MelayuKuHebat....|Isu Terkini|Seks|Artis|Gossip|Bisnes|Ebook| |
- Terkini! Maya Karin & Suami Hadir Ke Mahkamah Untuk Tuntut Cerai?
- Bahana cinta facebook
- Jamban terpanjang
- Gambar Seksi Sarah (Chloe Nicole Saralyn)
- Maya Karin bertudung, suami sahkan belum ceraikan
- Gambar suami Aishah, nikah di Thailand
Terkini! Maya Karin & Suami Hadir Ke Mahkamah Untuk Tuntut Cerai? Posted: 24 Jun 2010 11:31 PM PDT Maya Karin Roelcke dan suaminya, Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali Abdullah, keluar dari kamar hakim sebentar tadi. Bagaimanapun, pasangan itu enggan memberikan sebarang ulasan mengenai kehadiran mereka di mahkamah. Menurut sumber mahkamah, mereka memohon untuk pendaftaran dan pengesahan perkahwinan mereka. Peguam kedua-dua pihak juga enggan mengulas atas arahan anak guam. Can you believe that? Not one bit. Kita tunggu perkembangan sebenar kehadiran mereka ke mahkamah. Para wartawan awam di sebuah forum hiburan popular sejak pagi sudah mula membuat spekulasi tentang seorang selebriti terkenal menuntut cerai petang ini. Mungkinkah Maya Karin? kredit rotikaya |
Posted: 24 Jun 2010 11:28 PM PDT Peringatan kepada peminat facebook, berhati-hatilah dengan gambar profail teman baru anda, jangan mudah sangat jatuh cinta cyber ni. Selalunya kamipaparkan wanita yang mudah terpedaya rupanya lelaki pun mudah terkena dengan gambar teman wanita yang sex. Saya pernah terbaca pasal dengan gadis topup yang dikenali di YM, yang kononnya akan menunjukkan aksi panas dengan webcam tetapi setelah memberi kredit sebanyak RM20 rupanya kena tipu apabila 'wanita' tersebut terus offline YM dia. Call no HP tidak berjawab, nak report polis malu dan tak berbaloi. So, sendrik mau ingat angkara nafsu akal tak dapat menilai mana yang baik mana yang buruk. KUALA LUMPUR: Bahana cinta siber menyebabkan lebih 10 lelaki bukan sekadar mendapat cinta palsu daripada seorang wanita 'jelita', malah ditipu ribuan ringgit tanpa mengenali identiti sebenar kekasih maya mereka. Wanita terbabit dikatakan menggunakan laman sosial facebook memerangkap mangsa dengan kata-kata manja dan menggoda sebelum mula menceritakan masalah kewangan dihadapinya bagi mendapatkan simpati dan seterusnya bantuan daripada lelaki yang cintakannya. Seorang mangsa yang ingin dikenali sebagai Suresh, 28, berkata dia mula mengenali wanita terbabit melalui laman sosial berkenaan kira-kira enam bulan lalu yang menggunakan nama Sai Sailani, selepas wanita terbabit menjemputnya menjadi sahabat facebook dan mempelawanya untuk berkenalan. Katanya, pada mulanya dia gembira kerana jika dilihat daripada gambar dilampirkan pada profil, wanita terbabit berperwatakan cantik dan seksi. "Selepas beberapa minggu berkenalan, saya mula jatuh hati kepadanya yang begitu pandai bermain ayat cinta. "Namun apabila diajak berjumpa, wanita terbabit memberi pelbagai alasan. Wanita berkenaan juga mula membuat cerita sedih kononnya dia kesempitan wang menjalankan perniagaan sehingga saya tertipu dengan memasukkan sejumlah wang ke akaun banknya," katanya di sini, semalam. Suresh berkata, dalam tempoh enam bulan itu, dia sudah memasukkan RM1,600 ke akaun Sai kerana percaya wanita terbabit benar-benar mencintainya dan berada dalam kesusahan. "Pernah sekali dia kata terlalu kesempitan duit dan terpaksa menanggung bapa yang sakit tenat sehingga ingin membunuh diri," katanya. Seorang lagi mangsa dikenali sebagai Jaya, 32, yang juga rakan baik Suresh berkata, dia berkenalan dengan Sai Sailani juga melalui laman facebook. Katanya, selepas 'mengikatnya' sebagai sahabat siber, wanita terbabit mengaku dia rakan baik kepada seorang lagi rakannya dan akan berkahwin tidak lama lagi. Menurutnya, wanita itu menggunakan helah sama menipunya iaitu dengan mengatakan dia kesempitan wang dan berdepan pelbagai masalah. "Sejak kenal dengannya, saya sudah anggap dia macam adik sendiri kerana bakal berkahwin dengan teman rapat saya sehingga saya sanggup memasukkan RM5,500 ke akaun banknya. "Bagaimanapun, saya mula mengesyaki sesuatu selepas mendapati nama tercatat pada akaun bank tidak sama dengan nama diberikan wanita terbabit, lalu menyiasat latar belakang sebenarnya," katanya. Menurutnya, selepas mendapat alamat rumah dan tempat wanita itu bekerja, dia dan Suresh kemudian pergi menemuinya di pejabat. Hasil kerjasama majikan di pejabat berkenaan, wanita terbabit ditemui dan selepas diajukan pelbagai pertanyaan, dia akhirnya mengaku segala penipuan dilakukan. "Kami terkejut apabila buat pertama kali bertemu kerana susuk tubuh wanita itu langsung tidak sama dengan profil diberikan dalam facebook. Dia gemuk dan tidak menarik langsung. "Selepas itu, kami menemui keluarganya dan mereka memberitahu kami bukan orang pertama ditipu wanita berkenaan, malah sebelum itu lebih lapan lelaki datang mengadu perkara sama," katanya. Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, Jumaat lalu, namun dimaklumkan pihak berkuasa hanya boleh mengambil keterangan daripada suspek dan sukar mensabitkan atas kesalahan menipu kerana wang berkenaan dimasukkan sendiri oleh mangsa tanpa paksaan. "Wanita terbabit berjanji akan memulangkan wang kami tetapi hingga kini masih gagal melunaskannya. "Kami tahu mungkin sukar mendapatkan kembali duit, tetapi mendedahkan perkara ini supaya orang lain tidak tertipu seperti kami," katanya. Dari Harian Metro 26/4/2010 kredit isuhangat |
Posted: 24 Jun 2010 11:25 PM PDT |
Gambar Seksi Sarah (Chloe Nicole Saralyn) Posted: 24 Jun 2010 11:24 PM PDT Sarah atau nama ic nya, Chloe Nicole Saralyn, pelakon drama bersiri Adamaya yang meletop-letop ni merupakan seorang ratu cantik. Pernah menjadi juara dan finalist Miss Sabah Universe 1st runner up 2008, Miss DCIM Velocity Angels 2nd Runner up dan Miss Malaysia Hot Babes 2nd Runner up. Anak kelahiran Sabah ini semangnya memiliki gaya seorang model yang cukup menawan dan seksi. Bentuk tubuh yang seksi dan juga mempunyai pakej yang tersendiri. Nasib lah dia Non-Muslim.. |
Maya Karin bertudung, suami sahkan belum ceraikan Posted: 24 Jun 2010 11:20 PM PDT Apakah kesudahan hubungan pelakon Maya Karin,31, dengan suaminya Steven David Shorthose,40, atau nama Islamnya Muhammad Ali, pasangan itu disahkan belum lagi bercerai. Kedua-dua mereka hadir di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur baru-baru ini tanpa menjelaskan tujuan mereka berbuat demikian. Maya tidak berkata "ya" mahupun tidak sama ada prosiding di mahkamah itu berhubung pengesahan pernikahan atau penceraian mereka. Cuma suaminya mengesahkan dia dan Maya masih lagi suami isteri. "No divorce (tidak bercerai)," kata Muhammad Ali.Dia juga turut enggan memberikan penjelasan tentang tujuan mereka ke mahkamah sebaliknya meminta pihak media bertanya sendiri kepada Maya. Peguam syarie Nor Husniah Hussin yang mewakili Maya juga enggan memberikan komen lanjut atas arahan anak guamnya itu. Maya pula berkata dia mahu mengambil pendekatan selamat untuk tidak memberi sebarang komen. "Tiada keputusan. Lebih selamat saya tak bercakap apa-apa kerana takut silap," kata Maya. -mStar |
Gambar suami Aishah, nikah di Thailand Posted: 24 Jun 2010 11:19 PM PDT Penyanyi popular 90-an, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah mengakui yang dirinya kini isteri kepada Faizal Sazali Zulkifli, seorang duda beranak enam. Aishah telah bernikah dengan pasangannya itu di Narathiwat, Thailand pada 30 April lalu. Pernikahannya itu bagaimanapun tidak maklumkan kepada pihak media. Namun, ia dapat dihidu apabila Aishah memuat-turun gambar pernikahannya di laman sosial Facebook miliknya. Dalam laporan sebuah akhbar baru-baru ini, Aishah memberitahu dia dan suami terpaksa bernikah di sempadan Thailand kerana suaminya belum mendapat surat cerai. Dalam masa yang sama, Aishah juga menafikan perceraian suaminya dengan bekas isteri ada kena-mengena dengan dirinya. Ini adalah perkahwinan ketiga Aishah. Sebelum ini dia pernah mendirikan rumahtangga dengan seorang lelaki Singapura sebelum berkahwin semula dengan lelaki warga New Zealand pada September 1997. Hasil perkahwinan kedua, Aishah dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 10 tahun. Selain itu, Aishah juga mempunyai seorang anak angkat berusia 16 tahun. -Gua |
You are subscribed to email updates from MelayuKuHebat....|Isu Terkini|Seks|Artis|Gossip|Bisnes|Ebook| To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |