Adsense

Jumaat, 25 Jun 2010

Jomss Layansss!!

Jomss Layansss!!


Kes Fasha Sandha -Tizz Zaqyah. Fasha Ada Bukti & Saksi

Posted: 25 Jun 2010 04:11 AM PDT


Nampaknya perang tuduh menuduh antara Fasha Sandha & Tizz Zaqyah masih belum reda. Fasha Sandha begitu kurang senang sekali apabila Tiz Zaqyah menafikan dalam media dan mengatakan tidak tahu nombor telefon Jejai.

Jika dibaca kenyataan Fasha Sandha dibawah ini, nampak seperti Tiz Zaqyah sudah kantoi. hmmm... kita tungguuu.. kesudahannya nanti..


Kenyataan Fasha itu dihantar ke emel murai.com.my menerusi blackberrynya itu berbunyi:-

"First of all, perkara ni berlaku pada tanggal 19 Mei 2010. Dia menghubungi Jejai pada jam 4 pagi untuk ajak Jejai lepak bersama dengannya. Saya dah memaafkan isu ini sebelum ini, tetapi bila tiba-tiba Tiz berkeras menafikan perkara ini serta menyebut bahawa saya ni mengarut, itu adalah melampau.


"Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya ada bukti yang mengesahkan dia membuat panggilan terhadap Jejai pada hari tersebut. Setelah Tiz 'terkantoi', saya ada bertanya padanya, kenapa dia menghubungi Jejai.

"Dia ada meminta maaf kepada saya dan memberitahu saya bahawa dia menghubungi di atas sebab-sebab tertentu (yang tidak perlu saya lampirkan di sini). Ramai jugak saksi yg ada ketika dia memohon maaf pada saya.

"Antara yang ada pada ketika dia meminta maaf pada saya ketika itu ialah Ejum( penolong pengarah produksi) dan Omar( bekas kekasih Tiz). Saya berani heret saksi-saksi ini jika perlu.

"Tiba-tiba keluar artikel yg mengatakan dia tak ada nombor Jejai. Itu adalah satu penipuan yg besar pada para media dan pembaca. Saya harap Tiz hentikan segala penipuan. Saya sudah memaafkannya. Tetapi, harus diingatkan, sekiranya dia masih memberi kenyataan palsu, saya terpaksa lampirkan bukti.

"Bila saya lampirkan bukti, ianya akan mengaibkan Tiz.. Saya memaafkannya bukan bererti saya ingin menjadi rapat dengannya seperti dulu. Seorang sahabat tidak mungkin akan sanggup melakukan perbuatan itu. Kenyataan saya habis di sini," katanya - Murai.com.my


p/s : Anda sudah sertai ManggaAds ? Media pengiklanan paling masyuk untuk para blogger seperti anda. Jomss sertais sekarang. Memang Layansss...

Anne Ngasri & Wafi Bercerai Talak 3

Posted: 24 Jun 2010 11:57 PM PDT


Anne Ngasri & Wafi Bercerai Talak 3! Terkejut juga tatkala kami menerima berita ini. Kalu bercerai talak satu tu, kami boleh terima lagi tapi bercerai talak tiga tu. Maknanya mereka tak boleh rujuk lagi dan jika mereka mahu berkahwin semula, Anne ngasri perlu berkahwin dengan lelaki lain dahulu. Jodoh pertemuan di tangan tuhan. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Kami cuma kasihan pada Anne kerana difahamkan Anne sedang mengandung (5 bulan kut).

Aktres Anne Ngasri (gambar) disahkan bercerai talak tiga dengan suaminya, Abdul Wafi Hassan (gambar) di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Keputusan itu diputuskan oleh Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin.

Anne atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri, 25, yang sedang hamil lima bulan dan Wafi, 28, pernah cerai dan rujuk sebanyak dua kali pada Julai tahun lalu tanpa pengetahuan mahkamah.

Menurut Shaiful, Wafi melafazkan taklik kepada Anne pada waktu tengahari awal Julai tahun lalu di Sungai Jawi, Pulau Pinang dengan lafaz 'kalau engkau keluar rumah, aku ceraikan engkau'.

Kali kedua Wafi melafazkan cerai 'aku ceraikan engkau' kepada Anne pada waktu petang pertengahan julai tahun lalu.

Kedua-duanya rujuk semula pada waktu Maghrib awal Julai tahun lalu dan selepas Isyak pada pertengahan Julai tahun lalu di mana kedua-duanya melafazkan 'saya kembali kepada awak'.

Sementara lafaz cerai ketiga iaitu 'aku ceraikan kau Anne' berlaku pada 25 Mac tahun ini, pukul 11.20 pagi di rumah mereka di Bukit Jelutong, Shah Alam. Waktu itu Anne sedang hamil dua bulan.

Wafi mengaku di hadapan Shaiful di kamar hakim sebelum ini bahawa dia pernah melafazkan cerai di tempat kejadian tanpa mempunyai saksi dan mempunyai niat semasa melafazkan ketiga-tiga lafaz cerai itu.

Anne dan Wafi secara rasminya bercerai pada 25 Mac tahun ini dan Anne menjalani tempoh edah sehingga bayi ketiganya dilahirkan.

"Saya reda dengan apa yang berlaku dan bersedia menerimanya. Saya percaya mesti ada hikmah selepas ini," luah Anne di luar mahkamah.

Terdahulu,sebelum mendengar keputusan Hakim di dewan perbicaraan, Anne hampir pitam di tandas. Khabarnya,dia tidak sempat menjamah makanan tambahan pula dia sedang berbadan dua.

Bagaimanapun, Wafi dilihat masih sempat membelikan air putih untuk anne.

Wafi hadir ke mahkamah bersama dua orang lelaki serta peguam syarie Mohd. Hamidullah Che Hassan manakala Anne ditemani ibunya, Habibah Jaafar.

Pasangan itu bernikah pada 26 Mei 2006 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Abdul Warits, 2, dan Abdul Wafri yang berusia empat bulan. - mStar Online


p/s : Anda sudah sertai ManggaAds ? Media pengiklanan paling masyuk untuk para blogger seperti anda. Jomss sertais sekarang. Memang Layansss...

Gambar Ariel Peterpan Dalam Penjara

Posted: 24 Jun 2010 06:05 PM PDT


Gambar Ariel Peterpan berada dalam penjara mula tersebar. Ariel nampak seronok berada dalam penjara.
Artis-artis lain juga ada yang melawat Ariel di penjara sebagai tanda sokongan moral antaranya Dhani, Mulan, Titiek Puspa, Hengky Tornado dan isteri, Baby Zelvia, Yovie Widianto, Sys Ns dan Camelia Malik serta pengurus Ariel-Luna Maya, Vitalia Ramona.

Luna Maya pula memberi sokongan moral dalam twitter menyatakan dia menyintai Ariel dan berharap Allah memberkati kekasihnya itu.


p/s : Anda sudah sertai ManggaAds ? Media pengiklanan paling masyuk untuk para blogger seperti anda. Jomss sertais sekarang. Memang Layansss...