Oleh KHADIJAH IBRAHIM khadijah.ibrahim@utusan.com.my Gambar RASHID MAHFOF
TIZ ZAQYAH mengakui bahawa dia masih menjalinkan hubungan cinta dengan aktor Remy Ishak.
SEJAK percintaan mereka diketahui umum dan mula menjadi bualan ramai, ternyata ia bukan sesuatu yang memudahkan, baik buat Tiz Zaqyah mahupun kekasihnya, Remy Ishak.
Kerana yang pasti, andai ternampak wajah kedua-duanya, baik ketika bersama mahupun berseorangan, yang ditanya hanyalah soal hati dan perasaan. Bukan lagi mengenai perkembangan kerjaya masing-masing.
Tiz Zaqyah sendiri mengakui perkara tersebut. Katanya, soalan peribadi yang membabitkan kisah cinta pasti tumpuan dan seringkali menghambat dirinya.
Biarpun tidak menganggap ia sesuatu yang menganggu kehidupan kata Tiz, adakalanya ia tetap merimaskan.
Berbanding sewaktu merahsiakan perhubungan cintanya dengan Remy, dia bebas bergerak ke mana sahaja tanpa dikaitkan dengan aktor kacak pujaan ramai itu.
...
Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL shazryn.faizal@utusan.com.my Gambar JEFFRI IRAN dan ihsan PADI PICTURES
BARISAN pelakon drama Amukan Pocong yang hadir pada sidang akhbar di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
SELEPAS mencipta kejayaan menerusi drama rantaian Mantera Anjasmoro tahun lalu, pengarah drama terkenal, Aidilfitri Mohamed Yunus kini kembali dengan buah tangan terbarunya.
Masih lagi mengekalkan genre seram, kali ini Amukan Pocong menjadi pilihan Aidilfitri untuk slot Seram yang akan ditayangkan bermula Khamis ini mulai 15 Mac ini.
Aidilfitri mempunyai sebab tersendiri untuk terus menghasilkan genre tersebut memandangkan dia sendiri merupakan peminat filem-filem seram.
Malah bukan mahu bersikap bongkak atau membangga diri, katanya, sehingga hari ini masih belum ada karya seram yang benar-benar menakutkannya.
Meskipun peminat tegar karya pengarah handalan seperti John Carpenter dan Alfred Hitchcock yang cukup sinonim dengan genre seram, tetapi tiada satu pun yang mampu meninggalkan impak kepada dirinya.
...
Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.
"This is my first and last marriage (ini perkahwinan pertama dan terakhir buat saya)," kata bekas jaguh bina badan negara, Datuk Abdul Malek Noor, 56, yang selamat diijabkabulkan dengan Pakar Runding Kanak-kanak, Dr Wan Asma Wan Ismail, 52, dalam majlis akad nikah di Kelantan Trade Centre (KTC) pada 12 Mac 2012.
Dengan sekali lafaz, Malek sah bergelar suami selepas dinikahkan bapa Dr Wan Asma, Wan Ismail Wan Ahmad, 86, jam 11 pagi.
ZoOM : Alhamdulillah dan semoga kekal hingga ke akhir hayat. Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis
Yahoo! hari ini menfailkan saman di Mahkamah California terhadap Facebook selepas mendakwa gergasi rangkaian sosial terbesar itu mencabuli 10 paten yang dihasilkan perintis Internet berkenaan.
Yahoo! dalam tuntutan saman setebal 19 muka surat yang difailkan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat bagi Utara California menuduh Facebook melanggar paten dalam beberapa bidang termasuk pengiklanan, hak persendirian dan pesanan.
"Yahoo! sudah melabur begitu banyak dalam penyelidikan dan pembangunan selama bertahun-tahun dengan berjaya menghasilkan banyak ciptaan teknologi dipatenkan tetapi syarikat lain yang melesenkannya," katanya. "Teknologi ini adalah asas perniagaan kami yang melayani lebih 700 juta pelawat unik bulanan dan membuktikan semangat inovasi sejak Yahoo! ditubuhkan," katanya.
Sumber : Ct Honey Dan Blog Akmal
ZoOM : Lantak la korang nak saman dan di saman tetapi janganlah sampai MUKABUKU di tutup yer, atau dikenakan bayaran jika nak menggunakan laman sosial anda yer :) Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis
"Buang yang keruh ambil yang jernih" inilah pepatah yang boleh digambarkan buat pasangan yang sebelum ini pernah menabur benih indah ditaman, namun semua itu berakhir kerana penangan gambar percutian yang menjadi konterversi atau gossip panas.
Nak buat macam mana nasi dah menjadi bubur, dan semoga Mamat dan Fida mengambil iktibar dengan apa yang telah terjadi sebelum ini.
Dan berikut beberapa ayat yang keluar daripada mulut Mamat mengenai kisah ini :
"Alhamdulillahlah semua persengketaan sebelum ini telah kembali jernih seperti sedia kala dan hubungan kami berada di tahap baik ketika ini," ujarnya kepada mStar Online.
"Dia berhak berasa marah dengan apa juga yang berlaku sebelum ini tetapi kini semuanya telah tinggal sejarah dan kami masing-masing telah bercakap dari hati ke hati mengenai kejadian tersebut dan menyelesaikannya dengan baik.
"Kini hubungan kami lebih baik daripada sebelum ini dan biarlah hanya saya dan dia yang mengetahui apa yang berlaku," katanya. (OPSS !!! apa yer :) boleh kongsi tak ?? )
"Jadi sudah sampai masanya saya perlu menumpukan perhatian kepada satu perkara buat masa ini iaitu kerjaya kerana ia lebih penting daripada perkara lain," ujarnya.
Sementara itu, ditanya adakah dia dan Fida akan kembali bercinta memandangkan hubungan baik mereka ketika ini, Mamat berkata jika jodoh di antara mereka masih kuat dia tidak menolak kemungkinan itu.
"Sebelum kejadian gambar tu hati kami memang saling terpikat antara satu sama lain, dan bagi saya sendiri sehingga sekarang rasa terpikat itu masih ada cuma keadaan kini telah berbeza.
"Namun kalau memang jodoh saya dengan dia siapa saya untuk menolak," ujarnya.
Inilah wajah Nurul Nadira Atau Dirang yang menjadi mangsa kekejaman manusia berhati binatang kerana sanggup membunuh si kecil yang tidak bersalah ini. Dimanakah sifat perikemanusian manusia jahanam yang layak digelar binatang !!!! Hati membuak-buak dan marah segenap lapisan masyarakat dengan kisah terbaru kanak-kanak yang menjadi mangsa keadaan.
Jika sebelum ini kawasan kejiranan ZoOM turut gempar kerana kehilangan Nurin yang akhirnya membawa keluarga malang tersebut kembali ke Kampung kerana trauma dengan kisah sedih yang berlaku. Namun berat hati memandang berat lagi bahu memikul, dan inilah wajah keluarga Nurul atau Dirang yang tidak dapat menerima perbuatan tidak berperikemanusian ini....
Kawasan dikatakan tempat Dirang dibakar...Ya Allah...kenapalah sampai begitu keji dan binatangnya manusia itu !!! Semoga engkau mendapat balasan di dunia ini...Insyallah...
Seorang ibu yang tidak dapat menahan kesedihan sehinggakan pengsan...Sedih ZOOM melihat dan membaca berita Dirang ni...
Ini lagi satu manusia yang suka mengambil kesempatan dengan apa yang berlaku, dan ZoOM doakan semoga pengirim SMS ini juga dimasukkan dalam LOKAP !!!!!
Akhir kata semoga keluarga ini tabah dengan dugaan yang datang, dan marilah kita sama-sama sedekahkan surah AL-Fatihah buat arwah.
Akhirnya Cerita Vanilla dan Coklat sudah sampai dipenghujungnya malam ini, walaupun kita sudah mengetahui kisah dan Happy Ending cerita ini namun ada diantara anda yang terlepas menonton drama Ini.
Bagi memastikan rakan-rakan anda diluar sana menyaksikan bersama episod akhir drama ini, ZOoM upload video daripada Youtube sebagai tontonan anda :
Alhamdulillah akhirnya Akak Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) sudah membatalkan niat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Johan kerana kelancangan mulutnya suatu ketika.
Sebelum ini Ogy berasa kecil hati dan terhina akibat sikap celupar mulut pelawak itu yang mempersendakan Allahyarham ibu bapanya iaitu seniman Datuk Ahmad Daud dan Datin Saadiah ketika mengacarakan Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) lalu.
Dan berikut beberapa ayat yang keluar daripada mulut Akak Ogy kita yang sporting dan tidak suka menyimpan dendam ini :
"Industri kita bukan besar mana pun. Mungkin pada masa akan datang kami akan bekerjasama. Jadi buat apa panjang-panjangkan hal macam ini.
"Memang betul saya marah dengannya sebelum ini tetapi selepas beberapa ketika saya mula sejuk hati dan sudah memaafkan dia," katanya.
"Sebelum ini, saya terasa hati dengannya apabila dia ketawa dengan teguran saya mengenai gurauannya itu selepas acara tersebut. "Alhamdulillah, kini saya berasa lebih tenang selepas memaafkan Johan dan kemarahan itu sudah reda," katanya.
ZOOM : Semoga ia akan menjadikan iktibar kepada Johan dan anda diluar sana, kalau tulis post yang panas tu janganlah over-over yer....nanti kena saman siapa susah anda juga yang susah. Dan yang penting ZOOM hanya menyampaikan dan menyebarkan apa yang dirasakan betul dan boleh dikongsi bersama.
Apa kata anda ?Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis
ZINA merupakan kejahatan yang sangat besar yang memberi kesan amat buruk kepada penzina itu sendiri, khususnya
dan kepada seluruh umat amnya.
Di zaman sekarang di mana banyaknya saluran dan media yang berusaha menyeret kearah perbuatan keji ini, maka
amat perlu untuk setiap orang mengetahui bahaya dan akibat buruk yang timbul dari dosa zina.
Kita semua hendaklah lebih berhati-hati dan berwaspada agar tidak terjerumus, hatta, walaupun hanya mendekatinya.
Di antara akibat buruk dan bahaya tersebut adalah :
1- Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan yakni berkurangnya agama si penzina,
hilangnya sikap wara' (menjaga diri dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.
2- Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu merupakan suatu hal yang amat diambil berat
dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.
3- Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.
4- Membuat hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.
5- Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan atau merasa demikian sehingga tidak pernah merasa cukup dengan apa yang diterimanya.
6- Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.
7- Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina, sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.
8- Penzina akan dipandang oleh manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya.
9- Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki 'qalbun salim' (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.
10- Kesempitan hati dan dada selalu meliputi para pezina.
Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya.
Ini adalah kerana, orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah maka Allah akan memberikan yang sebaliknya dari apa yang dia inginkan,
dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan dan kebahagiaan.
11- Penzina telah mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari yang jelita di syurga kelak.
12- Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang tua,
pekerjaan haram, berbuat zalim, serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan.
Bahkan boleh membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang lain.
Zina biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.
13- Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di samping meninggalkan aib yang berpanjangan
bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.
14- Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina lebih membekas dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya,
kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya, namun dosa zina akan benar-benar membekas dalam jiwa
kerana walaupun akhirnya pelaku zina itu bertaubat dan membersihkan diri
dia akan masih merasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya.
15- Jika wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkan kandungannya itu maka
dia telah berzina dan juga telah membunuh jiwa yang tidak berdosa .
Jika dia ialah seorang wanita yang telah bersuami dan melakukan kecurangan sehingga hamil dan membiarkan anak itu lahir
maka dia telah memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka
tanpa disedari siapa dia sebenarnya.
Amat mengerikan, naudzubillah min dzalik.
16- Perzinaan akan melahirkan generasi individu-individu yang tidak ada asal keturunan (nasab).
Di mata masyarakat mereka tidak memiliki status sosial yang jelas.
17- Pezina laki-laki bererti telah menodai kesucian dan kehormatan wanita.
18- Zina dapat menyemai permusuhan dan menyalakan api dendam antara keluarga wanita dengan lelaki yang telah berzina dengannya.
19- Perzinaan sangat mempengaruhi jiwa kaum keluarganya di mana mereka akan merasa jatuh martabat di mata masyarakat,
sehingga kadang-kadang menyebabkan mereka tidak berani untuk mengangkat muka di hadapan orang lain.
20- Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit-penyakit berbahaya seperti aids, siphilis, dan gonorhea atau kencing bernanah.
21- Perzinaan menjadikan sebab hancurnya suatu masyarakat yakni mereka semua akan dimusnahkan oleh Allah
akibat dosa zina yang tersebar dan yang dilakukan secara terang-terangan.
Hukuman Zina
Demikianlah besarnya bahaya dosa zina, sehingga Ibnul Qayyim, ketika mengulas tentang hukuman bagi penzina, berkata:
"Allah telah mengkhususkan hadd (hukuman) bagi pelaku zina dengan tiga kekhususan iaitu:
Pertama, hukuman mati secara hina (rejam) bagi pezina kemudian diringankan (bagi yang belum nikah) dengan dua jenis hukuman,
hukuman fizikal yakni dirotan seratus kali dan hukuman mental dengan diasingkan selama satu tahun.
Kedua, Allah secara khusus menyebutkan larangan merasa kasihan terhadap penzina.
Umumnya sifat kasihan adalah diharuskankan bahkan Allah itu Maha Pengasih namun rasa kasihan ini tidak boleh sehingga
menghalang dari menjalankan syariat Allah.
Hal ini ditekankan kerana orang biasanya lebih kasihan kepada penzina daripada pencuri, perompak, pemabuk dan sebagainya.
Di samping itu penzinaan boleh dilakukan oleh siapa sahaja termasuk orang kelas atasan yang mempunyai kedudukan tinggi
yang menyebabkan orang yang menjalankan hukuman merasa enggan dan kasihan untuk menjalankan hukuman.
Ketiga, Allah memerintahkan agar pelaksanaan hukuman zina disaksikan oleh orang-orang mukmin dengan
maksud menjadi pengajaran dan memberikan kesan positif bagi kebaikan umat.
Beberapa Perkara Penting Yang Perlu Diperhatikan
1- Orang yang berzina dengan banyak pasangan lebih besar dosanya daripada yang berzina hanya dengan satu orang,
demikian juga orang yang melakukanya berkali-kali dosanya lebih besar daripada yang melakukannya hanya sekali.
2- Penzina yang berani melakukan maksiat ini dengan terang-terangan lebih buruk daripada mereka yang melakukannya secara sembunyi-sembunyi.
3- Berzina dengan wanita yang bersuami lebih besar dosanya daripada dengan wanita yang tidak bersuami kerana
adanya unsur perbuatan zalim (terhadap suami wanita), boleh menyalakan api permusuhan dan merosak keutuhan rumah tangganya.
4- Berzina dengan jiran lebih besar dosanya daripada orang yang jauh rumahnya.
5- Berzina dengan wanita yang sedang ditinggalkan suami kerana perang (jihad) lebih besar dosanya daripada dengan wanita lain.
6- Berzina dengan wanita yang ada pertalian darah atau mahram lebih jahat dan hina daripada dengan yang tidak ada hubungan mahram.
7- Ditinjau dari segi waktu maka berzina di bulan Ramadhan, baik siangnya ataupun malamnya, lebih besar dosanya daripada waktu-waktu lain.
8- Kemudian dari segi tempat dilakukannya, maka berzina di tempat-tempat suci dan mulia lebih besar dosanya deripada tempat yang lain.
9- Pezina muhson (yang sudah bersuami atau beristeri) lebih hina daripada gadis atau jejaka,
orang tua lebih buruk daripada pemuda,
orang alim lebih buruk daripada yang jahil dan
orang yang berkemampuan (terutama dari segi ekonomi) lebih buruk deripada orang fakir atau lemah.
Bertaubat
Bertaubat ini bukan khusus hanya kepada penzina, bahkan kepada sesiapa sahaja yang menunjukkan jalan untuk terjadinya zina,
membantu dan memberi peluang kepada pelakunya dan siapa saja yang ikut terlibat di dalamnya.
Hendaknya mereka semua segera kembali dan bertaubat dengan sungguh-sungguh, menyesali apa yang pernah dilakukannya
dan berusaha sekuat tenaga untuk tidak kembali melakukannya.
Dan yang paling penting adalah memutuskan hubungun dengan siapa sahaja dan apa sahaja yang boleh menarik ke arah perbuatan keji tersebut.
Dengan demikian diharapkan Allah akan menerima taubat itu dan mengampuni segala dosa yang pernah dilakukan,
dan ingatlah, tidak ada istilah 'putus asa' dalam mencari rahmat Allah.
Allah berfirman, mafhumnya:
"Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya,
kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;" (Al-Furqaan 25:68)
"Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan," (Al-Furqaan 25:69)
"Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu,
Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
Dalam terik panas mentari yang memancar menyinari tanah Baitul Haram,
seorang ulama zuhud yang bernama Muhammad Abdullah al-Mubarak keluar dari rumahnya untuk menunaikan ibadah haji.
Di sana dia leka melihat seorang pemuda yang asyik membaca selawat dalam keadaan ihram.
Malah di Padang Arafah dan di Mina pemuda tersebut hanya membasahkan lidahnya dengan selawat ke atas Nabi.
"Hai saudara," tegur Abdullah kepada pemuda tersebut. "Setiap tempat ada bacaannya tersendiri.
Kenapa saudara tidak membanyakkan doa dan solat sedangkan itu yang lebih dituntut?
Saya lihat saudara asyik membaca selawat saja."
------ Wajah mayat bertukar jadi himar -------
"Saya ada alasan tersendiri," jawab pemuda itu.
"Saya meninggalkan Khurasan, tanahair saya untuk menunaikan haji bersama ayah saya.
Apabila kami sampai di Kufah, tiba-tiba ayah saya sakit kuat.
Dia telah menghembuskan nafas terakhir di hadapan saya sendiri.
Dengan kain sarung yang ada, saya tutup mukanya.
Malangnya, apabila saya membuka semula kain tersebut, rupa ayah saya telah bertukar menjadi himar.
Saya malu.
Bagaimana saya mahu memberitahu orang ramai tentang kematian ayah saya sedangkan wajahnya begitu hodoh sekali?
"Saya terduduk di sisi mayat ayah saya dalam keadaan kebingungan.
Akhirnya saya tertidur dan bermimpi.
Dalam mimpi itu saya melihat seorang pemuda yang tampan dan baik akhlaknya.
Pemuda itu memakai tutup muka.
Dia lantas membuka penutup mukanya apabila melihat saya dan berkata,
"Mengapa kamu susah hati dengan apa yang telah berlaku?"
"Maka saya menjawab,
"Bagaimana saya tidak susah hati sedangkan dialah orang yang paling saya sayangi?"
"Pemuda itu pun mendekati ayah saya dan mengusap wajahnya sehingga ayah saya berubah wajahnya menjadi seperti sediakala.
Saya segera mendekati ayah dan melihat ada cahaya dari wajahnya seperti bulan yang baru terbit pada malam bulan purnama.
"Engkau siapa?" tanya saya kepada pemuda yang baik hati itu.
"Saya yang terpilih (Muhammad)."
"Saya lantas memegang jarinya dan berkata,
"Wahai tuan, beritahulah saya, mengapa peristiwa ini boleh berlaku?"
---- Rahsia Selawat 100 kali ----
"Sebenarnya ayahmu seorang pemakan harta riba.
Allah telah menetapkan agar orang yang memakan harta riba akan ditukar wajahnya menjadi himar di dunia dan di akhirat.
Allah telah menjatuhkan hukuman itu di dunia dan tidak di akhirat.
"Semasa hayatnya juga ayahmu seorang yang istiqamah mengamalkan selawat sebanyak seratus kali sebelum tidur.
Maka ketika semua amalan umatku ditontonkan, malaikat telah memberi tahu keadaan ayahmu kepadaku.
Aku telah memohon kepada Allah agar Dia mengizinkan aku memberi syafaat kepada ayahmu.
Dan inilah aku datang untuk memulihkan semula keadaan ayahmu."
(Dipetik Dari Buku 60 Kisah Bertemu Rasulullah s.a.w)
----- Gambaran Himar (Keldai) Dalam Al-Quran -----
Himar atau keldai adalah binatang yang sering menjadi gambaran sebuah kedunguan.
Di dunia Arab, binatang ini adalah binatang yang paling rendah di mata mereka.
Untuk itulah al-Qur'an pun ketika menyebut himar untuk perumpamaan sesuatu,
itu berarti sesuatu tersebut adalah merupakan hal yang sangat rendah dan hina.
Seperti ketika al-Qur'an mengabadikan nasihat Luqman.
Di akhir dari nasihat tersebut, Luqman menyampaikan kepada anaknya agar bersuara yang baik,
"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata),
sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai". (Luqman 31:19)
Begitu pula ayat yang akan kita renungi berikut ini
"(Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka)
bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat,
kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya).
Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah;
dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim." (Al-Jumu'ah 62:5)
Ayat ini menyindir,memerli,menghina dan mencerca orang-orang Yahudi yang diberikan Allah Kitab Taurat tetapi tidak mengamalkannya.
Mereka seperti keldai yang membawa kitab-kitab tebal di punggungnya tetapi tidak mengerti sama sekali isi kitab-kitab tersebut
dan tidak mengambil manfaat sama sekali.
Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu.
Imam Ibnu Katsir menjelaskan, "Allah ta'ala berfirman menyebutkan keburukan Yahudi yang
diberikan kepada mereka Taurat untuk diamalkan tetapi mereka tidak mengamalkannya.
Perumpamaan mereka seperti himar (keldai) yang membawa kitab-kitab tebal….mereka lebih buruk keadaannya daripada himar.
Kerana himar tidak mempunyai pemahaman sementara mereka boleh memahami tetapi tidak mengamalkannya." (Tafsir Ibnu Katsir 8/117, MS)
Ayat ini disampaikan kepada umat Muhammad SAW agar menjadi pelajaran bahwa generasi umat ini tidak boleh seperti generasi himar Yahudi.
Generasi yang mempunyai ilmu, wawasan, pengetahuan tentang baik dan buruk bahkan mereka memahami ilmu itu dengan baik,
tetapi ilmu tersebut tidak bermanfaat bagi mereka.
Mereka faham bahawa kebaikan harus dilakukan, tetapi tidak mereka lakukan.
Mereka pun faham bahwa keburukan dan kejahatan harus dijauhi, tetapi tetap keburukan merupakan sebahagian yang tidak terpisahkan dari kehidupannya.
Allah telah memberikan petunjuk-Nya kepada kita agar generasi ini tidak menjadi generasi keldai.
Penjelasan itu ada dalam rangkaian ayat-ayat dalam Surat al-Jumu'ah tersebut.
Berikut ayat yang menjelaskan langkah generasi ini agar keluar dari rimba kesesatan.
"Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin,
seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri,
yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya),
dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat),
serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak).
Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata." (Al-Jumu'ah 62:2)
Dalam ayat tersebut dijelaskan tugas Rasulullah Muhammad SAW dalam melahirkan generasi sahabat yang luar biasa itu.
Ada tiga tugas:
(1) Membacakan ayat-ayat Allah
(2) Tazkiyatun Nafs (Penyucian Jiwa)
(3) mengajarkan Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak)
Ternyata pengajaran ilmu Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak) diakhirkan setelah Tazkiyatun Nafs.
Mengapa?
Kerana jiwa ini ibarat sebuah wadah/tempat.
Jika wadahnya masih kotor, sejernih apapun ilmu yang dituangkan tetap akan terlihat keruh dan tidak bermanfaat.
Akhirnya lahirlah keldai seperti yang disebutkan ayat diatas.
Ilmu banyak tetapi tidak teraplikasikan dalam amal.
Maka, Nabi ditugaskan untuk menyucikan jiwa barulah mengajarkan Kitab Allah (Al-Quran)
dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak).
Agar jiwa wadahnya bersih saat ilmu dituangkan dan diserap didalam diri.
Sehingga menjadi ilmu yang bermanfaat dalam beramal.
Dengar khabar Akhil Hayy akan menjadi pengacara Imam Muda 3 nanti, berita ini ZoOM jumpa di laman forum yang bercerita mengenai suami Waheda akan memikul tugas sebagai pengacara program berunsurkan agama (Imam Muda).
Ia hanyalah cerita dan omong-omong kosong tetapi jika betul pun apa salahnya dan sama-sama kita nantikan kehadiran program Imam Muda 3 yang akan menemui anda tidak lama lagi.
Isu mengenai Gambar dan Video Bogel Melia Aimelia kini semakin panas, banyak isu isu masih belum terjawab dengan tepat dan kesahihannya. Hari ini Blogger Rotikaya.com tampil dengan cara professional berhubung isu penyebaran gambar malah video bogel Melia Aimelia bersama pihak media myMetro.
Akibat ia mula menggugat kerjayanya, telah memaksa heroin filem Karipap-Karipap Cinta (2011) ini membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menjalankan siasatan ke atas blog-blog terbabit.
Kami tidak pernah melakukan 'superimpose' atau berniat mengaibkan dia. Apa yang kami paparkan pada blog itu benar dan kami ada bukti sahih," kata Nor Hamzie Hambali, 27, juga pemilik blog hiburan popular, RotiKaya.com menjawab dakwaan pelakon, Melia Aimelia mengenai penyebaran gambar bogelnya baru-baru ini.
Pelakon yang sebelum ini pernah membintangi filem Karipap-Karipap Cinta itu semalam menafikan di sebuah akhbar kononnya gambar bogel yang disiarkan blog hiburan itu tidak benar dan satu fitnah yang bertujuan mengaibkan.
Melia membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendakwa dirinya difitnah blog hiburan berkenaan.
Hamzie yang ditemui semalam menyifatkan tindakan Melia sebagai mengikut rasa marah semata-mata tanpa memikirkan kesannya kemudian hari.
"Kami ada video gambar bogel milik Melia yang diberikan seorang aktor terkenal sebelum ini. Lantas sebagai penyelia sebuah laman sesawang gosip artis hiburan, kami melaporkannya.
- mStar
ps:/ persoalannya disini adakah dengan cara ini segala permasalahan maruah individu tersebut terjawab ataupun sebaliknya.
Nama yang penuh dengan kontroversi sana sini, Zarina Anjoulie Lavocah membuat pengakuan dia mahu segera mendirikan rumah tangga, katanya mahu menamatkan pelbagai kisah yang memalukan mengenai dirinya.
Zarina bakal menamatkan zaman bujang bersama teman lelaki istimewanya yang masih dirahsiakan identiti jejaka tersebut sehingga hari pernikahan.
Zarina juga memilih untuk bernikah cepat kerana pada pandanganya itu adalah jalan terbaik buat dirinya dan tidak mahu dikaitkan dengan kontroversi yang boleh mengaibkan dirinya.
Profil Biodata Zarina Anjoulie Lavocah
NAMA PENUH: Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul KETURUNAN: Melayu, Iran dan Scottish TARIKH LAHIR: 9 September 1987 ASAL: Kuala Lumpur KERJAYA: Pelakon dan model AKADEMIK: Diploma Broadcasting & A Levels Law and Business STATUS: Bujang KELUARGA: Anak kelima dari lapan beradik
"Selepas bergelar isteri, saya berharap gossip - gossip liar sebegini tiada lagi dikaitkan dengan saya mana mana lelaki",
Pelakon berusia 25 tahun ni sedar kelak akan timbul pelbagai cerita kurang sedap didengar contohnya, konon bakal suaminya yang dikenali menerusi urusan perniagaan itu mungkin suami orang menyebabkan dia enggan memperkenalkan pada khalayak. Ini anggapannya,
Terbaru perkembangan dirinya, Zarina kini sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis perkahwinannya itu. Tarikhnya juga dirahsiakan dan difahamkan hanya keluarga terdekat bagi kedua-dua belah pihak dan kawan-kawan rapat saja yang akan dijemput. Kita tunggu!!!
Gambar - Gambar Hot! Zarina Anjoulie Lavocah
Semoga apa yang di impikan oleh Zarina Anjoulie Lavocah, G.A.M berharap akan menjadi kenyataan. Bila dah digelar Isteri harap janganlah paparkan body yang hot hot tu di kawasan terbuka yea, sebab boleh menimbulkan kontroversi nanti. SUMBER