Adsense

Selasa, 15 Mei 2012

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Yuna Utamakan Bidang Muzik Berbanding Jadi Duta Produk

Posted: 15 May 2012 06:26 PM PDT

Yuna. Foto LOW LAY PHON
PETALING JAYA: Penyanyi Yuna atau Yunalis Zarai tetap akan memberikan keutamaan kepada bidang nyanyian walaupun banyak menerima pelawaan untuk menjadi duta produk.
Yuna, 26, bagaimanapun berkata, dia tidak pernah melihat perkara itu sebagai masalah kerana tawaran yang datang sentiasa seiring dengan perjalanan karier seninya.
"Semua produk yang diwakili saya langsung tidak mengalih perhatian saya kerana sebelum membuat keputusan itu, saya turut mengambil kira tentang kerjaya nyanyian.
"Sebagai contoh menjadi duta produk Canon, memberi peluang kepada saya untuk merakamkan perkara menarik dalam hidup saya kerana saya sendiri meminati bidang fotografi.
"Saya percaya pada satu tahap yang lain ia turut memberi inspirasi kepada peminat dan masyarakat keseluruhan," ujarnya  pada majlis Inspirasi Selebriti Macy di sini, pada Selasa.
Tambah Yuna, dia juga bersetuju untuk mewakili sesuatu produk yang ditawarkan kerana mereka tidak menitikberatkan soal rupa paras tetapi menghargai kualiti lain yang ada pada dirinya.
Dalam pada itu, Yuna turut memberitahu pihak pengurusannya di Amerika Syarikat tidak membantah penglibatannya menjadi duta produk di negara ini.
"Jika ia berkaitan dengan kerjaya saya di Amerika mereka berhak untuk masuk campur tetapi tidak aktiviti di Malaysia dan ia telah dipersetujui sejak awal lagi.
"Jadi tidak timbul sebarang masalah jika saya mewakili sesuatu produk atau ingin mengeluarkan album di negara saya sendiri," ujarnya.
Sementara itu, Yuna berkata, dia sangat gembira apabila album pertamanya di negara berkenaan telah dilancarkan dan terharu dengan penerimaan peminat.
Jadualnya juga cukup padat untuk mempromosikan album terbarunya itu dan bakal menjelajah ke seluruh Amerika Syarikat pada bulan depan.
"Bayangkan setiap negeri di Amerika ada 10 stesen radio berbeza dan rangka promosi yang diaturkan sangat padat tetapi ia memberi pengalaman baru buat saya.
"Saya kembali ke Malaysia pun untuk tempoh yang singkat dan akan kembali ke sana dalam masa terdekat untuk konsert jelajah," ujarnya.
Mengulas kemunculannya dalam program Conan Show di negara berkenaan baru-baru ini, Yuna memberitahu dia sangat gementar namun berjaya melakukannya selepas memikirkan peminatnya di tanah air.
"Saya tahu mereka akan menonton dan mahu buat semua orang di Malaysia bangga dengan saya tetapi gementar dalam hati hanya Allah yang tahu.
"Saya juga amat berharap album ini akan dilancarkan di Malaysia untuk peminat saya," katanya.

- ---

Isu Perceraian Buat Dayang Fobia Mahu Kahwin

Posted: 15 May 2012 05:49 PM PDT

Dayang Nurfaizah
PETALING JAYA: Penyanyi Dayang Nurfaizah menyifatkan pelbagai isu rumah tangga termasuk perceraian yang berleluasa ketika ini membuatkan dia berasa fobia untuk berkahwin pada masa terdekat.
Pemilik nama sebenar Dayang Nurfaizah Awang Dowty ini berkata, dia tidak terdesak untuk mencari pasangan hidup walaupun bakal mencecah usia 31 tahun pada 20 Julai depan.
"Faktor usia tidak menjadi isu buat saya. Malah ibu bapa dan keluarga saya juga tidak pernah bertanya kerana mereka memahami dan menghormati keputusan saya.
"Bohonglah kalau saya kata tidak mahu berkahwin. Apatah lagi apabila usia semakin meningkat, keinginan untuk berumah tangga memang ada cuma saya belum bersedia dan tidak ada calon pun," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Dayang berkata kes-kes perceraian dan keruntuhan institusi keluarga yang berlaku di kalangan masyarakat mendatangkan kebimbangan kepadanya.
"Banyak sangat kes-kes perceraian yang berlaku membuatkan saya takut untuk berkahwin.
"Saya tidak sanggup untuk bertolak-ansur dalam banyak hal dan belum bersedia untuk menjaga orang lain (suami) dalam hidup saya.
"Saya bimbang jika berkahwin kelak, saya tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab seorang isteri dengan sempurna," jelasnya.
Ditanya tidakkah mahu berusaha ke arah itu, Dayang berkata, pada waktu ini dia lebih selesa menumpukan perhatian kepada kerjaya nyanyian terlebih dulu.
"Namun, saya tidak sekat diri untuk berkawan dengan sesiapa pun cuma yang istimewa belum ada. Bagaimana hendak ada kekasih kalau kebanyakan waktu hanya untuk kerja dan saya jarang keluar berjumpa dengan orang ramai," ceritanya.
Dayang baru saja terlibat dalam persembahan amal bersama penyanyi Anuar Zain pada konsert One Night Only di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), malam Selasa lalu.
Penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak ini juga akan membuat persembahan pada konsert Datuk D.J Dave di Istana Budaya pada 1 hingga 3 Jun depan.

- ---

Saiful Apek Lupakan Hasrat Tuntut RM200,000 Daripada David Teo

Posted: 15 May 2012 05:48 PM PDT

Apek akur dengan keputusan mahkamah. Foto SHAARI CHE MAT
SUBANG JAYA: Pelawak Saiful Apek yang ingin membuat tuntutan sebanyak RM200,000 terhadap penerbit filem David Teo terpaksa melupakan hasrat tersebut kerana tuntutan itu sebenarnya telah dibatalkan oleh mahkamah.
Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff berkata, dia tidak tahu mengenai pembatalan tuntutan berkenaan kerana tidak dimaklumkan oleh peguamnya sebelum ini.
"Tuntutan tersebut dibuat sejak tahun 2005 lagi dan saya terkejut apabila dia (David Teo) menunjukkan dokumen-dokumen berkaitan kepada program hiburan Melodi di TV3 pada Ahad lalu dengan mengatakan kes berkenaan sudah ditutup. Saya langsung tak tahu apa-apa.
"Malah peguam saya sendiri tidak memberitahu hal itu kepada saya. Bagaimanapun, saya terpaksa akur dengan keputusan mahkamah seperti dinyatakan pihak yang satu lagi (David)," katanya.
Apek berkata demikian pada sidang media khas di Tease Restaurant, Subang Avenue, di sini, petang Selasa, bagi menjelaskan isu pergelutan antaranya dengan David.
Terdahulu dalam laporan akhbar sebelum ini, Apek mendakwa David yang juga pemilik syarikat Metrowealth International Group (MIG) menganiayanya apabila gagal membayar wang pelaburan sebanyak RM200,000 bagi kerjasama melaksanakan projek dua buah filem iaitu Anak Mami Kembali dan Lady Boss.
Menurut Apek, dia ditawarkan berlakon dalam kedua-dua buah filem tersebut dengan bayaran RM100,000 sebelum ia dilaburkan semula untuk dijadikan sebagai kos pembikinan filem berkenaan.
Dia juga dijanjikan pulangan keuntungan sebanyak RM200,000 atau 10 peratus sebagai penerbit bersama.
Bagaimanapun Mahkamah Seksyen, Shah Alam membatalkan tuntutan tersebut.
Dalam pada itu Apek bertegas, tuntutan yang dilakukannya itu bukan ingin mencetuskan isu atau memfitnah produksi berkenaan.
"Saya tidak akan menimbulkan isu tuntutan berkenaan sekiranya ia tidak benar, tetapi nak buat macam mana, mungkin saya kurang arif tentang hal kontrak yang diberikan kepada saya sebelum ini.
Tambah Apek, insiden itu membuatkan dia merancang untuk menjadi sukarelawan dengan menubuhkan Biro Kebajikan Eksklusif Masyarakat Artis dan Seni (KEMAS) bagi membantu para artis memahami tentang isu kontrak dalam sesebuah produksi.
"Dengan pengalaman yang telah dilalui, banyak pengajaran yang saya peroleh. Sebab itu saya ingin menjadi sukarelawan di mana menerusi KEMAS, artis-artis yang kurang memahami tentang hal-hal kontrak bekerja di bawah sesebuah produksi boleh merujuk kepada saya," katanya.

- ---

Celebrity News

Celebrity News


Gossip Panas : Shila Hamzah Jawap Isu Gedik !!

Posted: 14 May 2012 09:11 PM PDT

Gambar : MEDIA online

Boleh tahan juga gossip mengenai pasangan kekasih Shila Hamzah dan Sharnaaz yang dikatakan "GEDIK" oleh beberapa orang yang mungkin mencemburui atau mengambil berat mengenai pasangan ini.

Dalam majalan Media ZoOM terbaca komen Shila Hamzah mengenai isu "Gedik" ni. Dan diantara ayat yang sempat ZOOM taip untuk anda ialah :

"Berkenaan isu tersebut, saya terima dengan hati terbuka setiap komen yang diberikan oleh peminat, samada positif atau sebaliknya. Siapa yang mengambil tahu tindak tanduk kami secara tidak langsung ia menunjukkan masih ada yang sayang saya dan Sharnaaz. Kalau ada jodoh insyallah
hubungan ini akan diteruskan kepada fasa yang lebih serius"

Insyallah...kalau boleh cepat-cepatlah yer..!!!

Apa komen anda ?

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Isu Gedik Shila Amzah punca gagal ke Konsert Akhir Mania?

Posted: 14 May 2012 11:15 PM PDT

Shila Amzah so sad?
Sebelum ini nama Shila Amzah telah menjadi perbualan orang ramai berkenaan isu gedik yang meloyakan apabila dilihat dengan posing yang ala ala manja lagi meluat. Pelbagai cemuhan dan kutukan dilempari oleh 2 pasangan ini. Pelbagai juga lemparan kasar yang turut diterima oleh shahnaz dan Shila dan tindakan yang diambil oleh 2 pasangan ini adalah dengan cara berdiam diri. Satu usaha yang bagus pada pandangan G.A.M.

Kenyataan dari Shila Amzah :

"Berkenaan dengan isu tersebut, saya terima dengan hati terbuka setiap komen yang diberikan oleh peminat, sama ada ia positif atau sebaliknya. Siapa yang mengambil tahu tindak-tanduk kami secara tidak langsung ia menunjukkan masih ada yang sayang dengan saya dan Sharnaaz. Kalau ada jodoh, insyaAllah hubungan ini akan diteruskan kepada fasa yang lebih serius,"
Aksi yang membuatkan peminat meluat?
Walaupun begitu isu tersebut belum dapat kata penghujungnya. Ada pula mulut longkang yang bersuara berkenaan tarian Shila Amzah apabila dikritik menari keterlaluan di konsert Mania minggu ke 5. Sebenarnya G.A.M juga tidak memahami bahagian mana yang dikatakan keterlaluan?
Katanya tarian menari itu seolah olah seperti tarian ghairah..lol.

Aksi itu menimbulkan rasa kurang senang bagi segelintir pihak yang menyifatkan penyanyi lagu Patah Seribu ini semakin berani tanpa memikirkan sensitiviti budaya di Malaysia.

Namun, bagi empunya diri, Shila menganggap itu semua sebahagian dari lumrah yang harus dilalui semua selebriti. Menurut Shila Amzah, dengan adanya sokongan kedua orang tuanya, dia tidak akan sesekali mudah menyerah kalah.

Shila turut memohon agar isu ini segera dihentikan. Pinta Shila, hati keluarganya harus dijaga.

    "Apa yang mereka katakan boleh menyentuh hati dan perasaan orang tua kami. Saya sedar yang mengkritik ini bukan sahaja mereka yang sukakan saya, malah sebaliknya juga.

    "Oleh sebab itu, saya menerima apa sahaja yang dikatakan dan mengambilnya sebagai satu iktibar. Walaupun ia negatif, tetapi saya pandangnya dengan cara positif," katanya.


Nampaknya Shila Amzah masih tenang menangani segala kontroversi yang melandanya. Namun, kami harap selepas ini Shila Amzah menjadikan kontroversi menari di konsert Mania ini sebagai iktibar.

Adakah isu isu sebegini, sedikit sebanyak menjejaskan kedudukan Shila Amzah untuk ke Konsert Akhir Mania? Walauapapun yang terjadi, G.A.M berharap shila tampil sekali lagi untuk menjelaskan, apakah punca sebenar membuatkan dirinya tidak layak ke peringkat Akhir Konsert Mania. Pada G.A.M shila Amzah adalah salah seorang yang layak untuk ke pusingan Akhir konsert tersebut.

sumber: isu-hangat.blogspot.com

Johan dan Afdlin Shauki dikecam Kutuk Bersih 3.0?

Posted: 14 May 2012 07:43 PM PDT



Barangkali setiap artis perlu peka dengan keadaan semasa sebelum membuat sesuatu perkara yang boleh menghina seseorang secara langsung mahupun tidak secara lansung. Baru Baru ini isu hangat berkenaan video yang dilakonkan oleh Afdlin Shauki, Johan Raja Lawak, Harun Salim Bachik dan Dee telah dikecam dan diboikot oleh penyokong Bersih.

Didalam Video 'Esok Nak Demo Ni' itu seolah olah mempersendakan penyokong Bersih. Rata-rata ingin Johan membuat sebuah video untuk memohon maaf atas tindakan lawak beliau itu yang dianggap menyentuh isu sensitiviti. Sebuah page kami boikot Johan kini telah mengumpul bilangan ahli yang banyak dari setiap minit. Apa sudah jadi, adakah ini bermulanya zaman kejatuhan Johan? Kenapa tidak Afdlin Shauki atau Harun Salim Bachik?

Video Yang berdurasi 7 minit 48 saat ini dilakonkan oleh Johan Raja Lawak, Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Dee dan seorang pelakon ekstra dari India.



Macam biasa, isu Politik nie teramatlah sensitif pada rakyat Malaysia dan kali nie Johan pulak yang terkena 'tamparan' hebat daripada peminat sehingga Fanpages Boikot Johan diwujudkan. Walaupun Kumpulan Boboi turut serta melakonkan video pendek ini, tetapi tumpuan utama hanya kepada Johan. Yelah, Johan kan baru jer lepas dinobatkan 'Pelakon Komedi Popular' baru-baru nie kan.

Diharap Johan dapat menjelaskan isu Video Johan Kutuk Bersih 3.0 ini secepat mungkin sebelum peminat Johan 'hilang' seorang demi seorang.

Kalau ikutkan dari sumber yang kami terima, Johan akan meminta maaf secara terbuka kepada semua orang terutamanya peminat Johan.


Eira Syazira Hamil

Posted: 14 May 2012 06:42 PM PDT

Pelakon Syazira Suhami atau lebih dikenali sebagai Eira Syazira telah mengesahkan kehamilan melalui laman rasmi facebook dan twitternya. Pelakon Azad Jazmin turut bergembira setelah mendapat tahu isterinya mengandung. Kegembiraan ini turut dikongsi oleh si suami yang dikatakan melompat kerana teruja dengan berita tersebut.

Pada masa yang sama, Eira turut mengucapkan tanda syukur ke hadrat ilahi kerana dikurniakan anak sejak mengikatkan tali perkahwinan pada bulan September 2011.


Di laman Twitter pula, Eira sudah menunjukkan tanda-tanda bahawa beliau mengidam nasi lemak. Aha, apa lagi Azad, cepat lah tunaikan permintaan isteri tersayang!
Tahniah buat Eira & Azad!


G.A.M mengucapkan tahniah kepada Eira Syazira dan Azad Jasmin yang tak lama lagi akan bergelar ayah dan ibu. Diharap Eira boleh menjaga aktiviti dengan betul, al maklumlah dah berbadan dua nie kena control dari semua bab kan supaya perkara-perkara yang tidak diingini berlaku ke atas kandungan tersebut.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Tak benar isteri berlakon

Posted: 14 May 2012 03:54 PM PDT

Hip

ANTARA faktor Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2011), Aaron Aziz menjadi tumpuan peminat kerana ketampanan wajahnya selain memiliki susuk tubuh yang agak tegap.

Namun, di sisi lain, dia juga memiliki seorang isteri tersayang yang tidak kurang cantiknya iaitu, Diyana Halik, 31.

Tidak dinafikan, di sebalik populariti Aaron selepas memegang gelaran Bintang Paling Popular, Diyana turut terkena tempias populariti apabila wajah jelitanya juga semakin kerap menghiasi akhbar mahupun majalah hiburan. Tidakkah ada pihak menawarkannya berlakon? Sambil menjeling ke arah isterinya, lelaki itu tersenyum apabila diajukan pertanyaan itu.

"Dia (Diyana) kalau nak memang sudah lama berlakon.

Di Singapura pun saya mengenali Diyana ketika dia bekerja di syarikat produksi, milik bapa saudaranya di sana. Jadi memang tidak ada masalah kalau dia nak cari glamor dengan berlakon," katanya selepas menerima satu set barangan kemas Rafflesia dalam satu majlis ringkas di ibu negara, semalam.

Aaron menjelaskan, dia memang tidak membenarkan isterinya berlakon dan berasakan tanggungjawab Diyana sebagai isteri yang dianggap besar dan perlu diberikan tumpuan sepenuh masa.
"Sekiranya benar dia ingin berlakon, sudah tentu saya tidak benarkan. Bagi saya watak ibu semula jadi yang dibawanya sekarang pun lebih bermakna buat saya dan anak-anak," katanya.

Aaron juga mengakui kejayaannya dipilih peminat sebagai Bintang Paling Popular ABPB2011 dilihat bukan kemenangannya seorang.

Ia mungkin sukar dicapai jika tidak disebabkan ada insan setia yang cukup dedikasi mengurus segala karier seninya iaitu isteri tercinta, Diyana.

Oleh itu, amat bertepatan apabila barang kemas tajaan Rafflesia Mandalay bernilai RM250,000 yang dimenangi Aaron sebagai Bintang Paling Popular disarungkan di leher jinjang teman hidupnya itu sebagai tanda terima kasih.

"Memang Diyana insan paling istimewa yang ingin saya hadiahkan barangan kemas pemberian Rafflesia. Selama ini pun kejayaan kerjaya seni saya adalah hasil titik peluh bersama.

"Dia banyak mengurus kerja seni saya baik mendapatkan tawaran berlakon mahupun menguruskan permit kerja. Selain itu dia juga setia menemani ke majlis yang saya hadiri serta lebih mengharukan menjadi ibu yang baik kepada anak-anak kami," katanya.

Aaron turut mengakui barangan itu menjadi hadiah dengan nilai yang paling mahal pernah diterima sepanjang hidupnya.

"Memang saya terkejut dengan nilai barangan ini, ia menyamai nilai sebuah rumah berharga sederhana dan saya macam tidak percaya ia sekarang berada di leher isteri saya.

"Saya tidak pernah menerima hadiah semahal ini dan secara tidak langsung ia menjadi barangan paling mahal berada dalam rumah saya.

"Apa pun saya tidak akan menjual barang ini dan akan menjaga ia dengan baik dan mungkin saya tidak akan menyimpannya di rumah," katanya.

Hadir sama pada sesi penyerahan barangan itu, Pengarah Rafflesia Pearl Centre, Winnie Sin dan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABPBH2011 yang juga Pengarang Hiburan Berita Harian, Zainuri Misfar.


My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Isteri Jimmy Shanley Pernah Ditampar Ibu Sendiri

Posted: 15 May 2012 12:56 AM PDT

Isteri Jimmy Shanley Pernah Ditampar Ibu Sendiri
Jimmy Shanley semalam telah memberi tahu Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam yang isterinya, Nursuhaila Eliani pernah ditampar ibu sendiri pada 1 Oktober tahun lalu kerana tidak tahan dengan sikap dan perangai anaknya itu.. Selepas kejadian itu, Ibu mertuanya lari dari rumah dan menghubungi Jimmy untuk menumpang bermalam dirumahnya..

"Ibu mentua hubungi saya untuk tumpang bermalam kerana tidak ada tempat lain untuk pergi,"

Pada 4 Oktober tahun lalu, Ibu mertua Jimmy Shanley memberitahu yang isterinya mahu berjumpa dengannya untuk meminta maaf dan meminta cerai darinya serta memujuk ibunya pulang ke rumah..

"Menurut ibu mentua, isteri nak jumpa saya untuk minta cerai dan memujuk ibunya pulang ke rumah.

"Pada 4 Oktober 2011, isteri datang ke rumah saya meminta maaf dan minta cerai serta tidak mahu kes ini berpanjangan," (MyMetro)

Walau bagaimanapun Jimmy hanya mendengar sahaja penjelasan Nursuhaila itu.. Pada prosiding semalam juga Jimmy Shanley memberitahu yang tiada benda milik Nursuhaila yang diambilnya kecuali kereta pemberian ibu bapa Nursuhaila untuk pergi kerja ketika merujuk kepada sms yang dihantar Nursuhaila yang berbunyi "Bagi balik harta benda I dan tinggalkan I".

Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie, Saharuddin Selamat bersambung 19 Julai 2012.

Remy Ishak terima 5 jahitan akibat cedera tertusuk senapang

Posted: 14 May 2012 02:06 PM PDT

Remy Ishak cedera di tembak
Pelakon Remy Ishak dikatakan cedera di kepala apabila dia secara tidak sengaja di tusuk oleh Beto Khusyairy ketika sedang berlakon adengan kejar mengejar di dalam filem Bravo 5 di Tapah, Perak baru-baru ini… Akibat tusukan hujung senapang di kepala itu Remy Ishak telah menerima 5 jahitan di dahi bagi menutup luka berkenaan..

"Perkara sudah hendak jadi, saya tidak salahkan sesiapa pun. Kami pun tidak sangka ia berlaku kerana ketika sesi latihan, semuanya berjalan dengan lancar.

"Ia berlaku kerana kesilapan pengaturan masa di mana, muncung senapang Beto telah tercucuk ke arah dahi saya secara tidak sengaja,"

Walau bagaimanapun Remy Ishak dilaporkan selamat dan berada di dalam keadaan baik setelah mendapat rawatan pada hari sabtu yang lalu…

Remy Ishak terima 5 jahitan

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Almy Nadia serah pada Fizz

Posted: 14 May 2012 08:03 AM PDT

PERNAH seketika, jiwanya meronta dan bibirnya terus terkunci tidak terkata. Bukan sekadar rasa takut dan bimbang terus ditembak akan persoalan sama, namun lama-kelamaan timbul pula rasa muak.

Soal cintanya bersama aktor popular Fizz Fairuz tidak pernah lekang ditanya setiap kali berdepan media. Namun tidak sekali meletakkan rasa salah itu pada teman wartawan yang ingin berkongsi kisah itu, sebaliknya, kata Almy Nadia Aminuddin Shah, biarlah apa yang tertinggal tanpa tanda tanya itu dibiarkan dulu.

Peliknya, si empunya senyuman manis ini sendiri tidak tahu akan status cintanya apatah lagi ingin bersembang lanjut mengenai kisah itu.

"Saya punya harga diri dan maruah sebagai wanita. Lebih lima tahun mengangkat kisah cinta yang sama, asyik saya saja yang memberi kenyataan. Lantas saya fikirkan biarlah pihak Fizz pula yang bercerita lanjut dan saya hanya menanti jika benar apa yang diperkata. Bukan bosan atau terkilan sebaliknya saya tidak mahu ada pihak bersuara kononnya hanya saya terhegeh-hegeh.


"Keluarga juga sudah mula bising untuk saya tidak lagi mengulas mengenai soal itu kerana apa yang mampu saya ceritakan, semuanya tiada jalan untuk dimulakan. Saya sendiri tidak tahu akan status kami berdua kini. Mungkin kerana saya terlalu sibuk dengan menguruskan pelbagai perkara mengenai pengambilan anak angkat dan Fizz pula penuh dengan jadual lakonannya, jadi biarkan semuanya selesai dulu.


"Bagaimanapun, mengenai isu kononnya Fizz ingin menyunting saya tahun ini dan menanti ibunya pulang dari umrah, saya rasa lebih baik perkara itu ditanya sendiri kepadanya. Bagi pihak saya, lebih manis untuk berdiam diri," katanya tersenyum.

Sebelum ini sebuah portal hiburan menyiarkan kenyataan Fizz yang sudah pun memasang niat untuk mengahwini Almy pada tahun ini dan perkara itu akan menjadi kenyataan selepas ibunya kembali mengerjakan umrah pada Jun depan bagi menetapkan tarikh pernikahan.

Fizz dan Almy sudah diketahui umum menyemai cinta sejak lima tahun lalu, namun, kisah cinta itu bagai perlahan-lahan senyap dan kemudian hilang dari pentas industri selepas masing-masing tidak lagi dilihat bersama menghadiri majlis rasmi mahupun menghadiri sesi fotografi.

Bagaimanapun, tatkala persoalan adakah mereka putus cinta diajukan sebelum ini, baik Fizz, mahupun Almy, masing-masing menafikannya.

Tambah pelakon jelita berusia 26 tahun ini petang itu, apa yang diharapkan agar kisah cintanya tidak lagi terus membelenggu atau menenggelamkan hasratnya yang ingin kembali mencipta nama kali kedua.

"Saya memang menghilangkan diri selama lebih dua tahun ini kerana menumpukan kepada soal peribadi. Saya banyak menghabiskan masa di kampung di Pulau Pinang dan berulang-alik ke Kuala Lumpur untuk melakukan beberapa kerja yang tertanggung. Bukanlah hilang itu terus lari daripada dunia lakonan, sebaliknya saya tidak langsung muncul di mana-mana media kerana terlalu sibuk menguruskan perkara lain.

"Namun dalam pada diam itu, saya masih terikat dengan beberapa drama termasuk Cinta Buat Emelda yang baru saja habis ditayangkan di slot Akasia TV3 dan sebuah lagi drama yang kini ditayangkan iaitu Cinta Berkalong Duri di RTM. Kiranya masih ada tawaran yang datang cuma saya tidak lagi aktif untuk melakukan sesi fotografi saja.

"Lantas selepas semuanya selesai kini, saya kembali semula untuk aktif dalam kerjaya lakonan. Justeru, saya berharap agar kisah cinta dan persoalan mengenai hubungan saya dan Fizz tidak terus memburu hingga meletak tujuan asal saya jauh ke belakang," katanya.

Bintang filem Dunia Baru The Movie ini ditemui di rakaman program baru terbitan TV3, BROS di studio NTV7 di Glenmarie, Shah Alam, selepas lebih dua tahun menyepi diri.

Lantas peluang yang ada diguna sebaik mungkin untuk bertanyakan soal ke mana menghilangnya dia dan apa pula perkembangan dirinya yang terbaru.

Bagai sudah mengagak persoalan yang ingin diajukan, Almy tersenyum dan lekas menunjukkan gambar insan paling bermakna buat dirinya di telefon bimbit yang dipegang.

"Jika ramai yang bertanya ke mana saya selama dua tahun ini, saya sibuk menguruskan buah hati pengarang jantung saya, Nurafrina Darwisyah. Inilah insan paling bermakna buat saya ketika ini," katanya.

Nurafrina Darwisyah yang kini berusia dua tahun enam bulan adalah anak angkat Almy yang sudah pun diambilnya sejak dalam kandungan lagi. Namun proses pengambilan anak angkat tidaklah semudah yang disangka.

Kata Almy, selama lebih dua tahun ini, dia terpaksa berperang dengan pelbagai prosedur termasuk surat angkat sumpah, surat perjanjian, proses surat beranak dan kini menanti MyKid pula disiapkan.

Namun Almy yang berseri-seri mengukir senyum dan tidak lekang bercerita mengenai puteri kesayangannya itu, Nurafrina Darwisyah adalah anugerah terindah buatnya.

"Sejak dulu lagi saya memang ingin sekali memiliki anak dan alhamdulillah dua tahun lalu saya diberikan rezeki apabila ada pihak yang sudi menyerahkan anaknya kepada saya. Sejak dalam kandungan lagi hingga Nurafrina selamat dilahirkan, saya tidak berhenti menjaganya kerana terlalu seronok untuk mempunyai anak.

"Lantas sepanjang dua tahun ini, saya memang kerap berulang-alik ke kampung untuk menguruskan banyak perkara selain menjaganya. Saya terlalu sayangkan Nurafrina dan dialah yang menjadi teman paling setia ketika ini," katanya yang mengakui Fizz tahu perkara itu, namun belum sempat menjenguk Nurafrina lagi.

Tambah Almy, Nurafrina bagai satu percaturan apabila menyerupai dirinya baik dari sudut perangai mahupun air mukanya.

"Nurafrina memang banyak berkongsi perangai dengan saya. Malah, minatnya juga lebih kurang saja dengan saya. Memang saya ingin memiliki seorang anak sejak dulu lagi kerana saya sukakan kanak-kanak dan menyifatkan mereka adalah insan terbaik untuk menemani di kala sunyi dan gembira. Saya begitu seronok ketika ini kerana pada tarikh hari lahir saya pada 27 April lalu, dia sah menjadi milik saya.

"Alhamdulillah, semuanya selamat dan kini saya memang meletakkan sepenuh fokus untuk membesarkan Nurafrina," katanya.




Kempen terbesar Sudirman

Posted: 14 May 2012 07:59 AM PDT

BAGI peminat bekas penghibur nombor satu Asia, Datuk Sudirman Arshad, lokasi Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur meninggalkan kenangan manis yang terus terpahat dalam ingatan sampai bila-bila.

Merujuk pada tarikh 15 April 1986, beliau berjaya menarik perhatian 100,000 penonton hadir menyaksikan konsert percuma di situ. Persembahan itu bukan saja menjadi pencapaian peribadi penyanyi kelahiran Temerloh, Pahang ini tetapi namanya turut dicatat dalam Malaysia Book of Records.

Paling bermakna, penghibur kesayangan ramai ini pernah dinobatkan Penghibur Terbaik Asia pada majlis anugerah Asian Popular Music Awards di Royal Albert Hall, London pada 1989.

Selepas dua dekad pemergiannya, sumbangan seni Sudirman terus dikenang ramai peminat. Setiap tahun, acara seperti bacaan tahlil dan doa selamat sentiasa diadakan oleh keluarga Allahyarham.


Namun, pengisian agenda kali ini agak berbeza apabila stesen satelit Astro mengambil inisiatif menganjurkan kempen akuSUDIRMAN selama sebulan yang bermula 11 Mei lalu.


Apa yang paling menarik untuk dikongsi bersama peminat masa kini adalah usaha stesen ini mahu mengadakan Konsert Kenangan Sudirman secara percuma di lokasi sama iaitu Jalan Chow Kit.

Naib Presiden, Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, pada awalnya, hasrat penganjur sudah tentu mahu memilih lokasi nostalgia Sudirman bersama peminat diadakan semula.

Namun, ia bukan perkara mudah untuk dilaksanakan jika melihat senario ketika ini sebagai antara jalan utama di ibu kota dan menjadi tumpuan pelbagai jenis perniagaan.

Katanya, persembahan ini akan diadakan tetapi memilih lokasi Stadium Bola Sepak Cheras pada 3 Jun ini. Ia dijangka disertai lebih 20 artis popular tanah air seperti Datuk Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Rahim Maarof, Jaclyn Victor, Alyah, Misha Omar, Azlan and The Typewriter, Hujan, pelawak Osbon bersama bintang Akademi Fantasia - Hafiz, Adira dan Hazama.

"Konsert ini menjadi persembahan penghargaan pada Sudirman menyaksikan gabungan artis senior dan baru. Acara ini menjadi kemuncak kempen yang menjemput orang ramai pelbagai lapisan masyarakat hadir sama berhibur.

"Dalam pada itu, Astro juga bekerjasama dengan syarikat rakaman Warner Music Malaysia menerbitkan album interpretasi lagu-lagu Sudirman yang dinyanyikan artis generasi muda seperti AwanBand, The Kebayas, XPDC Junior, Hujan, Altimet, DJ Fuzz dan Taxi," katanya pada sidang media selepas pelancaran acara berkenaan yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan; Pengurus Program Sinar FM, Rostam Said; Pengarang Hiburan Harian Metro, Roslen Fadzil dan Ketua Pengarang Kumpulan The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai.

Mengenai penerbitan album dikenali AkuSUDIRMAN - Satu Interpretasi, ia memberi matlamat menarik perhatian generasi muda mengenali dan meminati lagu Sudirman.

Pengarah Urusan Warner Music Malaysia, Darren Choy, berkata susunan lagu yang dinyanyikan bergantung pada artis itu sendiri sama ada mahu membuat susunan lagu semula. Dia berpandangan, penerbitan album ini menjadi langkah terbaik dalam tarik perhatian generasi muda.

Merancakkan acara kempen ini yang disokong Sinar FM sebagai stesen radio rasmi bersama Era FM manakala Harian Metro menjadi rakan media, filem baru Hoore! Hoore! arahan Saw Teong Hin akan menemui penonton di pawagam bermula 24 Mei ini.

Filem terbitan Astro Shaw Sdn Bhd bersama Real Films Sdn Bhd ini menjadi agenda kempen ini. Dibintangi Akim, Kilafairy, Nurfarah Nazirah, Harun Salim Bachik, Adibah Noor, Fauziah Nawi dan Aznil Nawawi, filem ini turut memainkan semula lagu Sudirman seperti Bercanda Di Pasiran Pantai, Basikal Tua, Salam Terakhir, Merisik Khabar, Milik Siapakah Gadis Ini dan lagu baru, Idola nyanyian Azlan The Typewriter.

Pengurus Besar Astro Shaw, Gayatri Su-Lin Pillai, berkata pihaknya positif terhadap sambutan dan jangkaan penonton yang akan diterima nanti.

"Kami sentiasa mahu tampilkan sesuatu yang berbeza dan filem ini menarik dengan membawa genre muzikal.

"Apa yang diharapkan agar filem ini membantu menarik perhatian penonton muda datang menonton," katanya.

Bersama penganjuran konsert, penerbitan album baru dan tayangan filem, Astro juga menggunakan platform saluran Astro Ria, Prima, Awani dan Hitz TV menyiarkan pelbagai program mengenai Sudirman seperti Di Sebalik Pembikinan filem Hoore! Hoore!, Trek Selebriti, Cerita Artis Malaysia dan dokumentari.




Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Hevance pejuang lagu Iban

Posted:

Hevance pejuang lagu Iban

Hevance pejuang lagu Iban

MALAM Sabtu lalu melakar sejarah baharu yang sukar dilupakan buat anggota band Hevance apabila mereka muncul juara Anugerah Juara Rentak Ruai 2011 (AJARR) 2011, suatu acara muzik paling berprestij buat penyanyi Iban yang berlangsung di Dewan Suarah, Sibu, Sarawak.

Kali pertama menjejakkan kaki di pentas AJARR 2011 menerusi lagu rock berjudul Aku Nemu (Aku Tahu) ciptaan vokalis Hevance sendiri, Aldrich, Hevance yang turut dianggotai Joners (gitar), Lucas (bass), Gideon (dram) dan Nathanial (keyboard) tidak pernah menyangka mereka akan menewaskan 11 penyanyi popular Iban yang lain.

Bertemu dengan mereka sebaik AJARR 2011 berakhir, senyuman kegembiraan jelas terpancar di wajah setiap anggota Hevance.

Kata Aldrich: "Memang terkejut kerana ini kali pertama kami cuba nasib dan terus menang. Ketika nama band kami diumumkan juara, saya seperti mahu pengsan dan terasa kaku buat sementara waktu.

"Kami buat persembahan dalam AJARR 2011 adalah untuk menghiburkan orang ramai dan berkongsi muzik kami dengan semua peminat muzik Iban. Kemenangan itu sesuatu yang tidak ada dalam fikiran kami tetapi dalam masa yang sama kami bersyukur kerana juri melihat potensi serta bakat yang ada dalam band Hevance."

Ditanya siapakah antara sebelas penyanyi yang bertanding pada AJARR 2011 yang memberi saingan paling sengit kepada Hevance, kesemua anggota band Hevance memilih penyanyi jelita Melissa Francis. Malah dalam jangkaan Hevance, Melissa yang bakal muncul sebagai juara.

"Kami semua ingat Melissa yang akan menang kerana persembahan, vokal dan bakat yang dimilikinya tidak perlu dipertikaikan lagi. Tambahan lagunya juga sungguh sedap dan amat popular dalam kalangan peminat muzik Iban," ujar Nathanial melontarkan pandangannya.

Aku Nemu yang merupakan single kedua daripada album pertama band Hevance yang diberi judul Sada Ati (Rintihan Hati) dicipta dalam masa hanya empat jam sahaja. Bagaimanapun persiapan untuk persembahan dalam AJARR 2011 telah bermula sejak bulan Mac yang lalu.

"Kami melakukan persiapan dalam tempoh kira-kira dua bulan. Masa yang lama diambil kerana kami ingin memberi impak pada kemunculan pertama kami. Ternyata latihan itu sangat berbaloi apabila kami bergelar juara," tutur Aldrich yang turut mencipta lagu untuk penyanyi Iban yang lain.


MELISSA menguasai pentas AJARR 2011 dengan pesona yang tersendiri.


Kemenangan Hevance yang membawa muzik baharu dalam industri muzik Iban yang selama ini dimonopoli oleh genre irama Malaysia khususnya joget, namun kemenangan band Masterpiece yang membawa irama Iban Fusion pada AJARR 2010 telah mengubah senario tersebut.

Akui Aldrich, Masterpiece memberi suntikan semangat untuk mereka terus berjuang dalam irama Iban Fusion berbanding dengan irama Malaysia yang lebih diterima secara meluas oleh segenap usia etnik Iban di Sarawak.

"Saya dapat lihat perkembangan yang amat menggalakkan sejak Masterpiece menang AJARR 2010. Munculnya lebih banyak muzik genre baharu dalam industri muzik Iban serta orang ramai semakin terbuka terhadap muzik baharu seperti kami.

"Kalau ikutkan orang-orang tua lebih sukakan lagu irama Malaysia, tetapi apabila anak muda lihat muzik rock juga semakin diterima, muzik Iban semakin berkembang kerana ramai anak muda semakin berani muncul dengan lagu ciptaan masing-masing tidak ketinggalan band Hevance juga," luah Nathanial.

Hevance ditubuhkan pada tahun 2001 dan mula aktif dalam industri muzik Iban sejak tahun 2008. Menurut Aldrich band Hevance telah melalui beberapa pertukaran anggota dan mereka telah melahirkan album sulung pada bulan Jun tahun lalu.

Kemenangan Hevance melayakkan mereka menerima trofi dan wang tunai sebanyak RM5,000.

Melissa paling popular

Melissa Francis yang membawakan lagu ciptaan adik lelakinya, Hairee Francis berjudul Mutus Ati (Kurelakan) sememangnya memberi impak yang cukup hebat. Tidak hanya daripada kostum yang dipakainya, malah Melissa turut melakukan gimik lakonan ketika melakukan persembahan.

Melissa merupakan penyanyi Iban yang paling popular buat masa ini. Buktinya, Mutus Ati telah dipilih menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) oleh peminat sebagai juara lagu popular dengan undian sebanyak 21,226, satu angka yang cukup besar.

Bukan itu sahaja, Melissa turut dipilih oleh juri profesional sebagai pemenang vokal terbaik. Kemenangannya itu membolehkan Melissa membawa pulang trofi dan wang tunai sebanyak RM5,000 secara keseluruhannya. RM2,000 untuk vokal terbaik dan RM3,000 untuk juara lagu popular.

"Saya tidak sangka akan menang dua anugerah sekali. Lagu Mutus Ati sangat dekat dengan jiwa saya dan apabila dipilih sebagai juara lagu popular, saya cukup senang kerana lagu yang dicipta oleh adik saya diterima ramai.

"Mengenai kemenangan vokal pula, saya rasa ramai penyanyi lain juga hebat-hebat. Mungkin ini sudah rezeki saya, sudah pasti kemenangan ini sesuatu yang cukup menggembirakan," katanya yang mengambil masa selama tiga bulan melakukan persediaan untuk AJARR 2011.

Melissa yang membawakan lagu pop dan bekerja sebagai penyunting visual di Kuala Lumpur berkata, masa latihan sangat terbatas buatnya kerana dia mempunyai pekerjaan yang tetap dan latihan dijalankan hanya pada hujung minggu sahaja.


HEVANCE layak dinobatkan sebagai juara AJARR 2011 berdasarkan kelainan muzik yang dibawakan mereka.


Disoal mungkinkah Mutus Ati berkaitan dengan kisah peribadinya selepas penceraiannya dengan penyanyi Rickie Andrewson pada bulan Jun 2011 yang juga merupakan pemenang lagu popular tempat ketiga menerusi lagunya Engkerecam Cuka (Bermasam Muka) dalam AJARR 2011.

Akui Melissa, pada awalnya lagu itu memang bersifat peribadi mengenai hatinya tetapi kini, lagu itu hanya untuk hiburan semata-mata.

"Dulu memang bersifat peribadi kerana saya kecewa dengan perkahwinan tetapi sekarang sudah tidak ada makna lagi. Saya sudah melupakan semua yang berlaku dan memandang ke hadapan sahaja. Lagu itu hanya untuk hiburan semata-mata," katanya yang mula aktif menyanyi di Kuala Lumpur.

Meskipun ada parut di hati wanita berusia 26 tahun itu, tetapi dia masih boleh berdiri di atas pentas yang sama dengan bekas suaminya di dalam AJARR 2011.

"Apabila berkaitan dengan hal kerjaya, saya bersikap profesional. Saya tidak ada sebarang masalah untuk berada dalam satu pentas yang sama dengan dia (bekas suami). Ketika menyanyi, saya memang menyanyi dengan penuh perasaan kerana menghayati lirik lagu itu," jawab Melissa.

Selain Mutus Ati yang dipetik daripada album kelimanya, Melissa turut memuatkan lagu tersebut yang dinyanyikan dalam bahasa Melayu dalam album kelimanya yang dikeluarkan pada tahun lalu.

Selain Melissa dan Rickie Andrewson, penyanyi Lucy M mendapat tempat kedua untuk lagu popular dengan undian sebanyak 8,396.

Persembahan Terbaik

Band Ethnic Transmissions (ET) yang pertama kali menyertai AJARR 2011 dengan lagu Pulai Pengujung (Penghujung) mampu tersenyum apabila berjaya membawa pulang trofi persembahan terbaik dan menerima wang tunai berjumlah RM2,000.

Meskipun membuat persembahan tanpa vokalis utamanya yang juga pencipta Pulai Pengujung, Macmillan Lungan yang terpaksa bekerja pada hari persembahan, ET yang dianggotai oleh Estee Clara (gitar), David (drum), Daniel Anding (gitar utama) dan Norman Anding (bass) tetap memberi persembahan terbaik dengan vokalis gantian, Kent yang merupakan anggota Masterpiece.

"Mungkin kami menang sebab Kent juga. Jika dia tidak menyanyikan lagu dengan baik dan bersungguh-sungguh ketika melakukan persembahan, kami tidak akan menerima trofi ini. Kalau daripada persembahan, kami telah beri 110 peratus tenaga," ujar Norman.

ET mengharapkan selepas kemenangan mereka di AJARR 2011 dapat membuka mata banyak pihak tentang kualiti muzik Iban.

"Kami main muzik untuk menghiburkan orang ramai dan juga memartabatkan lagi muzik Iban ke peringkat yang lebih tinggi," balas Norman lagi.

Ketua juri Iskandar Bujang menjelaskan kesemua pihak juri sebulat suara memilih band Hevence kerana kualiti serta perbezaan muzik yang dibawakan oleh mereka.

Selain Hevence, Melissa, Ethnic Transmissions, Lucy M dan Rickie Andrewson finalis lain yang turut bertanding termasuk Inochi Austin, Rolisawati, Wendy, Betty, James Jacob, Clemence Joys dan Jennarino Jeraki. Artis yang turut membuat persembahan ialah Amir UK's.

AJARR 2011 merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh stesen radio swasta Cats FM. Kesemua 12 buah lagu yang bertanding dipilih selepas beberapa minggu menjuarai Carta Lagu Terbilang Cats yang disiarkan setiap Ahad pada pukul 4 hingga 6 petang dalam program Cats Ujung Minggu di radio Cats FM.

Johan enggan menilai diri

Posted:

Johan enggan menilai diri

Johan enggan menilai diri

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN
amri.hassan@kosmo.com.my


JOHAN menjawab spekulasi yang mendakwa dia bakal menyertai Sepahtu.


MENURUT kaji selidik Pengukuran Pendengar Radio Nielson baru-baru ini, stesen radio Era FM kembali merampas kedudukan pertama dengan jumlah pendengar seramai 4.8 juta.

Bagi segmen pagi, Riuh Pagi Era bersama Johara (Johan, Ray dan Haniff) merupakan siaran paling popular dengan jumlah pendengar seramai 2.56 juta. Peningkatan prestasi stesen radio itu dikatakan banyak bergantung pada kredibiliti Johan Raja Lawak sebagai pelawak spontan yang menceriakan setiap pagi hari Isnin hingga Jumaat seawal pukul 6 hingga 10 pagi.

Johan juga terbabit dengan spekulasi yang mendakwa dia bakal menyertai kumpulan Sepahtu.

Kosmo! yang sempat bersua dengan Johan dalam satu acara di Holiday Villa Subang, Selangor baru-baru ini mendapatkan komen lanjut daripadanya.

Kosmo!: Benarkah Johan akan bergabung dengan kumpulan Sepahtu?

JOHAN: Saya tak cakap apa-apa dan tak tahu menahu pun mengenal hal ini. Saya dengar (cerita) pun daripada orang yang bercerita.

Stesen radio Era FM kembali mendapat tempat di hati pendengar

di Malaysia. Adakah mungkin faktor utamanya kerana adanya anda sebagai pelawak?

Bukan sebab

saya seorang. Peningkatan rating ini berpunca daripada kerjasama semua pihak yang terlibat dengan Era FM. Saya tak boleh cakap prestasi yang baik ini disebabkan oleh saya seorang.

Justeru, bagaimana Johan menilai diri Johan sekarang?

Saya tidak boleh menilai diri sendiri, kalau betul saya mengatakan diri ini hebat maka 70 peratus daripadanya adalah tipu. Biar orang lain yang menilai kita dan penilaian itu yang boleh kita jadikan kayu pengukur.

Mungkin Johan boleh berkongsi sedikit rahsia untuk menarik pendengar berdasarkan pengalaman Johan sebagai pelawak sendiri?

Saya sudah berikan yang terbaik untuk pendengar dan biarkan mereka menilai sendiri. Sekurang-kurangnya saya hasilkan satu kerja yang ikhlas untuk semua. Setiap ayat yang tersirat dan keluar daripada mulut saya tak dibenarkan melalui proses penyuntingan supaya tidak menampakkan ia terlalu sempurna.

Apa maksud Johan tidak mahu nampak terlalu sempurna?

Jika tiada proses penyuntingan, setiap percakapan deejay akan nampak semula jadi dan kata-kata yang keluar bunyinya ikhlas disampaikan kepada pendengar. Saya mengakui akan ada kesilapan apabila bercakap dan kami akan jadikan silap itu sebagai jenaka untuk berhibur.

Bagaimana rutin harian Johan sebagai penyampai radio dan membahagikan masa dengan perkara lain selain Era FM?

Saya mula menjadi penyampai radio Era FM secara rasminya pada bulan Ogos tahun lalu dan sepenuhnya tugas saya bermula pada bulan Januari 2012. Setiap hari Isnin hingga Jumaat saya perlu bangun seawal pukul 4 pagi untuk bersiap dan harus berada di dalam konti sebelum pukul 5.45 pagi. Saya perlu membahagikan masa sebaik mungkin supaya tidak mengganggu kesihatan.

Perkembangan terkini Johan?

Saya akan muncul dalam program bual bicara saya sendiri berjudul, Acaner Tu Johan di Astro Warna mulai hari Khamis, pukul 10 malam, 7 Jun nanti. Program ini terbitan JWH Production Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat produksi saya sendiri.

Projek terbaharu Awie, Wings

Posted:

Projek terbaharu Awie, Wings

Projek terbaharu Awie, Wings

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com.my


AWIE bakal muncul dalam filem berjudul Amukan Frankenstein Tempatan.


KALI terakhir kumpulan Wings muncul dengan album studio mereka adalah pada tahun 2002. Selepas itu, mereka hanya mengadakan persembahan pentas dan konsert. Bagi mengubati rindu peminat terhadap lagu-lagu mereka, Awie merancang untuk menghasilkan album baharu dengan kumpulan Wings.

Menurut Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 44, dia dan Wings kini sedang sibuk mengumpul lagu-lagu yang terbaik bagi album baharu mereka.

"Sehingga kini kami masih lagi mengumpul bahan untuk album baharu kami dan apa yang menariknya untuk album kami kali ini kerana kami akan memuatkan semua lagu-lagu baharu," ujarnya ketika ditemui pada majlis menandatangani memorandum kerjasama Awie bersama Arlief Event & Management, sebuah syarikat pengurusan majlis untuk misi ekspedisi bersama peminat Awie ke Beijing dan Mongolia yang diadakan di Royal Bintang The Curve, Petaling Jaya.

Mengakui cukup selesa bersama Wings, kata Awie, buat masa ini yang menjadi masalah buat kumpulan itu adalah mencari penulis lirik yang sesuai untuk lagu mereka.

Ulasnya, kebanyakan lagu yang mereka ada kini mempunyai melodi yang menarik tetapi mereka tidak mempunyai lirik yang hebat seperti yang terdapat dalam lagu-lagu lama mereka.

"Kebanyakan lagu kumpulan Wings sebelum ini liriknya dihasilkan oleh JS Kevin dan arwah Loloq. Lagu-lagu seperti Sejati, Taman Rashidah Utama, Intanku Kesepian dan Misteri Mimpi Syakila mempunyai lirik yang hebat dan menjadi lagu berhantu kepada peminat-peminat. Kami ingin mengembalikan fenomena seperti itu kepada peminat-peminat," tuturnya.

Ditanya adakah dia dan Wings ingin memberikan nafas baharu pada lagu-lagu popular Wings untuk album baharu mereka nanti, ungkap Awie, setakat ini Wings masih belum membuat perancangan untuk memasukkan lagu-lagu lama di dalam album baharu mereka.

"Walaupun ada permintaan daripada peminat yang ingin mendengar semula lagu-lagu lama Wings yang diberi nafas baharu tetapi kami tiada sebarang perancangan untuk susunan muzik baharu bagi lagu-lagu lama Wings. Namun, pada masa akan datang tak tahu lagi. Kalau ikutkan, saya sebenarnya teringin juga menyanyikan lagu-lagu lama Wings yang diberi nafas baharu," katanya.

Dalam perkembangan lain, pelakon yang terkenal dengan watak Husin dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah itu juga bakal bekerjasama sekali lagi dengan pengarah, Mamat Khalid untuk filem baharu yang berjudul Amukan Frankenstein Tempatan.

Masih berkonsepkan cerita komedi, bagaimanapun menurut Awie, cerita itu bukan kesinambungan kepada filem Hantu Kak Limah Balik Kampung atau Zombie Kampung Pisang.

"Walaupun berkonsepkan komedi seram, cerita ini bukan kesinambungan cerita-cerita komedi seram Mamat Khalid sebelum ini. Sekali lagi saya akan bekerjasama dengan Mamat Khalid dan jangan salah faham pula saya hanya menerima tawaran daripadanya saja. Saya cuma serasi bekerjasama dengan Mamat," ulas Awie yang baharu memenangi gelaran Aktor Terbaik bagi kategori Teater Muzikal BOH Cameronian Arts Awards 2012.

Duta pelancongan

Sementara itu, Awie baru saja menandatangani memorandum kerjasama bersama Arlief Event & Management, sebuah syarikat pengurusan majlis untuk misi ekspedisi ke Mongolia dan Beijing bersama peminat bermula 28 Jun hingga 3 Julai ini.

Ekspedisi kembara berkonsepkan percutian itu semestinya sesuatu yang tidak harus dilepaskan kerana peserta bukan saja akan menjelajah destinasi menarik, malah peluang beramah mesra dengan Awie sepuas-puasnya.

Menurut Pengarah Arlief Event & Management, Muhammad Alif Haziq Azman, pemilihan Awie untuk ekspedisi itu adalah kerana dia merupakan artis popular yang memiliki jutaan peminat.

"Awie seperti yang kita tahu ada pengaruh besar dalam industri hiburan tanah air. Saya juga antara seorang peminat setianya sejak daripada kecil lagi. Ini merupakan projek kali pertama syarikat saya dan saya teruja dan gembira kerana Awie bersetuju untuk terbabit dalam projek julung-julungnya syarikat saya.

Jelas Muhammad Alif, pelbagai aktiviti sudah disusun untuk sesi jelajah ke Beijing dan Mongolia nanti namun buat masa ini kami mengalukan sambutan daripada sesiapa yang berminat untuk menyertainya," katanya.

Menyasarkan seramai 200 peserta, Alif memberitahu, selain dapat meluangkan masa bersama Awie, peminat yang menyertai ekspedisi itu juga berpeluang melawat ke tempat-tempat menarik yang terdapat di Beijing dan Mongolia.

Percutian selama enam hari lima malam itu menawarkan pakej berpatutan iaitu sebanyak RM2,990 seorang.