Adsense

Ahad, 29 April 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Temui Fizz Fairuz & Ainul Aishah di Karnival WAnITA

Posted: 29 Apr 2012 07:46 PM PDT

Temui Neelofa, Fizz Fairuz & Ainul Aishah di Karnival WAnITA

Karnival WAnITA akan diadakan pada:

Tarikh: 5-6 May 2012
Tempat: Red Carpet, The Strands, Kota Damansara
Masa: 10 pagi – 6 malam

Karnival ini adalah karnival pertama anjuran WAnITA, MySoHo dan Stars Touch Media Sdn. Bhd bertujuan untuk menggalakkan para wanita untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan di samping mengajak penduduk setempat untuk memeriakahkan dan membeli-belah di karnival ini. Karnival ini terbuka untuk keluarga dan umum di mana pihak Encorp Berhad, telah berbesar hati untuk menaja lokasi karnival dua hari ini.

Pihak WAnITA amat berterima kasih kerana lokasi ini sememangnya amat cantik dan terletak ditengah-tengah Kota Damansara. Usaha murni pihak Encorp juga amat dipuji kerana pihak Encorp juga telah menaja bahagian kanak-kanak (Kidz Corner) yang khas untuk kanak-kanak bermain sementara menunggu ibu bapanya membeli belah.

Karnival dua hari ini akan menyaksikan para ikon WAnITA yang akan turun padang untuk bersama-sama menjayakan karnival pertama WAnITA ini. Fizz Fairuz juga khabarnya akan membawa teman barunya ke karnival ini pada hari Ahad, 6hb Mei pukul 3ptg.

Malah Ainul juga akan berniaga selama dua hari. Ada seorang lagi selebriti jelita akan turut serta melelong sebuah perabot tajaan Roma-Italia yang mana hasil lelongan tersebut akan disalurkan kepada sebuah badan kebajikan yang akan diu ukan pada hari tersebut. Siapa jelitawan itu hanya akan diketahui pada hari Sabtu 5hb Mei 2012 pada pukul 3ptg.

Seramai 30 usawanita akan berniaga di karnival ini. Karnival ini juga akan menyaksikan demonstrasi masakan dan penghiasan kek cawan oleh beberapa usahwanita di samping pertunjukan fesyen oleh pereka cyber terkenal, Hideaki dan beberapa pengeluar fesyen yang terdiri daripada ahli-ahli persatuan WAnITA sendiri.

WAnITA juga akan mengadakan satu pertandingan karaoke terbuka kepada pengunjung karnival dimana kutipan daripada penyertaan yang hanya bernilai RM10 itu akan disumbangkan kepada badan kebajikan yang terpilih. Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk seisi keluarga selama dua hari karnival berlangsung.

Mengenai WAnITA:
WAnITA (Women Arts aNd International Traders Association) atau Persatuan Pedagang Wanita dan Seni Antarabangsa adalah sebuah persatuan yang diwujudkan untuk mengumpulkan wanita-wanita yg terlibat dalam bidang perniagaan tak kira sama ada perniagaan online mahupun perniagaan berkedai. Di WAnITA, kami menyediakan platform untuk para usahawanita bergabung di samping memperluaskan perhubungan perniagaan…dengan kehadiran SSM dan MyIPO juga kami harap dapat memberikan platform pendidikan keusahawanan dari segi penubuhan perniagaan dan perlindungan harta intelek kepada ahli-ahli WAnITA. Idea menubuhkan persatuan ini tercetus apabila pengasasnya, PUTRI BALQISH AGALAN yang juga merupakan usahawanita media tempatan, teruja untuk mengumpulkan teman-temannya (wanita) yang aktif berniaga secara online. Apabila didapati mempunyai ramai sambutan, termasuklah daripada teman-temannya yang sudah mempunyai perniagaan berkedai, maka, beliau menubuhkan persatuan ini agar mereka dapat bergabung dan berkumpul untuk memperluaskan di samping membuka peluang -peluang pendidikan dan perniagaan melalui satu persatuan.

WAnITA juga mempunyai idola dan ikon-ikon seperti:

  1. Dato. Ida Suraya: seorang usahawanita yang berjaya dari bawah. berkelulusan Jurutera beliau berjaya membuka perniagaan sendiri sehingga berjaya menjadi seorang jutawan hasil daripada kerja kerasnya dan sifat tidak pernah putus asanya.
  2. Fizz Fairuz: Aktor yang baru sahaja memenangi ABP Kategori Pelakon TV Terbaik ini juga seorang usahawan yang amat cekal. Walaupun ditimpa pelbagai masalah, beliau tetap tabah dan bangkit untuk berniaga tanpa mengenal erti putus asa.
  3. Ainul Aishah: Dia pelakon. Dia juga penyanyi. Dia juga seorang usahawanita yang boleh menjadi perancang kewangan. Ainul juga mempunyai cerita tersendiri sebagai usahawanita yang berjaya.

Fizz Fairuz

Fizz Fairuz

Dato' Ida Suraya Mustapa

Dato. Ida Suraya

Ainul Aishah

Ainul Aishah

Tags: , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Foto Blue Carpet AJL26 Fizz Fairuz
  • Gambar Ainul Aishah di Karpet Merah ABP 2009
  • Ainul Aishah dan Azma Aizal Yusoof Berduet Rakam Lagu
  • Gambar Neelofa Cantik Sangat di AIM18
  • Gambar Neelofa di Karpet Merah FFM24
  • Gambar Neelofa di Majlis Pelancaran Filem Azura 2012
  • Gambar Neelofa Bersama Ibu & Adiknya
  • Baju T Neelofa Untuk Peminat Setia Neelofa
  • Drama Kekasihku Seru di Slot Drama Seram TV3
  • Ainul Aishah Muncul Single Terbaru Don't Worry Honey
  • Sekitar Pelancaran Koleksi Fesyen Suri & Lana

    Posted: 29 Apr 2012 06:19 PM PDT

    PELANCARAN KOLEKSI FESYEN SURI & LANA

    Pada 5 April lalu, Suri & Lana, label fesyen terbaru bersama dengan Pembuat jam tangan eksklusif Swiss, Bedat & Co, mengadakan satu majlis minum petang eksklusif bagi melancarkan label Suri & Lana dan koleksi pertama Suri & Lana, "Breakfast at Tiffany's". Turut diserikan dengan pertunjukan koleksi jam tangan feminin elegan dari Bedat & Co di Starhill Gallery, Kuala Lumpur.

    FINALE SURI&LANA WITH FOUNDERS AND MR FRANK LOW

    Pelancaran telah disempurnakan oleh YB. Dato' Dr. James Dawos Mamit, Timbalan Menteri Perlancongan Malaysia, diiringi oleh pengasas label Suri & Lana, Datin Esmila Saruji dan Puan Nurul Afidah Zulkifli.

    Pertunjukan fesyen koleksi "Breakfast at Tiffany's" bersama koleksi jam tangan eksklusif feminin Bedat & Co yang diperagakan diirinngi alunan muzik jazz, mendapat perhatian para tetamu yang hadir.

    HEPBURN DRESS BY SURI & LANA AND BEDAT & CO EXCLUSIVE WATCH
    Penyanyi Jazz terkemuka Atilia, turut menghiburkan para tetamu melalui susunan lagu-lagu yang mengasyikan. Selebriti yang hadir tampak begitu "classy" dalam persalinan Suri & Lana. Antara lain yang turut hadir adalah golongan socialit, pengikut fesyen, dan rakan media.

    Melewati inspirasi daripada karekter ikonik Holly Golightly dalam filem "Breakfast at Tiffany's" yang dilakonkan oleh Audrey Hepburn pada tahun 1961 telah melahirkan interpretasi kreatif untuk koleksi pertama Suri & Lana ini. Pilihan warna dan fabrik yang menarik serta pilihan kemasan Suri & Lana menjadikan setiap helaian unik dan eksklusif.

    Label Suri & Lana merupakan gabungan idea Datin Esmila Saruji dan Puan Nurul Afidah Zulkifli yang berkongsi minat terhadap fesyen sentiasa mencari ruang kreativiti untuk diinterpretasikan dalam helaian rekaan Suri & Lana.

    Koleksi Suri & Lana boleh didapati di butik Mimpikita, 15-1 Jalan Telawi 2, 59100, Kuala Lumpur dan Butik Prive', Lot 12, Ground Floor, Dormani Square, 934000 Kuching Sarawak. Koleksi ini juga lebih mudah didapati melalui laman portal membeli-belah FashionValet.net

    SURI&LANA 5

    SURI&LANA 2

    LISA SURIHANI & ATILIA

    Lisa Surihani & Atilia juga turut hadir

    AISHAH SINCLAIR, JULIANI JAMAL & FRIEND

    Aishah Sinclair, Juliani Jamal & Kawan

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Program Wanita Hari Ini Bakal Perkenal Set Baru
  • Majlis Ramah Mesra Bersama Artis Aquila Emas
  • Jangan Bunuh Matahariku Siri 2 Lakonan Rita Rudaini
  • Fesyen Kasyaf Hatta Dolmat Inspirasi Kemelut Semenanjung Gaza
  • Kad Raya Dari Hana Suri Media Fotografer Terlampau
  • Farah Asyikin di Pelancaran Koleksi Jam Roscani Trouvaille Ceramic
  • Gambar Dato' Siti Nurhaliza di Matic Masa Tahun 1998
  • Sekitar Pelancaran MIFA 2009 di Pavillion Kuala Lumpur
  • Scholl Lancar Koleksei Terbaru BEBAS UNTUK BERGERAK
  • Majlis Sidang Media & Pra Pelancaran Celeb Nexus Komuniti Premium
  • borak kosong

    borak kosong


    Dengan perlahan-lahan abang ni merapatkan tangannya ke peha perempuan sebelahnya

    Posted: 29 Apr 2012 09:30 PM PDT





    sumber : stom.com.sg

    Awek bikin pusing mak cik di pasar

    Posted: 29 Apr 2012 09:15 PM PDT



    Lelaki Menyedari Seluruh Giginya Hilang Setelah Pulang Dari Klinik Mantan Kekasihnya Seorang Doktor Gigi

    Posted: 29 Apr 2012 09:00 PM PDT


    Peringatan bagi kita semua, jagalah hubungan baik dengan doktor gigi, terutama bagi yang terlibat hubungan asmara. Salah-salah, seluruh gigimu boleh lenyap, seperti kejadian yang menimpa lelaki malang ini.

    Mark Olszewski ,45, tak menyangka bahawa pertemuannya kembali dengan sang mantan, Anna Mackowiak, 34, berakhir dengan sebuah pengalaman yang tak akan terlupakan.


    Minggu lalu, Olszewski datang ke klinik mantan kekasihnya yang doktor gigi. Bermaksud untuk mendapatkan pengubatan terhadap giginya yang terasa sakit.


    Awalnya semua berjalan normal, hingga emosi dan kenangan pahit manusia mengacaukan segala-galanya.
    "Saya mencuba untuk bersikap professional dan menahan segala emosi," ujar sang doktor kepada media. "Tapi ketika saya melihatnya berbaring disitu, saya berpikir, dasar bedeb*h."


    Jadi Mackowiak membius mulut sang pesakit, mencabut semua gigi yang ia temukan, dan membungkus wajah lelaki itu dengan perban, agar sang pesakit tak segera menyedari keadaan mulutnya yang sudah bersih dari gigi.


    Olszewski sempat curiga keraa tak merasakan kehadiran giginya di mulutnya. Tapi Mackowiak memastikan bahawa itu hanya perasaan normal setelah diberi ubat bius.
    "Saya tidak punya alasan untuk mencurigainya, maksud saya, saya pikir ia adalah seorang professional," ujar Olszewski kepada NDTV.


    "Tapi setelah saya sampai di rumah, saya melihat ke cermin dan saya tak percaya dengan apa yang saya lihat," katanya. "Wanita j****g itu telah mengosongkan mulut saya."


    Dan nasib malang Olszewski tak hanya berhenti sampai disitu, kekasih  barunya juga pergi meninggalkan dirinya. Dengan alasan tak mahu punya kekasih yang tak mempunyai gigi.


    Sementara Olszewski memutuskan menabung untuk mencari gigi baru, Mackowiak sedang diperiksa atas dugaan jenayah dan menyalahkan kepercayaan pesakit.
    foto(unrelated): Alamy        

    Dah macam hantu pulak perempuan ni

    Posted: 29 Apr 2012 08:45 PM PDT




    sumber gambar : stomp.com.sg

    Bieber perlu minta maaf: Syahrini

    Posted: 29 Apr 2012 08:30 PM PDT


    JAKARTA: Penyanyi pop Amerika Syarikat Justin Bieber menerima banyak kecaman daripada pelbagai pihak ekoran kenyataannya yang memperlekehkan Indonesia. Artis Syahrini juga tidak ketinggalan menyuarakan tidak puas hati atas sikap penyanyi remaja itu.
    Melalui akaun Twitternya, penyanyi lagu "Kau yang Memilih Aku" itu meluahkan kekecewaannya terhadap Bieber. Dia meminta kekasih penyanyi itu Selena Gomez supaya meminta maaf daripada rakyat Indonesia.

    "Justin Bieber perlu meminta maaf kepada rakyat Indonesia," katanya dalam akaun Twitter miliknya @PrincesSyahrini, semalam.


    Menurut Pengurusnya, Reindhy, Syahrini kecewa dengan kenyataan Bieber yang dibacanya menerusi pelbagai sumber laman berita Indonesia di Internet. Dia berkata, kenyataan Bieber itu tidak beretika.

    "Menurut Syahrini kenyataan Bieber itu tidak beretika. Apalagi, penyanyi itu mempunyai ramai peminat di Indonesia dan sikapnya itu seperti tidak menghargai peminatnya di Indonesia," katanya. - kompas.com



    SUMBER : MYMETRO

    Seorang lagi lelaki menyamar Justin Bieber goda remaja perempuan beraksi lucah

    Posted: 29 Apr 2012 08:15 PM PDT


    MONTGOMERY (Alabama): Gara-gara menyamar sebagai Justin Bieber, seorang lelaki dari Montgomery berdepan sejumlah pertuduhan memujuk remaja perempuan melakukan aksi seks serta bergaya separuh bogel untuknya di Internet.
    Christopher Patrick Gunn, didakwa atas kesalahan eksploitasi seksual dan pornografi kanak-kanak menggunakan Facebook sebagai perantara.

    Menurut pertuduhan, Gunn, 31, menggunakan Facebook untuk berhubung dengan mangsa dan meyakinkan mereka supaya mengikut kehendaknya.


    Aksi separuh bogel itu dirakam dalam bentuk gambar dan video.

    Gunn kemudian mengancam menyiarkan imej berkenaan di Internet jika mereka enggan melakukan aksi seks seperti dituntutnya.


    Dokumen mahkamah menunjukkan, mangsa Gunn berusia antara sembilan hingga 16 tahun.



    Dia menghubungi remaja perempuan di sekurang-kurangnya enam negeri lain, termasuk Florida, Virginia dan California.

    Jika mangsa mengikut kehendaknya, Gunn menjanjikan 'tiket percuma' untuk menyaksikan konsert dan pas ke belalang pentas.


    Awal bulan ini, seorang lelaki Kanada turut didakwa di mahkamah atas kesalahan sama. - TS


    SUMBER : MYMETRO

    Datuk empat cucu tukar jantina

    Posted: 29 Apr 2012 08:00 PM PDT


    LONDON: Seorang bekas pegawai Tentera Udara Diraja Britain akan menjalani pembedahan menukar jantina ketika dia berusia 80 tahun.
    Datuk kepada empat cucu dan pernah dikenali sebagai James, Ruth Rose, bakal menjalani pembedahan berkenaan di hospital kerajaan dengan kos �13,500 (RM67,000).

    Apabila prosedur itu selesai nanti, Ruth akan menjadi orang paling tua menukar jantina di Britain. Menurut Ruth, dia mula menyimpan keinginan menjadi wanita sejak berusia sembilan tahun.


    Namun, katanya, impian itu hanya tercapai hampir 70 tahun kemudian dan selepas dia berjaya dalam kerjaya.

    Berasal dari Newhaven, Sussex Timur, Ruth berkata, dia teruja apabila bakal menjadi wanita sepenuhnya tidak lama lagi.


    "Sejak mengambil keputusan menukar jantina, hidup saya penuh ceria," katanya.



    Ruth adalah bapa kepada tiga anak dan bakal berusia 79 tahun bulan depan.

    Dia mula membuat keputusan menjadi wanita secara rasmi dua tahun lalu.


    Walaupun berusia lanjut, doktor menetapkan pembedahan itu dijalankan Oktober tahun depan - selepas dia berusia 80 tahun.

    Prosedur itu akan dijalankan di Hospital Charing Cross di London.


    Sementara menunggu waktu itu, dia dirawat dengan terapi hormon dibekalkan hospital kerajaan.


    Kata Ruth, dia hanya mahu menjadi wanita dan keputusannya langsung tidak didorong faktor seks.


    "Zaman ini, semua orang mampu memahami keadaan dan bertolak ansur.


    "Justeru, anda tidak perlu berpura-pura menjadi seseorang yang anda tidak ingini," katanya. Rekod penukar jantina paling tua di Britain sebelum ini dipegang bekas pelombong, Roy Colton, 75, yang melakukannya dua tahun lalu. - DM



    sumber : myMETRO

    Remaja jadi ‘habuan’ tiga lelaki

    Posted: 29 Apr 2012 07:45 PM PDT


    GOMBAK: Malang menimpa seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang keluar bersama teman lelaki baru dikenalinya apabila dia diperkosa lelaki itu, malah turut dijadikan habuan kepada dua lagi rakan suspek.
    Difahamkan, remaja perempuan itu bukan saja diperkosa bergilir-gilir oleh tiga lelaki terbabit di sebuah pondok usang di sini, malah perlakuan keji mereka itu turut dipertontonkan kepada rakan lain.

    Lebih keji lagi, sumber berkata, mangsa turut dipaksa melakukan perbuatan sumbang bersama beberapa rakan lelaki yang datang. Menceritakan semula kejadian itu, sumber memberitahu, mangsa pada mulanya diajak teman lelaki yang baru dikenalinya itu untuk keluar minum bersama di sebuah restoran di Sentul, dekat sini.


    "Mangsa dijemput lelaki itu dengan menunggang motosikal kira-kira jam 9 malam Khamis lalu sebelum ke sebuah restoran dan diperkenalkan kepada beberapa rakan lain.

    "Selesai minum, mangsa diajak ke rumah seorang rakan lelaki berkenaan yang terletak di lokasi berhampiran," katanya.


    Menurut sumber, selepas beberapa jam melepak lelaki terbabit memberitahu mahu menghantar mangsa pulang ke rumah sambil ditemani dua rakannya kira-kira jam 1 pagi Jumaat lalu.



    "Dalam perjalanan pulang, mangsa dibawa ke dalam kawasan hutan menyebabkan dia berasa hairan. Apabila tiba di sebuah pondok usang dia dipaksa pula masuk ke dalam pondok berkenaan," katanya.

    Katanya lagi, disebabkan keadaan yang gelap dan sunyi mangsa menuruti arahan ketiga-tiga lelaki itu sebelum dia dipaksa berbogel.


    Mangsa dipercayai dirogol teman lelakinya sebelum memanggil dua lagi rakannya yang berada di luar pondok dan turut memperkosa mangsa bergilir-gilir.

    Sumber berkata, ketiga-tiga suspek terbabit menghubungi rakan mereka yang lain untuk datang ke pondok berkenaan dan memaksa mangsa melakukan perbuatan keji itu.


    Mangsa dihantar pulang ke rumahnya dan dikatakan memaklumkan kejadian itu kepada keluarga dan bertindak membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, di sini sebelum kes dirujuk ke IPD Gombak.


    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.



    SUMBER : MYMETRO

    7 maut bas langgar tembok

    Posted: 29 Apr 2012 07:30 PM PDT


    TOKYO - Tujuh penumpang maut selepas sebuah bas persiaran yang membawa berpuluh-puluh orang pelancong melanggar tembok sebuah lebuh raya ketika kenderaan berkenaan dalam perjalanan ke taman tema Disneyland di sini.
    Polis berkata, 38 penumpang dan pemandu bas yang berusia 43 tahun cedera dalam nahas jalan raya tersebut dengan 13 daripada mereka parah.
    Menurut pihak berkuasa, kemalangan itu berlaku pada pagi semalam di Gunma, utara Tokyo.
    Enam mangsa yang maut terdiri daripada wanita berusia dalam lingkungan 20-an. Sementara mangsa ketujuh ialah seorang lelaki berusia 40-an.
    Punca kemalangan ngeri tersebut masih disiasat. - Agensi
    sumber : kosmo online

    348 gadis sambut hari jadi ke-15 beramai-ramai

    Posted: 29 Apr 2012 07:15 PM PDT


    BANDAR RAYA MEXICO - Seramai 348 orang gadis menyambut hari jadi ke-15 mereka secara beramai-ramai di ibu negara Mexico di sini kelmarin.
    Acara meriah yang dikenali sebagai Quinceanera itu diadakan bagi mengisytiharkan kepada masyarakat bahawa mereka telah memasuki fasa usia dewasa.
    Pada pesta berkenaan, gadis-gadis sunti itu mengenakan gaun petang berwarna-warni sebelum berkumpul untuk menyertai satu perarakan.
    Quinceanera merupakan acara tradisi di Mexico yang bermula sejak era kolonial Sepanyol pada kurun ke-16. - Agensi
    sumber : kosmo online

    Polis keliru pembunuh tukul besi

    Posted: 29 Apr 2012 07:00 PM PDT


    LAS VEGAS - Dengan menggunakan tukul besi sebagai senjata, seorang lelaki yang tidak mempunyai sejarah melakukan jenayah menyerang sebuah keluarga di Las Vegas dan membunuh seorang wanita serta anak perempuannya.
    Serangan kejam tanpa motif itu membuatkan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) tergamam dan keliru.
    Susulan kejadian rogol dan kematian Ignacia Martinez, 38, serta anaknya, Karla Martinez yang berusia 10 tahun, polis menahan seorang pemuda Bryan Clay pada Jumaat lalu.
    Clay, 22 dikatakan tiada hubungan langsung dengan keluarga mangsa.
    "Ia merupakan kejadian orang asing membunuh seorang ibu dan anaknya, selain menyerang bapa mangsa," kata seorang pegawai polis, Leftenan Ray Steiber.
    "Saya sudah bertugas selama 24 tahun. Anda tidak akan dapat melihat kes seperti ini. Saya tidak tahu apa lagi yang hendak dikata," tambah Steiber.
    Steiber juga memberitahu dia tidak faham kenapa dua orang budak lelaki yang berusia sembilan dan empat tahun yang berada di tempat kejadian tidak diapa-apakan.
    Kejadian ngeri itu hanya diketahui pihak berkuasa selepas budak lelaki berkenaan pergi ke sekolah dan memberitahu gurunya bahawa ibu dan kakaknya mati dibunuh di rumah mereka.
    Pihak berkuasa menemui mayat mangsa di dalam dua bilik berasingan.
    Dua orang budak lelaki itu berada di dalam rumah selama kira-kira 24 jam bersama bapa mereka yang cedera parah.
    Kanak-kanak tersebut kini berada di bawah jagaan Jabatan Perkhidmatan Keluarga Daerah. Arturo Martinez, 39, suami dan ayah mangsa mengalami kecederaan kritikal dalam serangan itu.
    Dia kini berada di hospital akibat cedera di kepala dan tidak boleh bercakap dengan pegawai penyiasat.
    Menurut Steiber, kedua-dua mangsa turut diserang secara seksual.
    Tiada barang berharga diambil daripada lokasi kejadian dan polis setakat ini tidak tahu apakah motif serangan tersebut.
    "Tidak ada sebab kenapa serangan ini berlaku. Suspek juga tiada sejarah jenayah yang signifikan," kata Steiber.
    Clay juga dituduh memukul dan merogol seorang wanita berusia 50 tahun di kawasan kejiranan Las Vegas beberapa jam sebelum kejadian pembunuhan berlaku. Mangsa dikatakan berjalan berhampiran satu simpang sebelum Clay memaksanya pergi ke satu kawasan sunyi dan merogolnya pada 15 April lalu.
    "Mangsa dikejar, dipukul dan dirogol," jelas Steiber.
    Hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengaitkan Clay dengan kedua-dua serangan itu.
    Satu topi yang ditinggalkan oleh Clay juga menjadi bahan bukti penting.
    Seramai 60 orang anggota polis terlibat dalam siasatan kes itu.
    "Matlamat kami adalah untuk memastikan suspek ditahan. Kami tidak akan berhenti sehingga berjaya," tegas Steiber.
    Clay ditahan tanpa ikat jamin pada kelmarin dan sedang menunggu perbicaraan.
    Dia bakal berdepan dengan pelbagai tuduhan seperti membunuh, memukul menggunakan senjata berbahaya dan melakukan serangan seksual. - Agensi
    SUMBER : KOSMO ONLINE

    Pelamin air mata

    Posted: 29 Apr 2012 06:45 PM PDT


    ALOR GAJAH: Impian seorang guru mendirikan mahligai bahagia musnah apabila bakal suaminya lesap bersama kereta dan barang kemasnya dua hari sebelum mereka diijabkabulkan.
    Wanita itu sepatutnya meraikan hari bahagianya kelmarin, tetapi majlis pernikahan mereka dibatalkan selepas bakal pengantin lelaki menghilangkan diri.
    Lebih mengharukan apabila lelaki berusia 30 tahun yang memperkenalkan diri kakitangan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) rupa-rupanya suspek dikehendaki polis, selain pernah menjalani hukuman penjara kerana kesalahan jenayah penipuan.

    Selain terpaksa menanggung malu, wanita berusia 26 tahun itu kerugian lebih RM60,000 selepas Proton Persona, barang kemas, komputer riba dan telefon bimbitnya dilarikan lelaki terbabit.



    Pasangan itu berkenalan di sebuah kedai makan di Johor pada April tahun lalu sebelum mengikat tali pertunangan awal tahun ini dan sepatutnya diijabkabulkan kelmarin.



    sumber : myMetro

    Upah samseng belasah bos

    Posted: 29 Apr 2012 06:39 PM PDT


    KUALA LUMPUR: Marah diberhentikan kerja, seorang wanita berusia 50 tahun sanggup mengupah sekumpulan enam samseng untuk memukul bekas majikannya di kawasan sebuah pusat hiburan di Kompleks Wilayah, di sini, Jumaat lalu.
    Mangsa yang bekerja sebagai pengurus sebuah pusat hiburan berusia 49 tahun itu dilaporkan menerima lebih tiga jahitan di kepala selain cedera di seluruh badan akibat dibelasah kumpulan terbabit yang menggunakan senjata dipercayai buku lima.

    Semuanya bermula kira-kira jam 12 tengah malam, apabila mangsa yang sedang bekerja di pusat hiburan berkenaan didatangi dua lelaki yang mendakwa mahu berbincang dengannya.
    Menurut sumber, dua lelaki berusia 30-an itu memarahi mangsa dan mempersoalkan tindakannya memberhentikan suspek.

    "Belumpun sempat mangsa membuat penerangan, empat lagi lelaki yang juga ahli kumpulan terbabit menghampirinya," katanya.

    Sumber berkata, mangsa kemudiannya dipukul kumpulan berkenaan lebih 10 minit sebelum dia diheret keluar dari premis berkenaan.
    "Mangsa terus disepak terajang, ditumbuk enam suspek sebelum wanita berkenaan yang menunggu mangsa di luar premis itu menunjukkan diri.

    "Wanita terbabit memaki hamun mangsa sebelum mendakwa dia yang mengupah kumpulan berkenaan untuk memukulnya kerana mengatakan dia diberhentikan kerja tanpa sebab munasabah," katanya.
    Katanya, sebelum wanita dan enam samseng terbabit meninggalkan kawasan itu, mereka mendakwa akan mencari dan mencederakannya jika membuat laporan polis.

    "Mangsa kemudiannya ditinggalkan dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di hadapan premis berkenaan," katanya.

    Katanya, mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), oleh beberapa rakan sekerjanya di pusat hiburan berkenaan.

    Difahamkan, mangsa dibenarkan keluar dari hospital berkenaan kira-kira jam 11 pagi kelmarin.

    Sehubungan itu, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

    Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.


    sumber : myMetro

    Pelajar pengsan,guru guna minyak urut dada tapi dilaporkan ke polis

    Posted: 29 Apr 2012 06:15 PM PDT

    Seorang guru SMK di kawasan jalan Lempung dilaporkan pelajarnya setelelah dituduh melakukan tindakan pencabulan. Informasinya murid yang merasa dicabuli masih duduk di bangku kelas 2.

    Ani (bukan nama sebenarnya) selaku mangsa pencabulan itu, tinggalnya ada di kawasan Bringin Lakarsantri. Mendatangi Polsek Lakarsantri bersama ibunya.

    Sementara laporan itu diakui oleh Kapolsek Lakarsantri Kompol Kuncoro, pihaknya memang telah menerima laporan dugaan tindakan  yang dialami mangsa. Kini pihaknya telah memeriksa beberapa saksi. "Kami masih sebatas melakukan pemeriksaan saksi. Jadi untuk penetapan tersangka belum ada," ujarnya Kuncoro, kepada wartawan, Selasa (25/4/2012).

    Kuncoro menambahkan pihaknya masih akan mempelajari rekaman video sehubungan dengan tuduhan pelecehan seksual tersebut. Bila rekaman tersebut memang terbukti atau menunjukkan adanya pelecehan seksual, maka tidak segan-segan menetapkan guru sebagai tersangka.

    "Untuk pihak yang merekam dan kemudian menyebarkan via internet akan kami jerat dengan UU TI. Demikian dengan pelaku pencabulan akan kami kenai pasal pencabulan dan pelecehan seksual terhadapa anak di bawah umur," tandasnya.

    Kejadian pencabulan bermula Ani pernah pengsan di sekolah pada jam pelajaran. Melihat kejadian itu, teman dan dibantu guru yang bersangkut membantu membawa Ani ke salah satu ruangan guru. Berhubung Ani pingsan, lantas oleh sang guru laki-laki, membuka kancing bajunya.

    Tujuan dan maksud guru tersebut, dilakukannya untuk boleh memberikan pengobatan dengan minyak kayu putih. Saat itu juga, guru langsung membasuh minyak pada bagian perut dan dada Ani yang masih pingsan. Sayangnya pemberian pertolongan itu tidak disadari adegan tersebut telah direkam oleh salah satu teman Ani.

    Beberapa hari kemudian rekaman itu diunggah via internet. Apalagi rekaman itu diketahui Ani. Sontak membuat Ani memberitaukan ke orang tua dan tidak terima dengan ulah guru tersebut melaporkan kejadian itu ke Mapolsek Lakarsantri. 

    sumber 

    3 dirempuh ketika tukar tayar

    Posted: 29 Apr 2012 06:00 PM PDT

    SIBU: Hasrat sepasang suami isteri untuk menghadiri upacara 'ngetas ulit' atau menamatkan tempoh berkabung berikutan kematian ahli keluarga mereka di Sibu Jaya, di sini, tidak kesampaian apabila mereka juga maut bersama seorang lagi ahli keluarga dirempuh sebuah kereta di Kilometer 30 Jalan Durin-Sibu, dekat sini kelmarin.
    Sebelum kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, Proton Wira dipandu Guyang anak Seliong, 40, yang membawa isteri, Pudai anak Ringkai, 39, dalam perjalanan dari Roban, Sarikei, mengalami kebocoran tayar, kira-kira 1.5 kilometer dari simpang ke Sibu Jaya.
    Guyang kemudian menghubungi bapa saudaranya, Jack Musin anak Juna, 63, untuk membantu dan ketika berada di sisi kenderaan untuk menukar tayar yang bocor, ketiga-tiga mereka tiba-tiba dirempuh sebuah Perodua Kembara dari arah sama. 

    Rempuhan kuat menyebabkan Pudai tercampak ke tepi jalan, manakala Guyang dan Jack Musin terperosok di bawah kenderaan yang merempuh mereka sebelum diseret kira-kira 50 meter. Tiga mangsa berkenaan yang cedera teruk beberapa bahagian badan, mati di tempat kejadian. 

    Anggota bomba terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan mayat Jack Musin yang tersepit di bawah Perodua Kembara itu yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan selepas merempuh mangsa. 

    Lelaki berusia 30 tahun yang memandu kereta berkenaan serta tiga penumpangnya bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. 
    Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shafie Ismail, berkata mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Sibu untuk bedah siasat, manakala pemandu Perodua Kembara dipanggil untuk diambil keterangan dan siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



    sumber : berita harian

    Gadis tomboi disyaki turut diperkosa

    Posted: 29 Apr 2012 05:45 PM PDT


    KOTA BHARU - Siasatan polis berhubung kes kematian seorang gadis tomboi, Nor Ain Shafnie Mohd. Azizi (gambar) yang mayatnya ditemui dibakar bersama motosikalnya di kawasan ladang kelapa sawit di Jeram Tekoh, Gua Musang minggu lalu percaya mangsa turut dirogol sebelum dibunuh.
    Bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara tersebut dengan menyoal siasat sembilan suspek termasuk dua wanita yang ditahan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu.
    Kesemua mereka merupakan rakan-rakan Nor Ain Shafnie, 16, dan kebanyakan mereka adalah penagih dadah.
    Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman memberitahu, pihaknya tidak boleh mendedahkan lebih banyak maklumat kerana bimbang ia akan mengganggu siasatan.
    "Polis mengesyaki gadis berkenaan telah dirogol sebelum dibunuh dan dibakar. Siasatan masih berjalan dan kita tidak boleh dedahkan semuanya," katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan di Pasar Siti Khadijah dan Buluh Kubu di sini semalam.
    sumber : kosmo online

    Berhati-hati jika berkasih dengan orang China

    Posted: 29 Apr 2012 05:30 PM PDT

    Kepada mereka yang mempunyai kekasih orang yang berasal dari negara China berhati-hatilah jika anda melakukan sesuatu yang tak senonoh terhadap anak mereka.Terutama jika bapa atau ahli keluarganya ada kemahiran kung fu....Tak caya cuba tengok gambar ini.





    Dollfie, Boneka Cantik dan Super Seksi

    Posted: 29 Apr 2012 05:15 PM PDT



    Dollfie adalah boneka dibuat oleh perusahaan asal Jepun Volks pada tahun 1997, hingga saat ini boneka ini memiliki kemajuan penggemar yang cukup signifikan khususnya di Jepun dan Hong Kong, Uniknya boneka ini malah digemari para remaja lelaki disana.

    Tentu saja jika kamu lihat boneka ini benar-benar sangat amat cantik sekali, saking cintanya akan boneka ini tak jarang beberapa penggemar memperlakukan boneka ini serperti kekasih mereka, boneka dollfie sendiri memiliki tinggi yang bervariasi, namun kebanyakan dari mereka memiliki perbandingan 1 banding 6 dengan manusia normal..

    Oh ya, bon

    eka dollfie ini ketika dibeli dalam keadaan tanpa pakaian dan kamu harus membelikannya pakaian dan juga merias makeupnya juga, jadi belinya terpisah.

    Proses Memilih Pramugari Pesawat Yang Cantik Dan Seksi

    Posted: 29 Apr 2012 05:00 PM PDT

    Bukan senang menjadi pramugari...
    Berbagai proses saringan dan kesihatan dilakukan



















    Perempuan bergaduh adakah kita lelaki sekadar melihat sahaja?

    Posted: 29 Apr 2012 04:45 PM PDT

    Perempuan bergaduh,adakah kita lelaki lihat dan saksikan sahaja pergaduhan itu?
    seperti gambar dibawah ini...

    Agaknya kita lelaki tak kuasa nak masuk campur
    atau kita memang jenis yang tak peduli...

    Jadi persoalannya sekarang adakah kita biarkan sahaja
    pergaduhan itu berlaku tanpa meleraikannya?Yang penting
    jangan jadi batu api sudahlah...

    Pemuda dibelasah penduduk kerana berhubungan seks dalam kereta dekat masjid

    Posted: 29 Apr 2012 04:30 PM PDT


    Seorang pemuda jadi bahan pukulan warga kerana tertangkap berbuat perkara tak senonoh dengan pasangannya dalam kereta di Kota Baru, Ternate Tengah.

    Kejadian bermula ketika sejumlah warga menaruh curiga dengan sebuah kereta jenis Avanza hitam yang terletak tak jauh dari masjid.

    Keadaan kereta yang bergoyang-goyang, lantas menarik perhatian pemuda kampung yang tengah berbual tak jauh dari lokasi. Penasaran, Setelah dicek didapati sepasang kekasih tengah asik melakukan adegan layaknya suami istri (berhubungan seks).

    "Orang ramai pun kemudian mengetuk kaca kereta Si lelaki keluar dan kabur meninggalkan pasangannya lalu dikejar orang ramai Dia kemudian dikerjalan setelah berhasil ditangkap kerana dikira dia pencuri," kata saksi , Adriansyah kepada okezone di lokasi kejadian.

    Beruntung kejadian ini cepat diketahui polis yang sedang melakukan rondaan. Pemuda tersebut kemudian berhasil diamankan.

    Sementara itu, teman kencan lelakitersebut mengaku bahawa mereka adalah pasangan suami isteri. Massa pun kemudian melepas keduanya. (tri)

    Aneh…Lelaki Ini Tersiksa Akibat Alergik Suara

    Posted: 29 Apr 2012 04:15 PM PDT


    VIVAnews -  Seorang pemuzik rock Inggris berusia 33 tahun mengalami alergik terhadap suara. Doktor menyebut gangguan yang dialami Chris Singleton sebagai hyperacusis atau sangat sensitif terhadap suara dengan volume normal sekalipun.

    "Rasanya seperti lawak buruk," kata Chris dengan sedih, dikutip dari Daily Mail.

    Chris mengatakan ini benar-benar mimpi buruk. Dia boleh sangat tersiksa hanya kerana mendengar suara kucuran air ketika mandi atau dering telefon.

    Penderitaan ini disedari Chris di awal 2004. Saat itu telinga kirinya mulai merasa seperti berdengung, seolah-olah dia sedang berenang dan ada cairan masuk ke telinga.

    "Setelah beberapa minggu kemudian, aku pergi menemui doktor. Dan doktor mengatakan bahawa ada lubang di gendang telinga saya. Lalu dia memberi saya antibiotik," katanya.

    Keluhan Chris sempat hilang. Tetapi beberapa minggu kemudian, gangguan yang sama muncul kembali. "Aku mulai merasakan bila mendengar nada tinggi, itu terasa menyakitkan. Dan tidak hanya di telinga kiri saya, telinga kanan saya juga mengalami hal aneh."

    Kehidupan Chris mulai tidak menyenangkan sejak itu. Ketika bertemu kereta api, dia harus mencari tempat duduk sejauh mungkin untuk menghindari suara keretapi.

    "Rasa sakit itu menyiksa, ini merupakan salah satu jenis ketidaknyamanan orang dengan pendengaran normal. Rasanya seperti mendengar pekikan menengking menggunakan mikrofon," kata Dr Veronica Kennedy, seorang spesialis di NHS Bolton.

    Kennedy menambahkan, "Bagi sebahagian orang, masalahnya mungkin sesekali dan cukup ringan, tetapi untuk orang lain itu dapat menjadi sangat membatasi hidup."

    Para ahli memperkirakan bahwa antara dua dan lima peratus dari populasi orang dewasa berpotensi menderita hyperacusis di beberapa titik. Tapi, Kennedy tidak jelas mengapa hal itu terjadi.

    "Ada teori bahwa hal itu dapat dipicu oleh paparan suara keras tiba-tiba atau mungkin terkait dengan peristiwa stress atau trauma, seperti kecelakaan," kata Kennedy.

    Bahkan, banyak orang yang mengalami hyperacusis mengenakan penutup telinga, tetapi itu tidak mengatasi masalah. "Ketika Anda melepaskan penutup telinga, suara akan menjadi lebih keras. Ini adalah lingkaran setan."

    Menurut Kennedy, hyperacusis kemungkinan besar disebabkan oleh sebab-sebab fizik seperti cedera kepala.

    Seluar Jeans Termahal Di Dunia

    Posted: 29 Apr 2012 04:00 PM PDT


    Hanya ada 8 helai sahaja di dunia.Di jual dengan harga US$ 27,000 sehelai.Di reka oleh seorang Artist DAMIEN  HIRST.Dia dan pasukannya bekerjasama dengan LEVI'S untuk mencipta seluar jeans ini.

    Bukan nak tolong malahan diperkosa

    Posted: 29 Apr 2012 11:00 AM PDT

    (sekadar hiburan)


    Buat Kamu Agar Tidak Kehilangan Selipar di Tempat Umum

    Posted: 29 Apr 2012 10:30 AM PDT