Adsense

Sabtu, 28 Januari 2012

Celebrity News

Celebrity News


Kumpulan Klangit Dari Malaysia Bukan Dari Seberang

Posted: 27 Jan 2012 09:18 PM PST

KL, 25 JANUARI 2012: Murai Batu percaya, pasti ada yang kurang familiar dengan nama band Klangit. Tapi dalam masa yang sama, pasti ramai yang sukakan lagu Sesal Mendua yang sudah mula hits di corong-corong radio sekarang ni bukan?

Tapi tahu kah anda, siapa yang menyanyikan lagu itu? Sebenarnya Murai Batu sendiri pun pada mulanya tertanya-tanya siapa penyanyi lagu Sesal Mendua ini.

Bukan apa, lagu ni memang dekat di hati Murai Batu. Selain sukakan bait-bait lagunya Murai Batu sukakan muziknya yang ala-ala band Indonesia ini.

Namun teka-teki Murai Batu terjawab secara kebetulan ketika Murai Batu bersama kawan lama Murai Batu di dalam kereta dan lagu ini pun berkumandang.

Kawan lama Murai Batu ini rupanya dah lama mengikuti band yang menyanyikan lagu Sesal Mendua ini iaitu Klangit.

Jangan salah anggap, rupanya band Klangit ni band dari Malaysia! Murai Batu terus gembira dan rasa bangga kerana ada juga bakat Malaysia yang jauh lebih baik dari Indonesia.

Menurut kawan lama Murai Batu yang suka bercerita, rupanya bukan Murai Batu sahaja yang ingat band ini datang dari Indonsesia kerana ramai juga yang menganggap perkara yang sama.

Menurutnya, ramai yang memberi komen di laman You Tube yang keliru bahawa mereka merupakan band dari Indonesia.

Tidak puas hati dengan keterangan kawan Murai Batu itu, Murai Batu pun terus cari sendiri band ini di internet dan ternyata band Klangit ni berasal dari Malaysia dan sudah bertapak beberapa tahun dalam industri muzik.

Murai Batu dapat tahu lagu Klangit yang terdiri daripada tiga orang jejaka muda yang dikenali sebagai Ary, Iwan dan Haris ini baru sahaja buat come back dengan single terbaru mereka Sesal Mendua.

Jadi tak salah rasanya jika sama-sama menyokong produk tempatan, jangan ingat indusrti muzik kita tidak boleh pergi jauh

Info : Murai

Video Kumpulan ini :

LAGU SESALAN MENDUA
LAGU GELISAH


ZoOM : Kesian dengan kumpulan ini, sebab ada ramai peminat seni diluar sana tidak mengenali mereka. ZoOm sendiri baru membaca dan mengetahui kumpulan bernama Klangit ni, namun kalau lagu "Sesalan Mendua" tu memang pernah dengar. Apa-apa pun semoga kumpulan ini berjaya dalam bidang yang diceburi, dan rajin-rajin la cari publisiti yer...jangan harap gossip je :) opsss laserrrr...!!!






Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Artis Malaysia : Peti Simpanan Gimnasium Sha`arin Dirompak

Posted: 27 Jan 2012 09:11 PM PST

KL, 26 JAN 2012: Ada kalanya Murai Batu tak faham,bagaimana ada manusia yang sangat licik melakukan perbuatan terkutuk seperti mencuri atau memukul, walaupun di dalam situasi yang mana adanya ramai orang di sekeliling mereka.

Lebih menjadikan Murai Batu hairan lagi, apabila ada individu yang sanggup mengambil kesempatan di tempat-tempat yang langsung tidak dijangka dan kesannya telah menyebabkan orang lain menanggung kesusahan.

Pengalaman yang agak mengejutkan telah terjadi kepada suami pelakon cantik molek, Yasmin Hani iaitu Sha'arin baru-baru ini, apabila locker atau peti simpanan barang miliknya di salah sebuah gimnasium terkemuka di ibu negara telah digeledah oleh individu tidak dikenali.

Apa yang Murai Batu ingin ketengahkan di sini, bukanlah sekadar menyatakan perasaan simpati dengan nasib yang dialami Sha'arin, tetapi kecuaian pihak gimnasium dalam menjaga keselamatan serta kebajikan penggunanya.

Kalau tak silap Murai Batu, kejadian mencuri atau memecah peti simpanan orang lain di dalam gimnasium bukanlah perkara baru dan kerana itu jugalah ianya tetap terjadi walau 'mungkin' penguat kuasaan telah dibuat.

Murai Batu kurang faham, bagaimana kejadian curi di dalam gimnasium yang memiliki ramai pengunjung dan juga kakitangan tetap terjadi? Apatah lagi setiap peti simpanan yang berisi telahpun dinasihatkan dikunci dengan kunci pemilik masing-masing?

Di mana agaknya peranan sebenar pihak pengurusan gimnasium? Adakah mereka hanya bergoyang kaki atau menganggap kejadian curi ini sebagai sambil lewa saja?

Begitu jugalah situasi yang terjadi oleh Sha'arin apabila dia telah kehilangan dompet dan juga jam tangan istimewa pemberian Yasmin Hani. Khabarnya, jam tangan itu adalah hadiah hantaran sempena persandingan mereka tahun lalu.

Bagaimanapun daripada informasi yang Murai Batu dapat tahu, Sha'arin telahpun melaporkan kejadian itu kepada pihak polis agar tindakan selanjutnya dibuat.

Khabarnya juga, Yasmin yang turut berada di tempat kejadian kelihatan cukup tenang menangani situasi berkenaan kerana mereka sama sekali tidak menyangka dalam mereka sedang asyik bersenam, ada orang yang mengambil kesempatan melakukan perbuatan terkutuk itu.

Apapun, nasihat Murai Batu kepada pengunjung gymnasium supaya bersikap hati-hati dan pilihlah kunci yang berkualiti tinggi, teguh dan uph, supaya pencuri licik di setiap bilik locker ibu negara tidak akan dapat menjalani aktiviti hina mereka dengan jayanya.

Mungkin juga, Murai Batu boleh berkongsi petua di sini, agar mengelakan daripada menggunakan locker yang sama setiap kali ke gimnasium bagi mengelakan si pencuri sedar.

Malah elakan juga daripada menyimpan barangan beharga serta wang ringgit yang banyak di dalam peti simpanan berkenaan.


Info : Murai

ZoOM : Iskkk Iskkk sape la yang berani nak mencuri tu, macam tau-tau je dalam tu ada banyak duit dan sudah tentu pakar yang mencurinya. Apa-apa pun semoga beliau akan mengambil iktibar dengan apa yang berlaku.

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis

Artis Malaysia : Zed Zaidi Sedih Tak Dapat Anak Kembar

Posted: 27 Jan 2012 09:05 PM PST


PETALING JAYA: Pelakon filem Niyang Rapik, Zed Zaidi berasa sedih selepas mengetahui isterinya, Nelly Natalia tidak hamil anak kembar seperti mana yang dimaklumkan sebelum ini.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 31, berkata, isterinya yang mengandung tiga bulan telah melakukan pemeriksaan kali kedua di sebuah klinik dan diberitahu oleh doktor tentang perkara itu.
"Sebelum ini masa buat pemeriksaan awal, doktor kata mungkin isteri saya mengandung anak kembar tetapi selepas melakukan pemeriksaan semalam, hanya ada seorang bayi sahaja.
"Walaupun sedikit hampa tetapi saya tetap bersyukur dengan rezeki yang telah diberikan kepada saya dan isteri," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Jumaat.
Tambah Zed, seperti kebanyakan ibu mengandung lain, isterinya, turut mengalami alahan teruk pada peringkat awal kandungan.

Pada satu tahap katanya, keadaan Nelly agak teruk apabila asyik mengalami muntah-muntah dan tidak berselera untuk menikmati makanan.
"Masa mula-mula mengandung saya agak risau juga kerana alahannya sangat teruk tetapi alhamdulillah, sekarang ia telah berkurangan dan berada di dalam keadaan baik.
"Nelly juga sudah mula mengidam untuk makan buah naga dan nasib baik dia tidak minta benda yang pelik-pelik," ujarnya.
Ditanya mengenai perasaannya bakal bergelar bapa pada Ogos nanti, Zed berkata dia teruja untuk menunggu saat tersebut kerana bayi yang bakal lahir itu nanti akan menjadi cucu pertama keluarga mertuanya.

Zed memberitahu, walaupun tidak kisah dengan jantina anak tetapi dia berharap akan kelahiran bayi lelaki.
"Saya mahukan anak lelaki sebagai anak pertama bukan apa kerana dia nanti boleh memimpin keluarga apabila saya tiada lagi di dunia.
"Bagaimanapun, saya menerima apa juga rezeki yang diberikan oleh Allah kerana anak adalah amanah buat saya dan isteri," ujarnya.

ZoOM : Sabar la kawan ku....sesungguhnya rezeki itu hanya ia yang menentukan, dan mungkin ada hikmah disebaliknya.Insyallah
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Artis Hollywood : Peminat Menangis Ketika Memeluk Daniel Radcliffe

Posted: 27 Jan 2012 09:00 PM PST

KEHADIRAN pelakon Harry Porter, Daniel Radcliffe pada majlis tayangan perdana filem terbarunya berjudul Woman In Black telah menjadi kecoh apabila dia diserang oleh peminat yang mahu bergambar dengannya.

Daily Mail melaporkan, kejadian berlaku apabila Daniel sedang berjalan di karpet merah untuk masuk ke dewan tayangan di Royal Festival Hall dan kemudiannya berhenti untuk bersalam dengan para peminat.

Ketika sibuk melayan peminat-peminatnya, dia tiba-tiba dipeluk oleh seorang wanita sambil menangis teresak-esak yang tiba-tiba datang dari arah belakang.

Menyedari hal tersebut, Daniel segera berpaling ke arah wanita berkenaan dan cuba memujuknya supaya bertenang. Dia kemudian berjaya melepaskan diri daripada situasi itu sebelum terus beredar masuk ke dalam dewan.


Info : Mstar


ZoOM : Huh fanatiknya perempuan tersebut sampai macam tu sekali peminat dia ni ye....kalau kat Malaysia ada tak ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Artis Malaysia : Fazura Jadi Pelaris ‘Bujang Telajak Belum Terlanjur’ | Kutipan filem Bujang Terlajak

Posted: 27 Jan 2012 08:57 PM PST

PETALING JAYA: Penerbit Eksekutif filem Bujang Telajak Belum Terlanjur A. Latiff Mohaideen mengakui pesona dan populariti aktres Nur Fazura Sharifuddin menjadi pelaris filem itu sehingga mencatatkan kutipan lebih RM2 juta sejak ditayangkan pada 19 Januari lalu.

A. Latiff berkata, selain daripada kekuatan Fazura yang berjaya menarik minat penonton ke pawagam, jumlah kutipan itu juga dipengaruhi oleh gabungan trio pelawak Saiful Apek, Nabil dan Johan, selain genre komedi yang dekat dengan peminat filem Melayu.

"Kutipan yang baik diterima oleh filem ini dipengaruhi oleh aura Fazura yang sememangnya diminati ramai. Kemunculannya di layar perak amat dinantikan oleh penonton.

"Fazura juga jarang muncul dengan filem komedi dan gabungannya bersama Apek, Nabil dan Johan ternyata menghasilkan sajian komedi yang bersahaja dan dekat dengan penonton kita," katanya.

Ketika ditanya mengenai sasaran kutipan filem arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen itu, A. Latiff berkata sambutan yang baik daripada penonton selepas seminggu ia ditayangkan memberi petanda filem itu mampu untuk mengutip sehingga RM5 juta jika terus ditayangkan di pawagam untuk tempoh dua minggu lagi.

"Berdasarkan pengamatan kami, pola tontonan filem ini meningkat di antara 20 hingga 30 peratus setiap hari. Insya-Allah jika keadaan ini berterusan, saya yakin Bujang Telajak Belum Terlanjur mampu meraih sehingga RM5 juta.

"Lagi pun, pada waktu ini tiada filem komedi Melayu yang ditayangkan, sekaligus memberikan kelebihan buat filem kami," katanya.

A. Latiff yang juga adik kepada pengarah filem itu menambah, kejayaan Bujang Telajak Belum Terlanjur juga menyuntik keyakinan kepada syarikat produksi mereka, Lineclear Motion Pictures Sdn Bhd untuk mengekalkan formula gandingan trio pelawak dan aktres jelita itu dalam filem akan datang.

"Kami sentiasa mencuba formula dan konsep baru dalam penerbitan filem dan nampaknya formula yang menggandingkan trio pelawak ala Three Stooges dan aktres jelita sebagai teraju utama diterima baik oleh penonton.

"Berkemungkinan kami akan mengekalkan formula ini dalam filem komedi yang akan datang. Cuma plot dan konsepnya yang berbeza.

"Yang pasti, kami akan hasilkan sebuah lagi filem komedi yang menggabungkan Fazura dan tiga pelawak itu," katanya.


Trailer filem bujang Terlajak :

Info : Mstar Online

ZoOM : Dah tengok filem ni, boleh la tahan dan lawak tetapi ZoOm nak komen pakaian Nabil yang sering kali menunjukkan seluar Boxer biru dia tu masa berlakon. Mungkin benda kecil je tetapi ia mencacatkan sedikit la, tapi yang bestnya cerita ini semasa 3 bujang terlajak yakni Apek,Nabil dan Johan memakai pakaian wanita semasa menyamar masuk ke rumah Fazura.....anyway 3 bujang tu pun pelaris utama  juga tau  :) 


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Sinopsis dan Trailer Filem Sumpahan Kum Kum | Kutipan Filem Sumpahan Kum Kum

Posted: 27 Jan 2012 08:50 PM PST


Sinopsis Filem Sumpahan Kum Kum


Cerita bermula apabila Mila yang memiliki wajah berjerawat, malu dengan keadaan rupanya lalu berjumpa dengan seorang dukun bagi mendapatkan rawatan susuk. Pantang laranganya adalah Mila tidak boleh melihat cermin selama 44 hari. Di tempat kerjanya, Mila yang dahulunya langsung tidak dipandang oleh lelaki, mula menjadi siulan ramai. Mila tidak sabar untuk melihat wajah barunya dan dia melihat cermin. Wajah Mila bertukar menjadi hodoh dan Mila pergi berjumpa dukun yang sama untuk memulihkan wajahnya.

Setelah dipujuk dan dirayu, akhirnya dukun iaitu Mak Tom, memberitahu Mila bahawa satu-satunya cara untuk memulihkan wajahnya adalah dengan meminum darah 9 gadis sunti. Mila mengekori Shima ke tandas dan membunuhnya serta meminum darahnya. Shima adalah anak kepada Mak Tom. Mak Tom bertekad untuk membalas dendam terhadap kematian anaknya dan memanggil Mila dengan mengatakan kononnya ada cara lain untuk mencantikkan kembali wajahnya. Mak Tom melibas Mila dengan cangkul dan memasukkan tubuh Mila yang nyawa-nyawa ikan ke dalam lubang yang telah digalinya. Sebelum ditimbus, Mila sempat menyumpah yang dia akan membunuh anak-anak sunti keturunan Mak Tom. Mak Tom mempunyai seorang cucu, Tini dan Mak Tom bimbang Tini akan menjadi mangsa dendam Mila maka Mak Tom sentiasa bersikap dingin terhadap Tini. Hantu Mila(hantu kum-kum) sering merayau dan menggangu orang kampung.


Pada suatu hari, Mak Tom meninggal dan wajahnya berulat dan dipenuhi lipas dan serangga. Rahsia Mak Tom terbongkar apabila Adi, anak lelaki Mak Tom pergi berjumpa Mak Leh, ibu saudaranya, untuk mendapatkan penjelasan tentang hantu Mak Tom dan hantu Shima yang menganggunya. Adi menyuruh isterinya, Nurul, membawa anak mereka pulang ke KL. Di KL, hantu Mila mengekori Tini dan Nurul sehingga dirumah. Nurul mendapat panggilan dari Adi menyuruhnya mengunci semua pintu dan tingkap. Malangnya, Mila sudah berada didalam rumah dan sedang bermain dengan Tini. Nurul mengunci dirinya dan Tini di dalam bilik.

Di kampung, orang kampung sedang mengadakan upacara pengebumian mayat Mila. Adi bergegas pulang ke rumahnya di KL dan ketika tiba, Adi mendapati Tini berada di dalam bilik bersama hantu Mila dan sedang menjerit ketakutan. Adi berjaya membuka pintu dan mendapati hantu Mila sedang mengendong anaknya yang pengsan. Sebelum sempat hantu Mila menggigit leher Tini, hantu Mila menggelupur kerana pada ketika itu, di kampung, orang ramai sudah selesai mengebumikan mayat Mila dan sedang membaca Yassin. Di kubur Mila, kelihatan sorang wanita berjubah dan berhijab sedang berdiri tunduk melihat batu nisan.

Triller Filem Kum-Kum :



Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Gossip : Tasha Shilla Kesal Tuduhan Menari Ghairah Di Kelab Malam

Posted: 27 Jan 2012 08:40 PM PST

PETALING JAYA: Pelakon Tasha Shilla berasa kecewa dengan tuduhan kononnya dia berkelakuan liar dan sanggup menari dengan aksi ghairah di sebuah kelab malam ketika menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-25 pada 25 Januari lalu.

Menyifatkan tuduhan itu sebagai melampau, Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak bagaimanapun mengaku berkunjung ke kelab tersebut tetapi tidak berkelakuan seperti yang didakwa.

"Saya bukan bodoh atau tidak sensitif untuk berkelakuan di luar kawalan seperti yang diperkatakan.

"Sebagai selebriti, sudah tentu saya sedar dan peka dalam menjaga tindak-tanduk terutamanya ketika berada di tempat awam.

"Saya kecewa apabila orang menuduh saya begitu sedangkan saya hanya menari biasa dan bukannya menari di tiang dengan aksi ghairah," katanya dalam nada kesal.

Tasha berkata dia tidak mampu untuk menghalang persepsi orang luar yang hanya mengenalinya sebagai artis tetapi apa yang lebih penting adalah kepercayaan dan sokongan ahli keluarga dan teman-teman rapat.

"Saya tidak mahu menjadi hipokrit dan menafikan kononnya saya tidak pergi ke kelab seperti yang diperkatakan.

"Hakikatnya, apa yang saya jelaskan adalah sesuatu yang benar-benar berlaku. Saya harap dengan penjelasan ini, masyarakat akan tahu perkara sebenar," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut.

Tasha mula dikenali selepas membintangi drama Gemilang di TV3 pada tahun lalu.

Info : Mstar Online

ZoOM : Setahu ZoOm laman portal tu yang post sebab terima info daripada salah seorang mamarazi atau paparazi yang mengatakan gadis bernama Tasha Shilla ni menari ala-ala tarian tiang dekat kelab malam semasa menyambut hari jadi beliau.No komen sebab tak ada bukti...apa kata anda ?Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Raja Lawak 6 : Kumpulan Ketupat Dan King Tersingkir

Posted: 27 Jan 2012 08:35 PM PST

Kumpulan Ketupat-TERSINGKIR

Kumpulan King -TERSINGKIR

KUALA LUMPUR: Kumpulan King dan Ketupat menjadi mangsa penyingkiran pertama gelanggang Raja Lawak musim keenam (RL6) selepas mendapat peratus undian terendah pada persaingan minggu ketiga yang berlangsung di Pusat Penyiaran Asia Astro, Bukit Jalil, di sini, malam Jumaat.

King mendapat 6.3 peratus undian, manakala Ketupat dengan undian tercorot, 5.7 peratus.

Satu lagi peserta yang berada pada kedudukan tiga terbawah iaitu kumpulan Albob (6.5), bagaimanapun terselamat daripada penyingkiran.

Mengulas mengenai penyingkiran dua peserta secara serentak pada minggu ini, Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani berkata keputusan itu diambil memandangkan tiada penyingkiran berlaku pada dua minggu pertama

"Kita mengikut format dan perancangan yang telah ditetapkan bagi musim ini. Kita memberi peluang kepada para peserta selama dua minggu untuk menunjukkan prestasi masing-masing.

"Pada minggu ini, kita putuskan untuk menyingkirkan dua peserta secara serentak.

"Bagaimanapun, itu tidak bermakna penyingkiran akan berlaku secara konsisten pada minggu-minggu akan datang. Ia bergantung pada kesesuaian dan keperluan," katanya.

Ketika ditanya mengenai prestasi persembahan tiga peserta tercorot itu, Nizam berkata dia berpuas hati dengan peningkatan persembahan yang ditunjukkan oleh semua peserta selepas tiga minggu berlangsung.

"Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan persembahan semua peserta.

"Cuma mungkin aksi kumpulan Ketupat sahaja yang lemah, manakala King dan Albob sudah melakukan persembahan yang baik pada malam ini (malam Jumaat)," katanya.

Selain Albob, sembilan lagi peserta yang bakal meneruskan persaingan pada minggu hadapan adalah 2Yol, Zero, Skema, Cuit, Gman, Shiro, Riki, Selak dan peserta solo, Kodan.

Minggu ketiga RL6 mengangkat tema 'Zaman Sekolah'.



Masih lagi mengekalkan format permarkahan menerusi 100 peratus undian penonton, para peserta mendapat bimbingan pengarah filem Ahmad Idham selaku Cif Besar dan tiga Cif Kecik iaitu Yus, Angah dan Tauke.

Para peserta musim ini diadili tiga pengkritik tetap iaitu produser filem dan drama David Teo, pelawak Sathia dan produser dan pelakon Sheila Rusly.

RL6 diterajui oleh pasangan pengacara Johan dan Zizan dan disiarkan pada setiap Jumaat pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132).

Paparan aktiviti mingguan para peserta pula disiarkan dalam Kapsul Raja Lawak pada setiap Isnin hingga Khamis pukul 9.55 malam di saluran yang sama.







Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis

Pelantikan Datuk Ac Mizal Sebagai Duta Pelancongan Dipertikai

Posted: 27 Jan 2012 08:28 PM PST

IPOH: Pelantikan selebriti popular, Datuk AC Mizal atau nama sebenarnya, Mizal Zaini sebagai duta pelancongan sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2012 mencetuskan kontroversi apabila artis berkenaan dianggap tidak layak dipilih berikutan bukan anak jati Perak.

Isu berkenaan timbul apabila ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mempertikaikan pelantikan itu dengan alasan penyanyi, pelakon dan pengacara itu anak kelahiran Muar, Johor.

Mereka mendakwa pelantikan itu tidak munasabah berikutan masih ramai lagi artis anak jati Perak yang layak seperti penyanyi terkenal Jamal Abdillah, M Daud Kilau, Ahmad Shahir Zawawi (juara Akademi Fantasia musim ketujuh), Mamat Khalid (pengarah filem) serta tokoh kartunis terkenal seperti Datuk Mohammad Nor Khalid (Datuk Lat).

Setiausaha Dewan Pemuda Islam Perak, Salman Salleh, berkata pemilihan AC Mizal itu tidak sesuai kerana ramai lagi individu daripada negeri itu sendiri yang lebih berkelayakan.

"Pelantikan itu tidak disenangi rakyat Perak kerana ramai lagi individu terkenal dari negeri ini lebih layak dan mempunyai pengetahuan mendalam mengenai negeri kelahiran mereka," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

ZoOM : HUrm...no komen sebab bukan orang perak...kamo komen la yo...

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Pinjaman Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia)

Posted: 27 Jan 2012 08:24 PM PST

Alhamdulillah satu lagi rezeki buat pasangan atau keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM3 ribu sebulan,


Berikut beberapa info atau maklumat bagi anda yang berminat untuk membuat pinjaman Skim Amanah Rakyat ni :


1.Gaji Mestilah dibawah RM3000
2.Pinjaman yang ditawarkan ialah RM5 ribu
3.Bayaran balik selama  tahun
4.Keuntungan setahun 12 % setahun = RM 134 x12 x 60 = keuntungan anda ??
5.Selepas Matang peminjam/pelabur akan dapat RM 13 RIBU...
6.Permohonan bermula isnin ini (30/1/2012)
7.Bank yang perlu anda berurusan :


a)Maybank
b)CIMB
c)RHB
d)BSN


Dan dokumen yang perlu ada :



a)IC original dan Copy -pemohon & pasangan
b)Pengesahan pendapatan, jika tidak pengesahan daripada ketua kampung dll yg boleh.




Selamat membuat pelaburan yang sudah pasti meringankan beban anda.


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Penyeri hidup Lara Dutta

Posted: 27 Jan 2012 03:08 PM PST

Hip

Kelahiran Saira menjadi pelengkap rumah tangga yang dibinanya bersama Mahesh Bhupathi

KETIKA dunia ghairah memberikan liputan terhadap kelahiran cahaya mata pertamanya pada 20 Januari lalu, Lara Dutta memiliki perancangan sebaliknya.

Tanggungjawab sebagai ibu yang baru seminggu digalas tidak mengubah kecintaannya kepada dunia perfileman yang diceburinya sejak 2003. Lara, 33, tidak merancang untuk berehat panjang kerana Mei depan, dia akan memulakan kerja penerbitan untuk filem terbarunya.

Bekas Miss Universe 2000 itu, bagaimanapun masih berkira-kira sama ada akan terbabit sebagai pelakon utama atau sebaliknya.

"Yang pasti saya akan menerbitkan filem baru pada Mei ini. Mungkin saya akan berlakon watak utama. Cuma sesuatu yang dapat saya katakan, penonton akan melihat gandingan luar biasa sama seperti Challo Dilli di mana Vinay Pathak beraksi di sisi.

"Tetapi jika perancangan menjadi sebaliknya, saya tetap meneruskan niat untuk menerbitkan filem pada Mei ini. Barangkali saya hanya akan tampil dalam sebuah lagi filem membawakan watak utama pada Ogos depan," katanya.
Aktres kelahiran Uttar Pradesh, India yang mendirikan rumah tangga dengan pemain tenis, Mahesh Bhupathi pada 16 Februari 2011 menyifatkan 2012 sebagai tahun mencabar kepada mereka berdua.

"Mahesh akan beraksi di Olimpik, sementara saya pula mengalami perubahan hidup apabila bergelar ibu. Semua itu menuntut komitmen tinggi.

"Pada masa sama, saya masih mahu berlakon dan menjadi penerbit. Semua itu saya pelajari ketika berlakon bersama Shah Rukh Khan dalam Don 2.

"Dia memberitahu gembira melihat ramai aktres kini bergelar produser, selain turut menasihatkan saya supaya menyambung karier dalam bidang seni," katanya.

Lara dan Mahesh menerima kehadiran cahaya mata perempuan pada tengah hari Jumaat lalu. Biarpun masih belum melakukan pengumuman rasmi mengenai nama bayi perempuan itu, namun pelakon Raveena Tandon dalam akaun Twitter mengalu-alukan kedatangan bayi yang digelarnya Saira Bhupathi itu.

Ketika Lara bertarung melahirkan bayi mereka, Mahesh tidak dapat berada di sisi kerana terbabit dalam kejohanan terbuka Australia di Melbourne.

Kegembiraan itu dikongsinya menerusi Twitter selepas berhubung dengan isterinya menerusi Skype.

Mahesh memberitahu teman-temannya dia tidak sabar pulang ke tanah air untuk melihat cahaya matanya. Lara pula hanya dibenarkan pulang ke rumah seminggu selepas bersalin.

Menurut sumber, bayi itu dilahirkan awal daripada jangkaan doktor iaitu pada minggu terakhir Januari namun Lara dan keluarganya sudah membuat persediaan menyambut kelahirannya.

"Lara terlalu gembira dan sedang berehat," kata sumber itu.

Lara yang baru melancarkan DVD yoga khusus untuk wanita hamil begitu aktif menjelang tarikh bersalin apabila dilihat menghadiri pelbagai acara.

Beberapa hari sebelum dimasukkan ke dewan bersalin, Lara sempat menghadiri sebuah majlis yang dihoskan oleh ratu program bual bicara, Oprah Winfrey.

"Oprah dan Shah Rukh Khan ialah dua insan yang paling saya kagumi. Terima kasih kerana membuat saya bahagia. Saya boleh memasuki dewan bersalin dengan gembira," katanya.

Enggan berehat panjang, Lara menyatakan perasaan tidak sabar menanti kepulangan suaminya untuk memulakan peranan baru mereka sebagai ibu bapa.

Bercakap mengenai tanggungjawab sebagai ibu, Lara berkata, ia adalah perasaan paling indah yang dilalui oleh setiap wanita.

"Berkahwin dan mempunyai cahaya mata ialah antara keputusan terbaik pernah saya lakukan dalam hidup. Bayi lelaki atau perempuan bukan keutamaan, cukup jika dia diberikan kesihatan yang sempurna," katanya.

Lara mengakui, kehamilan tidak pernah membuatnya terperuk di rumah dan menyembunyikan diri kerana malu dengan perubahan fizikal yang dilalui.

Sepanjang hamil, dia begitu aktif berkongsi perkembangan dirinya menerusi Twitter, malah cuba memenuhi jemputan yang dilayangkan kepadanya.

Krismas lalu, seluruh ahli keluarganya terbang dari Bengaluru untuk merayakan perayaan itu bersamanya. Setiap kali di rumah, Lara akan menghabiskan masa membaca malah ia berlanjutan hingga tengah malam atau dinihari.

Perkara itu pernah dikongsinya bersama peminat menerusi Twitter apabila Lara mencatat: "Belajar bila untuk menutup buku setiap kali membacanya sebelum tidur. Mengapa malam terlalu singkat?"

Teka-teki nama bayi:

BIARPUN Aishwarya Rai dan suaminya, Abhishek Bachchan masih belum menetapkan nama kepada bayi perempuan mereka, Lara dan Mahesh pula dilaporkan memberikan nama Saira kepada bayi itu dalam tempoh tiga hari kelahirannya.

Desas-desus itu diperkukuhkan apabila beberapa teman rapat mereka memberikan ucapan tahniah menerusi jaringan sosial terutama daripada Raveena yang menulis: "Teman saya, Lara Dutta dan Mahesh Bhupathi menjadi ibu bapa kepada bayi perempuan. Siara Bhupathi Selamat Datang Bidadari".

Hal yang sama juga dilakukukan oleh bapa pemain tenis, Sania Mirza yang juga wartawan sukan, Imran Mirza yang mengemas kini status Blackberry dengan menulis: "Selamat datang ke dunia Saira Bhupathi".

Bagaimanapun, Lara dan Mahesh enggan mengesahkan perkara itu.

Full content generated by Get Full RSS.

Mesti Tonton: Aspek teknikal mantap

Posted: 27 Jan 2012 02:55 PM PST

Hip

Filem: Underworld Awakening
Genre: Aksi, seram, fiksyen sains, fantasi
Pengarah: Mans Marlind dan Bjoern Stein Pelakon: Kate Beckinsale, Stephen Rea, Michael Ealy, Theo James, India Eisley, Charles Dance Durasi: 88 minit Tarikh tayangan: 19 Januari 2012.
PERTARUNGAN antara pontianak dan serigala jadian atau Lycans dalam filem Underworld Awakening kian memuncak selepas Rise of the Lycans, tiga tahun lalu.

Filem arahan Mans Marlind dan Bjorn Stein ini ialah judul keempat dalam siri filem Underworld dan kali ini ia mengisahkan gadis bernama Eve yang berdarah Lycans dan pontianak, yang menjadi buruan binatang buas itu.

Eve lakonan India Eisley yang disimpan di dalam makmal sebagai bahan penyelidikan untuk mencari vaksin kepada wabak yang melanda penduduk di bandar itu tiba-tiba meloloskan diri.
Watak utamanya, Selene (Kate Beckinsale) turut ditempatkan di situ sejak 12 tahun lalu, selepas menjadi buruan manusia dan terpisah dengan kekasihnya, Michael Corvin (Scott Speedman).

Selene tidak menyangka bayangan yang disangkanya sebagai Michael, yang pernah dilihatnya ialah Eve. Telepati yang dirasai mereka menguatkan lagi perasaan Selene bahawa gadis berusia 12 tahun itu ialah anaknya dengan Michael.

Selene yang dipertemukan dengan anaknya itu bagaimanapun masih mengesan Michael, yang menghilangkan diri selepas menemui lelaki itu, yang turut disimpan di makmal terbabit.

Rentetan cerita juga semakin memuncak dengan kemunculan Eve, yang mempunyai kekuatan luar biasa. Pastinya kisah gadis ini akan diketengahkan dengan lebih besar pada siri akan datang.

Bagi penggemar filem aksi dan filem yang dihasilkan dalam format tiga dimensi (3D) serta pengikut setia siri filem Underworld, pastinya siri keempat ini tidak mahu dilepaskan mereka.

Pada ketika harapan penonton mungkin berkurangan selepas sudah beberapa episod ia diangkat ke layar lebar, Underworld Awakening hadir sebagai sebuah judul yang menghiburkan.

Bukan saja kuat dari segi plotnya, malah teknik janaan komputer (CGI) yang digunakan juga menyerlahkan lagi filem yang mula ditayangkan pada 19 Januari ini. Sinematografinya juga harus dipuji apabila ia mencantikkan lagi filem ini.

Judul pertama daripada siri filem Underworld, ia memberikan peluang buat penonton menikmati visual lebih jelas dan mengagumkan. Terima kasih kepada penggunaan kamera 'red epic 3D' yang memberikan pengalaman menonton lebih hebat kepada audien.

Bagi yang tidak sempat menonton tiga filem terdahulu, usah bimbang kerana imbasan kembali digunakan pengarah pada permulaan cerita, bagi memberikan kefahaman lebih baik buat mereka.

Pendek kata, Underworld Awakening ialah judul terbaik dalam siri filem ini, disokong skrip yang baik, aksi yang mengagumkan dan teknik 3D yang begitu menghiburkan.

Full content generated by Get Full RSS.

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Tasha Shilla Kesal Tuduhan Menari Ghairah Di Kelab Malam

Posted: 27 Jan 2012 07:57 AM PST



PETALING JAYA: Pelakon Tasha Shilla berasa kecewa dengan tuduhan kononnya dia berkelakuan liar dan sanggup menari dengan aksi ghairah di sebuah kelab malam ketika menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-25 pada 25 Januari lalu.

Menyifatkan tuduhan itu sebagai melampau, Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak bagaimanapun mengaku berkunjung ke kelab tersebut tetapi tidak berkelakuan seperti yang didakwa.

"Saya bukan bodoh atau tidak sensitif untuk berkelakuan di luar kawalan seperti yang diperkatakan.

"Sebagai selebriti, sudah tentu saya sedar dan peka dalam menjaga tindak-tanduk terutamanya ketika berada di tempat awam."Saya kecewa apabila orang menuduh saya begitu sedangkan saya hanya menari biasa dan bukannya menari di tiang dengan aksi ghairah," katanya dalam nada kesal.

Tasha berkata dia tidak mampu untuk menghalang persepsi orang luar yang hanya mengenalinya sebagai artis tetapi apa yang lebih penting adalah kepercayaan dan sokongan ahli keluarga dan teman-teman rapat.

"Saya tidak mahu menjadi hipokrit dan menafikan kononnya saya tidak pergi ke kelab seperti yang diperkatakan.

"Hakikatnya, apa yang saya jelaskan adalah sesuatu yang benar-benar berlaku. Saya harap dengan penjelasan ini, masyarakat akan tahu perkara sebenar," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut.

Tasha mula dikenali selepas membintangi drama Gemilang di TV3 pada tahun lalu.

Fahrin Dedah Rahsia Elak Wanita Diperdaya Lelaki

Posted: 27 Jan 2012 07:54 AM PST




PETALING JAYA: Pelakon Fahrin Ahmad ingin "membocorkan" rahsia mengenai lelaki untuk menyelamatkan para wanita agar tidak diperdaya oleh golongan itu.

Fahrin berkata, dia terdorong untuk melakukan perkara tersebut kerana mendapati sejak kebelakangan ini ramai wanita yang sering teraniaya dek kata-kata manis lelaki selain melihat gejala sosial yang semakin merebak.

"Saya merasakan perlu untuk berkongsi rahsia bagaimana seseorang lelaki itu menggunakan kata-kata manisnya untuk memperdayakan wanita. Dengan cara itu golongan berkenaan dapat mengelak daripada termasuk dalam perangkap lelaki yang ingin mengambil kesempatan kepada mereka," katanya kepada mStar Online.

Jelas Fahrin, maklumat itu akan dikongsi dengan orang ramai menerusi kursus motivasi yang akan dianjurkan bersama rakannya.

Dalam kursus itu nanti selain Fahrin, beberapa pakar motivasi akan di undang untuk mengajar selok-belok 'permainan' lelaki yang cuba memikat dan merosakkan kehidupan seseorang wanita.

"Selepas membuat kajian mengenai pengisian dalam sesebuah kursus motivasi, didapati wanita kurang didedahkan mengenai taktik lelaki yang mempunyai niat jahat terutamanya yang mahu cuba memikat.

"Justeru itu, saya dan rakan kongsi menghasilkan modul berkenaan dan ternyata ia menerima respons positif selepas menganjurkan kursus di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Disember tahun lalu," katanya yang masih merancang untuk mengendalikan aktiviti itu pada tahun ini.

Dalam pada itu, Fahrin turut mengakui bahawa dia kini sedang berjinak-jinak dalam bidang motivasi, sebagai ganti cita-citanya yang mahu menjadi seorang guru sejak kecil lagi.

"Selain berlakon dan mengacara, saya mahu memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada masyarakat.

"Dan pada tahun lalu, saya memulakan langkah demi langkah dengan mengambil ilmu daripada beberapa pakar motivasi yang antaranya seperti Datuk Dr. Fadzillah Kamsah dan Dr. Tengku Ismadi.

"Kebetulan pula, saya juga mengacarakan program realiti terbitan Astro Ria berjudul Misi 12, di mana ia sebuah program yang mahu membimbing dan menyelamatkan golongan remaja bermasalah ," ujarnya.

Misi 12 akan disiarkan pada setiap Selasa, pukul 9 malam bermula 7 Februari menerusi saluran Astro Ria (104).

Zed Zaidi Sedih Tiada Anak Kembar

Posted: 27 Jan 2012 07:52 AM PST




PETALING JAYA: Pelakon filem Niyang Rapik, Zed Zaidi berasa sedih selepas mengetahui isterinya, Nelly Natalia tidak hamil anak kembar seperti mana yang dimaklumkan sebelum ini.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 31, berkata, isterinya yang mengandung tiga bulan telah melakukan pemeriksaan kali kedua di sebuah klinik dan diberitahu oleh doktor tentang perkara itu.

"Sebelum ini masa buat pemeriksaan awal, doktor kata mungkin isteri saya mengandung anak kembar tetapi selepas melakukan pemeriksaan semalam, hanya ada seorang bayi sahaja.

"Walaupun sedikit hampa tetapi saya tetap bersyukur dengan rezeki yang telah diberikan kepada saya dan isteri," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Jumaat.

Tambah Zed, seperti kebanyakan ibu mengandung lain, isterinya, turut mengalami alahan teruk pada peringkat awal kandungan.

Pada satu tahap katanya, keadaan Nelly agak teruk apabila asyik mengalami muntah-muntah dan tidak berselera untuk menikmati makanan.

"Masa mula-mula mengandung saya agak risau juga kerana alahannya sangat teruk tetapi alhamdulillah, sekarang ia telah berkurangan dan berada di dalam keadaan baik.

"Nelly juga sudah mula mengidam untuk makan buah naga dan nasib baik dia tidak minta benda yang pelik-pelik," ujarnya.

Ditanya mengenai perasaannya bakal bergelar bapa pada Ogos nanti, Zed berkata dia teruja untuk menunggu saat tersebut kerana bayi yang bakal lahir itu nanti akan menjadi cucu pertama keluarga mertuanya.

Zed memberitahu, walaupun tidak kisah dengan jantina anak tetapi dia berharap akan kelahiran bayi lelaki.

"Saya mahukan anak lelaki sebagai anak pertama bukan apa kerana dia nanti boleh memimpin keluarga apabila saya tiada lagi di dunia.

"Bagaimanapun, saya menerima apa juga rezeki yang diberikan oleh Allah kerana anak adalah amanah buat saya dan isteri," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Zed berkata, filem sulung terbitan syarikatnya Dzed Resources Sdn Bhd berjudul Taiko sedang dalam proses latihan dan bakal memulakan penggambaran dalam masa terdekat.

Zed memberitahu, dia juga telah membuka profil khas filem itu di Facebook dan terkejut apabila ia sudah pun menerima 1,000 pengikut walaupun belum ditayangkan.

"Ia adalah maklum balas positif apabila lebih daripada 1,000 orang telah mengikut profil berkenaan dan pihak kami sentiasa memuat turun aktiviti terbaru filem tersebut," ujarnya.

Tambahnya, dia juga sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri 13 episod berjudul "Apa Celup" arahan Ahmad Idham untuk siaran TV3 yang turut menandingkannya dengan Kamal Adli, Wan Sharmila dan Amanda Misbun.

Fazura Jadi Pelaris ‘Bujang Telajak Belum Terlanjur’

Posted: 27 Jan 2012 07:51 AM PST




PETALING JAYA: Penerbit Eksekutif filem Bujang Telajak Belum Terlanjur A. Latiff Mohaideen mengakui pesona dan populariti aktres Nur Fazura Sharifuddin menjadi pelaris filem itu sehingga mencatatkan kutipan lebih RM2 juta sejak ditayangkan pada 19 Januari lalu.

A. Latiff berkata, selain daripada kekuatan Fazura yang berjaya menarik minat penonton ke pawagam, jumlah kutipan itu juga dipengaruhi oleh gabungan trio pelawak Saiful Apek, Nabil dan Johan, selain genre komedi yang dekat dengan peminat filem Melayu.

"Kutipan yang baik diterima oleh filem ini dipengaruhi oleh aura Fazura yang sememangnya diminati ramai. Kemunculannya di layar perak amat dinantikan oleh penonton.

"Fazura juga jarang muncul dengan filem komedi dan gabungannya bersama Apek, Nabil dan Johan ternyata menghasilkan sajian komedi yang bersahaja dan dekat dengan penonton kita," katanya.

Ketika ditanya mengenai sasaran kutipan filem arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen itu, A. Latiff berkata sambutan yang baik daripada penonton selepas seminggu ia ditayangkan memberi petanda filem itu mampu untuk mengutip sehingga RM5 juta jika terus ditayangkan di pawagam untuk tempoh dua minggu lagi.

"Berdasarkan pengamatan kami, pola tontonan filem ini meningkat di antara 20 hingga 30 peratus setiap hari. Insya-Allah jika keadaan ini berterusan, saya yakin Bujang Telajak Belum Terlanjur mampu meraih sehingga RM5 juta.

"Lagi pun, pada waktu ini tiada filem komedi Melayu yang ditayangkan, sekaligus memberikan kelebihan buat filem kami," katanya.
Penerbit eksekutif filem Bujang Telajak Belum Terlanjur, A. Latiff Mohaideen.

A. Latiff yang juga adik kepada pengarah filem itu menambah, kejayaan Bujang Telajak Belum Terlanjur juga menyuntik keyakinan kepada syarikat produksi mereka, Lineclear Motion Pictures Sdn Bhd untuk mengekalkan formula gandingan trio pelawak dan aktres jelita itu dalam filem akan datang.

"Kami sentiasa mencuba formula dan konsep baru dalam penerbitan filem dan nampaknya formula yang menggandingkan trio pelawak ala Three Stooges dan aktres jelita sebagai teraju utama diterima baik oleh penonton.

"Berkemungkinan kami akan mengekalkan formula ini dalam filem komedi yang akan datang. Cuma plot dan konsepnya yang berbeza.

"Yang pasti, kami akan hasilkan sebuah lagi filem komedi yang menggabungkan Fazura dan tiga pelawak itu," katanya.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


7 GRO ditahan SEPARUH BOGEL

Posted: 27 Jan 2012 05:00 PM PST

je 05.1 7 GRO ditahan SEPARUH BOGEL

SEKUMPULAN GRO ditahan di sebuah hotel di Lebuh Light, Pulau Pinang, kelmarin.

PULAU PINANG 25 Jan. – Sekumpulan gadis pelayan pelanggan (GRO) ditemui dalam keadaan separuh bogel ketika serbuan oleh sepasukan polis di sebuah hotel bajet di Lebuh Light di sini, semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 4 petang itu, kesemua mereka yang terdiri daripada dua rakyat tempatan dan lima warga Indonesia tidak sempat melarikan diri berikutan pintu utama hotel telah dikepung oleh polis.

Ketika itu, mereka sedang asyik melayan pelanggan masing-masing di bilik.

Difahamkan, mereka mengenakan caj RM50 untuk perkhidmatan seks dan RM10 lagi untuk 'aksi tambahan'.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supritendan Ahmad Bakhtiar Kassim berkata, wanita yang ditahan berusia dalam lingkungan 20-an hingga 30-an.

Menurutnya, empat pelanggan termasuk seorang penjaga hotel turut ditahan bagi membantu siasatan.

"Hasil pemeriksaan di setiap bilik hotel ditemui puluhan kondom yang sudah dipakai, cecair pelincir serta tisu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, operasi dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut berikutan pemiliknya masih berdegil menjalankan kegiatan tidak bermoral walaupun sudah beberapa kali diserbu.

Kesemua wanita yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

Penjaga hotel itu pula disiasat di bawah Seksyen 372A Kanun Keseksaan kerana menyalahgunakan wanita bagi tujuan pelacuran.

///utusan///

Full content generated by Get Full RSS.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Isteri Shah Rukh cemburu Prinyka

Posted:

Isteri Shah Rukh cemburu Prinyka

Isteri Shah Rukh cemburu Prinyka

HANYA menggunakan tiket gelaran ratu cantik dunia yang diperolehinya pada tahun 2000, menjadikan langkah Priyanka Chopra yang juga seorang model cukup mudah untuk menjadi salah seorang aktres terkenal Bollywood.

Tidak hanya menjual rupa paras jelitanya di layar perak tetapi juga bakat lakonannya yang mendapat pujian ramai pengkritik filem.

Lakonannya dalam filem Andaaz yang melayakkan aktres yang kini berusia 30 tahun merangkul anugerah Pelakon Wanita Baharu Terbaik pada Anugerah Filmfare pada tahun 2003.

Seiring dengan kejayaannya sebagai aktres, nama Priyanka juga tidak henti dikaitkan dengan aktor terkenal Bollywood.

Selepas putus cinta dengan aktor, Harman Baweja, Priyanka dikaitkan dengan aktor Akshay Kumar, Shahid Kapoor dan gosip yang sedang hangat diperkatakan di Bollywood kini adalah, skandal cinta antara Priyanka dan aktor terkenal, Shah Rukh Khan.

Priyanka dilihat berada di pejabat aktor itu pada pukul 3 pagi baru-baru ini. Kedua-duanya mengaku berada di pejabat itu. Bagaimanapun, menafikan yang mereka sedang bercinta sebaliknya menjelaskan mereka sedang menjalani latihan selaku pengacara majlis untuk anugerah Zee Cine yang berlangsung pada 21 Januari lalu di Macau.

Priyanka membalas segala spekulasi itu dengan memberi kenyataan di laman sosial Twitter miliknya: "Bosan! phew.. Menggelikan hati. Sebenarnya saya menjadi pengacara buat pertama kali, harap semua latihan yang dilakukan berbaloi."

Imej bersih Shah Rukh Khan sebagai lelaki berkeluarga buat pertama kalinya tercalar. Dia membalas jawapan yang sama di Twitternya dengan menulis: "Menuju ke Macau untuk anugerah Zee Cine. Menjalani latihan dengan Priyanka Chopra, penulis dan penari sebagai persediaan untuk menjadi pengacara majlis. Harap semuanya berjalan dengan lancar."

Meskipun masing-masing telah memberi kenyataan, namun, skandal cinta Shah Rukh Khan bersama Priyanka membuatkan isteri aktor itu, Gauri cemburu dan tidak senang duduk.

Kenyataan terdahulu Priyanka ini mungkin membuatkan Gauri menghembuskan nafas lega.


KEINTIMAN antara Shah Rukh Khan dan Priyanka Chopra telah mencetuskan spekulasi kononnya mereka bercinta.


"Saya rasa cinta datang dengan sendirinya. Perkara berkenaan hati tidak boleh dimanipulasi. Saya sentiasa terbuka apabila bercinta, kerana saya rasa bangga apabila jatuh cinta.

"Bagaimanapun, saya tidak akan mempunyai hubungan cinta dengan lelaki yang telah berkeluarga. Saya percaya pada karma, jika saya bertanggungjawab merosakkan perkahwinan seseorang, perkara yang sama akan berlaku pada saya kemudian hari," ujarnya yang berlakon dalam filem Don dan Don 2 bersama Shah Rukh Khan.

Memiliki kecantikan, populariti dan kekayaan tidak membuatkan Priyanka mudah untuk jatuh cinta, hakikatnya hati wanitanya sukar untuk dimiliki oleh lelaki.

"Saya seorang wanita yang inginkan seseorang yang mampu membuatkan saya percaya tiada apa lagi yang penting selain diri saya di dunia ini. Lelaki itu mestilah seorang yang budiman tidak kiralah jika dia seorang pelakon, doktor atau apa sahaja pekerjaannya.

"Tetapi saya seorang yang sukar untuk jatuh cinta dan saya tidak pernah menggoda lelaki sehinggalah lelaki itu berjaya mencairkan hati saya," katanya.

Enggan berbogel

Sepanjang bergelar aktres, wanita kelahiran Jamshedpur, Jharkand, India, itu telah berlakon sebanyak 43 buah filem. Satu rekod yang cukup cemerlang buatnya, kini dia sedang menjalani penggambaran filem Krrish 3 untuk tayangan 2013.

Berbicara mengenai kerjayanya selaku seorang model dan aktres, jelas Priyanka yang pernah bercita-cita untuk menjadi seorang jurutera perisian atau pakar psikologi penjenayah, dia masih berpegang pada prinsip dalam hal mendedahkan tubuh di layar perak.

"Saya tidak kisah untuk bercium dalam filem tetapi saya tidak selesa untuk berbogel. Memang fakta, unsur seks melariskan filem. Saya akan lakukan adegan panas mengikut skrip tetapi masih ada hadnya.

"Melihat perjalanan kerjaya saya, memang diri saya cukup bertuah. Saya tidak akan sesekali menjual jiwa saya untuk mendapatkan watak dalam filem. Jika seorang aktres terpaksa tidur dengan seseorang untuk mendapatkan watak, ia tidak berbaloi langsung," balasnya.

Mengakui masih terdapat penerbit yang mengambil kesempatan terhadap pelakon baharu, kata Priyanka dia banyak memberi nasihat kepada pelakon baharu bagi menggelakkan perkara tidak diingini berlaku.

"Sejak dahulu lagi, saya mengamalkan prinsip, tidak akan berjumpa dengan penerbit atau pihak produksi selepas pukul 8 malam.

"Jika terpaksa juga, saya akan membawa ibu bapa saya bersama. Jika mereka tidak suka cara kerja saya, itu masalah mereka. Saya seorang yang mempunyai prinsip dalam bekerja, saya bukan wanita murahan sebaliknya seorang aktres.

"Setakat hari ini, apabila saya tiba di set penggambaran saya akan memberi fokus seratus peratus dan tiada siapa yang berani mengganggu terutama ketika waktu saya menjalani penggambaran," ulasnya kini sedang hangat dengan filem Agneepath yang mula ditayangkan di pawagam pada 26 Januari lalu.

Terbit album

Tidak hanya berlakon, Priyanka yang sudah lama mengidamkan untuk bergelar seorang penyanyi bakal melancarkan album sulungnya dijangka akan berada pada tahun ini, manakala lagu single pertamanya akan ke udara di corong radio pada musim panas ini.


PRIYANKA tidak akan berbogel di dalam filem. Katanya, dia seorang pelakon bukan wanita murahan.


Album yang memuatkan lagu dalam bahasa Inggeris sepenuhnya itu masih dalam proses pembikinan dan album tersebut dirakamkan di Los Angeles pada tahun lalu.

Sungguhpun begitu terdapat kebimbangan di hati aktres ini terhadap kerjaya baharunya itu.

"Saya menulis lirik dalam album sulung saya dan saya bimbang privasi diri saya akan hilang kerana semua lirik itu ditulis berdasarkan pengalaman saya.

"Sebahagian lagu telah siap dirakamkan. Saya berharap semuanya berjalan lancar, saya telah berusaha keras untuk album ini," katanya yang berkongsi pengurus dengan penyanyi antarabangsa terkenal, Lady Gaga.

Menjadi penyanyi tidak semudah disangka meskipun Priyanka sering menyanyi secara miming dalam setiap filem lakonan.

"Ya, saya mengambil kelas vokal. Saya bergelar seorang pelakon selama 10 tahun dan kini apabila menjadi penyanyi saya perlu bermula daripada bawah. Banyak kerja yang perlu dilakukan untuk menyanyi dengan baik," luahnya.

Priyanka tidak ada sebarang perancangan untuk menyumbangkan suara di dalam filem lakonannya kerana sibuk dengan album yang akan dipasarkan di peringkat antarabangsa itu.

Full content generated by Get Full RSS.

Komposer, finalis sambut baik

Posted:

Komposer, finalis sambut baik

Komposer, finalis sambut baik

Oleh HARYATI KARIM


ATILIA dan Monoloque bertanding untuk lagu Kekanda Adinda ciptaan Monoloque.


TAHUN ini Anugerah Juara Lagu 26 (AJL26) akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada malam esok pukul 9 malam dinilai oleh 30 orang juri profesional secara keseluruhannya.

Sebanyak 20 peratus markah dinilai oleh 10 orang juri pada hari pertandingan, manakala 80 peratus dinilai oleh 20 orang juri sebelum hari pertandingan (hari ini) menerusi cakera padat.

Perkara itu diakui sendiri oleh penerbit AJL26, Nurhul Huda Khalid ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini. Katanya, 20 peratus itu hanya menilai vokal dan persembahan terbaik sahaja.

"80 peratus markah kesemua lagu yang layak ke final dinilai terlebih dahulu, manakala selebihnya ketika hari pertandingan," ujarnya.

Sistem pemarkahan tersebut nampaknya disambut baik oleh komposer dan penyanyi terkenal Datuk M.Nasir yang menjelaskan pemarkahan seumpama itu (80 peratus melalui penjurian CD dan 20 peratus vokal dan persembahan) adalah logik.

"Macam mana sekalipun sistem pemarkahan program, itu terpulang kepada stesen televisyen, tetapi bagi saya 80 peratus markah sesebuah lagu dinilai terlebih dulu daripada cakera padat adalah logik," katanya.

Penulis lirik terkenal, AD Samad juga menyokong sistem pemarkahan itu, malah mencadangkan adalah lebih baik jika 100 peratus markah diambil kira sebelum pertandingan.

"Bagi saya lebih elok 100 peratus sebelum malam anugerah itu kerana ketika persembahan secara langsung pelbagai kemungkinan boleh berlaku.

"Mungkin penyanyi tidak sihat, pemuzik iringan tidak bermain sebaik pemuzik dalam album dan susunan lagu dalam album disusun dengan teliti. Jika waktu persembahan susunan muziknya boleh diubah-ubah mengikut konsep persembahan, jadi keaslian lagu itu hilang," tuturnya.

Penyanyi yang layak ke peringkat akhir AJL26 menerusi lagu Kekanda Adinda bersama Monoloque, Atilia, juga tiada sebarang masalah dengan sistem pemarkahan.

Meskipun menyedari hanya 20 peratus markah yang diambil kira pada malam anugerah, Atilia berazam untuk memberi persembahan yang terbaik kerana layak ke AJL26 merupakan puncak kepada kerjaya Atilia dan juga Loq.

"Memang markah yang dinilai pada malam anugerah tidak banyak tetapi jumlah penonton yang menonton AJL adalah besar. Tambahan pula, ini puncak kerjaya saya dalam arena arus perdana kerana saya dan Loq bukannya penyanyi arus perdana.

"Tentang 80 peratus markah dinilai menerusi cekera padat sebelum malam anugerah, saya rasa itu memang cukup adil. Sebabnya, lagu itu harus dinilai bulat-bulat seperti mana yang kita selalu dengar di radio dan album. Pada malam anugerah susunan lagu diubah hanya untuk menambahkan kemeriahan," katanya lagi.

Pemenang AJL24, Aizat yang turut bertanding dalam AJL26 menerusi lagu Sungai Lui memberitahu meskipun hanya 20 peratus markah diambil kira pada malam anugerah setiap penyanyi pasti akan memberikan persembahan yang terbaik.

"Tidak kiralah berapa jumlah markah yang dikira pada malam itu, sebagai penyanyi dan pemuzik, AJL adalah pentas penting dan besar bagi kami.

"AJL seperti sambutan perayaan buat penggiat seni di Malaysia, malah menerusi persembahan di AJL banyak membuka ruang rezeki kepada penyanyi kerana ia juga pentas promosi yang terbaik," kata Aizat.

AJL26 yang disiarkan secara langsung di TV3 pada pukul 9 malam itu akan diacarakan oleh Faizal Ismail dan Cheryl Samad turut menampilkan kemunculan istimewa Awie, Jamal Abdillah dan Datuk Sheila Majid yang akan membuat persembahan pembuka tirai manakala Black, Azlan The Typewriter serta Hazama akan muncul dalam segmen interlude.

Full content generated by Get Full RSS.

Maia tolak tudung

Posted:

Maia tolak tudung

Maia tolak tudung


MAIA ESTIANTY


BARU-BARU ini penyanyi Maia Estianty yang juga bekas isteri Ahmad Dhani dikhabarkan bakal mengubah penampilannya dengan mahu bertudung, sekali gus melupakan terus bidang nyanyian.

Bagaimanapun, sewaktu ditanya oleh para wartawan sebaik sahaja berakhir acara MNC TV pada Isnin lalu, penyanyi berkenaan menafikan dia akan berubah dari segi penampilan dan bersara.

"Sama ada saya akan bertudung itu rasanya belum tiba masanya lagi. Bagi saya sebelum ubah penampilan diri, apa yang lebih penting harus mengubah dulu sikap dan hati perlulah ikhlas untuk berubah.

"Bukan tidak pernah terfikir untuk menjalani perubahan, tetapi saya harap masanya akan tiba suatu hari nanti. Lagipun, melihatkan ibu yang sangat rajin sembahyang dan kerap mengikuti kelas agama, kini hidupnya menjadi lebih tenang," jelasnya.

Mengenai hasrat untuk bersara, Maia menganggap dunia nyanyian adalah lebih kepada satu hobi dan dia akan rasa lebih tertekan kalau tidak menyanyi. Buat masa ini dia mahu terus fokus kepada bidang yang diceburinya itu.

Full content generated by Get Full RSS.