegawai dan anggota polis wanita di peringkat bawahan kini tampil menunjukkan prestasi yang memberansangkan. Masing-masing mahu meletakkan diri mereka sebagai wanita pertama yang diberi kepercayaan seperti mana yang diterima pegawai lelaki. Wujud ramai pegawai polis wanita yang diberi kepercayaan memegang jawatan tinggi seperti ketua balai, di mana mereka perlu memimpin organisasi di balai tersebut dan mencegah jenayah. Antara wanita terbabit ialah Inspektor Chia Bee Chuan, Ketua Balai Polis USJ, Subang Jaya. Chia yang baru berusia 33 tahun dianggap bertuah kerana walaupun baru berkhidmat sejak 2005, tetapi dia telah diberi kepercayaan yang tinggi. Malah ketika diberitahu akan diberi tugas itu, beliau bagaikan tidak percaya kerana tugas terbabit terlalu besar baginya yang mengakui masih cetek pengalaman. Begitupun untuk membuktikan dirinya seorang wanita yang berupaya, Bee Chuan menerima tugas berkenaan dan berjanji akan melakukannya dengan cemerlang. Beliau menjawat jawatan tersebut sejak 14 Mei lalu iaitu sejak kira-kira sebulan lalu. Meskipun usia perkhidmatannya sebagai ketua balai hanya setahun jagung namun setakat ini beliau berjaya melakukan lebih daripada kemampuan seorang ketua balai lelaki. Bagi Bee Chuan, apa yang dilakukannya sejak memegang jawatan itu adalah mengekalkan polisi yang baik serta meningkatkan mutu perkhidmatan yang masih perlu diberi perhatian. "Saya cuba mengekalkan segala yang baik seperti indeks kadar jenayah yang rendah dan perhubungan antara polis dengan komuniti yang akrab. "Jika terdapat mana-mana yang negatif pula, saya cuba kurangkan lagi, termasuk kadar jenayah yang dilihat masih tinggi," katanya ketika ditemui Gaya Polis baru-baru ini. Bee Chuan yang berkahwin atas dasar cinta dengan seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi iaitu Asisten Supritendan Ong Seng Keong, 35, turut mendapati sokongan daripada suaminya. "Saya juga sering mendapatkan nasihat untuk menjalankan tugas saya daripada suami, kerana dia lebih lama berkhidmat dalam polis dan lebih berpengalaman. "Selain itu, saya juga mendapatkan nasihat daripada ketua-ketua balai lelaki yang lebih berpengalaman untuk melicinkan tugas," ujarnya yang memilik perwatakan yang ceria. Dari segi perhubungan dengan anggota lain pula kelihatan tiada masalah antara Bee Chuan dengan anak buahnya. Berikutan kepercayaan yang diberikan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar. Tekadya, beliau akan memegang jawatan itu dan melaksanakan tugas yang diberi dengan cemerlang seperti mana yang diharapkan oleh pihak atasan. | ||
30,000 Meriahkan Gempak Astro Rockabola Posted: 28 Jun 2010 06:30 PM PDT
| ||
Posted: 28 Jun 2010 06:28 PM PDT
| ||
Posted: 28 Jun 2010 06:26 PM PDT Mangga Muda sebenarnya kesian melihat nasib penyanyi baru yang semakin ramai semakin banyak yang sudah nak cari makan sebab tak ada orang nampak potensi mereka. Ditambah pula dengan diri mereka sendiri yang rasa hebat dan tak pandai bawa diri. Macam ni... Mangga Muda dengar rungutan seorang yang pernah berurusan dengan budak-budak realiti show ni. Bila dah bersama-sama dalam satu majlis tu dia perhatikanlah gelagat mereka. Lebih-lebih lagi apabila ada di antara mereka yang sudah berurusan dengannya beberapa kali.
"Ada yang tak pandai membawa diri... tak reti nak tegur orang. Bukanlah saya mintak ditatang, setidak-tidaknya tunjukkan sifat yang baik bila bertemu orang.
"Saya lihat artis lelaki yang sorang tu asyik dengan gajet dia sahaja apabila berada dalam satu kelumpuk ramai," kata kawan itu yang sudah lama terlibat dengan artis-artis ni. Apabila melihat ada semacam perangai tak berapa sempurna pada diri penyanyi baru tu, si kawan Mangga Muda pun perhatikanlah dan membuat rumusan yang penyanyi itu tak pandai nak bergaul dan berasa seolah-olah dirinya hebat sangat apabila ada stesen radio memutarkan lagu nyanyian dia. "Alamatnya tak panjanglah hayat penyanyi tu dalam bidang seni kalau berterusan dengan sikap macam itu," kata kawan itu lagi sambil menghirup kuah laksa yang dimakan bersama-sama Mangga Muda. Kawan itu puji sikap seorang kawan si penyanyi yang sama-sama lahir daripada program realiti bersama si penyanyi kekwat tadi. Walaupun baru sekali berurusan dengannya, apabila berjumpa semula tak menang kaki dan tangan datang bersalam dan bertanya khabar. "Orang macam itulah yang akan berjaya kerana memiliki sifat semulajadi yang pandai menghormati orang," puji kawan itu. | ||
Posted: 28 Jun 2010 06:25 PM PDT
Minggu lalu, pada pertemuan itu sementara menantikan sesi fotografi, penulis dapat melihat kemesraan mereka. Linda ralit membetulkan kemeja hitam dan lengan baju suaminya bagi memastikan Que Haidar kemas dan bergaya untuk sesi fotografi dengan Mega. Sesekali jari runcingnya menyisir rambut Que yang baru dipotong nipis dan panjang yang menyerlahkan lagi wajah manis suaminya. Dalam kelekaan itu, Linda Jasmine Hashim yang sedang memangku puteri mereka, Tengku Ratu Haidar, sempat berbisik ke telinga suaminya. Reaksi Que mengundang derai ketawa. Linda tidak terkecuali. Kemesraan Linda dan Que lebih terserlah apabila masing-masing menyapa dengan panggilan sayang. Situasi yang jelas menggambarkan ikatan cinta yang kukuh antara mereka tempoh hari membuatkan sesiapa saja yang berada di depan mata mereka ketika itu sukar untuk menerima hakikat bahawa Linda seorang Queen Control! Namun, untuk memastikan dakwaan itu tidak berasas, soalan diajukan kepada pasangan itu. Linda pastinya sasaran utama penulis. Kepada Linda, soalan ditanya apakah benar dia bertanggungjawab mempengaruhi Que membuat keputusan berhenti berlakon. Wanita yang berdarah kacukan Melayu, India dan Siam yang diwarisi daripada bapanya serta Amerika, Finland dan Sweden daripada ibunya itu tidak pula tergamam. Barangkali, Linda yang berusia 37 tahun sedia maklum yang persoalan sedemikian akan diajukan kepadanya. Sebaliknya, sebelum menjawab, Linda memandang ke arah suaminya yang kebetulan mengambil alih tugas memangku Ratu. Kata Linda, awalnya dia terkejut apabila didakwa sedemikian rupa dan berpendapat itu merupakan persepsi yang kurang manis untuk dilabelkan kepadanya. Mementingkan kesempurnaan Tidak berniat untuk menegakkan benang basah, Linda sebaliknya mempersoalkan tujuan mereka yang mereka cerita tidak benar itu. Biar dia dilihat sebagai wanita yang sofistikated, namun pada pertemuan itu Linda memaklumkan, dia menyedari kepentingan dia menghormati dan mentaati suami seperti yang dituntut oleh agama. "Saya bukanlah isteri yang begitu kerana saya sedar agama Islam ada menyebut syurga seorang isteri terletak di bawah tapak kaki suaminya dan kerana itu masakan saya sanggup menderhaka kepada suami saya. "Tetapi saya tidak nafikan, saya seorang yang mementingkan kesempurnaan. Sejak dulu sampai sekarang dalam hidup saya mengutamakan kesempurnaan dari hujung rambut sampai hujung kaki. Saya tidak suka pada sesuatu yang dibuat ala kadar. "Misalnya untuk sesi fotografi ini, memang saya yang menentukan pakaian kami sekeluarga. Bukan itu sahaja malah saya juga mencadangkan Que memotong rambutnya supaya kemas dan menarik. "Saya rasa tidak salah sebagai seorang isteri saya menjaga penampilan suami dan takkanlah kerana itu saya dituduh sebagai queen control?" soal Linda dalam nada yang cukup tenang. Pada masa yang sama, Linda menyedari sebagai orang ternama dia tidak boleh mengelak bahawa kehidupan dia dan keluarganya diperhatikan namun dia juga berpendapat tidak adil tuduhan itu dibuat kepadanya. Apa yang membuatkan dia makin sukar menerima dakwaan itu ialah ketegasannya tidak membenarkan Que aktif berlakon disebabkan mahu menjaga prestij keluarganya. "Semua itu karut! Tak masuk akal langsung. Semasa kenal Que, dia seorang pelakon malah keluarga saya juga tahu. Saya tidak pernah menghalang Que berlakon bahkan filem Lagenda Budak Setan merupakan filem lakonan Que setelah kami bernikah. "Saya tidak nampak kerjaya Que sebagai pelakon menjatuhkan martabat saya dan keluarga kerana dia mencari rezeki yang halal untuk kami sekeluarga," kata Linda menjelaskan salah faham masyarakat. | ||
Posted: 28 Jun 2010 06:24 PM PDT
PENYANYI kacak pujaan ramai ini seringkali hadir dengan nilai eksklusifnya yang tersendiri. Tidak kira dari segi penampilan mahupun mana-mana persembahan pentas, boleh dikatakan dia tidak pernah gagal memberikan yang terbaik kepada para peminatnya. Di gelanggang seni, penyanyi bersuara mantap ini sudah membuktikan kemampuan sebenarnya. Biarpun tidak diulit pelbagai anugerah yang boleh mencantikkan lagi profil seninya namun, dia tetap pemenang di hati para peminatnya. Baginya, cukuplah andai apa yang dipersembahkan dalam nyanyian dijiwai sebaik mungkin oleh peminat dan mereka dapat merasai kepuasan yang diberikan. Penyanyi berbintang Aquarius yang mula mencipta nama diawal usia kanak-kanak bersama pasangan duetnya Elena itu baru-baru ini telah dilantik sebagai duta syarikat Capital Boutique yang menjalankan perniagaan barangan berjenama menerusi katalog. Pelantikan selama setahun bermula 1 Jun lalu itu memberikan satu lagi dimensi lain buat penyanyi kelahiran Merlimau, Melaka yang sebelum ini pernah terpilih sebagai duta Power Root. Bertemu Anuar selepas Malam Anugerah Keusahawanan Ke-2, Kumpulan Telco & Post di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur baru-baru ini, Anuar memberitahu bahawa apa yang menariknya tentang pelantikan itu ialah dia berurusan 100 peratus dengan orang Melayu. "Sangat mudah untuk berbincang dan berkomunikasi malah, kami memahami kehendak antara satu sama lain. "Jarang sekali ada mana-mana peniaga yang cuba memasarkan barangan mereka secara berkatalog seperti yang dilakukan oleh Capital Boutique. "Bukan itu sahaja, biarpun melibatkan penjualan barangan berjenama namun, pembeli boleh membelinya secara ansuran bulanan. Dengan ini mereka yang mempunyai kedudukan kewangan yang terhad juga berpeluang menggayakan barangan berjenama. "Bagi saya cara perniagaan yang dijalankan oleh Capital Boutique membuatkan saya begitu tertarik untuk berkerjasama dengan mereka," katanya. Pada malam tersebut Anuar muncul menyanyikan tiga lagu popularnya Keabadian Cinta, Ketulusan Hati dan Lelaki Ini. Ditanya adakah ini merupakan langkah permulaannya untuk berjinak-jinak ke bidang perniagaan, sambil tersenyum kata Anuar, tidak mustahil suatu masa nanti dia akan mula mempunyai perniagaan sendiri. "Insya-Allah suatu masa nanti. Menjadi duta kepada Capital Boutique secara tidak langsung memberi peluang untuk saya terlibat sama mengetahui tentang selok belok perniagaan. "Cuma buat masa ini saya hanya ingin fokus kepada nyanyian. Jika masanya sudah sampai dan saya sudah semakin selesa dengan kerjaya ini, saya akan mencuba juga nanti," katanya. | ||
Posted: 28 Jun 2010 06:23 PM PDT
SETELAH konsert terakhir di Esplanade, Singapura pada 2007, Ella kini bersedia untuk kali pertama beraksi di pentas berprestij, Panggung Sari, Istana Budaya (IB) bagi menjayakan Konsert Ella. 2010 merupakan tahun yang cukup bermakna kerana ia adalah tahun ke-25 penglibatan Ratu Rock Malaysia itu dalam arena seni tempatan mahupun antarabangsa. Keunggulan Ella sebagai satu-satunya penyanyi rock wanita yang bertahan hingga ke hari ini belum lagi mampu disaingi oleh mana-mana penyanyi wanita lain yang memilih jalur rock sebagai genre muzik mereka. Bagi Ella, konsert berskala besar yang bakal berlangsung pada 1 dan 2 Julai ini adalah simbolik penghargaan kepada peminat yang menyokongnya sejak memulakan karier seninya pada tahun 1985 bersama The Boys. "Sebagai hadiah untuk peminat, saya menyiapkan mental dan fizikal untuk menampilkan lebih daripada 25 buah lagu popular sepanjang dua jam konsert itu berlangsung. "Persembahan saya pada malam itu akan dibahagikan kepada tiga atau empat segmen termasuklah segmen khas yang mengundang Datuk Ahmad Jais," katanya ketika ditemui pada sidang akhbar di IB sempena konsert itu. Tambah Ella, konsert yang ditaja sepenuhnya oleh Canon itu menampilkan kelainan apabila dia dan Ahmad Jais akan berduet dalam beberapa buah lagu tradisional Melayu di samping penampilan anggota asal The Boys. "Perjalanan seni saya selama 25 tahun akan diadaptasikan dalam konsert saya pada malam itu. "Saya terlalu berharap agar anggota asal The Boys dapat mengiringi saya pada malam itu," jelas Ella yang baru mendapat persetujuan seorang sahaja anggota asal kumpulan itu. Selain diiringi 80 pemuzik profesional Orkestra Simfoni Kebangsaan dan The Love Beggars, persembahan Ella dalam konsert itu turut dimantapkan dengan petikan gitar daripada Joe Wings dan paduan suara Awie untuk dua buah lagu iaitu Baldu Biru serta lagu Mana Menghilang yang akan dimuatkan dalam album baru Ella. Konsert Ella itu dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) bersempena Festival Muzik Kuala Lumpur 2010. | ||
Melancong sambil berhibur di SME 2010 Posted: 28 Jun 2010 06:22 PM PDT
SELANGOR Muzikal Ekstravaganza (SME) 2010 anjuran Tourism Selangor dijangka mampu menarik lebih ramai pengunjung setelah SME 2009 yang pertama kali diadakan tahun lalu mendapat respons yang memberangsangkan. Selain bertujuan untuk mempromosikan Selangor sebagai salah satu destinasi pelancongan, SME 2010 juga mampu menjadi platform kepada artis-artis baru membina jenama mereka di persada seni tanah air. Membawakan tema Hiburan Untuk Semua, SME 2010 yang bermula sejak 25 Jun dan brakhir 17 Julai ini menjanjikan hiburan yang lebih menarik dan mantap sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Menurut Pengurus Besar Tourism Selangor, Noorul Ashikin Mohd. Din, SME 2010 sebenarnya adalah sebahagian daripada kempen Selangor Shines yang sedang giat dijalankan oleh Tourism Malaysia. "Antara tujuan kempen tersebut adalah untuk memperkenalkan kepelbagaian genre muzik yang boleh didapati di negeri Selangor," katanya pada sidang akhbar SME 2010 baru-baru ini. Tambah beliau lagi, SME 2010 tidak terhad kepada penyertaan penduduk di sekitar Selangor sahaja sebaliknya ia boleh disertai oleh siapa sahaja. Program ini turut mengalu-alukan penglibatan dari seluruh rakyat Malaysia terutamanya penduduk di sekitar Lembah Klang serta negeri-negeri berdekatan. Sehubungan itu, SME 2010 turut menampilkan beberapa artis popular seperti kumpulan Pesawat, Raihan, Rabbani, Yassin dan ramai lagi untuk memeriahkannya. Tidak ketinggalan, artis antarabangsa, Yusof Islam juga diundang untuk menyemarakkan lagi festival muzik tersebut. Menurut Noorul Ashikin, beberapa artis lagi akan mengesahkan penyertaan mereka ketika berlangsungnya festival ini. "Selain persembahan artis, pelbagai aktiviti lain akan diadakan sepanjang festival ini berlangsung dan semuanya bertemakan muzik," jelas Noorul Ashikin. Antara aktiviti yang bakal berlangsung ialah persembahan teater muzikal di PJ Live Arts seperti Taming Of The Shrew karya William Shakespeare. Festival Muzik Islam Antarabangsa turut dianjurkan sempena SME 2010 di mana akan menampilkan kumpulan nasyid dari pelbagai negara seperti China, Perancis, United Kingdom, Bangladesh, Afrika dan negara-negara Timur Tengah. Selain itu, sebuah program pencarian bakat cilik turut diadakan dan ia terbuka kepada pelajar sekolah berumur antara sembilan hingga 16 tahun. Jelas Noorul Ashikin, pertandingan tersebut akan mencungkil apa jua bakat yang terdapat pada peserta asalkan ia mampu menarik minat juri. | ||
Posted: 28 Jun 2010 06:21 PM PDT
BELUMPUN dua tahun mencipta nama dalam dunia seni, Ana Raffali yang terkenal dengan imej berbaju kurung dan berkebaya ketika membuat persembahan terpaksa berdepan dengan kontroversi. Semuanya gara-gara Ana menyanyi slanga mat salih dalam semua lagu dari album pertamanya Ketika Aku Kecil yang telahpun berada di pasaran. Ana Raffali atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah Mohd. Raffali dan bekas graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan Pendidikan Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) dikatakan tidak menghormati bahasa ibundanya sehinggakan menyanyi pekat dengan slanga mat salih. "Maafkan saya, saya tidak ada niat untuk menghina bahasa Melayu. Tetapi mungkin kerana terlalu biasa bercakap dalam bahasa Inggeris hingga membuatkan lidah saya lali dan menyanyi dengan slanga mat salih. "Apa pun, saya akan cuba baiki sebutan bahasa Melayu saya dari semasa ke semasa. Saya berharap peminat faham dan beri saya peluang untuk memperbaiki kelemahan dan cara nyanyian saya," pinta Ana. Menurut Ana, walaupun kontroversi itu membuatkan dia 'terkejut' seketika namun apabila memilih bidang seni sebagai punca rezeki dia sudah bersedia menerima apa juga teguran. "Keputusan telah pun saya buat apabila menerima tawaran untuk bernaung di bawah syarikat milik Aidit Alfian. "Segala kritikan akan saya terima asalkan ia membantu membina karier seni saya. Sekurang-kurangnya, jika ada kontroversi, itu bermakna peminat peka dengan kewujudan saya dalam arena seni tanah air," kata Ana ketika ditemui di majlis pelancaran albumnya Ketika Aku Kecil di Kuala Lumpur baru-baru ini. Album terbitan Aidit Alfian Records yang diedarkan Universal Music Malaysia telahpun berada di pasaran sejak akhir April lalu. Antara lagu-lagu yang terdapat dalam album itu ialah Hujan Bunga Di Kuala Lumpur, Cuba Jangan, Tolong Ingatkan Aku, Ketika Aku Kecil, Biarkan Kau Terlepas dan Bentes. Di sebalik keinginan dan minat untuk menceburi bidang muzik, Ana mempunyai alasannya tersendiri apabila membuat keputusan melangkah ke industri muzik tanah air. Anak kesembilan daripada sebelas beradik itu sebenarnya menyimpan hasrat menggunung untuk melihat keluarganya hidup senang. "Saya bukan dilahirkan dalam sebuah keluarga yang senang. Saya juga tidak dibesarkan dalam persekitaran yang dilanda kemiskinan. "Alhamdulillah, ibu bapa saya menyedia dan memberikan segala yang saya perlukan sehingga ke hari ini. Namun sebagai menghargai pengorbanan mereka saya mahu hidup mereka senang ," kata Ana yang mempunyai syarikat sendiri, Ana Rafali Muzik Enterprise. Anak gadis kepada pasangan Mohd. Raffali Mohd. Nor dan Hajijah Rashid itu menjelaskan, misi utamanya menceburi bidangn seni untuk melihat kedua-dua ibu bapanya hidup senang ketika meniti usia tua mereka. "Bukan sesuatu yang mudah untuk kedua-dua ibu bapa saya membesarkan kami yang ramai ini. "Jadi, kini tibalah giliran saya untuk bekerja keras menyara hidup keluarga. Saya nak mak dan abah berehat di rumah sahaja," cerita Ana. | ||
Posted: 28 Jun 2010 06:21 PM PDT
MEMANG tidak dinafikan lagi, sejak lima tahun kebelakangan ini, muzik yang dibawa dari Korea Selatan telah merobah pasaran muzik semasa. Virus muzik yang digelar K-pop itu bukan sahaja menular di seluruh pelosok Asia malahan muzik berkenaan juga berjaya merebak ke negara luar lain khususnya di Barat dan Eropah. Buktinya, populariti yang dikecapi oleh penyanyi dan kumpulan muzik seperti Rain, Super Junior dan Wonder Girls berjaya melangkaui sempadan yang tidak pernah dibayangkan sebelum ini. Malah, kehadiran mereka di persada muzik antarabangsa juga sedikit sebanyak berjaya mengubah tanggapan skeptikal peminat muzik antarabangsa terhadap muzik kelahiran Asia. Kelebihan yang ada pada mereka bukan sahaja terletak kepada muzik yang catchy dan cepat menangkap halwa telinga. Tetapi ia juga terletak kepada imej dan pembawakan diri mereka di atas pentas dengan aura umpama magnet yang pantas menarik perhatian peminat. Melihat kepada kejayaan senior mereka sebelum ini, kini sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka Beast sudah bersedia untuk menakluk dunia seni dengan muzik mereka. Biarpun usia penglibatan mereka baru lapan bulan, namun enam anak muda kacak ini begitu optimis dengan perjalanan seni mereka yang sudah semakin berkembang mekar. Berusia dalam lingkungan 19 hingga 20 tahun, Beast dianggotai oleh Hyun Seung, Jun Hyung, Yo Seop, Gi Kwang, Dong Woon dan Du Jun yang kesemuanya memiliki bakat tersendiri. Sekadar menyelak lembaran sejarah penubuhan Beast, bakat kumpulan itu mula dicungkil pada tahun 2009 oleh sebuah syarikat, Playcube Inc. yang ketika itu mahu mencari bakat-bakat baru khususnya berkumpulan. Mereka dipilih dan disatukan menjadi sebuah kumpulan apabila Playcube melihat enam orang anak muda ini memiliki kelebihan dan keunikan masing-masing yang mampu menguatkan lagi jenama Beast itu. Sekadar mahu mencuba nasib untuk melihat potensi kumpulan itu di negara ini, syarikat rakaman, Universal Music Malaysia telah membawa mereka berkunjung ke negara ini. Barangkali nama kumpulan Beast mungkin agak asing pada pendengaran peminat muzik K-pop di negara ini berikutan mereka masih baru dalam dunia muzik. Namun, semua itu bukan satu masalah kerana sememangnya Beast sudah berjaya mengumpul dan memiliki kelompok peminatnya yang tersendiri. Sememangnya kehadiran Beast cukup dinantikan oleh peminat mereka yang sendiri telah mengundi secara talian (online) untuk membawa mereka ke negara ini. Perasaan teruja dan gembira terpancar jelas di wajah keenam-enam anak muda itu apabila melihatkan respons yang cukup positif daripada peminat mereka. Buktinya, pada persembahan mereka yang berlangsung di KL Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, malam Sabtu lalu sudah cukup membuktikan 'keganasan' Beast sebagai kumpulan muzik popular. Seawal 7 malam lagi, peminat kumpulan Beast sudah membanjiri pusat hiburan terkemuka untuk melihat persembahan penyanyi pujaan mereka secara dekat. Apa yang mengejutkan apabila melihatkan kehadiran pengunjung yang mencecah hampir 3,000 orang sehingga menjadikan KL Live begitu sesak dengan lautan manusia. Bukan itu sahaja, 80 peratus daripada jumlah itu terdiri daripada remaja Melayu yang sememangnya menggilai dan meminati muzik yang dibawakan oleh Beast. Tepat pukul 8 malam, kumpulan itu muncul di atas pentas dengan lagu pertama mereka Beast Is The Best yang dipetik dari album mini mereka dengan judul sama yang pantas mencetus histeria dengan hiruk-pikuk jeritan penonton. Memang tidak silap percaturan Playcube menubuhkan kumpulan ini kerana kesemua anggota Beast sememangnya berbakat dalam seni tarian serta nyanyian. Masing-masing memperlihatkan skil tarian yang berbeza dan maka itu, tidak hairanlah apabila setiap anggota Beast mempunyai peminat mereka sendiri. Hyun Seng misalnya cukup lincah di atas pentas dengan teknik tarian yang begitu energetik manakala Jun Hyung pula begitu cekap dalam teknik rapping. Vokalis utama Beast, Yo Seop pula memukau peminatnya dengan gaya penyampaian serta kualiti vokal yang tersendiri. Meneruskan persembahan, Beast menyanyikan lagu-lagu yang dipetik dari album studio mereka, Shock Of The New Era seperti Bad Girl, Introducing Beast, Mystery, Easy dan Oasis. Ketika itulah, keadaan dilihat sudah tidak mampu dikawal lagi dan tanpa disuruh, peminat mereka terus menyanyikan lagu-lagu mereka dengan penuh lancar. Sebagai penghargaan buat peminat setia mereka, kumpulan Beast sempat membuat pertandingan tarian dan nyanyian yang telah memompa adrenalin pengunjung untuk mempamerkan skil serta bakat mereka di hadapan Beast. Seramai empat peminat bertuah terpilih untuk menunjukkan skil mereka dan hanya seorang sahaja yang berjaya memenangi hadiah yang ditawarkan iaitu bergambar dengan kumpulan berkenaan. Tidak mahu menghampakan peminat mereka, persembahan mereka ditutup dengan gabungan tiga lagu dari album yang sama iaitu Shock, Bad Girl dan Mystery. Biarpun muzik yang dibawakan mereka tidak banyak bezanya dengan apa yang pernah dipersembahkan oleh artis terdahulu, kehebatan bakat Beast memang tidak dapat dinafikan. | ||
Kesihatan S. Shamsudin Kembali Stabil Posted: 28 Jun 2010 06:17 PM PDT PETALING JAYA: Kesihatan pelawak veteran terkenal S. Shamsudin, 81, hari ini kembali stabil setelah dilaporkan kritikal di Hospital Alexandra, Singapura semalam. Menurut seorang wartawan Rukijah Usman di Singapura yang enggan dikenali, doktor memaklumkan Shamsudin kembali stabil namun tekanan darahnya kurang baik. "Doktor menukar antibiotik untuk memulihkan tekanan darahnya. Dia juga tidak perlu dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU)," jelas wartawan itu kepada mStar Online. Semalam, Shamsudin atau nama sebenarnya Sahamsudin Dali berada dalam keadaan kritikal selepas terjatuh di bilik air rumahnya pada malam Sabtu lalu. Kejadian itu menyebabkan tulangnya retak. Sahabat pelakon itu Datuk Aziz Satar baru sahaja menziarahi Shamsudin bersama-sama Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, pelakon Datuk Mustafa Maarof dan Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Mohd. Mahyidin Mustakim di rumah anak bongsunya di flat Bukit Batok, Singapura pada Sabtu lalu. Rais menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada Shamsudin daripada dana bantuan untuk seniman yang dikendalikan oleh kementerian dan Finas. S. Shamsudin adalah pelakon komedi sepanjang zaman yang seangkatan dengan seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Dia telah berlakon lebih 30 buah filem. Anak kelahiran Singapura itu mula berlakon pada tahun 1948 dalam filem-filem Melayu terbitan Studio Jalan Ampas dan namanya mula memuncak setelah berlakon bersama P.Ramlee dan Aziz menerusi filem Bujang Lapok. | ||
Buka Restoran : Chef Riz Tak Harap Bantuan Chef Wan Posted: 28 Jun 2010 06:16 PM PDT ANAK lelaki kepada chef selebriti ternama Datuk Chef Wan iaitu Mohd. Nadzri, tidak bergantung kepada bapanya untuk membuka restoran sekali gus bertindak sebagai pengarah eksekutif syarikat itu. Mohd. Nadzri atau Chef Riz berkata, restoran On The Table dan syarikat Culinary Brilliance Sdn. Bhd. ditubuhkan hasil titik peluhnya dan kawan-kawan. Kata Riz, dia membuka restoran yang itu bersama dua rakannya iaitu Sam Adnan yang bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Muhammad Farhan Shafee selaku Pengarah Eksekutif. "Bapa saya pun kagum dengan saya kerana pada usia 28 tahun saya sudah boleh membuka restoran sendiri," katanya semasa pra pelancaran restoran itu yang terletak di A4-UG-1-08, Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1, Kuala Lumpur, Sabtu lalu. Selain majlis itu, Riz turut mengadakan majlis ulang tahun hari lahirnya lebih awal yang jatuh pada Isnin lalu. Menyentuh tentang idea dan konsep restoran yang setaraf dengan Alexis dan Delicious itu, Riz berkata bapanya tidak lokek berkongsi ilmu selain memberikan pandangan. On The Table menyediakan makanan cita rasa antarabangsa berkonsepkan kontemporari. "Saya ada juga meminta pendapat daripada bapa dari segi dekorasi, konsep dan panduan. Dia memberikan maklum balas yang baik," katanya. Menurut Riz, On The Table merupakan salah satu anak syarikat di bawah Culinary Brilliance. Abang kepada pelakon Serina Redzuawan itu akui dia memang bercita-cita untuk menjadi seorang chef yang berjaya sejak kecil. Dengan usaha gigihnya sendiri, Riz berharap dapat berjaya seperti bapanya pada suatu masa nanti. "Saya tak kisah jika orang mahu bandingkan antara saya dengan bapa kerana saya memang anaknya. "Kami berjuang perkara yang sama iaitu untuk memartabatkan negara melalui masakan. Bagi saya, restoran ini umpama pentas dan sekarang saya sudah mempunyai pentas sendiri," tambahnya. Dalam perkembangan lain, Riz juga terlibat dengan program masakan berjudul Sajian Kontemporari yang sudah memasuki musim kedua di RTM1. Dia mengacara program tersebut bersama adiknya, Serina. Menyentuh tentang musim baru program itu, mereka mengetengahkan makanan moden dan mudah dimasak terutama kepada wanita yang baru hendak belajar memasak. "Program kali ini lebih menggalakkan orang muda untuk memasak," katanya. Sempena ulang tahun hari lahirnya itu Riz berazam untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Menyentuh tentang azam berumah tangga, sambil tersenyum Riz menjawab: "Saya mahu berkahwin dengan restoran dulu." Hampir 100 tetamu hadir ke majlis itu termasuk ibunya Norhayati Ayob, adiknya, Serina serta pelakon Datin Rosnani Jamil, Memey Suhaiza dan Norman Hakim. Bapanya, Chef Wan tidak hadir ke majlis itu kerana mempunyai urusan kerja di Turki. | ||
Linda Hashim Tak Kisah Sekadar Berlakon Drama Posted: 28 Jun 2010 06:15 PM PDT BIARPUN sudah lebih 10 tahun berada dalam industri hiburan, nama Linda Hashim lebih popular dikalangan peminat drama tempatan berbanding filem. Malah pelakon berusia 26 tahun ini turut digelar "ratu telenovela" apabila kerap muncul dalam drama-drama tempatan berbanding filem. Sedangkan bakat dan rupa paras yang dimiliki memungkinkan dia melangkah lebih jauh lagi. Akur dengan rezeki yang dikurniakan kepadanya, Linda menganggap itu satu pencapaian berperingkat untuk mencapai kejayaan satu hari nanti. "Saya tidak kisah jika ada yang mengelar saya "ratu telenovela" sebab saya akui lebih banyak berlakon drama berbanding filem. Mungkin rezeki saya sudah di sini. "Cabaran berlakon filem dan drama sama sahaja. Apabila kita di lokasi penggambaran kita tetap melakukan perkara yang sama iaitu menghayati dan menyampaikan watak tersebut dengan baik. "Apa yang membezakan antara filem dan drama hanyalah kekerapan muncul di televisyen. Drama lebih kerap berbanding filem," jelasnya yang bakal keluar dengan filem seram berjudul Rasuk. Pelakon yang popular menerusi beberapa drama televisyen seperti Duranni, Dua Hati, Ayahku Kahwin Lagi dan Cinta Batu Belah ini memberitahu sentiasa menyusun langkah dalam mencorak kerjaya seninya. Walaupun lambat dikenali di peringkat lebih tinggi berbanding pelakon baru lain, Linda tidak pernah patah semangat. Malah berkali-kali tawaran dihulurkan kepadanya dikaji terlebih dahulu sebelum difikirkan sesuai dan terdaya untuk menerimanya. "Saya tidak berasa kecewa walaupun belum dikenali. Saya lebih selesa mencipta nama sedikit demi sedikit tetapi terus kekal di industri ini. "Saya jadikan lakonan sebagai sumber rezeki bukan untuk mencari populariti," tambahnya yang tuurt berlakon dalam drama episod terbaru Halimah Jongang 3 dan Tudung ekspres. | ||
Aizuddin Lakar Nama Malaysia Di Jepun Posted: 28 Jun 2010 06:14 PM PDT KUALA LUMPUR: Dendangan lagu seorang penyanyi kelahiran Malaysia berjaya menambat hati peminat seni suara di Jepun menerusi album sulungnya, I Need You Baby. Muhammad Aizuddin Anwar atau lebih popular dengan nama 'Aizdean', menarik 30,000 muat turun ke telefon bimbit dalam kalangan anak muda di Negara Matahari Terbit itu. Album sulungnya yang didatangkan dalam versi Jepun dan Inggeris turut diedarkan di Amerika Syarikat serta Eropah selain menerusi iTunes. Kini, penyanyi kelahiran Selayang yang berusia 27 tahun itu bakal tampil denganalbum single terbaru hanya dalam versi bahasa Jepun, Show Me The Glory, bulan depan. Album ini adalah lagu imej bagi satu permainan Jepun yang dikenali sebagai Far East of Eden. Aizdean memberitahu Bernama dalam wawancara menerusi e-mel bahawa beliau berhasrat mempromosikan muzik Jepun di Malaysia, selain mempromosikan muzik Malaysia di Jepun. Pemegang ijazah Sarjana dalam Kejuruteraan Elektronik dari University of Electro-Communications, Tokyo, akan pulang ke tanah air hari ini untuk bercuti sehingga 10 Julai. "Impian saya ialah untuk menjadi seorang yang boleh merapatkan lagi hubungan antara Malaysia dan Jepun dengan memberi kegembiraan serta pilihan kepada masyarakat di sana," kata Aizdean, yang pernah menyertai kumpulan nasyid ketika bersekolah. "Saya pulang ke tanah air kerana beberapa urusan peribadi... pada masa sama saya mahu makan nasi lemak, roti canai dan satu jenama ayam goreng popular yang sudah lama saya tidak nikmati di sana," katanya. Aizdean, yang meminati penyanyi Datuk Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah dan Linkin Park, mula belajar menyanyi dalam bahasa Jepun sejak Januari tahun lepas. Ditanya tentang minatnya untuk menyanyi lagu Jepun, Aizdean berkata ia berputik semasa beliau berusia 18 tahun dan mula mempelajari bahasa Jepun selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beliau belajar bahasa itu di sini selama setahun dan setahun lagi di Tokyo.Aizdean ketika ini ditaja oleh Tourism Malaysia, Japan Malaysia Association (JMA), Van Council dan Dragon Beard di Jepun. "Saya berharap dapat lebih banyak penaja di Malaysia memandangkan saya memerlukan sokongan daripada tanah air saya sendiri," kata bintang muda yang semakin bersinar itu yang terkenal dengan genre Rhythm and Blues (R&B). Beliau turut menyimpan impian bagi menghasilkan lebih banyak album untuk edaran ke seluruh dunia. | ||
Kisah Bangunan AIA Ditawan Wajib Ditonton Posted: 28 Jun 2010 06:13 PM PDT MUNGKIN ada persepsi yang menganggap masyarakat kita tidak gemar menonton program berbentuk dokumentari adalah salah dan tidak relevan lagi. Buktinya, usaha menerbitkan program berbentuk dokumentari menerusi kempen Suatu Ketika jelas mendapat sambutan memberangsangkan daripada para penonton sejak ia dilancarkan pada Mei 2009. Ekoran sambutan yang semakin baik dan menggalakkan itu, kempen Suatu Ketika yang mengimbau kisah tragis apabila bangunan AIA ditawan pada tahun 1975 itu diteruskan dengan siri dokumentari terbaru yang bertajuk 1975: Serangan Tentera Merah. Menurut Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani yang ditemui pada majlis pelancaran program itu baru-baru ini, respons baik daripada penonton terhadap kempen itu merangsang pihaknya untuk menerbitkan siri itu. "Apabila bercakap tentang program dokumentari biasanya reaksi penonton kita terhadap program sebegini tidak begitu memberangsangkan. Namun, kami terkejut dan tidak sangka kerana penerbitan program dokumentari menerusi kempen yang dibuat mendapat respons positif dan menggalakkan. "Berdasarkan jumlah penonton, peratusan yang menyaksikan program ini berada dalam julat antara 25 hingga 35 peratus. Ia sesuatu yang baik untuk sebuah program berbentuk dokumentari yang disiarkan pada petang Ahad," katanya. Tambah Nizam, faktor tarikan penonton terhadap program dokumentari itu turut bergantung kepada pemilihan topik yang dipaparkan. Setakat ini, peratusan penonton program ini cenderung kepada topik berbentuk biografi seperti kisah personaliti Mokhtar Dahari, Sybil, Botak Chin dan Mahsuri. "Berdasarkan tinjauan dan rating, penonton, mereka akan tertarik untuk menonton siri dokumentari berdasarkan topik yang diketengahkan. "Untuk kali ini, kami ketengahkan pula tragedi serangan Japanese Red Army di ibu negara pada tahun 1975 yang melakarkan sejarah dan memori tersendiri tentang peristiwa berdarah itu," katanya. Mengulas lanjut tentang penerbitan 1975: Serangan Tentera Merah, Nizam berkata, pihak penerbit turut menjalankan kajian yang mendalam termasuk sesi temuramah bersama mangsa tawanan demi memastikan fakta sejarah dan kronologi kejadian serangan tentera Jepun yang dipaparkan adalah tepat, selain menarik perhatian penonton. "Dokumentari ini telah digarap begitu teliti bagi mendapatkan fakta-fakta yang tepat mengenai kronologi kejadian itu. Malah, ia juga dilengkapi dengan sesi temu ramah bersama tawanan yang terlibat iaitu Professor Dr. Mansor Jusoh dan seorang wanita warga Sweden, Ula Odqvist. "Lebih menarik, ia turut dimuatkan dengan sedutan rakaman babak sebenar kejadian, di mana ia jarang dipersembahkan dalam mana-mana penerbitan dokumentari. Kami yakin siaran dokumentari ini dapat menarik perhatian ramai selain boleh dijadikan bahan rujukan di masa hadapan," katanya. Dokumentari ini dimulakan dengan menyusuri kronologi kejadian serangan ke atas bangunan AIA di Kuala Lumpur yang berlaku pada pukul 10.45 pagi, 4 Ogos 1975. Lima orang anggota kumpulan radikal Japanese Red Army telah menahan lebih daripada 50 orang tebusan di dalam bangunan itu yang menempatkan beberapa buah kedutaan termasuk kedutaan Jepun dan Amerika Syarikat. Turut dipaparkan persoalan yang berlaku sebelum serangan dan proses rundingan yang membawa kepada pembebasan kesemua 53 orang tawanan. Dokumentari Suatu Ketika...1975: Serangan Tentera Merah yang menelan kos produksi sebanyak RM100,000 itu akan disiarkan pada 4 Julai ini, pukul 4.30 petang menerusi saluran Astro Prima (saluran 105). Bagaimanapun untuk membolehkan penonton memahami dengan lebih jelas kejadian itu, drama bersiri turut diterbitkan berjudul Suatu Ketika...Soldadu Merah. Ia akan memulakan siaran pada hari yang sama pukul 9 malam menerusi saluran Astro Citra (Saluran 311). Drama lapan episod itu dilakonkan Buzen, Yusmal Ghazali, Zack Taipan, Azhar Sulaiman dan Shaharudin Thamby. | ||
Ashraff Belum Sahkan Jadi Pengacara Gadis Melayu Posted: 28 Jun 2010 06:12 PM PDT PELAKON kacak, Ashraf Muslim tidak dapat mengesahkan sama ada untuk mengacarakan rancangan Gadis Melayu musim ketiga seperti heboh diperkatakan sekarang ini. Ini kerana pelakon itu terikat dengan jadual penggambaran drama Ilusi dan komitmen lain. "Saya telah terima tawaran itu tetapi belum tandatangan apa-apa kontrak lagi. "Ini kerana saya perlu melihat jadual kerja saya nanti sama ada bertindan dengan jadual kerja saya yang lain," katanya kepada MStar Online. Ketika dihubungi, Ashraf sedang berehat semasa penggambaran drama Ilusi dan nada suaranya dapat membayangkan keletihannya. Pada awal musim Gadis Melayu, Fahrin Ahmad ditampilkan sebagai pengacaranya. Menurut Ashraf, dia diberi tempoh masa seminggu lagi untuk membuat keputusan sama ada bersetuju mengacarakan program popular itu. "Insya-Allah, saya dapat membuat keputusan pada minggu depan selepas mempertimbangkan jadual-jadual kerja nanti. "Jika ikutkan hati, memang saya beria-ia ingin mengacarakan Gadis Melayu," katanya sejujurnya. Lebih-lebih lagi, akui pelakon watak Inspektor Reza dalam drama bersiri Pasukan Gerakan Marin (PGM) ini, dia pernah menjadi pengacara program Program Syifa (Penawar) di saluran Astro Oasis. | ||
Posted: 28 Jun 2010 06:12 PM PDT MENGHAYATI watak seorang mualaf dalam drama berjudul Tudung Ekspres, pelakon berbangsa Cina, Chermaine Poo mengakui ia bukan sesuatu yang mudah. Biarpun buat pertama kalinya diberi kepercayaan untuk melakonkan adegan menunaikan ibadat, Chermaine memberitahu dia perlu memahami setiap perkara yang dilakonkan terlebih dahulu agar tidak menyentuh sensitiviti umat Islam. "Sebelum saya mendapat tawaran ini saya ada berkunjung ke Abu Dhabi. Di sana saya ada memasuki masjid bersejarah dengan mengenakan tudung. "Selepas balik dari situ juga kami sekeluarga banyak bercakap tentang Islam dan selepas itu saya dapat tawaran berlakon watak mualaf. "Saya tahu perkara ini sensitif jadi saya pelajari panduan mengenai Islam melalui buku-buku agama selain bantuan rakan-rakan yang beragama Islam. "Keluarga juga tidak melarang malah menggalakkan saya mendalaminya agar lebih mudah melakonkan watak sedemikian. Saya percaya setiap agama itu indah dan menuntut melakukan kebaikan," katanya. Menurut bekas juara Miss Malaysia 2005 ini, dia lebih selesa berpakaian yang tidak terlalu seksi. Chermaine memegang watak sebagai Mei iaitu seorang saudara baru dan berdepan dengan masalah penerimaan keluarga terhadap agama yang menjadi pilihannya. Bercerita tentang keserasian dengan pelakon lain iaitu Lisa Surihani, Julia Ziegler dan Linda Hashim, Chermaine memberitahu ia merupakan pengalaman pertamanya dan tidak pernah bertemu mereka sebelum ini. "Saya sering melihat mereka di kaca televisyen tetapi tidak pernah berjumpa. Ketika diberitahu saya akan bergandingan dengan mereka saya rasa teruja walaupun sedikit gementar pada awalnya," jelasnya yang menjalani penggambaran selama lebih sebulan. Drama bersiri 13 episod ini berkisarkan kehidupan empat orang wanita bertudung yang memiliki watak dan kisah tersendiri. Ia bakal ditayangkan pada setiap hari Khamis, pukul 9.30 malam bermula 8 Julai ini menerusi Astro Prima. | ||
Finalis Mentor Wajib Nyanyi Tiga Lagu Posted: 28 Jun 2010 06:11 PM PDT TIGA finalis Mentor musim keempat akan menyanyikan tiga buah lagu pada acara kemuncak yang akan berlangsung di Auditorium MBSA, Ahad ini. Penerbit Eksekutif yang juga rancangan itu, Mohd Sufian Isa berkata, kesemua peserta akan menyanyikan dua buah lagu solo serta sebuah lagu duet bersama artis undangan masing. Pserta yang layak ke final kali ini ialah Adi Hamiz Johar (Adi), Nurhadzwani Salleh (Nani) dan Mohd Izwan Mohd Nor (Mohd). "Kami berharap mereka membuat latihan yang secukupnya di samping persembahan yang terbaik untuk konsert final nanti," kata Mohd. Sufian pada sidang akhbar setelah selesai pertandingan separuh akhir Mentor 4 pusingan kedua, malam Ahad lalu. Mohd. Sufian memberitahu, lagu-lagu telah ditetapkan untuk dinyanyikan oleh setiap peserta pada malam kemuncak nanti. "Adi diberikan lagu yang dihasilkan oleh Omar K, Mohd. mendapat lagu ciptaan Wandi manakala Nani pula akan menyanyikan lagu ciptaan mentornya sendiri iaitu Azmeer," katanya. | ||
Posted: 28 Jun 2010 06:09 PM PDT JADEN Smith anak kepada Will Smith agak beruntung kerana mendapat bapa yang sanggup memberi petua untuknya menghayati watak melakukan adegan bercium. "Adegan itu menarik tetapi agak janggal bagi saya," jelas Jaden. Biarpun ia bukan ciuman pertama namun situasi terbaru itu agak berbeza kerana pelakon kanak-kanak itu harus bercium di hadapan khalayak dalam tempoh yang agak panjang. "Saya berasa kekok namun ayah menasihatkan saya agar tidak bercium sambil membuka mulut, kamu terlalu muda untuk itu," katanya. Anak lelaki kepada pasangan Will Smith dan Jada Pinket yang sama-sama bergelumang dengan dunia lakonan jelas mewarisi bakat kedua-dua orang tuanya. Sehingga kini, aktor berusia 11 tahun itu sudah membintangi tiga filem termasuk The Karate Kid yang sedang ditayangkan di pawagam sekarang. | ||
Tom Cruise Tewas Kepada Adam Sandler Posted: 28 Jun 2010 06:09 PM PDT FILEM terbaru dua aktor Hollywood, Tom Cruise dan Adam Sandler yang sedang ditayangkan ternyata menyaksikan pelakon filem komedi Adam Sandler lebih hebat berbanding Cruise dalam Knight and Day. Seperti dipetik Reuters, filem Knight and Day hanya mampu menduduki tempat ketiga kutipan pecah panggung. Manakala filem komedi Grown Ups yang dibintangi Adam Sandler berada ditangga kedua box office. Grown Ups yang mengisahkan tentang sekumpulan pelajar sekolah yang sebaya berkumpul ketika mereka sudah memasuki usia pertengahan. Filem tersebut juga dibintangi oleh Kevin James, Chrisk Rock, David Spade dan Rob Schneider. Sementara itu menduduki tempat pertama kutipan box office ialah Toy Story 3 iaitu filem komedi alat permainan itu mendapatkan kutipan sebanyak AS$ 59 juta. | ||
Robert Pattinson & Kristen Stewart Berdolak-Dalik Kisah Cinta Posted: 28 Jun 2010 06:07 PM PDT WALAUPUN keintiman mereka sudah diketahui seluruh dunia, dua bintang Twilight Robert Pattinson dan Kristen Stewart terus berdolak-dalik tentang gosip hubungan mereka. Menurut laporan nypost.com, pasangan sensasi remaja itu dilihat berpimpin tangan ketika berada pada majlis meraikan filem The Twilight Saga: Eclipse baru-baru ini. Bagaimanapun, mereka tidak hanya bermesraan sesama sendiri sahaja. Sebaliknya, turut dilihat bergaul dan berbual dengan para hadirin lain pada majlis itu. Kemesraan Pattinson dan Stewart dihidu ketika mereka menyertai para pelakon dan tenaga produksi filem itu pada majlis yang diadakan di Hotel Thompson Beverly Hills. | ||
Posted: 28 Jun 2010 06:05 PM PDT MASIH hijau, bertenaga dan taksub terhadap muzik. Itu persepsi awal yang menjelma di fikiran sebaik kami bertukar salam pada pertemuan yang diaturkan dengan dua anak muda ini pada petang itu. Si manis berkulit sawo matang ini, Priyadashini Loganathan atau mesra disapa Dasha adalah anak gadis kepada penyanyi kumpulan muzik lagenda tanah air Alleycats iaitu mendiang Datuk Loganathan Arumugam atau Loga. Sementara, si teruna berdarah kacukan yang bernama Daniel Veerapen ini pula adalah anak bongsu kepada pemain piano tersohor, Michael Veerapen. Sesuai dengan kata pepatah, 'ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi', ternyata legasi seni yang diwarisi mereka tidak dipersia-siakan mahupun terkubur begitu saja. Menariknya, mereka bukan sahaja pewaris seni bapa masing-masing, malah turut saling mengenali selepas bergabung dalam sebuah persembahan pentas di Alexis, Kuala Lumpur baru-baru ini. Eksklusif minggu ini, Mingguan mStar mendekati waris Loganathan dan Michael Veerapen ini untuk lebih mengenali, berkongsi cerita dan merungkai tentang bapa masing-masing daripada kaca mata kedua-dua anak remaja ini. Dasha ingin berduet dengan John Mayer, Michael BubleBercerita tentang dirinya dan muzik, gadis berusia 23 tahun ini mengakui dia amat bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga seni. Bukan sahaja bapanya yang mesra disapa Loga itu dikenali menerusi populariti kumpulan Alleycats, malah pakciknya sendiri, David Arumugam juga merupakan penyanyi utama kumpulan itu. Justeru, apabila menyentuh tentang muzik, subjek itu bagaikan sudah sebati dengan dirinya. Apa tidaknya, bapa dan pakciknya sendiri adalah anak seni. "Muzik begitu dekat dengan diri saya. Bapa dan pakcik sendiri adalah pemuzik. Sejak kecil lagi saya dikelilingi oleh muzik dan membesar dalam persekitaran itu. "Malah, saya bersyukur kerana dikurniakan bakat menyanyi seperti bapa yang membolehkan saya bergelar penyanyi, mempersembahkan pelbagai lagu yang suka serta lebih menghargai muzik," katanya. Menyentuh tentang muzik kegemarannya, Dasha berkata, semua jenis muzik yang sedap didengar menjadi pilihannya tanpa prejudis. Apa pun, Dasha senang dengan genre jazz yang dipersembahkannya di serata tempat dan majlis. "Saya dengar semua jenis muzik. Apabila bercakap tentang muzik, tarikan kuat untuk saya menyukai sesebuah lagu itu bergantung kepada liriknya. "Tidak kiralah lagu itu bergenre rap atau metal rock sekalipun, jika liriknya bagus dan memberi kesan pasti saya akan suka," kongsinya. Ditanya mengenai dirinya selaku waris legasi seni suara, Dasha berkata, dia sangat berbangga menjadi anak Loga. Bapanya bukan hanya penyanyi atau penghibur, bahkan dia menyifatkan bapanya itu sebagai mentor yang tiada taranya. "Tiada perkataan yang boleh menggambarkan betapa bangganya saya dilahirkan sebagai anak Loga. Bagi saya bukan nama dan popularitinya sebagai penyanyi yang buatkan saya bangga tetapi sifat kelakian dan kebapaan yang dimilikinya itu," ungkapnya. Beralih kepada karier nyanyian, anak jati Pulau Mutiara ini berkata, walaupun namanya masih asing di kalangan peminat muzik arus perdana, hakikatnya Dasha sudah lama menyanyi. Sejak di bangku persekolahan lagi dia sudah mula menyanyi. Bermula sebagai penyanyi di restoran 68 Kelawai di Pulau Pinang dan beberapa lokasi lain, Dasha bukan sahaja puas menyanyikan pelbagai lagu, malah turut mendapat restu dan sokongan keluarga. "Kerjaya sebagai penyanyi yang bermula daripada minat yang mendalam ini bukan sahaja buat saya gembira dan memberi kepuasan kepada saya. "Saya masih ingat sejak kecil lagi, bapa banyak mengajar saya teknik nyanyian yang betul dan kami sering berduet. Begitu juga ibu dan abang yang sangat menghargai dan menyokong minat dan kerjaya saya. Saya tidak tahu apa yang akan dilakukan jika mereka tiada," katanya. Berkat pengalamannya beraksi di pentas-pentas hiburan di Pulau Pinang, dia makin berani dan yakin melangkah tanpa perlu menoleh ke belakang lagi. Hari ini, anak bongsu daripada dua beradik ini aktif memenuhi undangan pelbagai majlis rasmi dan korporat, selain beberapa pusat hiburan seperti Alexis dan No Black Tie di Kuala Lumpur. Sekadar mengusik sebelum mengakhiri sesi temubual, pemegang Diploma dalam Komunikasi Massa dari sebuah kolej swasta ini sempat ditanya mengenai impian terbesarnya. "Saya ingin membawa muzik saya, nama bapa dan negara saya ke serata dunia. Jika ia jadi kenyataan, mungkin tidak mustahil saya dapat berduet di samping John Mayer dan Michael Buble," katanya dengan penuh berkobar-kobar. Impian beraksi bersama bapa Apabila diajak berbual tentang keserasiannya dengan muzik jazz, pemuda berusia 22 tahun ini mengakui, muzik itu bagai sudah sebati umpama darah yang mengalir dalam badannya. Begitulah mendalamnya cinta Daniel terhadap jazz yang sudah didengarinya sejak dia belum mengenali abjad ABC lagi. "Saya sudah dengar alunan muzik jazz sejak dalam buaian lagi. Menurut cerita bapa, ketika saya masih bayi dulu, setiap kali saya menangis dia akan main piano dan mengalunkan muzik jazz untuk memujuk saya. Saya hanya akan berhenti menangis apabila dengar muzik itu," ceritanya. Imbas kembali permulaan muzik itu dalam kamus hidup Daniel, anak kelahiran Kuala Lumpur itu berkata, muzik jazz bukan sahaja sudah sebati malah memberi kelebihan buatnya menilai kualiti sesebuah muzik itu. "Bayangkan sejak kecil lagi, ibu dan bapa sememangnya taksub terhadap jazz mendedahkan saya kepada muzik itu menerusi nyanyian dan lagu-lagu yang diputarkan. "Bapa sendiri banyak memberi pandangan tentang muzik. Sebab itu, saya rasa bertuah walaupun masih muda saya sudah dapat menilai kualiti sesebuah muzik itu hanya dengan mendengar sahaja," katanya lagi. Anak muda yang mula memetik piano seawal usia lapan tahun ini juga merancang untuk mengeluarkan album sulungnya hujung tahun ini. Berbekalkan pengalaman menerbitkan album termasuklah bersama Lewis Pragasam untuk album Asia Beat Urban Beyond dan Noryn Aziz (album Alamaya) yang mendapat pengiktirafan di Anugerah Industri Muzik (AIM), Daniel yakin untuk tampil dengan album sendiri. Diberi judul Deroma Volume 1, album bergenre fusion jazz itu bakal memperlihatkan eksperimentasi dan penterjemahannya dalam muzik jazz. "Selama ini, saya banyak menimba pengalaman di belakang tabir dengan menerbitkan lagu dan album beberapa artis popular. Dengan pengalaman itu saya semakin yakin untuk muncul dengan album sendiri pula," katanya. Berbual pelbagai topik dengan anak muda ini, tidak lengkap rasanya jika tidak menyentuh tentang ikon jazz Michael Veerapen. Mengimbas serba ringkas tentang pemuzik jazz terkenal itu, dia mendapat pendidikan muzik dari Berklee College of Music, Amerika Syarikat. Cinta dan komitmennya terhadap perkembangan muzik jazz di Malaysia memang tidak perlu disangkal termasuklah menganjurkan konsert rock jazz pertama di Malaysia pada tahun 1978 bersama rakan seperjuangan yang juga pemuzik terkenal, Lewis Pragasam. Sambil mengukir senyuman Daniel berkata, bapanya adalah seorang yang penyayang namun tegas pada masa yang sama. "Saya bertuah dan bangga dilahirkan sebagai waris Veerapen yang diperakui kerana bakat seninya. Dia bukan sahaja mentor yang baik malah sangat menyokong minat saya. "Saya banyak belajar daripadanya terutamanya tentang muzik jazz. Yang lebih membuatkan saya kagum, kemahiran bapa bermain piano dan penguasaannya dalam muzik jazz makin hebat hari demi hari walaupun selepas lebih 30 tahun memetik piano," ceritanya. Sebelum perbualan kami pada petang itu bernoktah, Daniel sempat diusik mengenai impian terbesarnya dalam hidup. Jawabnya, impian terbesarnya adalah untuk berkongsi pentas bersama bapanya di dalam satu persembahan. "Saya berangan-angan untuk beraksi di samping ayah di atas satu pentas. Bayangkan, dua piano beraksi di atas satu pentas dalam sebuah persembahan jazz. Pasti menakjubkan jika ia jadi kenyataan," ujarnya sambil merenung jauh. | ||
Micheal mungkin masih hidup jika peluk Islam: Jermaine Posted: 28 Jun 2010 06:05 PM PDT Selepas genap setahun pemergian Raja Pop dunia Michael Jackson, aura penyanyi itu masih memberikan kesan yang cukup mendalam kepada seluruh masyarakat dunia. Malah, hingga ke saat ini, masih ramai yang tidak henti-henti memperkatakan tentang sejarah dan kehebatan Michael Jackson. Apa pun, Jermaine Jackson yang juga abang kandung kepada superstar tersebut berpendapat, sekiranya legenda pop yang disayangi ramai itu memeluk Islam, dia barangkali mungkin masih hidup sehingga kini. Jermaine yang juga salah seorang daripada anggota The Jackson 5 yang turut dianggotai Michael sewaktu dia masih kanak-kanak berkata demikian sewaktu diwawancara pihak BBC sempena ulang tahun pertama kematian Michael yang dikatakan berpunca akibat pengambilan ubat yang berlebihan. Dia juga berpendapat, adiknya itu sepatutnya meninggalkan Amerika Syarikat. "Saya rasa jika Michael memeluk Islam beliau mungkin akan masih di sini pada hari ini dan saya katakan begitu kerana pelbagai sebab. Kenapa? Kerana apabila anda mempunyai 100 peratus keyakinan serta jelas tentang siapa diri anda, mengapa anda di sini dan semua orang di sekeliling anda, pasti semuanya akan berubah di mana anda menjadi lebih baik. Anda juga seolah-olah akan mendapat kekuatan. "Tuhan itu sangat berkuasa. Michael mengkajinya. Beliau membaca banyak buku kerana saya banyak belikan buku untuk beliau dari Arab Saudi. Saya juga belikan buku untuk beliau dari Bahrain.Saya sebenarnya yang yang membawa beliau ke Bahrain kerana saya mahu beliau keluar dari Amerika," kata Jermaine yang beragama Islam kepada radio World Service BBC. Jermaine mendakwa, adiknya itu tidak menolak ajakannya untuk memeluk Islam. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |