Adsense

Jumaat, 23 November 2012

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Aaron, Rita tiada masalah

Posted: 22 Nov 2012 02:42 PM PST

Benarkah Aaron Aziz dilarang berlakon dengan Rita Rudaini? Itulah khabar yang bertiup kencang dan semakin menjadi perbualan di kalangan media.

Berdasarkan gosip yang tersebar, larangan itu kononnya dikeluarkan pengurus pelakon terbabit yang juga isterinya, Diyana Halik, atas alasan cemburu.

Pada awalnya, cerita itu hanyalah dianggap cerita yang sengaja diada-adakan pihak tidak bertanggungjawab. Namun semakin didiamkan, semakin hangat cerita itu diperkatakan seolah-olah ia benar-benar berlaku. Apatah lagi sejak kebelakangan ini, tiada sebarang drama atau telefilem yang menggandingkan dua pelakon terbabit.

Bertemu Aaron ketika dia menghadiri sidang media Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012, kelmarin, memberi peluang kepada HIP bertanyakan kesahihan gosip berkenaan. Sambil mengucap panjang, Bintang Paling Popular ABPBH 2011 ini menafikan sekeras-kerasnya cerita itu.

Sepanjang bergelar pelakon, belum pernah saya meletakkan sebarang syarat untuk tidak berlakon dengan orang itu atau orang ini, termasuk Rita. Ini semua gosip bodoh dan tidak benar sama sekali. Lagipun sebagai ketua keluarga, keputusan akhir tetap di tangan saya, walaupun dia menguruskan kerjaya seni saya.

Kasihan Diyana apabila dituduh mengeluarkan syarat sebegitu. Tak pasal-pasal dia terbabit dalam kontroversi ini. Saya tak pernah ada masalah untuk berlakon dengan sesiapapun, termasuk Rita, tegasnya.

Ditanya bagaimana virus gosip ini boleh menjangkiti dirinya, Aaron menyatakan, ia berpunca daripada kenyataan yang pernah dikeluarkannya sebelum ini.
Mungkin perkara ini timbul sewaktu saya mahu membintangi drama Adam dan Hawa. Pihak penerbit ada bertanya, dengan siapa saya mahu digandingkan dalam drama ini? Pada waktu itu, mereka juga ada mencadangkan beberapa nama termasuk nama Rita.

Memandangkan saya pernah berlakon dengan Rita dalam drama bersiri Rahsia Hati, dua tahun lalu, jadi kalau boleh biarlah dalam drama ini saya bekerja dengan aktres lain pula. Kebetulan saya belum pernah berlakon dengan Nadiya Nissa. Saya juga mengagumi bakatnya, jadi saya bersetuju digandingkan dengannya, dedah Aaron.

Sebagai pelakon yang mengutamakan kualiti dan tidak mahu peminat jemu, Aaron berkata, formula yang diguna pakai olehnya adalah dengan sentiasa menyuntik pembaharuan serta bergandingan dengan pelakon wanita berbeza setiap kali muncul bersama produk terbaru.

Sekarang saya memang teringin untuk bekerjasama dengan Fasha Sandha. Sepatutnya kami berlakon bersama dalam sebuah drama, tetapi tak jadi sebab saya terbabit dengan projek lain. Kalau boleh, memang saya mahu bekerjasama dengan ramai pelakon wanita lain. Dapat juga pengalaman serta ilmu baru daripada mereka, ujarnya.

Mengenai desas-desus kononnya Aaron bakal terbabit dalam teater Ombak Rindu, yang khabarnya bakal dipentaskan di Istana Budaya tahun depan, bapa kepada tiga cahaya mata ini berkata, dia tidak tahu menahu mengenai hal itu.

Inilah kali pertama saya mendengar cerita ini. Setakat ini tiada sebarang tawaran yang diberikan dan isteri saya pun tidak memaklumkan pada saya mengenai tawaran itu, jika ada. Terus terang, selepas Badai Semalam, saya memang tidak berminat langsung untuk berlakon teater.

Cukuplah dua teater saja iaitu Natrah dan Badai Semalam. Saya buat pun kerana kak Erma Fatima dan Ketua Pengarah Istana Budaya (IB), Datuk Mohamed Juhari Shaarani atau Abang Jo. Saya tak suka buat perkara sama setiap hari. Iyalah, kalau teater itu berlangsung selama sepuluh hari, selama itulah juga saya kena berlakon. Hujung minggu pula sampai dua kali persembahan sehari, tegasnya.

Kata Aaron, jika betul teater itu mahu dipentaskan, dia tidak kisah watak Haris digantikan dengan pelakon lain.

Kita ada ramai pelakon hebat lain dan mampu membawakan watak itu. Mungkin mereka boleh menggantikan tempat saya, katanya.

Kelmarin ruangan Dengarnya... ada menyiarkan cerita ura-ura teater Ombak Rindu akan dipentaskan di IB. Kononnya, proses penerbitan teater itu akan dilakukan selepas mendapat lampu hijau daripada Aaron dan penerbit novel.

Bieber tak didakwa serang jurugambar

Posted: 22 Nov 2012 02:37 PM PST

Berikutan kekurangan bukti, pendakwa mengumumkan Rabu lalu mereka tidak akan meneruskan dakwaan berhubung kes pergaduhan Mei lalu di Calabasas tempat bintang pop tersohor, Justin Bieber, dikatakan menumbuk dan menendang seorang jurugambar.

Detektif jabatan sherif Daerah Los Angeles menyiasat dakwaan seorang jurugambar kononnya Bieber menyerang dirinya selepas dia merakam gambar penyanyi itu bersama teman wanitanya, Selena Gomez, di Pusat Beli-Belah Calabasas.

Bagaimanapun pegawai di pejabat jabatan guaman daerah berkenaan berkata, tiada bukti termasuk video dan foto, menunjukkan berlakunya pergaduhan fizikal.

"Tiada bukti kebenaran menyokong kenyataan mangsa, sebaliknya wujud bukti bercanggah,"kata Timbalan Peguam Daerah, Mara Mcilvain.

Menurut cerita pendakwa, jurugambar yang dikatakan diserang Bieber ketika itu bersama beberapa jurugambar bebas lain mengambil gambar penyanyi pop berkenaan dengan Gomez apabila mereka meninggalkan pawagam dan berjalan ke tempat letak kereta.

Mangsa terus merakam gambar ketika Bieber dan Gomez memasuki van. Bieber kemudian keluar dari kenderaan itu dan berlari ke arah jurugambar terbabit sebelum lelaki itu mendakwa artis berkenaan menendang pada bahagian bawah perutnya, menyebabkan suspek kehilangan imbangan, kata pendakwa.

Ujar pendakwa lagi, apabila jurugambar itu berkata Bieber tidak perlu berbuat begitu, penyanyi remaja berkenaan dikatakan menumbuk bahagian kanan mukanya pula.
Bieber kemudian kembali ke kenderaannya dan memandu dalam keadaan tidak menentu sebelum meninggalkan pusat beli-belah terbabit.

Blog Sensasi Ohbayu

Blog Sensasi Ohbayu


[Gambar & Video] Kepercayaan Bangang Israel/Yahudi Laknatullah

Posted: 23 Nov 2012 02:54 AM PST


Jom kita saksikan kepercayaan penduduk Israel @ Yahudi laknatullah mengenai pembunuhan muslim Palestin. Bangang abadi tahap israel.

Comments

comments

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

(15 Gambar) Barang-Barang Tiruan @ Ciplak Di Seluruh Dunia

Posted: 23 Nov 2012 02:48 AM PST

Mungkin dah banyak post yang pasal logo tiruan nih. Tapi nak share jugak. Mungkin ada yang korang belum tengok kan.. Asadi mana kau asadi~


Sumber

Comments

comments

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Aliff Aziz meluah isi hati

Posted:

Aliff Aziz meluah isi hati

Aliff Aziz meluah isi hati

PERTEMUAN setelah beberapa minggu memencilkan diri daripada media pada petang kelmarin sempena sebuah majlis sidang akhbar di Holiday Villa Subang Jaya, Selangor baru-baru ini memperlihatkan sisi Aliff Aziz yang berbeza - kurang ketawa, serius dan sugul.

Terasa kekecewaan dan kesan perpisahannya dengan pelakon Anne Ngasri atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri, 28, sehingga menampakkan Aliff kurang bermaya bersama wajahnya yang terhias beberapa titik jerawat.

Ditanya mengenai kadar kesihatannya kini selepas keluar daripada wad kerana disyaki menghidap serangan palpitasi jantung (denyutan jantung tidak teratur) pada awal bulan Oktober lalu, jawab Aliff dia kini sedang dalam peringkat pemulihan.

"Saya dinasihatkan untuk berehat seketika dan Alhamdulillah kini sudah sihat. Baru-baru ini demam sekejap mungkin disebabkan keadaan cuaca sekarang yang tak menentu.

"Sekarang, saya sedang berusaha untuk kurangkan merokok dan kurangkan berfikir sampai jadi stres," katanya.

Tanpa berselindung, kisah perpisahannya dengan Anne menjadi pokok bicara. Ujar Aliff atau nama sebenarnya Muhamad Aliff Aziz, 21, dia kini sedang berusaha untuk kembali ke trek asal iaitu mengejar kejayaan dalam karier sebagai penyanyi serta berbakti kepada keluarga.

"Saya cuba elakkan untuk berfikir perkara yang boleh mengusutkan minda saya terutama kisah perpisahan kami. Buat masa sekarang saya mahu terus fokus kepada prioriti iaitu keluarga dan kerjaya serta menerima perpisahan ini seadanya," ulasnya.

Anne enggan balas SMS

Aliff bagaimanapun memilih untuk tidak mendedahkan punca perpisahannya dengan Anne namun masih sudi berkongsi secebis cerita proses perpisahannya dengan pelakon itu.

"Beberapa minggu lepas kami ada sedikit perselisihan faham dan memutuskan untuk memberi ruang kepada diri masing-masing seketika, sehinggalah pada hari dia bertunang, saya dimaklumkan oleh peminat melalui Twitter mengenai majlis itu.

"Kalau orang tanya apakah puncanya kami berpisah, saya tidak rasa signifikan untuk saya memberitahu sebabnya, biarlah ia kekal rahsia antara kami. Kami manusia biasa yang tidak dapat lari daripada kesilapan.

"Susah untuk dijelaskan tetapi saya pasti tiada siapa mahu rasa apa yang sedang saya rasa sekarang," cerita Aliff menahan sebak.

Tambahnya, seminggu sebelum berpisah, Aliff dan keluarga Anne masih berhubung rapat malah Anne sendiri pernah menghubungi bapa Aliff untuk bertanya khabar.

"Kami memang ada buat perancangan untuk berkahwin pada bulan Disember, tapi jodoh tak kesampaian. Dalam proses pemulihan, tiba-tiba saya dapat tahu yang dia sudah bertunang dan akan berkahwin. Jujur, ia benar-benar membuatkan hati saya terluka.

"Sepanjang perkenalan kami, dia tak pernah melakukan kesalahan. Dia memang jaga segalanya termasuk pemakaian saya.

"Anne ada bertanyakan khabar saya melalui bapa saya menerusi panggilan telefon lebih kurang seminggu sebelum bertunang tapi dia tidak memaklumkan akan majlis yang bakal berlangsung itu.

"Kata Anne, dia tak mahu membalas semua SMS saya sebab enggan melihat saya lebih sakit dan cara itu katanya boleh membantu saya untuk melupakan dia," ujar pelantun lagu Sayang Sayang itu.

Selepas majlis itu, Aliff mengakui ada menghantar ucapan tahniah melalui Twitter namun tidak mendapat respons daripada Anne.

Menyifatkan Anne sebagai seorang wanita yang paling sempurna yang pernah dipertemukan sepanjang hidup, jelas Aliff dia tidak menyesal mengenali Anne.

"Saya sangat bersyukur dipertemukan dengan dia dan dia salah seorang wanita yang paling sempurna bagi saya. Saya tidak menyesal mengenali dia kerana dia telah banyak mengajar saya erti cinta dan kehidupan.

"Baru kini saya rasa betapa pedihnya apabila perlu berpisah dengan orang yang kita sangat sayang dan baru sekarang saya faham apa ertinya cinta," tambah Aliff.

Adakah Aliff sudah serik untuk bercinta selepas ini? Jawabnya: "Ikutkan hati apabila melalui sesuatu yang memberikan impak dan membuatkan kita rasa sedih sudah pasti akan rasa fobia. Tapi ini lumrah hidup yang telah ditetapkan Tuhan namun, buat masa sekarang saya belum fikir untuk mencari pengganti dia."

Alih perhatian


MAHU melupakan kenangan pahit, Aliff kini lebih kerap ke gimnasium untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal.


Pastinya setiap hati yang baru remuk dihentam bahana cinta akan melalui pengalaman berbeza untuk memulihkan diri dan jiwa daripada peristiwa pedih seperti yang dilalui Aliff.

Pilihan dirinya adalah dengan menyibukkan diri bersama keluarga dan karier yang dirasakan tepat untuk melupakan kisah sedemikian.

"Kini saya lebih banyak luangkan masa dengan keluarga dan ke gimnasium untuk mengalihkan perhatian daripada situasi sebegini.

"Ibu saya selalu nasihatkan saya, katanya kalau sudah bukan jodoh saya tiada apa boleh buat. Terima hakikat dan reda," katanya yang mengambil keputusan untuk tidak berhubung dengan keluarga Anne.

Bagaimanapun, Aliff memanjatkan rasa terima kasih kepada keluarga Anne berikutan sokongan dan kasih sayang sepanjang tempoh awal dia mula bertapak di Malaysia.

"Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada baba (panggilan Aliff kepada ayah Anne) dan keluarganya yang selama ini mendidik saya serta menjadi keluarga saya di sini.

"Halalkan makan minum saya dan saya minta maaf sekiranya terkasar bahasa dan ada sikap yang tidak menyenangkan keluarga baba," tutur bicaranya perlahan.

Pesanan untuk Anne

Aliff mengakui dia tidak akan sesekali melupakan kenangan bersama Anne. Katanya, memori bersama Anne akan disimpan buat panduan pada masa akan datang.

"Saya akan menjadikan kisah ini sebagai pengajaran untuk masa akan datang dan saya akan menggunakan memori ini agar tidak mengulangi perkara yang sama berulang kali.

"Ini adalah pengajaran yang besar buat saya kerana selama ini bersikap endah tak endah terhadap wanita yang pernah bertakhta dalam hati saya. Sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Saya berharap dengan mendoakan kebahagiaan Anne, kesakitan ini dapat dikurangkan.

Bagaimanapun, Aliff mempunyai sedikit pesanan dan kata-kata akhir kepada Anne.

"Saya tidak mahu runtuhkan kebahagiaan yang dia sedang kecapi, memandangkan dia juga sibuk dengan persiapan perkahwinan cukuplah saya mengatakan saya bertuah dipertemukan dengan dia. Semoga kehidupannya berjalan lancar.

"Saya mahukan yang terbaik untuk dia dan kini doa saya telah dimakbulkan untuk melihat dia bahagia cuma bukan dengan saya. Saya doakan yang terbaik buat dia," ungkap Aliff.

Gerhana cinta yang sedang dilalui oleh pucuk muda yang barangkali dilabelkan masih mentah untuk memahami makna cinta itu ditepis perlahan-lahan. Noktah yang adakalanya tidak menghadiahkan kebahagiaan hanya mampu diharungi dengan motivasi dan sokongan sekeliling.

"Saya mula merasakan saya kini telah kehilangan sesuatu yang amat besar, tapi selagi ada keluarga, peminat dan kerjaya tiada apa yang mampu menghalang saya," tegasnya.

Jalaludin hampir putus asa

Posted:

Jalaludin hampir putus asa

Jalaludin hampir putus asa

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


JALALUDIN di samping Naib Presiden AETN All Asia Networks, Michele Schofield. Jalal bertanggungjawab mengalih suara dalam dokumentari Mankind: The Story Of All Of Us.


TUGAS sebagai seorang pengalih suara untuk sebuah program dokumentari tidak semudah berlakon. Hal itu diakui sendiri oleh Datuk Jalaludin Hassan yang baru-baru ini terlibat dengan tugas tersebut untuk dokumentari Mankind: The Story Of All Of Us.

Masih berbaki beberapa episod yang setiap satunya berdurasi hampir sejam, pelakon veteran itu mengaku dia hampir berputus asa pada peringkat awal menggalas tugas berat itu.

"Saya mengambil alih suara Josh Brolin, seorang aktor Hollywood yang saya sanjungi dan apabila terpilih untuk melakukan tugas itu sejujurnya saya berbesar hati.

"Saya diberikan skrip untuk satu episod yang tebalnya seperti skrip sebuah telefilem. Episod pertama, saya terpaksa mengambil masa lebih kurang lima jam untuk disempurnakan dan hakikatnya saya hampir berputus asa.

"Ketika rakaman, saya tidak dibekalkan skrin untuk melihat apa yang sedang ditayangkan. Sebaliknya, saya perlu mendengar suara Josh Brolin setiap kali sebelum melontarkan suara.

"Momentum suara yang diperlukan untuk sesebuah program dokumentari perlu konsisten sepanjang masa dan ia bukanlah tugas yang mudah," katanya yang ditemui ketika tayangan perdana episod pertama Mankind: The Story Of All Of Us di GSC Signature, The Garden, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selain perlu menjaga suaranya, Jalaludin mengakui dia juga harus menjaga kualiti kesihatan, diet dan jadual penggambarannya sepanjang pembikinan dokumentari 12 episod itu.

"Dokumentari ini mengganggu saya sebenarnya, saya perlu melahirkan perasaan saya sendiri agar tidak dibayangi oleh Josh Brolin. Saya perlu memahami skrip dan proses rakaman berjalan terus tanpa sebarang latihan.

"Saya menerima tawaran ini bukan semata-mata faktor bayaran, tapi untuk mencabar diri sendiri dan mencipta pengalaman baharu mengendalikan program yang bermanfaat kepada penonton," ujarnya ketika ditanya mengenai cabaran sepanjang terlibat dengan dokumentari tersebut.

Program itu merupakan siri TV pertama yang meneliti perkembangan manusia dari zaman ke zaman. Setiap episod menceritakan misteri sejarah perkembangan tamadun manusia, penemuan baharu dan peristiwa kemuncak dalam revolusi manusia dan dunia.

Antara 12 episod yang ditampilkan sepanjang siri tersebut termasuklah Inventors, Empires, Survivors, New World, Revolutions dan New Frontiers.

Mankind: The Story Of All Of Us mula ditayangkan pada 14 November lalu pukul 9 malam di saluran History (Astro 555).

Hathaway mahu anak

Posted:

Hathaway mahu anak

Hathaway mahu anak


ANNE HATHAWAY


BARU sahaja berkahwin pada 29 September lalu, aktres Anne Hathaway tidak menyembunyikan keinginannya untuk memiliki anak dalam kadar segera.

Aktres berusia 30 tahun yang berkahwin dengan Adam Shulman itu memberitahu kepada The Hollywood Reporter: "Saya mahu segera menimang cahaya mata. Saya benar-benar maksudkannya."

Hathaway dan Shulman berkahwin selepas empat tahun bercinta. Malah, menurut satu sumber, aktres tersebut yang membuat keputusan untuk berkahwin dan membina keluarga dalam masa terdekat dengan Shulman.

"Ini kerana dia berpendapat percintaannya sebelum bersama Shulman seperti tidak terurus. Dia sukakan sikap suaminya yang tenang," tambah sumber tersebut lagi.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Mahu watak lebih mencabar

Posted: 22 Nov 2012 05:32 AM PST

"NAMPAK macam Sahara Yaacob tak?" seloroh Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz atau Johan, 28, sambil menggoyang-goyangkan kepalanya. Aksi spontan Johan itu tercetus ketika hadir ke studio Balai Berita, NSTP untuk sesi fotografi bersama Harian Metro, baru-baru ini.

Dia merujuk kepada fesyen rambutnya yang kerinting dan menggerbang itu tidak ubah seperti Sahara Yaacob, penyanyi rock dan blues terkenal pada tahun 80-an.

Nyata aksi Johan pada petang itu cukup menghiburkan hati sebagaimana kita melihat telatahnya dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dan juga pentas Maharaja Lawak.

Hadir ditemani isterinya, Ozlynwati, Johan juga tidak henti-henti mengusik jurukamera tatkala diminta menggayakan pelbagai aksi yang diminta.


Selain Johan, Nabil atau Nabil Ahmad juga hadir sama kerana mereka berdua digandingkan dalam filem terbaru, Pontianak vs Orang Minyak yang bakal menemui penonton di pawagam tanah air mulai semalam.


Filem ini adalah gandingan kedua mereka selepas masing-masing disatukan dalam filem Bujang Terlajak. Diarahkan Afdlin Shauki, Pontianak vs Orang Minyak bergenre komedi seram turut membariskan ramai pelakon hebat antaranya Sharifah Shahirah, Sharifah Amani, Adibah Noor, Khir Rahman dan Fizz Fairuz.

Mengakui semakin kerap ditawarkan peranan komedi, Johan berharap dapat keluar daripada kepompong watak yang sama kerana bimbang lama kelamaan penonton akan bosan.

"Saya akui untuk tahun ini saja hampir 15 tawaran filem terpaksa saya tolak berikutan semuanya menawarkan watak komedi. Memang saya seorang pelawak dan pastinya watak komedi lebih sinonim dengan diri, namun begitu sampai bila saya akan berada dalam watak sedemikian? Satu hari nanti saya juga mengharapkan watak yang serius.

"Pernah juga saya ditawarkan watak serius tetapi masa itu jadual kerja saya bertembung dengan waktu penggambaran lain menyebabkan saya terpaksa menolak tawaran itu.

Saya berharap satu hari nanti peluang memegang watak serius akan datang semula.

"Di samping itu, ia juga dapat membuktikan kepada penonton walaupun seorang
pelawak, saya juga mampu membawakan watak serius atau mungkin juga watak jahat," katanya yang kini sibuk dengan musim baru Maharaja Lawak Mega 2012.

Selain berlakon, Johan juga bergelumang dengan tugas rutinnya di konti Era FM bersama Hanif dan Ray, setiap pagi. Nyata kesibukan itu berbaloi apabila Era FM kini dinobatkan sebagai stesen radio paling popular di Malaysia.

Bagi Johan, itu semua adalah rezeki dan kerja keras semua kakitangan Era FM bagi menaikkan semula 'rating' mereka.

"Mungkin ada yang berkata kejayaan ini kerana kehadiran saya yang berjaya menyerikan suasana sehingga menarik pendengar untuk setia bersama Era.

"Pada pendapat saya, ini adalah usaha dan kerja keras semua kru Era FM yang sentiasa berani melakukan perubahan demi kepuasan pendengar kami," katanya.

Selain gembira dengan kejayaan itu, Johan terharu apabila rancangan komedi lakonannya Elly & Epit berjaya memenangi kategori Siri Komedi Terbaik pada Anugerah Skrin 2012, baru-baru ini.

"Alhamdulillah banyak kejayaan yang saya peroleh sejak kebelakangan ini dan semua ini adalah kerjasama daripada semua pihak yang banyak memberi peluang kepada saya. Justeru, bukan hendak memilih watak. Saya berharap biarlah diberikan peranan yang memberi kesan mendalam kepada penonton," katanya.

Kenapa Nabil tarik 'brek'?

SEPERTI Johan, Nabil juga semakin selektif dalam pemilihan watak. Menurutnya, dia terpaksa menarik 'brek' selepas filem Pontianak vs Orang Minyak kerana selepas ini perlu memberi lebih fokus terhadap kerjaya sebagai penyampai radio, selain sibuk dengan program terbaru Astro, Meletop, bergandingan dengan aktres cantik, Neelofa.

"Saya mengimpikan satu watak yang berjaya memberi kesan bukan hanya pada penonton tetapi pada pihak produksi sendiri. Ada sesetengah filem, jalan cerita tidak menarik tetapi disebabkan pelakon yang terbabit popular, ia mendapat sambutan namun hakikatnya filem itu tidak memberi kesan mendalam kepada semua.

"Saya tidak mahu perkara itu berlaku pada saya. Semakin lama berada di dalam industri ini, saya melihat dari pelbagai sudut. Justeru, saya berharap dapat berlakon di bawah arahan pengarah yang berkaliber seperti Afdlin dan Mamat Khalid.

"Seperti filem Pontianak vs Orang Minyak, saya lihat filem ini memberi kesan kepada diri kerana ia cabaran baru apabila buat pertama kali kelainan cuba ditampilkan apabila lelaki menjadi puntianak yang biasanya kita hanya dengar puntianak adalah seorang perempuan," katanya.

Tidak mahu watak komedi terus membayangi dirinya, Nabil berharap dapat diberikan watak yang lebih mencabar seperti polis dan penjenayah.

Berminat dengan tawaran melakonkan peranan Pontianak dalam filem Pontianak vs Orang Minyak, Nabil melihat dari pelbagai sudut di mana ia satu kelainan yang cuba ditampilkan pengarahnya.

Ia juga pengalaman baru buat Nabil apabila pertama kali melakonkan watak hantu walaupun peranannya dalam filem ini dibawakan secara komedi.

"Sebagai pelakon dan pelawak, saya tidak mahu terus dilabel kaki lawak. Apabila sudah menjadi pelakon, pastinya saya mengimpikan diberi pelbagai watak sama seperti pelakon lain.

"Sekurang-kurangnya jika mendapat watak komedi, biarlah komedi itu berjaya memberi kesan kepada semua dan bukan hanya komedi semata-mata," katanya yang bakal menimang cahaya mata beberapa bulan saja lagi.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/22



Hot FM, Usop tak gaduh

Posted: 22 Nov 2012 05:22 AM PST

DUA tahun lalu, filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) nyata berjaya melonjakkan nama Shy8 sebagai pelakon komedi popular. Malah, berpaksikan gelaran 'Usop Wilcha', dia memahat nama sebagai anak seni yang diminati ramai.

Hingga kini nama Usop Wilcha cukup sinonim dengannya termasuk di konti radio Hot FM.

Pun begitu, Shy8, 47, akhirnya memaklumkan kepada pihak media mengenai keputusannya untuk mengundur diri sebagai penyampai radio Hot FM yang disertai sejak 16 Jun tahun lalu. Bersandarkan alasan kukuh seperti faktor pengurusan masa dan usia, Shy8 nekad dengan keputusannya dan tidak kisah apa reaksi masyarakat.

Malah, dia juga menafikan wujudnya sebarang pergeseran atau bergaduh dengan mana-mana pengurusan stesen radio popular itu.


Bagaimana pula penerimaan pihak pengurusan Rangkaian Radio Media Prima Berhad (MPB) berikutan tindakan mengundur diri yang dibuat Shy8 memandangkan kontrak yang ditandatanganinya masih berbaki enam bulan lagi?


Justeru, dalam kenyataan media yang dikeluarkan pengurusan Rangkaian Radio MPB, semalam, mengumumkan, Shy8 atau nama sebenarnya, Syed Mohamad Asri Syed Osman Jamalullail akan menamatkan kontraknya sebagai penyampai Hot FM pada 30 November ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Radio MPB, Seelan Paul berkata, penamatan kontrak itu dibuat atas sebab Shy8 atau Usop ingin memberikan sepenuh fokusnya terhadap beberapa projek beliau seperti penulisan skrip bagi filem Mamat Khalid serta mengikuti promosi filem lakonannya yang akan ditayang tidak lama lagi.

"Selain itu, Usop juga giat melaksanakan program bual bicara yang akan dihoskan sendiri. Jadi, kami amat menghormati keputusannya itu. Lagi pun, sepanjang berkhidmat di bawah Hot FM, Usop adalah seorang yang sangat berdedikasi dan bertanggungjawab.

"Dia cukup komited dengan tugas selaku seorang penyampai radio serta kreatif sebagai kakitangan di belakang tabir. Dia turut menyumbangkan penghasilan lirik lagu parodi yang dinyanyikan Hot FM AM Krew," katanya.

Menurut Seelan lagi, beliau yang mewakili Hot FM ingin merakamkan setinggi penghargaan terima kasih kepada Usop sepanjang pembabitannya bersama stesen itu. Bahkan, katanya pihak pengurusan radio juga sedia memberi sokongan berterusan serta bergabung dengan Usop bagi projek yang akan datang.

Berhubung laporan pihak media tempatan, kelmarin, Shy8 turut menolak dakwaan pengundurannya sebagai penyampai radio disebabkan populariti diri yang sudah merudum. Katanya, tindakan itu dilakukan kerana faktor pengurusan masa dan usia.

"Sekarang, saya dah berumur 47 tahun. Saya sudah tidak larat untuk melakukan kerja lain pada waktu malam dan terpaksa pula bangun awal pagi untuk menghiburkan pendengar di radio. Justeru, keputusan yang saya ambil ini sebenarnya demi komitmen masa untuk keluarga dan terbabit dalam cabang seni lain.

"Saya juga tidak kisah dengan segala persepsi masyarakat mengenai pengunduran ini termasuk jika ada yang mengaitkan saya gagal membantu meningkatkan peratus pendengar radio Hot FM. Terpulanglah, orang hendak cakap apa," katanya.

Jelas Shy8, sehingga kini masih ramai lagi yang menyokong kerjaya seninya.
Bahkan, apa yang pasti soal pengundurannya di Hot FM sudahpun lama dibincangkan dengan pihak pengurusan radio berkenaan dan keputusan itu seharusnya dihormati.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/22



Khamis, 22 November 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Jom Download Aplikasi Dragon Dictation Sekarang & Menangi Ganjaran Lumayan

Posted: 22 Nov 2012 10:29 PM PST

Zaman sekarang makin canggih. Setiap hari pasti ada gadget dan aplikasi terbaru dicipta. Sampai Budiey pun tak terkejar untuk 'follow' semua aplikasi yang ada. Maklumlah sibuk memanjang. Tapi nak tak nak, kenalah tahu sikit-sikit teknologi ni sebab sekurang-kurangnya, dengan gadget dan aplikasi inilah yang membuatkan dunia kita lebih cepat bergerak dan melakukan kerja dengan berkesan. Nanti dicop ketinggalan zaman pulak.

Betullah orang kata, cinta itu buta. Kalau dulu, Budiey bercinta bagai nak rak dengan operasi Android, sekarang ni, Budiey jatuh cinta pulak dengan iOS pulak. Ada sebab mengapa Budiey suka guna iOS sekarang ni…

Antara salah satu sebab utama mengapa Budiey lebih suka untuk menggunakan iOS ialah kerana ada satu aplikasi yang sangat berguna untuk memudahkan menjadikan kerja Budiey lebih cepat. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang aplikasi yang Budiey maksudkan, sila baca info kat bawah ni.

Apa-apa pun gajet yang anda guna tu, matlamatnya adalah sama je. Yang penting adalah ianya mengubah cara kita berinteraksi dengan dunia luar dan sesiapa sahaja.

Minggu lepas, Budiey ada mencuba salah satu aplikasi dari Nuance yang berupaya memudahkan kerja Budiey sebagai penulis blog yang sentiasa sibuk ke sana-sini sepanjang hari.

Budiey perhatikan, aplikasi dari Nuance ni ada ramai juga followernya. Apa taknya, buat masa sekarang aplikasi ni diberikan percuma. Sape tak nak, kan? Terbukti dah berjuta-juta pengguna dan beribu-ribu perniagaan telah guna aplikasi.

Budiey dikhabarkan aplikasi ini mencapai rekod tempat pertama dan kedua jumlah muatturun paling banyak di hampir semua negara yang dilancarkan.

dragon
Aplikasi yang baru sahaja dilancarkan ini dikenali sebagai Dragon Dictation dan Dragon Search juga boleh dimuatturun secara percuma, tak perlu bayar apa-apa untuk masa sekarang. Jadi apa tunggu lagi. Jangan berlengah-lengah lagi. Cepatlah muatturun sekarang! Apa yang penting, aplikasi ini dibuat dalam bahasa Melayu.

Memang senang sangat nak guna sebab ia dibuat khusus istimewa untuk orang Malaysia. Ianya disediakan untuk gadget seperti iPhone, iPad dan iPod Touch sahaja.

Dengan aplikasi Dragon Search pula membuatkan proses carian di Google, Yahoo, Youtube dan sebagainya menjadi lebih cepat dan senang.

Di sini Budiey nak ceritakan secara lebih lanjut tentang Dragon Dictation sebab rasa teruja nak cerita dan berkongsi faedah aplikasi ini kepada pembaca sekalian.

Dragon
Pertama kali guna aplikasi Dragon Dictation ni, Budiey terkejut gak sebab kerja Budiey jadi lebih mudah dan jimat masa. Apa yang perlu kita buat hanya mengeluarkan suara atau senang citer, kita bercakap dan seterusnya aplikasi ini akan menukarkan suara kita dalam bentuk tulisan.

Yang paling bagus, aplikasi ni dapat mengecam bahasa pertuturan bahasa Melayu. Ini bermakna aplikasi ni dapat membaca dan menangkap maksud dalam bahasa Melayu. Itu yang membezakan aplikasi ini dengan aplikasi yang ada di pasaran.

Itu yang penting bagi orang kita yang mahu menukarkan suara kepada tulisan dalam bahasa Melayu.

Budiey pun ragu-ragu juga, betul ke aplikasi ni boleh berupaya mengecam bahasa Melayu? Jadi, Budiey pun cuba menggunakan aplikasi ini untuk menukarkan suara percakapan kepada tulisan.

Dragon

Haaa, jadi sekarang terbuktilah, aplikasi ni memang gempak punya.

Memang berkali-kali ganda kerja Budiey jadi lebih produkif.

Selain jadi lebih produktif, Budiey kira aplikasi ini meringankan beban kerja sebagai penulis blog sepenuh masa yang aktif ke sana sini setiap hari.

Pasti korang tertanya-tanya apa kegunaan dan 'special'nya aplikasi ini, kan?

Secara ringkasnya, aplikasi Dragon Dictation ini akan menukarkan apa yang kita percakapkan kepada perkataan dan ia tersedia dalam banyak bahasa. Anda boleh pilih bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan beberapa bahasa lain yang disediakan dalam aplikasi setting.

Anda boleh menggunakan suara dan boleh mengawal alat peranti kita tadi walaupun semasa melakukan kerja multi tasking.

Ini berguna sangat semasa Budiey menulis entri di mana-mana event yang memerlukan Budiey mengemas kini dengan lebih cepat. Seperti di Anugerah Skrin yang lalu, Budiey dengan cepatnya mengemaskini entri tentang event ini dengan lancar tanpa sebarang masalah untuk menaip.

Budiey juga menggunakan aplikasi ini semasa menemubual selebriti dan artis. Tidak perlu untuk menulis setiap jawapan artis. Hanya record sahaja suara artis, dan aplikasi ini akan menukarnya dalam bentuk perkataan.

Sebelum ini, bila Budiey ada idea di minda, secara langsung, Budiey terus menaip dan menulisnya, kalau tak cepat-cepat tulis, nanti Budiey mudah lupa pulak. Bila nak ingat balik, idea dah hilang entah ke mana. Payah pulak nak re-call balik. Tapi, selepas diperkenalkan dengan aplikasi Dragon Dictation ni, segala masalah ni takkan berlaku. Sekarang ni, bila ada idea dan sesuatu isi penting, Budiey terus rakam menggunakan suara dan aplikasi ini menukarkan suara Budiey tadi dalam bentuk perkataan.

Kalau korang tak caya, korang boleh cuba. Belum cuba belum tahu.

Dahlah senang nak guna dan tak sampai 2 minit je makan masa yang sangat singkat untuk download. Cari je aplikasi ni kat Apple Store (iOS).

Aplikasi ni juga menjimatkan masa Budiey semasa mengarang entri blog. Bukan itu sahaja, kita juga boleh pilih cara penghantaran mesej, karangan dan juga penulisan kita tadi dengan memilih ikon yang terletak di bahagian bawah sebelah kanan dalam aplikasi ini.

Budiey tengok ada 6 cara atau kaedahnya, iaitu emel, Facebook, Twitter, Salinan, potongan dan teks. Sangat mudah!

Semalam, Budiey ada mencuba kaedah yang melalui Facebook.

Sangat senang. Kalau kurang faham, jom Budiey ajarkan ni.

dragon

Pertama sekali kena klik 'Setting' di bahagian kanan aplikasi ini. Anda boleh ubah bahasa kepada Bahasa Malaysia supaya aplikasi ini senang untuk detect segala sebutan yang anda sebut dalam bahasa Melayu.

Orait, sekarang… kita mahu menghantar secara terus dari aplikasi ini kepada status Facebook kita ya.

Klik simbol record dan paparan Revording' akan keluar di iPad. Sekarang kita boleh cuba baca status yang ingin kita update di Facebook. Budiey buat contoh kat bawah ni. Budiey baca: Sekejap lagi saya akan ke KLCC untuk menonton wayang.

dragon

Satu lagi, tips yang Budiey nak berikan kepada anda ialah, kalau boleh bacalah dengan nada yang kuat dan terang supaya ia mudah dicerna dan difahami oleh aplikasi ini. Kalau tak, nanti akan keluar perkataan yang lain pula.

dragon

Selepas login Facebook dan kita akan diberi tahu samada mahu menghantar mesej yang kita baca tadi di Facebook atau tidak.

Klik OK untuk hantar dan secara otomatik, sepantas kilat, mesej kita tadi akan tertera di Facebook.

dragon

Jadi, sekarang kita dah tahu kegunaan aplikasi ini, tak rugi kalau korang juga download dan guna aplikasi ini sekarang.

PERADUAN APLIKASI DRAGON DICTATION DI BUDIEY.COM

Okay, Budiey rasa tak perlu nak cakap banyak lagi tentang faedah dan kelebihan aplikasi ni kat pembaca semua. Sebabnya, korang kena cuba aplikasi ni. Lepas cuba, baru tau macamana berkesannya aplikasi ini. Belum cuba belum tahu, kan?

Budiey pun dah cuba dan terus setia untuk menggunakan aplikasi ini setiap hari, jadi anda semua perlu download gak.

Jadi, pakat mai ramai-ramai download sekarang aplikasi Dragon Dictation dan cuba teknologi canggih dan kehebatan yang ada pada aplikasi ini.

Dan, bukan itu sahaja, anda berpeluang untuk memenangi hadiah misteri dari Nuance tak? Haa, ini peluang keemasan anda.

Sebelum Budiey lupa, sebagai penentuan pemenang, Budiey akan pilih entri yang paling lucu dan kreatif. Hadiahnya sangat lumayan berupa ganjaran misteri daripada Nuance. Jadi, ingat ye, tulislah slogan yang kreatif, lagi kreatif lagi ada peluang untuk menang.

Yang penting sekali syaratnya pembaca semua memuatturun aplikasi Dragon Dictation ni. Tak rugilah, sebab apa yang Budiey tahu, aplikasi ini dah banyak kali dimuatturun oleh pengguna.

Sudah tiba masanya Budiey meminta pertolongan anda semua membantu Budiey bagi mendapat ganjaran misteri yang akan diberikan oleh Nuance kepada penulis blog yang paling ramai menerima entri peraduan dari jumlah download aplikasi paling banyak. Untuk info anda semua, Budiey akan bersaing dengan blogger Beautifulnara bagi menentukan penulis blog mana yang paling ramai mendapat jumlah entri peraduan pembaca.

Jika anda suka, sila vote untuk budiey dengan hanya memuatturun aplikasi Dragon Dictation dan sertai peraduan ini. Itu sahaja.

Jadi, luangkan masa anda untuk hantar entri peraduan ini secepat mungkin ya.

Serta tak lupa juga ganjaran misteri untuk pembaca yang hantar entri paling kreatif juga.

Bagaimana caranya?

  1. Di bawah ini, Budiey akan ceritakan bagaimana anda boleh rebut hadiah misteri yang lumayan ini dengan hanya memuatturun aplikasi Dragon Dictation.
  2. Ingat aplikasi ini dan search aplikasi ini di iOS… Dragon Dictation. Muatturun aplikasi Dragon Dictation di Apple Store ya.
  3. Selepas selesai download aplikasi Dragon Dictation, anda hanya perlu mencipta slogan dengan jawapan ini dengan lebih kreatif:                                                                                "Mengapakah Budiey seorang wira Dragon yang tulen? dengan menggunakan aplikasi Dragon Dictation seperti mana yang Budiey letakkan kat perenggan atas tadi.
  4. Emelkan printscreen jawapan anda itu kepada budiey di emel: budiey_ismas@yahoo.com.

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Peraturan:
1. Peraduan ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia.
2. Pemenang akan dihubungi melalui email.
3. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
6. Keputusan hakim adalah muktamad.

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: PERADUAN APLIKASI DRAGON DICTATION DI BUDIEY.COM

Tarikh tutup peraduan:
7 Disember 2012

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Budiey harap, pembaca semua faham bagaimana nak join dan hantar peraduan ini. Lagi banyak hantar lagi bagus.

Anda juga boleh berkongsi dan ceritakan tentang aplikasi ini kepada semua kawan-kawan di Facebook dan Twitter dengan menggunakan hashtag #PeraduanDragonDictationBudiey.

Tak rugi dan jangan lupa suruh mereka menyertai peraduan ini. Lumayan beb hadiahnya…

Jadi tunggu apa lagi, jom muatturun sekarang aplikasi Dragon Dictation di gadget atau alat peranti anda sekarang dan sertai peraduan yang Budiey anjurkan ini.

Terima kasih! Good luck pada semua! Love you all!

Facebook Komen

Facebook Komen

No tags for this post.

Gambar Carmen Soo di Pelancaran Produk InnerShine RubyCollagen

Posted: 22 Nov 2012 04:14 PM PST

Pada sebelah petang semalam (23 November 2012) telah bsrlangsung Pelancaran Produk Terbaru dari InnerShine iaitu RubyCollagen. Budiey turut hadir untuk buat liputan tentang events ini.

Selain Azura Zainal sebagai pengacara majlis, majlis ini sudah pasti tertumpu kepada seorang selebriti yang tengah hot kononnya dikaitkan dengan kisah gosip  tentang satu adegan 'panas' dalam filem yang dibintanginya, The Hunter yang mencetuskan kontroversi.

carmen_soo2

Ramai menjangka adegan tersebut dilakonkan oleh Carmen tetapi sebenarnya pelakon wanita itu ialah Tavani.

"Oh ya, itu bukan saya. Pelakon wanita itu sebenarnya pelakon Taiwan dan pelakon lelaki itu pula pelakon Malaysia, Isaac Ong."

Seiring dengan produk yang menjadikan kulit kita muda dan cantik ini, InnerShine telah memperkenalkan seorang duta terbaru iaitu Carmen Soo atau nama sebenarnya Soo Wai Ming.\

The Hunter merupakan filem seram-thriller dalam format 3D pertama di Asia Tenggara dan diarahkan oleh Bjarne Wong yang pernah mengarahkan filem 'Sayang You Can Dance' pada tahun 2008. Filem ini sepatutnya ditayangkan pada September lalu namun tayangannya ditangguh kerana masih lagi dalam proses post-produksi.

"Dua bulan lepas saya ada bertanyakan pada pengarah tentang filem ini dan saya diberitahu ianya masih dalam proses post-produksi. Saya difahamkan disebabkan filem itu dalam format 3D jadi ia memakan masa yang lama untuk disiapkan. Ini juga merupakan filem 3D pertama saya."

"Dalam filem itu saya berlakon sebagai pengarah yang datang ke satu kepulauan bersama produksi saya untuk membuat dokumentari. Satu filem yang mencabar tetapi memberi pengalaman yang menarik pada saya. Kami menjalani pengambaran di kawasan pedalaman di sekitar Borneo. Kami juga menjalani penggambaran dalam hutan dan ketika itu pula musim hujan. Jadi bayangkan saja bertapa kami terpaksa menahan sejuk, nyamuk dan kami terpaksa pakai baju basah", ujar Carmen berkongsi pengalamannya menjayakan filem yang turut dibarisi pelakon seperti Sharifah Amani, Lou Qi, Cindy Chen, Soo Wincci, Smythe Wong dan Wayne Thong.

Carmen Soo Duta InnerShine

Menyentuh tentang produk InnerShine, Carmen Soo bersetuju dengan kajian yang mengatakan rata-rata yang menggunakan produk ini selama 30 hari mengatakan selepas menggunakannya, kulit brtambah halus, cerah bermaya dan tak perlu pakai solekan lagi. Ini kerana Carmen Soo sendiri pun telah menggunakannya.

Menyentuh mengenai perkembangan terbaru wanita kelahiran Ipoh Perak ini memberitahu karier lakonannya di Filipina dan Singapura kini semakin berkembang.

"Saya baru selesai jalani penggambaran filem Ghost Child di Singapura dan akan ditayangkan pada tahun depan. Selain, satu lagi filem berjudul Dead Mind yang akan ditayangkan di saluran HBO Asia", katanya.

Meskipun penat berulang-alik Singapura-Kuala Lumpur-Filipina tetapi kata Carmen pengorbanannya berbaloi apabila dia semakin dikenali dan menerima banyak tawaran berlakon filem di dua negara itu. Pun begitu dia belum berasa selesa dengan pencapaiannya kini malahan diakui banyak lagi yang perlu dipertingkatkan.

"Orang banyak berkata kepada saya bertapa bertuahnya saya dapat berlakon di Filipina. Tetapi hakikatnya saya sangat berusaha keras untuk menempatkan nama di sana. Jadual saya sangat padat. Sampaikan pernah saya dimasukkan ke hospital selamat empat hari kerana terlalu letih.

"Di Filipina cara kerjanya berbeza. Misalnya untuk penggambaran, hanya tiga hari dalam semiggu tetapi sekali penggambaran mengambil masa selama 24 jam di set lokasi. Kalau tidak ada penggambaran, saya akan mengacarakan program TV, menghadiri sesi fotografi, sesi temubual dan sebagainya. Dari segi komunikasi, saya pada awalnya memang sukar tetapi lama-kelamaan saya boleh berbahasa tagalog walaupun tidak terlalu fasih tapi saya faham apa yang dibualkan.

Walaupun sudah hampir empat tahun mencipta kerjaya di Filipina namun Carmen berkata dia tidak merasakan dirinya banyak sudah bagus kerana banyak lagi yang perlu diperbaiki dari segi mutu lakonannya dan keran itu juga dia harus bersikap memilih. "Saya bukanlah seperti Julia Robert. Saya belum rasa yang saya ni betul-betul bertaraf antarabangsa. Saya cuma mencari peluang sebanyak mungkin di luar negara. Diakui saya agak memilih dalam menerima tawaran berlakon.

"Di Malaysia bukan tidak ada tawaran cuma buat masa ini saya tidak mengambil sebarang tawaran di sini kerana watak yang diberi kurang sesuai. Kalau di luar setakat ini saya rasa peluang untuk saya pelbagaikan watak lebih senang. Di singapura saya diberi peluang berlakon filem thriller. Kalau di Filipina saya pernah mainkan watak antagonis juga watak yang memerlukan saya bermain dengan emosi. Baru-baru ni saya sebagai cameo dalam filem Alagwa (Breakaway). Filem tersebut diterajui oleh Jericho Rosales ", tuturnya.

Di bawah ini adalah gambar Carmen Soo yang Budiey ambil sepanjang majlis. Sangat cantik dan dia sweet.

Carmen Soo Duta InnerShine

Carmen Soo Duta InnerShine

Carmen Soo Duta InnerShine

Carmen Soo Duta InnerShine

Carmen Soo Duta InnerShine

Carmen Soo Duta InnerShine

Carmen Soo Duta InnerShine

Carmen Soo Duta InnerShine

Carmen Soo Duta InnerShine

Carmen Soo Duta InnerShine

Carmen Soo Duta InnerShine

Carmen Soo Duta InnerShine

Carmen Soo Duta InnerShine

Carmen Soo Duta InnerShine

Carmen Soo Duta InnerShine

Carmen Soo Duta InnerShine

Carmen Soo Duta InnerShine

Carmen Soo Duta InnerShine

Carmen Soo Duta InnerShine

Facebook Komen

Facebook Komen

No tags for this post.