Adsense

Sabtu, 12 Jun 2010

Blog BOM321

Blog BOM321


Berhati-hati Ketika Naik Bas 2 Tingkat, Takut-takut Kepala Anda Putus !

Posted: 12 Jun 2010 08:30 AM PDT

Kalau anda naik bas 2 tingkat, hati-hati takut kepala anda putus disebabkan pemandu terlupa yang dia sedang pandu bas 2 tingkat. Jangan sampai terjadi seperti gambar di bawah ini.
Berhati-hati Ketika Naik Bas 2 Tingkat, Takut-takut Kepala Anda Putus !
Berhati-hati Ketika Naik Bas 2 Tingkat, Takut-takut Kepala Anda Putus !
Berhati-hati Ketika Naik Bas 2 Tingkat, Takut-takut Kepala Anda Putus !
Tapi ramai yang berebut-rebut nak duduk kat ataskan?

Apa Jadi Kepada Budak Ini Nanti?

Posted: 12 Jun 2010 06:54 AM PDT

budak kena hiris
Mati? Terhiris? Terselamat? atau jawapan anda sendiri sila tinggalkan di ruang komen.

Upgrade Iphone Ke Ipad !

Posted: 12 Jun 2010 04:58 AM PDT




Tak payah nak beli Ipad!

Pelayan Restoran Warga India Mati Ditembak Dari Jarak Dekat

Posted: 12 Jun 2010 04:10 AM PDT


PETALING JAYA: Seorang pelayan restoran warga India mati selepas ditembak dari jarak dekat oleh individu yang tidak dikenali dalam satu kejadian di Kota Damansara di sini tengah malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Abd Razak Eliyas berkata, ketika kejadian lelaki berusia 30an itu dipercayai dalam perjalanan pulang ke asramanya yang terletak selang dua pintu daripada tempat dia bekerja.


"Hasil pemeriksaan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup di premis itu mendapati seorang suspek yang lengkap memakai topi keledar bertutup penuh, dipercayai sudah menunggu kepulangan mangsa kira-kira 15 minit lamanya.


"Sebaik sahaja melihat kelibat mangsa, suspek yang berdiri berhampiran tangga menuju ke tingkat atas asrama terus melepaskan satu das tembakan mengenai bahagian perut mangsa dan kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta Proton Perdana hitam yang menunggu di tepi jalan," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.


Beliau berkata, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh dengan kecederaan parah di perut dan disahkan mati pada jam 1.30 pagi.


Beliau berkata, polis menemui satu kelongsong peluru 9mm di tempat kejadian dan percaya dendam adalah motif pembunuhan lelaki tersebut yang baru empat bulan bekerja di restoran berkenaan.


"Kami juga percaya kejadian itu sudah dirancang awal serta tidak menolak wujud pembunuh upahan, namun siasatan masih lagi dijalankan," katanya.


Polis kini memburu suspek bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-Bernama

Cara Mudah Untuk Barbeque (BBQ)

Posted: 12 Jun 2010 01:52 AM PDT



Ada yang pernah buat tak?

Apa Yang Lelaki Dan Wanita Berfikir Semasa "Berkapel" ?

Posted: 11 Jun 2010 11:15 PM PDT

Apa Yang Lelaki Dan Perempuan Berfikir Semasa berkapel
Betul tak?

Kementerian Sedia Kaji pengakuan Puteri Saadong

Posted: 11 Jun 2010 10:03 PM PDT


Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan bersedia mengkaji kebenaran pengakuan seorang wanita bahawa beliau adalah pewaris keturunan Puteri Saadong dengan syarat perlu mengemukakan bukti-bukti berkaitan.

Menteri Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata syarat lain ialah dari segi penerimaan masyarakat kerana sekiranya masyarakat tidak dapat menerima pengakuan wanita itu yang beliau adalah pewaris Puteri Saadong, pengiktirafan tidak boleh diberikan.

"Kalau masyarakat telah menerima perkara ini, kita bersedia untuk membuat kajian kebenarannya dan perlulah mengemukakan bukti-bukti berkaitan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Merakyatkan Seni Pesta Dikir Barat di Pasir Mas malam tadi.

Baru-baru ini Raja Tengku Putri Anis Raja Sazali, 24, yang muncul dengan pengakuan sebagai pewaris keturunan Puteri Saadong, yang terkenal dalam mitos sejarah Kesultanan Kelantan, telah dimasyhurkan sebagai Sri Ratu Saadong Ketujuh.

Dalam majlis yang diadakan di sebuah resort di Pasir Mas, Raja Tengku Putri Anis telah dimasyhurkan sebagai Sri Ratu Saadong Ketujuh oleh wakil raja nusantara, Kanjen Pangeran Norman Hadi Negoro dan Kanjen Mas'ud Toyyib dari Keraton Surakarta Hadiningrat, Indonesia.

Rais berkata sebelum ini juga ada individu yang mengaku dirinya adalah keturunan Sultan Melaka namun oleh kerana masyarakat Melaka meragui dan menolak dakwaan itu, kementeriannya tidak dapat berbuat apa-apa untuk mengkajinya.

Beliau bagaimanapun meminta masyarakat melihat pengakuan wanita itu dari sudut sejarah yang boleh menimbulkan minat masyarakat untuk mengkaji sejarah silam perkara itu.

Sementara itu, Rais berkata kementeriannya bersedia memperkenalkan seni dikir barat ke peringkat nusantara dan global.

"Buat masa ini kita mahu membawa dikir barat ini ke seluruh nusantara dan secara perlahan kita angkat seni budaya ini ke serata dunia," katanya.

Beliau berkata untuk merakyatkan seni budaya itu, dikir barat harus dipersembahkan dengan menggunakan bahasa kebangsaan selain loghat Kelantan agar rakyat seluruh negara dapat merasai ia adalah budaya bersama untuk merapatkan hubungan sesama kaum.

- Bernama

Akibat Tak Mahu Bayar Tol !

Posted: 11 Jun 2010 08:22 PM PDT




Kononnya dapat lepas penghadang tol, sekali salah lorong!

Ditembak 13 Kali

Posted: 11 Jun 2010 06:45 PM PDT


CHERAS: Seorang pemilik disko dan teman wanitanya yang baru meletak kenderaan pacuan empat roda milik mereka di sebuah kondominium di Taman Maluri, Cheras di sini, mati selepas ditembak lebih 13 kali dari jarak dekat, awal pagi semalam.
Kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu dilakukan dua lelaki dipercayai pembunuh upahan. Mangsa, Wong Kong Chun, 51, dan teman wanitanya, Leong Yan Chen, 32, mati dalam keadaan berlumuran darah di tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan kereta Honda CRV dinaiki mereka.

Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairy Ahrasa, berkata suspek dipercayai menunggu mangsa di tempat meletak kenderaan berkenaan sebelum membunuh pasangan kekasih itu.

Menurutnya, polis menemui kira-kira 13 kelongsong peluru dipercayai milik penjenayah di tempat kejadian dan kesan tembakan kelihatan di beberapa bahagian kereta, badan serta kepala mangsa.

"Berdasarkan kesan luka tembakan pada tubuh mangsa, tembakan itu dilepaskan dari jarak kurang 10 meter melalui cermin sisi kenderaan.

"Berdasarkan laporan, pengawal keselamatan di kondominium itu sempat melihat dua lelaki melarikan diri dengan memanjat pagar belakang kondominium selepas mendengar beberapa das tembakan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, polis mendapatkan rakaman kamera litar tersembunyi (CCTV) yang mengandungi rakaman kedua-dua suspek melarikan diri.

Beliau berkata, polis tidak menolak motif kejadian ada kaitan dendam walaupun siasatan awal mendapati dompet dan dua rantai emas milik kedua-dua mangsa itu hilang.

"Kes pembunuhan kejam itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan," katanya.

Khairy Ahrasa berkata, mayat pasangan terbabit dihantar ke Bilik Mayat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat-MyMetro