Adsense

Khamis, 18 Ogos 2011

borak kosong

borak kosong


Dahsyat..Gara-gara Lupa Ucapkan Selamat Ulang Tahun ,Suami Di Bunuh

Posted: 18 Aug 2011 09:00 PM PDT


ASTRAKHAN - Lyalya Tupikova (45), yang berasal dari desa kecil di dekat Astrakhan, di selatan Russia ini sanggup membunuh Khalpik (50), suaminya, hanya kerana suaminya lupa tidak memberi ucapan selamat ulang tahun, saat pergi bekerja.

Setelah membunuh suaminya, Tupikova menyerahkan diri dan menceritakan kronologi peristiwa tragis tersebut. Tupikova mengatakan kepada polis, suaminya telah melupakan hari ulang tahun dirinya. "Hari ulang tahun saya merupakan peristiwa besar yang harus terus diingat," kata Tupikova kepada penyiasat.

Menurut Tupikova, dirinya sudah demikian sabar menunggu ucapan selamat ulang tahun dari suaminya. "Mungkin setelah pulang kerja, dia mempersiapkan kejutan buat saya," kata Tupikova.

Namun, saat pulang kerja pun, Khalpik tidak membawa hadiah kejutan seikat bunga. Tupikova tidak putus asa, ia lalu membuat masakan khusus, kemudian membuat hiasan meja makan dengan menyalakan lilin, untuk makan malam mereka berdua, dengan harapan suaminya ingat hari ulang tahunnya.

Namun, upaya ini pun gagal untuk mengingatkan Khalpik bahawa hari itu, istrinya sedang berulang tahun. Akhirnya kesabaran Tupikova pun habis, diraihnya sebuah pisau, lalu ditusukan ke dada suaminya.

"Saya sudah berkorban demi suami saya, namun dia sama sekali tidak peduli kepada saya. Saya bosan, lalu saya ambil pisau dan saya tusukan tepat di atas jantung suami saya," kata juru bicara pihak polis Astrakhan, menirukan alasan Tupikova membunuh Khalpik.

Khalpik jatuh dan pengsan. Kerana kehilangan banyak darah, dia meninggal tak lama kemudian setelah pihak polis dan hospital mengevakuasi Khalpik. Tupikova mengaku bersalah dan saat ini sedang menunggu hukuman yang setimpal.[tribunnews.com]

Kesian ..kereta Lexus wanita ini tersekat atas simen basah

Posted: 18 Aug 2011 08:00 PM PDT


HOUSTON, Amerika Syarikat (AS) – Seorang pemandu wanita terpaksa diselamatkan selepas kereta mewah jenis Lexus GS berharga AS$70,000 (RM208,963) yang dipandunya tersekat di atas simen basah, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian itu berlaku pada Rabu lalu apabila wanita berkenaan cuba membuat pusingan U dan memasuki jalan yang sedang dibaiki di sini.

Dalam gambar yang disiarkan di Internet, pemandu wanita itu masih berada di dalam kenderaannya semasa insiden tersebut berlaku.

Seorang pengguna Internet menyatakan, pemandu tersebut mungkin sedang menunggu simen itu kering sebelum dia keluar dari kenderaannya kerana tidak mahu kasutnya rosak.

Namun, seorang saksi memberitahu, polis tiba di tempat kejadian selepas dihubungi pekerja-pekerja membaiki jalan.

Menurutnya, anggota polis mengarahkan wanita itu supaya berada di dalam keretanya kerana faktor keselamatan.

"Kereta itu ditarik keluar oleh sebuah trak tunda sekitar 20 minit selepas kereta tersebut tersekat manakala jalan berkenaan dibaiki semula 15 minit kemudian," kata saksi tersebut. – Agensi

sumber : kosmo online

Tak pasal-pasal Ferrari ni masuk laut

Posted: 18 Aug 2011 07:00 PM PDT


ZAGREB, Croatia – Seorang pemilik kereta mewah Ferrari yang selesai menikmati hidangan di sebuah restoran terkejut apabila melihat sebahagian badan kenderaannya itu berada di dalam laut, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Kejadian itu berlaku disebabkan brek sebuah van Renault berwarna putih tidak berfungsi menyebabkan ia berundur dan melanggar kereta Ferrari 360 Spider itu yang berharga £120,000 (RM591,273).

Sebahagian badan kereta itu terjatuh ke dalam laut selepas dilanggar dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini.

Pemandu Ferrari itu meletakkan keretanya di tepi pelabuhan kerana dia mahu makan di sebuah restoran berdekatan.

Seorang komposer, Tibor Szirovicza, 29, sempat merakamkan gambar kejadian yang memalukan itu yang berlaku di Pulau Pag.

Namun, pemandu Ferrari tersebut memiliki sebuah trak tunda dan mengarahkan salah sebuah trak penunda miliknya untuk menunda kereta miliknya itu. – Agensi

Kesian..remaja terperangkap di tepi tebing tinggi

Posted: 18 Aug 2011 06:00 PM PDT


TELUK DUNRAVEN, Wales – Dua remaja lelaki dan dua gadis terlepas daripada maut selepas mereka berjaya diselamatkan dari tebing setinggi 60.96 meter di sini, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Semua remaja berusia 17 tahun itu pada mulanya pergi ke kawasan pantai di Teluk Dunraven dekat Southerndown untuk bersuka ria sempena cuti sekolah.

Mereka kemudian memanjat tebing batu untuk menyanyi. Malangnya, mereka terperangkap di tepi tebing kerana air laut mula pasang.

Mujurlah ada beberapa orang yang terlihat mereka dari arah pantai yang memberitahu pihak keselamatan menyebabkan sebuah helikopter dihantar untuk melakukan operasi menyelamat.

Keempat-empat remaja itu diangkat dengan menggunakan tali ke tempat yang lebih selamat.

Beberapa pegawai keselamatan yang menaiki bot gagal untuk mendekati lokasi tempat keempat-empat remaja berkenaan terperangkap kerana ombak kuat.

Keempat-empat remaja itu dihantar oleh helikopter berkenaan ke kawasan berhampiran. – Agensi

sumber : kosmo online

Jom lihat cara penjaga gol kencing ketika perlawananan

Posted: 18 Aug 2011 05:00 PM PDT


dalam diam-diam rupanya dia buang hajatnya

Touching ke suprise wedding ni?

Posted: 18 Aug 2011 02:20 PM PDT

Perempuan Ini Bercita-cita Mempunyai Berat Badan 1 Tan

Posted: 18 Aug 2011 10:30 AM PDT


ARIZONA - Bila pada umumnya, seorang wanita bercita-cita memiliki tubuh yang ramping dan ideal, beza halnya dengan seorang wanita dari Arizona, Amerika Syarikat, Susanne Eman (32).Suzanne, yang kini seberat 330 kilogram, berniat menambahkan berat badannya, hingga kelak dirinya menjadi wanita paling gemuk yang pernah ada.


Janda yang telah memiliki dua orang anak lelaki Gabriel (16) dan Brendin (12) ini berniat untuk menambahkan berat badannya hingga 730 kilogram atau setara dengan berat badan pemegang rekod sebelumnya.

"Saya ingin tahu apakah boleh mencapai hingga satu ton. Seorang pemegang rekor sebelumnya mencapai 730 kilogram, jadi setidaknya saya harus seperti itu," ujar Suzanne, seperti dikutip Dailymail, Khamis (18/8/2011).

Targetnya pada akhir tahun ini dirinya sudah mencapai 362 kilogram. Namun, kini dirinya sudah cukup berbangga karena sudah mengambil alih posisi Donna Simpson (43), dari New Jersey, yang memiliki berat 317,5 kilogram.

Demi merealisasikan cita-cita anehnya untuk dapat menjadi wanita dengan berat badan paling berat di dunia, Susanne mengkonsumsi lebih dari 20 ribu kalori setiap hari.

"Aku harus dapat mencapai 730 kilogram pada usia 41 atau 42," imbuhnya.

Meski demikian, Suzanne mengaku tetap menjaga kesihatannya dengan rutin melakukan latihan sederhana setiap harinya dan secara teratur mengecek kesihatannya ke doktor untuk mengecek kadar gula dan mengukur konsentrasi oksigen dalam aliran darahnya.

"Saya tidak akan membiarkan otot-otot saya menjadi lemah untuk menampung tubuh saya hingga saya dapat mencapai angka yang targetkan, sehingga saya rutin melakukan latihan sederhana seperti berlari-lari kecil di halaman rumah, agar tubuh saya tetap kuat," ungkapnya.

Walaupun sang doktor telah memperingatkan bahawa misi anehnya itu dapat mematikannya, Susanne berkeras bahawa dia ingin memecahkan rekod.

Suzanne menjadi terobsesi menjadi wanita paling gemuk di dunia, setelah dia sering kali gagal menurunkan berat badannya.

Sumber ;http://www.okezone.com/

Lawak..reporter tv ini guna kondom untuk cover mikrofon

Posted: 18 Aug 2011 09:45 AM PDT


Seorang reporter TV dari China Central Television bernama Shi Jinbin menggunakan mikrofon yang tertutup kondom saat meliput berita secara live badai tropika yang terjadi di Rongchen, Shandong, China bagian utara.

Adapun hal itu dilakukan Shi Jinbin untuk menghindari agar mikrofonnya tetap kering.

Tadinya pihak tv belum menyedari hal itu hingga mereka memperhatikan ada sesuatu yang lain di mikrofon yang digunakan Shi Jinbin.

Akhirnya mereka memotong atau menghentikan (laporan) Shi Jinbin setelah mengetahui kalau mikrofon itu tertutup kondom.

Pastinya stesen TV menolak memberikan komen mengenai masalah itu.

Gempak..kasut dari bunga segar untuk pengantin

Posted: 18 Aug 2011 08:50 AM PDT


Nikola Mihailovic, 29 tahun menyediakan kasut bunga sungguhan buat para pengantin wanita yang ingin mengenakan kasut khusus di hari istimewa mereka.

"Setiap gadis ingin terlihat seperti seorang puteri di hari pernikahannya dan aku menemukan cara hebat buat mereka untuk merasa demikian," ujar sang ahli bunga.


Adapun menurut lelaki 29 tahun itu idea itu muncul ketika dirinya membuatkan kasut berhiaskan bunga segar untuk seorang teman dan sejak itu orang-orang terus bertanya dan minta (dibuatkan kasut seperti itu).

Nikola yang berasal dari Gornji Milanovac, Serbia akan pergi ke setiap pernikahan dengan peti sjuk kecil bertenaga bateri kecil untuk tetap membuat bunga segar sampai di hari si pengantin berjalan ke altar atau menikah.

"Aku punya pelanggan di seluruh dunia dan aku terpaksa mengirim sepasang saat ke Mesir baru-baru ini dengan sebuah freezer kerana (hawa) panas setempat," tambah Nikola lagi.

Ini Dia Telur Scotch Terbesar Di dunia

Posted: 18 Aug 2011 07:45 AM PDT


Lee Streeton, seorang executive chef yang mengepalai dapur di Brown"s Hotel, London berhasil membuat telur Scotch terbesar sedunia.

Telur Scotch sendiri terdiri dari telur rebus yang dibungkus campuran daging yang kemudian dilapisi atau diselimuti dengan tepung panir atau tepung roti dan terakhir di goreng dalam minyak yang banyak.

Adapun Lee menggunakan satu buah telur burung unta yang beratnya 1,7 kg, 4 kg daging sosis Gloucester Old Spot, 940 gr haggis (makanan khas Scotland), dan 800 gr tepung roti sebagai coating.

Untuk memasak telur terbesar itu, Lee memerlukan waktu lebih dari 8 jam dimana untuk merebus telur burung unta menghabiskan waktu selama 90 minit.

Gila..remaja ini minum minyak kerana nak jadi transformers

Posted: 18 Aug 2011 06:30 AM PDT


Entah apa yang merasuki remaja China berusia 14 tahun ini, nekad meminum minyak selama 5 tahun demi menjadi robot transformers.Remaja laki-laki asal kota Yibin tersebut meminum minyak untuk mendapatkan energi dan menjadi "gagah berani" seperti Optimus Prime, tokoh dalam filem animasi yang ditontonnya, seperti diberitakan oleh harian Shanghai Daily.

Anak laki-laki tersebut mulai meminum minyak sejak tahun 2004 ketika ibu anak tersebut mulai membuka sebuah warung. "Dia mulai minum minyak lima tahun lalu, ketika kami temukan jika dia ternyata menyukai bau bahan bakar ringan," kata ayah bocah tersebut.

"Kami menemukan beberapa kali minyak dalam tangki motor kami sering habis, dan satu hari sesudahnya kami menemukan anak kami yang mabuk dengan setengah sebotol bensin hasil curian dari motor."

Bukan itu saja efeknya,remaja tersebut juga mengalami penurunan tingkat pandai secara progresif gara-gara ingin meniru sang pahlawan idolanya tersebut.

"Sejak anak saya mulai minum bensin, IQ-nya terus menurun tajam dan sekarang ia tidak dapat mengerjakan soal penambahan dan pengurangan sederhana. Sebelum itu, dia adalah seorang anak laki-laki sangat cerdas, dan ia bahkan dapat memperbaiki televisyen. Tetapi sekarang bahkan dia tidak mengetahui jawaban dari 7 tambah 17, " kata orang tuanya.
Orang tua bocah tersebut kemudian membawanya ke hospital setempat di mana ternyata kemudian remaja tersebut didiagnosis mengalami kekacauan mental (mental disorder) yang kuat serta "ketergantungan bensin".

Menurut Dr Peng Houquan, dalam minyak terdapat material timah dan timbal yang dapat merosak otak.

Hahaha..kucing jadi guru

Posted: 18 Aug 2011 05:41 AM PDT


Ashton Kutcher’s Monster Villa

Posted: 18 Aug 2011 04:40 AM PDT

If Will Smith's Trailer shock you. Here's Ashton Kutcher's Monster Villa. This two-story monster truck measures 53ft long, a 30 ton luxury home that has everything you want on it. By the way, this truck cost $8,750 a week. Damn so expensive.






"Pesta Bakar Batu", Pesta Aneh Untuk Mengungkapkan Rasa Syukur

Posted: 18 Aug 2011 03:35 AM PDT


Banyak cara untuk mengungkapkan rasa syukur kepada Sang Pencipta. Tapi pernahkah Anda mendengar, Mengungkapkan rasa syukur dengan membakar batu?.

Lain daerah lain pula budaya dan tradisinya, seperti hanya yang dilakukan suku pedalaman di Papua. Masyarakat yang setiap harinya ini mengenakan koteka untuk kalangan pria dan noken dan tas moge untuk kalangan wanita ini memilih bersyukur dengan menggelar pesta bakar batu. Terdengar aneh juga unik bagi kita yang memang belum mengetahuinya.

Pesta ini berasal dari suku pegunungan. Uniknya, dalam proses memasak, makanan dimasak dengan batu, yang dipanaskan terlebih dulu. Pesta memasak ala tradisional ini dibagi dalam tiga tahap. Yakni persiapan, bakar babi, dan puncaknya saat makan bersama.

Persiapan diawali dengan masing-masing suku menyerahkan babi, sebagai persembahan. Peserta pesta yang lain berkumpul mengelilingi tempat acara, sambil menari-nari.

Secara bergiliran, kepala suku memanah babi. Bila sekali panah babi langsung mati, pertanda acara akan sukses. Bila tak langsung mati, diyakini ada yang tak beres dengan acara tersebut.

Di tempat lain, kaum ibu sibuk menyiapkan tempat pembakaran. Dibuatlah lubang setinggi lutut. Dasar lubang lalu dilapisi rumput-rumputan dan daun pisang. Sementara di tempat terpisah, batu-batu berukuran sedang, dibakar dengan kayu hingga panas.

Dengan menggunakan penyepit kayu khusus, yang disebut apando, batu-batu panas itu disusun di atas daun-daunan. Diatas batu-batu panas inilah irisan-irisan daging babi dimasak, bersamaan dengan sayur-sayuran dan ubi. Diatasnya diletakkan lagi batu-batu panas. teratas, lapisan daun pisang ditaburi tanah, sebagai penahan agar uap panas dari batu tidak menguap. Proses memasak ini berlangsung hingga satu setengah jam.

Gundukan batu mulai dibongkar. Daging babi, ubi dan sayuran yang sudah matang itu siap dihidangkan. Tujuh suku, Kamoro - Amungme - Dani - Ekari, Mee - Damal - Nduga dan Moni, duduk secara berkelompok, mulai dari anak-anak sampai orang tua. Inilah acara makan bersama sebagai puncak acara pesta bakar batu. Semua hidangan disantap habis, tak ada yang tersisa.

Makna lain pesta bakar batu, sebagai ungkapan rasa saling mema`afkan diantara mereka. Pesta bakar batu yang awalnya hanyalah tradisi keluarga itu, kini memang telah merakyat, dikenal seluruh suku di tanah cendrawasih ini.

Terpisah 63 Tahun, Facebook Pertemukan Ibu Dan Anak

Posted: 18 Aug 2011 01:00 AM PDT


Kisah mengharukan kembali terjadi melalui perantara Facebook. Ibu dan anak yang telah terpisah selama 63 tahun akhirnya boleh bersatu kembali.

Helen Torres, di usianya yang ke-17 pada 1948 dalam keadaan mengandung. Di usia yang masih belia tersebut Helen dikirim ke sebuah pusat untuk para wanita yang hamil di luar nikah. Di tempat itu pula Helen melahirkan bayi perempuan yang kemudian diberi nama Christina.

Malang bagi Helen, dia dipaksa menyerahkan Christina kepada pasangan suami isteri yang menjaganya. Selama 12 tahun Helen masih terus berusaha mengawasi pertumbuhan anak perempuannya dari jauh. Namun kemudian, Helen kehilangan jejak Christina.

Meski Helen kemudian menikah dan mempunyai lima anak, bagaimanapun dia tetap teringat akan Christina dan masih berharap suatu saat bisa bertemu dengan puteri pertamanya itu.

Secercah harapan mulai datang setelah Helen menceritakan kepada anak-anaknya yang lain tentang Christina. Salah satu anak termuda, Deneen mendapat idea untuk mencari keberadaan Christina melalui catatan publik menggunakan surat kelahiran.

Dilapor Digital Trends, Selasa (16/8/2011), Deneen pun mengumpulkan semua foto dan informasi tentang Christina untuk membuat sebuah halaman Facebook. 'Searching for my sister, Mary Christine Bustamante (Gray) DOB 3/8/1948', demikian judul page Facebook yang dibuatnya Januari lalu.

Agar lebih memudahkan siapa saja menemukan Christina, Deneen juga menyertakan detail informasi tentang orangtua angkat Christina seperti nama ayah angkat, gereja tempat kedua orangtua adopsinya menikah, bahkan nama teman baik Christina di Pico Rivera, California.

Tak disangka, upaya Deneen berhasil. April 2011, seorang wanita menghubunginya melalui Facebook. Wanita tersebut tak lain adalah Christina yang kini telah berusia 63 tahun. Christina yang kini memiliki nama Chris Gray rupanya tinggal tak begitu jauh dari kediaman Helen yakni berjarak sekitar 112 kilometer.

Christina mengaku terkejut mengetahui dirinya adalah anak angkat. Pasalnya, kedua orangtua angkatnya tidak pernah memberitahukan hal itu. Jun 2011, Christina pun dipertemukan dengan Helen dalam suasana penuh haru. Beruntung, Tuhan masih memberi kesempatan bagi keduanya untuk berjumpa kembali.

Gila..ayah sanggup penggal kepala anaknya dan letak ditepi jalan

Posted: 18 Aug 2011 12:00 AM PDT


INILAH.COM, Louisiana – Seorang ayah tega membunuh kandungnya, yang berusia tujuh tahun yang menghidap celebral palsy, dengan pisau daging.

Jeremiah Lee Wright (30) memenggal kepala Jori Lirette dan meletakkannya di tepi jalan, agar ibunda Jori, Jesslyn, boleh melihatnya. Tanpa sengaja, dilapor Mail Online, seorang penunggang motor melihat kepala itu dan melaporkannya kepada polis.

Detektif kemudian menemukan potongan tubuh Jori di tempat sampah, tak jauh dari kepalanya. Jeremiah khabarnya telah mengaku melakukan tindakan keji tersebut. Jori adalah penderita cacat yang harus menggunakan tube untuk makan dan duduk di kursi roda.

Jeremian dikatakan mengaku membunuh Jori kerana dia telah sampai pada titik lelah merawat putranya itu. Ketua polisi setempat, Scott Silverii mengatakan, Jeremiah sengaja meletakkan kepala itu agar Jesslyn melihat dan merasa bodoh.

Tempat kejadian perkara begitu buruk, hingga polis yang pertama kali datang harus menerima layanan konseling agar tidak trauma. Penyelidik menyatakan, Jeremiah membunuh putranya di dekat wastafel dapur di rumah mereka.

Tangan dan kaki Jori juga dipotong-potong dan dimasukkan ke dalam beg plastik. Pasukan forensik mengambil wastafel, sebagai barang bukti. Jeremiah dikatakan telah mengaku dan mahu diajak bekerja sama selama penyelidikan polisi.

Jeremiah ditahan dengan jaminan US$5 juta dan boleh dihukum mati jika terbukti bersalah melakukan pembunuhan. Saat kejadian, Jesslyn sedang tak di rumah kerana ia membawa keretanya ke bengkel.

Polis masih mencari motif sebenarnya, meski kerabat menyatakan Jeremiah kerap mengeluh mendengar suara-suara di kepalanya. Mereka bahkan meminta Jesslyn meninggalkan lelaki yang telah bersamanya selama 10 tahun itu.

Wow,’Keajaiban’ Buat Makanan Segar Bertahun-tahun

Posted: 17 Aug 2011 11:00 PM PDT


INILAH.COM, London – Peneliti berhasil menemukan 'keajaiban' untuk membuat makanan tetap segar selama bertahun-tahun. Temuan ini menjanjikan penurunan pembuangan makanan tiap tahun.

Pengawet alami ini mampu menghilangkan serangga yang membusukkan daging, ikan, telur dan produk susu dalam hitungan hari. Pengawet ini disebut Bisin yang merupakan bahan kimia yang mampu memperpanjang 'jangka hidup' makanan selama bertahun-tahun.

Temuan ini akan merevolusi cara orang berbelanja dan memangkas jutaan ton limbah makanan yang dibuang tiap tahunnya. Bisin muncul dari beberapa jenis bakteri tak berbahaya. Menariknya, pengawet ini juga mencegah penyebaran bakteri berbahaya seperti E-coli, salmonella dan listeria.

Mikrobiolog Dan O'Sullivan dari Minnesota University menjadi orang yang tak sengaja menemukan bahan ini saat memeriksa budaya bakteri yang ditemukan dalam usus manusia. "Bahan ini tak merusak kualitas nutrisi kerana kita tak menambah bahan kimia melainkan bahan alami," ujarnya seperti dikutipDailymail.

Bahan ini boleh memperpanjang 'janga hidup' beragam makanan sehari-hari yang memiliki tanggal kadaluarsa ketat, termasuk makanan laut, keju, dan makanan tin.

Makanan untuk Somalia Dicuri

Posted: 17 Aug 2011 10:00 PM PDT


INILAH.COM, Mogadishu – Ribuan tumpukan makanan untuk membantu korban kelaparan Somalia dicuri dan dijual lagi di pasar. Terutama pada daerah-daerah yang banyak terdapat anak-anak kelaparan.

Badan World Food Programme (WFP) yang sebahagian dari PBB, mengakui telah menyelidiki pencuri makanan ini selama dua bulan terakhir. Namun kata mereka, seperti dikutip Mirror, menghentikan pasokan pangan akan menyebabkan banyak kematian yang boleh dihindari.

"Skala krisis ini amat tinggi. Kami berusaha menghindari kematian yang tak perlu," demikian WFP. Bantuan itu tak benar-benar aman dari pencuri sebelum didistribusikan ke tangan yang memerlukan di sekitar Ibukota Somalia, Mogadishu.

Para pengungsi di kem Badbado yang dikelola pemerintah menyatakan, mereka disuruh mengembalikan bantuan pangan setelah para wartawan mengambil gambar. Terkadang, setengah dari makanan harus diserahkan kepada pemimpin kem tersebut.

"Anda harus rela menyerahkan, jika masih ingin tinggal di tempat ini," ujar salah satu pengungsi yang bernama Ali Said Nur.

PBB memperkirakan, terdapat lebih dari 3,2 juta warga Somalia yang memerlukan bantuan setelah bencana kekeringan terburuk dan perang sipil yang telah berlangsung selama 20 tahun.

Lebih dari 450 ribu warga hidup di zon kelaparan yang dikuasai militan Al Qaeda. Bantuan sulit diantarkan ke wilayah tersebut. Pejabat di Mogadishu meyakini, lebih dari setengah bantuan dicuri

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

Celebrity News

Celebrity News


19 TANDA LELAKI DICINTAI JIN BETINA

Posted: 18 Aug 2011 12:54 AM PDT

Apabila seseorang manusia lelaki itu dicintai jin betina maka ia ada beberapa tanda:

1. Anda akan mempunyai sikap seperti seorang wanita seperti sangat kuat emosi seperti pemarah, kuat merajuk, sangat pemalu, mudah panik atau gelabah, putus asa dan sebagainya.

2. Anda sangat suka menyendiri, sangat tak selesa berada di khlayak ramai, apalagi kalau menjadi tumpuan ramai dan anda mungkin dapat perhatikan sekurang-kurang jari anda akan menggeletar atau mungkin diri anda sepenuhnya panik dan menggeletar.

3. Anda suka melamun dan berkhayal membayangkan perkara-perkara romantik contohnya berasamara atau 'berkasih-kasihan' dengan wanita (siapa  saja wanitanya samada sesorang yang anda kenal, pernah lihat atau anda cipta sendiri orangnya)

3. Anda suka bersendirian berjalan malam.

4. Anda suka duduk melamun dan melayan perasan dibawah cahaya bulan purnama.

5. Anda sering merasa gembira, sedih, sayu, atau rindu, pada seseorang yang anda sendiri tak tahu pada siapa.

Nota

Semua faktor di atas boleh jadi sederhana atau sangat kuat menguasai diri anda bergantung kepada sejauh mana angin bisa atau malah jin itu sendiri masuk ke dalam jasad anda, terutamanya pada bahagian kepala.


Begitu juga ia bergantung kepada kekuatan dan perangai jin betina itu sendiri, di mana kalau ianya sering datang menziarahi atau mengikut anda ke mana saja anda pergi, maka kesan gangguan itu akan anda rasa pada banyak masa, tak kira siang atau malam.

6. Anda mudah jatuh hati atau jatuh cinta pada mana-mana wanita, samada yang dah lama atau baru anda kenal malah mungkin yang anda nampak di tengah jalan sekali nampak saja anda akan ingat atau terbayang-bayang orangnya dengan perasaan yang penuh rasa rindu dan cinta.

7. Anda mungkin selalu didatangi perempuan  yang anda kenal atau tidak, perempuan yang sama atau berganti-ganti pada masa mula terlelap atau ditengah malam dalam keadaan antara tidur dan jaga.

Kemudian apa saja boleh jadi, mungkin sekadar datang, atau berasmara dengan anda, atau lebih...

8. Anda mungkin sering bermimpi didatangi dan berasmara dengan perempuan.

Dan kalau anda sampai melakukan hubungan jenis dengannya maka ia sangat bahaya, kerana mimpi pada anda, tapi alam nyata baginya ia mungkin ketagih atau menjadi sangat sayang, dan akan terus menjaga anda dengan ketat.

Malah ia akan menjadi lebih berat, bila anda ada anak dengannya di alam jin itu, anda mungkin nampak anak itu dalam mimpi anda, Wallahua'lam.

(Risikonya kalau cuba dipisahkan anda mungkin akan menghampiri, atau jadi gila, atau mungkin melakukan sesuatu yang di luar dugaan dari sebab tekanan angin bisa atau dirasuk oleh perasaan jin itu sendiri.)

9. Pada gangguan yang lebih teruk, jin itu menjelma di hadapan anda seperti manusia, maka anda rasa berhubungan dengannya itu adalah di alam nyata.

Biasanya pada tahap gangguan kuat peringkat ini, sesorang itu sentiasa menyendiri atau mengasingkan diri agar sentiasa dapat bersama dengan 'kekasihnya' itu dan selalu bercakap sendirian sedangkan pada pandangannya ada temannya.

Ia terutamanya kalau jin itu adalah jin hutan dan seseorang itu sentiasa berada pada tempat yang tiada manusia seperti dalam hutan atau rumah-rumah terpencil dan sebagainya.

10. Anda mungkin bangun pagi dan terasa seperti ada orang menemani anda tidur semalamnya dan anda mungkin merasakan orang itu seorang perempuan.

11. Anda mungkin bangun pagi dan merasa ada melakukan hubungan badan semalamnya, walaupun anda mungkin tidur seorang diri.

12. Mungkin pada wajah anda ada cahaya lembut, iaitu suatu aura dari makhluk halus itu dan mungkin menjadi pelembut hati orang yang memandang anda, seperti mereka itu sedang memandang seorang wanita cantik yang penuh kelembutan.

Kecuali kalau jin itu marah, atau tak puas hati dengan anda terutama kalau amalan pendinding anda mula memberi kesan kepadanya, maka cahaya lembut itu akan hilang dan bertukar kepada cahaya wajah 'mendung' atau gelap seperti orang yang sedang marah.

13. Kalau gangguan lebih berat, anda mungkin akan mengalami rasukan oleh 'awek' anda tersebut.

14. Anda mungkin selalu terasa seperti ada orang mengekori anda ke mana-mana.

15. Orang lain mungkin nampak bayangan hitam atau wanita yang selalu menemani anda.

Biasanya ia boleh dilihat dari jarak jauh tapi bila dah dekat, tak ada pula 'orangnya'.

16. Kalau anda terkena jin yang kuat cemburu, nescaya ia akan menghalang anda dari berkahwin, kerana tak mahu berkongsi kekasihnya.

17. Kalau dapat kahwin tapi jin itu belum terlepas gangguannya, mungkin rumahtangga anda selalu jadi 'perang saudara laki bini', anda berlaku curang, tak peduli atau tak suka mendekati isteri, cemburu atau marah tak tentu pasal dan sebagainya.

Soalnya selagi jin itu belum berpuas hati ia akan terus menghasut dan berusaha memporak porandakan rumahtangga anda, kalau boleh biar bercerai agar anda akan menjadi miliknya seekor.

18. Nafsu anda naik tak tentu masa dan tak ada sebarang sebab munasabah dan tak mustahil kalau isteri 'berhalangan', anda guna atau cari jalan lain termasuk cara yang tak senonoh, kecuali kalau anda seorang yang berilmu dan kuat iman.

Malah ia boleh jadi antara faktor penyebab seseorang itu melakukan keganasan seks, termasuk merogol, terutamanya kalau jin betina itu gila seks kerana ia akan dapat ikut serta.

19. Kalau dapat anak, maka tak pula mustahil antara anak-anak itu yang didatangi jin betina pada mana-mana cara seperti bapanya juga terutama bagi anak-anak lelaki.

...dan sebagainya...

Adapun cinta itu boleh jadi cinta sama cinta, cinta sama paksa, atau cinta sama tak tau, iaitu anda tak sedar menjadi pujaan jin betina.

Biasanya lelaki yang dicintai jin betina itu akan mengalami gejala gangguan pada bahagian dada dan kepala.

Wallahua'lam

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Sales : Kiki Lala Warehouse sales 2011

Posted: 18 Aug 2011 12:16 AM PDT

Bagi anda yang mempunyai anak dan ingin meminimakan perbelanjaan anda, inilah masanya kerana Kiki Lala Akan melelong dan menjual pakaian kanak-kanak dengan harga yang murah. Jualan murah ini akan berlangsung di Cheras, Taman Shamelin Perkasa Kuala Lumpur dan maklumat yang boleh anda gunakan :


1. Cari dalam Google Maps
2. Alamat : 10-12, Jln 6/91, Taman Shamelin Perkasa, Cheras
3. Masa Sales : 12 August 2011 – 21 August 2011


Jumpa di sana.... 
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Ralat tapi merestui

Posted: 17 Aug 2011 03:54 PM PDT

Hip

Erra Fazira

Erra Fazira

CERITA juara program realiti Mentor musim ke-4, Salma, mahu menguruskan sendiri kerjaya seninya, seperti yang pernah diluahkan sebelum ini mendapat pelbagai reaksi. Ada yang positif dan tidak kurang juga yang bersifat negatif.
Dari sudut positif, ada yang menganggap ia cara terbaik Salma untuk lebih berdikari dalam bidang ini, tanpa perlu mengharapkan sesiapa termasuk bekas mentornya, Erra Fazira.
Namun yang tidak sedap didengar di sebalik keputusan berkenaan apabila ada yang mendakwa kononnya berlaku perselisihan faham antara Erra dan Salma sehingga penyanyi yang berasal dari Sabah itu bertindak drastik untuk menguruskan kerjaya nyanyiannya sendiri. Apakah benar Erra dan Salma berbalah? Jika benar, apakah punca keretakan itu berlaku? Pertemuan bersama Erra baru-baru ini berjaya meleraikan kekeliruan yang timbul.
Tegas aktres yang juga penyanyi jelita itu, antara dia dan Salma tiada apa yang berlaku. Sebaliknya, keputusan untuk menguruskan sendiri kerjayanya dibuat atas kehendak bakat baru terbabit.

"Sepanjang bergelar mentor kepada Salma, Erra tidak pernah meletakkan syarat yang Salma perlu berada di bawah naungan Erra walaupun selepas keluar daripada program ini. Bagi Erra, tiada sebarang paksaan yang perlu dilakukan dan dia lebih selesa jika Salma mengikut kehendaknya sendiri.

"Mungkin Salma ada penasihat tersendiri, yang mahukan dia menguruskan sendiri kerjaya seninya. Jika betul, Erra harap apa yang dilakukannya itu nanti mampu memberinya lebih ruang untuk menjadi penghibur berjaya," ujar Erra yang ditemui pada majlis Pelancaran Lima Saluran Baru & Pratonton Program Raya Terbitan Astro di Saloma Bistro, Jalan Ampang, baru-baru ini.
Walaupun bibirnya melafazkan perkataan tidak kisah, namun jauh di sudut hati Erra, terselit juga rasa ralat apabila anak didiknya itu nekad membuat keputusan berkenaan tanpa merujuk terlebih dulu kepadanya.

"Erra rasa sayang sangat kerana hala tuju selepas keluar daripada mentor adalah yang lebih penting sebenarnya, buat diri Salma. Erra tak mahulah nanti dia tersilap langkah, sekali gus impiannya untuk menjadi seorang penghibur berjaya ranap begitu saja.

"Walaupun memang tiada sebarang perjanjian hitam putih yang menyatakan Erra harus terus membimbingnya, tapi sedikit sebanyak, Erra ada juga beberapa perancangan yang sudah disediakan untuknya.

"Erra pernah berkata padanya, jika dia perlukan bantuan dari segi imej atau penampilan, bolehlah menghubungi Erra dan team lain. Tapi sehingga kini, dia senyap saja tanpa memberikan sebarang maklum balas," ujar Erra sambil tersenyum.

Biarpun tidak lagi mempunyai sebarang ikatan rasmi, namun Erra tetap bersifat terbuka terhadap penyanyi itu dan bersedia menerima dirinya kembali.

"Jika sekiranya dia tidak bertemu apa yang diinginkan sepanjang menguruskan sendiri kerjaya seninya, dan mahu kembali meminta pertolongan Erra, Erra sedia untuk membantu. Erra tak kisah, asalkan dia berjaya menggapai cita-citanya untuk menjadi seorang penghibur," jelas Erra penuh diplomasi.

Teruja buat persiapan raya Aleesya

SETIAP tahun, ketibaan Aidilfitri lebih seronok dirasakan Erra terutama apabila disambut bersama suami tercinta, Engku Emran, dan anak sulungnya, Engku Aleesya.

Selain keluarga, dua insan ini ialah pelengkap kehidupan Erra, sekali gus menjadikan dirinya sempurna sebagai seorang wanita.

Bersembang mengenai persiapan menyambut 1 Syawal, Erra berkata, sejak berkeluarga, persiapannya bertambah berbanding zaman anak dara.

"Bila sudah berkahwin, persediaan untuk menyambut Hari Raya semakin bertambah.
Dulu untuk diri sendiri dan keluarga, tapi kini untuk rumah sendiri, suami dan juga anak. Paling mengujakan ialah ketika membuat persiapan Aleesya yang semakin bijak bergaya. Kalau bawa dia pergi membeli-belah, dia sudah boleh pilih mana satu pakaian yang dia berkenan.

"Walaupun dia tak tahu lagi makna berhari raya, tapi dia boleh tahu yang dia nak balik kampung dan siapa yang dia akan jumpa di sana," cerita Erra mengenai keletah anaknya yang berusia dua tahun itu.

Ditanya ke manakah pasangan ini bakal menyambut Lebaran tahun ini, Erra berkata, besar kemungkinan dia akan menyambut Aidilfitri di kampung suaminya di Pulau Pinang.

"Itu pun belum pasti lagi sebab tahun lalu perancangannya nak berhari raya di kampung juga, tapi sudahnya beraya di Kuala Lumpur saja. Macam Erra, tak kisah pun nak beraya di mana-mana. Erra ikut saja apa perancangan yang sudah diatur," katanya sambil mengakui jarang mengenakan pakaian sedondon seperti pasangan lain ketika Hari Raya.

Sebagai wajah eksklusif Astro, sempena musim perayaan ini, Erra mendominasi program Hari Raya apabila terbabit dalam pelbagai program yang disediakan oleh stesen televisyen berbayar itu. Antaranya program permainan, Mega Raya 2011, telefilem Mak Ok Jer dan Pontianak Beraya Di Kampung Baru.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Bukan 100 peratus komedi

Posted: 17 Aug 2011 03:52 PM PDT

Hip

Karipap Karipap Cinta bersedia masuk panggung 30 Ogos

FILEM Karipap Karipap Cinta mempertaruhkan sentuhan kreativiti daripada pengarah filem berpengalaman, Othman Hasham yang kali terakhir mengarahkan filem kira-kira 10 tahun lalu menerusi Soalnya Siapa?

Reputasi Hafsham sebagai pengarah filem bercorak drama komedi memang tidak dinafikan. Ini sudah dibuktikan menerusi filem Adik Manja pada tahun 1979, Mekanik (1983), Ujang (1989), Driving School (1990) selain sebuah filem genre drama berat berjudul Rahsia (1987). Filem Karipap Karipap Cinta adalah yang ketiga arahannya pada alaf baru ini selepas Soal Hati pada tahun 2000 dan Soalnya Siapa? (2002).

Oleh kerana kerjayanya sebagai sutradara ini yang tidak konsisten, memungkinkan hasil kerjanya dalam Karipap Karipap Cinta ini ada sedikit kelemahan. Antaranya, mungkin corak pengarahannya tidak senada dengan pendekatan pengarah muda pada hari ini yang lebih agresif.

Karipap Karipap Cinta terbitan Alternate Pictures diadaptasi dari novel karya, Nazri M Annuar ini dengan kos pembikinan sebanyak RM1.7 juta dan ditayangkan pada 30 Ogos nanti.

Filem ini sebenarnya mempunyai jalan cerita yang baik, tersendiri serta mencuit hati. Sebagai pengarah berpengalaman, Hafsham memasukkan babak babak berunsur nasihat tetapi tetap tidak mengetepikan elemen hiburan yang santai dan bersahaja.
Menurut Hafsham, keseluruhan jalan cerita Karipap Karipap Cinta tidak lari daripada struktur cerita asal di dalam novel cuma terdapat beberapa babak yang diubah mengikut kesesuaian di dalam filem.

"Filem ini bukan komedi 100 peratus, ada kelakar dalam seriusnya. Saya harap filem ini dapat sambutan. Dari segi barisan pelakonnya, tak ada seorang pun pelawak, malah untuk jadikan filem, saya mengambil masa hampir seminggu membaca novel ini untuk mendapatkan gambaran sebenarnya," kata pengarah yang suatu ketika amat dikenali kerana mengarahkan filem berunsur komedi yang sinis, Mekanik.

Menurutnya lagi, lakon layar filem terbabit dihasilkan oleh penulis novel itu sendiri agar dapat menterjemahkan setiap baris ayat di dalam novel ke layar perak.

Pemilihan pelakon dibuat berdasarkan karektor di dalam filem itu sendiri dan bergantung kepada jalan cerita kerana Hafsham beranggapan penonton akan bercerita mengenai filem keseluruhan cerita dalam Karipap Karipap Cinta, terbabit bukannya pelakon.

"Baik buruk sesebuah filem adalah dari segi jalan ceritanya. Kalau cerita bagus orang akan terus bercerita. Saya perlu beradu nasib dengan filem Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham di Hari Raya nanti. Kalau sambutan memberangsangkan, saya akan terus berkarya tetapi kalau tidak, saya akan pencen," jelasnya.

Walaupun ceritanya bagus tetapi mungkin pemilihan pelakon utama menyebabkan persembahan Karipap Karipap Cinta kurang menyengat. Ada yang berpendapat gandingan Gambit Saifullah dan pendatang baru, Melia Aimellia untuk memegang watak utama dilihat sebagai kurang tepat. Selain Gambit dan Melia, Karipap Karipap Cinta dibantu pelakon berpengalaman luas, Eman Manan, Afizuddin Fazil, Shawal Ruslan, P Jagen dan Elysya Iksana.

Dari segi lakonan, ternyata Eman Manan lebih menyerlah menerusi aksi komedi selamba walaupun wajahnya dilihat lebih kepada watak serius.

Filem romantik komedi ini mengisahkan Ali lakonan Gambit yang bertugas sebagai jurugambar di sebuah majalah dan tertarik pada Sarah bekas graduan Universiti Al-Azhar.

Disebabkan ingin menambat hati Sarah, Ali mengaku pernah belajar di universiti yang sama tetapi tindakan Ali itu mengundang padah kepada dirinya dan terpaksa berdepan dengan pelbagai rintangan.

Majikan Ali, Datuk Razali Bunari pula terbabit dalam pertelingkahan dengan persaingan politiknya Datuk Zidan, bapa kepada Sarah. Razali berniat jahat untuk menjatuhkan saingannya itu dan ingin mendedahkan dokumen sulit kepunyaan Zidan di dalam majalah politik miliknya.

Kerana tidak mahu hubungannya dengan Sarah menjadi rumit, Ali dan tiga rakannya memecah masuk rumah Razali dan mencuri dokumen terbabit. Keinginan Ali sebenarnya untuk memperoleh resipi kebahagiaan dan ia diolah dalam kuih karipap yang menjadi kegemaran Sarah.

Gambit berasa macam Nicholas Saputra

Tidak pernah bekerja dengan Hafsham sebelum ini dan tertarik dengan plot penceritaan filem terbabit membuatkan Eman bersetuju untuk menerima pelawaan membintangi Karipap Karipap Cinta.

Walaupun pernah bekerjasama dengan ramai pengarah, namun bekerja dengan Hafsham melengkapkan kerjayanya sebagai pelakon.

"Rasanya tidak lengkap jika saya tidak bekerjasama dengannya walaupun sebelum ini sudah banyak dengar tentang pengarahannya.

"Berlakon filem serius atau komedi adalah sama, cuma yang membezakan adalah dari segi karektor dan cara pembawaan watak itu sendiri.

Eman Manan mengakui bekerjasama dengan ramai pelakon baru menguji mutu lakonannya dan dalam masa yang sama dapat memberikan tunjuk ajar kepada pelapis baru.

Sementara itu, Gambit pula berasakan karektor Ali dalam filem ini mirip watak Joni lakonan Nicholas Saputra dalam filem, Janji Joni.

"Saya tak pernah bawa watak macam ini sebelum ini. Sedikit sebanyak watak Ali ini ada juga kaitannya dengan saya. Mulanya memang tak mampu nak lakukan tetapi lama-lama rasa serasi dengan watak itu," katanya.

Menganggap Hafsham sebagai pengarah berdedikasi dan seronok untuk bekerjasama, Gambit merasakan peluang yang diberikan tidak mungkin dilepaskan bagi menaikkan kembali namanya.

Walaupun masih baru dan mentah dalam dunia perfileman, peluang untuk memegang watak utama di dalam filem adalah peluang berharga bagi Melia bagi mencungkil bakat lakonannya.

"Saya banyak belajar daripada pelakon berpengalaman luas seperti Eman Manan dan Gambit. Tak sangka dapat watak utama kerana saya masih baru dalam bidang ini," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Mamat sepah kahwin tahun depan?

Posted: 17 Aug 2011 04:10 PM PDT


ANGGOTA kumpulan Sepah, Mamat yang kini sedang menjalin hubungan intim bersama pelakon baru, Fida tidak menolak jika ditakdirkan ditemukan jodoh dengan pasangannya itu pada tahun depan.

Mamat atau Mohd Noor Murad, 26, berkata, dia bukan sahaja tidak menolak soal jodoh, sebaliknya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan bapa dalam sebuah keluarga.

"Bagi saya jodoh ditentukan Allah. Kalau ditakdirkan tahun depan jodoh dah sampai, saya akan terimanya dengan hati terbuka. Saya sedia menerima ketentuan itu walaupun saya sedar ia satu tanggungjawab yang amat berat.

"Bukannya senang mahu memikul tanggungjawab sebagai suami. Berkahwin bukan untuk hidup berdua sahaja tetapi juga soal keluarga kedua belah pihak dan juga anak-anak.

"Apa pun, saya memang sudah bersedia berkahwin. Selepas berkenalan dengan Fida saya dapati ada keserasian antara kami berdua walaupun karakter kami yang agak berbeza. Saya seorang yang 'gila-gila' dan dia pula sopan santun orangnya.

"Saya rasa perbezaan itulah yang boleh 'menyeimbangkan' perhubungan kami. Malah, sehingga kini pun kami masih mengenali hati budi masing-masing," katanya kepada Hits sewaktu dihubungi kelmarin.

Menurut pelawak berasal dari Kampung Kulai, Johor ini, kesediaannya untuk mendirikan rumahtangga bukanlah perkara baru, sebaliknya sebelum dia berkenalan dengan Fida.

Jelas Mamat, sebelum berkenalan dengan Fida dia pernah berkawan rapat dengan penyanyi dan bassis kumpulan rock, Butterfly iaitu Nor Adha atau lebih dikenali sebagai Ada.

Bagaimanapun katanya, hubungan selama sembilan bulan yang dirancang untuk ke gerbang perkahwinan terputus di tengah jalan kerana tiada persefahaman lagi di antara mereka.

Mula rapat

"Saya harap dengan penjelasan ini terutama mereka yang menabur fitnah kononnya Fida perampas kekasih orang, hentikanlah kerja yang tidak berfaedah itu.

"Saya mula rapat dengan Fida setelah putus dengan Ada. Dalam soal ini tidak timbul merampas saya daripada sesiapa. Sebagai manusia saya ada naluri sendiri tentang siapa pasangan saya," ujarnya.

Tambah Mamat yang baru tiga tahun bergelar artis, dia tertarik dengan sifat lemah lembut Fida dan sikap prihatin terhadap dirinya di saat ramai orang tidak menyedarinya.

Antaranya kata juara pertandingan Maharaja Lawak itu, Fida merupakan orang pertama yang menyedari tandatangannya adalah dalam tulisan Jawi di mana ia tidak disedari oleh sesiapapun termasuklah ahli-ahli keluarganya sendiri.

"Fida adalah orang pertama yang perasan tandatangan saya dalam tulisan Jawi dan dia juga boleh membacanya. Tandangan itu saya cipta sejak saya di tingkatan lima Sekolah Agama Kulai," ceritanya.

Sementara itu, Fida yang ditemui tidak menafikan menyenangi sikap dan ciri-ciri kemelayuan yang dimiliki oleh Mamat sehingga hubungan mereka semakin intim akhir-akhir ini.

Hubungan itu bukan sahaja tidak menjadi rahsia lagi di kalangan para peminat dan media massa, malah kemesraan mereka itu dapat dilihat sewaktu rakaman rancangan Melodi Raya terbitan TV3 baru-baru ini.

Semasa ditemui pada rakaman yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu, Fida atau nama sebenarnya Rafidah Ibrahim tidak menafikan dia kini sedang dalam proses mengenali hati budi pelawak itu.

"Sebenarnya saya baru enam bulan mengenali Mamat. Hubungan kami kini semakin rapat. Kami dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Terus terang saya katakan, saya memang berminat untuk mengenalinya secara lebih dekat lagi," katanya.

Menurut pelakon drama bersiri Kasih Alia yang kini disiarkan setiap Isnin hingga Khamis pukul 7 malam di TV3 ini, dia tidak menyangka perkenalan sebagai kawan biasa akhirnya menjadikan mereka semakin rapat.

Jelas Fida, dia tertarik dengan Mamat kerana jejaka tinggi lampai itu mempunyai banyak ciri-ciri kemelayuan yang menjadi idamannya selama ini.

"Saya dapati Mamat seorang lelaki yang jujur. Sebab itu, pada awal perkenalan kami, saya memberi ruang dan peluang dia mendekati saya. Kami berkenalan terlebih dahulu. Semakin lama saya mengenalinya, saya dapati dia mempunyai banyak ciri kemelayuan.

"Antaranya, saya tertarik dengan tandatangannya yang ditulis dalam tulisan Jawi. Jarang saya tengok lelaki sekarang yang menulis tandatangan dalam tulisan Jawi. Sekarang ini kami terus berhubung melalui telefon dan SMS (khidmat pesanan ringkas)," ujarnya.

Hubungan itu katanya, secara tidak langsung akan menambahkan lagi kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini yang akan disambut bersama keluarganya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Fida yang sebelum ini pernah berlakon dalam drama popular Cinta Tikar Sejadah bersama Farid Kamil berkata, dia sudahpun membuat persiapan raya lebih awal termasuklah membeli pakaian raya.

"Saya sudah beli pakaian raya sejak awal puasa lagi tetapi kalau saya rasa tidak cukup saya akan beli lagi. Ini kerana saya mahu bercuti raya lebih awal. Tahun ini, saya akan bercuti sehingga raya yang kelima," kata Fida yang akan ke lokasi drama Amin Roger-Roger pada raya keenam.

Sewaktu pertemuan itu, Fida dan Mamat tidak menolak ditemu bual dalam rancangan Melodi Raya yang akan disiarkan pada Hari Raya yang keenam dan ke-13 pukul 12.30 tengah hari hingga 1.30 petang di mana ia turut dijayakan hampir 500 artis popular tanah air.

Fasa baru Mizz Nina & Noh

Posted: 17 Aug 2011 04:09 PM PDT


PENYANYI Mizz Nina, 31, yang selama ini sering beraya di Kampung Baru, Kuala Lumpur mengaku tidak sabar untuk merasai suasana raya di luar kota metropolitan.

Dia yang baru pulang dari berbulan madu bersama suami, Noh Salleh, 27, vokalis kumpulan Hujan di beberapa negara Eropah awal bulan ini berkata, kesempatan itu hanya dapat diperolehi apabila beraya di Miri dan Kuching, Sarawak kelak.

"Tidak sabar rasanya nak merasai pengalaman beraya di tempat baru. Selama ini saya beraya di Kampung Baru sahaja.

"Raya pertama di sini. Petang raya kami akan bertolak ke Kuching selama dua hari dan dua hari lagi di Miri," jelasnya yang ditemui pada majlis berbuka puasa bersama 22 orang anak yatim dari Yayasan Murad, Seremban di Restoran Seri Melayu di sini, baru-baru ini.

Mizz Nina yang popular dengan lagu What You Waiting For memberitahu, Ramadan kali ini berbeza baginya dan suami kerana masing-masing buat pertama kali berbuka dan bersahur bersama.

Katanya, sebelum ini dia tidak kisah berbuka di rumah atau di luar. Bagaimanapun rutin itu berubah sejak berumah tangga.

"Saya memang tidak pandai memasak tapi saya cuba. Nak kata sedap macam chef, tidaklah. Setakat ini, dia tak adalah pula sakit perut. Saya sudah berjaya memasak ayam masak kicap dan sambal tumis.

"Lama kelamaan mungkin lebih banyak lagi makanan kegemaran dia yang saya mampu masak. Walaupun dia jenis tidak kisah tentang makanan tetapi sebagai isteri, saya ingin dia merasai masakan saya," kata pemilik nama sebenar, Shazrina Azman terus terang.

Sementara itu, Noh berkata, dia tidak kisah kalau isterinya hendak memasak atau tidak kerana apa sahaja yang dihidang, pasti dimakannya.

"Saya tidak paksa isteri memasak sebab saya tahu dia macam mana tapi dia tetap nak masak. Adalah yang terlebih dan terkurang, tapi saya tetap suka kerana kesungguhannya itu," ceritanya.

Katanya, apabila sudah berumah tangga, rutin kehidupannya pada bulan Ramadan berbeza kerana sewaktu bujang, masanya banyak dihabiskan di studio.

"Saya dan isteri sedang membiasakan diri melalui fasa baru ini seadanya. Biasalah dulu sesuka hati hendak berbuka atau bersahur di mana sahaja, tapi sekarang, mesti bersama.

"Terasa hidup lebih teratur kerana ada orang yang mengambil berat tentang diri kita. Inilah masanya untuk kami mengeratkan lagi hubungan," akuinya.

25,000 saman iPhone

Posted: 17 Aug 2011 04:07 PM PDT

SEOUL, Korea - Seorang peguam menyatakan sekumpulan pengguna yang mengandungi lebih 25,000 warga Korea Selatan kini menyaman firma Apple Inc. kerana melanggar hak persendirian mereka.

Menurutnya, pelanggaran hak persendirian itu berkaitan dengan pengumpulan maklumat lokasi pengguna telefon pintar keluaran Apple, iPhone.

Peguam itu, Kim Hyeong-seok semalam menyatakan, saman tersebut melibatkan 27,612 orang dengan setiap seorang menuntut ganti rugi sebanyak AS$932 (RM2,772).

Hyeong-seok berkata, saman itu ditujukan ke atas Apple Inc dan anak syarikatnya di Korea Selatan.

Dia mengemukakan saman serupa pada awal tahun ini dan diberikan ganti rugi AS$932.

Apple berdepan aduan dan kritikan sejak pendedahan di Amerika Syarikat bahawa iPhone menyimpan senarai lokasi menara telekom berdekatan dan pusat WiFi berhampiran lokasi ia digunakan.

Data tersebut boleh digunakan untuk mencipta peta yang merekodkan pergerakan pemilik iPhone. - AP

PlayStation 3 turun harga

Posted: 17 Aug 2011 04:06 PM PDT


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Syarikat Sony Corp. menurunkan harga konsol permainan video PlayStation 3 keluarannya sebanyak AS$50 (RM148.80) dalam usaha untuk meningkatkan permintaan terhadap mesin permainan itu.

Konsol permainan tersebut kini dijual pada harga AS$249 (RM741), turun 17 peratus berbanding AS$299 (RM890).

Kali terakhir Sony merendahkan harga PlayStation 3 ialah pada 2009 apabila ia melancarkan konsol permainan video itu yang lebih ringan dan nipis.

Pengumuman penurunan harga di seluruh dunia itu dibuat kelmarin kurang sebulan selepas pesaing Sony, Nintendo Co. memotong harga konsol permainan video tangan, Nintendo 3DS.

Pemotongan harga itu diharapkan dapat meningkatkan jualan PlayStation 3 seperti yang berlaku pada 2009.

"Bukan lagi satu rahsia bahawa PlayStation 3 sukar menyaingi konsol permainan video Xbox 360 di rantau Amerika Utara walaupun jualannya lebih baik di Eropah," kata seorang penganalisis, Jesse Divnich. - Agensi

Kereta Skoda lebih laju berbanding Porsche 911

Posted: 17 Aug 2011 04:05 PM PDT


BONNEVILLE, Amerika Syarikat (AS) - Seorang pemandu lagak ngeri, Richard 'Dickie' Meaden menjadi pemandu pertama yang memecah paras kelajuan 321.86 kilometer sejam dengan memandu kereta Skoda, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebelum ini, kereta buatan Republik Czech itu kerap menjadi bahan ketawa kerana ia dianggap tidak setanding dengan jenama-jenama kereta utama di Eropah.

Namun, pihak Skoda mengambil masa selama enam bulan untuk melakukan pengubahsuaian pada kereta Skoda Octavia untuk cabaran tersebut.

Meaden memandu kereta itu dengan kelajuan 325.32 kilometer sejam dalam sesi pemanduan pada Minggu Kelajuan Bonneville di sini, negeri Utah pada Sabtu lepas.

Enjin kereta berkapasiti dua liter itu dilengkapi pengecas turbo gergasi untuk meningkatkan kuasa kenderaan itu daripada 200 kuasa kuda (bhp) kepada lebih 500bhp sekali gus lebih berkuasa daripada kereta sport Porsche 911. - Agensi

Melecur selepas kutip mercun

Posted: 17 Aug 2011 04:04 PM PDT


KUALA TERENGGANU - Hari Raya Aidilfitri tahun ini menjadi pengajaran kepada seorang pelajar tingkatan satu di sini apabila tiga jarinya hampir putus manakala leher dan dadanya melecur selepas mercun bola yang dicucuh meletup di Kampung Seberang Takir dekat sini kelmarin.

Kejadian pada pukul 9 malam itu berlaku ketika Mohd. Syafiq Zuhairi Zainuddin sedang bermain mercun bersama beberapa rakannya sebelum pergi ke surau untuk solat tarawih.

Mohd. Syafiq berkata, kejadian malang itu berpunca daripada kesilapannya sendiri kerana terlalu berani mengutip mercun bola yang telah dicucuh.

"Pada mulanya saya baling mercun bola itu tetapi tidak meletup. Selepas itu saya pergi kutip (mercun) semula, tiba-tiba ia meletup," kata ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini semalam.

Ekoran letupan itu, tiga jari kanan Mohd. Syafiq cedera teruk dan hampir putus manakala leher dan dadanya pula melecur.

Sementara itu, ibu mangsa Norayati Ismail, 34, memberitahu, sebelum kejadian, anak sulung daripada tiga beradik itu meminta kebenarannya untuk menunaikan tarawih di surau yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah mereka.

"Tidak sampai sejam kemudian, seorang kawan Mohd. Syafiq menghubungi saya dan memaklumkan anak saya cedera terkena mercun," katanya.

Wanita yang bekerja sebagai tukang jahit itu berkata, anaknya kini dilaporkan stabil dan akan menjalani pembedahan kecil dalam masa terdekat bagi mengetahui sama ada jari tengah Mohd. Syafiq perlu dipotong ataupun tidak.

Gadis hilang ditahan peras ugut keluarga

Posted: 17 Aug 2011 04:03 PM PDT

PUCHONG – Tembelang Ameerah Asha Azizan, 17, yang dilaporkan hilang sejak enam hari lalu terbongkar selepas dia ditahan polis bersama teman lelakinya kerana disyaki menipu ibu bapanya dengan merancang penculikan diri sendiri dan meminta wang tebusan berjumlah RM50,000.

Sebelum dilaporkan hilang, Ameerah Asha, pelajar tingkatan lima dikatakan tidak pulang ke rumah selepas menghadiri kelas tambahan di Sekolah Menengah Puchong Utama 1 dekat sini pada 12 Ogos lalu.

Bagaimanapun, rancangan penculikan itu terbongkar apabila Ameerah Asha dan teman lelakinya seorang penganggur berusia 19 tahun ditahan ketika pasangan tersebut menaiki sebuah kereta di kawasan Saujana Puchong dekat sini pada pukul 9 pagi semalam.

Pada 27 Julai lalu, modus operandi sama digunakan oleh seorang pelajar wanita sebuah kolej swasta dekat Subang Jaya.

Gadis itu bersubahat dengan kekasihnya seorang lelaki Nigeria sebelum mereka meminta wang tebusan sebanyak RM1.5 juta daripada keluarga si gadis yang berada di Kuching, Sarawak.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, penahanan pasangan remaja itu dibuat susulan daripada panggilan ugutan seorang lelaki tidak dikenali diterima oleh bapa Ameerah Asha yang meminta wang tebusan.

"Panggilan ugutan tersebut merupakan petunjuk penting polis menyelesaikan kes kehilangan Ameerah Asha.

"Gadis itu tidak hilang sebaliknya mengikut teman lelakinya sebelum merancang penculikan untuk mendapatkan wang," kata beliau kepada Kosmo! ketika dihubungi di sini semalam.

Mentega DNA babi masih tidak diasing

Posted: 17 Aug 2011 04:03 PM PDT


KUALA LUMPUR - Walaupun pihak berkuasa meminta agar pengusaha pasar raya dan peruncit mengasingkan segera mentega mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi ke seksyen tidak halal, namun masih ada yang tidak peduli.

Tinjauan Kosmo! di beberapa pasar raya mendapati mentega jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn yang disahkan tidak halal oleh Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) Isnin lalu masih diletakkan bersama produk halal lain di pasar raya.

Sebuah pasar raya di Jalan Cheras di sini didapati seolah-olah tidak peka dengan arahan terbabit kerana mempamerkan produk itu bersama mentega halal lain.

Selain hanya mengasingkan produk itu beberapa sentimeter dari produk halal, tiada sebarang notis tidak halal ditampal pada bahagian mentega DNA babi terbabit.

Bagaimanapun, tinjauan di empat lagi pasar raya terkemuka di Ampang, Taman Midah, Jalan Peel dan Jalan Loke Yew di sini tidak menemui produk mentega babi yang dijual pada harga RM7.99 itu.

Kosmo! semalam melaporkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) meminta semua pengusaha pasar raya dan peruncit mengasingkan segera mentega terbabit ke dalam rak seksyen tidak halal.

Benji: Syabu: Pelakon didenda RM5,000

Posted: 17 Aug 2011 04:02 PM PDT


KUALA LUMPUR – Pelakon Benjy, anak dramatis Azean Irdawaty boleh menarik nafas lega apabila hanya didenda RM5,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas disabitkan bersalah atas satu tuduhan memiliki syabu seberat 0.24 gram di kediamannya pada Mac tahun lalu.

Majistret Hafizza Sauni memutuskan demikian terhadap Benjy, 33, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Artis lelaki tersebut disabit bersalah atas tuduhan memiliki 0.24 gram dadah jenis syabu di rumah bernombor A-6-5 Menara Duta 2, Jalan 1/38B Off Jalan Segambut di sini pada pukul 4 petang, 11 Mac tahun lalu.

Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim yang ditemani adik perempuannya, Elza Irdalynna membayar denda tersebut.

Pelakon yang semakin berisi itu sempat berkata sesuatu kepada wartawan selepas membayar denda: "Saya lega, telah bebas dan semua berakhir, terima kasih kepada rakan-rakan atas sokongan, saya kembali."

Pada 8 Julai lalu, Benjy dilepas dan dibebas daripada satu tuduhan memiliki 0.14 gram dadah syabu di No. C-13-6, Vista Mutiara, Jalan Vista Mutiara, Persimpangan Jalan Ambong Kiri, Kepong Baru di sini pukul 3 petang hari yang sama.

Rozita Che Wan Akui Jumpa Shahir Beri Nasihat

Posted: 17 Aug 2011 07:24 AM PDT


KUALA LUMPUR: Pelakon Rozita Che Wan mengakui ada bertemu dengan penyanyi Ahmad Shahir Zawawi (Shahir AF8) beberapa kali susulan pengakuan mengejut penyanyi itu untuk berehat dan mengundurkan diri daripada bidang seni baru-baru ini.

Rozita berkata, sebagai teman apa yang dapat dilakukannya adalah dengan berbincang dan memberikan nasihat sekadar termampu. Bagaimanapun, dia menghormati keputusan juara Akademi Fantasia musim kelapan itu untuk bersara.

"Saya ada menemuinya dan berbincang tentang keputusannya itu. Siapalah saya untuk memberikan nasihat secara berlebih-lebih pula.

"Sebagai kawan, saya hanya boleh memberikan pandangan dan nasihat apa yang termampu saja," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran program Raya Astro di Saloma Bistro, baru-baru ini.

Ditanya adakah Shahir berkongsi dengannya akan sebab dan alasan sebenar di sebalik keputusan drastik itu, Rozita berkata, apa juga keputusan yang dilakukan oleh penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu adalah hak peribadinya yang tidak wajar dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

"Mungkin dia masih muda dan baru dan tidak kuat untuk menghadapi liku-liku dunia seni ini. Apa pun, sebagai orang luar kita harus menghormati keputusan tersebut.

"Dia hendak berehat ke, bercuti panjang ke atau bersara sekali pun, itu adalah haknya dan siapa kita untuk mempertikaikan?," katanya.

Dalam perkembangan lain, Rozita yang baru pulang ke tanah air pada dua hari lalu selepas 12 hari mengerjakan umrah di Mekah kini kembali sibuk di lokasi penggambaran drama Biarlah Rahsia.

"Ibadat umrah kali ini sangat istimewa kerana saya mengerjakannya bersama ibu, kakak dan abang ipar. Suasananya lebih meraih kerana saya dapat pergi bersama ahli keluarga yang lebih ramai berbanding sebelum ini.

"Kini saya kembali ke lokasi penggambaran drama Biarlah Rahsia sehingga 26 Ogos sebelum bercuti selama seminggu untuk sambutan Hari Raya nanti," katanya yang tampil menawan dengan imej bertudung.

Sekadar diusik apakah dia akan memakai tudung selepas ini, Rozita berkata, hatinya memang teringin untuk bertudung sepenuhnya tetapi bukan dalam masa terdekat memandangkan imej sebegitu akan membataskan watak yang dilakonkannya buat masa ini.

"Memang saya teringin untuk bertudung. Cuma memandangkan saya sudah terikat dengan beberapa komitmen lakonan, imej bertudung ini akan membataskan karakter dan watak yang saya lakonkan pula.

"Insya-Allah saya akan bertudung selepas berkahwin nanti. Masalahnya, masih tiada calon suami," katanya yang sudah sembilan tahun menggalas status ibu tunggal.

'Tak Lengkap Kalau Tidak Ke Mekah' - Siti Nurhaliza

Posted: 17 Aug 2011 07:23 AM PDT


KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengakui kehidupannya tidak akan lengkap jika dia tidak menunaikan umrah setiap kali menjelangnya bulan Ramadan.

Siti berkata, dia mula merindui Mekah selepas kali pertama menjejakkan kaki pada tahun 1997 kerana merasakan banyak ketenangan dapat diperoleh apabila melakukan umrah.

"Saya rasa bulan Ramadan saya seperti tidak lengkap jika tidak ke sana (Mekah) Saya merasai suasana yang berbeza setiap kali berada di sana pada bulan yang berbeza. Tetapi pahala lebih berganda jika kita mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan berbanding bulan biasa," kata Siti yang juga telah mengerjakan haji pada awal tahun 2008.

Siti ditemui ketika majlis doa selamat dan berbuka puasa anjuran SimplySiti di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, Selasa.

Penyanyi yang popular dengan lagu Tahajjud Cinta dan Destinasi Cinta itu akan mengerjakan umrah bersama-sama suaminya, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa pada 19 Ogos sehingga 28 Ogos ini.
Siti menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak yatim dari Rumah Anak Yatim Gombak.

Biarpun sibuk dengan pelbagai aktiviti sepanjang Ramadan ini di samping mempromosikan SimplySiti, dia tetap berkesempatan untuk melakukan umrah.

Setiap kali ke sana, Siti sering mendoakan keberkatan dalam kehidupannya serta perkahwinan yang berkekalan sehingga akhir hayat.

"Saya rasakan perkahwinan yang dibina sejak lima tahun lalu seperti cepat sahaja berlalu. Saya sentiasa bersyukur dengan apa yang dilalui dan berusaha memperbaiki diri untuk menjadi menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik.

"Majlis pada hari ini (Selasa) mengimbau semula kenangan saya ketika dinikahkan dengan suami di masjid ini. Biasanya saya mengadakan majlis berbuka puasa di hotel tetapi kali ini saya rasa lebih sempurna diadakan di masjid.

"Saya juga mengambil berkat sempena bulan Ramadan ini untuk berkongsi rezeki SimplySiti dengan anak-anak yatim dan orang lain dengan harapan semoga perniagaan ini terus berjaya dan diberkati Allah," ujarnya.

Siti juga berkata dia berharap semua pengguna SimplySiti tidak ragu-ragu dan keliru tentang pengesahan halal yang dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Saya merasakan dakwaan tentang produk keluaran SimplySiti tidak halal itu sebagai dugaan Ramadan dan pasti ada hikmahnya. Perkara tersebut telah pun berlaku dan memberikan kesan kepada penjualan produk tersebut.

"Tetapi setelah kami memberikan jawapan bahawa produk itu halal, ramai juga yang memberikan respons positif dan mengucapkan syukur," ujarnya selaku Presiden SimplySiti.

Selain suaminya majlis tersebut turut dihadiri Ustaz Zamri selaku pengerusi majlis, penyanyi kumpulan Nowseeheart dan Yasin Sulaiman yang membuat persembahan nyanyian.

'Ratapan Syawal' Kisah Kesedihan Fazli Zainal

Posted: 17 Aug 2011 07:22 AM PDT


PETALING JAYA: Penyanyi Fazli Zainal mengakui menitiskan air mata apabila pertama kali menonton klip video lagu Ratapan Syawal nyanyiannya yang baru sahaja disiapkan pada awal Ramadan lalu.

Jelas Fazli, klip video tersebut sedikit sebanyak ada menyentuh kehidupannya sebagai anak yatim piatu yang menyambut Hari Raya tanpa kedua-dua ibu bapa.

"Hati saya tersentuh dan menangis ketika pertama kali melihat klip vidoe ini. Ia menceritakan kisah seorang anak yatim piatu yang terkenang kehidupannya ketika ibunya masih ada.

"Sebagai seorang yang beraya bersendirian sudah tentu lagu ini meninggalkan kesan pada saya lebih-lebih lagi apabila ia dijadikan klip video," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.
Fadilah Mansor dan Faiz Fadzil

Tambah Fazli, lagu ciptaan Hazami itu pada mulanya diminta untuk dijadikan lagu tema sebuah drama, namun pengarah Shuhaimi Lua meminta untuk dijadikan sebuah klip video.

"Mengikut perancangan awal Shuhaimi ini menjadikan lagu tersebut sebagai lagu tema untuk sebuah drama, namun apabila melihat liriknya yang mempunyai jalan cerita menarik, dia meminta agar ia dijadikan sebuah klip video untuk Aidilfitri.

"Kami memulakan proses pembikinan seminggu sebelum menyambut puasa dan melakukan penggambaran tersebut di Janda Baik, Pahang," katanya.

Video klip tersebut turut dilakonkan oleh Fadilah Mansor dan bintang baru Faiz Fadzil.

Tambah Fazli, ia sudah pun siap sepenuhnya dan bersedia untuk disiarkan di televisyen bermula minggu hadapan.

Ia juga boleh ditonton menerusi Youtube menerusi: http://www.youtube.com/watch?v=hwxeoE3ikA4&feature=share

Dayang Tak Harap Jualan Album Tinggi

Posted: 17 Aug 2011 07:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penyanyi bersuara gemersik, Dayang Nurfaizah mengakui tidak meletakkan harapan tinggi terhadap penjualan album barunya Dayang & Cinta yang dipasarkan dua bulan lalu.

Jelas Dayang, dia sedar dengan penjualan albumnya agak lembab, namun apa yang penting ialah produknya kini sudah berada di pasaran.

"Album saya baru dua bulan lebih berada di pasaran dan belum lagi tahu berapa penjualannya, namun saya sedar trend sekarang memang penjualan album fizikal lembab kerana banyak medium lain untuk mendapatkan lagu.

"Secara jujur saya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk penjualan album tersebut, cukuplah jika ia terjual lebih 10 ribu unit.

"Bagi saya, apa yang penting ialah album saya keluar dan berada di pasaran," katanya ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa Dayang Nurfaizah Bersama 106 kanak-kanak Istimewa, di One Bangsar, di sini, Selasa.

Tambahnya, sebagai artis dia hanya mampu berusaha untuk memberikan yang terbaik dan terpulang kepada peminat untuk menilai dan mendapatkan hasilnya.

"Pada masa sekarang saya sendiri keliru apa formula yang paling sesuai yang peminat mahu. Ada yang lebih suka mendapatkan lagu tersebut melalui muat turun, ada juga yang mahu album fizikal.

"Pada saya sebagai artis saya hanya berusaha untuk memberi yang terbaik dan sedar bahawa kita tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak," katanya.

Biarpun kurang menonjol berbanding artis-artis lain pada tahun ini, Dayang mengakui rezeki terhadap jemputan persembahan masih seperti dahulu.

"Alhamdulillah biarpun bukan kepada album tapi rezeki jemputan untuk persembahan pentas masih banyak.

"Walaupun tidak terlalu mewah ia boleh dikatakan berbaloi dan cukup untuk menampung kehidupan saya," katanya.