Farid cedera jayakan filem aksi bersama Aaron Aziz
BIARPUN berkerusi roda sepanjang majlis tayangan media dan sidang media filem terbarunya, Hantu Gangster, Farid Kamil tetapi bersemangat membantu mempromosikan judul arahan Wee Meng Chee atau Namewee. Berpakaian baju Melayu serta bersongkok, Farid setia ditemani kekasih, Diana Danielle, yang turut membintangi filem itu, di Kuala Lumpur, kelmarin. Aktor yang juga pengarah berbakat itu terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan akibat tempurung lutut kirinya retak setelah terjatuh sewaktu menjalani penggambaran filem Dampak, Isnin lalu.
Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 31, berkata kecederaan itu dialami ketika sesi penggambaran di sebuah kelab di Bukit Bintang, yang turut mengakibatkan lutut kirinya bengkak dan lebam.
"Saya terjatuh berguling di tangga kelab itu kerana hilang imbangan badan ketika melakukan babak kejar-mengejar. Kemalangan kecil itu menyebabkan lutut kiri bengkak kerana berlaku pendarahan dalaman yang serius.
"Selepas mendapat rawatan di Hospital Ampang Puteri, doktor mengesahkan tempurung lutut saya retak akibat hentakan kuat. Jadi, saya terpaksa menggunakan tongkat. Untuk bergerak lebih jauh pula, saya perlu menggunakan kerusi roda," katanya. Dampak ialah filem genre aksi terbitan Ops Production, yang dilakonkan bersama Aaron Aziz dan Juliana Evans.
Kesal dengan kemalangan itu yang mengakibatkan sesi penggambaran tergendala, Farid berkata, dia hanya mampu melakukan babak yang memerlukan dirinya berdiri buat seketika.
"Saya mungkin berkeadaan begini sehingga enam minggu. Kecederaan ini begitu mengganggu tugas saya sebagai pelakon dan kadang kala saya rasa tertekan, walaupun baru beberapa hari mengalaminya," katanya.
Kejadian itu turut menyebabkan produksi filem Dampak terpaksa menggunakan pelakon pengganti untuk saki-baki babak aksi membabitkan dirinya.
Suka pendekatan Namewee
Berbicara soal pembabitannya dalam filem arahan pengarah kontroversi, Namewee, Farid menyifatkan ia peluang yang dinanti dan amat sukakan sentuhan karya jejaka Tionghua itu.
"Bila Namewee datang berjumpa saya bersama produser, mereka tidak sedar saya mempunyai hubungan dengan Diana. Itulah antara sebab saya terima pelawaan mereka. Begitu juga ketika mereka menawarkan watak kepada Diana.
"Bukan apa, saya tidak mahu orang mengambil kesempatan atau menjual kisah cinta kami melalui filem. Saya mahu dikenali kerana bakat lakon saja," katanya.
Farid juga melihat pengarah itu cukup kreatif dalam mencipta watak dan perwatakannya sebagai Ewan.
"Dia mencipta watak jahat yang tidak terlalu nampak kejahatannya. Itulah antara pendekatan pengarah ini. Pembunuh yang digambarkan dalam filem ini berbeza dengan watak pembunuh sering digambarkan dalam filem lain. Saya lihat, Namewee mengkaji watak pernah saya lakonkan sebelum ini supaya saya tidak lagi melakonkan watak sama, katanya yang menggunakan seragam Superman dalam filem berkenaan.
Selain Dampak dan Hantu Gangster, yang ditayangkan mulai 9 Ogos ini, Farid juga terbabit dalam filem Pengapit arahan Wan Hasliza, bersama aktres Nadiya Nisaa.
SYARIKAT rakaman KRU Music sanggup berbelanja besar semata-mata untuk mendapatkan kumpulan rock legenda, Wings, bernaung di bawah label mereka. Presiden Eksekutifnya, Norman Abdul Halim, berkata meskipun jumlahnya besar, ia amat berbaloi dengan status kumpulan rock terhebat disandang mereka ketika ini. "Boleh dikatakan inilah pelaburan terbesar pernah dikeluarkan label kami setakat ini. Ia merangkumi kos pembikinan album, penghasilan klip video, strategi pemasaran dan juga promosi. Tapi ia tidak menjadi halangan kerana status mereka sebagai legenda rock membuatkan kami rasa perbelanjaan besar yang kami keluarkan itu berbaloi," ujar Norman pada sidang media Lagenda Rock Menakluk Kosmos di ibu negara, petang semalam.
Dengan penyertaan kumpulan popular itu dalam KRU, menurut Norman, ia sekali gus membuktikan label itu bersikap terbuka menerima karya orang lain.
"Sebelum ini ramai mengatakan kami banyak menggunakan tenaga kerja dalaman untuk berkarya. Bagi album Wings nanti, kami tidak akan campur tangan dalam soal rakaman, konsep lagu dan susunan muzik. Semuanya kami serahkan kepada mereka. Cuma kami akan terbabit dalam soal pemasaran, promosi, pembikinan klip video dan juga pemasaran dari segi digital," terangnya.
Norman bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah sebenar dikeluarkan untuk mendapatkan kumpulan terbabit. Sebaliknya dia menyifatkan kerjasama itu sebagai situasi menang-menang buat kedua-dua pihak. "Kontrak ini dibuat berdasarkan persahabatan dan mengikut projek album. Kalau mereka puas hati, kerjasama ini boleh disambung lagi," kata Norman.
Ambil masa fikir tawaran
Sementara itu, Awie mendedahkan keputusan menerima tawaran itu tidak dibuat dalam sekelip mata. Banyak perkara perlu diambil kira supaya hasrat menghasilkan album terbaik selepas sedekad tanpa produk baru dapat dicapai.
"Sebelum ini memang ada syarikat rakaman lain menawarkan kami untuk menjadi artis rakaman mereka. Namun kami tolak kerana tawaran itu tidak memenuhi kehendak kami.
"Pemilihan KRU Music sebagai label baru kami ini pun mengambil masa agak lama. Selepas membuat perubahan dari segi kontrak dan masing-masing puas hati, barulah kami bersetuju menyertai mereka," katanya yang menandatangani kontrak itu awal bulan ini.
Kejayaan demi kejayaan dilakar Norman, Yusry dan Edry serta keupayaan mereka mengendalikan label itu membuatkan mereka yakin untuk menerima tawaran berkenaan.
Mengenai pembikinan album yang berjudul Menakluk Kosmos itu, Awie berkata, mereka masih lagi mencari material yang sesuai.
"Ada beberapa lagu sudah pun dirakam dan kami akan masuk ke studio lagi pada hari ketiga puasa. Memang agak sukar untuk kami mencari lagu baru yang sesuai dengan cita rasa masa kini.
"Walaupun ada pembaharuan tapi tanda dagang muzik Wings, iaitu bunyi gitar dan ketukan dram, tetap dikekalkan," ujarnya.
Kali terakhir Wing merakamkan album ialah sedekad lalu menerusi Naga K'ramat terbitan BMG.
ANEH. Percintaan mereka diketahui umum dan mereka juga tidak pernah menyembunyikan percintaan mereka yang pernah menjadi bahan berita media tempatan.
Namun ketika sidang akhbar filem Hantu Gangster, Rabu lalu di Petaling Jaya, Farid Kamil dan Diana Danielle yang merupakan teraju filem itu kelihatan seperti orang asing yang tidak mengenali antara satu sama.
Mereka kelihatan membuat hal masing-masing seolah-olah langsung tiada ikatan cinta yang menyatukan hati kedua-duanya.
Diana kelihatan asyik berbual dengan penyanyi Mizz Nina yang turut membintangi Hantu Gangster tatkala Farid disorong menggunakan kerusi roda oleh beberapa pembantunya untuk bersama-sama barisan pelakon lain yang menjayakan filem berkenaan.
Farid yang kelihatan sukar untuk duduk kerana menggunakan tongkat akibat kecederaan tempurung lutut yang dialami semasa penggambaran filem Dampak, Isnin lalu juga kelihatan tidak dihiraukan oleh Diana untuk duduk di tempat yang disediakan bagi sidang akhbar itu.
Lebih menambah kemusykilan mengenai hubungan cinta mereka itu apabila jurufoto Kosmo!, Rashid Mahfof memberitahu bahawa Diana, 21, menolak untuk bergambar bersama Farid, 31, walaupun kekasih hatinya itu berada tidak jauh daripada dirinya ketika itu.
KENANGAN lalu. Diana dan Farid pernah bergambar bersama ketika sama-sama menyertai majlis anjuran butik Lord's Tailor di Bangsar, Kuala Lumpur pada 14 Disember 2008.
Selepas berpeluang bertemu dengan Diana selepas sidang akhbar berkenaan, persoalan mengenai situasi berkenaan diajukan. Diana tenang menyatakan faktor di sebalik kenapa dia enggan bergambar dengan Farid adalah kerana itu adalah prinsipnya.
"Maaf, saya bukan nak jadi diva, tetapi ini soal prinsip. Saya tidak mahu kisah cinta dikomersialkan oleh pihak lain. Saya mahu peminat kenal kami kerana lakonan yang baik, bukan kisah cinta kami," jelasnya.
Pemilik nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson bagaimanapun dengan penuh terbuka memberitahu, hubungan cintanya dengan Farid mereka masih berjalan dengan baik dan tiada perselisihan faham, sebaliknya dia tidak mahu kisah cinta terlalu banyak dipaparkan dalam media.
"Nanti peminat lihat kami asyik mahu 'melekat' sahaja, orang akan bosan kalau selalu lihat kami asyik bergambar bersama sahaja. Minta maaf kerana tidak dapat tunaikan permintaan untuk bergambar dengan Farid," tutur Diana tulus.
Diana yang sebelum ini pernah berlakon beberapa filem seperti Magika, ...Dalam Botol dan banyak lagi itu juga menjelaskan, jika dia membenarkan kisah cinta mereka sering menjadi paparan umum, itu akan membuatkan ramai penerbit filem akan menggunakan mereka untuk melariskan produk mereka.
Tolak tawaran
Menjelaskan lagi keadaan sebenar agar tidak disalah anggap mengenai hubungan mereka, Diana berkata, dia tidak mahu populariti yang diraih kini disebabkan kisah cinta.
"Apabila sering ada muka kami berdua, peminat mungkin mengata, kami jaja kisah kami untuk popular. Saya dan Farid tidak mahu semua itu. Kami mahu popular kerana lakonan kami yang bermutu," ujarnya.
Dia yang pernah berduet bersama Imran Ajmain serta pelawak terkenal, Nabil untuk lagu Radio turut menjelaskan, mererka tetap akan menolak sekiranya ditawarkan watak pasangan bercinta dalam drama atau filem.
Bagi Diana, jika bergandingan bersama dalam satu filem, peminat akan menonton produk itu disebabkan kami bercinta bukannya kerana jalan cerita filem itu menarik dan sebagainya.
"Itu sudah dikira macam eksploitasi, saya tidak mahu semua itu, saya hendak peminat tonton lakonan saya kerana ia berkesan dan menarik," ujarnya.
Mengenai gandingannya bersama Farid dalam filem Hantu Gangster pula, Diana menjelaskan, dia sebenarnya tidak mengetahui Farid turut ditawarkan dan bersetuju untuk berlakon dalam filem yang sama.
"Penerbit juga tidak tahu kami sebenarnya bercinta, lagi pun dalam filem ini saya bukan bercinta dengan Farid tetapi dengan orang lain," tambahnya.
Sibuk sepanjang Ramadan
Walaupun kebanyakan artis lain di bulan Ramadan sibuk dengan menjual kuih raya dan berniaga di bazar Ramadan, perkara sebaliknya berlaku kepada gadis kacukan Melayu-Inggeris ini. Dia yang mempunyai jadual yang padat sepanjang bulan Ramadan kerana terpaksa memulakan penggambaran filem terbaharunya yang merupakan genre komedi seram, Kami Histeria.
FARID telah mengalami kecederaan di set penggambaran filem Dampak, pada Isnin lalu.
"Bulan Ramadan tahun lepas juga saya sibuk, ingat tahun ini dapat kurangkan jadual berlakon ketika bulan puasa, tidak dapat juga rasanya sebab jadual memang padat," katanya.
Penggambaran filem berkenaan akan bermula pada hari ketiga bulan Ramadan dan berakhir tiga hari terakhir menjelang Syawal.
Disebabkan itu, Diana memberitahu, dia masih tidak sempat untuk membeli baju raya dan mungkin hanya memberi baju yang telah siap kerana kesuntukan masa.
"Tak payah tempah baju pun tidak mengapa, saya jenis yang senang dan ringkas, baju siap harga RM50 pun boleh pakai," ujarnya.
MILA KUNIS tidak faham mengapa ada wanita mahu menjadi dirinya, sedangkan menurut aktres tersebut, dia menjalani sebuah kehidupan normal dan tidak mewah.
Dalam temu bual bersama majalah Interviews, aktres berusia 28 tahun itu juga mengaku bahawa dia tidak mahu menjadi pelakon dalam tempoh waktu yang panjang dan sudah mempunyai perancangan sendiri.
"Selepas terbabit selama lapan tahun untuk drama That 70's Show dan lebih sedekad terbabit dengan Family Guy, saya akui, kewangan saya sangat stabil.
"Bagaimanapun, saya tidak hidup mewah, saya menjalani kehidupan yang cukup sederhana. Jadi saya tak perlu ada sehingga 20 pembantu atau pergi ke sesebuah lokasi dengan jet peribadi," ujarnya yang mengakui selesa hidup seperti manusia biasa.
Dia kemudian meninggalkan kedua-dua siri tersebut membabitkan diri dalam dunia perfileman.
Sukses dengan beberapa buah filem pecah panggung seperti Black Swan dan Friends With Benefits, Kunis kini sudah memikirkan masa untuk berundur dari industri.
"Industri ini boleh memakan kita, jadi sebelum saya 'dimakan', lebih baik saya undur diri dulu," ujar aktres yang kini digosip bercinta dengan Ashton Kutcher.
Tambah aktres kelahiran Ukraine itu lagi: "Dalam tempoh lima tahun akan datang, saya melihat diri sudah mempunyai keluarga dan melakukan kerja belakang tabir."
6IXTH SENSE buat pertama kali muncul dengan sebuah album kerohanian dan kemanusiaan yang diberi judul Tentang Kita.
TERKENAL menerusi untaian lagu cinta, grup 6ixth Sense kini kembali dengan album terkini. Menariknya, album kali ini dibikin khusus sempena kedatangan Ramadan kerana ia merupakan sebuah album berunsur kerohanian.
Sengaja memilih judul Tentang Kita, ia dianggap sebagai simbolik kisah hidup manusia yang mencari keredaan Tuhan, tidak mengira sama ada manusia itu berada dalam kesusahan atau dalam lambakan nikmat Tuhan.
Himpunan lagu yang dipilih juga berkait rapat dengan perkara yang berlaku dalam kehidupan harian manusia, khususnya yang masih mencari kedamaian (peristiwa di Syria dan masalah rumah tangga), pencarian kasih sayang (daripada Allah, para Rasul serta ayah dan ibu), penemuan keredaan dan bantuan Tuhan serta khusus untuk para Muslimin yang menagih syafaat Rasul (ikon terbaik).
"Ini merupakan kali pertama Sixth Sense lahir dengan sebuah album penuh yang kesemua lagu berkonsepkan kerohanian.
"Ia juga merupakan kelainan yang cuba kami tampilkan kepada para peminat. Sebelum ini kami ada menghasilkan lagu-lagu sebegini, (kerohanian) tetapi lirik yang berunsur kerohanian tidaklah terlalu mendalam seperti Khatimah Cinta," ujar vokalis 6ixth Sense, Adi.
Tambah Adi, dia berharap agar album tersebut mendapat sambutan yang baik daripada peminat kerana berpendapat ia mempunyai keistimewaan tersendiri.
Ujarnya: "Selain itu kami anggap kelahiran album ini juga mempunyai keistimewaan tersendiri kerana lirik-lirik lagu dalam album ini yang banyak mengandungi unsur-unsur nasihat serta mampu memberikan mesej yang positif kepada pendengar."
Tentang Kita mengandungi lagu-lagu seperti Ayah Dan Ibu, Damai Yang Hilang, Rasulullah dan Cintaku Padamu Seluas Angkasa (Selawat) yang mendapat sentuhan susunan muzik yang direncana 6ixth Sense sendiri turut dimantapkan dengan bunyi strings oleh Dimawan Krisnowo Adji Sa'unine Strings.
Album tersebut turut dimuatkan dengan beberapa buah lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan nasyid tempatan iaitu Nowseeheart dan Hijjaz, tetapi diberi nafas baharu oleh grup ini.
Mereka juga merakamkan album tersebut di tiga buah studio berbeza iaitu Hijjaz Studio, King's Studio dan Studio 18.
Bercakap mengenai proses menyudahkan Tentang Kita, Adi mengaku mereka terpaksa berhadapan dengan beberapa cabaran.
"Tidak dinafikan kami turut berhadapan dengan cabaran untuk menghasilkan album ini, terutamanya susunan muzik yang tidak boleh terlalu keras dan perlu memilih lagu yang sesuai agar dapat diterima ramai. Bagaimanapun semuanya berjalan lancar sehingga pembikinan album ini selesai," ujarnya.
Harapan mereka juga, agar album tersebut dapat memberi manfaat kepada semua pendengar melalui dakwah secara seni.
Sementara itu, lagu baharu berjudul Altar Cinta ciptaan penuh Adi, bakal menemui peminat yang menantikan sentuhan baharu mereka yang semakin popular selepas muncul dengan album mereka yang berjudul, +-x÷.
Malah, lagu berkenaan telah diperdengarkan secara serentak menerusi radio utama tempatan pada 18 Julai lalu.
Sebelum ini, mereka tampil dengan single pertama menerusi album ini dengan lagu menampilkan kumpulan nasyid Saujana berjudul Penerang Hati ciptaan Faiz Azizi Arlis atau Gjie dan semakin mendapat tempat di carta radio tempatan, malah mula menjadi pilihan di pusat karaoke seperti Red Box. - RONI HIDAYAT RIDWAN
SUATU ketika dulu, dia hanyalah seorang budak kampung biasa yang menjadi penjual burger. Pun begitu, kunjungan ke Kuala Lumpur gara-gara mahu menyaksikan satu 'gig' akhirnya membawa dimensi baru dalam kehidupan pelakon kacak, Muhammad Izzul Islam Mazlan atau Izzue Islam, 22.
Anak muda kelahiran Negeri Cik Siti Wan Kembang ini berkata, ketika itu dia cukup berminat dengan bidang muzik, membuatkan dia dan rakannya terdorong untuk datang ke Kuala Lumpur bagi menonton persembahan Kami The Konsert di Bukit Jalil, sempena filem Kami terbitan produksi Red Films Sdn Bhd, empat tahun lalu.
Menurut Izzue, selama tiga hari menetap di Kuala Lumpur, dia dan rakannya kehabisan wang untuk balik ke Kelantan. Justeru, ketika menjamu selera di sebuah restoran di Desa Mentari, Petaling Jaya, dia tergerak hati untuk bertanya kepada pemilik kedai makan itu sama ada memerlukan pekerja untuk berkhidmat di situ.
"Syukur kepada Tuhan, apabila pemilik kedai itu sudi memberikan pekerjaan kepada kami. Malah memandangkan tiada duit untuk menyewa bilik, kami terpaksa pula menumpang tidur di kedai pakaian 'bundle' milik seorang kawan. Kalau diingatkan semula, memang susah kehidupan saya ketika mula-mula datang Kuala Lumpur dulu.
"Bagi menampung kehidupan, saya juga pernah melakukan beberapa kerja sambilan seperti menjadi penghantar susu, pembancuh air di gerai makan dan jurujual di pusat beli-belah. Terus-terang, saya tidak pernah rasa malu melakukan pekerjaan itu kerana apa yang penting mendapat rezeki yang halal," katanya.
Jelas Izzue lagi, dia sanggup mengalami kesusahan di ibu kota kerana berpegang pada prinsip, itulah jalan hidup yang dipilihnya. Katanya, dia perlu belajar berdikari sendiri dan enggan meminta bantuan daripada keluarga di kampung. Kini, Izzue akur pengalaman kesusahan dilaluinya itu banyak membantu dia menjadi matang.
"Dalam keseronokan bekerja sambilan, ketika itulah saya terbaca iklan mencari pelakon di akhbar. Masih saya ingat lagi, uji bakat pertama dilalui untuk menjadi pelakon tambahan dalam drama Kampung Jaguh terbitan produksi Double Vision Sdn Bhd. Saya tak pernah menduga pun akan mendapat watak Halim.
"Dua episod watak Halim itu cukup membantu saya menonjolkan bakat dalam bidang lakonan. Sejak itu, saya aktif dalam industri seni dan menjadi pelakon tambahan selama dua tahun. Namun, berkat usaha dan kesungguhan saya, akhirnya dapat juga peluang melakonkan watak utama dalam drama Cita dan Cinta di TV9.
"Selepas itu, saya sudah mula meraih kepercayaan melakonkan watak utama sehinggalah membintangi filem. Malah, ketika sibuk berlakon itu jugalah saya mendapat lamaran daripada pihak KRU untuk menjadi salah seorang anggota Forteen. Tak dinafikan, saya tak berfikir panjang dan terus menerima tawaran itu.
"Menerusi Forteen, saya dapati nama semakin kukuh dalam industri seni. Bahkan, Forteen banyak membantu menaikkan nama saya sehinggalah berada di tahap ini sekarang. Jujur saya katakan, memang tak pernah pun ada cita-cita untuk menjadi artis. Kedatangan saya ke Kuala Lumpur dulu, hanyalah untuk menonton persembahan gig itu.
"Ketika di kampung saya ada kumpulan muzik sendiri yang dikenali dengan nama Hellow Yellow. Malah, harapan kami pun bukan untuk menjadi artis tapi sekadar mahu membuat persembahan di hadapan orang ramai walau pun hanya sekali. Apa yang kami inginkan adalah pengalaman," katanya.
Menurut Izzue, bagaimanapun dia dan anggota kumpulan Hallow Yellow berjaya juga menggapai impian mereka membuat persembahan di depan khalayak sebanyak dua kali iaitu di Kelantan dan Shah Alam. Namun katanya, anggota kini sudah Hallow Yellow membawa haluan masing-masing.
"Malah, penyertaan saya dalam Forteen disokong oleh mereka. Sekarang, saya sangat bersyukur dengan segala yang dimiliki selepas puas hidup dalam kesusahan. Pun begitu, ia tidak bermakna saya sudah cukup berpuas hati dengan pencapaian saya.
"Masih banyak lagi yang perlu saya belajar dan perbaiki dalam memantapkan karier seni diceburi. Apapun, ingin saya tegaskan bahawa pembabitan dalam bidang seni ini bukanlah untuk mengejar populariti tetapi atas dasar minat. Malah, saya juga ingin peminat menerima diri ini kerana bakat," katanya yang boleh bermain gitar, dram dan keyboards.
Semakin dikenali ramai, Izzue juga sehingga kini sudah membintangi enam filem iaitu Songlap, Hantu Kapcai, Cikaro, Mat Tudung, Ular dan 29 Februari. Filem yang menggandingkan Izzue dan Remy Ishak itu akan ditayangkan di pada 30 Ogos nanti.
Membawakan watak Razak, seorang pemuda buta, Izzue berkata watak itu cukup memberikan cabaran besar. Pun begitu, itulah kepercayaan yang diberikan pengarah, Edry Abdul Halim kepada Izzue yang kini semakin popular.
Malah, bagi Izzue pula dia sangat berbesar hati menerima kepercayaan daripada Edry itu, memandangkan 29 Februari adalah filem 3D pertama yang dihasilkan di Malaysia. Bahkan, selain berlakon dalam filem itu, Izzue bersama Forteen yang turut mendendangkan lagu untuk filem itu.
PERNAH terdengar kononnya ada artis yang ingin memboikot penganjuran Anugerah Industri Muzik (AIM) kerana kecewa dengan pelbagai isu yang berkaitan. Mana selepas isu penarikan semula trofi Lagu Terbaik yang dimenangi Yuna pada edisi ke-18 yang lalu, kritikan dan persepsi penggiat seni semakin meruncing mempersoalkan ketelusan majlis anugerah itu.
Bagaimanapun, dalam pada kotornya nama dan kredibiliti AIM, majlis penganugerahan berprestij ini tetap diteruskan untuk kali ke-19 apabila beberapa pembaharuan disuntik untuk memastikannya kekal relevan dan tidak lagi dipertikaikan.
Petang Rabu lalu, satu majlis pengumuman kategori pencalonan, syarat kelayakan dan rakan-rakan kerjasama AIM ke-19 diadakan.
Majlis yang dikendalikan oleh Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penganjur RIM (Persatuan Rakaman Malaysia) AIM19, Rosmin Hashim ini turut dihadiri Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh yang juga menjadi penyiar rasmi acara itu tahun ini.
Menurut Rosmin yang menyifatkan penganjuran AIM kali ini akan berbeza dari aspek penghakiman dan penjurian, pembaharuan yang dilakukan adalah untuk memenuhi permintaan penggiat seni yang meluahkan pandangan ketika majlis forum anjuran RIM sebelum ini.
Mengakui kredibiliti goyah sedikit kerana isu penarikan trofi tahun lalu, Rosmin bagaimanapun yakin pengiktirafan harus terus dilakukan bagi membangunkan industri muzik tempatan.
"Soal pertikaian yang berlaku dan segala macam pandangan yang diberikan kami sebelum ini sudah pun dijadikan satu panduan bagi membaiki mana yang perlu dan terus mencari formula baru agar majlis penganugerahan ini tidak dipandang ringan. Alhamdulillah segala-galanya sudah pun diselesaikan dan pihak penganjur sendiri ada menjalankan sesi forum bagi mendengar pandangan penggiat seni sendiri.
"Hasil daripada pendapat, keluhan dan komen mereka itu kami rangkum dan melihat apa yang perlu dan apa yang tidak. Pemerhatian dan penelitian secara terbuka di kalangan jawatankuasa melihat AIM harus diberi pembaharuan terutamanya pada sudut penjurian dan penghakimannya," katanya.
AIM19 yang dulunya diadili ahli Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM) sudah tidak lagi diteruskan sebaliknya kaedah itu ditukar sepenuhnya. Kali ini, penjurian untuk kesemua kategori akan diadili oleh panel yang dipilih dari kalangan penggiat industri yang aktif dan mempunyai profil seni yang kukuh.
Tambah Rosmin lagi, ini adalah permintaan ramai penggiat seni agar keputusan dan penilaian karya mereka dilakukan oleh teman-teman yang turut terbabit dalam lapangan seni secara aktif.
"Menerusi sesi forum yang dijalankan, inilah yang mereka (artis) inginkan iaitu panel penjurian baru dilantik menghakimi kesemua kategori. Mereka terdiri daripada komposer, penulis lirik, pengarah muzik, penyanyi sendiri dan beberapa pihak yang lain. Kiranya, jika dulu kaedahnya adalah ahli PAIMM seramai lebih 100 orang menjadi panel juri, kali ini jumlah juri itu dikecilkan kepada kurang dari 100 saja.
"Pihak penganjur akan mengumumkan kesemua nama-nama juri yang dipilih ini pada sidang media pengenalan kesemua calon nanti agar tiada lagi pihak yang ingin pertikaikan kerana kesemua juri ini mempunyai latar belakang kerjaya yang baik dan profil pencapaian yang hebat dalam lapangan seni muzik ini. Mungkin pembaharuan ini akan melihat satu kelainan dalam AIM.
"Pengurusan dan pentadbiran proses penghakiman tahun ini pula akan dikendalikan oleh sebuah firma profesional bebas, MACOMM Management Services. Namun sebagai penganjur, pihak kami tetap meletak seorang ketua juri bagi memantau keseluruhan proses pemilihan dan penghakiman agar tidak wujud sentimen kronisme, berat sebelah dan tidak profesional dalam pemilihan pemenang," katanya lagi.
Penganjuran kali ke-19 ini masih mengekalkan kesemua kategori-kategori utamanya termasuk Artis Baru Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu Wanita dan Lelaki, Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Dalam Lagu, Kulit Album Terbaik, Rakaman Album Terbaik, Video Muzik Terbaik, kategori Lagu Terbaik mengikut genre seperti Pop Etnik, Nasyid, Rock, Hip Hop, Pop, Inggeris Tempatan, Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara, Anugerah Kembara, Sri Wirama, Susunan Muzik Terbaik di Dalam Album, Lagu Terbaik dan Album Terbaik.
Pencalonan untuk AIM kali ini terbuka kepada lagu dan album dalam Bahasa Melayu dan Inggeris yang dikeluarkan di Malaysia dari tarikh 1 Julai 2011 hingga 20 Jun 2012. Tempoh pencalonannya pula dibuka bermula 16 Julai lalu dan akan ditutup pada 15 Ogos depan.
Pembaharuan lain adalah kategori Hip Hop yang mana sudah dilonggarkan penyertaannya iaitu lagu dalam Bahasa Inggeris kini dibenarkan.
Menurut Rosmin lagi, kelonggaran ini dilakukan bagi mengikut perkembangan muzik bergenre itu yang rata-ratanya berbahasa Inggeris.
"Kami mengikut perubahan dan logikal kerana lagu berentak Hip Hop kebanyakannya diterbitkan dalam Bahasa Inggeris. Untuk kategori Lagu Terbaik dalam setiap genre, kami menilai pada aspek kualiti, susunan muziknya, kualiti rakaman dan penerbitan, persembahan vokal dan kriteria penulis atau komposer lagu itu yang mesti mengikut kelayakan asalkan lagu itu dilakukan di studio tempatan," katanya yang mengalu-alukan artis atau pihak syarikat rakaman untuk menghubunginya bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Selepas ketelusan juruaudit yang lalu, Ernst & Young dipersoal kerana silap dalam melakukan kerjanya, AIM kali ini menggantikannya dengan KPMG.
AIM19 akan kembali memartabat dunia seni muzik tempatan pada 17 November depan di Stadium Malawati, Shah Alam yang akan turut dipancarkan secara langsung oleh stesen televisyen rasminya, Astro Ria dan radio rasmi, Era FM.
Astro Melancarkan Prabayar NJOI, Perkhidmatan Prabayar Televisyen Satelit Pertama di Malaysia Tersedia untuk semua pelanggan NJOI di seluruh negara
Astro semalam telah mengumumkan pelancaran perkhidmatan prabayar televisyen satelit yang pertama di Malaysia. Prabayar NJOI, sejenis perkhidmatan bayar-dan-tonton kini membolehkan semua pelanggan NJOI untuk mengakses kandungan premium di saluran tambahan, selain 18 saluran televisyen dan 19 saluran radio bergantung kepada keperluan tontonan dan bajet masing-masing.
Sebagai permulaan, Prabayar NJOI hadir dalam tiga bentuk pakej prabayar – Mustika (Astro Citra, Astro Warna, Astro Bella), Indo Pek (Bintang dan Pelangi) dan Filem dan Drama Cina (Celestial Movies, TVB Xing He, Astro Shuang Xing). Lebih banyak pakej akan diperkenalkan secara berperingkat untuk memenuhi keperluan menonton dan bajet para pelanggan NJOI.
L-R Shaiful Subhan – Vice President Business Segment NJOI, Liew Swee Lin – Chief Commercial Officer Astro, Henry Tan – Chief Operating Officer Astro
Setiap pakej Prabayar NJOI boleh didapati menerusi baucer prabayar RM20 yang boleh dibeli dari pengedar NJOI yang sah tanpa sebarang yuran langganan berganda atau kontrak. Selepas melakukan pembelian dan mengaktifkan perkhidmatan prabayar ini, pelanggan NJOI akan menikmati 15 hari akses tontonan pakej prabayar secara serta merta. Tawaran prabayar ini membolehkannya dimiliki oleh mereka yang bukan dari kalangan para pelanggan Astro untuk mengakses kandungan hiburan berbentuk umum dan filem premium. Tawaran menarik ini boleh didapati dengan hanya membayar serendah RM1.33 sehari!
Puan Liew Swee Lin, Ketua Pegawai Komersial Astro berkata, "Astro berhasrat untuk menawarkan nilai yang menyeluruh, bersesuaian dengan gaya hidup, kesukaan dan bajet para pelanggan. Kami bertekad untuk menyediakan akses kepada hiburan, pendidikan dan maklumat untuk masyarakat. Oleh yang demikian, satu program Tanggungjawab Korporat Sosial NJOI telah dilancarkan pada bulan Disember 2011 untuk menjadi jambatan bagi merapatkan jurang digital di kalangan rakyat Malaysia. Pada bulan Februari 2012 pula, kami telah melancarkan perkhidmatan NJOI yang boleh didapati secara komersial untuk para pelanggan yang tidak mahu terikat dengan yuran langgan bulanan. Perkhidmatan Prabayar NJOI yang dilancarkan pada hari ini mewakili satu lagi inovasi unik dalam perkhidmatan Astro, yang menyalurkan kandungan model terbaru untuk mengembangkan lagi pasaran kami terutama di kalangan masyarakat luar bandar dan berpendapatan rendah. Prabayar NJOI akan diperkenalkan dalam beberapa peringkat. Sistem baucer prabayar diperkenalkan dalam fasa pertama. Pada masa akan datang, ciri prabayar yang lebih terperinci akan diperkenalkan dalam beberapa fasa seperti pengenalan layanan tambah nilai e-wallet dan perkhidmatan kandungan premium yang yang disampaikan melalui pelbagai platform."
Sempena pelancaran ini, Astro turut mengumumkan kerjasama yang dijalinkan bersama Malaysian Building Society Berhad (MBSB). Seramai 4,000 pemohon MBSB Personal Financing – I yang pertama menerima pinjaman akan diberikan perkhidmatan NJOI secara percuma. Ini adalah sebahagian daripada kempen tiga bulan yang dianjurkan MBSB yang mana ia akan menawarkan perkhidmatan NJOI sebagai sebahagian daripada pakej pinjaman tertakluk kepada terma dan syarat. Menurut Ketua Pegawai Kewangan MBSB, Encik Tang Yow Sai berkata, "Inisiatif ini merupakan satu lagi kerjasama unik yang ditawarkan kepada pelanggan Astro dan MBSB dengan perkhidmatan tambah nilai yang pelbagai demi memanfaatkan kedua-dua pihak."
NJOI membolehkan seluruh rakyat Malaysia mengakses kandungan yang memperkayakan maklumat terbaik, hiburan, sukan dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan usaha Malaysia untuk menjadi negara yang berteraskan pengetahuan. Astro amat komited dalam memberikan pelaburan yang berterusan dalam memperkembangkan bakat, pembangunan kreatif dan teknologi menggariskan komitmen kami untuk menyediakan kandungan menarik untuk seluruh rakyat Malaysia. Kami menawarkan peluang kepada para pelanggan untuk memilih mengikut keperluan, keutamaan dan bajet mereka. Sila layari www.njoi.com.my atau berkunjung ke pengedar NJOI terdekat untuk sebarang maklumat lanjut mengenai perkhidmatan NJOI Prabayar.
Click on the following buttons to share this article with your friends:
Anda ada gossip & gambar terbaru selebriti untuk dikongsi? Hantarkan kepada Budiey sekarang dengan menghantar email: budiey.isma@gmail.com. Mahu dapatkan ulasan hiburan, gossip selebriti dan foto artis dari Sensasi Selebriti SECARA PERCUMA setiap hari? Daftarkan email anda [ di sini ]
Pengumuman Kategori Pencalonan, Syarat Kelayakan Dan Rakan-Rakan Kerjasama AIM 19
Kategori pencalonan, syarat kelayakan dan kriteria yang ditetapkan AIM tahun ini dalam setiap kategori pencalonan untuk edisi ke-19 acara anugerah muzik perdana Malaysia, 'Anugerah Industri Muzik' (AIM), diumumkan hari ini oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).
En. Rosmin Hashim, Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penganjur RIM AIM 19 memaklumkan bahawa acara Anugerah AIM tahun ini akan berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam pada hari Sabtu, 17 November 2012.
Oleh kerana Stadium Putra, lokasi acara anugerah tahun lalu tidak dapat digunakan kerana sedang diubahsuai, RIM dan rakan penyiarannya, Astro telah memutuskan untuk menganjur AIM di Stadium Melawati tahun ini. Kapasiti stadium tersebut adalah kecil sedikit daripada Stadium Putra tetapi cukup besar untuk menampung sejumlah besar peminat dan penyokong artis-artis dan industri muzik Malaysia untuk menghadiri Anugerah AIM secara langsung", kata beliau lagi.
RIM percaya bahawa penganjuran acara anugerah yang memberi pengiktirafan dan penghormatan kepada bakat-bakat yang berpangkalan di Malaysia akan membantu dalam merangsang kreativiti dan pembangunan dalam industri muzik tempatan. Beliau kemudiannya mengumumkan perkara-perkara berkenaan pencalonan, tempoh dan syarat kelayakan, kategori anugerah dan kriteria, penghakiman dan rakan kerjasama:
Tempoh Kelayakan & Pencalonan Pencalonan Anugerah AIM 19 tahun ini terbuka kepada Lagu-lagu/Album-album dalam Bahasa Melayu dan Inggeris yang dikeluarkan di Malaysia dari 1 Julai 2011 hingga 30 Jun 2012. Tempoh Pencalonan telah dibuka pada hari Isnin, 16 Julai 2012 dan akan ditutup pada hari Rabu, 15 Ogos 2012 tepat jam 5 petang.
Borang-borang pencalonan berkenaan telahpun diedarkan kepada semua ahli-ahli RIM.
Kategori-kategori Anugerah Untuk tahun ini, RIM mengekalkan kategori-kategori di bawah untuk Anugerah AIM:
Artis Baru Terbaik
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)
Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu
Kulit Album Terbaik
Rakaman Album Terbaik
Video Muzik Terbaik
Lagu Pop Etnik Terbaik
Lagu Nasyid Terbaik
Lagu Rock Terbaik
Lagu Pop Terbaik
Lagu Hip Hop Terbaik
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara
Anugerah Kembara
Anugerah Sri Wirama
Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu
Lagu Terbaik
Album Terbaik
Sebagai sebahagian daripada perancangan untuk terus memacu industri muzik tempatan, RIM bakal menganjurkan dua (2) lagi acara Anugerah AIM secara berasingan untuk mengiktiraf dan meraikan pencapaian rakaman muzik tempatan dalam bahasa Cina dan India. Butir-butir lanjut mengenai acara-acara tersebut akan diumumkan pada bulan-bulan akan datang.
Perubahan Kriteria 1. Syarat kelayakan untuk penulis-penulis lagu telah diubah untuk membolehkan pencalonan lagu-lagu yang telah digubah oleh penulis-penulis lagu asing yang berpangkalan di Malaysia dan telah memeterai perjanjian sebagai penulis lagu secara eksklusif dengan Penerbit muzik Malaysia yang serupa dengan syarat yang telah ditetapkan untuk artis-artis yang berkelayakan. Syarat kelayakan untuk penulis-penulis lagu adalah seperti yang berikut:
(a) Mana-mana komposer/penulis lirik yang merupakan seorang warganegara Malaysia;
(b) Mana-mana komposer/penulis lirik dengan status pemastautin tetap dan menetap di Malaysia sekurang-kurangnya untuk enam bulan setahun untuk dua tahun berturut-turut sebelum tarikh acara Anugerah tersebut (iaitu ketika tempoh kelayakan dan tempoh kelayakan terdahulu);
(c) Mana-mana komposer/penulis lirik asing yang berpangkalan di Malaysia untuk sekurang-kurangnya enam bulan setahun untuk dua tahun berturut-turut sebelum tarikh acara Anugerah tersebut (iaitu ketika tempoh kelayakan dan tempoh kelayakan terdahulu) dan memeterai perjanjian sebagai penulis lagu secara eksklusif dengan Penerbit muzik Malaysia.
2. Syarat kelayakan untuk artis-artis adalah seperti yang berikut:
(a) Mana-mana artis yang merupakan seorang warganegara Malaysia;
(b) Mana-mana artis dengan status pemastautin tetap dan menetap di Malaysia sekurang-kurangnya untuk enam bulan setahun untuk dua tahun berturut-turut sebelum tarikh acara Anugerah tersebut (iaitu ketika tempoh kelayakan dan tempoh kelayakan terdahulu);
(c) Mana-mana artis asing yang berpangkalan di Malaysia untuk sekurang-kurangnya enam bulan setahun untuk dua tahun berturut-turut sebelum tarikh acara Anugerah tersebut (iaitu ketika tempoh kelayakan dan tempoh kelayakan terdahulu) dan memeterai perjanjian sebagai artis ahli syarikat rakaman dan/atau syarikat Penerbitan RIM.
Dalam sesebuah kumpulan atau duo, sekurang-kurangnya 50% daripada ahli-ahli kumpulan tersebut mesti memenuhi sekurang-kurangnya salah satu daripada syarat di atas. Anggota Majlis RIM berhak menggunakan budi bicara untuk memberikan kelayakan kepada sebarang artis yang tidak memenuhi syarat-syarat di atas dalam situasi khas di mana, sebagai contoh, artis yang berkenaan mempunyai hubungan sejarah dan budaya yang erat dengan Malaysia.
3. Dalam kategori 'Lagu Hip Hop Terbaik', pencalonan-pencalonan dari lagu-lagu dalam Bahasa Inggeris kini dibenarkan. Kriteria kelayakan untuk kategori ini adalah seperti yang berikut:
- Penghakiman berdasarkan penggunaan genre (termasuk Rap, R&B dll).
- Kualiti lagu.
- Susunan muzik.
- Kualiti rakaman dan penerbitan
- Persembahan vokal (jika berkaitan).
- Dalam Bahasa Malaysia dan/atau Bahasa Inggeris.
- 100% ditulis oleh penulis lagu/lirik Malaysia tertakluk kepada kriteria kelayakan.
- Sama ada Rakaman Asas, 'Mix' dan/atau 'Mastering' mestilah dibuat di studio di Malaysia.
Penghakiman Anugerah Kaedah sebelum ini di mana ahli-ahli PAIMM (Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia) menghakimi pencalonan-pencalonan AIM telah diganti tahun ini dengan penghakiman oleh panel hakim-hakim pakar terpilih yang terdiri daripada pengamal terkenal dari industri muzik tempatan dan dipengerusi oleh seorang Ketua Hakim. Pengurusan dan pentadbiran proses penghakiman tahun ini akan dikendalikan oleh MACOMM Management Services, sebuah firma profesional bebas yang pernah menyelia pentadbiran, antara lainnya, "Anugerah 4A's Kancil', 'Anugerah Effie Malaysia' dan 'Anugerah Media Malaysia' untuk industri media dan pengiklanan.
 Juruaudit KPMG telah dilantik sebagai juruaudit penghakiman yang baru oleh RIM menggantikan Ernst & Young.
Rakan-rakan Kerjasama Tahun ini, Astro RIA (Saluran 104) dan ERA fm (103.3) sekali lagi menjadi stesen penyiaran televisyen dan radio rasmi masing-masing untuk AIM 19. Encik Khairul Anwar Salleh, Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro berkata, "Pihak kami amat berbesar hati meneruskan kerjasama dengan pihak AIM dan kembali selaku media penyiar televisyen dan radio rasmi untuk penganjuran AIM yang ke 19 buat tahun yang kedua berturut-turut.
Menerusi perjanjian yang telah termeterai ini, pihak Astro akan terus memberikan promosi yang meluas sekaligus mempertabatkan majlis penganugerahan industri muzik terbesar di Malaysia yang amat dinanti-nantikan oleh rakyat negara ini pada setiap tahun."
Beliau turut menambah, "Sejajar dengan tradisi kami dalam menyokong perkembangan industri kandungan tempatan dengan menawarkan pengisian kandungan terbaik buat para pelanggan menerusi platform yang sedia ada, pihak Astro amat komited untuk terus menyokong misi AIM dalam mengenal pasti bakat dan produk muzik tempatan yang unggul dan berkualiti selain mengangkat jasa penggiat seni muzik tempatan agar muzik yang hebat dan bermutu akan terus kekal terpelihara dalam budaya kita."
Click on the following buttons to share this article with your friends:
Anda ada gossip & gambar terbaru selebriti untuk dikongsi? Hantarkan kepada Budiey sekarang dengan menghantar email: budiey.isma@gmail.com. Mahu dapatkan ulasan hiburan, gossip selebriti dan foto artis dari Sensasi Selebriti SECARA PERCUMA setiap hari? Daftarkan email anda [ di sini ]
Setelah menimbulkan beberapa kontroversi sebelum ini, laporan Sinar Harian hari ini telah mengesahkan bahawa Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaeiyah Abdul Manan telah sah menjadi ahli PAS seumur hidup setelah menyerahkan borang keahlian kepada Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Abby Abadi sebelum ini telah dirakamkan menyertai perhimpunan "Bebaskan Tahanan ISA" di Kamunting, Taiping, dan dia juga telah menimbulkan beberapa siri kontroversi di laman Twitter-nya.
Melalui temubualnya bersama Harakah Daily, Abby Abadi memberitahu bahawa dia selesa untuk berkongsi pengalaman apabila dia menyertai parti ini.
"Bukan sebab saya pilih pentas (majlis Pas) untuk berkongsi pengalaman, saya juga mendapat jemputan daripada majlis agama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama persatuan wanita. Saya seronok berkongsi cerita supaya apabila ada wanita lain melalui peristiwa seperti saya (berhijrah) mereka akan sama-sama mendapat kekuatan melalui perkongsian pengalaman ini." – Abby Abadi.
Persoalannya sekarang ini, perlukah selebriti itu menguar-uarkan jika mereka menyertai sesebuah parti politik tidak kiralah samada di pihak pembangkang atau pun kerajaan? Mari kita berfikir secara positif.
Lagi-lagi dari dunia Twitter, masih melibatkan Erma Fatima, Tiz Zaqyah kini kembali ke dunia Twitter.
Umum tahu sebelum ini Tiz Zaqyah pernah mempunyai akaun Twitter bernama @TizTizTiz namun dia telah berhenti menggunakan akaun Twitter-nya atas sebab tertentu. Disebabkan itu, timbul beberapa persoalan dari pihak media dan juga para peminat tentang mengapa Tiz Zaqyah membuang akaun Twitter-nya itu.
Berita baik untuk para peminat Tiz, semalam selebriti kecil molek ini telah mengaktifkan akaun Twitter baru bernama @IamTizzaqyah. Namun, ada berita buruk pula disebaliknya. Kemungkinan untuk Tiz Zaqyah menyahaktif akaun barunya ini semula adalah besar. Didalam akaun Facebook Tiz, dia telah mengumumkan bahawa dia sudah mempunyai akaun Twitter baru dan hanya membukanya untuk sementara sahaja.
Menurut satu komen oleh peminat, kemungkinan besar Tiz Zaqyah mengaktifkan akaun Twitter barunya kerana dipengaruhi oleh Erma Fatima.
Apa yang menarik, walaupun baru sahaja 8 jam mengaktifkan akaun Twitter barunya, Tiz Zaqyah sudah mengumpul lebih 2,000 pengikut dan ianya terus meningkat dari minit ke minit.
OHBULAN! harap, kali ini Tiz Zaqyah mengekalkan sahaja akaunnya ini. OHBULAN! rasa, peminat pun berpendapat yang sama, kan?
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Setelah sekian lama menjadi tanda tanya, penyanyi popular Alyah akhirnya mengakui kini 'berkawan' dengan pemuzik tersohor tanah air, Datuk Ramli MS.
"Saya akui yang saya sekarang berkawan dengan beliau(Ramli MS) dan kini masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing.
"Saya harap dengan penjelasan ini, tiada lagi pihak membuat sebarang spekulasi yang bukan-bukan,"katanya ketika dihubungi Media Hiburan.
Penyanyi yang popular dengan lagu 'Kisah Hati' ini turut berharap agar hubungannya dapat berkekalan sehingga ke jinjang pelamin.
"Doakan yang baik-baik untuk kami dan jika ada jodoh (berkahwin) saya akan kongsikan dengan semua peminat,"kata Alyah yang kini muncul dengan single terbarunya, 'Lena Sahara'.
Pelakon Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaeiyah Abdul Manan yang kebelakangan ini dapat dilihat bergiat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan PAS telah mengambil keputusan menyertai PAS dengan menyerahkan borang keahlian seumur hidup kepada Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada malam tadi.
You are subscribed to email updates from Zon Artis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Seorang guru asal California, Tonya Neff ditangkap atas tuduhan mengajar dalam keadaan mabuk. Perempuan berumur 47 tahun ini ditangkap setelah baHAgian administrasi sekolah menghubungi polis kERAna mendapati Neff menunjukan tanda-tanda orang dalam keadaan mabuk.
Sesampainya di sekolah Toro Canyon, California, polis menangkap Neff yang sebelumnya sempat dirawat oleh perawat sekolah. Polis menduga bahAwa Neff menelan pil resep yang tidak diketahui dan ditelanya menggunakan minuman berakohol. Bagi semua guru yang membaca, jangan pernah melakukan hal yang bodoh seperti guru ini.
Seorang wanita tua AS menyimpan jasad temannya selama 2 tahun.
Linda Chase, wanita berusia sekitar 71 tahun ini menonton NASCAR dengan jasad temannya, Charles Zigler, yang terus diletakkan di kerusi di rumahnya kerana dirinya tak mahu sendirian sejak Charles satu-satunya lelaki yang pernah baik dengannya.
"Aku tak mahu sendirian. Dia satu-satunya lelaki yang baik padaku."
Sayangnya, anak Charles, Walter, yang pastinya tak setuju dengan tindakan Linda, sempat berusaha berkali-kali mengunjungi ayahnya namun ditolak masuk.
Seorang lelaki di Adelaide, Australia, mengaku melakukan hacking pada internet service provider (ISP) sebanyak tiga kali. Tidak puas atas kejahatan cyber-nya di dunia maya, lelaki itu nekad mengancam bakar pejabat dan menyerang pemilik pejabat dengan sebilah kapak.
Dilansir Huffingtonpost, Khamis (19/7/2012), lelaki itu bernama Bryce kingsley Quilley, berasal dari Australia bagian selatan. Media setempat melaporkan, Quilley mengaku bersalah atas tiga tuduhan pelanggaran hukum, salah satunya modifikasi data komputer.
Selain itu, ia juga mengancam akan melakukan kerosakan pada property dengan cara membakar pejabat dan mengancam untuk melakukan aksi penganiayaan dengan menyerang pemilik pejabat tersebut.
Sayangnya, sumber tidak memberikan perincian mengenai motif si pelaku dan mengapa lelaki itu terkesan sangat brutal. Hanya saja, diketahui pria tersebut akan menghadapi hukumannya pada Ogos nanti.
Wikipedia menerangkan, hacking berarti mencari tahu kelemahan dalam komputer atau jaringan komputer. Tindakan hacking boleh didorong banyak alasan seperti keuntungan, protes atau tantangan.
Dengan berbekal senjata api, dua pemuda Amerika Syarikat (AS) merompak sebuah kafe internet. Namun tak diduga, mereka mendapat perlawanan sengit dari seorang datuk yang langsung menembakkan pistol ke arah mereka. Dua pemuda ini pun lari tunggang-langgang menyelamatkan diri.
Seperti dilansir oleh news.com.au, Khamis (19/7/2012), insiden ini diawali ketika kedua pelaku, DuWayne Henderson dan Davis Dawkins yang mengenakan penutup wajah dan membawa senjata api, mendatangi sebuah kafe internet di Florida, AS. Mereka langsung menjerit kepada para pengunjung dengan menodongkan senjata mereka.
Ketika pengunjung mulai panik dan berusaha melarikan diri dari para penjahat tersebut, salah seorang pengunjung bernama Samuel Williams justru melakukan hal sebaliknya. Lelaki berusia 71 tahun yang tengah menggunakan salah satu komputer di kafe tersebut, tiba-tiba berdiri sembari mengacungkan pistol ke arah pelaku.
Tidak menduga akan mendapat perlawanan seperti ini, salah seorang pelaku yang ditodongi pistol oleh Williams terkejut dan langsung menunduk kerana dia berfikir akan ditembak. Dalam rakaman CCTV terlihat para pelaku yang berusaha melarikan diri setelah melihat Williams menodongkan pistolnya. Bahkan lucunya, salah satunya sempat terpeleset dan terjatuh ketika menuju pintu keluar.
Dengan berani, Williams terus mengejar kedua pelaku hingga ke pintu keluar. Bahkan dia sempat melepas tembakan beberapa kali, yang salah satunya mengenai seorang pelaku ketika hendak lari.
Meski pelaku sempat melarikan diri, namun polis setempat berhasil membekuk mereka beberapa saat kemudian. Kedua pemuda ini dijerat dakwaan percobaan merompak.
Mungkin ini adalah tindakan orangtua paling ekstrem yang pernah Anda dengar. Memotong gaya rambut anak perempuan menjadi lelaki dan mendadaninya dengan baju anak lelaki. Mereka juga meminta orang-orang di sekitarnya memperlakukan puterinya sebagai seorang anak lelaki. Bagaimana boleh?
Di usianya yang ke-2, Sophie selalu mengatakan kalau dirinya adalah anak lelaki. Beranjak ke umur 4 tahun, ia menolak mamakai baju perempuan dan setelah dianalisa ke psikolog anak, ia dinyatakan mengidap Gender Identity Disorder atau gangguan identiti gender, seperti dilansir oleh The Sun.
Kini setelah berganti nama menjadi Jake di usianya yang ke-5, Sophie yang memiliki darah Afrika tampil sehari-hari seperti kanak-kanak laki-laki. Kedua orangtuanya pun awalnya merasa bahawa Sophie hanya melewati sebuah fase 'kebingungan', namun kini mereka mendukung penuh kemahuan putrinya yang merasa dirinya yang berjenis kelamin lelaki 'terperangkap' dalam tubuh perempuan.
Sang ibu, Sarah dan ayah, Yuri baru sedar akan fenomena ini setelah membaca buku The Transgender Child yang diakui memberikan pencerahan. Berbeza dengan kakak Sophie yang bernama Olivia, ia adalah anak perempuan yang normal dan tidak memiliki kebingungan gender sedikitpun.
Sebagai orangtua yang memahami kebiasaan anaknya, diakui sangat sulit untuk memberikan keputusan yang jelas. Namun mereka berdua akhirnya merasa perlu membiarkan anaknya bahagia dengan pilihannya dan kecenderungan apapun yang dirasakannya. Mereka bahkan tetap antusias saat memilih bersama nama baru yang cocok untuk dirinya.
Kini setelah mengenalkan kepada publik identiti baru Sohie, yakni Jake, mereka sekeluarga semakin solid dalam melindungi anggota keluarganya. Yang menjadi kekhuatiran baru adalah ketika nanti Jake mencapai pubertas dan tubuhnya akan berkembang menjadi wanita seutuhnya, seperti tumbuhnya payudara dan lekuk tubuh wanita.
Terapi hormon diperkirakan akan menjadi pilihan namun akankah putri mereka siap menjalani semua itu. "Kami akan ikuti saja arahan Jake. Ya, akan sangat sulit tapi aku pikir penting baginya jika itu adalah hal yang tepat dilakukan," ujar sang ibu mendukung anaknya.
Polis New York, Amerika Syarikat (AS) menangkap seorang lelaki yang gemar menjilat kaki anak-anak. Lelaki berusia 49 tahun ini telah beberapa kali menjilat kaki kanak-kanak perempuan berusia 5-10 tahun.
Lelaki AS bernama Anthony Parri ini ditangkap polis pada Selasa (17/7) waktu setempat di perpustakaan Penfield, New York. Saat itu, Parri ketahuan telah melepas kasut dua anak perempuan dan kemudian mengusap-usapkan kaki anak tersebut ke hidung dan mulutnya. Demikian seperti beritakan oleh New York Daily News dan dilansir oleh Asia One, Khamis (19/7/2012).
Parri juga pernah melepas sepatu seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun kemudian membelai dan mengusap-usapkan kaki bocah itu ke wajahnya. Perilaku aneh Parri sudah berlangsung beberapa kali.
Ketua Perpustakaan Penfield Bernadette Brinkman mengatakan, salah satu stafnya melihat seorang lelaki mendekati seorang gadis kecil dan kemudian melakukan hal aneh yang disebutnya sebagai 'aktiviti yang dipertanyakan'. Dia kemudian memberitahu hal ini kepada seluruh stafnya dan akhirnya mereka pun menelefon polisi.Polis setempat menyebut, Parri juga menjadi tersangka dalam kes serupa yang telah terjadi sejak Februari lalu. Sejumlah laporan saksi mata mengatakan, ada seorang lelaki yang sering pergi ke perpustakaan dan kedai buku untuk menjilat kaki kanak-kanak perempuan.
Atas perbuatannya ini, Parri dikenai dua dakwaan jenayah, yakni pelecehan seksual dan membahayakan keselamatan anak-anak. Namun kepada polis, Parri membantah semua dakwaan. Dia menyebut dirinya "dibentuk oleh Presiden Barack Obama dan pemerintah kota dan pemerintah federal".
Diketahui juga bahawa sebelumnya Parri pernah terjerat kes jenayah dan dinyatakan bersalah atas kes penyerangan dan percubaan pembunuhan.
Ini dia satu trak ajaib dari Rusia dengan kapasiti penumpang yang seakan-akan tak terbatas. Cuba hitung ada berapa tentera Rusia yang keluar dari trak tersebut? 97 orang! Entah seperti apa di dalamnya, jangan-jangan kita juga boleh menemukan kolam renang, lapangan tenis, atau bahkan padang bola sepak.Yang pasti, trak ini biasa digunakan oleh tentara Rusia untuk menghantar mereka ke pemandian.
KUALA TERENGGANU - Seorang pelajar cedera di bahu kiri apabila terkena tembakan yang dilepaskan oleh seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) selepas menyangka mangsa sebagai burung ketika sedang berburu di Kampung Kuala Kejil, Kuala Berang baru-baru ini.
Kejadian pukul 7 malam, 2 Julai lalu itu berlaku apabila Mohd. Roydy Abdul Razak, 17, sedang memanjat sebatang pokok kundang untuk mengambil sarang burung sebelum suspek yang sedang berburu terus melepaskan tembakan ke arahnya sebaik melihat pokok berkenaan bergoyang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, mangsa yang cedera di bahu kiri selepas terkena serpihan peluru dari senapang patah berkenaan kemudian turun sebelum memberitahu terasa kebas.
Katanya, mangsa kemudian telah mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Bukit Payong bagi mengeluarkan serpihan peluru tersebut keesokan harinya.
"Perkara itu lambat dilaporkan kerana keluarga suspek telah bersetuju untuk menanggung kos perubatan mangsa. Namun sebaliknya berlaku hingga membuatkan keluarga mangsa bertindak membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Berang semalam (kelmarin)," katanya pada sidang akhbar semalam.
BANDAR RAYA NEW YORK: Tiga pencuri kereta malang mensasarkan mangsa yang salah apabila mereka memecah masuk sebuah kereta Lexus milik ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) sebelum ejen terbabit menembak mereka. Ejen yang sedang bercuti itu menembak seorang daripada pencuri itu di belakang tubuhnya ketika dia melarikan diri pagi semalam. Polis menemui suspek berkenaan selepas dia muncul di unit kecemasan sebuah hospital dengan kecederaan akibat tembakan peluru di belakang badannya. Menurut polis, ejen FBI terbabit berada di kediamannya di Queens ketika tiga pencuri itu memecah keretanya kira-kira jam 5.15 pagi.
Dia berlari keluar dan berdepan dengan pencuri berkenaan sebelum melepaskan beberapa das tembakan ketika mereka cuba melarikan diri. Tidak diketahui apa yang menyebabkan ejen itu menggunakan senjatanya. Polis berkata, pencuri itu mungkin mencuri radio daripada kenderaannya. Dia segera menghubungi 911 untuk membuat laporan bahawa pencuri melarikan diri dengan kereta berwarna gelap.
Polis bandar raya ini bergegas ke tempat kejadian, tetapi ketika mereka tiba, tiada tanda-tanda menunjukkan suspek berada di situ. Beberapa minit kemudian, seorang lelaki yang menepati keterangan diberikan ejen itu datang ke unit kecemasan Hospital Universiti Brookdale dengan kecederaan tembakan peluru di belakang tubuhnya. - DM
TAIPEI: Seorang remaja ditemui mati di kafe siber selepas dikatakan bermain permainan video selama 40 jam tanpa henti. Remaja lelaki berusia 18 tahun itu dipercayai rebah ketika sesi marathon Diablo 3. Dia ditemui oleh pekerja kafe siber di Tainan, di selatan negara ini. Mangsa dipercayai tidak makan selama dua hari. Pemain permainan itu setakat ini hanya dikenali dengan nama keluarganya, Chuang.
Pada pagi 15 Julai lalu, seorang pekerja yang memasuki kafe siber itu menemui Chuang berehat di meja. Selepas pekerja itu membangunkannya, dia berdiri, bejalan beberapa langkah dan kemudian rebah. Dia disahkan mati sejurus selepas tiba di hospital. Polis sedang menyiasat punca kematiannya dan bedah siasat masih dijalankan.
Duduk di tempat sama dalam tempoh lama dipercayai menimbulkan masalah kardiovaskular kepada Chuang. Ia adalah kematian kedua akibat bermain permainan video di negara itu tahun ini. Pada Februari lalu, seorang lelaki ditemui mati di New Taipei, longlai di kerusi menghadap komputer dengan tangannya masih memegang papan kekunci selepas bermain selama 23 jam. - AFP
BEIJING: Seorang ibu miskin di negara ini yang mengalami kecacatan ekoran 70 tumor atau ketumbuhan besar di wajahnya boleh tersenyum semula selepas sebuah hospital menjalankan pembedahan secara percuma. Li Hongfang, 40, disisih oleh orang ramai selepas sejenis kanser tulang yang menyebabkan tisu tumbuh di bawah kulitnya, menjejaskan wajahnya hingga sukar dikenali. Dia terpaksa menempuh keadaan itu yang dikenali sebagai kordoma selama hampir satu dekad kerana dia tidak mempunyai wang untuk pembedahan. Namun, selepas penderitaannya mendapat simpati ramai di seluruh dunia hingga memalukan perkhidmatan kesihatan yang kurang baik di negara itu di mata dunia, sebuah hospital di Xi'an, ibu negeri wilayah Shaanxi di barat laut China, menawarkan pembedahan biasanya dengan kos 60,000 pound (RM296,745) secara percuma.
Hongfang, seorang petani dari Kampung Tianchao, Xianyang di wilayah Shaanxi, berkata, dia belum lagi melihat wajahnya di cermin. Dia berkata: Saya rasa kepala saya lebih ringan dan saya pasti kelihatan lebih baik. Saya mahu menunggu hingga bengkak akibat pembedahan sudah surut. Ia akan menjadi hadiah terbaik kepada saya," katanya. Ketua pakar bedah, Guo Shuzhong berkata, pembedahan Hongfang berjalan lancar dan dia akan dibedah lagi bagi membuang tumor di tengkorak kepala, rongga hidung dan tekaknya. Bercakap sebelum menjalani pembedahan, Hongfang berkata: "Saya sangat berterima kasih kepada semua yang membolehkan pembedahan ini dijalankan." "Saya hanya ingin kelihatan normal semula seperti yang saya rasakan dalam hati. Saya bukan raksasa dan saya tidak mahu kelihatan seperti itu," katanya. Hongfang asalnya menyangka bengkak pertama di dahinya yang tumbuh pada 2001, adalah disebabkan gigitan serangga. "Ia tidak sakit atau gatal langsung, tetapi ia juga tidak hilang dan malah, ia semakin membesar," katanya. Bagaimanapun, ketulan itu semakin membesar dan pada 2005, dia menjalani pembedahan untuk membuangnya.
Namun, tidak lama selepas itu, lebih banyak ketulan tumbuh di wajahnya dan dia didiagnosis menghidap kordoma. Walaupun tumor itu tidak berbahaya dan bermakna nyawa Hongfang tidak terancam, wajahnya menjadi cacat dan dia disisihkan daripada masyarakat.
Hongfang hidup bersama suami dan dua anak lelakinya. Dia berkata: "Kami tiada banyak wang, tetapi kami bahagia dan saling menyayangi antara satu sama lain dan dua anak kami. Boleh dikatakan kehidupan saya adalah baik-baik saja. Tidak lama kemudian, kesedihannya bertambah selepas suaminya meninggal dunia. Pada 2009, dia bertemu seorang lelaki yang sebatang kara, Guo Yingping, 40, dan kedua-duanya menjadi kawan sebelum berkahwin. Dua anak lelaki Hongfang kini berusia 17 dan 14 tahun sudah meninggalkan rumah untuk bekerja. Pada awal bulan ini, Hongfang menjalani pembedahan untuk membuang tujuh tumor di wajahnya dan dia keluar dari hospital seminggu lalu. Puluhan juta rakyat China, khususnya yang tinggal di luar bandar tidak dapat berjumpa doktor atau mendapatkan rawatan doktor. - DM
SEREMBAN: Tekanan akibat menghadapi masalah keluarga dikatakan menjadi punca seorang pegawai polis berpangkat inspektor mengamuk dan menyerang dua pekerja hotel Seremban 2, di sini, gara-gara ais krim dibeli di hotel berkenaan dikatakan mahal dalam kejadian Selasa lalu. Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Abdul Manan Mohd Hassan (gambar), berkata berdasarkan soal siasat terhadap pegawai polis itu, dia didapati berada dalam keadaan tertekan akibat masalah keluarga. Bagaimanapun, Abdul Manan tidak mengulas lanjut berhubung masalah dihadapi pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, yang beristeri dan memiliki seorang anak itu.
"Melalui siasatan kita didapati pegawai ini memang ada permasalahan sedikit, masalah keluarga. Jadi mungkin disebabkan 'stress' menyebabkan dia mengamuk. "Saya difahamkan, dia ke hotel itu untuk berehat dan dalam keadaan stress (tekanan) saya difahamkan dia beli ais krim, tetapi dikatakan mahal yang menyebabkan dia mengamuk. Dalam keadaan 'stress', lepas itu orang charge (kenakan harga) mahal, dia mengamuklah. "Mungkin komunikasi antara dia dengan pekerja (hotel), mungkin pekerja itu berlaku kasar dengan dia. Perkara ini masih dalam siasatan kita," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, di sini, semalam.
Hadir sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid dan Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin. Abdul Manan berkata, ketika kejadian, suspek sedang bercuti dan berada di hotel itu untuk berehat dan turut bersama seorang anggota polis lain.
Apapun, katanya, walaupun suspek adalah pegawai polis, pihaknya akan memastikan dia dikenakan tindakan setimpal dengan perbuatannya.
GOMBAK: Lagi pemandu teksi dajal. Kali ini, seorang drebar teksi sanggup mengugut akan menolak seorang penuntut kolej ke dalam gaung sebelum bertindak memperkosanya di kawasan semak di Jalan Lama Gombak, dekat sini, sebelum mengikat tangan dan kaki mangsa, Isnin lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, gadis malang terbabit yang berusia 19 tahun menaiki teksi berkenaan di Batu Caves, sebelum meminta pemandu terbabit menghantarnya ke Taman Batu Muda, Sentul. Menurut sumber, bagaimanapun ketika dalam perjalanan, pemandu itu memberitahu ingin membuang air kecil dan terus mengubah laluan ke Jalan Lama Gombak sebelum berhenti di tepi kawasan semak.
"Sangkaan mangsa lelaki itu memang ingin membuang air kecil ternyata meleset apabila tiba-tiba lelaki itu membuka pintu penumpang belakang dan mengarahkan mangsa keluar secara paksa.
"Terkejut dengan tindakan itu, mangsa cuba melawan namun gagal sebaliknya ditampar beberapa kali sebelum diacukan pisau di leher dan mengarahkan mangsa supaya berdiam diri serta mengikut segala arahannya," katanya.
MELAKA: Akibat tindakannya membuat pengakuan dirinya Allah dan nabi akhir zaman, seorang bekas kapten kapal dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, atas tuduhan mempersendakan agama Islam di sekitar negeri ini, kelmarin. Tertuduh, Roslan Abdul Rahman, 44, yang berjubah putih dan berkopiah hanya kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Hakim Syarie Mohd Asri Tahir. Tertuduh dari Pahang itu kemudian mengangguk faham akan pertuduhan yang terpaksa dibacakan dua kali berikutan tertuduh mencelah ketika ditanya mengenai pengakuannya.
Roslan membuat pengakuan tidak bersalah dan memohon dibicarakan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengejek-ejek agama Islam dengan perkataan 'Aku ini nabi akhir zaman dan aku mengaku aku Allah' di sebuah rumah di Taman Rembia Perkasa, Alor Gajah, dekat sini, jam 3.15 petang, 18 Julai lalu.
KLANG: Dipercayai kerana kesempitan wang, seorang remaja perempuan berumur 15 tahun bersama dua rakan sebayanya menjerut dan mencekik ibu angkatnya hingga mati ketika cuba merampas gelang emas dipakai wanita itu sebelum membiarkan mayat terbabit terlantar selama tiga hari di rumah mereka di Kapar, di sini. Dalam kejadian Sabtu lalu itu, remaja terbabit bersama dua rakannya datang ke rumah dihuni ibu angkatnya itu untuk meminta wang, tetapi wanita terbabit enggan memberikannya. Berikutan itu, remaja terbabit dan rakannya bergelut dengan mangsa hingga menjerut dan mencekik mangsa hingga pengsan sebelum meninggalkan rumah tanpa menyedari perbuatan mereka itu menyebabkan mangsa sesak nafas dan meninggal dunia.
Tiga hari selepas itu, remaja terbabit pulang semula ke rumah ibu angkatnya itu sebelum terkejut apabila menemui mayat ibunya itu dalam keadaan sudah mereput dan berbau busuk.
Panik dengan penemuan itu, remaja terbabit membuat laporan polis kononnya dia menemui mayat ibunya dalam rumah dan tidak tahu apa yang berlaku.
KEPALA BATAS: Seorang penduduk terkejut besar apabila menemui mayat wanita dalam keadaan terlentang dengan mulutnya berbuih di tepi jalan kawasan sawah padi berhampiran Permatang Binjai, dekat sini, semalam. Ketika ditemui kira-kira jam 8 pagi, mayat wanita berkenaan lengkap dengan pakaian seluar sukan biru dan baju-T hitam, tetapi tidak mempunyai dokumen pengenalan diri. Mangsa dianggarkan berusia 30-an dan berkulit cerah dipercayai bukan penduduk kampung berkenaan kerana tiada yang mengenalinya.
Jalan berkenaan hanya dilalui penduduk untuk ke sawah selain jalan pintas ke Permatang Kuala, Penaga, tetapi difahamkan ada beberapa lelaki sering melepak di jalan berkenaan pada waktu malam kerana agak terlindung dari jalan utama. Tiada sebarang senjata ditemui selain tiada kesan pergelutan dipercayai akibat hujan malam semalam. Polis yang dimaklumkan berhubung penemuan itu bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mayat seorang wanita dalam keadaan terlentang kira-kira satu kilometer dari jalan utama.
Jurucakap polis berkata, identiti mangsa belum dikenal pasti sama ada wanita tempatan atau asing kerana tiada pengenalan diri ditemui padanya. "Pemeriksaan awal mendapati tiada kecederaan atau luka dikesan pada anggota badan mangsa kecuali mulutnya berbuih," katanya. Menurutnya, mayat berkenaan dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat bagi mengenal pasti puncak kematian sebenar.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias gagal dihubungi untuk mendapatkan maklumat berhubung penemuan mayat berkenaan.
Speaking of pole dancing, what will you be linked to first? Many may think they are sexy dance in night clubs or dance clubs. But you have ever thought about in school's playground there is a sexy pole dancing show?
June 12, a video named "Bold female university students shows pole dancing in playground" was uploaded to the Internet, the video is filmed by cell phone and last up to 13 minutes and 58 seconds, it has already accumulated over 1 million views and it quickly spreads throughout popular Chinese video networks such as Youku, Tudou.
Pada Pameran Internasional Anime Expo baru-baru di Jepun mempamerkan alat yang disebut Masturbator untuk lelaki. Alat ini membantu untuk mencapai orgasme tanpa bantuan tangan. Ada beberapa varisi Masturbator yang menerapkan prinsip-prinsip robotik dengan harga sekitar $ 400.
Para pengguna jalan di pusat kota Moscow, Rusia, dikejutkan dengan tayangan filem porno di layar televisyen raksasa yang dipasang di jalan. Entah kerana terkejut para pemandu serentak memberhentikan kereta untuk menyaksikan tayangan yang mempamerkan tubuh-tubuh bogel itu. Lalu lintas pun sesak kerana semua orang memperlahankan kenderaan untuk memandang ke arah layar tersebut.
Peristiwa yang terjadi di sebelah Selatan Kremlin itu dsyaki hasil perbuatan hacker. Menurut pemilik layar televisyen iklan tersebut, seperti dikutip pejabat berita rasmi Rusia, RIA-Novosti, para hacker telah menceroboh sistem komputer layar itu dan memasang filem porno.
Kejadian unik itu dirakam seseorang yang kemudian menayangkannya di Youtube dan beberapa situs lain. Russia adalah negara yang melarang tayangan bogel di televisyen sebelum Soviet berpecah pada 1991. Pihak berkuasa mengatakan kepada RIA-Novosti, mereka sedang menyiasat kejadian tersebut.