Adsense

Jumaat, 25 Jun 2010

ISU HANGAT

ISU HANGAT


Bahana cinta facebook

Posted: 24 Jun 2010 09:42 AM PDT

facebook cinta @ isuhangatPeringatan kepada peminat facebook, berhati-hatilah dengan gambar profail teman baru anda, jangan mudah sangat jatuh cinta cyber ni. Selalunya isuhangat paparkan wanita yang mudah terpedaya rupanya lelaki pun mudah terkena dengan gambar teman wanita yang sex. Saya pernah terbaca pasal dengan gadis topup yang dikenali di YM, yang kononnya akan menunjukkan aksi panas dengan webcam tetapi setelah memberi kredit sebanyak RM20 rupanya kena tipu apabila ‘wanita’ tersebut terus offline YM dia. Call no HP tidak berjawab, nak report polis malu dan tak berbaloi.

So, sendrik mau ingat angkara nafsu akal tak dapat menilai mana yang baik mana yang buruk.


KUALA LUMPUR: Bahana cinta siber menyebabkan lebih 10 lelaki bukan sekadar mendapat cinta palsu daripada seorang wanita 'jelita', malah ditipu ribuan ringgit tanpa mengenali identiti sebenar kekasih maya mereka.

Wanita terbabit dikatakan menggunakan laman sosial facebook memerangkap mangsa dengan kata-kata manja dan menggoda sebelum mula menceritakan masalah kewangan dihadapinya bagi mendapatkan simpati dan seterusnya bantuan daripada lelaki yang cintakannya.

Seorang mangsa yang ingin dikenali sebagai Suresh, 28, berkata dia mula mengenali wanita terbabit melalui laman sosial berkenaan kira-kira enam bulan lalu yang menggunakan nama Sai Sailani, selepas wanita terbabit menjemputnya menjadi sahabat facebook dan mempelawanya untuk berkenalan.

Katanya, pada mulanya dia gembira kerana jika dilihat daripada gambar dilampirkan pada profil, wanita terbabit berperwatakan cantik dan seksi.

"Selepas beberapa minggu berkenalan, saya mula jatuh hati kepadanya yang begitu pandai bermain ayat cinta.

"Namun apabila diajak berjumpa, wanita terbabit memberi pelbagai alasan. Wanita berkenaan juga mula membuat cerita sedih kononnya dia kesempitan wang menjalankan perniagaan sehingga saya tertipu dengan memasukkan sejumlah wang ke akaun banknya," katanya di sini, semalam.
Suresh berkata, dalam tempoh enam bulan itu, dia sudah memasukkan RM1,600 ke akaun Sai kerana percaya wanita terbabit benar-benar mencintainya dan berada dalam kesusahan.

"Pernah sekali dia kata terlalu kesempitan duit dan terpaksa menanggung bapa yang sakit tenat sehingga ingin membunuh diri," katanya.

Seorang lagi mangsa dikenali sebagai Jaya, 32, yang juga rakan baik Suresh berkata, dia berkenalan dengan Sai Sailani juga melalui laman facebook.

Katanya, selepas 'mengikatnya' sebagai sahabat siber, wanita terbabit mengaku dia rakan baik kepada seorang lagi rakannya dan akan berkahwin tidak lama lagi.

Menurutnya, wanita itu menggunakan helah sama menipunya iaitu dengan mengatakan dia kesempitan wang dan berdepan pelbagai masalah.

"Sejak kenal dengannya, saya sudah anggap dia macam adik sendiri kerana bakal berkahwin dengan teman rapat saya sehingga saya sanggup memasukkan RM5,500 ke akaun banknya.

"Bagaimanapun, saya mula mengesyaki sesuatu selepas mendapati nama tercatat pada akaun bank tidak sama dengan nama diberikan wanita terbabit, lalu menyiasat latar belakang sebenarnya," katanya.

Menurutnya, selepas mendapat alamat rumah dan tempat wanita itu bekerja, dia dan Suresh kemudian pergi menemuinya di pejabat.

Hasil kerjasama majikan di pejabat berkenaan, wanita terbabit ditemui dan selepas diajukan pelbagai pertanyaan, dia akhirnya mengaku segala penipuan dilakukan.

"Kami terkejut apabila buat pertama kali bertemu kerana susuk tubuh wanita itu langsung tidak sama dengan profil diberikan dalam facebook. Dia gemuk dan tidak menarik langsung.

"Selepas itu, kami menemui keluarganya dan mereka memberitahu kami bukan orang pertama ditipu wanita berkenaan, malah sebelum itu lebih lapan lelaki datang mengadu perkara sama," katanya.

Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, Jumaat lalu, namun dimaklumkan pihak berkuasa hanya boleh mengambil keterangan daripada suspek dan sukar mensabitkan atas kesalahan menipu kerana wang berkenaan dimasukkan sendiri oleh mangsa tanpa paksaan.

"Wanita terbabit berjanji akan memulangkan wang kami tetapi hingga kini masih gagal melunaskannya.

"Kami tahu mungkin sukar mendapatkan kembali duit, tetapi mendedahkan perkara ini supaya orang lain tidak tertipu seperti kami," katanya.

Dari Harian Metro 26/4/2010

:

Share/Bookmark

IQ test

Posted: 24 Jun 2010 09:26 AM PDT

Sesiapa yang rasa dirinya genius boleh menjawab soalan di bawah ni, bukan teka teki teka tekuk, bukan soalan trick tapi IQ test cara Islam. Siapa dapat markah penuh mmg gua tabik spring.

Soalan 1: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Soalan 2: Apa pula yang paling jauh dari kita di dunia ini?

Soalan 3: Apa yang paling besar di dunia ini?

Soalan 4:Apa yang paling berat di dunia ini?

Soalan 5: Apa yang paling ringan di dunia ini?

Saoalan 6: Apa yang paling tajam di dunia ini?

:
:
belajar forex aka kuasa forex

:
:
JawapannyaKata Imam Ghazali

1. Yang paling dekat dengan kita adalah "MATI". Sebab itu sememangnya janji Allah swt bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

2. Yang paling jauh dari kita di dunia ini adalah "MASA LALU". Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

3. Yang paling besar di dunia ini adalah "NAFSU". Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

4. Yang paling berat di dunia ini adalah "MEMEGANG AMANAH". Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah swt meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya sanggup dengan permintaan Allah swt, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak dapat memegang amanahnya.

5. Yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita dan kehidupan dunia, kita meninggalkan solat, gara-gara bermesyuarat dan berseronok-seronok, kita meninggalkan solat.

6. Yang paling tajam di dunia ini adalah "LIDAH MANUSIA" Kerana melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Wallahualam.
Posted @ www.isuhangat.net
:

due 7 Jul

jana wang adsense

Share/Bookmark

Ada Serangga dalam komputer

Posted: 24 Jun 2010 08:41 AM PDT

Berikut adalah fakta menarik tentang komputer. Ekslusif di ISUHANGAT

PEMBUAT KOMPUTER PERTAMA DIDUNIA.
Sir Harold Thomas Flower. Dia adalah pembuat komputer elektronik pertama di dunia pada tahun 1941 yang bernama Colossus dan digunakan oleh Unit Pemecah Ketenteraan Rahsia Inggeris untuk memecahkan kod transmision radio NAZI.

KOMPUTER KOMERSIAL PERTAMA
sejarah komputer
ENIAC (Electronic Numerator Intregrator Analyzer and Komputer) adalah komputer komersil pertama didunia. Komputer ini beratnya 60,000 paun dan besarnya satu ruangan besar. ENIAC selesai dibuat tahun 1945. ENIAC awalnya dibuat untuk keperluan ketenteraan. Komputer ini tidak boleh menyimpan data.


ADA SERANGGA DALAM KOMPUTER.
Serangga, atau dalam bahasa Inggeris – bug, memang boleh saja masuk dalam casing. Tapi yang dimaksud seranggga atau bug bagi komputer bukanlah serangga hidup.

Bug adalah kesalahan atau kegagalan dalam program komputer sehingga tidak berjalan sebagaimana mestinya. Contohnya, semasa kita asik main game, tiba-tiba komputer hang . Bug biasanya terjadi karena kesilapan programmer dalam menulis program, boleh juga kerana suatu program memerlukan memori 128 MB dan komputer dengan memori 64 MB dipaksa untuk menyimpan program dengan memori sebanyak itu sehingga terjadi kegagalan kerana kekurangan memori.

KOMPUTER BUG PERTAMA.
Bug pertama adalah di tahun 1945, Grace Murray Hopper dan teamnya sedang bekerja pada komputer kalkulator Relay Aiken Mark II University Hardvard. Lalu komputernya bermasalah. Setelah dicari penyebabnya, ternyata ada lebah pada Relay #70 di panel F. Lebah tersebut kemudian dihapuskan. Sejak saat itu istilah bug digunakan sebagai kerosakan dalam kerja komputer. Istilah membuang bug tersebut dinamakan debug.

MODEM PERTAMA.
Sekitar tahun 1950an, pertahanan udara Amerika meminta dibuatkan alat untuk mengirim data melalui telepon. Modem komersial pertama dibuat AT&T dan melancarkan Bell 103 pada tahum 1962 dengan kecepatan 300 bit/ saat. Pada tahun 1996 sudah ada modem dengan kecepatan 56.000 bit/saat (bps).

GAME KOMPUTER.
1947 dianggap sebagai tahun ketika game pertama kali dimainkan pada tabung CRT. Gamenya masih sederhana, tentang pesawat yang harus menembak suatu sasaran. Saat itu grafis belum dapat digambarkan secara elektronik pada layer CRT. Tahun 1950an, game pertama dibuat yaitu Tic-Tac-Toe. Kebanyakan game komputer awal dibuat oleh Universiti. Tahun 1960an dibuat game Spacewar yang dimainkan oleh dua orang. Ini adalah game pertama yang dijual secara luas dan langsung menjadi game yang paling digemari saat itu.

Kemudian dibuat game yang bisa dimainkan dilayar television. Game ini namanya Chase. Oleh pembuatnya kemudian dikembangkan menjadi game yang memuat beberapa permainan. Tahun 1970an game Odyssey yang merupakan video game pertama. Perusahaan game Atari membuat game pingpong yang sangat laku . Kemudian game mulai dibuat portable. Taito membuat game Space Invaders atau game menembak pesawat alien. Ini adalah game pertama yang disebut era keemasan game.

KEDAI KOMPUTER PERTAMA.
Pada bulan juli 1975, Dick Heiser membuka toko komputer pertama yang dinamakan "The Komputer Store" di California. The Komputer Store menjual peralatan komputer, buku dan majalah yang berkaitan dengan komputer.

VIRUS KOMPUTER YANG MENYEBABKAN KERUGIAN TERTINGGI.
Pada tahun 2004 SCO Group Inc. di Colorado diserang DDOS dari virus MyDoom worm. Kerugiannya hingga $38.5 juta USD. SCO Group menghadiahkan $250,000 untuk menangkap pembuat virus MyDoom.B. Virus lain yang telah diketahui menyebabkan kerugian besar adalah : virus SoBig yang menyebabkan kerugian $37.1 juta, virus Love Bug menyebabkab kerugian $15 juta, dan virus Code Red yang menyebabkan kerugian hingga $2 juta.

KARAKTER KOMPUTER YANG PEMBUATANNYA PALING MAHAL.

Smeagol sang Gollum, adalah salah satu karakter dalam filem The Lord of Rings yang dibuat oleh WETA Digital. Dengan lebih dari 200 ekspresi wajah dan 300 gerakan otot, ini adalah karakter computer termahal yang pernah dibuat.

WEB BROWSER PERTAMA.
NCSA Mosaic dibuat oleh Marc Andreesen dari National Centre for Supercomputing Applications pada bulan April 1993 untuk keperluan khusus. Tapi WorldWideWeb yang dibuat Tim Berners-Lee pada bulan Desember 2000 dianggap sebagai web browser pertama kerana penggunaannya yang luas. Namanya kemudian diganti jadi Nexus. Pada bulan Oktober 1994, Netscape mengeluarkan versi beta dari Mozilla dan menjadi web browser komersil pertama.

WEB SITE PERTAMA.
Sir Timithy John "Tim" Berners-Lee adalah orang pertma yang menciptakan world wide web pada agustus 1991. Sitenya adalah http://nxoc01.cern.ch.

WEB SITE KOMERSIL PERTAMA.
Pada bulan Oktober 1994 HotWired mulai berfikir untuk menerima pemasangan iklan di internet kerana internet sekarang sudah digunakan oleh masyarakat luas. AT&T memasang banner 468 x 60 yang dipasang di site HotWired site. Ini adalah keuntungan pertama dari internet. Pada tahun 1993 Dale Dougherty melancarkan Global Network Navigator, yang dibeli AOL tahun 1995, inilah yang dianggap sebagai web site komersil pertama.

WEBCAM PERTAMA KALI DIGUNAKAN.
TAHUN 1991, Paul Jardetzky, Qunetin Stafford-Fraser dan mahasiswa Cambrige University membuat program untuk menampilkan gambar secara on-line.

Pada tahun 1993, web baru tersedia secara luas untuk semua pengguna internet.

SEARCH ENGINE PERTAMA.
Search engine pertama didesign untuk internet dibuat pada tahun 1993 dengan nama World Wide Web Warderer ( Wadex). WebCrawler, 1994, adalah search engine pertama yang berdasarkan teks seperti search engine yang sekarang.

KOMPUTER MENGALAHKAN GRANDMASTER CATUR.
Deep Blue supercomputer IBM adalah komputer pertama yang berhasil mengalahkan Grandmaster catur, Gary Kasparov, pada tahun 1995 di Philadelhia, Amerika Syarikat. Pelajar – pelajar PhD di University Carnegie Mellon, Feng-hsiung Hsu, Murray Campbell dan Thomas Anatharaman menciptakan Deep Blue pada tahun 1985 yang merupakan permainan catur computer yang paling cepat dan terhebat yang pernah dibuat. Computer ini boleh memilih langkah pergerakan buah catur dari beribu – ribu gerakan yang terdapat dalam gudang datanya. Deep Blue juga mampu memperkirakan hingga 200 juta pergerakan dalam waktu satu saat, sungguh hebat bila dibandingkan Kasparov yang hanya mampu memperkirakan 3 pergerakan dalam waktu yang sama. Satu kelebihan pada Deep Blue adalah tidak pernah lupa atau terganggu oleh lawannya.

Posted@ www.isuhangat.net

:

due 7 Jul

jana wang adsense

**LETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI**

Share/Bookmark

Jamban terpanjang

Posted: 24 Jun 2010 07:47 AM PDT

Macam tak caya tgk mamat ni rupanya sedang melepaskan hajat besar. Selamba jer… Beginilah pemandangan biasa di sebuah kampung di Indonesia. Lain padang lain blalang belalang.

Jimat air tak payah flush hohoho

Photobucket

Ok gambar atas ‘jamban segera’, apa kena mengena dengan terpanjang pulak?

Photobucket

:
due 7 Jul

jana wang adsense

**LETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI**

Share/Bookmark