- Blog Hanz - |
- Pamela vs J.Po | Versus
- "Kami akan bercerai" - Steven, Suami Maya Karin
- Yuna-Ana Raffali Bukan Pesaing – Aidit Alfian
- Ariel Peterporn meninggal dunia?
- Illegal Border Crossing Method
Posted: 27 Jun 2010 12:40 AM PDT |
"Kami akan bercerai" - Steven, Suami Maya Karin Posted: 26 Jun 2010 10:05 PM PDT "Kami akan bercerai. Apabila menyebut tiada perceraian semalam (Khamis lalu), saya maksudkan kami tidak bercerai semalam tetapi kami memang akan tetap berpisah," kata Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali Abdullah, suami kepada aktres Maya Karin Difaham perkahwinan mereka di Itali 2 tahun belum lagi didaftarkan di Malaysia. Jadi mereka tidak boleh bercerai secara sah lagi sebelum perkahwinan mereka didaftarkan terlebih dahulu. Steven jugak mengesahkan yang dia tahu tentang hubungan antara Maya & Remy Ishak. "Saya ada dengar tentang hubungan mereak tahun lepas. Tapi saya tak berjumpa Remy. Tapi, kalau berjumpa, pasti saya akan bercakap dengan dia. Ia bukanlah satu isu," katanya. hmmm.. bak kata Shahir AF8, kebahagian dalam perpisahan. sumber berita & gambar : Murai.com.my |
Yuna-Ana Raffali Bukan Pesaing – Aidit Alfian Posted: 26 Jun 2010 09:56 PM PDT NAMA penyanyi dan komposer baru wanita seperti Ana Raffali, Yuna dan Zee Avi kerap kali meniti di bibir peminat industri seni muzik tempatan. Lagu Hujan Bunga Di Kuala Lumpur sinonim dengan Ana, lagu Dan Sebenarnya sinonim dengan Yuna manakala lagu Kantoi sinonim dengan Zee Avi dan sering diputarkan di corong radio. Walaupun mereka berbeza, namun perjuangan mereka sama, iaitu untuk 'menjual' lagu dan suara sekaligus menempa kejayaan dalam industri ini. Langkah demi langkah yang mereka susun dalam industri ini bagaikan cendawan mekar sehingga mereka sudah mampu mengumpul peminat tersendiri. Buktinya, lihatlah sendiri berapa ramai peminat yang menyertai Facebook atau laman web kelab peminat masing-masing. Peminat Zee Avi misalnya, tidak perlu dipertikaikan lagi kerana anak jati Sarawak itu bukan sahaja dikenali di negara ini malah juga di Amerika Syarikat. Tidak kurang juga, ramai yang memandang kehebatan Ana Raffali dan Yuna adalah sama. Kedua-duanya sama bagus dalam bidang nyanyian dan penciptaan lagu. Namun, komposer tersohor Aidit Alfian, 41, menolak dakwaan bahawa Yuna dan Ana Raffali menjadi pesaing antara satu sama lain. "Yuna bukan pesaing Ana dan Ana bukan pesaing Yuna. Latar belakang dan karakter mereka tidak sama. Ana anak orang susah dan menyanyi untuk orang-orang tertentu. "Ikutkan, dia mempunyai lagu-lagu dalam bahasa Inggeris yang belum dirakam. Tetapi saya nasihatkan supaya tidak keluarkan semua dulu. Semuanya dirancang sedikit demi sedikit," jelasnya kepada mStar Online. Setakat ini, Ana sudah mengumpul lebih kurang ratusan lagu. Kerjayanya sebagai penyanyi dan komposer tidak perlu dipertikaikan lagi. "Ana mempunyai suara tersendiri dan tidak banyak perkara yang ada pada dirinya sama dengan apa yang ada pada penyanyi lain. Dia boleh diajar dan mempunyai pandangan tersendiri. "Dia bukan sahaja bolah menggubah lagu, malah dia sudah mempunyai syarikat penerbitan sendriri iaitu Ana Raffali Muzik Enterprise. "Tidak ramai orang yang ada hak memegang lagu mereka sendiri," katanya yang turut mempunyai syarikat penerbitan Indah Karya Publishing. Tambah Aidit, pada awal lagi dia sudah menasihatkan Ana untuk menubuhkan syarikat penerbitannya untuk menjadi bekalan seumur hidup. "Saya nak dia kekal lama dalam industri ini dan berharap dia sentiasa boleh diajar dan menghormati orang lain," ujarnya yang mula serius dalam industri sejak tahun 1998. Aidit pernah menerbitkan album duet berjudul Anak Alam bersama komposer Arab pada tahun 1991 sebelum menyertai kumpulan BABA sebagai gitaris dan tampil dengan album Aku Bukan Badut pada tahun 1996. Kini, dia sudah berjaya menerbitkan lebih 100 buah lagu pelbagai genre termasuk pop dan pop nasyid. Dia mendirikan rumah tangga dengan Azura Haniza, 41, dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Indah Fitriati, 13, Teguh Budiman, 12, Cahaya Deeni, 8, dan Murni Hati, 2. |
Ariel Peterporn meninggal dunia? Posted: 26 Jun 2010 09:52 PM PDT Terkejut seketika para peminat Ariel Peterporn dari Indonesia sehinggalah ke Malaysia apabila tersebarnya cerita yang menyatakan bahawa pada petang semalam kononnya vokalis Peterpan berusia 28 tahun itu telah meninggal dunia, gara-gara terlebih dos ('overdose') dadah psikotropik selepas penahanan Polis Indonesia terhadap dirinya baru-baru ini. Namun berita itu kemudiannya disahkan sebagai satu olokan oleh laman KapanLagi.com - 'Ariel Tewas OD = HOAX!' - yang telah menghubungi salah seorang pegawai di balai polis Mabes, lokasi di mana Ariel sedang ditahan. Menurut pegawai berkenaan, Ariel "baik-baik aja, sehat sekarang" .Seperti yang ramai maklum, Ariel yang kini mendapat jolokan Peterporn, telah ditahan polis pada 22 Jun lalu selepas menyerahkan dirinya apabila dinamakan polis sebagai suspek kerana melanggar undang-undang antipornografi. Ini ekoran dari skandal dua klip video lucah yang memperlihatkan seorang lelaki mirip wajahnya bersama dua wanita yang menyerupai kekasih Luna Maya dan bekas teman wanita, Cut Tari. Ariel, yang selama ini tegas menafikan lelaki didalam kedua-dua klip tersebut adalah dirinya, mungkin berhadapan dengan hukuman 12 tahun penjara jika didapati bersalah. Bagaimanapun, terdapat segelintir pihak yang menuntut supaya duda beranak satu itu dihukum rejam sampai mati, hukuman yang dirasakan mereka setimpal bagi seorang penzina. -Gua |
Illegal Border Crossing Method Posted: 26 Jun 2010 06:51 PM PDT |
You are subscribed to email updates from - Blog Hanz - To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |