Berita Harian: Hip |
Posted: 17 Aug 2011 03:54 PM PDT Hip Erra Fazira Dari sudut positif, ada yang menganggap ia cara terbaik Salma untuk lebih berdikari dalam bidang ini, tanpa perlu mengharapkan sesiapa termasuk bekas mentornya, Erra Fazira. Namun yang tidak sedap didengar di sebalik keputusan berkenaan apabila ada yang mendakwa kononnya berlaku perselisihan faham antara Erra dan Salma sehingga penyanyi yang berasal dari Sabah itu bertindak drastik untuk menguruskan kerjaya nyanyiannya sendiri. Apakah benar Erra dan Salma berbalah? Jika benar, apakah punca keretakan itu berlaku? Pertemuan bersama Erra baru-baru ini berjaya meleraikan kekeliruan yang timbul. Tegas aktres yang juga penyanyi jelita itu, antara dia dan Salma tiada apa yang berlaku. Sebaliknya, keputusan untuk menguruskan sendiri kerjayanya dibuat atas kehendak bakat baru terbabit. "Sepanjang bergelar mentor kepada Salma, Erra tidak pernah meletakkan syarat yang Salma perlu berada di bawah naungan Erra walaupun selepas keluar daripada program ini. Bagi Erra, tiada sebarang paksaan yang perlu dilakukan dan dia lebih selesa jika Salma mengikut kehendaknya sendiri. "Mungkin Salma ada penasihat tersendiri, yang mahukan dia menguruskan sendiri kerjaya seninya. Jika betul, Erra harap apa yang dilakukannya itu nanti mampu memberinya lebih ruang untuk menjadi penghibur berjaya," ujar Erra yang ditemui pada majlis Pelancaran Lima Saluran Baru & Pratonton Program Raya Terbitan Astro di Saloma Bistro, Jalan Ampang, baru-baru ini.
"Erra rasa sayang sangat kerana hala tuju selepas keluar daripada mentor adalah yang lebih penting sebenarnya, buat diri Salma. Erra tak mahulah nanti dia tersilap langkah, sekali gus impiannya untuk menjadi seorang penghibur berjaya ranap begitu saja. "Walaupun memang tiada sebarang perjanjian hitam putih yang menyatakan Erra harus terus membimbingnya, tapi sedikit sebanyak, Erra ada juga beberapa perancangan yang sudah disediakan untuknya. "Erra pernah berkata padanya, jika dia perlukan bantuan dari segi imej atau penampilan, bolehlah menghubungi Erra dan team lain. Tapi sehingga kini, dia senyap saja tanpa memberikan sebarang maklum balas," ujar Erra sambil tersenyum. Biarpun tidak lagi mempunyai sebarang ikatan rasmi, namun Erra tetap bersifat terbuka terhadap penyanyi itu dan bersedia menerima dirinya kembali. "Jika sekiranya dia tidak bertemu apa yang diinginkan sepanjang menguruskan sendiri kerjaya seninya, dan mahu kembali meminta pertolongan Erra, Erra sedia untuk membantu. Erra tak kisah, asalkan dia berjaya menggapai cita-citanya untuk menjadi seorang penghibur," jelas Erra penuh diplomasi. Teruja buat persiapan raya Aleesya SETIAP tahun, ketibaan Aidilfitri lebih seronok dirasakan Erra terutama apabila disambut bersama suami tercinta, Engku Emran, dan anak sulungnya, Engku Aleesya. Selain keluarga, dua insan ini ialah pelengkap kehidupan Erra, sekali gus menjadikan dirinya sempurna sebagai seorang wanita. Bersembang mengenai persiapan menyambut 1 Syawal, Erra berkata, sejak berkeluarga, persiapannya bertambah berbanding zaman anak dara. "Bila sudah berkahwin, persediaan untuk menyambut Hari Raya semakin bertambah.
"Walaupun dia tak tahu lagi makna berhari raya, tapi dia boleh tahu yang dia nak balik kampung dan siapa yang dia akan jumpa di sana," cerita Erra mengenai keletah anaknya yang berusia dua tahun itu. Ditanya ke manakah pasangan ini bakal menyambut Lebaran tahun ini, Erra berkata, besar kemungkinan dia akan menyambut Aidilfitri di kampung suaminya di Pulau Pinang. "Itu pun belum pasti lagi sebab tahun lalu perancangannya nak berhari raya di kampung juga, tapi sudahnya beraya di Kuala Lumpur saja. Macam Erra, tak kisah pun nak beraya di mana-mana. Erra ikut saja apa perancangan yang sudah diatur," katanya sambil mengakui jarang mengenakan pakaian sedondon seperti pasangan lain ketika Hari Raya. Sebagai wajah eksklusif Astro, sempena musim perayaan ini, Erra mendominasi program Hari Raya apabila terbabit dalam pelbagai program yang disediakan oleh stesen televisyen berbayar itu. Antaranya program permainan, Mega Raya 2011, telefilem Mak Ok Jer dan Pontianak Beraya Di Kampung Baru. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Posted: 17 Aug 2011 03:52 PM PDT Hip Karipap Karipap Cinta bersedia masuk panggung 30 OgosFILEM Karipap Karipap Cinta mempertaruhkan sentuhan kreativiti daripada pengarah filem berpengalaman, Othman Hasham yang kali terakhir mengarahkan filem kira-kira 10 tahun lalu menerusi Soalnya Siapa? Reputasi Hafsham sebagai pengarah filem bercorak drama komedi memang tidak dinafikan. Ini sudah dibuktikan menerusi filem Adik Manja pada tahun 1979, Mekanik (1983), Ujang (1989), Driving School (1990) selain sebuah filem genre drama berat berjudul Rahsia (1987). Filem Karipap Karipap Cinta adalah yang ketiga arahannya pada alaf baru ini selepas Soal Hati pada tahun 2000 dan Soalnya Siapa? (2002).Oleh kerana kerjayanya sebagai sutradara ini yang tidak konsisten, memungkinkan hasil kerjanya dalam Karipap Karipap Cinta ini ada sedikit kelemahan. Antaranya, mungkin corak pengarahannya tidak senada dengan pendekatan pengarah muda pada hari ini yang lebih agresif. Karipap Karipap Cinta terbitan Alternate Pictures diadaptasi dari novel karya, Nazri M Annuar ini dengan kos pembikinan sebanyak RM1.7 juta dan ditayangkan pada 30 Ogos nanti. Filem ini sebenarnya mempunyai jalan cerita yang baik, tersendiri serta mencuit hati. Sebagai pengarah berpengalaman, Hafsham memasukkan babak babak berunsur nasihat tetapi tetap tidak mengetepikan elemen hiburan yang santai dan bersahaja.
"Filem ini bukan komedi 100 peratus, ada kelakar dalam seriusnya. Saya harap filem ini dapat sambutan. Dari segi barisan pelakonnya, tak ada seorang pun pelawak, malah untuk jadikan filem, saya mengambil masa hampir seminggu membaca novel ini untuk mendapatkan gambaran sebenarnya," kata pengarah yang suatu ketika amat dikenali kerana mengarahkan filem berunsur komedi yang sinis, Mekanik. Menurutnya lagi, lakon layar filem terbabit dihasilkan oleh penulis novel itu sendiri agar dapat menterjemahkan setiap baris ayat di dalam novel ke layar perak. Pemilihan pelakon dibuat berdasarkan karektor di dalam filem itu sendiri dan bergantung kepada jalan cerita kerana Hafsham beranggapan penonton akan bercerita mengenai filem keseluruhan cerita dalam Karipap Karipap Cinta, terbabit bukannya pelakon. "Baik buruk sesebuah filem adalah dari segi jalan ceritanya. Kalau cerita bagus orang akan terus bercerita. Saya perlu beradu nasib dengan filem Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham di Hari Raya nanti. Kalau sambutan memberangsangkan, saya akan terus berkarya tetapi kalau tidak, saya akan pencen," jelasnya. Walaupun ceritanya bagus tetapi mungkin pemilihan pelakon utama menyebabkan persembahan Karipap Karipap Cinta kurang menyengat. Ada yang berpendapat gandingan Gambit Saifullah dan pendatang baru, Melia Aimellia untuk memegang watak utama dilihat sebagai kurang tepat. Selain Gambit dan Melia, Karipap Karipap Cinta dibantu pelakon berpengalaman luas, Eman Manan, Afizuddin Fazil, Shawal Ruslan, P Jagen dan Elysya Iksana. Dari segi lakonan, ternyata Eman Manan lebih menyerlah menerusi aksi komedi selamba walaupun wajahnya dilihat lebih kepada watak serius. Filem romantik komedi ini mengisahkan Ali lakonan Gambit yang bertugas sebagai jurugambar di sebuah majalah dan tertarik pada Sarah bekas graduan Universiti Al-Azhar. Disebabkan ingin menambat hati Sarah, Ali mengaku pernah belajar di universiti yang sama tetapi tindakan Ali itu mengundang padah kepada dirinya dan terpaksa berdepan dengan pelbagai rintangan. Majikan Ali, Datuk Razali Bunari pula terbabit dalam pertelingkahan dengan persaingan politiknya Datuk Zidan, bapa kepada Sarah. Razali berniat jahat untuk menjatuhkan saingannya itu dan ingin mendedahkan dokumen sulit kepunyaan Zidan di dalam majalah politik miliknya. Kerana tidak mahu hubungannya dengan Sarah menjadi rumit, Ali dan tiga rakannya memecah masuk rumah Razali dan mencuri dokumen terbabit. Keinginan Ali sebenarnya untuk memperoleh resipi kebahagiaan dan ia diolah dalam kuih karipap yang menjadi kegemaran Sarah. Gambit berasa macam Nicholas Saputra Tidak pernah bekerja dengan Hafsham sebelum ini dan tertarik dengan plot penceritaan filem terbabit membuatkan Eman bersetuju untuk menerima pelawaan membintangi Karipap Karipap Cinta. Walaupun pernah bekerjasama dengan ramai pengarah, namun bekerja dengan Hafsham melengkapkan kerjayanya sebagai pelakon. "Rasanya tidak lengkap jika saya tidak bekerjasama dengannya walaupun sebelum ini sudah banyak dengar tentang pengarahannya. "Berlakon filem serius atau komedi adalah sama, cuma yang membezakan adalah dari segi karektor dan cara pembawaan watak itu sendiri. Eman Manan mengakui bekerjasama dengan ramai pelakon baru menguji mutu lakonannya dan dalam masa yang sama dapat memberikan tunjuk ajar kepada pelapis baru. Sementara itu, Gambit pula berasakan karektor Ali dalam filem ini mirip watak Joni lakonan Nicholas Saputra dalam filem, Janji Joni. "Saya tak pernah bawa watak macam ini sebelum ini. Sedikit sebanyak watak Ali ini ada juga kaitannya dengan saya. Mulanya memang tak mampu nak lakukan tetapi lama-lama rasa serasi dengan watak itu," katanya. Menganggap Hafsham sebagai pengarah berdedikasi dan seronok untuk bekerjasama, Gambit merasakan peluang yang diberikan tidak mungkin dilepaskan bagi menaikkan kembali namanya. Walaupun masih baru dan mentah dalam dunia perfileman, peluang untuk memegang watak utama di dalam filem adalah peluang berharga bagi Melia bagi mencungkil bakat lakonannya. "Saya banyak belajar daripada pelakon berpengalaman luas seperti Eman Manan dan Gambit. Tak sangka dapat watak utama kerana saya masih baru dalam bidang ini," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |