Adsense

Selasa, 28 Mei 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Stacy lindungi Bella

Posted: 27 May 2013 04:05 PM PDT

Enggan terlalu tayang si kecil demi kebaikan anak

Biarpun bukan darah daging sendiri, Stacy cukup terluka andai ada yang terus memanggil si kecil kesayangannya, Bella Deluna Valentina, sebagai anak angkat hingga dia pernah meninggikan suara saat berdepan insiden sebegitu.

Memahami itu hakikat sebenar, namun naluri keibuan yang dirasakan sebaik mengendong Bella lebih setahun lalu membuatkannya sanggup berbuat apa saja demi melindungi anaknya.

Malah, andai dulu disebabkan rasa teruja, pemilik nama Stracie Angie Anam, 23, sentiasa memuat naik gambar puterinya, kini dia semakin jarang berbuat demikian atas sebab tertentu.
"Jangan salah faham, saya hanya mahu melindungi anak saya. Bella ialah nyawa saya"

Stacy,
Penyanyi


"Selepas dianugerahkan Bella baru saya menyedari bagaimana hebatnya kasih dan pengorbanan seorang ibu. Kami memang tak boleh berenggang. Kalau saya ada undangan di luar Kuala Lumpur, Bella tetap saya bawa kerana tak sanggup berpisah dengannya.

"Ikatan itu menyebabkan saya enggan membayangkan bagaimana saya mahu berdepan dengannya menjelaskan situasi sebenar. Sekarang, walaupun dia belum tahu apa-apa, saya sendiri akan naik darah jika orang memanggilnya anak angkat.

"Jangan salah faham, saya hanya mahu melindungi anak saya. Bella ialah nyawa saya. Apabila dia semakin membesar, saya semakin prihatin dengan isu keselamatan, sebab itu kadang kala saya keberatan gambar kami berdua dirakam untuk tatapan umum. Harap semua faham situasi ini," ulasnya lembut.

Cekap sebagai ibu
Sememangnya di atas pentas, pelantun lagu Kasanova itu cukup lincah beraksi, malah dalam kehidupan harian memikul tanggung jawab sebagai ibu pun Stacy cekap memastikan keperluan dan kebajikan Bella yang sudah menjangkau setahun lebih itu terjaga.

Jika gadis solo lain lebih gemar menghabiskan waktu senggang berlibur atau sekadar menggantikan tidur, Stacy sanggup mengorbankan keperluan sendiri dengan memperuntukkan masa bersama anaknya.

"Bella ialah tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya. Memang ibu mahu pun adik-beradik saya boleh diminta menjaganya sesekali, tetapi hati saya tetap mahu pulang ke rumah bertemu Bella andai dia tidak dapat dibawa bersama-sama," kongsinya yang tampak teruja setiap kali bercerita perihal si buah hati.

Bella panggil Akim Daddy

Ditebak soal teman hidup selepas pernah dikaitkan dengan teman seperjuangan, Akim, akuinya tiada sebab untuk berselindung kerana hingga kini hatinya belum dimiliki sebaliknya lebih selesa berkawan.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Vikingdom dapat perhatian antarabangsa

Posted: 27 May 2013 04:01 PM PDT

Filem Malaysia punya nilai komersial untuk tayangan negara luar

Penyertaan empat filem Malaysia pada Marche du Film sempena Festival Filem Antarabangsa Cannes dari 15 hingga 24 Mei lalu nyata tidak sia-sia apabila menerima sambutan positif daripada pengedar filem antarabangsa.

Buat julung kalinya juga empat filem yang dibawa iaitu Vikingdom terbitan KRU Studios, Bola Kampung (Animasi Studio), Penanggal dan Kil (Primework Studios) ditayangkan kepada peserta festival berkenaan, yang datang dari serata dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif, Persatuan Kandungan Kreatif Malaysia (CCAM), Datuk Mahyiddin Mustakim, berharap lebih ramai produser filem menyertai pasaran filem antarabangsa berikutan potensi filem tempatan untuk menembusi pasaran luar dilihat cerah.

"Berdasarkan maklum balas beberapa pengedar antarabangsa, mereka melihat filem kita mempunyai nilai komersial untuk dipasarkan di negara masing-masing.

"Malah ada pengedar yang meminta penerbit filem kita menghantar salinan dalam bentuk DVD supaya mereka dapat menayangkan pula kepada pengedar filem dan televisyen di negara mereka.

"Pada pasaran sebelum ini, filem kita hanya dipromosikan menerusi gerai yang disediakan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menerusi Pavillion Malaysia. Inilah kali pertama filem kita mendapat peluang ditayangkan di sana.

"Daripada penyertaan kali ini juga, beberapa penganjur festival antarabangsa turut menunjukkan minat mengundang Malaysia menyertai festival filem anjuran mereka. Tidak ketinggalan mereka yang menyarankan agar kita menghantar filem untuk dipertandingkan," kata Mahyidin ketika dihubungi HIP, semalam.
Secara tidak langsung, kata Mahyiddin, matlamat kerajaan untuk melihat filem tempatan berjaya melangkah ke peringkat antarabangsa tercapai walaupun masih pada peringkat permulaan. Justeru dia berharap peluang ini akan membakar semangat lebih ramai penerbit tanah air untuk menyertai festival sebegini, sekali gus mendorong mereka menghasilkan lebih banyak filem bermutu.

Kelebihan filem berbahasa Inggeris

Sementara itu penerbit daripada KRU Studios, Norman Abdul Halim, melahirkan kegembiraan atas sambutan baik ditunjukkan peserta acara pasaran filem festival itu terhadap filem terbitan syarikatnya.

Katanya, penggunaan bahasa Inggeris dan tema aksi yang dipaparkan dalam filem berkonsepkan epik itu memberi kelebihan kepada Vikingdom berbanding filem lain yang menggunakan bahasa kebangsaan masing-masing.

"Penggunaan bahasa Inggeris memberi kelebihan kepada kami berbanding filem yang menggunakan bahasa lain seperti Thai atau Portugis. Bagaimanapun, ia tidak bermakna KRU Studios tidak akan menerbitkan filem yang mempunyai unsur dan budaya Malaysia.

"Kita bersyukur kerana keseluruhan maklum balas yang diterima cukup positif. Mereka sangat terpegun apabila diberitahu 100 peratus penggambaran filem Vikingdom dilakukan di Malaysia. Malah, mereka tidak menyangka kita mempunyai kepakaran menghasilkan kesan visual dan terpegun dengan kualiti filem terbabit.

"Pengedar yang pernah menonton filem Vikingdom dalam bentuk 2D, rata-ratanya berpendapat tayangan 3D yang kita tunjukkan di Cannes lebih menarik dan puas untuk ditonton.

"Sebelum menyertai festival filem ini, KRU memang giat memasarkan Vikingdom pada peringkat antarabangsa. Dengan penyertaan ini pula, kita berjaya meluaskan lagi pengedarannya. Setakat ini boleh dikatakan Vikingdom sudah berjaya menembusi kira-kira 85 negara," katanya.

Filem bercorak aksi pengembaraan yang membariskan pelakon antarabangsa seperti Dominic Purcell, Craig Fairbrass, Natassia Malthe, Jon Foo dan Conan Stevens itu sedang menanti kelulusan untuk ditayangkan pada 12 September depan.
Filem epik kedua selepas Hikayat Merong Mahawangsa itu diarahkan Yusry Abdul Halim dengan bajet puluhan juta ringgit.

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


Anwar Ibrahim

Posted: 28 May 2013 04:51 AM PDT





Mengapa Aku Berdiri Teguh Dibawah Kepimpinan DS Anwar Ibrahim...(untuk renugan anda)


Mengapa aku berdiri teguh dibawah kepimpinan DS Anwar Ibrahim. Masih terimbau detik itu dlm akhir thn 1997 cerita mengenai beliau seorang kaki liwat tersebar luas. Terkejut dan sangat keliru daya fikir aku waktu itu....

Jiwa aku cukup terkesan dan tersentap dengan pelbagai pertuduhan dan cercaan yang dilemparkan terhadap Anwar. Aku fikir ini tuduhan gila. Mana mungkin seorang bekas aktivis Islam mengamalkan homoseksual!


Menyorot beberapa artikel yg aku baca mengenai sosok diri seorang yg bernama Anwar Ibrahim, akal yg waras pasti akan membuat penafian atas semua tuduhan salah laku dan moral beliau.


Sejak berada di bangku sekolah iaitu di MCKK, Anwar bukanlah pelajar yg boleh di kategori popular kerana punya wajah tampan atau menjadi kegilaan remaja perempuan. Tetapi semua guru-guru sangat cenderung memilih dan melantik beliau sbg ketua pelajar.

Ini tidaklah menjadi kehairanan kerana peribadi beliau yg sgt pintar,berdisplin, bijak berhujah dan taat beragama.

Perwatakkan beliau terbawa hingga ke Universiti

Ramai dari kita tahu, Anwar merupakan peneraju Abim, pertubuhan pergerakan belia Islam sewaktu beliau berada di kampus Universiti Malaya.

Seorang aktivis pelajar yg sgt lantang bersuara mengenai hak dan kebajikan anak melayu. Memperjuangkan kehidupan dan menerapkan nilai-nilai keislaman dlm masyarakat melayu bermula dari kampus sehingga ke kampung-kampung.
.
Kemuncak kepimpinan beliau bila berlaku demostrasi dan pemberontakkan mahasiswa sewaktu isu kampung Baling yg keseluruhan penduduknya daif dan hanya mampu menjamah ubi kayu setiap hari utk melapik perut.

Natijahnya Anwar di penjara di bawah tahanan ISA di kemunting atas kesalahan menghasut dan menimbulkan huru hara.

Keperibadian Anwar sangat menarik minat Tun Mahathir

Tun Mahathir pada masa itu dapat mengagak bahawa Anwar boleh membantu beliau utk meraih jawatan tertinggi Umno.

Tun merasakan Anwar adalah satu kuasa keramat yg mampu menjatuh dan menaikkan reputasi seseorg politikus. Ini terbukti sewaktu Anwar mengetuai gerakkan memprotes dan berpiket mendesak Tungku Abd. Rahman meletakkan jawatan kerana pentadbirannya yg mengutamakan kaum cina sehingga kaum melayu di kampung-kampung terabai.

Tun memujuk Anwar untuk bersama- sama Umno memperjuangkan melayu dan islam.

Akhirnya keluar dari Kamunting Anwar bersetuju menyertai Umno.

Persetujuan Anwar utk menyertai Umno telah membuatkan ABIM gelisah. Separuh dari Mereka tidak bersetuju Anwar menyertai umno dan bukannya Pas. Pemimpin-pemimpin Pas yg mendokong perjuangan ABIM juga jadi jauh hati.

MengapaAnwar menerima pujukan Tun Mahathir utk menyertai Umno..!?
Anwar pernah berkata, dia berniat mahu menerapkan nilai-nilai islam ke seluruh pelusuk negara melalui perjuangan umno yg di dokong kebanyakkan kaum melayu.

Anwar dlm Umno naik begitu mendadak sekali. Kepimpinan dan aura pejuang melayu dan islamnya sangat besar sehingga ramai kalangan ahli Umno mulai pandai berhujah berdasarkan petikan hadis dan al- quran. Anwar berjaya mentraformasikan satu pertubuhan melayu menuju ke arah kepimpinan islam.

Aku masih ingat lagi sewaktu berada di tahun awal 80an. Waktu itu memang sangat sukar untuk bertembung dgn wanita atau pelajar sekolah yg menutup aurat dan bertudung. Nilai-nilai keislaman belum bangkit dan meresapi budaya orang melayu.

Namun sewaktu mengalas jawatan Menteri Pendidikan, Anwar dgn lantang mengubal akta mendaulatkan bahasa melayu dan mulai mengislamkan institusi pendidikan dgn nilai- nilai murni melalui pemakaian dan aktiviti ibadah.

Waktu itu barulah muncul dan kelihatan wanita dan gadis- gadis melayu memakai tudung yg menutup keseluruhan rambut.

Sekiranya ada orang yang boleh dianggap sebagai pengasas gerakan kebangkitan semula Islam di Malaysia, dia ialah Anwar Ibrahim...!!

Nah, masakan seorang penggerak perjuangan islam seorang kaki liwat..!!
Sehingga aku menulis artikel ini, belum ada seorang pun sahabat beliau di MCKK dan UM menjelaskan atau memperakui bahawa beliau memang seorang Gay atau biseksual..!!!

Malahan guru2 dan tenaga pengajar beliau jg amat sedih dan bersimpati atas setiap tuduhan dan fitnah yg di lemparkan terhadap Anwar... Kecuali sahabat politik yg akhirnya menjadi musuh politik beliau yg begitu lantang mengiyakan fitnah tersebut.

Sbg anak muda yg sangat jahil perihal politik, khabar itu membuatkan aku jadi begitu teruja utk mengetahui duduk perkara sebenar...

Dulu penggunaan internet belum cukup meluas. Buku, majalah dan akhbar menjadi media alternatif utk mencari berita dan maklumat...

Majalah Tamadun, Siasah, Detik, akbar Harakah dan buku2 politik seperti 50 dalil karangan Khalid Jafri .

50 dalil mengapa Anwar tidak boleh menjadi Perdana Menteri adalah pemulaan agenda memusnahkan personaliti dan karektor beliau ddlm politik.

Di meriahkan dgn kesinambungan surat berantai Umi Hafilda kpd Tun tentang salahlaku Anwar yg kononnya menjalin hubungan asmara dgn isteri abgnya Azmin Ali. Di tambah lagi dgn tuduhan jenayah seksual yg melibatkan adik angkat beliau serta pemandu peribadi Wan Azizah. Membaca buku 50 dalil ini agak mengelirukan dgn cara penulisan dan fakta yg di beri. Semacam setiap rangka dan cerita di garap dlm bentuk tuduhan dan fitnah yg melulu.

Berbanding dgn beberapa buku yg sangat menarik karangan Ahmad Lutfi Othman;-
##"Anwar Boneka Barat?".
##Layakkah Anwar Ketuai Reformasi.!?
##Skandal Seks atau Konspirasi Politik!?

Pada aku buku-buku karangan beliau agak mencabar minda kerana tulisannya memaksa pembaca berfikir dan mencari jawapan berdasarkan fakta dan pemerhatian.

Bukan tuduhan atau fitnah yg di rancang

Nampak sepertinya beliau mungkin semacam penentang, atau individu yg tidak menyukai sosok diri Anwar.



Tetapi mungkin beliau sedikit kecewa dgn sikap dan peribadi DS Anwar sewaktu dlm UmNo terhadap Pas dan pemimpin- pemimpinnya.

Aku masih teringat ayat beliau yg menilai niat Anwar menyertai Umno umpama seekor lembu mengajak sekandang kerbau supaya tidak bermain dgn lumpur.

Sedangkan sikap kerbau itu mana mungkin tidak sukakan lumpur. Akibatnya lembu yg masuk ke kandang kerbau kalau tidak pun bergelumang lumpur pasti terpalit atau terpercik juga dgn lumpur. Agak berkias dan simbolik namun sangat menikam..!!!

Persoalan sama juga turut disentuh oleh S. H. Alattas dalam bukunya bertajuk " Anwar Ibrahim : Wira, Juara atau Penderhaka",

Buku karangan S.H Alattas ini agak sedikit misteri dan terlampau memaksa otak berfikir lama.

Tak kurang juga dgn kontroversi

Novel Shit karya Shahnon Ahmad pada tahun 1999 adaptasi daripada pergolakan politik Anwar vs Mahathir dan Umno yang sangat haru biru bermula dari satu episod politik dahsyat dan kebangkitan berani rakyat bersuara dan menyatakan pendapat dan perasaan.

Karya ini lebih berbentuk sindiran yg keras atau satira yg keterlaluan.

Episod pemecatan Anwar telah mengerakkan satu gelombang kebangkitan rakyat melalui semangat reformasi. Gerakan reformasi bermula dr road tour ceramah di beberapa buah negeri bagi membersihkan namanya dan menuntut Dr. Mahathir Mohamad meletak jawatan.

Dimana- mana muncul keluarga "anti-Mahathir' dengan beraninya memakai lencana dan tag yang tertera slogan 'reformasi', 'keadilan', 'lawan tetap lawan' !!!

Kemuncak reformasi seterusnya disaksikan pada petang 20 September 1998 di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Hampir 100 ribu warga tanpa mengenal latar kaum dan kelas berhimpun untuk mendengar ucapan 'terakhir' dari Anwar sebelum beliau ditahan oleh pihak polis pada sebelah malamnya.

Selepas Anwar dipenjara dgn berbagai siri-siri kepincangan institusi negara bermula dr polis, badan kehakiman, hospital dan media perdana secara berterusan menidakkan hak dan memusnahkan karektor seorang pejuang rakyat yg bernama Anwar...!!!

Apabila Anwar di pukul di penjara oleh ketua polis ketika itu, Tun Mahathir dgn lantang menyatakan Anwar memukul dirinya sendiri. Bermula dr detik itu rakyat dan seluruh parti pembangkang terus menyatakan simpati dan sokongan yg tidak berbelah bg terhadap Anwar.

Rakyat yg sedar mulai mengerti Anwar adalah mangsa konspirasi jahat Tun dan sekutu- sekutunya di dalam Umno.

Mereka tidak dapat membongkar pecah amanah, rasuah atau salahlaku politik beliau sewaktu di dalam Umno.

Makanya tuduhan jenayah liwat dan seks yg di susun dan di rencana sejak 1997 di realisasikan pada september 1998.

Tuduhan itu dgn niat utk memusnahkan aura islamik dan kepimpinan Anwar yg bersih.

Semuanya berpunca dari sikap Anwar yg sangat berani dan lantang menegur kepimpinan Umno yg rasuah, kronisme serta kepincangan- kepincangan pentadbiran di segenap kementerian.

Natijahnya Tun mulai sakit hati dan tergugat dgn kuasa dan pengaruh Anwar yg semakin besar di dalam Umno.

Yang sedihnya, Anwar ditangkap, dibicara dan dipenjarakan kerana kehendak penguasa, waktu itu Tun Mahathir Mohamad bukan berdasarkan fakta keterangan dan undang-undang. Tetapi tuduhan dan agenda jenayah yg sangat meragukan. Dan sewaktu beliau dibebaskan juga adalah kerana kemahuan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi yg ketika itu berbalah dari segi kepimpinan dgn Tun dan bukan semata-mata fakta kes.

Maka aku turut bersedih. Maknanya, hakim-hakim masih tidak bebas menentukan penghakiman dan mereka perlu melihat isyarat dari pihak eksekutif.

Namun setelah Anwar bebas berpolitik dan bejaya menyatukan semua parti pembangkang yg berlainan ideologi dan perjuangan dalam satu gelombang politik baru. Kini sudah mulai kelihatan kecenderungan badan- badan dan individu profesional yg secara terang- terangan menyokong dan mendokong perjuangan menuju Malaysia Baru.

Gelombang perubahan ini terlakar dlm PRU12 yg menafikan kemenangan 2/3 BN di Parlimen.

Kini gelombang itu semakin deras dan pukulan- pukulannya semakin keras membadai BN dan Umno.

BN semakin lemah dan melonglaikan

Rakyat mulai sedar, suara mereka adalah suara keramat yg mampu merubah politik Malaysia ke arah politik yg lebih baik,bijak dan matang.

Namun sehingga ke detik ini Umno masih bermain politik cara lama. Masih berusaha membangkitkan sentimen kaum dan agama, membakar api patriotik melalui agenda menuduh Anwar sbg agen Amerika dan Yahudi. Mencetuskan sentimen hak kaum melayu yg akan hilang di sebabkan perpaduan antara DAP.

Terus-terusan memfitnah, membuat tuduhan dan rencana jahat mereka melabel Anwar sebagai seorang pemimpin yg tidak layak kerana punya beberapa siri salah laku seks yg tidak pernah pun berjaya di buktikan oleh mahkamah.

Benarlah kata Anwar, beliau tidak pernah mampu berdiri seteguh dan segagah ini tanpa doa rakyat dan restu Allah.

Tiba- tiba jiwa ku terasa bergetar dan airmataku gugur perlahan- lahan.

Aku masih terbayang abah mengayuh basikal tua nya ke masjid semata- mata ingin berdoa dan membaca surah yassin sewaktu keputusan bicara kes tuduhan liwat Saiful Bukhari terhadap Anwar di jatuhkan.

Sempat aku melihat mak pun turut mengambil wuduk dan membacakan surah Yassin berkali- kali.

Bila aku sampaikan keputusan Anwar di bebaskan dan dilepaskan dari tuduhan tersebut, abah mengangkat tangan berdoa bersungguh- sungguh. Mak yg selesai membaca surah Yassin mula menguntumkan senyuman dan berbisik... Kali ini Anwar mungkin ikhlas berjuang utk rakyat...

Aku terpukul dan terkasima dari episod doa dan keyakinan rakyat biasa yg sangat mempercayai Anwar adalah insan terpilih yg mampu merubah corak Malaysia ke arah yg lebih baik...!!
Allahu akbar... Allahu akbar... Allahuakbar...!!!
REFORMASI...!!!
Lawan tetap lawan...!!!
Jom UBAH Malaysia...!!!

Isnin, 27 Mei 2013

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Fouziah bertunang Sabtu ini

Posted: 26 May 2013 04:39 PM PDT

Pilih lelaki biasa sama usia, hapus spekulasi jejaka yang bertakhta di hati

Pelakon Fouziah Gous, 30, akhirnya disunting jejaka dari kalangan orang biasa - bukan artis mahupun kenamaan, sekali gus melenyapkan spekulasi yang membelenggu diri artis tinggi lampai ini.

Sabtu ini, Fouziah dan Md Zhafran Md Yusof, bakal mengikat tali pertunangan. Mereka memilih September depan untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri.

Perkenalan singkat dengan jejaka seusia nampaknya mencipta keserasian sehingga Fouziah tidak mengambil tempoh panjang mengakhiri hubungan istimewa itu.

Akui wanita ini, dia tidak gemar membuang masa dalam bercinta. Baginya, Md Zhafran atau Zhaf sudah memiliki pakej lengkap lelaki idaman, jadi tiada apa yang perlu ditunggu lagi.

"Zhaf kenal perangai saya. Dia tahu saya jenis yang tidak suka membuang masa ketika bercinta. Saya lebih percaya kepada percintaan selepas berkahwin, disebabkan itu, dia melamar walaupun baru beberapa bulan kami bercinta.

"Sekurang-kurangnya ikatan ini dapat mengelak kami difitnah. Kami membuat keputusan tidak mahu mengikat tali pertunangan terlalu lama kerana kami rakan kongsi perniagaan. Apabila adanya ikatan yang sah, lebih mudah untuk kami menguruskan perniagaan bersama-sama. Jadi tidaklah menjadi buah mulut orang jika sering dilihat bersama," katanya kepada HIP.

Menceritakan persiapan pertunangannya, kata pelakon yang pernah membintangi filem Rasukan Ablasa ini, majlis yang dijangka berlangsung pada sebelah malam itu diadakan secara sederhana untuk keluarga kedua-dua belah pihak.
Mengenai lokasi pertunangannya pula, kata Fouziah, dia dalam dilema berikutan kemungkinan mereka perlu menukar tempat lain selepas sepakat memilih suatu lokasi istimewa sebelum ini.

Enggan fikir masa lalu

Ditanya apakah dia lega sekurang-kurangnya ikatan pertunangan ini dapat melenyapkan gosip percintaan dirinya, Fouziah membalas, dia tidak langsung memikirkan soal itu.

Ini kerana katanya, sebagai artis yang sudah lama berada dalam industri, gosip umpama itu dianggap asam garam hidup selebriti.

"Saya tidak fikir langsung mengenai hal itu, cuma saya mengakui lega kerana bakal bergelar tunangan orang. Apa yang penting, hubungan ini mendapat restu keluarga dan mengikut cara yang betul.

"Saya malas memikirkan perkara yang sudah berlalu. Lagipun tumpuan saya adalah pada majlis perkahwinan kami yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Setakat ini, tarikh pernikahan masih belum ditetapkan, tetapi yang pasti dalam tempoh terdekat.

"Alhamdulillah, hidup saya semakin tenang dan bahagia. Zhaf seorang lelaki yang sangat memahami diri saya. Dia memiliki ciri-ciri lelaki yang saya idamkan. Saya lihat dia boleh mendidik saya ke arah kebaikan terutama membabitkan soal agama," kata Fouziah.

Fouziah dan Zhaf berkenalan menerusi adik kepada kakak ipar Fouziah yang juga rakan rapatnya lebih setahun lalu. Jejaka lulusan Ijazah Perakaunan Universiti Multimedia Malaysia (MMU) itu memiliki syarikat keselamatan Arrow Guard dan menjadi perunding kewangan.

Izzue bilang hari

Posted: 26 May 2013 04:37 PM PDT

Bakal disatukan dengan pujaan hati, Awin Nurin yang dikenali sejak lima tahun lalu, Ahad ini

Kurang seminggu lagi, pelakon dan penyanyi, Muhammad Izzul Islam Mazlan atau Izzue Islam, 23, bakal disatukan dengan wanita pilihan Awin Nurin. Namun, dalam kesibukan itu, jadual seni Izzue masih padat.

Izzue yang juga salah seorang anggota kumpulan Forteen hanya mula bercuti tiga hari sebelum dia dan Awin diijabkabulkan, Ahad ini. Enam hari kemudian, Izzue akan kembali memenuhi komitmen sebagai artis dengan menyambung penggambaran drama rantaian.

Mujur dengan bantuan tunang, keluarga dan pegawai perhubungan perhubungan awam (PR), urusan pernikahan Izzue menjadi lebih mudah. Malah, Izzue mengakui tidak sabar menghitung hari menamatkan zaman bujang dengan wanita dicintai.

"Alhamdulillah, persiapan berjalan lancar dengan bantuan mereka yang berada di sekeliling saya. Maklumlah, saya sibuk dengan penggambaran drama Sahabat sebanyak 36 episod terbitan Suhan Movies, jadi masa agak terhad untuk menguruskan hal perkahwinan.

"Melainkan jika penggambaran dilakukan di Kuala Lumpur, saya akan cuba mencari ruang untuk melakukan apa yang patut. Setakat ini, boleh dikatakan persiapan hampir siap sepenuhnya dan kami menanti masa untuk diijabkabulkan saja," kata Izzue.

Takut kehilangan tunang

Menamatkan zaman bujang pada usia muda, apatah lagi ketika namanya sedang meniti gerbang popular, tidak membimbangkan jejaka berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini.
Izzue menganggap pernikahan sebagai ketentuan takdir. Dia bimbang andainya menolak jodoh dengan Awin, peluang untuknya bertemu wanita sebaik bakal isterinya itu menjadi tipis.

"Kami sudah saling mengenali sejak lima tahun lalu ketika saya belum bergelar artis. Dia seorang wanita yang sangat memahami, malah dia tahu susah senang saya.

"Kita tidak tahu ujian yang bakal diturunkan, jika saya tangguhkan hubungan ini, peluang untuk bertemu dengan wanita lain mungkin ada. Tetapi peluang untuk mendapat wanita sebaik dia mungkin susah," kata Izzue yang merancang untuk berbulan madu dengan Awin selepas penggambaran drama episod Sahabat berakhir.

Bukan niat selindung

Memilih tarikh ulang tahun kelahirannya untuk disatukan, majlis sambut menantu di sebelah keluarga Izzue pula dijangka diadakan secara kecil-kecilan di Kelantan, Aidilfitri nanti.

Izzue sengaja memilih Aidilfitri nanti bagi memudahkan bertemu saudara mara yang akan pulang ke kampung menyambut hari raya.

Ditanya mengapa merahsiakan pertunangannya dengan Awin hingga ada yang membuat spekulasi kononnya bimbang populariti merudum, anak kedua dari lapan beradik itu menyangkal dakwaan itu.

Jelas Izzue, dia tidak berniat menyorokkan statusnya sebagai tunangan orang. Ini kerana baginya hal pertunangan tidak wajib dihebahkan. Sebaliknya, Izzue enggan menanggung malu jika berlaku sesuatu kepada hubungan mereka.

"Saya sorokkan hal pertunangan ini bukan kerana bimbang kehilangan peminat. Jika saya takut populariti merudum, sudah tentu saya akan rahsiakan hal perkahwinan.

"Saya mohon maaf kepada semua kerana merahsiakan pertunangan. Saya buat semua ini demi menjaga nama baik keluarga kedua-dua belah pihak. Saya tidak mahu keluarga kedua belah pihak menanggung malu jika sesuatu berlaku kepada perhubungan kami," katanya.

Ahad, 26 Mei 2013

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Ganjaran kesabaran Shila Amzah

Posted: 26 May 2013 08:35 AM PDT

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
amirah.amaly@utusan.com.my

Saya bersyukur apabila khalayak di China semakin menerima penyanyi bertudung seperti saya. Biarpun di sana saya jarang mengenakan mekap tetapi peminat tetap mengenali.

SEKARANG ini masa untuk bekerja. Banyak perkara yang perlu dikejar. Tak ada masa nak bersedih-sedih lagi," kata Shila Amzah, 23, berhubung keadaan dirinya pada hari ini.

Baginya tempoh merawat luka di hati selepas putus cinta dengan pelakon Shaarnaz Ahmad kira-kira empat bulan yang lalu sudah memadai.

Enggan terus mengingati detik sedih itu, Shila merasakan ada hikmah tersembunyi di sebalik cintanya yang terhalang dan tidak mendapat restu orang tua.

Bahkan juara pertandingan Asian Wave 2012 ini mengaku terlalu beremosi sewaktu menjalinkan hubungan cinta satu ketika dahulu.

Lantaran itu Shila mengabadikan kisah cintanya sebelum ini sebagai satu pengalaman hidup seperti yang dilalui wanita lain.

Kini yang penting buat artis di bawah naungan Shanghai Music Group (SMG) ini adalah fokus untuk menempa nama sebagai penyanyi bertaraf dunia.

Shila amat yakin dengan kemampuannya. Dan yang lebih penting lagi impiannya itu disokong penuh oleh bapa, ND Lala, 51, dan ibu, Fauziah Sarman, 44.

Kedua-dua tulang belakang Shila itu juga menjadi penggerak utama kerjaya buat anak sulung daripada empat beradik itu.

Shila amat bertuah kerana orang tuanya sentiasa menyuntik semangat agar lebih bersedia untuk melangkah jauh ke hadapan.

"Manusia belajar daripada pengalaman. Jika dahulu saya agak berperangai macam budak-budak tapi tidak selamanya saya begitu. Mungkin sebab masa itu saya tidak boleh berfikir jauh. Tapi kini tidak lagi.

"Saya semakin fokus tentang apa yang mahukan dalam hidup. Malah saya bersungguh-sungguh mencapai impian itu. Saya mahu berkongsi kepada semua tentang bakat yang ada.

"Kesedihan yang saya alami itu ternyata tidak lama. Sewaktu mengerjakan umrah pada Mac lalu, saya curahkan segala-galanya kepada-Nya.

"Ada rezeki lain yang datang menggantikan rawan hati saya. Dan semua itu adalah ganjaran daripada kesabaran yang ditanggung selama ini," katanya penuh syukur.

Kini pemilik syarikat Shila Amzah Entertainment Berhad (SAEB) ini sedang sibuk dengan persiapan pembikinan album Melayu kelima yang bakal dilancarkan bulan depan.

Mengekalkan konsep pop rock, album yang masih dirahsiakan judulnya itu cukup istimewa kerana Shila sendiri yang mencipta keenam-enam lagu yang dimuatkan dalam album itu.

Malah Shila mencatatkan segala pengalaman suka, duka, susah dan senang yang dialami selama ini khusus buat peminat yang sentiasa menyokongnya selama ini.

"Tak banyak yang boleh saya kongsi untuk pembikinan album ini. Terpaksa dirahsiakan buat sementara waktu sehingga tiba masanya," kata Shila yang bakal terbang ke Shanghai, China penghujung bulan ini.

Masih warganegara MalaysiaDALAM pada itu, penyanyi lagu Patah Seribu ini menafikan dia sudah menukar taraf kewarganegaraan seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Mengakui tetap warganegara Malaysia, Shila menjelaskan bahawa dia hanya mendapat taraf penduduk tetap di China bagi memudahkan urusan kerjaya seninya.

Dengan keistimewaan itu, dia tidak perlu berulang-alik ke Jabatan Imigresen untuk urusan pembaharuan visa lawatan.

Shila juga bertuah menjadi satu-satunya artis Malaysia bertudung yang berpeluang mengembangkan bakat di negara yang megah dengan Tembok Besar China itu.

Selain itu Duta Persatuan Persahabatan Malaysia-China (PPMC) ini juga menjadi simbol perpaduan peminat seni dua negara tersebut.

"Saya bersyukur apabila khalayak di China semakin menerima penyanyi bertudung seperti saya. Biarpun di sana saya jarang mengenakan mekap tetapi peminat tetap mengenali.

"Pernah saya bermain badminton dan kemudiannya disapa oleh peminat dengan panggilan Kak Xi-La. Saya terperanjat mereka kenal saya.

"Mereka terima saya sebab bakat dan penampilan bukan penghalang utama untuk mengeratkan silaturahim," katanya yang bakal melancarkan pertandingan menguruskan badan, Shilalas Biggest Loser dalam kalangan peminatnya.

Penyanyi yang pernah membuat persembahan di New York, San Francisco dan Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) ini juga mengakui terpaksa menjadi pendatang baharu ketika berada di China.

Jika hendak dibandingkan dengan beberapa penyanyi SMG yang sudah lama bertapak di sana, sudah pastilah nama Shila agak terkebelakang.

Bagaimanapun sebagai penyanyi yang menceburi bidang seni sejak kecil itu dia tidak gentar malah bersedia untuk menyerap apa juga perkara baharu yang dipelajari sepanjang menetap di sana.

Anuar, Dayang saling melengkapi

Posted: 26 May 2013 08:35 AM PDT

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
amirah.amaly@utusan.com.my

Bagaimanapun kemesraan yang dipamerkan itu disalahertikan. Ada yang mengatakan wujud hubungan istimewa yang sengaja disembunyikan daripada pengetahuan umum. Sehinggakan ada yang mendesak agar mereka segera disatukan.

PERSAHABATAN yang terjalin antara mereka menyebabkan keserasian mudah terjalin. Bagaimanapun kemesraan yang dipamerkan itu disalahertikan.

Ada yang mengatakan wujud hubungan istimewa yang sengaja disembunyikan daripada pengetahuan umum. Sehinggakan ada yang mendesak agar mereka segera disatukan.

Permintaan tidak munasabah sebegitu sememangnya kerap kali diajukan kepada penyanyi popular Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah sehingga adakalanya menimbulkan perasaan bosan.

"Saya dan Dayang berkawan sejak tahun 1998 lagi. Dia adalah penyanyi hebat dan mengkagumkan di kaca mata saya.

"Setiap kali kami menyanyi duet, Dayang tidak pernah mengecewakan kerana dia mempunyai penjiwaan yang kuat dalam setiap nyanyiannya.

"Itu adalah keistimewaan Dayang yang kadangkala mengheret emosi saya juga. Tapi perlu diingat bahawa itu sekadar hubungan profesional di atas pentas. Kami sekadar melengkapi antara satu sama lain pada saat itu," tegas Anuar ketika ditemui baru-baru ini.

Menafikan wujud perasaan cinta, penyanyi lagu Lelaki Ini lebih gemar mengatakan hubungannya dengan Dayang sekadar abang dan adik.

Perasaan lebih daripada itu tidak mungkin wujud kerana mereka selesa sekiranya tidak meletakkan batasan tersebut setiap kali bekerjasama.

Begitu juga dengan Dayang yang merasakan perkara tersebut seakan-akan tidak wajar dipanjangkan.

Mengakui menghormati Anuar yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang nyanyian, Dayang turut menerima tempias jika namanya dikaitkan.

"Pada mulanya saya anggap sebagai usikan manja. Bila orang tanya seboleh-bolehnya saya cuba mengelak.

"Tetapi apabila kerap ditanya, saya jadi malas nak ulas. Lagi pun wanita bujang seperti saya ini tidak manis bercakap pasal hubungan secara terbuka.

"Sebaliknya saya menyatakan rasa bertuah kerana dapat berduet dengan penyanyi hebat seperti Anuar. Dia juga impian para penyanyi untuk berduet sama," katanya.

Gandingan hebatBUAT pertama kalinya Anuar dan Dayang bergabung dalam satu album yang dirakamkan secara langsung sewaktu menjayakan konsert di Dewan Filharmonik Petronas (DFP)

Konsert amal anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Petronas cukup bermakna kerana dapat mengumpul dana buat badan-badan kebajikan, rumah orang tua dan rumah anak yatim terpilih.

Maka lahirlah album berjudul Anuar dan Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas yang berada di pasaran pada hari ini.

Biarpun konsert tersebut sudah hampir setahun tetapi persembahan di DFP itu dijadikan detik terindah buat kedua-dua penyanyi tersebut.

Ini kerana mereka berpeluang mengunakan khidmat pemuzik profesional bagi menyemarakkan kolaborasi seni kedua-dua artis dinamik tersebut.

Antara pemuzik yang terlibat adalah pengarah muzik, Jenny Chin bersama penampilan khas Mac Chew (keyboard), Aji (gitaris), Kelly (bass), Steve Thornton (genderang), John Thomas (pemain drum) serta Eja dan Widy (penyanyi latar).

"Peluang bekerjasama dengan barisan nama terhebat itu menyebabkan kami mahu ada kenangan untuk dikongsi bersama peminat.

"Sebab itu lahirlah album ini walaupun memakan masa hampir setahun untuk disempurnakan," kata Anuar tentang projek khas tersebut.

Album Anuar dan Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas memuatkan 10 lagu yang dipilih dengan empat daripadanya lagu duet.

Antara lagu yang termuat ialah Bila Resah, Mana Mungkin, Perlukan Cinta, Kembalilah Sayang, Hakikat Cinta/Keabadian Cinta, Cinta Harus Memiliki, Biar Akhirnya Di Sini dan Sedetik Lebih.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Emma, Chacha mahu buktikan

Posted: 25 May 2013 04:36 PM PDT

Dua beradik yakin walaupun tidak menduduki SPM mereka boleh jadi artis berjaya

Kali pertama pasangan artis adik beradik, Emma dan Chacha Maembong digandingkan sebagai penghias muka depan B*POP selepas hampir tiga minggu mengatur pertemuan mereka, gara-gara kesibukan di lokasi penggambaran.

Sekalipun tinggal sebumbung, namun mereka amat jarang bersua muka di rumah lantaran jadual penggambaran yang bertindih. Justeru, pertemuan mereka di Balai Berita, baru-baru ini boleh dianggap formal apabila menjayakan sesi fotografi sulung yang dirancang.

Sekalipun nama keduaduanya sedang meniti di bibir peminat dan menjadi pilihan produser, namun populariti Emma meluncur laju berbanding adiknya. Selepas mengikuti jejak bapanya sebagai pelukis tersohor, Emma mengambil keputusan untuk menceburi dunia seni yang lain - lakonan apabila dia mulai aktif sejak Mei tahun lalu.

Beliau bernasib baik apabila sering ditawarkan watak utama, sekali gus nama menjadi sebutan ramai, tambahan pula apabila dia dihambat kontroversi sebaik gambar mesranya bersama bekas kekasih tersebar di internet, popularitinya naik mendadak.

Berbeza dengan Chacha apabila dia mula berlakon ketika berusia 13 tahun, tetapi sekadar membawakan watak pembantu. Hanya kebelakangan ini saja, namanya menjadi pilihan apabila kakaknya turut memainkan peranan memperkenalkan Chacha kepada industri. Selepas Emma, kini Chacha juga bernaung di bawah pengurusan Wire Fame Entertainment milik pelakon, pelawak dan pengacara popular Zizan Razak. Chacha mengakui sejak menjadi artis residen syarikat berkenaan, peluang lakonannya tidak putus.

Sabtu, 25 Mei 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Luna Maya bangkit semula

Posted: 24 May 2013 04:26 PM PDT

Aktres Indonesia akui aksi terlampau bersama Ariel Peterpan tetap jadi sejarah hitam

Titik hitam yang berlaku sukar dipadamkan dalam riwayat hidup aktres terkenal Indonesia, Luna Maya, 29. Apakah mungkin ia menjadi episod hitam yang terus dikenang selama-lamanya?

Melihat pelakon yang kini bergelar pengarah filem itu, pastinya terbayang video aksi terlampau beliau bersama vokalis kumpulan Peterpan, Ariel. Biarpun kisah hitam itu sudah berlalu kira-kira tiga tahun lalu, tapi masih menjadi cerita yang tidak berpenghujung. Sehingga kini, melihat anak kelahiran Bali, Indonesia itu, wartawan mahupun peminatnya masih mengasak dengan kisah aksi terlampau bersama Ariel.
Usah bertanya lagi tentang Ariel, kami masih kawan. Saya sudah bosan, setiap kali melihat wajah saya, pasti nama Ariel dikaitkan. Cerita dulu saya sudah tutup buku. Kini, saya lebih senang menyendiri," Luna

Kunjungan Luna ke Kuala Lumpur untuk memperkenal dan mempromosikan filem pertama arahan dan terbitannya berjudul Pintu Harmonika turut menerima tempias sama. Bagaimanapun, Luna seakan bersedia, biarpun raut wajahnya masih malu dan sukar meluahkan apa yang pernah berlaku. Luna, bagaimanapun menjawab persoalan dengan baik dan manis muka, tanpa rasa tersinggung.

Wartawan B*POP sempat menemubual Luna secara eksklusif sejurus sidang akhbar filem Pintu Harmonika di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, minggu lalu. Filem terbitan Malka Pictures yang diarahkan Luna bersama dua lagi pengarah wanita, Ilya Sigma dan Sigi Wimala disiarkan serentak di pawagam seluruh Indonesia dan saluran Astro First sejak 23 Mei lalu.

Jujurnya, Luna mengakui: "Tahun 2010 menjadi sejarah hitam yang tidak mampu dilupakan. Biarpun, sukar menempuhnya, tapi akhirnya, saya merasakan banyak hikmah di sebalik apa yang berlaku. Kalau saya tidak kuat menghadapinya, mungkin saya sudah membunuh diri atau jadi gila. Tapi, Tuhan Maha Kaya, Tuhan memberi kekuatan yang luar biasa.

"Awalnya, saya melalui detik yang terlalu sukar dalam hidup. Sudahlah terpalit malu, saya pula bakal didakwa di mahkamah ketika itu. Itulah, jika tiada kekuatan, mungkin saya sudah menamatkan hidup. Bagaimanapun, saya bukanlah terdesak sampai melakukan perbuatan yang ditegah agama. Saya masih waras. Jika saya fikir bebanan yang ditanggung berat, ada ramai lagi di luar sana menghadapi detik lebih sukar dalam hidup. Inilah ujian hidup saya.
"Saya menyendiri lebih setahun, mujurlah ada keluarga dan teman baik memberi kekuatan. Pada saat itu, saya banyak berfikir. Soal malu bertentang mata dengan masyarakat sudah diketepikan kerana ada masalah lebih besar menghimpit diri. Saya bakal dikenakan hukuman, mungkin akan dipenjarakan.

"Kadang kala timbul juga perasaan jahat apabila ada yang merenung saya. Apa yang mereka fikirkan ya? Tapi, sentiasa positif, biarlah mereka fikir apa pun, saya tidak mahu bebanan itu membuatkan saya berpenyakit. Kekuatan yang Tuhan memberikan membuatkan saya bernafas semula. Saya fikir, jika diri saya tidak dihimpit kontroversi ini, saya masih lagi sibuk dengan penggambaran sinetron dan filem yang tidak berkesudahan. Saya juga terikat dengan banyak projek lain sebagai duta.

"Hidup saya sentiasa berkejar ke sana sini hingga saya tiada masa untuk diri saya. Jauh sekali mahu bercuti dengan keluarga. Terlalu penat hingga kadang kala saya saya rasa tidak berdaya. Bila dihimpit permasalahan ini, hidup saya amat terasa tekanan, tapi saya diberi ruang muhasabah diri dan menenangkan fikiran.

"Saya dapat jalan penyelesaian selepas berehat lama menyendiri. Apa yang saya harapkan, saya dapat menggembirakan hati yang kerap terluka ini," katanya yang masih berhubung dengan Ariel sebagai teman, tetapi enggan mengulas panjang.

"Usah bertanya lagi tentang Ariel, kami masih kawan. Saya sudah bosan, setiap kali melihat wajah saya, pasti nama Ariel dikaitkan. Cerita dulu saya sudah tutup buku. Kini, saya lebih senang menyendiri," katanya yang turut membintangi filem usaha sama Indonesia dan Jepun berjudul Killers.

Menyentuh mengenai filem Pintu Harmonika, Luna berkata idea menghasilkan filem itu tercetus ketika dirinya berehat panjang.

Sebelum ini, Luna pernah mengarahkan klip video beberapa penyanyi Indonesia dan filem pendek, Suci In The City pada 2008.

"Itu yang saya katakan tadi, apa yang berlaku banyak hikmah di sebaliknya. Saya punya masa untuk menghasilkan skrip filem, selain mencari pelabur.

"Sebenarnya dulu, saya hanya menjadi produser tapi apabila ada teman artis yang memberi ruang kepada saya untuk mengarahkan klip video mereka, saya rasa seronok. Keseronokan pula bertambah apabila saya sibuk di lokasi penggambaran. Saya belajar satu persatu kerja di belakang tabir.

"Bukan mudah bergelar pengarah kerana saya perlu ambil tahu setiap perkara dan bekerja dengan lebih pelakon dan kru produksi. Kerja yang bukan mudah, tapi memberi kepuasan.

"Filem Pintu Harmonika menampilkan tiga kisah yang dialami individu berbeza dalam konflik hidup. Berlatarbelakangkan kawasan kejiranan rumah kedai yang serba sederhana, watak-watak ini berkongsi pengalaman dalam tiga genre berbeza. Ada drama, komedi romantik dan seram.

"Ia dibintangi Fauzan Nasrul, Karina Salim, Donny Damara, Barry Prima, Jenny Chang, Adam Putra Pertama dan Nasya Abigail. Pelanggan Astro yang ingin menonton hanya perlu membayar RM15 bagi setiap tempahan dan filem berkenaan akan ditayangkan dalam tempoh masa 48 jam selepas pembelian," katanya.

Lebih mantap

Posted: 24 May 2013 03:43 PM PDT

Filem sekuel Fast and Furios 6 padat aksi, drama buat penonton tak senang duduk

Kembali dengan aksi dan pengembaraan lebih mantap, kemunculan filem sekuel ikutan ramai iaitu Fast and Furious 6 cukup dinantikan. Siri keenam arahan sutradara Justin Lin ini lebih padat dengan aksi dan drama hingga ke penghujung cerita.

Mengekalkan barisan pelakon sama dari sekuel yang lalu iaitu Vin Diesel, Paul Walker dan Dwayne Johnson, mereka kembali bergabung bersama krunya, Jordana Brewster, Michelle Rodriguez, Tyrese Gibson, Sung Kang, Gal Gadot, Chris Bridges dan Elsa Pataky melawan penjenayah baru yang dihidupkan oleh Luke Evans dan Gina Carano.

Selepas kejadian 'Fast Five', penjenayah profesional, Dominic Toretto (Vin Diesel) dan krunya menjadi kaya-raya tapi rekod jenayah menghalang mereka kembali ke negara sendiri.

Ajen, Luke Hobbs (Dwayne Johnson) dari Diplomatic Security Service (DSS) memberi mereka pilihan, di mana dia akan melupuskan hukuman jika mereka membantu polis melumpuhkan kegiatan jenayah yang diketuai Owen Shaw (Luke Evans).

Namun, itu bukanlah sebab utama Toretto dan krunya membuat keputusan menjejaki Shaw, sebaliknya mahu membawa pulang kekasih lama Torreto dan ahli kru mereka yang disangka sudah mati pada sekeul sebelum ini, iaitu Letty (Michelle Rodriguez).

Bertambah rumit lagi apabila Letty yang menjadi pembantu kepada Shaw hilang ingatannya. Namun, atas semangat berkumpulan yang kuat, Toretto dan krunya bekerjasama menyelamatkan Letty daripada menjadi mangsa Shaw.
Tidak mudah untuk menghapuskan Shaw, di mana Hobbs sebelum ini pernah menjejakinya dengan merentasi 12 negara tapi masih gagal. Justeru, dengan ketangkasan dan kepintaran Toretto dan krunya bekerja, mereka diberi kepercayaan sepenuhnya untuk menandingi Shaw.

Hanya ada satu cara untuk mereka menghentikan jenayah Shaw iaitu dengan mengalahkannya di perlumbaan jalanan. Sinonim dengan sekuel ini, senjata, peralatan canggih serta kereta berkuasa tinggi menjadi penarik utama. Deruman kereta lumba membuatkan adrenalin penonton bertambah laju.

Spekulasi bakal disambung

Mengambil lokasi di kota London yang menjadi antara kota paling sibuk di dunia. Sutradara bijak bermain dengan lenggok drama dan aksi yang dipaparkan bagai tiada penamat.

Penonton bukan sekadar tidak senang duduk melihat aksi dan adegan pertarungan dalam filem ini, malah sekali sekala ketawa dengan keletah kru Toretto yang mempunyai pelbagai ragam serta melucukan.

Tidak hanya menyuntik elemen aksi dan menekan kehebatan sinematografinya di bandar besar, Fast And Furious 6 mendalami isu hubungan kekeluargaan yang boleh dicontohi.

Sementara itu, penamat yang dipaparkan bagai memberi tanda-tanda adanya sambungan kepada kisah ini. Jadi penonton rasanya boleh mengharapkan kemunculan episod ketujuh kelak.

Filem: Fast and Furious 6
Pengarah: Justin Lin
Pelakon: Vin Diesel, Paul Walker, Dwayne Johnson, Jordana Brewster, Tyrese Gibson, Michelle Rodriguez, Sung Kang, Chris Bridges, Luke Evans dan Gina Carano
Genre: Aksi / Jenayah / Thriller / Pengembaraan
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: Mulai 23 Mei 2013

Jumaat, 24 Mei 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Bukan bintang mi segera

Posted: 23 May 2013 05:26 PM PDT

Juara program realiti yakin musim baru Akademi Fantasia 2013 (AF2013) mampu lahirkan artis relevan

Program realiti, Akademi Fantasia (AF) kembali lagi selepas dua tahun 'direhatkan'. Kali ini, AF2013 menerima suntikan lebih segar membabitkan format, konsep dan kategori penyertaan seperti yang diumumkan Astro, semalam.

Namun, apakah magis program realiti yang pernah mencipta fenomena itu akan berulang seperti musim lalu? Apakah produksi program ini mampu mencetus gelombang ala Tsumawi yang dicipta Mawi ketika menjadi juara pada 2005?
Sebagai juara terakhir, saya berbangga melihat pencapaian abang dan kakak yang lebih dulu mencipta nama. Mereka mampu menempatkan diri sebaris dengan penyanyi, pelakon, hos dan penyampai radio popular" Hazama, Juara AF9

Artis AF pernah kuasai carta

Bagi bintang yang lahir dari AF, mereka mengakui program realiti itu mampu melahirkan artis yang bukan saja berbakat ,malah relevan dengan perkembangan dunia muzik tempatan.

Nama besar seperti Mawi, Hafiz, Stacy dan Hazama yang menguasai carta lagu dengan koleksi lagu hit sejak beberapa tahun lalu dianggap penanda aras kepada kejayaan AF melahirkan artis pelapis.

Bagi juara AF musim ketiga (AF3), Mawi, 'kelahiran' semula AF2013 dianggap tepat pada masa.
"Saya yakin di luar sana ramai yang ternanti-nanti kemunculan AF2013. Bagi saya, AF memberi asas kepada kami supaya percaya kepada kebolehan diri," katanya ditemui pada sidang media pengumuman AF2013 di Kuala Lumpur, semalam.

Mawi berkata, ramai peserta AF kini mencipta nama dalam cabang seni pilihan masing-masing.

Bukan akademi biasa

Juara AF6, Stacy yakin ramai generasi muda berbakat menanti kelahiran semula AF.

Menurutnya, AF bagai sebuah institusi yang melatih anak muda mencabar potensi diri dan menyinar dalam industri seni.

"AF bukan akademi biasa kerana sebaik keluar, kami dicabar untuk terus berani melangkah ke dunia realiti industri seni. Memang kami antara individu bertuah yang mendapat bimbingan secara formal walaupun hanya dalam tempoh singkat selain meraih pancaran glamor.

"Namun, andai tiada keyakinan seperti yang sentiasa dititip tenaga pengajar, kami termasuk saya tidak mungkin sampai tahap sekarang," katanya.

Juara AF7, Hafiz pula menafikan program realiti itu hanya mampu melahirkan bintang 'mi segera'.

Landasan cari pelapis

"Dulu ada yang melabel AF melahirkan bintang 'mi segera'. Cepat naik, cepat turun. Namun, melihat barisan penggiat seni yang digilap daripada pertandingan realiti, saya pasti tanggapan itu tidak boleh dipakai lagi," katanya.

Hafiz berkata, AF kekal relevan dalam industri seni dan menjadi landasan melahirkan ramai bakat baru.

"AF tetap relevan dalam menjadi landasan pelapis industri seni. Ini kerana program ini menyediakan pelajar dari aspek fizikal dan mental berdepan dunia hiburan sebenar," katanya.

Hafiz berkata, AF kekal relevan dalam industri seni dan menjadi landasan melahirkan ramai bakat baru.

"AF tetap relevan dalam menjadi landasan pelapis industri seni. Ini kerana program ini menyediakan pelajar dari aspek fizikal dan mental berdepan dunia hiburan sebenar," katanya.

AF2013 bukan saja membuka peluang kepada peserta solo, malah menerima bakat berpasangan atau duo.

Sebagai pembaharuan, peserta boleh memuat naik video nyanyian secara online atau menghadiri sesi uji bakat di lima lokasi iaitu Johor, Pulau Pinang, Sarawak, Sabah dan Selangor.

Kali ini, AF2013 membuka penyertaan kepada rakyat Singapura.

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli, berkata sejajar dengan perkembangan teknologi, Astro membuka penyertaan secara online bagi memudahkan peserta.

"Dengan memperkenalkan uji bakat secara online kita dapat memudahkan lagi proses. Peserta tidak perlu lagi beratur panjang, malah mereka yang tidak berada dalam negara ketika proses uji bakat berlangsung tidak akan terlepas peluang keemasan ini.

"Selain itu, proses ini juga dapat menjimatkan masa juri. Bagaimanapun, sesi uji bakat di beberapa lokasi masih diadakan. Ini kerana kami yakin tidak semua orang ada kemudahan untuk menghantar penyertaan secara online," katanya pada sidang media mengumumkan AF2013 di Kuala Lumpur, semalam.

Musim baru program realiti yang mencetus fenomena ketika diterbitkan pada 2003 itu dijangka menemui penonton selepas Aidilfitri.

Interaksi melalui laman sosial

Sesuai penjenamaan semula AF2013, lagu tema Menuju Puncak yang diberi nafas baru diperdengarkan, selain memperkenalkan logo baru program realiti yang memasuki musim ke10 itu.

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh, memberitahu pihaknya akan menggunakan medium laman sosial secara meluas dalam mempromosikan AF2013.

Peserta juga akan didedahkan dengan penggunaan laman sosial seperti Twitter, Instagram dan Keekbagi membolehkan mereka berinteraksi dengan peminat.

"Kali ini, kami akan membenarkan peserta berinteraksi dengan peminat bagi memberi pendedahan bagaimana hendak berdepan dan melayani peminat.

"Interaksi dengan peminat ini penting kerana ia akan menjadi sebahagian daripada tanggungjawab mereka apabila bergelar artis. Seandainya mereka hanyut dengan populariti, inilah gunanya tenaga pengajar untuk membawa mereka ke landasan betul," katanya.

Sementara itu, maklumat lain mengenai konsep keseluruhan, pengacara dan tenaga pengajar akan diumumkan pada sidang media lain.

INFO: Tarikh dan Lokasi Uji Bakat
− Hotel The Zon, Johor Bahru (1 & 2 Jun)
− Hotel Vistana, Pulau Pinang (8 & 9 Jun)
− Hotel Merdeka Palace, Kuching (15 & 16 Jun)
− Hotel Promenade, Kota Kinabalu (22 & 23 Jun)
− Shah Alam Convention Centre (SACC) (29 & 30 Jun).

Syarat uji bakat
− Peserta lelaki dan wanita
− Peserta individu atau duo
− Berumur 18 hingga 35 tahun
− Warga Malaysia dan Singapura termasuk artis yang tidak terikat dengan sebarang kontrak rakaman atau pengurusan.

Karnival Jom Heboh gegar Putrajaya

Posted: 23 May 2013 05:08 PM PDT

Lokasi ketiga janji aktiviti lebih menarik

Selepas membuka tirai di Pulau Warisan, Kuala Terengganu diikuti Johor, acara padang terbesar TV3, Karnival Jom Heboh meneruskan kemeriahan ulang tahun ke-11 di Presint 2, Putrajaya, mulai esok dengan program lebih segar dan menarik.

Antara yang menarik ialah pembukaan gerai eksklusif Cereka dan Studio 3; Bananana! Land; Selera @ Jom Heboh; Wow! Bag Booth; Kota Ilmu dan kiosk perkhidmatan yang akan memuatkan segala maklumat, paparan menarik, cenderamata keluaran terhad dan promosi program TV3.

Gerai Cereka menggabungkan program terbaru dari slot drama, hiburan, majalah dan dokumentari. Antara artis yang akan turun padang ialah Sherry Ibrahim (bintang Akasia : Teduhan Kasih); Syatilla Melvin (Azalea : Kalau Bukan Aku); Jay Iswazir (Aksi : Karlos); Izzue Islam dan Azlee Khairi (Zehra : Sebenarnya Saya Isteri Dia); Qi Razali (Jalan-Jalan Cari Makan) dan ramai lagi.

Tidak ketinggalan pelakon filem Kil dan Pecah seperti Cristine Suzanne, Redza Minhat dan Ako Mustapha.

Peluang tonton episod drama bersiri akan datang

Gerai Studio 3 memberi peluang kepada penonton setia TV3 menyaksikan episod akan datang drama bersiri TV3. Antaranya Karlos; Kisah Cinta; Sebenarnya Saya Isteri Dia; Epilog Cinta Khirana; Teduhan Kasih dan Iman Nabila. Pengunjung hanya perlu menderma di pintu masuk Studio 3 untuk mendapatkan tiket.
Bananana! Land pula khusus untuk peminat cilik yang pasti ceria dengan kehadiran Deera, Harris dan Hadi dari program Idola Kecil serta Mohamed Solehin (Soccer Kids All Stars) yang akan melakukan pelbagai aktiviti menarik.

Wow! Bag Booth pula menjual koleksi cenderahati eksklusif dari semua rangkaian televisyen dan radio Media Prima Berhad seperti TV3, TV9, ntv7, 8TV, Bananana!, HOT FM dan Tonton. Pengunjung juga boleh beramah mesra dengan artis jemputan seperti Alex Yanz, Riz Amin, Zalif Sidek dan Nur Risteena.

Persembahan band indie

Sementara itu, khusus untuk pengunjung generasi muda, TV9 membawa barisan band Indie seperti Oh Chentaku, Bunkface, OAG dan Go Gerilla, mulai jam 9 malam, Ahad ini.

Sehubungan itu, jangan lupa hadir pada Karnival Jom Heboh di Putrajaya selama dua hari mulai esok untuk bertemu artis pujaan dan memenangi hadiah menarik.

Khamis, 23 Mei 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Search lawan Loudness

Posted: 22 May 2013 03:39 PM PDT

Amy ajak peminat saksi gimik dua band rock terhangat pada konsert di Stadium Merdeka, bulan depan

Magis dua tahun lalu bakal berulang dalam skala lebih besar. Peluang berkongsi pentas sekali lagi dengan band heavy metal antarabangsa dari Jepun, Loudness cukup dinantikan vokalis kumpulan Search, Amy.

Kumpulan legenda rock tanah air itu akan berkongsi pentas bersama Loudness dalam konsert Thunder In The East 2013 di Stadium Merdeka pada 30 Jun depan.

Selain Search, konsert anjuran Clockwork Events Malaysia turut dihangatkan dengan persembahan kumpulan Rusty Blade dari Singapura dan band rock legenda Indonesia, Slank.

Tak sabar bertemu idola

Biarpun pernah berkongsi pentas dua tahun lalu pada kunjungan pertama Loudness ke Kuala Lumpur, Amy tetap teruja dan tidak sabar untuk bertemu dengan kumpulan yang cukup dikagumi mereka.

"Loudness menjadi idola kami sejak dulu lagi. Malah kami sering membawakan lagu mereka ketika menyanyi di kelab. Peluang berduet dengan Minarou dua tahun lalu umpama mimpi, saya tidak pernah terfikir akan mendapat peluang begitu.
"Kami memang merancang sesuatu yang istimewa antara Search dengan Loudness pada konsert kali ini. Apa gimiknya, kena nantikan malam itu. Apa yang pasti, konsert ini akan meninggalkan kenangan manis bukan saja kepada peminat, malah kami sendiri," kata Amy pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Dalam konsert itu, Search akan membawa penonton bernostalgia dengan lagu popular mereka dari album pertama hingga kelima. Album itu ialah Cinta Buatan Malaysia, Langit dan Bumi, Mentari Merah Di Ufuk Timur, Fenomena dan Karisma yang diterbitkan dari 1985 hingga 1990.

Bagai festival rock

Pengarah Projek, Iman Tang, berkata Thunder In The East bakal menjadi sebuah konsert hebat mengatasi konsert pertama Loudness pada kunjungan pertama dulu.
Iman berkata, undangan Clockwork Events yang diajukan kepada kumpulan yang cukup popular di Amerika Syarikat (AS) itu mendapat maklum balas baik.

"Kumpulan Loudness sangat gembira dengan sambutan yang amat baik pada kunjungan pertama dulu. Jadi, ketika kami menjemput mereka untuk konsert ini, Loudness segera memberi persetujuan. Anggota Loudness tidak menyangka mereka mempunyai ramai peminat di Malaysia.

"Mengenai band lain, kami memilih kumpulan rock dari Asia yang berpengaruh kerana konsert ini bakal menjadi sebuah festival rock.

Loudness setuju band gandingan

"Search tidak perlu diperkenalkan lagi kepada Loudness. Bagi dua kumpulan lain, kami menghantar profil kepada anggota Loudness dan ternyata mereka gembira dengan gandingan dicadangkan," kata Iman.

Loudness yang ditubuhkan pada 1981 mula dikenali selepas menghasilkan album Inggeris pertama berjudul Thunder In The East pada 1985.

Kumpulan ini dianggotai Minarou Niihara selaku vokalis, Akira Takasaki (gitar solo); Masayoshi Yamashita (bass) dan pemain dram baru, Masayuki Suzuki. Suzuki atau lebih dikenali sebagai Ampan menggantikan pemain dram asal, Munetaka Higuchi yang meninggal dunia akibat barah hati pada 30 November 2008.

Tiket Konsert Thunder In The East berharga dari RM138 hingga RM888. Tiket boleh didapati di www.ticketpro.com.my, manakala maklumat mengenai konsert boleh diperoleh dengan melayari www.clockwork.my.

Dira tidak mahu toleh ke belakang lagi

Posted: 22 May 2013 03:36 PM PDT

Tidak menyesal mengundurkan diri daripada rancangan hiburan popular, Melodi, Dira Abu Zahar tidak mahu memandang ke belakang dan mengimbas kontroversi yang pernah melanda dirinya, suatu ketika dulu.

Malah, Dira tidak pernah meletakkan noktah dalam perjalanan seninya serta masih aktif berlakon cuma lebih selektif.

Menemui pelakon ini pada majlis tayangan filem terbarunya, Lari terbitan Excellent Pictures di TGV Sunway Pyramid, baru-baru ini, Dira atau nama sebenarnya Khaidirah Abu Zahar, 29, juga masih ditawarkan menjadi hos.
Saya tak pernah umum akan berhenti berlakon. Ini kerana saya tak boleh tolak tawaran seni. Ini dunia saya dan saya masih lagi aktif" Dira, Pelakon

Sibuk berlakon

"Saya baru saja habis penggambaran drama bersiri 40 episod Dahlia. Jika semuanya jadi, saya akan terbabit dengan program travelog yang akan menjalani penggambaran di Sabah. Selain itu, saya akan membintangi filem Tolong yang memilih lokasi di negeri sama.


"Saya tak pernah umum akan berhenti berlakon. Ini kerana saya tak boleh tolak tawaran seni. Ini dunia saya dan saya masih lagi aktif. Banyak produk saya disiarkan tahun ini kerana tahun lalu, saya sibuk berlakon hingga jarang muncul dalam media.
"Mulai sekarang, saya merancang kerjaya dan memilih watak. Mengenai program Melodi, itu sudah lama berlalu. Bukan tak sedih, tapi sudah-sudahlah bercakap mengenainya. Bukan nak cakap saya menyesal dan tidak gembira bekerja di Melodi, tapi biarlah ia berlalu," katanya.

Dira mengacara Melodi bersama Zizan sejak Mac 2011 hingga Mei 2012. Bagaimanapun, kontraknya bersama Melodi ditamatkan berikutan ketika itu dia berdepan isu peribadi.

Lari cabar diri

Memberi lebih keutamaan kepada bidang lakonan, isteri kepada pengarah filem Bikers Kental, Mohd Helmi Mohd Yusof ini memilih tawaran berlakon berbanding pengacaraan.

Minatnya lebih kepada bidang lakonan dan setiap watak dihidupkan dengan cara sendiri. Dira tidak gemar merujuk kepada mana-mana pelakon baik Hollywood atau rantau ini kerana tidak mahu terikut-ikut dengan gaya pelakon lain.

Membintangi filem aksi Lari bersama Aaron Aziz, Dira mengaku filem itu mencabar dirinya. Dira teruja kerana kali pertama dia menjalani penggambaran di luar Kuala Lumpur malah terpaksa berulang-alik ke Perlis selama sebulan.

Seronok bekerja dengan Ahmad Idham

"Saya tidak melakukan banyak aksi seperti Aaron. Saya menjadi anak nelayan dan mungkin disebabkan rupa kemelayuan saya, saya dipilih pengarahnya, Ahmad Idham. Seronok sebab saya tak perlu tampak cantik selalu dan kena bertahan di bawah cuaca panas.

"Ini projek pertama saya bersama Ahmad dan seronok bekerja dengannya. Ahmad Idham tahu apa yang dimahukan serta serius ketika bekerja. Tapi kami masih lagi santai dan tidak rasa tertekan," tambahnya yang melakonkan watak Maya.

Filem Lari mula menjengah pawagam pada 6 Jun depan. Selain Aaron dan Dira, pelakon lain yang terbabit ialah Hazama Azmi, Erin Malek dan Erry Putra.