Adsense

Khamis, 17 Januari 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Wawa tak minta bayaran tinggi

Posted: 16 Jan 2013 06:51 PM PST

Pelakon Cinta Qaseh akui masih baru, enggan rosak kerjaya sendiri

Baru-baru ini tersiar gosip mengatakan bakat baru ini sudah mula meletakkan harga. Kemudian, kedengaran pula cerita kononnya dia hanya inginkan watak utama andainya ada tawaran.

Apabila cerita sebegitu dikaitkan dengan bakat yang belum terbukti kemampuannya, tentulah ia menimbulkan pelbagai reaksi. Antaranya, siapakah dia untuk meminta yang bukan-bukan?

Enggan membiarkan persoalan itu berlarutan, kesempatan bertemu dengannya di Balai Berita, semalam, digunakan untuk mendapatkan penjelasan daripada empunya diri. Malah, Wawa Zainal juga bagai dapat mengagak pertanyaan yang bakal diajukan sebaik saja wartawan HIP menghampiri.

Wawa menyangkal dakwaan mengatakan dirinya kini sudah pandai meminta harga tinggi atau demand bagi perkhidmatan diberikan.

Tegasnya, jauh sekali untuk dia bertindak demikian kerana mengenangkan bakatnya yang masih hijau dan dirinya yang belum 'matang'. Segala urusan berkaitan tawaran serta harga ditentukan pihak pengurusannya, MIG Productions.

Bimbang penerbit lari
Wawa juga menjelaskan, dia berasakan harga diberikan syarikatnya berbaloi serta munasabah dengan bakatnya yang masih baru.

"Kadar harga saya biasa saja, sekitar RM6,000 ke RM7,000 untuk sebuah filem, manakala untuk drama episod pula sekitar RM1,500.

"Buat apa saya nak demand kerana ia akan menjejaskan kerjaya seni saya juga? Ia juga akan membuatkan penerbit takut nak ambil saya. Jadi, tak timbul soal harga dan apa yang diletakkan itu agak munasabah, bersesuaian dengan bakat saya," katanya.

Mengakui isu harga timbul selepas dia menerima tawaran daripada sebuah produksi drama, ia membuatkan pelakon ini kerisauan. Kini dia mengharapkan isu itu tidak dipanjangkan selepas penjelasan diberikan.

Mungkin kerana wujud salah faham menyebabkan ada pihak melabelkan dirinya meminta berlebih-lebihan. Bagi Wawa, perjalanannya masih jauh dan agak tidak adil untuk dia bersikap sedemikian tatkala bakatnya baru hendak digilap.

Peluang gilap nama

Mengenai pencalonannya dalam senarai akhir kategori Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012, Wawa menganggap ia peluang untuknya menaikkan lagi namanya dalam industri seni.

Baru dua tahun menjejakkan kaki dalam industri, Wawa berbangga apabila peminat menyedari kehadirannya dan kini disenaraikan dalam acara berprestij itu.

"Tak menang tak apa, yang penting nama saya pernah berada dalam Top 5 ABPBH. Saya tidak ada kelab peminat kerana masih baru dan orang tidak mengenali saya lagi," katanya yang tidak menafikan mungkin mempunyai kelab penyokong sendiri suatu hari nanti, bagi memudahkan mereka melakukan aktiviti bersama.

Baginya, populariti juga bukan diukur dari segi rupa paras, sebaliknya bakat lebih penting dalam menaikkan lagi kerjaya seseorang artis.

"Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini rezeki tidak putus-putus dan saya akan rebut apa saja tawaran yang datang. Bagaimanapun, saya suka habiskan satu persatu, tidak ambil sekali gus," katanya yang baru selesai penggambaran filem Longkai bergandingan dengan Faizal Hussein, Erra Fazira dan Black.

INFO: Wawa Zainal

* Walaupun tidak mempunyai kelab peminat, Wawa mempunyai kumpulan penyokong di Twitter yang menggelarkan diri mereka Wawa Lovers.

* Wawa turut mempunyai 200,000 rakan di laman peminat (fan page) yang diwujudkan pengikutnya. Ia melebihi jumlah peminat fan page artis ini sendiri yang mempunyai lebih 80,000 rakan.

* Duta produk kecantikan jenama Shurah ini menjadikan Lisa Surihani sebagai idola dalam mencapai impiannya bergelar pelakon berjaya.

* Terbaru, Wawa membintangi drama 13 episod arahan Feroz Kader berjudul Cinta Qaseh.

Dia mahu imej sendiri

Posted: 16 Jan 2013 02:58 PM PST

Rupanya saling tak tumpah gadis Melayu. Namun, penyanyi berusia 25 tahun ini berasal dari Utah, Amerika Syarikat (AS), bergelar finalis kepada program realiti popular The Voice musim pertama, Dia Frampton tidak dinafikan ramah dan mudah mesra.

Menemuinya di Wisma Academy, Petaling Jaya, sehari sebelum persembahannya di The Bee, Solaris Dutamas, malam Sabtu lalu, Dia sedang giat menjelajah Asia Tenggara seperti Vietnam, Singapura, Filipina, Thailand dan Indonesia.

Mempromosikan album solo pertamanya yang berjudul Red, Dia begitu teruja dapat mengembara, mengumpul pengalaman dan bekerjasama dengan pelbagai jenis pemuzik dan insan seni. Meskipun judul albumnya sama dengan album terbaru milik Taylor Swift, Dia menolak sangkaan dia meniru penyanyi country terbabit, sebaliknya Dia mahu menjadi diri sendiri.
Saya suka melakukan suatu yang berbeza dan menarik. Dalam perjalanan itu, saya tahu saya perlu melalui banyak kesilapan," Dia Frampton, Penyanyi

Dia masih mencari genre muzik yang sesuai dengannya. Disebabkan itu, Dia mahu menjelajah dan bekerja dengan seberapa ramai pemuzik bagi mencari kelainan.

"Saya meminati artis seperti Damien Rice, Tori Amos dan banyak lagi. Tapi saya tak akan menjadi satu lagi Tori Amos. Saya suka melakukan suatu yang berbeza dan menarik. Dalam perjalanan itu, saya tahu saya perlu melalui banyak kesilapan.

"Itu sebabnya saya mahu bekerja dengan orang berbeza. Malah, saya ingin bekerjasama dengan artis dari Korea seperti kumpulan yang saya minati iaitu 2NE1," katanya.

Dia memberitahu, dia mengenali Afgan, artis dari Indonesia dan gemar melihat apa yang berlaku dalam persada muzik di seluruh dunia.
"Tapi sedihnya, saya tidak mengenali artis di Malaysia. Tambah lagi, saya hanya berada di negara ini dua hari. Jadi, tak sempat untuk mengenali artis Malaysia," katanya yang pernah bekerjasama dengan kumpulan Foster The People, Florence And The Machine selain mentornya, Blake Shelton.

Pernah berduet dengan kakak

Mungkin tidak ramai yang tahu, sebelum menyertai The Voice, Dia berduet dengan kakaknya pada 2004. Ketika itu, mereka menggelarkan diri sebagai Meg & Dia.

Bertanya apakah program The Voice banyak menaikkan namanya berbanding ketika menjadi artis indie, Dia mengakui program itu banyak membantunya meluaskan karier seninya.

"Namun, tanpa saya sedari dan membuatkan saya lebih gembira, ketika menjelajah, ada peminat tahu dulu saya berduet dengan kakak. Ini membuktikan ramai yang mengikuti perjalanan seni saya sejak dulu lagi," katanya.

Dia gembira singlenya yang berjudul The Broken Ones diterima dengan baik di seluruh dunia.

Bukan sekadar menyanyi, Dia yang meminati manisan pulut mangga memberitahu, dia bakal menerbitkan buku untuk bacaan golongan remaja. Buku yang mungkin diberi judul Captain Lightning Bug. dijangka diterbitkan tahun ini.

Selain novel, Dia juga sedang mengusahakan pengeluaran album keduanya yang dijangka dipasarkan tahun ini.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Rita Rudaini Ibarat Budak Belum Matang – Fauzi Nawawi

Posted: 16 Jan 2013 08:20 PM PST

Lisdawati dan Fauzi Nawawi

Lisdawati dan Rita Rudaini sudahpun berdamai setelah 7 tahun bermusuhan, namun mungkin belum tiba masanya lagi Rita Rudaini dan suami Lisdawati, Fauzi Nawawi untuk berdamai sehinggakan Rita Rudaini meletakan syarat agar Fauzi Nawawi tiada di lokasi pengambaran ketika dia disana..

Bercakap kepada Harian Metro hari ini, Fauzi Nawawi mengatakan yang sikap Rita Rudaini itu ibarat budak yang belum matang..

"Sikap dia seperti budak belum matang. Saya sendiri tidak faham apa masalahnya sampaikan tidak mahu saya berada di lokasi penggambaran ketika dia ada,"

"Saya tiada masalah dengannya dan boleh bekerja dengan sesiapa saja. Lakonan adalah karier saya, jadi apa jua situasi yang berlaku, saya kena menempuhnya,"

Untuk pengetahuan korang, Fauzi Nawawi, Lisdawati dan Rita Rudaini terlibat sama dalam penggambaran drama terbaru, Kerana Sarah arahan Murali Abdullah.. Namun Fauzi Nawawi bersikap profesional dan menghormati permintaan Rita Rudaini serta pihak produksi yang tidak membenarkan mereka bersama ketika penggambaran dijalankan..

Sumber:Metro

Seniman Akan Buat Kejutan Pada Patrick Teoh Kerana Menghina Islam

Posted: 16 Jan 2013 05:02 PM PST

zed-zaidi

Gara-gara Patrick Teoh yang mengeluarkan kenyataan menyentuh sentimen agama Islam di akaun facebook dia tempoh hari, Zed Zaidi selaku presiden SENIMAN membidas dan mengutuk tindakan pelakon itu yang dikatakan menghina Islam.. Menurut Zed Zaidi, perbuatan menghina agama ini sangat sensitif dan boleh membawa kepada peperangan..

"Mewakili persatuan, saya mengutuk segala kata-kata kesat yang dikeluarkannya berhubung sentimen agama kita.

"Kalau dia nak bagi pandangan atau rasa tak puas hati, saya tak kisah. Itu pandangan peribadi. Tetapi saya tidak bersetuju apabila dia menggunakan sentimen agama,"

"Soal agama ini sangat sensitif… boleh bawa kepada peperangan. Dia perlu jelaskan keadaan sebenar.

"Marah kerajaan negeri marahlah… yang pergi sentuh agama Islam kenapa? Gunalah kata-kata yang baik. Bukan kata-kata kesat seperti itu," katanya kepada Sinar Harian Online.

Tambah Zed Zaidi lagi, sesiapa yang tidak berpuas hati dengan tindakan Patrick Teoh itu boleh membuat laporan polis kemudian rujuk kepada SKMM..

"Siapa yang tidak puas hati, boleh buat laporan polis kemudian rujuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Zed Zaidi juga telah mengumumkan di akaun twitternya yang pihak Seniman akan membuat kejutan kepada Patrick Teoh sekitar jam 1.30 petang ini kerana menghina Islam.. Kejutan apa yang pihak Seniman nak buat kami pun tak tahu.. Sama-sama la kita tunggu tindakan daripada pihak Seniman nanti..

zed zaidi seniman akan buat kejutan pada patrick teoh

Rabu, 16 Januari 2013

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Rosie Huntington-Whiteley suka pakaian gaya vintaj

Posted: 16 Jan 2013 09:56 AM PST

[unable to retrieve full-text content]LOS ANGELES 16 Jan. - Model tinggi lampai, Rosie Huntington-Whiteley berkata, dia mempunyai bilik persalinan yang berwarna merah jambu dan keemasan dan mengakui dia tidak membenarkan lelaki masuk ke bilik...

Aktor Ryan Gosling suka mengait

Posted: 16 Jan 2013 09:56 AM PST

[unable to retrieve full-text content]LOS ANGELES 16 Jan. - Aktor dan juga pengarah filem kelahiran Kanada, Ryan Gosling dilaporkan mula jatuh cinta dengan aktiviti mengait. Menurut Gosling, yang baru membintangi filem Gangster Squad, mengait...

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Berpisah dua minggu

Posted: 15 Jan 2013 02:44 PM PST

Liyana Jasmay ikut pesan orang tua, tak jumpa tunang sampai hari kahwin

Biar hidup dalam dunia serba moden, Liyana Jasmay, 24, yang akan menikahi usahawan, Fathuddin Mazlan, 28, pada 2 Februari ini tetap mengikut pantang larang orang tua apabila tidak bertemu bakal suami menjelang hari bahagia mereka.

Pelakon, penyanyi dan penerbit muda itu memaklumkan ibunya, Datin Habsah Simpon, memberi tempoh hingga Jumaat ini kepada mereka untuk menyelesaikan segala urusan pernikahan mahu pun persandingan sebelum 'dikuarantin'.

"Alhamdulillah, segala perihal berkaitan majlis (nikah dan resepsi) sudah hampir 100 peratus selesai hasil bantuan seluruh anggota keluarga kami terutama kakak saya, Adriana, yang tidak menang tangan sejak beberapa bulan lalu.

"Kalau ada perkara yang belum selesai pun mungkin cuma fitting busana pengantin yang memerlukan saya dan Fathuddin datang bersama. Rasanya Jumaat ini ialah hari terakhir kami berpeluang berjumpa.

"Kata orang tua-tua, lebih manis tidak bertemu menjelang hari pernikahan itu nanti. Sebagai orang muda, kita ikutkan saja nasihat sebegini. Tentu ada sebabnya," katanya ketika dihubungi, semalam.

Ikut suami ke Sabah
Daripada nada suaranya, Liyana yang mesra disapa Nana sememangnya sedang melalui fasa bahagia. Malah kongsinya, dia tidak sabar hidup bersama insan tercinta selepas ditunangkan Mac tahun lalu, iaitu kira-kira tiga bulan sebelum melanjutkan pengajian ke New York selama setengah tahun.

"Sejujurnya saya sukar meluahkan bagaimana perasaan saya menjelang hari itu nanti, namun kami sama-sama gembira dan bersyukur impian hidup bersama direstui semua," katanya yang akan mengikut suami ke Sabah.

Bagaimanapun, tambah anak bongsu daripada empat bersaudara itu, andai jadual kerjaya seni memerlukannya 'turun' ke ibu negara, dia masih boleh memenuhi undangan malah mereka juga tetap kerap pulang Kuala Lumpur berikutan tuntutan tugas Fathuddin.

Bulan madu di New York, Paris

Pasangan serasi ini akan dinikahkan di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur pada pagi 2 Februari, manakala majlis persandingan yang dijadualkan dimeriahkan kehadiran 1,000 jemputan berlangsung pada malamnya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Majlis bertandang yang bakal menyaksikan mempelai menyarungkan busana sentuhan Rizman Ruzaini pula mengambil tempat di Dewan Perdana Felda pada 9 Februari ini.

Pereka popular, Jovian Mandagie, dipertanggungjawabkan memberi sentuhan untuk persalinan nikah dan resepsi di PWTC manakala urusan dandanan diserahkan kepada Deq Sha serta Tiar Zainal.

Berdasarkan perancangan, dia akan kembali semula ke New York bagi menjalani penggambaran drama terbitan Mermaid Studios yang juga miliknya bersama Adriana, selain mengambil peluang berbulan madu sambil bekerja disusuli percutian ke London dan Paris.

Paramore kembali ke Kuala Lumpur

Posted: 15 Jan 2013 02:38 PM PST

Hadir buat kali kedua, kumpulan pop rock dari Tennessee, Amerika Syarikat (AS), Paramore, akan menghiburkan peminat mereka di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 17 Februari ini.

Semestinya menjanjikan persembahan lebih mantap daripada konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada 19 Oktober 2010, kumpulan berkenaan dikhabarkan bakal muncul dengan imej lebih segar.

Pada masa yang sama, kumpulan berkenaan mengambil kesempatan mempromosikan album terbaru yang bakal muncul di pasaran pada 9 April nanti. Kumpulan yang ditunjangi Hayley Williams sebagai vokalis ini dikatakan cukup berbesar hati memilih Kuala Lumpur sekali lagi sebagai satu daripada lokasi jelajah dunia mereka.

Masakan tidak, konsertnya yang lalu berjaya menarik kira-ira 12,000 peminat, yang majoritinya terdiri daripada golongan remaja. Semestinya kali ini Paramore merencanakan persembahan lebih bertenaga untuk pengikut setia mereka.

Lebih banyak kumpulan beraksi

Dikatakan bakal berdurasi lebih lama berbanding persembahan terdahulu, Pengurus Besar Tune Talk, Jason Lo, berkata ramai lagi nama besar yang akan diterbangkan ke sini dan Paramore ialah aksi permulaan bagi tahun ini.

"The Return of Paramore Live In Kuala Lumpur ialah konsert pembukaan bagi 2013. Kami teruja dapat bekerjasama lagi bersama kumpulan berbakat besar dan kreatif sebegini, malah Paramore juga terkenal dengan persembahan pentas yang mantap.
"Kami berusaha untuk mengundang lebih banyak kumpulan terkemuka untuk mengadakan persembahan di sini. Muzik boleh dianggap seperti makanan. Jika ia lebih enak, kita mahukan lebih lagi. Begitu jugalah dengan Paramore. Melihat konsert mereka yang lalu mendapat sambutan hebat, ramai yang menginginkan mereka kembali," katanya pada sidang media pengumuman konsert terbabit di Bangsar, kelmarin.

Turut hadir ialah Pengarah Research In Motion (RIM) Malaysia, Annamalai Muthu; dan Pengarah Live Events daripada Livescape Asia, Rahul Kukreja.

Pada konsert itu nanti, kumpulan tempatan, One Buck Short akan menjadi aksi pembuka tirai manakala kumpulan rock bebas AS, Mewithoutyou, akan turut menghangatkan suasana.

Tiket untuk menyaksikan konsert kerjasama Tune Talk dengan Blackberry ini boleh didapati di kaunter tiket Ticketpro. Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi talian 03-78807999 atau layari laman web www.ticketpro.com.my.

INFO: Paramore

* Selepas muncul dengan album pertama, All We Know Is Falling, pada 2005, Paramore berbangga dengan pencapaian album kedua, Riot (2007) yang meraih jualan platinum di AS. Ia turut mencatat jualan emas di Australia, Kanada, New Zealand dan United Kingdom.

* Sambutan hangat juga diterima mereka untuk album ketiga, Brand New Eyes, yang dikeluarkan pada 2009.

* Dengan pengunduran adik-beradik Farro iaitu Josh dan Zac, kini Paramore dianggotai oleh Hayley, Jeremy Davis dan Taylor York.

* Antara lagu mereka yang popular ialah That's What You Get, Misery Business, Brick By Boring Brick, The Only Exception, Ignorance dan Decode.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Uji Rashid Kesal TV3 Masih Tidak Mohon Maaf

Posted: 15 Jan 2013 07:56 PM PST

Uji-Rashid-kesal

Penyanyi veteran, Uji Rashid merasa kesal dengan tindakan TV3 yang masih lagi belum memohon maaf terhadap penyingkirannya disaat akhir daripada membuat persembahan di AJL baru-baru ini.. Beliau menganggap stesyen TV itu agak kurang sopan kerana tidak meminta maaf dengan apa yang telah berlaku.. Bagi Uji Rashid, sepanjang 38 tahun dia berada didalam industri, ini adalah kejadian yang paling teruk pernah dialami..

"Memang kalau nak cakap secara kasarnya, pihak itu (TV3) agak kurang sopan. Mereka tidak patut membuat saya atau sesiapa pun begitu.

"Sepanjang 38 tahun saya berada dalam industri muzik tempatan, peristiwa ini antara kejadian paling teruk yang pernah saya hadapi. Dan setakat ini, pihak mereka belum membuat sebarang permohonan maaf kepada saya,"

Namun Uji Rashid berpendapat, semua yang berlaku ini ada hikmah di sebaliknya.. insiden yang telah menjadi bualan banyak pihak itu telah membuatkan rezekinya bertambah.. Banyak pihak penganjur majlis mula mengundangnya untuk membuat persembahan…

"Kadang-kadang saya geli hati juga dengan apa yang berlaku kerana secara tiba-tiba nama menduduki carta pertama di beberapa kolum gosip.

"Pada masa sama, Tuhan membuka luas rezeki saya lagi di mana saya menerima lebih banyak undangan persembahan. Alhamdulillah,"

Sumber: Mstar

Lisdawati Dan Rita Rudaini Berdamai Selepas 7 Tahun Bermusuh

Posted: 15 Jan 2013 07:29 PM PST

Lisdawati Dan Rita Rudaini

Permusuhan diantara Lisdawati dan Rita Rudaini yang berlarutan selama hampir 7 tahun akhirnya kembali jernih apabila mereka berdua bersetuju untuk berdamai setelah mereka berdua ditawarkan berlakon dalam sebuah drama bersiri, kerana Sarah..

Bagi Lisdawati, Tahun 2013 ini dia berazam untuk melalui hidup yang lebih harmoni tanpa ada sebarang permusuhan dan sengketa dengan sesiapa sekalipun..

"Tahun 2013 ini, saya berazam untuk melalui suasana harmoni dan sekiranya terdapat persengketaan dengan sesiapa sekalipun, orang kata, buang yang keruh, ambil yang jernih.

"Begitu juga dengan dia (Rita), apa yang berlaku itu biarlah berlalu dan saya hormat dia sebagai pelakon yang lebih 'senior' daripada saya. Diharap, tiada sesiapa yang akan mengungkit perkara lama itu,"

Sementara itu buat Rita Rudaini pula, beliau menganggap perkara tersebut telah lama selesai dan tiada lagi masaalah yang perlu timbul.. Bagi Rita, perhubungan mereka lebih pada profesional dalam kerjaya..

"Saya tidak mempunyai masalah dengan dia (Lisdawati). Perhubungan kami lebih pada profesional dalam bidang kerja kami.

"Kami bertegur sapa, tetapi tak banyak berbual pun di lokasi. Cuma dengan apa yang telah berlaku, saya mengambil pendekatan untuk lebih berhati-hati.

"Dalam masa yang sama saya tidak mahu Fauzi ada dalam apa juga penggambaran yang saya lakukan atas sebab yang tidak dapat saya kongsi kepada umum," -Mstar

Untuk pengetahuan anda, Rita Rudaini dan Lisdawati mula bermusuh selepas belakunya pergaduhan sehingga tarik-tarik rambut dan tampar menampar ketika sesi terakhir pengambaran drama Kau Yang Ku Sayang di kolam renang sebuah hotel di Georgetown, Pulau Pinang.

Selasa, 15 Januari 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Kejutan Affleck

Posted: 14 Jan 2013 03:13 PM PST

Julang trofi utama Golden Globe, ketepikan pengarah berpengalaman termasuk Spielberg dan Ang Lee

Anugerah Golden Globe 2013 menyaksikan penguasaan Ben Affleck apabila dinobatkan pemenang Sutradara Terbaik selain filem arahannya, Argo, diumumkan Filem Terbaik pada majlis pengiktirafan kali ke-70 di Beverly Hills, semalam.

Beberapa hari sebelum anugerah ini berlangsung, namanya tidak tersenarai dalam pencalonan Anugerah Academy ke-85 yang bakal diadakan 24 Februari depan.
Lihat, saya tidak peduli anugerah apa pun. Apabila penyampai mengumumkan nama anda sebagai pemenang, itu adalah perkara yang luar biasa. Terima kasih kepada seluruh kru dan pelakon Argo kerana merealisasikan filem ini," Ben Affleck.

Bagaimanapun semalam Affleck nyata membuat kejutan dengan mengetepikan pengarah berpengalaman yang disebut-sebut bakal mengungguli trofi berkenaan, Steven Spielberg.

Apatah lagi filem sentuhan sutradara disegani itu, Lincoln, turut menerima pencalonan terbanyak dengan tujuh kategori yang pastinya punya harapan besar membawa pulang trofi utama.

Selain Spielberg, filem yang dicalonkan dalam lima kategori itu turut menewaskan judul arahan Kathryn Bigelow yang berkisar perburuan ke atas Osama bin Laden berjudul Zero Dark Thirty, Ang Lee (Life of Pi) serta Quentin Tarantino (Django Unchained).

Argo yang diterbitkan serta dibintangi Ben sendiri berkisar usaha menyelamatkan enam diplomat Amerika Syarikat (AS) dari Teheran, Iran, sekitar 1979 hingga 1981 yang mencuri perhatian kerana kontroversi perjalanan ceritanya dikatakan bercampur aduk antara realiti dan fiksyen.
"Lihat, saya tidak peduli anugerah apa pun. Apabila penyampai mengumumkan nama anda sebagai pemenang, itu adalah perkara yang luar biasa. Terima kasih kepada seluruh kru dan pelakon Argo kerana merealisasikan filem ini," katanya ketika menerima trofi.

Suami kepada pelakon, Jennifer Garner, itu juga sempat meluahkan terima kasih kepada keluarganya.

"Terima kasih Violet, Seraphina serta Samuel dan tentu saja untuk isteri tercinta. Saya menyayangi dan mengagumi kamu. Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi," katanya.

Lincoln menang satu trofi

Affleck, 40, memulakan kerjaya pengarahan menerusi lewat filem pendek, I Killed My Lesbian Wife, Hung Her on a Meat Hook dan Now I Have a Three-Picture Deal, sebelum muncul dengan Gone Baby Gone disusuli The Town yang meraih sambutan memberangsangkan.

Dikendalikan Tina Fey dan Amy Poehler selaku pengacara majlis, acara penganugerahan kedua terbesar selepas Oscar yang berlangsung selama empat jam itu menyaksikan sebanyak 25 kategori dipertandingkan.

Biar meraih pencalonan terbesar, Lincoln hanya mampu berpuas hati dengan sebuah trofi iaitu Aktor Terbaik menerusi Daniel Day-Lewis, yang sememangnya cemerlang membawakan watak tokoh bekas Presiden AS, Abraham Lincoln.

Pelakon itu menewaskan Richard Gere yang memberi saingan menerusi persembahannya dalam filem Arbitrage, John Hawkes (The Sessions), Joaquin Phoenix (The Master) dan Denzel Washington (Flight).

Untuk berita lanjut serta gambar-gambar menarik sekitar Anugerah Golden Globe 2013, dapatkan akhbar BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

INFO: Senarai pemenang Anugerah Golden Globe 2013
 Filem Terbaik (Drama): Argo
 Filem Terbaik (Muzikal/Komedi): Les Miserables
 Pengarah Terbaik: Ben Affleck (Argo)
 Aktres Terbaik (Drama): Jessica Chastain (Zero Dark Thirty)
 Aktor Terbaik (Drama): Daniel Day-Lewis (Lincoln)
 Aktor Terbaik (Muzikal/Komedi): Hugh Jackman (Les Miserables)
 Aktres Terbaik (Muzikal/Komedi): Jennifer Lawrence (Silver Linings Playbook)
 Aktres Pembantu Terbaik: Anne Hathaway (Les Miserables)
 Aktor Pembantu Terbaik: Christoph Waltz - Django Unchained
 Lakon Layar Terbaik: Quentin Tarantino (Django Unchained)
 Skor Asli Terbaik: Michael Danna (Life of Pi)
 Best Original Song: Skyfall (Skyfall/Adele)
 Filem Bahasa Asing Terbaik: Amour (Austria)
 Filem Animasi Terbaik: Brave
 Anugerah Cecil B DeMille: Jodie Foster
 Siri Televisyen Terbaik(Drama): Homeland
 Siri Televisyen Terbaik (Komedi/Muzikal): Girls
 Aktres Terbaik Siri Televisyen (Drama): Claire Danes (Homeland)
 Aktor Terbaik Siri Televisyen (Drama): Damian Lewis (Homeland)
 Aktres Terbaik Siri Televisyen (Komedi/Muzikal): Lena Dunham (Girls)
 Aktor Terbaik Siri Televisyen (Komedi/Muzikal): Don Cheadle (House of Lies)
 Siri Pendek Terbaik/Telefilem: Game Change
 Aktres Terbaik Siri Pendek/Telefilem: Julianne Moore (Game Change)
 Aktor Terbaik Siri Pendek/Telefilem: Kevin Costner (Hatfields & McCoys)
 Aktres Pembantu Terbaik Siri/Siri Pendek/Telefilem: Maggie Smith (Downton Abbey: Musim 2)
 Aktor Pembantu Terbaik Siri/Siri Pendek/Telefilem: Ed Harris (Game Change)

Semakin sembuh

Posted: 14 Jan 2013 02:25 PM PST

L Ramlie tak sabar pulang ke rumah, gembira rakan artis datang ziarah

Penyanyi popular era 60-an, Datuk Ramli Lazim, 71, ataupun lebih dikenali dengan panggilan L Ramlie, yang mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, kini stabil dan semakin sembuh.

Dimasukkan ke hospital sejak 25 Disember lalu, penyanyi yang popular dengan lagu Dara Pujaan ini ketika dihubungi, semalam, berkata, bagaimanapun dia belum dibenarkan pulang kerana masih terikat dengan beberapa prosedur.
Saya masih ditahan di wad. Menurut doktor, paru-paru dan jantung saya dalam keadaan yang baik, cuma buah pinggang belum baik sepenuhnya" Ramli Lazim, Penyanyi


"Saya masih ditahan di wad, di sini. Menurut doktor, paru-paru dan jantung saya dalam keadaan yang baik, cuma buah pinggang belum baik sepenuhnya. Tambahan pula, sekarang ini kaki kanan saya mengalami sakit urat dan agak sukar untuk saya berjalan.

"Petang nanti (semalam) saya akan menghadiri sesi fisioterapi dan kalau sudah sembuh, saya boleh pulang.

"Sebenarnya saya sudah sihat, cuma kaki kanan saja yang sakit, seperti ditarik-tarik uratnya," ujar artis veteran ini.
Beliau juga berkata, inilah kali pertama dia ditahan di hospital buat tempoh yang agak lama. Kali akhir dia dimasukkan ke wad adalah pada 2005 selama seminggu akibat sakit batu karang.

Peminat ambil berat

Pada pagi 25 Disember lalu, penyanyi ini diserang sesak nafas lalu rebah. Mujur pada masa itu beliau berada di rumah anaknya di Taman Sri Andalas, Klang.

"Sepatutnya saya menghadiri kenduri kahwin anak Mas Omar pada 23 Disember lalu. Tapi, sehari sebelum itu saya sakit perut dan dimasukkan ke pusat perubatan KPJ di Bukit Raja, selama sehari semalam. Saya dikatakan sudah sembuh pada ketika itu. Namun sehari selepas itu, selepas solat subuh, saya sesak nafas dan terus dihantar ke hospital oleh anak saya.

"Sekarang anak dan cucu bergilir-gilir menjaga saya di sini, dan syukurlah saya pun semakin sembuh," tambahnya yang turut gembira apabila ramai kenalan artis datang melawat.

Kelmarin, rakan seperti Datuk DJ Dave, Datuk M Nasir, Nash dan Mas Omar datang menjenguknya di hospital. Bukan saja itu, Hamid Gurkha dan wakil daripada Yayasan Artis 1Malaysia juga hadir meluangkan masa mereka menziarahinya.

Malah, L Ramlie senang hati kerana ahli kugiran serta peminat setia turut mengambil berat mengenai dirinya dan datang melawat.

Azizah masih diawasi doktor

Sementara itu, keadaan agak berbeza buat seorang lagi artis veteran, Datin Azizah Mohamad, 65, apabila penyanyi Syurga Idaman ini masih kurang stabil dan berada dalam pengawasan rapi doktor.

Menurut suaminya, Datuk A Rahman Hassan, Azizah juga tidak sekuat dulu lagi.

"Saya lihat isteri saya tak macam biasa apabila dia nampak tidak bersemangat dan tidak lalu makan. Memang sebelum ini doktor tidak benarkan dia makan, tapi selepas beberapa hari doktor sudah benarkan, cuma dia pula tak lalu makan.

"Badannya masih dimasukkan air, dan saya tengok dia sedikit lemah. Dia mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis yang agak serius.

"Baru-baru ini doktor beritahu, dia ada jangkitan kuman di paru-parunya. Oleh sebab itu dia belum boleh keluar hospital, sebaliknya masih dalam pengawasan doktor," ujarnya, semalam.

Dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur sejak 9 Januari lalu, A Rahman setia menemani isterinya itu di hospital terbabit.

Tambah penyanyi yang cukup dikenali menerusi lagu Tak Mengapa ini, isterinya tidak lekang diziarahi rakan artis, sama ada dari era pop yeh yeh mahupun angkatan muda.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Yuna Telefon Uji Rashid Untuk Minta Maaf

Posted: 15 Jan 2013 12:57 AM PST

yuna dan uji rashid

Gara-gara insiden Uji Rashid disingkirkan disaat akhir dan ditukar kepada penyanyi lain untuk menyanyikan lagu 'Terukir di bintang' di AJL tanpa pengetahuan Yuna.. Yuna secara peribadinya telah menelefon sendiri penyanyi kesayanganya itu untuk memohon maaf diatas apa yang telah berlaku..

Yuna yang sedang sibuk merakamkan album terbaru dengan komposer tekenal antabangsa, David Foster itu telah meluangkan masa dan membuat pangillan telefon dari Amerika Syarikat sekitar pukul 1 pagi, Sabtu lalu bagi memohon maaf dengan apa yang telah berlaku sebelum ini..

Yuna juga turut meluahkan rasa sedihnya kerana Uji Rashid telah diperlakukan sebegitu rupa oleh pihak penganjur.. Jelas Yuna, apa yang berlaku semuanya diluar pengetahuannya.. Yuna juga menafikan yang dia sendiri telah membuat keputusan untuk menukarkan Uji Rashid dengan penyanyi lain..

Uji Rashid bagaimanapun, menerima permohonan maaf daripada Yuna itu dan ingin melupakan segala insiden yang telah berlaku Walaupun masih terkesan dengan kejadian itu..

Sumber: Utusan

Isnin, 14 Januari 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Pernah dipinggir

Posted: 13 Jan 2013 02:29 PM PST

Selepas kecewa tak terpilih tahun lalu, Siti Saleha bangkit jadi calon Top 5 ABPBH 2012

Hati kecil Siti Saleha Mohd Baharom pernah terguris apabila namanya tercicir daripada senarai Top 5, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), tahun lalu. Sedangkan, ketika itu, drama lakonannya Nora Elena mencetus fenomena hebat.

Namun, kekecewaan aktres jelita ini terubat apabila namanya melangkah ke peringkat akhir ABPBH 2012 - seiring Fasha Sandha; Neelofa; Nabila Huda dan Izara Aishah dalam kategori Pelakon Televisyen (TV) Wanita Popular.
Pelbagai persoalan menerjah dalam diri, saya terasa seperti dipinggirkan. Malah, kehadiran saya bagai tidak diperlukan. Namun, syukur saya cepat tersedar bahawa saya masih dianggap pelakon baru. Jadi memerlukan sedikit masa untuk memikat peminat," Siti Saleha Mohd Baharom

Ketika hadir pada majlis pengumuman Top 5 ABPBH 2012 di Holiday Villa Hotel & Suites, Subang Jaya, minggu lalu, bibir gadis kacukan Melayu-Inggeris ini tidak henti-henti menguntum senyuman.

"Jujur saya terkejut dan sangat gembira apabila nama dicalonkan dalam kategori yang sangat kuat ini."

"Saya tidak mahu mengharapkan apa-apa. Alhamdulillah, dicalonkan pun sudah cukup menggembirakan hati saya," kata Siti Saleha yang baru muncul dengan drama berjudul Ruby di TV3.

Ambil masa pikat peminat
Mengimbau kenangan gagal menjadi calon akhir ABPBH tahun lalu, Siti Saleha terpaksa akur.

Ini kerana, katanya, ia disebabkan namanya masih terlalu baru dalam dunia lakonan. Ketika itu, dia baru dua tahun bergiat dalam bidang lakonan. Justeru Siti Saleha mengakui dia memerlukan banyak masa untuk menyerlah dalam bidang yang penuh persaingan ini.

"Memang ketika itu, saya kecewa. Terdetik dalam hati, di mana silapnya hingga saya gagal melangkah ke Top 5. Tanpa saya sedari, ketika itu, perjalanan seni saya masih baru dan semuanya bukan tugas mudah.

"Pelbagai persoalan menerjah dalam diri, saya terasa seperti dipinggirkan. Malah, kehadiran saya bagai tidak diperlukan. Namun, syukur saya cepat tersedar bahawa saya masih dianggap pelakon baru. Jadi memerlukan sedikit masa untuk memikat peminat," katanya.

Kesabaran tiga tahun terubat

Siti Saleha berkata, selepas tiga tahun menjadi pelakon, baru semuanya nampak di depan mata.

"Akhirnya, apa yang saya damba menjadi kenyataan. Ketika drama Nora Elena ditayangkan saya masih baru, selepas itu barulah saya mendapat sokongan tidak berbelah bahagi dari peminat sehingga tertubuhnya Team Siti Saleha.

"Kelab ini diwujudkan Ogos tahun lalu dan saya sudah mengadakan beberapa aktiviti. Saya tidak menyangka peminat sudi menubuhkan kelab ini semata-mata bagi memberi sokongan kepada kerjaya seni saya," kata Siti Saleha yang mengakui belum mempunyai strategi khusus bagi memenangi undi pembaca pada ABPBH 2012.

Seperti yang diluahkan dalam perbualan, Siti Saleha bagaimanapun tidak mendamba kemenangan dalam pertandingan ini.

Melihat kepada senarai pencalonan yang sengit, gadis berasal dari Klang, Selangor ini, mengakui berjaya melangkah ke peringkat Top 5 sudah memadai.

Apa yang mengejutkan gadis ini, tahun lalu, perjalanan seninya agak perlahan dengan tidak banyak produk yang dijayakan. Lantas hatinya terharu apabila peminat masih mengingati dirinya.

Malah ramai yang bertanya mengenai kehilangannya daripada dunia lakonan.
Sehubungan itu, bagi membalas kerinduan peminat, Siti Saleha mahu kembali aktif.
Beberapa produk lakonannya sama ada drama atau filem sedang menanti untuk ditayangkan tahun ini.

8 Para: Usah popular semusim

Posted: 13 Jan 2013 02:19 PM PST

Segala rahsia sudah terjawab. Senarai calon Top 5 Anugerah Bintang Popular BH 2012 (ABPBH 2012) akhirnya diumumkan penganjur, Rabu lalu. Pertama kali terbabit secara langsung dalam proses pengendalian acara ini yang bakal menghangatkan Stadium Putra, Bukit Jalil, April depan - saya mendapat banyak pengalaman baru. Dalam banyak-banyak pengalaman itu, tentulah reaksi artis yang kecewa diri tidak dicalonkan paling menarik perhatian.

Lagaknya saling tak tumpah ahli politik yang mendapat tahu rupa-rupanya dirinya tak dipilih pucuk pimpinan parti untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) - apatah lagi dalam suasana demam pilihan raya sekarang. Kalau dalam kalangan ahli politik, KPI sebagai pemimpin dijadikan asas pengukur dalam menentukan sama ada diri layak bertanding - sama jugalah dengan artis yang tentu ada sebab musabab kenapa diri mereka tak lagi dipilih peminat.

Macam mana nak buat? Tanyalah apa saja, kita di BH tidak mampu memberi jawapan kerana sejak dari awal lagi, umum tahu mekanisme ABPBH adalah memberi kuasa kepada peminat untuk memilih artis disenaraikan. Ini bermakna, setiap borang undi yang diterima, diproses secara telus dan akhirnya, data dianalisa untuk mengetahui siapa yang berjaya menembusi senarai calon akhir. Inilah yang dilakukan tahun demi tahun hingga ABPBH diakui menjadi antara penanda aras utama dalam menentukan populariti artis. Penangan trofi ABPBH, artis juga mendapat banyak limpahan seperti menjadi duta atau jurucakap produk tertentu yang pastinya memberi ganjaran lumayan.

Tak mengapalah, itu soal rezeki artis. Kalau sudah popular, sudah tentu ramai yang mahu datang menghimpit. Namun, apa yang dibincangkan di sini adalah bagaimana artis perlu ada strategi sendiri untuk kekal popular. Kita akui, saingan cukup sengit dalam industri hiburan sekarang hingga dalam keadaan tertentu, dirasakan siapa-siapa saja boleh menjadi artis lebih-lebih lagi dengan kewujudan media baru yang membolehkan sesiapa saja yang ada bakat menonjolkan keistimewaan masing-masing.

Dalam mengekalkan populariti, artis perlu peka dengan perubahan - baik dalam kalangan peminat mahupun industri. Selain memastikan produk baru terus dikongsi bersama peminat, artis juga perlu bijak menjalin hubungan dengan mereka. Dalam konteks ini, peminat (yang sebenarnya bebas memilih siapa yang mereka suka dalam keadaan kebanjiran bakat sekarang) boleh didekati melalui media baru - Twitter, Facebook atau Fanpage. Kita lihat, artis yang paling banyak berinteraksi dengan peminat, mereka itulah yang popular baik di dalam talian atau di alam realiti.

Pada zaman sekarang, bukan susah sangat nak jumpa artis. Berbanding dulu (zaman di mana orang kata artis itu eksklusif hanya boleh ditemui di majlis-majlis besar saja), artis sekarang mudah ditemui peminat baik di acara persembahan mahupun majlis private yang kadang kala diatur peminat sendiri. Jadi, gunakanlah peluang ini untuk berinteraksi dengan peminat. Kita puji beberapa kelab peminat yang cukup aktif menganjurkan program kerana sebenarnya, mereka disokong artis itu sendiri.

Seperkara lagi, jangan pandang ringan atau take things for granted bila diri sudah popular. Terpilih tahun lalu tak bermakna anda terus dipilih. Selalunya, untuk mengekalkan kejayaan itulah yang paling sukar. Jadi, andai tak dipilih kali ini, ambillah iktibar dan pandanglah ia dari sudut positif. Cuba renung kembali apa yang dilalui sepanjang tempoh setahun lalu di mana di sana sini, mungkin ada silapnya.
Kepada peminat, kita sudah menerbitkan borang pencalonan akhir dalam akhbar ini setiap hari termasuk BH Ahad. Selama sembilan minggu, peminat bebas menghantar seberapa banyak penyertaan untuk memastikan artis pujaan terpilih. Tempoh itu jugalah yang ada untuk artis berkempen dan meyakinkan peminat bahawa mereka bukan popular semusim saja. Jumpa lagi!

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Lisa Surihani Kehilangan Wang RM50,000 Dalam Akaun Bank

Posted: 13 Jan 2013 10:57 PM PST

lisa surihani dan ibu
Lisa Surihani dan ibunya, Siti Amira Ahmad dikatakan kerugian RM50,000 apabila duit didalam bank akaun bersama milik anak beranak itu di curi selepas kad ATM mereka di tukar.. Kehilangan duit didalam akaun bank tersebut mula disedari ketika ibu Lisa Surihani ingin mengeluarkan sejumlah wang pada Jumaat lalu dan mendapati baki simpanan didalam akaun berkurangan..

Siti Amira mula mengesyaki berlakunya penipuan kerana sebelum ini beliau tidak membuat sebarang pengeluaran.. Apabila dirujuk dengan pihak bank, beliau dimaklumkan yang kad ATM miliknya tidak boleh digunakan lagi kerana sudah ditukar dengan kad baru oleh individu lain tanpa pengetahuannya..

Berikutan itu, Lisa Surihani dan ibunya telah membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Bangi pada hari yang sama

Selepas semakan dilakukan, terdapat beberapa pengeluaran telah direkodkan didalam akaun tersebut dan yang terbaru wang telah dikeluarkan di Kuantan, Pahang, pada hari Selasa yang lalu.

Lisa Surihani yang dihubungi pihak harian Metro enggan mengulas lanjut mengenai kejadian ini kerana ianya masih lagi didalam sisasatan pihak polis..

"Buat masa ini saya tidak mahu menceritakan kejadian sebenar yang terjadi tambahan ia kini dalam siasatan polis dan hanya akan memberi penjelasan selepas siasatan selesai.

"Apa yang boleh saya katakan laporan yang dibuat itu berkaitan dengan kehilangan wang," katanya.

Sumber: Harian Metro

Gambar Majlis Resepsi Khairul Fahmi Dan Leuniey Natasya Di Royale Bintang

Posted: 13 Jan 2013 08:52 PM PST

Khairul Fahmi Dan Leuniey Natasya Di Royale Bintang
Semalam telah berlangsungnya majlis resepsi Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Natasya yang terakhir.. Majlis resepsi yang berlangsung di Hotel Royale Bintang Damansara semalam telah dimeriahkan dengan kehadiran 300 orang tetamu jemputan yang terdiri daripada bintang-bintang sukan, para selebriti, sanak-saudara dan sahabat handai kedua-dua pengantin…

Majlis resepsi yang bertemakan ala Inggeris ini turut dihiburkan dengan persembahan kejutan daripada Dato Siti Nurhaliza sebelum disambung oleh Dina Nadzir, Hazama dan Adibah Noor..

Gambar: MIG

Ahad, 13 Januari 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


'Saya tak kecewa'

Posted: 12 Jan 2013 02:58 PM PST

Meskipun popular menerusi drama Adam Dan Hawa, Nadiya pasrah gagal bolosi Top 5 ABPBH 2012

Tahun lalu menyaksikan kebangkitan beberapa muka baru di arena seni suara dan lakonan. Bukan saja muka baru, tidak ketinggalan bakat yang sudah lama berjuang dalam dunia hiburan, tetapi hanya menyerlah lewat kebelakangan ini, antaranya seperti Nadiya Nisaa dan Nazim Othman. Bagaimanapun, kedua-duanya yang dilihat berpotensi untuk bolos ke senarai Top 5 Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012 berdasarkan populariti 'late bloomer' gagal juga akhirnya.

Nadiya mula hangat selepas bergandingan dengan Aaron Aziz menerusi drama 80 episod, Adam Dan Hawa terbitan Global Station Sdn Bhd. Menerusi drama arahan Mohd Feroz Kader itu yang bersiaran di Astro Mustika HD sejak Ogos lalu, Aaron membawakan watak Adam Mukriz dan Nadiya pula sebagai Ain Hawani. Bagaimanapun 'pasangannya' dalam drama itu terus menjadi pilihan peminat dan tersenarai sebagai finalis ABPBH 2012 termasuk kategori Pelakon TV Lelaki Popular.

Namun, keserasian mereka menerusi drama yang sudah pun berakhir baru-baru ini selepas hampir enam bulan bersiaran tetap membolehkan mereka disenaraikan dalam kategori online ABPBH 2012, menerusi kategori Gandingan Di Layar Serasi. Ketika sidang media mengumumkan senarai Top 5 Rabu lalu, Nadiya hadir tetapi kelihatan pulang awal. Ada pihak mendakwa Nadiya kecewa kerana namanya tidak disenaraikan dalam kategori utama, Pelakon TV Wanita Popular. B*POP bertanyakan Nadiya...

B*POP: Kenapa pulang awal? Sentap barangkali sebab tak tercalon sebagai Top 5 ABPBH 2012?

Nadiya: Bukan sentap tetapi sebenarnya memang Nadiya kena bergegas ke lokasi lain untuk sesi fitting bagi acara tayangan episod akhir Adam Dan Hawa yang diadakan keesokan hari selepas sidang media ABPBH 2012. Tak sangka selepas lama bersiaran, akhirnya drama itu sudah melabuhkan tirai. Peluang menonton bersama rakan media dan pelakon yang terbabit cukup menyentuh hati diri Nadiya.

S: Tak kecewa sebab tak dicalonkan dalam ABPBH 2012?
J:
Memang tak kecewa pun. Malah, Nadiya tak pernah terfikir pun nak dicalonkan untuk kategori popular seperti ABPBH. Masih jauh lagi perjalanan Nadiya untuk mengukuhkan nama.

Kalau mahu diukur dengan senarai yang disenaraikan dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular tahun ini, mereka lebih jauh popular daripada Nadiya. Nadiya sendiri belum sampai ke tahap mereka. Calon lain sendiri banyak drama mereka yang hits dan disiarkan di kaca TV, sekali gus disiarkan di saluran percuma. Macam Nadiya sendiri hanya drama Adam Dan Hawa dan disiarkan pula di saluran berbayar.

Nadiya keluar surat khabar atau majalah pun ketika ada produk. Jadi, ketika itu adalah cerita yang nak dikongsikan dengan peminat. Cuma, dalam calon kategori itu, Nadiya puas hati dengan pemilihan Nabila Huda sendiri untuk berada dalam kelompok Top 5. Nabila memang layak berdasarkan peningkatannya dalam dunia seni.

S: Mungkin juga Nadiya tak banyak kontroversi?

J: Soal ada kontroversi atau tak... ia bersifat subjektif. Ada yang melihat kontroversi itu mampu melonjakkan nama artis dan ada juga yang memakan diri. Tapi ikutkan produk lakonan Nadiya habis disiarkan, tiada lagi yang menyusul. Nadiya sendiri tak suka ambil tawaran banyak pada satu masa. Memang Nadiya jenis selektif dalam soal skrip kerana enggan menerima watak stereotaip.

S: Perkembangan terbaru Nadiya?

J: Nadiya baru saja selesai penggambaran drama Cinta Jangan Pergi di samping Tiz Zaqyah dan Remy Ishak. Drama itu diarahkan Kabir Bhatia dan akan bersiaran di TV9 tak lama lagi.

Hairi tak mahu naik mendadak

Posted: 12 Jan 2013 02:48 PM PST

Jalan untuk Mohd Hairi Safwan Azman atau nama komersialnya, Hairi Safwan melakar kejayaan dalam dunia seni barangkali masih jauh. Namun, pintu sudah terbuka luas sejak jejaka berusia 24 tahun ini memenangi pertandingan Anak Wayang terbitan Astro pada Ogos 2009.

Cuma, sejak mulai berkecimpung dalam dunia seni pada tahun sama hingga kini, tuah untuk anak jati dari Alor Setar, Kedah ini menyerlah setanding aktor popular lain masih kabur. Hakikatnya, Hairi datang dengan pakej tersendiri yakni bakat dan paras rupa yang masih boleh digilap.

Bagi empunya diri, tiada langsung ralat di hati sekali pun namanya masih belum disedari kehadirannya. Lulusan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam bidang teater ini menyifatkan dirinya masih bertatih.

"Saya melihat dari sudut positif kerana rezeki masing-masing.

Dengan umur masih muda, banyak lagi perlu saya cari untuk memantapkan diri dengan ilmu lakonan. Banyak lagi waktu untuk saya berjuang. Tak guna juga kalau saya naik mendadak di saat masih kosong pengalaman. Saya tak mahu naik cepat kemudian jatuh mendadak," katanya.

Berimej 'kampung' Nama Hairi juga sepi tanpa kontroversi. Hairi juga tak kisah jika ada pihak yang melabelkan dia sebagai lelaki berimej kampung.

Menyedari perlambangan 'kampung' itu, Hairi pada masa sama sedang berusaha tampil dengan imej dan stail segar pada tahun ini. "Saya sendiri tidak melihat ada diskriminasi terhadap diri hingga saya tercicir. Seperti saya katakan ia atas usaha masing-masing.
Saya sendiri tak suka gosip atau kontroversi. Saya jenis yang tak gemar bersosial. Saya gemarkan suasana tenang. Memang saya bersih gosip, tiada kontroversi dan belum 'tercemar' lagi dengan apa saja yang boleh mengganggu gugat imej diri ini.

"Tapi itu tidak bererti saya tidak bersedia berdepan kontroversi. Andai ada, saya bersedia menghadapinya kerana kontroversi sebahagian harga yang perlu dibayar apabila menjadi anak seni," kata Hairi yang selesa menggunakan nama Hairi Safwan berbanding Hairi Anak Wayang.

Tahun menyerlah diri Tahun ini dianggap Hairi sebagai musim untuk dirinya cuba menyerlahkan diri dan lebih membuka mata penggemar seni terhadap bakat yang dimilikinya. Jika diberi kesempatan, Hairi juga ingin meneroka dunia pengarahan.

Oktober lalu, Hairi dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik untuk teater Pelantaq yang bertanding di di Festival Teater Malaysia 2012, di Auditorium DBKL. Teater berkenaan diwakili Persatuan Penggerak Warisan Seni Budaya Negeri Kedah (AKRAB). Selain kategori Pelakon Lelaki Terbaik, teater berkenaan turut meraih gelaran Juara keseluruhan festival dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000, selain menang kategori Pengarah Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Harapan Lelaki Terbaik.

Setakat ini, Hairi sudah berlakon sekitar 20 telefilem dan drama bersiri, selain filem Hantu Air dan Spilt Gravy On Rice. Hairi juga kerap berlakon di produksi Zeel Production seperti Mata Air, Ameera, Mak Sanggup, Cinta Agra, Rindu Bertamu Di Abu Dhabi.

Sabtu, 12 Januari 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Termometer seni Atiqah

Posted: 11 Jan 2013 02:24 PM PST

Gadis yang dikurniakan raut wajah eksotik ini sering memberikan persembahan mengesankan lewat himpunan filem yang dibintanginya.

Diperkenalkan buat kali pertama dalam produksi sentuhan Nia Dinata, Berbagi Suami pada 2006, Atiqah Hasiholan tidak mempersia-siakan kepercayaan yang diberikan kepadanya.

Keampuhan bakat aktres berdarah Batak berusia 30 tahun ini terbukti sejak tiga tahun kebelakangan ini apabila namanya sering membolosi pencalonan Piala Citra, Festival Filem Indonesia (FFI).

Sempat menjamah debaran pertama apabila dicalonkan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik, FFI 2009 lewat filem, Ruma Maida, sejak itu Atiqah sinonim dalam senarai nominasi FFI.

Menerusi The Mirror Never Lies, Atiqah dicalonkan untuk kategori Aktres Pembantu Terbaik, FFI 2011 dan Disember lalu, namanya kembali meraih perhatian juri FFI 2012 dengan Hello Goodbye.

Impak pencalonan yang diterimanya saban tahun menimbulkan spekulasi, anak aktivis seni, Ratna Sarumpaet ini berada dalam kelompok aktres dengan pendapatan tertinggi.

Ini terbukti apabila dia membeli sebidang tanah di kawasan elit di Jakarta Selatan. Namun Atiqah yang dilihat bersaing sengit dengan bintang Perahu Kertas, Maudy Ayunda dalam senarai itu enggan mengulas lanjut.
Lebih baik ditanyakan saja kepada produser, berapa bayaran untuk saya. Saya tidak tahu berapa nilai kontrak artis termahal sebelum ini.

Apa yang saya tahu, Acha Septriasa dan Nirina Zubir ialah antara artis yang pernah menerima bayaran tertinggi, itupun sekitar 2006, katanya.

Dibesarkan di panggung teater, Satu Merah Panggung malah pernah melanjutkan pelajaran di Monash University, Atiqah tidak menafikan, ketika ini rezeki sedang berpihak kepadanya dan Maudy.

Untuk 2013, dua filem lakonannya bersedia menanti tayangan Orenji dan Java Heat-red. Berdasarkan pengamatan, Acha pernah melakar sejarah sebagai aktres termahal apabila menerima bayaran mencecah RM150,000 untuk sebuah filem, namun Atiqah menolak bayaran diterimanya setinggi itu.

Dulu produser sedia membayar tinggi kerana tidak sulit mengumpul 500,000 penonton. Ketika itu, produksi yang mengaut lebih 600,000 audiens belum dianggap filem pecah panggung atau terlaris untuk tahun berkenaan.

Semua itu sudah berubah. Hari ini untuk menarik 250,000 penonton ke panggung menjadi hal yang paling sulit.

Bayaran untuk saya tidak semahal itu tetapi saya tidak tahu bagaimana pada 2013. Saya cuma berharap iklim filem tempatan semakin kondusif, terutama selepas sambutan luar biasa diberikan kepada filem seperti 5cm dan Habibie & Ainun, katanya.

Terganggu soalan peribadi

Sedang menjalin cinta dengan aktor, Rio Dewanto, Atiqah kerap diajukan pertanyaan bila hubungan itu akan diakhiri ikatan suci iaitu pernikahan.
Menidakkan cuba menutup kisah yang hangat diperkatakan media di negara kelahirannya, Atiqah membawa prinsip selagi diajukan pertanyaan rasional mengenai cinta mereka, dia tidak keberatan menjawab.

Cuma ada beberapa pertanyaan yang membuat saya tercari-cari jawapan, terutama mengenai hubungan kami dikatakan sudah retak.

Apabila ditanya dari mana sumber berita itu, si polan yang bertanya mengelak untuk menjawab. Mengapa perlu saya menjawab soalan seperti itu dan jujurnya, ia sedikit mengganggu, katanya.

Bintang Arisan! 2 dan Jamila Dan Sang Presiden itu berkata, dia terkilan ketika muncul gosip mengatakan hubungannya dan Rio berakhir apabila didakwa menjalin hubungan dengan penyanyi balada dari Korea Selatan.

Tidak dapat menahan perasaan, Atiqah dengan suara keras menegaskan, dia tidak suka jika media mengada-adakan cerita.

Jika menurut media hubungan saya dan Rio yang tenang tidak begitu menarik untuk diberitakan, silakan mencari artis lain yang suka digosip.

Saya menjalani hubungan ini dengan santai. Saya tidak pernah bosan mendampingi Rio, begitu juga sebaliknya, katanya.

Tiga tahun menjalin hubungan, Atiqah juga meletakkan harapan yang sama seperti harapan khalayak yang ingin melihat percintaan mereka diakhiri pernikahan.

Saya masih menanti lamaran Rio. Sudah tiga tahun kami bergelar kekasih, apatah lagi pernikahan itu menyatukan dua keluarga berbeza dalam satu ikatan.

Untuk mencapai destinasi itu, ikatan saya dan Rio terlebih dulu perlu kuat. Setakat ini, kami jalani hubungan ini sebaiknya, katanya.

Sempat terdengar khabar mereka akan mendirikan rumah tangga pada 4 Mac depan, namun perkara itu segera disangkal.

Rela membiarkan cinta mereka mengalir tanpa dibebani tekanan masa, usia dan keluarga, Atiqah berkata, apabila tiba masanya dia dan Rio pasti bersatu.
Sebelum berumahtangga, Atiqah berusaha memastikan dia dan Rio sudah bersedia sama ada segi material, fizikal serta mental.

Cinta kami bukan seperti sebuah filem, ia perjalanan hidup yang nyata. Semua yang direka itu tidak akan menghasilkan sesuatu yang abadi.

Saya dan Rio mengimpikan jika bertemu jodoh, hubungan kami akan berpanjangan seperti Sophan Sophiaan dan Widyawati yang dipisahkan ajal, katanya.