Malaysian Gossips, Rumours, Celebrities & Pictures Blog |
- Koleksi untuk bapa
- Lutut menggeletar di puncak Mulu
- Khemah Vaude lasak, selesa
- Selam skuba jana pendapatan
- Lexus LS 460 versi sport
- Asing dalam erti kata Mewah, eksklusif di Club Med
- Menguji lensa di Ho Chi Minh
- Bukit Jawi cabar minda
- Suhaila Tawan Hati Jimmy Shanley
- ZOO Sasar Kanak-Kanak
- Piala Dunia 2010 dibuka gilang-gemilang
- Tak tahan tubuh mulus
- Gadis urut kaut RM1,200 sehari
- Saya tiada tatu di pinggul
- Celcom, DiGi kongsi rangkaian
- Pilihan 4 rekaan baju kurung
- Jezamine Lim Sah Isteri Harith Iskander
- Kejadian Dibaling Gelas - Johan Tuntut RM1j
- Shahriza Mahmud Terima Lamaran Di Masjid
- Wafa,Tajul Bersatu Selepas 32 Tahun
- Fergie Belum Bersedia Hamil
- Jennifer Love Hewitt Obses Watak Wonder Woman
- Bersara umur 60
- Lelaki rogol dua anak teman wanita
- Polis pantau penonton bola di tempat terbuka
Posted: 12 Jun 2010 05:30 AM PDT
JUN, bulan untuk lelaki bergelar bapa pula diraikan oleh anak-anak. Belanja makan dan limpahan hadiah mungkin sudah terlalu streotaip tetapi masih tetap relevan. Apatah lagi jika pemberian tersebut cukup mewah dan berharga daripada jenama terkenal dengan harga mencecah ribuan ringgit. Pilihan terbaik mungkin koleksi khas sempena Hari Bapa daripada jenama antrabangsa, Coach. Koleksi ini tampil dengan tema Op Art C yang berciri mewah yang menonjolkan kekukuhan logo C. Koleksi aksesori kemasan kulit dan kanvas itu meliputi beg bisnes tali silang dan bimbit hingga kepada tali pinggang, dompet dan sebagainya. Dalam pada itu untuk menjadikan sambutan Hari Bapa kali ini diingati sampai bila-bila, Comyns, jenama ukiran perak terkenal dunia, menampilkan koleksi kafling dengan gaya kontemporari. Lima rekaan menarik Button, Golf, Orbit, Titan dan Armadillo, membantu hujung lengan kemeja lebih kemas sekali gus menonjolkan imej peribadi si pemakai. Jika Button lebih autentik dengan motif jahitan benang, penggemar sukan golf pasti akan menyukai gaya koleksi Golf yang mengambil motif permukaan bola golf. Begitu juga dengan koleksi Orbit dengan rekaan ala satelit manakala Titan pula menonjolkan imej korporat yang teguh dengan perincian dan Armadillo mengambil semangat haiwan pemalu tersebut. | ||
Lutut menggeletar di puncak Mulu Posted: 12 Jun 2010 05:28 AM PDT
PENDAKIAN ke puncak gunung kelima tertinggi di Malaysia, Gunung Mulu yang terletak di Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak begitu mencabar fizikal dan minda. Seramai sembilan pendaki terpaksa meredah subuh seawal pukul 3.15 pagi apabila jadual asal dipinda oleh pemandu arah yang dikenali sebagai Epol. Perubahan terpaksa dilakukan bagi mengelakkan pertembungan dengan kumpulan pendaki dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di Kem 3. Pertembungan itu perlu dielakkan kerana kawasan kem itu hanya mampu menampung 15 orang pada satu masa. Hari pertama: Tiba dengan pesawat ATR 72-500 MasWing pada pukul 2.55 petang. Sebaik saja tiba di Mulu Park diperkenalkan dengan Epol. Namun kami diberitahu hanya boleh memulakan perjalanan keesokan hari kerana sudah lewat. Hari Kedua: Perjalanan memang santai. Peserta meninggalkan Mulu Park pada pukul 10.30 pagi dan singgah di tepi sebatang sungai yang jernih airnya untuk menikmati nasi lemak. Perjalanan diteruskan ke Kem 1 dan tiba pada pukul 1.56 petang. Kem itu yang terdiri daripada sebuah pondok mempunyai kemudahan yang cukup asas dan terletak di di tepi sungai. Ia dilengkapi paip air, sinki, tempat memasak, kabinet menyimpan barang dan tandas. Oleh kerana hari masih awal, kami menyediakan makan malam awal dan menikmatinya pada pukul 6 petang. Selepas itu, 'terpaksalah' tidur awal kerana perlu bangun sebelum subuh untuk berkemas dan memulakan perjalanan ke Kem 4. Hari ketiga: Tepat pukul 2 pagi, jam loceng milik Nizam Ahmad (Shakey's ) berbunyi sekali gus membangkitkan mereka yang masih lena. Kem 1 ditinggalkan pada pukul 3.15 pagi. Menurut Zaidi Bidin yang pernah mendaki Gunung Mulu sebanyak dua kali sebelum ini, perjalanan hari ketiga jauh dan mencabar kerana perlu menempuh laluan berbukit untuk ke Kem 3. Memang benar apa yang dikata. Cuma para peserta bernasib baik dan tidak perasan jurang yang berada di sebelah mereka kerana mendaki pada waktu malam. Dalam perjalanan itu, peserta singgah di Kem 2 pada pukul 4.25 pagi. Terdapat aliran anak sungai dan kesempatan itu digunakan untuk memenuhkan botol air serta berehat selama 10 minit. Tiada kemudahan pondok kerana menurut Epol, jaraknya dekat dengan Kem 1, selain kawasan lapang yang terhad. Lokasi itu juga menjadi sumber air sungai terakhir. Selepas itu, bekalan air yang diperoleh adalah daripada tangki air hujan di Kem 3 dan Kem 4. Kegelapan dan kedinginan subuh terus diredah. Saya berjalan bersama Jurimah Mohd. Ariffin (Ju) dan memang diakui agak tertekan kerana merasakan laluan yang ditempuh begitu 'kejam'. Tiada langsung laluan rata. Hati berasa sedikit lapang sebaik sahaja bertembung dengan sekumpulan pendaki dari Unimas yang ketika itu dalam perjalanan pulang menuju ke Mulu Park. "Sudah dekat sangat. Di depan sana Kem 3," ujar seorang daripada mereka ketikaberselisih. Kami sampai di Kem 3 pada pukul 7.52 pagi. Peserta berehat dan bersarapan sebelum meneruskan perjalanan ke Kem 4. Perjalanan itu juga sangat 'kejam' kerana terpaksa menempuh laluan berair. Hujan menambah kesejukan. Lebih tersiksa apabila kasut dan stokin basah kerana laluan dipenuhi lopak-lopak air. Berkat kesabaran dan kecekalan hati, peserta akhirnya sampai di Kem 4 pada pukul 2.15 petang. Zaidi, Shakey's, Suhaini Mohd Saad (Sue), Kamariah Ismail (Kak Kay) dan Haziana Mohd (Zian) tiba lebih awal. Penatnya hanya Tuhan yang tahu dan setelah dicongak, rupa-rupanya perjalanan yang ditempuh telah dari Kem 1 ke Kem 4 mengambil masa 11 jam. Sebaik sampai terus diadakan perbincangan untuk ke puncak. Antara cadangan ialah meneruskan perjalanan pada petang itu juga. Ada pula yang mahu mendaki pada waktu subuh. Memandangkan hujan tiba-tiba mencurah-curah dan badan pula sudah tidak larat untuk terus 'diseksa', maka kata sepakat dicapai iaitu pendakian ke puncak diadakan sebelum waktu subuh esok. Hari keempat: Ini merupakan hari yang paling perit. Seawal pukul 3.20 pagi, peserta mula meredah kabus dan suhu dingin menuju ke puncak. Laluan masih becak, manakala cerun yang dipanjat lebih tegak . Akar-akar pokok yang berselirat dan gaung di tepi laluan membuatkan kami begitu berhati-hati mengatur langkah. Kami juga berhadapan dengan laluan bertangga yang dipacak di tebing cerun tegak 90 darjah. Lautan bintang di langit menyejukkan sedikit hati yang mula tercalar dek penangan laluan yang 'kejam'. Memandangkan Zaidi dan Shakey's berjalan laju, mereka berdua meninggalkan saya, Ju dan Zian di belakang. Yang lain, entah ke mana 'hilangnya'. Perjalanan ini lebih sukar. Tali temali disediakan untuk membantu pendaki melepasi cerun gunung yang tegak di mana kiri dan kanan laluan adalah gaung dengan jatuhan ratusan kaki ke lantai tanah. Ketika berhempas pulas memanjat tebing, saya dapat melihat dengan jelas awam gemawan yang memutih di bawah telapak kaki saya. Satu ketika, saya gagal 'melonjakkan' diri ke atas sehinggakan lutut terasa menggeletar dan jantung berdegup kencang. Takutnya Tuhan saja yang tahu. "Tolong … tolong … tak boleh lepas ni," jerit saya meminta bantuan. Nasib saya baik kerana Steplus (rakan guide) menarik tangan ke atas. Itulah saat yang paling mendebarkan dalam ekspedisi ini. Dalam pada itu, kedengaran suara Zaidi melaungkan azan pada pukul 5.50 pagi. Hati mula berbunga kerana puncak sudah semakin hampir. Tanpa berlengah, lereng terus dipanjat dan tali terus dicapai untuk menarik diri ke atas. Tepat pukul 6.05 pagi 14 Mei 2010 puncak Gunung Mulu di ketinggian 2,370 meter dijejaki. Hampir 20 minit kemudian, barulah kesemua peserta tiba. Sebak rasanya kerana berjaya menamatkan misi menawan G12. G12 merujuk kepada 12 puncak-puncak gunung tertinggi di Malaysia iaitu Kinabalu, Trusmadi, Tambuyukon, Murud, Mulu, Tahan, Korbu, Yong Belar, Gayong, Chamah, Ulu Sepat dan Yong Yap. Selepas sesi bergambar dan berkongsi satu tin longan yang dibawa oleh Benny Mustaffa Dayat di 'atas awan', kami turun semula ke Kem 4 dan tiba pada pukul pukul 9.30 pagi. Tepat pukul 10.30 pagi, kami meninggalkan Kem 4 menuju ke Mulu Park. Epol berkata, kami dibenarkan meneruskan perjalanan ke Mulu Park jika sampai di Kem 1 sebelum pukul 6 petang. | ||
Posted: 12 Jun 2010 05:27 AM PDT
PEMILIHAN khemah yang baik dan berkualiti penting untuk menjamin keselesaan semasa melakukan aktiviti luar. Ia mesti mampu memberi perlindungan daripada hujan, panas, ribut dan ancaman haiwan. Vaude sebagai pengeluar barangan aktiviti luar yang pakar dalam kegiatan pendakian antara jenama terkemuka dan dipercayai dalam penghasilan khemah berkualiti tinggi. Penggunaan bahan seperti polyamid, poliester dan silikon memberi jaminan kalis air dan ribut malah sebahagiannya mempunyai bahan khas yang dapat menjauhkan khemah daripada ancaman serangga. Kecanggihan teknologi Jerman pada produk itu melengkapkan khemah dengan ciri-ciri kestabilan, keselesaan ruang tidur dan penyimpanan barang serta pengudaraan yang baik. Untuk penggunaan lebih praktikal, setiap produk telah dihasilkan dengan sukatan berat tertentu sehingga ada yang dihasilkan begitu ringan supaya tidak menjejaskan pengembaraan. Apa sahaja bentuk, sama ada kubah atau tirus, khemah Vaude dihasilkan dengan kaedah pemasangan dan pembungkusan semula yang ringkas dan mudah. Campo Compact CAMPO Compact adalah unit asas dan dalam barisan khemah Vaude yang menawarkan keselesaan untuk dua orang penghuni pada harga terendah. Campo Compact mempunyai keluasan lantai 140 sm lebar X 215 panjang yang mana kapasiti pengisiannya dimaksimumkan dengan rekaan bumbung kubah. Khemah seberat 3.5 kg ini didatangkan dalam dua pilihan warna hijau dan putih pasir. Harga:RM670. Hogan Ultralight KHEMAH ini dilengkapi ciri tahan ribut dengan keluasan 120 sentimeter lebar yang memenuhi keperluan perkhemahan untuk dua orang. Paras ketinggian 105 sm Hogan Ultralight yang disokong tiang tunggal melengkung bukan sahaja memberikan kestabilan malah keselesaan pada paras separa berdiri. Walaupun hamparan lantai dengan keluasan baring sepanjang 220 sm agak terhad, Hogan Ultralight memadai untuk ruang penyimpanan dua buah beg sandar. Dengan berat maksimum 1.7 kilogram (kg), penggunaan khemah ini juga sesuai untuk isian seorang lelaki dewasa yang pasti memberikan lebih ruang. Perlindungan kalis air Hogan Ultralight pula menggunakan dua muka kain hamparan terbang silikon yang mampu menghalang tiris air walaupun dalam keadaan hujan lebat. Khemah yang mempunyai konsep bungkusan ringkas dan kecil ini didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu hijau gelap dan jingga terang. Harga: RM950. Mark II KHEMAH berbumbung kubah Mark II menyediakan ruang yang cukup selesa untuk tiga penghuni dengan penstabil empat pacakan sauh yang memberikan ketahanan struktur walaupun dalam cuaca yang teruk. Berbanding khemah untuk dua orang, Mark II datang dengan berat 3.5 kg. Semestinya agak berat jika beban itu ditanggung bersendirian sewaktu perkhemahan. Kelebihan khemah ini terletak pada dua bukaan pintu yang memberikan laluan keluar masuk yang mudah ketika salah satu bahagian terhalang dengan tugas-tugas perkhemahan di muka pintu. Keluasan lantai empat segi tepat iaitu 165 sm X 215 sm pula banyak meningkatkan kapasiti pengisian barang. Selain itu, lubang pengudaraan berjaring pada sebelah depan dan belakang juga memberi pilihan kepada penghuni untuk tidur dalam arah yang bertentangan. Khemah yang menjadi lambang teknologi aktiviti pergunungan Vaude itu dicipta dengan tiang tunggal melengkung yang membolehkan ia dipasang dalam masa kurang daripada lima minit. Harga :RM1,290. Refuge DENGAN berat maksimum 1 kg, Refuge merupakan antara khemah Vaude yang paling ringan berada di dalam pasaran sekarang. Keluasan dari pintu masuk bermula dengan bukaan seluas 145 sm yang meruncing sepanjang 200 sm sehingga berakhir di hujung kaki dengan bukaan 115 sm. Walaupun mempunyai berat minimum 860 gram, rekaan cemerlang Refuge mampu memuatkan dua penghuni dan pada masa yang sama memberikan cukup keselesaan. Apatah lagi jika digunakan secara bersendirian. Dengan ketinggian bumbung piramid maksimum setinggi 130 sm, Refuge menawarkan ruang kepala antara yang paling tinggi berbanding khemah lain di pasaran. Tiang khemah boleh digantikan dengan tongkat mendaki atau apa sahaja yang tidak melebihi ketinggian yang ditetapkan. Pengudaraan khemah ini menggunakan dua laluan angin berjaring yang dicipta khas untuk melindungi penghuni daripada nyamuk dan serangga dengan lebih berkesan. Harga: RM772. | ||
Posted: 12 Jun 2010 05:26 AM PDT
RAMAI menganggap aktiviti selam skuba mahal dan sukar untuk disertai. Bagi mereka yang tak tahu berenang, ia dikatakan halangan utama untuk menyertai riadah unik yang sudah ada di dunia sejak pengenalan skuba moden oleh Jacques Cousteau dan Emile Gagnan pada tahun 1943. Ketika ini secara purata, seorang peminat selam skuba semuda 10 tahun akan membayar antara RM1,450 hingga RM1,750 seorang (untuk Persatuan Jurulatih Selam Skuba Profesional Antarabangsa - PADI) bagi menyertai pakej kursus asas peringkat pertama. Pakej kursus lanjutan, RM800 hingga RM900 perlu dibayar sehinggalah mereka memasuki peringkat profesional sebagai jurulatih. Kursus untuk peringkat itu memerlukan mereka mengeluarkan yuran antara RM7,000 hingga RM10,000. Namun tidak semua yang tahu, sebaik sahaja mereka menjejaki peringkat paling minimum, penolong jurulatih atau ketua selam skuba (divemaster), mereka sebenarnya sudah mampu menjana kewangan tetap. Malah, jika dilakukan secara betul dan kerap, pendapatan yang dapat dijana mampu mengalahkan gaji seorang pengurus syarikat yang sudah berkhidmat selama 10 tahun. Semua itu mampu diterjemahkan lebih pantas iaitu dalam tempoh setahun saja jika peminat aktiviti ini meneruskan kursus selam skuba secara berperingkat-peringkat sehingga ke tahap profesional tanpa gagal. Apa yang perlu ialah, peserta memperbanyakkan selaman dalam membina pengalaman untuk meneruskan peringkat demi peringkat kursus yang disertainya. Selepas diiktiraf sebagai penyelam skuba asas, peminat aktiviti ini boleh meneruskan kursus ke peringkat lanjutan sebaik sahaja mereka mendapat 'lesen' penyelam laut asas. Malah, ada jurulatih yang merangkumkan kursus selam skuba asas dan lanjutan yang membolehkan peserta layak memperoleh kedua-dua lesen dalam tempoh lima hari empat malam. Selepas itu, mereka boleh meneruskan untuk menyertai kursus selam skuba penyelamat. Habis kursus itu, mereka boleh menyertai sama ada kursus penolong jurulatih atau divemaster dengan hanya mempunyai 60 selaman, tetapi perlulah berumur 18 tahun ke atas. Selepas itu, anda boleh membuat persediaan untuk menyertai kursus jurulatih laut terbuka. Bayangkan jika remaja yang berumur 18 tahun dan tidak tahu untuk melakukan apa-apa ekoran tidak mahu menyambung pelajaran, mereka sudah boleh menjana pendapatan sebagai seorang jurulatih atau ketua selam skuba sama ada secara tetap atau sambilan. Bagi yang khuatir tidak tahu berenang, kursus selam skuba asas sebenarnya tidak menetapkan mereka perlu tahu berenang. Memadai jika mereka selesa di permukaan air dan mampu mengapungkan diri. Namun untuk meneruskan ke peringkat yang lebih tinggi, adalah dinasihatkan mempelajari asas berenang untuk tujuan kerja kursus. Jadi jika semua ini boleh dilepasi, apa yang menjadi halangan? Sudah pasti yuran yang agak tinggi antara halangan dan membuatkan mereka berfikir dua kali walaupun dijanjikan akan menjana pendapatan tetap selepas berjaya ke peringkat profesional. Untuk itu, Pusat Selam Skuba 5 Bintang PADI, Sea Monkey Dive & Travel (Sea Monkey) kini masih dalam perbincangan dengan beberapa badan kewangan untuk mencari penyelesaian memberi kemudahan agar mereka yang berminat boleh menyertai kerjaya sebagai seorang penyelam skuba profesional. Antara yang sedang diperbincangkan ialah pinjaman kewangan penuh dengan bayaran secara ansuran bulanan kepada mereka yang layak untuk menyertai kursus membina kerjaya sebagai penyelam skuba profesional. Lebih menarik, penyelesai masalah ini merangkumi kerjasama antara Sea Monkey sebagai Pusat Pengembangan Jurulatih (IDC) PADI, badan kewangan dan juga PADI melalui kursus GoPro mereka. Selepas termaktub kerjasama itu nanti, mereka yang berminat untuk menjadikan selam skuba sebagai satu kerjaya profesional boleh menyertai pakej istimewa GoPro PADI Sea Monkey. Lawat laman web www.idc-kul.com.my atau hubungi 03-78859658 dan e-mel dive@seamonkey.com.my untuk keterangan lanjut. | ||
Posted: 12 Jun 2010 05:24 AM PDT
BUAT pertama kalinya, Lexus Malaysia memperkenalkan varian sport bagi model paling mewahnya di pasaran negara ini, Lexus LS 460 sebagai memenuhi permintaan pelanggan yang mahukan karakter pemanduan yang lebih sporty dalam barisan jenama Lexus. Dari kejauhan, mungkin tidak nampak perbezaan antara versi sport ini dengan versi mewah iaitu LS 460L. Namun, pemerhatian lebih teliti akan dapat mengesan bahawa varian sport ini didatangkan dalam satu warna eksklusif iaitu hitam dengan body kit sekeliling yang menambahkan elemen 'maskulin' dan garisan krom pada bawah badan serta saiz rim roda 19 inci. Lampu depannya kini lebih besar dengan pencahayaan Bi-Xenon dan 8 LED (light-emitting diodes) di dalamnya dan elemen LED itu turut ada pada sebelah lampu isyarat cermin sisi, bagi menerangi kawasan luar pintu semasa berhenti. Jeriji depannya terdapat empat baris (berbanding lima bagi varian LS 460L) dan diberi gaya lekuk berwarna hitam. Tatkala LS 460L adalah kenderaan menyerupai konsep limosin iaitu dibawa oleh pemandu peribadi dan pemiliknya di belakang, LS 460 Sport ini adalah bagi pemilik yang mahu memandu sendiri kereta mewah yang lengkap dengan ciri-ciri teknologi automotif yang tinggi. Harganya pun RM110,000 lebih murah dari LS 460 L yang dijual pada harga atas jalan RM829,448 sebuah tanpa insurans. Dengan insurans tambah RM21,687 manakala LS 460 Sport ialah RM719,448 (insurans RM18,827). Ruang dalaman LS 460 Sport, menawarkan tiga pilihan warna dalaman dengan Black Saddle Tan sebagai warna eksklusif termasuk trim kayu dipanggil Ash Burl yang mencetuskan rasa anggun dan mewah, apatah lagi ia direka 'bertemu' dari papan pemuka ke panel pintu. Ia mengagumkan (lihat gambar) kerana ia kelihatan sungguh 'tepat'. Papan pemuka LS 460 ini telah diberi sedikit sentuhan baru bagi menekankan cita rasa ruang luas. Trim krom aluminium juga digunakan pada panel instrumen. Di tengah papan pemuka ialah panel sesentuh EMV (Electronic Multi Vision) yang memaparkan pelbagai maklumat seperti pendingin hawa, audio dan hiburan lain. 'Butang' penukar bagi EMV telah diperbesarkan bagi mudah untuk dikenal pasti dan digunakan. Sebagai sebuah kenderaan berlogo sport, LS 460 Sport ini mempunyai padel penukar gear pada kemudi roda sama seperti kereta F1. Cuma disebabkan saiznya masih terasa besar, penulis langsung tidak menggunakan padel tangan semasa sesi pandu uji. Tidak selesa. Satu ciri yang tidak dikurangkan antara LS 460 L dengan LS 460 Sport ini ialah sistem audio yang direka khas untuk Lexus iaitu jenama mewah Mark Levinson. Menggunakan 19 pembesar suara, Mark Levinson 7.1 Reference Surround System mampu menghasilkan bunyi seakan dalam dewan konsert. Pasanglah lagu klasik Sebastian Bach. Terpegun seketika dibuatnya! LS 460 Sport ini menggunakan enjin 4,608 c.c Suntikan Terus Bahan Api (DFI) D-4S, V8 32 Injap DOHC dengan VVT-iE berganda. Ia memiliki kuasa maksimum 380 kuasa kuda pada 6,400 revolusi per minit (rpm) dan kuasa kilas 493 Newton meter pada 4,100 rpm. Enjin ini sama dengan 460 L tetapi 460 Sport dipasang dengan sistem gantungan penumatic yang diberi penambahan untuk rasa sporty yang lebih serta penstabil lebih tebal bagi mengurangkan risiko terbabas dan keupayaan mengambil selekoh dalam kelajuan tinggi. Ciri maju yang terdapat padanya ialah penggunaan motor elektrik berbanding sistem hidraulik, yang mengurangkan gegaran dan kehilangan kuasa semasa menggunakan sistem VVT-i. Lexus sememangnya terkenal dengan kesenyapan ruang dalamannya. Bunyi bising dan gegaran dari komponen enjin diperiksa dengan teliti menggunakan teknologi digital dan diperkemaskan oleh pakar rekaan dipanggil Takumi. Satu lagi ciri hebat S 460 ini ialah transmisi lapan kelajuan. Ya, diulangi 8 kelajuan. Tetapi sebenarnya, selepas gear enam, penulis tidak tahu untuk pecutan bagaimana lagi bila sudah mencecah 210 km sejam. Namun, ia difahamkan bagi nisbah gear yang menjana kuasa kilas memenuhi had cengkaman tayar pada gear rendah namun, masih mengekalkan kesenyapan dan penjimatan bahan api pada gear tinggi. Ciri terbaru pada LS 460 iaitu Sistem Nisbah Gear Berubah-ubah (VGRS) yang berfungsi bersama dengan sistem Pengurusan Bersepadu Dinamik Kenderaan (VDIM) bagi menjana kuasa kilas kemudi bagi keadaan pemanduan yang berbeza-beza. Ini sangat berguna terutama semasa memecut kerana pemandu akan memiliki kawalan kemudi yang lebih baik. Baru-baru ini, VGRS menjadi fokus siasatan pihak berkuasa pengangkutan jalan Amerika Syarikat. Dalam konteks ini, Lexus Malaysia memberi jaminan untuk melakukan proses pembetulan dengan segera. Setakat Mei lalu, terdapat kurang daripada 10 unit LS 460 L dan 460 Sports yang terbabit dalam proses pembetulan tersebut. ''Bagi pelanggan yang sudah menempah LS 460L atau LS460 Sport atau berminat untuk memilikinya, Lexus Malaysia memberi jaminan bahawa semua model berkenaan akan melalui proses pembetulan sebelum diserahkan kepada pelanggan," kata Pengurus Hal Ehwal Luar, Bahagian Pemasaran UMW Toyota Motor, Zulkefli Mohamed yang mewakili entiti pemegang francais Lexus di Malaysia. | ||
Asing dalam erti kata Mewah, eksklusif di Club Med Posted: 12 Jun 2010 05:23 AM PDT
CLUB Med sudah 30 tahun bertapak di negara ini. Tetapi kewujudannya seperti masih asing kepada rakyat negara ini. Jarang-jarang kita mendengar kisahnya. Jika ada pun hanya sesekali diceritakan oleh mereka yang pernah ke sana. Bukan kerana ia tidak popular atau pelancong terutama warga tempatan tidak gemar ke sana. Tetapi sebenarnya hanya segelintir sahaja yang berpeluang menjejakkan kaki ke resort percutian mewah itu. Itulah nilai eksklusif yang dimiliki oleh Club Med - resort yang dikelilingi hutan rimba dan pantai bersih memutih. Tanda harganya pula sudah tentu jauh lebih tinggi berbanding resort-resort ternama di negara ini. Suatu ketika dahulu, khabar angin mengatakan resort itu dikhaskan untuk tetamu-tetamu tertentu sahaja. Tetapi realitinya tidak. Tiada sempadan status atau darjat untuk seseorang menikmati kemewahan di Club Med, asalkan sanggup berbelanja. Selepas kunjungan bersama kumpulan media antarabangsa ke resort itu baru-baru ini, memberikan kesimpulan tersendiri tentang resort percutian persendirian di Pantai Cherating, Pahang itu. Pertama, jangan sesekali datang ke Club Med jika anda hanya inginkan percutian bajet. Ibarat peri bahasa alah membeli menang memakai, resort mewah itu menawarkan peluang terbaik untuk menikmati percutian peribadi, yang tidak diganggu. Ini merupakan tempat yang sesuai untuk meluangkan cuti berdua-duaan dengan insan tersayang. Ia cukup bernilai terutama untuk sambutan hari ulang tahun atau berbulan madu. Pendek kata, Club Med Cherating memiliki segala apa yang dimiliki oleh resort-resort lain di negara ini. Pantainya putih mulus dihiasi barisan pokok kelapa yang ditatang manja. Mereka bukan tetamu tidak dibenarkan memasuki kawasan pantainya. Bahkan permukaan pasirnya dikemas rapi sepanjang masa. Ia tidak sesekali dapat dibandingkan dengan pantai-pantai percutian awam lain. Malah pantai Club Med lebih bersih daripada pantai-pantai di pulau. Sejak pembinaannya, ia menjadi aset paling berharga dan tarikan utama pengunjung ke Club Med. Namun, keindahan resort itu bukan hanya pada pantai persendirian. Perasaan damai ketika menginap juga dipengaruhi kehijauan alam semula jadi yang mengelilingi bilik penginapan. Di penjuru laman dan laluan jalan kaki, hiasan tumbuhan bunga seperti cempaka menambahkan lagi aroma kemewahan. Saiznya mungkin lebih kecil berbanding bilik hotel moden tetapi sebaik sahaja anda membuka jendela, panorama diperluas jauh sehingga ke kaki langit. Satu perkara yang sering diingatkan, percutian di resort yang terlindung di dalam rimba itu turut 'dikongsi' bersama beberapa spesies haiwan seperti monyet, tupai dan biawak. Sebagai pesanan, pastikan semua tingkap ditutup sebelum meninggalkan bilik. Dengan kemewahan yang tersedia, mungkin harga untuk menginap di Club Med sudah mula terbayang. Tiga kategori bilik yang ditawarkan di Club Med adalah superior, deluxe dan suite. Namun tidak seperti resort lain, harga penginapan dikira mengikut bilangan kepala dan waktu penginapan sama ada pada hari cuti atau hari biasa. Misalnya, harga untuk penginapan seorang tetamu di dalam bilik superior pada hujung minggu adalah RM640 dan RM720 pada waktu puncak. Mahal? Itulah harga yang perlu dibayar untuk menginap di resort persendirian, di mana segalanya 'bebas'. Bebas memilih cara tersendiri untuk menghabiskan masa percutian. Apa yang menjadikan percutian di Club Med lebih berbaloi semestinya Restoran Mutiara yang menawarkan pelbagai pilihan makanan seperti Melayu, Jepun, Cina, India dan Inggeris dengan lambakan buah-buahan berwarna-warni. Kehadiran tetamu di restoran juga selesa tanpa sesiapa meminta baucer makan atau bertanyakan nombor bilik. Yang pasti, pilihan udang kara, tiram, sushi, steambot, piza, steak dan tandoori yang dihidang pasti membuatkan tetamu menilai semula harga yang dibayar untuk berada di Club Med. Berbaloi kerana ada masanya kita berhak mendapat layanan terbaik. Layari www.clubmed.com.my. | ||
Posted: 12 Jun 2010 05:21 AM PDT
SETELAH lama merancang dan mengkaji tempat-tempat menarik yang terdapat di rantau ini, kumpulan kami yang terdiri daripada lapan orang akhirnya memutuskan Ho Chi Minh, Vietnam sebagai destinasi pilihan. Hasrat percutian bukan sahaja untuk melihat tempat dan budaya masyarakat Vietnam malah sebahagian besar daripada kami berkongsi minat yang sama dalam fotografi. Untuk melancong dengan selesa dan mendapatkan rakaman gambar yang baik, sedikit kaji selidik dilakukan melalui laman web pelancongan Vietnam, laman sosial bahkan ada antara kami yang bertanyakan penduduk negara itu yang menetap di Malaysia. Semestinya, faktor geografi Vietnam yang dekat dengan Malaysia banyak membantu kami menjimatkan masa. Dengan tiket berharga RM357 untuk dua hala yang diperolehi melalui tempahan awal, penerbangan selama satu jam 50 minit membawa kami ke bumi yang pernah dinamakan Saigon oleh Amerika Syarikat (AS). Dari Lapangan Terbang Ho Chi Minh kami menaiki teksi ke kawasan tumpuan pelancong bajet atau backpackers yang dikenali sebagai District 1 untuk mencari penginapan. Selepas mendapat bilik pada harga RM100 semalam, perut mula berkeroncong minta di sini. Mencari restoran halal tidak terlalu sukar di bandar yang mempunyai tujuh juta penduduk itu. Hanya beberapa minit jalan kaki dari hotel penginapan sudah boleh temui beberapa restoran halal. Di sekitar District 1, kami merayau mencari pemandangan menarik untuk dijadikan santapan lensa. Keesokan harinya kami melawat produk pelancongan yang cukup terkenal di Vietnam iaitu Terowong Cu Chi. Perjalanan selama dua jam dari Saigon dengan tambang kira-kira RM10 menyajikan pemandangan kampung yang dipenuhi sawah padi saujana mata memandang. Kami kena bayar kira-kira RM25 lagi untuk ke kompleks terowong bawah tanah tinggalan zaman perang. Terowong Chu Chi sepanjang 200 kilometer itu merupakan laluan persembunyian yang dibina oleh tentera Vietkong semasa menentang penjajahan AS. Pengalaman memasuki terowong itu sedikit-sebanyak menyedarkan kami keperitan yang ditanggung rakyat negara itu semasa peperangan. Namun apa yang lebih menarik ialah teknologi pembinaan terowong yang dilengkap dengan sistem pengudaraan, tandas, tempat masak dan berlindung yang dibina sepanjang laluan 100 meter yang kami lalui. Walaupun pengalaman itu cukup memenatkan pinggang namun ia memberi kepuasan kerana berpeluang berada di lokasi bersejarah itu. Malah pengunjung juga diberi peluang mencuba rifel AK47 yang digunakan sebagai senjata utama oleh tentera Vietkong ketika menentang pencerobohan AS. Selepas Terowong Chu Chi, destinasi seterusnya ialah menaiki feri menuju ke Vung Tau yang terkenal sebagai kawasan perindustrian minyak dan gas asli di Vietnam. Kepenatan perjalanan hilang diterbangkan bayu laut sebaik sahaja tiba di kawasan pesisir pantai Vung Tau. Persinggahan pertama semestinya untuk mencari restoran makanan laut yang terkenal di kawasan itu. Rambang mata apabila melihat ikan, sotong, ketam dan udang yang segar dihidangkan. Suasana malam di Vung Tau memberikan pengalaman yang berbeza. Di tepi-tepi jalan dipenuhi gerai bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan. Keistimewaan menikmati makanan laut di restoran terapung itu adalah paras air laut yang hampir mencecah lantai restoran. Destinasi hari ketiga pula ialah Christ of Vung Tau yang dibina pada tahun 1974. Patung gergasi yang menyamai Christ the Redeemer di Rio De Janeiro. Susunan tangga yang mencanak ke puncak bukit itu cukup mencabar lebih-lebih lagi dalam cuaca panas mencecah 40 darjah Celsius. Namun apabila tiba di puncak, keindahannya menakjubkan. Tengah hari itu kami menaiki feri untuk pulang ke bandar Ho Chi Minh. Seperti biasa, penginapan adalah perkara pertama yang perlu diselesaikan. Kali ini kami memilih untuk tinggal berhampiran dengan pusat bandar. Pada harga RM80 semalaman untuk bilik memuatkan dua orang, kami cukup berpuas hati dengan keselesaan hotel bertaraf tiga bintang itu. Selepas makan tengah hari di Halal Saigon, aktiviti petang itu diteruskan dengan meninjau Pasar Saigon. Buah tangan untuk rakan-rakan di Malaysia tidak dilupakan. Pada sebelah malam, kemeriahan di kota Ho Chi Minh dinikmati dengan persembahan muzik secara langsung di Hard Rock Cafe Saigon. Peluang yang ada digunakan untuk melihat semula gambar-gambar yang telah berjaya dirakam sebelum hari terakhir menjelma keesokkan harinya. Kemeriahan Pasar Ben Thant membuatkan kami kembali pada hari terakhir untuk mendapatkan barang-barang yang ditawarkan pada harga yang cukup murah. Vietnam mempunyai pelbagai tarikan yang menawarkan pengalaman percutian yang sesuai untuk setiap peringkat, mewah dan sederhana. | ||
Posted: 12 Jun 2010 05:20 AM PDT
PULAU Pinang tidak mempunyai banyak lapangan golf. Di bahagian pulau hanya ada satu iaitu Kelab Golf Bukit Jambul. Di sebelah seberang ada beberapa, tetapi antara yang berkualiti ialah Kelab Golf Bukit Jawi. Tetapi ini bukan lapangan bertaraf lima bintang. Namun bagi mereka yang ingin mencuba dan merasai pengalaman baru, berbaloi untuk datang mencuba. Bukit Jawi ada dua lapangan 18 lubang iaitu Hill dan Lake. Hill dengan jarak 6,385 meter merupakan lapangan bertaraf kejohanan dengan par-72. Cabaran lapangan ini ialah fairway beralun di samping barisan pokok kelapa sawit matang menjadi pengapit setiap sasaran. Greennya agak besar tetapi mengelirukan terutama untuk mereka yang baru pertama kali beraksi. Lapangan ini nampak mudah tetapi ia tidak sesenang pada pandangan mata. Bak kata orang belum cuba belum tahu. Bila sudah merasa barulah tahu cabaran sebenar di Bukit Jawi. Untuk lapangan Hill, ia agak panjang berbanding Lake yang hanya sejauh 6,163 meter. Kesempatan menguji 18 lubang lapangan Hill baru-baru ini mendapati pemain tidak boleh mengambil mudah dengan lapangan ini. Bagi pemain yang berhandikap tinggi dan sederhana, lubang yang panjang-panjang di tambah dengan fairway yang beralun cukup menghukum. Bermula saha di par-4 lubang satu sejauh 400 meter ia telah menguji keupayaan kita menguruskan lapangan. Di sini pukulan seolah-olah akan ke kiri, ke arah pokok kelapa sawit ekoran fairwaynya yang menyenget dari kanan ke kiri. Jadi kenan berhati-hati jika tidak mahu terperangkap. Malah par-3 juga tidak senang kerana jarak antara 140 ke 200 meter. Selain jaraknya yang jauh, elemen air turut tidak boleh diketepikan. Dua lubang par-3 lapangan Hill ada halangan berair iaitu lubang 12 sejauh 170 meter 160 meter dan dan 16 dengan jarak 200 meter dari tee biru. Kedua-dua lubang ini memerlukan pukulan jauh melepasi air jika mahukan catatan yang baik. Kedua-dua lubang penutup par-5 iaitu sembilan dan 18 juga mencabar kerana panjang. Lubang sembilan sejauh 540 meter sementara 18 505 meter. Di lubang sembilan ada kolam di tengah-tengah yang memerlukan pemain bermain dengan selamat. Lubang 18 pula dengan jarak 505 meter memang meletihkan. Ia benar-benar memerah keringat terakhir setiap pemain. Kebanyakan pemain berhandikap tinggi, mereka koyak rabak di lubang ini. Secara keseluruhan lapangan Hill dibina memang untuk kejohanan. Sebab itu ia agak sukar dan mencabar. Namun bagi mereka yang bijak mengurus permainan, pasti mampu pulang dengan dua atau tiga par bagi yang berhandikap tinggi. Selain lapangan golf, Bukit Jawi juga mempunyai kemudahan penginapan untuk pemain dari luar. Dengan pemanduan yang hanya mengambil masa kira-kira tiga jam, ia sesuai untuk pemain dari Lembah Klang yang sekali sekala mahu berubah angin. Jika ikut Lebuhraya Utara Selatan keluar di Tol Bukit Jawi dan terus ke kanan. Pihak pengurusan lapangan ini juga menyediakan pakej istimewa inap dan main untuk pemain dari luar. | ||
Suhaila Tawan Hati Jimmy Shanley Posted: 12 Jun 2010 05:18 AM PDT
| ||
Posted: 12 Jun 2010 05:15 AM PDT
| ||
Piala Dunia 2010 dibuka gilang-gemilang Posted: 12 Jun 2010 05:10 AM PDT
JOHANNESBURG, Afrika Selatan - Pembukaan kejohanan Piala Dunia yang pertama kali dilangsungkan di Afrika berlangsung dengan penuh warna-warni dan meriah dengan dihadiri hampir 85,000 penonton, namun turut dihantui dengan sedikit kisah sedih ekoran ketiadaan Nelson Mandela. Orang ramai sekitar Soccer City yang berada di antara Johannesburg dan Soweto ternyata begitu gembira dengan bunyi hon kereta malah ratusan penari Afrika dengan berlatar belakangkan warna hijau, merah dan kuning membanjiri jalan-jalan bagi meraikan kejohanan yang berlangsung selama sebulan itu. Kebanyakan penyokong yang memakai jersi kuning 'Bafana Bafana', jersi pasukan tuan rumah. Hanya terdapat segelintir sahaja mereka memakai jersi hijau yang merupakan penyokong Mexico. Namun, kegembiraan itu terganggu apabila mereka mendapat berita bahawa Nelson Mandela, pejuang anti-aparteid dan bekas presiden, tidak dapat menghadirkan diri pada majlis pembukaan. Mandela yang berusia 91 tahun membuat keputusan tidak menghadirkan diri selepas cicitnya yang berusia 13 tahun terbunuh dalam satu kemalangan kereta ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menonton konsert Piala Dunia, malam semalam. Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma, telah menyampaikan mesej Mandela kepada penonton dengan berkata:''Perlawanan telah bermula. Anda semua perlu menikmati perlawanan. Kehadiran Zuma turut disertai oleh Presiden FIFA, Sepp Blatter, yang mengakui Piala Dunia ini merupakan satu detik bersejarah kepada Afrika dan menambah ''Semangat Mandela ada di dalam Soccer City bersama anda semua. Beberapa tokoh anti aparteid termasuk bekas isteri Mandela, Winnie dan Archbishop Desmond Tutu turut hadir dalam majlis tersebut. Bekas Presiden Afrika Selatan, F.W De Klerk, yang pernah berkongsi hadiah Nobel Keamanan bersama Mandela selepas setuju mengadakan rundingan menamatkan penguasaan kaum minoriti kulit putih, turut hadir. Tokoh kenamaan lain yang hadir ialah Presiden Mexico, Felipe Calderon dan Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden. | ||
Posted: 12 Jun 2010 05:09 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang wanita awal 20-an terpaksa menempuh detik hitam dalam hidupnya lebih 48 jam apabila dia bukan saja dijadikan tebusan selepas diculik, malah dirogol sekumpulan empat lelaki tidak dikenali. Difahamkan, kumpulan penculik amatur itu tidak dapat menahan nafsu selepas melihat kecantikan mangsa walaupun mereka dikatakan sedang berunding untuk mendapatkan RM100,000 sebagai wang tebusan daripada keluarga mangsa.Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam Selasa lalu, mangsa bersama abangnya berusia lewat 20-an dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Rimbunan, Sentul, di sini, sebelum dia diculik sekumpulan empat lelaki menaiki sebuah kereta. Difahamkan, mangsa diculik dalam kawasan kurang 50 meter dari rumahnya dan menurut sumber, abangnya tidak diculik, sebaliknya diugut merahsiakan kejadian itu sekiranya mahu adiknya selamat. "Malah, seorang daripada suspek mendakwa akan menghubungi keluarga mangsa untuk berunding mengenai pembebasannya," katanya. Sumber berkata, kumpulan itu dikatakan menghubungi keluarga mangsa pada malam kejadian sebelum mengarahkan mereka menyediakan wang tebusan RM100,000. "Suspek yang menghubungi keluarga mangsa berulang kali memberi amaran supaya mereka tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa. Malah, kumpulan penculik itu hanya memberikan masa dua hari kepada keluarga mangsa menyediakan wang tebusan. | ||
Gadis urut kaut RM1,200 sehari Posted: 12 Jun 2010 05:08 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang gadis yang menjadi tukang urut dan pada masa sama menawarkan khidmat seks kepada pelanggan mampu menjana pendapatan mencecah RM1,200 sehari. TAHAN...gadis urut warga asing yang ditahan, kelmarin.
| ||
Posted: 12 Jun 2010 05:05 AM PDT INDUSTRI hiburan serantau khususnya Indonesia kini sedang bergegar. Gegaran itu bukan dek gempa bumi mahupun hempasan tsunami, tetapi gara-gara video porno yang dikatakan aksi aktres Luna Maya bersama vokalis Peterpan, Nazril Irham atau Ariel. KECOH...kontroversi video seks Luna bersama Ariel masih dalam siasatan. Apa yang menggemparkan, Luna yang juga duta Program Bantuan Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selain model iklan sabun mandi ternama bersama Ariel, sedang berdepan dengan tindakan undang-undang selepas polis melancarkan siasatan terhadap tiga selebriti ini. Mengikut undang-undang antipornografi, mereka boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 12 tahun andai didapati bersalah. Walaupun siasatan polis masih dijalankan, ada sumber mengatakan video itu dirakam mereka beberapa tahun lalu. Ketika ini, iklan sabun mandi yang dijayakan Luna bersama Ariel dihentikan seketika, namun pihak pengurusan program muzik, Dahsyat yang menampilkan Luna sebagai pengacara belum membuat sebarang keputusan untuk tindakan lanjut. Bagaimanapun, dalam siaran program itu, baru-baru ini tempat Luna digantikan Astrid Tiar bersama penyampai asal, Olga Syahputra dan Raffi Ahmad. Sumber mengatakan Luna membuat keputusan sendiri untuk berehat seketika daripada program itu selepas video seksnya menarik perhatian ramai. Dalam satu temu bual ketika menjayakan Dahsyat di stesen RCTI baru-baru ini, Luna tetap menafikan rakaman video itu adalah dirinya. Pelakon berasal dari Denpasar, Bali ini mula mencipta nama di layar perak menerusi 30 Hari Mencari Cinta. Dalam filem itu, dia membawakan watak Barbara iaitu gadis seksi yang menjadi idaman ramai lelaki. Hubungannya bersama Ariel menjadi gosip hangat selepas membintangi filem Cinta Silver pada 2005. Dalam kesibukan berlakon, dia juga tampil sebagai model beberapa iklan antaranya Lux, Zestea, Sarimie, Vitalong C, XL, Bu Krim Detergen dan Toshiba. Bagi Cut pula, dia turut terkejut dan kecewa mengenai video seks itu yang tersedar meluas. Dia akui impak video itu bukan saja memberi risiko kepada diri sendiri, tetapi juga suaminya, Johannes Yusuf Subrata. Pasangan ini berkahwin pada 9 Januari 2004. "Pada pandangan saya, setiap orang mempunyai hak untuk menyatakan pendapat sendiri dan saya tidak menyekat hak mereka. "Apa yang penting, suami saya termasuk anggota keluarga tidak mempercayai wanita dalam video seks itu adalah saya," katanya. Cut memulakan karier sebagai model menerusi acara Gadis Sampul iaitu pencarian model remaja untuk majalah Gadis pada 1991. Sejak itu, dia mendapat peluang mengasah bakat dalam bidang peragaan apabila menjadi model produk kosmetik, Belia (1993) pada usia 16 tahun. Pada tahun yang sama, dia kemudian menyertai bidang lakonan menerusi sinteron komedi, Dongeng Langit diikuti Sisi-Sisi Dunia. Kisah skandal seks dalam kalangan selebriti bukan perkara baru dalam masyarakat. Di mana saja, ada cerita membabitkan artis yang tersebar menerusi Internet. Kini video seks 'Luna bersama Ariel dan Cut', sedang meraih permintaan tinggi daripada pengunjung di Internet. Walaupun siasatan masih dijalankan, kontroversi yang melanda tiga selebriti ini dilihat bakal memberi kesan tercalar kepada perkembangan karier mereka selepas ini. Begitu juga, Ariel terpaksa menangguhkan pelancaran album terbaru bersama kumpulan Peterpan sehingga siasatan kes video seks selesai. Kumpulan ini muncul dengan album Sebuah Nama Sebuah Cerita pada Ogos 2008. | ||
Posted: 12 Jun 2010 05:04 AM PDT CELCOM Axiata Bhd dan DiGi Telecommunications Sdn Bhd menjalin kerjasama berkaitan rancangan meneroka guna pakai secara berkongsi rangkaian dan prasarana jangka panjang. KERJASAMA...Shazalli (dua dari kanan) bertukar dokumen dengan Clausen (dua dari kiri) sambil diperhatikan Khalid (tengah).
| ||
Posted: 12 Jun 2010 05:03 AM PDT SELESA dan bergaya, dua elemen penting yang ditampilkan butik fesyen D'Rias, menerusi koleksi terbarunya yang diperkenalkan baru-baru ini.
"Bagaimanapun, jika memilih untuk bergaya dengan baju kurta bercorak, sebaiknya perlu meminimumkan aksesori yang dipakai kerana ia mungkin akan tenggelam di sebalik corak baju berkenaan," katanya. Selain koleksi berkenaan, D'Rias turut memperkenalkan koleksi kaftan moden menarik yang sesuai untuk digayakan ketika bersantai.
| ||
Jezamine Lim Sah Isteri Harith Iskander Posted: 12 Jun 2010 05:00 AM PDT PETALING JAYA: Sekian lama membujang, kini pengarah, pelawak dan pelakon terkenal tanah air, Harith Iskander Musa sah bergelar suami kepada doktor dan model sambilan, Jezamine Lim selesai majlis pernikahan kedua mempelai di Kota Damansara, di sini hari ini. Hanya dengan sekali lafaz, Harith Iskander, 44, dan gadis berdarah kacukan Cina dan India, Jezamine, 27, yang baru memeluk Islam di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Shah Alam, Selangor, 12 Mei lalu berjaya disatukan walaupun tanpa kehadiran ramai ahli keluarga masing-masing. Dalam majlis serba ringkas itu, pihak lelaki memberikan mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin Carat Club serta wang hantaran sebanyak RM50,000. Harith yang diapit sahabat baiknya, Hans Isaac turut menyerahkan tujuh dulang hantaran termasuk sirih junjung, senaskhah al-Quran dan satu persalinan kain kepada pihak perempuan. Manakala pengantin perempuan membalas sembilan dulang hantaran antaranya tali leher Louis Vuitton, kasut Valentino, set wangian Dunhill, buah-buahan dan manisan Paatchi Chocolate. Sementara itu, Harith memberitahu pemberita, sepanjang majlis berlangsung dia terkenangkan arwah kedua ibu bapanya yang baru sahaja meninggal dunia bermula bapanya, Musa Mohamad meninggal dunia pada usia 78 tahun pada 26 Februari diikuti ibunya, Farida Jane Musa, 83, tiga minggu kemudian. "Sebelum meninggal dunia, ibu sempat berpesan bahawa dia akan 'berpihak' kepada Jezamine kerana dia terlalu sayang padanya. "Saya dapat rasakan kehadiran mereka. Hari lahir ibu dan bapa kebetulan jatuh pada bulan ini dan kami memilih hari ini bagi memperingati mereka," ujarnya. Jezamine pula terpaksa mengharungi tentangan keluarga apabila menetapkan hati dan fikirannya untuk mengahwini Harith serta menjadi saudara baru Islam. "Saya percaya ini merupakan cabaran untuk menguji sekuat mana kasih sayang kami. "Yang penting, kami tidak akan berputus asa kerana tidak ada apa yang sempurna dalam dunia ini, walaupun pada mulanya tidak direstui tapi lama-kelamaan pasti mereka berlembut," kata Jezamine yakin. Harith dan Jezamine bertunang tanpa sebarang majlis rasmi pada Hari Kekasih 14 Februari lalu selepas berkenalan menerusi Facebook, bertukar-tukar SMS dan berpacaran hampir setahun lamanya. Disebabkan kepadatan jadual, Harith yang sepatutnya mula latihan bagi teater Cuci The Musical 2 Julai depan itu juga mengakui terpaksa menangguhkan percutian bulan madu sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri. Sementara itu, kira-kira 100 tetamu yang hadir dijamu hidangan tajaan restoran milik pasangan mempelai, Samsaraa. Restoran itu terletak di No. 11, Jalan Sri Hartamas 7, Taman Sri Hartamas Kuala Lumpur. | ||
Kejadian Dibaling Gelas - Johan Tuntut RM1j Posted: 12 Jun 2010 04:59 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, Muhammad Yazid Lim, 26, atau lebih dikenali sebagai Johan Raja Lawak melalui peguamnya Zahrin Ishak memberi tempoh tujuh hari kepada pengarah Mohd. Javed Mohd. Nizar, 33 untuk membayar RM 1 juta sebagai ganti rugi berikutan kes dibaling gelas sehingga menyebabkan kecederaan. Menurut Zahrin dari Zahrin Emrad & Sujaihah, notis tuntutan agar Javed berbuat demikian telah diserahkan pada 10 Jun lalu. Selain menuntut ganti rugi RM1 juta, Javed turut dituntut agar meminta maaf secara terbuka dan menarik balik surat dan email yang diedarkan kepada persatuan-persatuan dan media bagi menjelaskan keadaan tersebut serta merta. Johan turut menuntut ganti rugi khusus sampingan dan bertambah iaitu jika dia membuat pembedahan plastik. Sementara itu, Johan yang ditemui pada sidang media yang dianjurkan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) itu turut kecewa dengan tidakan Javed yang menyebarkan berita tidak benar kepada semua media dan persatuan-persatuan dalam industri hiburan. "Dalam surat yang diberikan kepada pihak Seniman, dia mendakwa saya tidak beri komitmen, tidak membaca skrip, tidak berdisplin, datang lewat dan mengganggu tumpuan artis lain untuk berlakon. "Penggambaran baru masuk hari kedua, saya hairan kenapa mereka kata saya datang lewat sedangkan saya datang sebelum mereka mulakan pengambaran. "Sehari sebelum penggambaran iaitu 10 Mei, ibu saya meninggal dunia dan saya minta untuk cuti sehari bagi menguruskan jenazah dan keesokkannya saya terus datang ke lokasi pengambaran kerana tidak mahu memberi masalah kepada mereka," jelasnya yang menjalani penggambaran Bisikan Arwah. Namun begitu, ketika mahu memulakan penggambaran mereka memanggil saya supaya datang ke sebuah restoran untuk membincangkan sesuatu perkara. "Saya duduk semeja dengan Javed dan dia lantas memaki saya dengan perkataan kesat dan melemparkan gelas kaca sehingga pecah. Tidak habis di situ dia menumbuk muka saya beberapa kali dan menendang Ozlyn (Isteri) yang cuba melindungi saya. "Saya rasa tindakan mereka tidak profesional kerana tidak memberi sebarang penjelasan terlebih dahulu apa sebenarnya berlaku," jelasnya kesal. Dalam kejadian pada pertengahan Mei lalu Johan cedera pada dahi kiri dan pipi kanannya akibat terkena gelas kaca tersebut. Dia menerima lima jahitan akibat luka pada dahinya itu. Tambahnya lagi, tindakan undang-undang yang diambil itu bagi memberi kesedaran dan pengajaran kepada pengarah dan artis-artis yang lain agar perkara ini tidak terus terjadi. "Memang saya sudah memaafkan dia tetapi tindakan undang-undang yang saya ambil ini atas tindakan yang dia lakukan kepada saya dan perkara ini akan menjadi pengajaran kepada semua," ujarnya. | ||
Shahriza Mahmud Terima Lamaran Di Masjid Posted: 12 Jun 2010 04:59 AM PDT SUSAH benar hatinya untuk menerima lamaran lelaki memandangkan dirinya pernah dikecewakan oleh bekas suaminya 13 tahun lalu. Sebelum berpisah dengan bekas suaminya, mereka pernah menjalin cinta selama sembilan tahun namun perkahwinan yang dibina hanya bertahan sekejap cuma. Kini, walaupun sedang dilamun perasaan dengan Saddiq Raffali, 29, setelah saling mengenali empat tahun lalu, Shahriza masih tidak dapat melupakan kisah silamnya itu. Malah perasaannya akan cepat tersentuh lebih-lebih lagi apabila menghadiri majlis pernikahan rakan-rakan terdekat. Ketika menghadiri majlis pernikahan Wafa Tan Sri Abdul Kader dan Tajul Faizal Tamimuddin di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur semalam, Shahriza tidak dapat menahan perasaan sebak lantas mengalirkan air mata waktu bersalaman dengan Wafa. "Saya tak tahu mengapa perasaan saya cepat sensitif apabila orang tanya tentang kahwin. Ramai juga yang bertanya, tetapi saya tak tahu bagaimana hendak menjawabnya. "Saya hanya wanita biasa dan suatu hari nanti saya akan berkahwin juga. Sekarang, saya hanya menunggu masa," katanya sambil tersenyum di samping kekasihnya, Saddiq di ruang legar masjid itu. Sengaja diusik dan bertanya bila giliran dia dan Saddiq akan mendirikan rumah tangga. Dengan tenang, Shahriza menjawab: "Saya hanya berdoa. Kalau jodoh kami sudah sampai, saya takkan menolak." Tanpa semena-mena, Saddiq, abang kepada penyanyi dan komposer Ana Raffali itu yang padanya lebih banyak berdiam diri di sebelah Shahriza bersuara untuk melamar Shahriza tanpa diduga. "Kita kahwin tahun ini ya," lantas bertanya terus kepada Shahriza di hadapan penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman yang turut berbual dengan pasangan itu. Raja Azmi yang mendengar lamaran Saddiq kepada Shahriza itu terus berkata: "Tunggu apa lagi, elok sangatlah tu. Buat sahaja sebelum bulan puasa tahun ini. Orang kata lebih berkat. Bukan susah, buat majlis nikah secara ringkas sahaja," sarannya yang sempat menawarkan khidmat untuk menjadi perunding perkahwinan mereka berdua. Shahriza, pelakon serba boleh dan popular menerusi drama-drama tempatan berpisah dengan bekas suaminya setelah mengetahui lelaki itu curang. Lebih daripada itu dia menanggung derita berpanjangan apabila bekas suaminya menghilangkan diri selama lebih empat tahun sebelum muncul semula untuk `melepaskannya'. Antara drama lakona Shariza adalah Semanis Janji, Antara Maruah dan Pengorbanan, Berarak Memori Jingga, Bumi Hijau, Kau Curi Cintaku dan Masak Lomak Cili Padi. Shahriza juga pernah menjadi penolong pengarah di samping Saddiq untuk klip video lagu Hujan Bunga di Kuala Lumpur nyanyian Ana Raffali. | ||
Wafa,Tajul Bersatu Selepas 32 Tahun Posted: 12 Jun 2010 04:55 AM PDT KALAU dah jodoh, tidak ke mana kerana jodoh dan pertemuan itu di tentukan Allah. Begitulah yang boleh dikatakan tentang suratan hidup pelakon dan penerbit Wafa Tan Sri Abdul Kader, 44, yang bertemu jodoh dengan suaminya, Tajul Faizal Tamimuddin, 44, selepas 32 tahun. Bagaikan tidak percaya apabila lelaki yang sama-sama bersekolah dengannya di Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Petaling sehingga tahun 1978 dahulu menjadi suaminya selepas lama terputus hubungan. Selepas menghadiri majlis makan malam anjuran alumni sekolah tersebut pada November tahun lalu, tercetuslah perkenalan mereka sehingga berlarutan ke jinjang pelamin. Menariknya, hubungan mereka turut disatukan dan disaksikan oleh rakan-rakan alumni Sekolah Sri Petaling yang turut hadir ke majlis bahagia Wafa dan Tajul. Semalam, Wafa sah bergelar isteri kepada Tajul Faizal pada pukul 9.10 pagi di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Mereka yang mengikat tali pertunangan pada 28 Mei lalu dinikahkan oleh Imam masjid berkenaan, Md Zali Abd Manan berwalikan bapa pengantin perempuan, Tan Sri Abdul Kader Talip, 71, dengan sekali lafaz nikah oleh Tajul yang juga seorang jurutera. Impiannya hanya satu, selepas diijabkabulkan anak sulung kepada bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu hanya berdoa agar mencapai kebahagiaan seperti wanita lain dan jodohnya ini kekal sehingga ke akhir hayat. "Saya berharap hubungan kami kekal selama-lamanya dan suami memberikan bimbingan dan petunjuk yang baik kepada saya," ujarnya dalam satu sidang media selepas selesai diijabkabulkan di masjid tersebut. Bagi Wafa yang bergelar ibu tunggal selama 10 tahun, ini merupakan perkahwinan ketiganya dan dikurniakan empat orang anak lelaki sementara Tajul pula berkahwin buat kedua kalinya selepas bercerai setahun lalu dengan isteri pertamanya dan dikurniakan dua orang anak iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Namun anak lelakinya itu meninggal dunia pada tahun 2005. Anak-anak Wafa bernama Luqman Mohd Yusof, 23, Muhd Hakiim Abd Rauf, 15, Muhd Kamil Abd Rauf, 14, dan Muhd Adib Abd Rauf, 12, manakala anak Tajul iaitu Amira Adibah Tajul Faizal, 13. "Kami mula merancang untuk berkahwin setelah suami melamar saya sekitar Februari tahun ini. Saya mula terbuka untuk berkahwin setelah dipujuk oleh anak-anak. "Mereka yang minta saya carikan suami seperti Uncle Tajul. Saya juga selesa dengannya yang sentiasa menjadi diri-sendiri, selamba dan bersahaja serta tidak berpura-pura untuk memikat hati saya," ujar Wafa sambil tersenyum di sebelah suaminya. Sementara Tajul yang ceria di samping isteri tercinta mengakui sikap jujur dan suka berterus-terang Wafa telah berjaya mencuri hatinya untuk hidup bersama wanita itu. Ditanya mengenai bulan madu, dalam nada gurau Wafa menjawab: "Setiap hari adalah bulan madu!". Menyentuh tentang anak, pasangan itu hanya berserah kepada Tuhan dan tidak menolak sekiranya ada rezeki. Pasangan itu akan mengadakan majlis doa selamat sempena perkahwinan mereka selepas Hari Raya Puasa tahun ini. Wafa telah menerima mas kahwin RM1,602 dan lima dulang hantaran manakala Tajul menerima hantaran balas tujuh dulang. Wafa berkata dia tidak menerima wang hantaran daripada suaminya. Jelasnya, dia sengaja tidak menetapkannya. Antara barang hantaran oleh pihak lelaki adalah telekung, dan al-Quran, persalinan, wajik, kek, buah-buahan dan cincin manakala daripada pihak perempuan adalah sejadah, kek, buah-buahan, telur pindang, coklat, cincin dan puding. | ||
Posted: 12 Jun 2010 04:54 AM PDT SEJAK berkahwin dengan aktor Transformers, Josh Duhamel pada tahun lalu, Fergie (gambar) belum mempunyai tanda-tanda untuk mempunyai cahaya mata. Alasannya, dia terlalu sibuk untuk hamil. Jika hamil nanti, karier Fergie pasti akan terganggu. Sementara ketika ini dia sedang fokus kepada karier solonya dan Black Eyed Peas. "Sehingga kini yang terpenting bagi saya adalah Black Eyed Peas dan belum ada waktu untuk memiliki anak. "Jika saya hamil, tentu sukar untuk beraksi di pentas dan saya pasti akan rasa bersalah kepada bayi yang dikandungkan itu," ujar penyanyi berusia 35 tahun itu kepada Sify News semalam. Namun tidak bererti penyanyi yang popular dengan lagu Clumsy itu tidak memikirkan tentang keluarganya. Suatu hari nanti dia merancang untuk bercuti dan memfokuskan diri hanya untuk suami dan anak. "Ada yang mengatakan, 'tidak baik melakukan semua hal yang kita inginkan pada waktu yang sama'. Kata-kata itu sangat masuk akal bagi saya," tutur vokalis seksi itu. | ||
Jennifer Love Hewitt Obses Watak Wonder Woman Posted: 12 Jun 2010 04:52 AM PDT AKTRES cantik Jennifer Love Hewitt (gambar) berkeras untuk melakonkan watak Wonder Woman yang akan diangkat menjadi sebuah filem. Jennifer mengaku sangat obses untuk membawakan watak heroin tersebut. Untuk melakonkan watak ini, Jennifer akan bersaing dengan aktres lain seperti Megan Fox, Sandra Bullock serta Beyonce Knowles. Pada tahun 1970-an, watak Wonder Woman pernah dilakonkan oleh Lynda Carter. Jennifer telah menemui penerbit dari syarikat produksi Warner Bros untuk mendapat tempat dalam filem itu. Filem itu akan diarahkan oleh Joss Whedon dan ditayangkan pada tahun 2013. "Saya telah berjuang habis-habisan. Saya rasa Warner Bros telah bersedia untuk menerbitkan filem tersebut dan saya sangat ingin melakonkan watak Wonder Woman, kerana saya sangat obses dengan watak itu," ujar Jennifer kepada E! Online semalam. | ||
Posted: 12 Jun 2010 04:51 AM PDT PETALING JAYA - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan supaya melanjutkan umur persaraan bagi sektor swasta kepada 60 tahun sebagai langkah untuk mengekalkan modal insan dan meningkatkan produktiviti. Naib Presidennya, A. Balasubramaniam berkata, pada masa ini, sektor swasta mengikut umur persaraan sektor awam sebelum ini iaitu 55 tahun kerana tidak ada undang-undang yang mensyaratkan sektor swasta menetapkan had umur persaraan. Katanya, MTUC mencadangkan supaya kerajaan yang bercadang meminda Akta Pekerjaan 1955 supaya memasukkan umur persaraan mandatori 60 tahun. "Kerajaan telah meningkatkan umur persaraan sektor awam kepada 58 tahun tetapi sektor swasta masih lagi pada umur 55 tahun yang nyata masih terlalu muda untuk bersara," katanya. Beliau berkata, majoriti pekerja yang berumur 55 tahun masih sihat dan boleh menyumbang melalui kemahiran dan pengalaman luas yang dimiliki. Katanya tambahan lima tahun perkhidmatan itu akan membantu tenaga kerja sektor swasta melanjutkan pinjaman perumahan dan komitmen terhadap pendidikan anak-anak mereka dan juga menyimpan lebih banyak untuk persaraan mereka melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. | ||
Lelaki rogol dua anak teman wanita Posted: 12 Jun 2010 04:49 AM PDT AYER KEROH - Seorang pekerja hotel bernafsu syaitan tergamak merogol dua anak teman wanitanya ketika ibu berusia 43 tahun itu bekerja.: Akibat perbuatan itu, Azharamli Usop, 24, yang mengaku bersalah atas dua pertuduhan itu dihukum penjara 15 tahun dan tiga sebatan Mahkamah Sesyen di sini, semalam. Bagi pertuduhan pertama, tertuduh berkulit cerah dan berkaca mata itu didakwa merogol anak pertama teman wanitanya yang berusia sembilan tahun pada 5 Jun lalu, di sebuah rumah di Taman Nirwana Daerah Melaka Tengah kira-kira jam 6 petang. Bagi tuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan cubaan rogol ke atas anak kedua berusia lima tahun, pada 3 Mei lalu di tempat sama kira-kira jam 4 petang. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(e) Kanun Keseksaan bagi pertuduhan pertama dan tuduhan kedua mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Sebelum hukuman dijatuhkan, tertuduh dalam rayuannya meminta mahkamah meringankan hukuman terhadapnya dengan alasan mempunyai seorang anak perempuan berusia empat tahun yang dijaga ibunya. "Kalau boleh saya mahu dipenjarakan di Melaka kerana memudahkan kakak melawat saya," katanya yang berasal dari Serian, Sarawak. Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahida Md Nor dalam pendakwaannya meminta mahkamah menghukum tertuduh seberat-beratnya kerana perbuatan jijik itu, tambahan membabitkan kanak-kanak. "Sepatutnya kanak-kanak adalah golongan dilindungi dan bukan untuk disakiti. Saya percaya apabila mereka dewasa kelak, mereka pasti inginkan satu pembelaan dan satu hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh," katanya. Selain itu, Farah Wahida berkata, hukuman berat juga boleh memberi pengajaran kepada masyarakat. Zaharah yang mendengar hujah kedua-dua belah pihak kemudian menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga kali sebatan bagi pertuduhan pertama dan lima tahun penjara bagi pertuduhan kedua. Mengikut fakta kes, tertuduh yang tidak diwakili peguam melakukan cubaan merogol dalam bilik air dengan memancutkan air maninya di dinding, manakala seorang lagi dirogol dalam bilik. Sementara itu, seorang lagi lelaki yang didakwa merogol seorang perempuan bawah umur dihukum penjara tujuh tahun dan tiga kali sebatan di mahkamah sama. Mohd Safuan Rosalan, 25, yang mengaku bersalah dihukum kerana merogol seorang kanak-kanak berumur 13 tahun di sebuah rumah di Kesang, Jasin. Safuan dalam rayuannya meminta diringankan hukuman kerana keluarganya golongan susah dan ada adik-beradik yang masih bersekolah. Bagaimanapun, Farah Wahida memohon mahkamah memberi hukuman berat kerana berdasarkan kes terdahulu, hukuman diberikan seolah-olah tidak memberi kesan dan pengajaran kepada tertuduh dan ma- syarakat. Zaharah menjatuhkan hukuman tujuh tahun dan tiga kali sebatan mengikut Seksyen yang sama dengan Azharamli. | ||
Polis pantau penonton bola di tempat terbuka Posted: 12 Jun 2010 04:48 AM PDT KUALA LUMPUR - Peminat bola sepak yang ingin menonton Piala Dunia 2010 di tempat tumpuan terbuka bakal diawasi polis melalui rondaan berkala sepanjang kejohanan bola sepak utama dunia itu berlangsung. Dijangkakan ribuan peminat bola sepak di negara ini akan berkumpul di merata tempat yang menawarkan perkhidmatan televisyen skrin besar untuk setiap perlawanan bola sepak yang bermula malam tadi sehingga 11 Julai ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, rondaan secara berkala itu dilakukan bukan untuk tujuan menakutkan orang ramai sebaliknya mengawal keselamatan mereka ketika berhimpun atau berkumpul di sesuatu tempat terbuka. "Antara langkah yang akan diambil ialah membuat pemantauan dan membuat rondaan secara berkala di tempat tumpuan orang ramai seperti kedai mamak, pusat membeli-belah, kelab malam dan lain-lain lagi. "Tindakan ini juga dilakukan bagi membendung kes-kes yang berkemungkinan berlaku seperti ragut dan samun," katanya ketika dihubungi semalam. Beliau berkata, tindakan tegas juga akan diambil terhadap mana-mana individu yang cuba melakukan kekecohan semasa menonton perlawanan bola sepak berkenaan di tempat awam. "Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa juga termasuk warga asing jika mereka melakukan kekecohan sehingga menimbulkan perkara yang tidak diingini seperti pergaduhan," katanya. |
You are subscribed to email updates from Malaysian Gossips, Rumours, Celebrities & Pictures Blog To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |