Adsense

Isnin, 18 Julai 2011

Celebrity News

Celebrity News


Berita : Pasangan Di Tangkap Khalwat Beri Alasan Buat Assignment !!

Posted: 18 Jul 2011 03:55 AM PDT


Hari demi hari semakin ramai manusia diluar sana belum mengenal erti bertaubat daripada melakukan perkara yang ditegah oleh Agama. Setiap hari pasti anda akan terbaca cerita mengenai pembuangan bayi, pembunuhan, rompakan dan sebagainya. Dan hari ini kisah mengenai pasangan IPT yang ditangkap khalwat dan memberi alasan ingin menyiapkan tugasan di Kolej. ( Tak Munasabah Langsung).

Serbuan Jabatan Agama Islam dan pihak berkuasa pada pukul 1.30 pagi akhirnya menemui pasangan ini yang telah menginap dua malam di Hotel Bajet tersebut.

Nasib baiklah pasangan ini ditangkap khalwat di Malaysia, apa komen anda mengenai isu ini ?


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Berita : Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo Lo Telah Meninggal Dunia

Posted: 17 Jul 2011 08:58 PM PDT


Seperti yang ZoOm "Post" sebelum ini yang menyatakan Ahli Parlimen ini berada dalam keadaan tenat, kini beliau telah kembali kepadanya, dan berikut keratan daripada Bernama mengenai berita beliau telah meninggal.


KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Titiwangsa Dr Lo'Lo Mohd Ghazali dari PAS yang menerima rawatan komplikasi penyakit kanser meninggal dunia pada pukul 10.13 malam Ahad di Hospital Selayang. 
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama.
Maklumat itu turut disiarkan melalui laman Twitter Dr Lo'Lo kira-kira 10.30 malam Ahad yang turut memaklumkan bahawa jenazah sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat. - BERNAMA


Marilah kita sama-sama sedekahkan surah Al-Fatihah untuk  Arwah.
ZoOM : Al-Fatihah


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Posted: 17 Jul 2011 08:49 PM PDT


Tahniah kepada pasangan Sarah kerana menjadi Juara program realiti Tari Menari musim ke 2, pertandingan akhir yang berlangsung di studio 1, Astro semalam menjadi saksi mereka layak digelar juara.

Pasangan daripada Sabah yakni Sarah Diana Michele ,32 dan adiknya Shazrul Hudson Durai, 18, mendapat undian tertinggi iaitu 56 peratus sekaligus merangkul gelaran musim ini.

Selaku juara, pasangan ini membawa pulang hadiah lumayan berjumlah RM150 Ribu, Pakej percutian 4 Hari 3 Malam di HardRock Cafe Bali termasuk penerbangan percuma.

Manakala tempat kedua di menangi oleh pasangan Nita yang membawa pulang, juga menerima Pakej percutian 4 Hari 3 Malam di HardRock Cafe serta penerbangan percuma.  

Tempat ke 3 - Pasangan Mizi ( Hadiah :  Pakej percutian 4 Hari 3 Malam di HardRock Cafe serta penerbangan percuma.)


Tempat ke 4- Pasangan Faiz ( Pakej percutian 4 Hari 3 Malam di HardRock Cafe serta penerbangan percuma.)

Apa Komen anda mengenai Program Realiti ini ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Farah dan Johan, cinta pandang pertama

Posted:

Farah dan Johan, cinta pandang pertama

Farah dan Johan, cinta pandang pertama

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar SAIFUL BAHARI ASHARI dan SYEFRY MONIZ


Johan dan Farah sebaik selesai acara akad nikah yang dilakukan di atas cruise Tasik Putrajaya.


SEWAKTU pertama kali terpandang Johan Johari, 26, enam tahun lalu di lobi Hotel Equatorial, Pulau Pinang, perasaan Farah Diana Anuar, 26, atau Farah AF2, sudah terasa sesuatu.

Katanya, perasaan ingin mengenali seseorang terutama lelaki yang tidak dikenali tidak pernah timbul dalam benak fikirannya, sebelum itu.

Bagaimanapun, seorang jejaka yang berani berbicara dengan abahnya, Anuar Ali, 57, membuatkan Farah ingin tahu siapakah gerangannya.

Namun, kerana malu dia tidak berani untuk meminta nombor telefon.

Bagaimanapun, kata Farah, dia bernasib baik kerana berjaya 'mencuri' nombor telefon jejaka itu (Johan) daripada telefon bimbit abahnya.

"Kira-kira sebulan jugalah Farah main SMS (khidmat pesanan ringkas) dengan dia. Dia memang tidak tahu yang hantar sms adalah Farah, tapi dia tetap layan.

"Entahlah, Farah memang tidak pernah buat kerja begitu, tapi sejak terpandang dia, asyik teringat saja. Itu yang buat kerja gila. Nasib baik dia pun melayan," cerita Farah tentang sejarah pengenalan mereka.

Cerita Farah lagi, walaupun mereka sering bertelefon, namun untuk keluar berdua seperti pasangan lain jarang sekali kerana masing-masing sibuk dengan tugasan.

Katanya, pada awal hubungan, adalah sekali dua Johan datang ke Putrajaya untuk bertemunya dan selepas itu mereka hanya berhubungan menerusi telefon.

"Farah suka dia, sebab Farah tengok dia tidak berkira dalam segala hal. Dia sanggup datang ke sini untuk berjumpa Farah dan yang paling Farah suka dia amat ambil berat soal keluarga.

"Selepas lima bulan berkawan, kami yakin untuk menjadi pasangan kekasih dan akhirnya kami mengikat tali pertunangan pada 25 Disember 2010, sebelum mengambil keputusan bernikah pada hari ini (15 Julai 2011)," bongkar Farah kisah perjalanan cintanya.

Selepas mendirikan rumah tangga, Farah yang terikat dengan tugasan sebagai pengacara program dan undangan persembahan pentas berkata, dia akan menetap di Pulau Pinang bersama suami.

Menurut Farah, jika ada tugasan barulah dia akan kembali ke ibu kota dan selebihnya akan berada di sisi suami yang menjalankan perniagaan hartanah.

"Alhamdulillah, setakat ini, suami masih memberi izin untuk Farah meneruskan kerjaya seperti dulu, tapi apa pun Farah tahu batasannya.

"Kalau ada show barulah Farah turun ke Kuala Lumpur, kalau tak Farah di Pulau Pinang saja. Kerjaya seni Farah tetap diuruskan oleh abah," ceritanya.

Sementara itu, Johan yang tidak pernah melihat atau menonton persembahan Farah sebelum mengenalinya berkata, dia memilih Farah sebagai suri hidup kerana penyanyi itu dengar cakap dan rapat dengan keluarga.

"Saya tengok Farah lain, dia baik dan selalu bersama keluarga. Dari situ, saya yakin yang dia adalah pasangan saya," katanya yang sentiasa tersenyum itu.

Pada majlis pernikahan yang melakar sejarah itu, Farah menerima mas kahwin sebanyak RM2,500 dengan hantaran sebanyak RM25,185, sempena tarikh lahirnya.

Dalam pada itu, Farah turut membalas hantaran sembilan dulang berbanding tujuh daripada pengantin lelaki.

Antara hantaran daripada pihak lelaki adalah tepak sirih, wang hantaran, mas kahwin, beg tangan Gucci, iPad, cincin dan gelang serta barangan wangian.

Manakala pihak perempuan membalas dengan cincin, kek, coklat, sirih junjung, jam tangan, kemeja, Quran dan sejadah, tali pinggang Gucci dan manisan.

Farah dan Johan merupakan pasangan Melayu pertama yang bernikah di atas cruise Tasik Putrajaya dengan disaksikan oleh kira-kira 60 tetamu.

Pasangan yang dinikahkan oleh bapa saudara Farah, Datuk Wan Mohammad Datuk Sheikh Abdul Aziz pada pukul 4.35 petang, Jumaat lalu bakal berbulan madu di Maldives.

"Sebaik sahaja selesai kenduri di sebelah pihak lelaki (24 Julai 2011), kami akan berangkat ke sana kerana kami akan kembali ke tanah air, dua hari sebelum puasa.

"Puasa kali ini, Farah tidak boleh lagi malas-malas. Dulu kalau tidak bangun sahur, tak apa, sekarang kena bangun juga," katanya tersenyum.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Niat Siti tidak pernah padam

Posted:

Niat Siti tidak pernah padam

Niat Siti tidak pernah padam

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar RASHID MAHFOF dan ihsan SIMPLYSITI


SET SimplySiti Vogue Edition (kanan) dan SimplySiti Lovely Edition yang akan berada di pasaran mulai Ogos ini.


BUKAN tidak pernah dia berhasrat untuk menyambung pengajiannya ke peringkat lebih tinggi selepas menamatkan zaman persekolahannya.

Tetapi, kerana kesibukannya dalam mengejar impian menjadi seorang penyanyi yang akhirnya telah meletakkan namanya di puncak tertinggi, maka, hasrat itu terpaksa dilupakan oleh Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

Walaupun sudah 16 tahun menjadi seorang penyanyi ternama negara, impian untuk memiliki segulung ijazah tidak pernah padam dari lubuk hati Siti Nurhaliza atau mesra disapa Siti ini.

Lantaran itu, penyanyi yang cukup masyhur dengan lagu Kau Kekasihku dan Cindai ini tidak menolak kemungkinan seandainya diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran, dia pasti akan menerimanya.

Namun, kata Siti, semuanya bergantung kepada kelapangan jadualnya kerana seperti yang sedia maklum sentiasa padat dengan pelbagai agenda.

Apatah lagi, anak kelahiran Kampung Awah, Temerloh, Pahang itu bukan hanya menggalas tanggungjawab sebagai seorang penghibur, tetapi juga seorang ahli perniagaan.

"Selama 16 tahun saya menjadi anak seni, saya akui memang tiada pendidikan formal dalam bidang muzik. Segala-galanya adalah berdasarkan pengamatan dan pemerhatian saya sendiri.

"Saya sendiri tidak boleh membaca nota muzik dan apa yang boleh saya katakan, selama saya menyanyi semuanya lahir daripada hati.

"Pengalaman dalam tempoh itu juga sebenarnya banyak mengajar saya untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

"Jika kena pada masanya, saya akan menyambung pengajian di universiti. Sudah pasti jurusan yang menjadi pilihan saya adalah bidang muzik.

"Namun, saya serahkan kepada universiti untuk menilai kelayakan saya," jelas Siti tanpa berselindung ketika ditemui pada sidang akhbar sejurus Malam Gala SimplySiti di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Soalan berkenaan diajukan kepada penyanyi jelita itu selepas kejayaan syarikatnya, SimplySiti menjalinkan kerjasama dengan pihak UiTM dalam menganjurkan karnival dan malam gala tersebut pada 8 dan 9 Julai lalu.

Turut hadir Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Sahol Hamid Abu Bakar dan suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Mengulas lanjut, Siti memberitahu, dia sendiri ada berbincang dengan pihak UiTM berhubung soal melanjutkan pengajian itu, tetapi masih belum ada kata putus tentangnya.

"Semuanya masih dalam perbincangan dan saya sendiri tidak tahu bilakah hasrat saya itu akan menjadi kenyataan.

"Semuanya bergantung kepada masa yang sesuai kerana soal pelajaran ini adalah sesuatu yang serius," ujar Siti penuh bersungguh.

Jawapan Siti itu dipersetujui oleh Dr. Sahol Hamid yang turut mengakui ada berbincang dengan Siti berhubung soal itu terutama peringkat pengajian yang layak dan sesuai untuk Siti.

Dalam masa yang sama, sebagai suami, Khalid memberikan sokongan yang padu seandainya isterinya itu membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran.

Puas hati

Menyentuh tentang sambutan ulang tahun pertama SimplySiti itu, secara keseluruhannya, Siti begitu puas hati dengan perancangan rapi yang telah diatur oleh pihak UiTM dan SimplySiti dalam melancarkan malam gala tersebut.

Biarpun perlu berhadapan dengan suasana tegang kerana perhimpunan haram yang berlangsung di ibu negara pada sebelah siangnya pada hari tersebut, namun, Siti tetap optimis untuk meneruskan karnival dan malam gala yang sudah dirancang sejak berbulan-bulan lamanya.

Apa yang penting buat Siti apabila misinya untuk mengumpul dana bagi mengisi Tabung Mengubah Destini Anak Bangsa UiTM terlaksana.

"Alhamdulillah, apa yang saya diberitahu hasil penjualan daripada karnival dan tiket untuk malam gala, SimplySiti berjaya mengumpul hampir RM100,000 untuk tabung tersebut.

"Itu membuatkan saya gembira dan cukup puas hati kerana dalam berhibur, kita juga dapat membantu anak-anak bangsa kita dengan memberi peluang kepada mereka untuk menyambung pengajian.

"Daripada menghabiskan masa dengan kerja tidak berfaedah, lebih baik anak-anak muda ini diberi tempat untuk belajar demi kebaikan dan masa depan mereka juga," kata Siti yang mula menempa nama menerusi lagu Jerat Percintaan dan Jawapan Di Persimpangan pada tahun 1996 ini lagi.

Hobi baru Siti

Selain sibuk dengan perniagaan dan karier seninya, penyanyi berusia 32 tahun itu juga membuka cerita bahawa dia kini mempunyai hobi baru bersama suaminya.

Dengan penuh terbuka, Siti memberitahu dia kini gemar menghabiskan masa bersama Khalid dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi jika ada kelapangan.

Bergerak secara berkumpulan bersama teman-teman rapat mereka, Siti menjelaskan minat itu mula timbul selepas dia dan suaminya bercuti di Cape Town, Afrika Selatan sekitar Mei lalu.

"Sebenarnya, dunia motosikal ini bukanlah asing untuk saya kerana sewaktu remaja, ia adalah kenderaan wajib saya sewaktu di kampung.

"Teringat kenangan bersama arwah abah yang sering menghantar dan menjemput saya dari sekolah dengan motor," ujar juara Bintang HMI 1995 ini sambil ketawa kecil.

Kerana kecintaan dua insan ini terhadap motosikal berkuasa tinggi, maka gimik pembukaan malam gala tempoh hari memperlihatkan Siti dan Khalid menunggang motosikal mereka masuk ke dalam dewan dengan diiringi oleh pengiring mereka.

Jelas Siti, memang pihaknya sengaja tampil dengan gimik sedemikian bagi memberikan kelainan untuk malam gala tersebut.

Selepas berbincang dengan Pengurus Acara Malam Gala SimplySiti iaitu Profesor Madya A. Razak Mohaideen, akhirnya semua pihak bersetuju untuk menampilkan gimik pembukaan yang mendapat tepukan gemuruh daripada penonton pada malam itu.

Malam gala itu juga menyaksikan Siti melancarkan dua produk terbaru SimplySiti iaitu SimplySiti Vogue Edition dan SimplySiti Lovely Edition.

Dua produk baru ini boleh didapati di hampir 300 premis di seluruh negara termasuk di Brunei yang boleh dimiliki dengan harga RM59.90 dan RM69.90 bagi setiap set yang merangkumi gincu, pembayang mata dan pemerah pipi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Gambar perkahwinan/resepsi farah af2 dan johan

Posted: 17 Jul 2011 06:21 AM PDT




























kredit gambar: DI SINI


google: perkahwinan farah af2 dan johan, gambar perkahwinan farah af2 dan johan, foto perkahwinan farah af2 dan johan, perkahwinan farah af2 dan johan terkini terbaru, perkahwinan farah af2 dan johan 2011, berita perkahwinan farah af2 dan johan, video perkahwinan farah af2 dan johan, terkini perkahwinan farah af2 dan johan, persandingan farah af2 dan johan, pernikahan farah af2 dan johan, biodata farah af2 dan johan, profile farah af2 dan johan, resepsi farah af2 dan johan, reception farah af2 dan johan, prewedding, farah af2 dan johan, sekitar gamabr farah af2 dan johan

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Gambar Perkahwinan Nurul Syuhada -Pengacara TV3

Posted: 17 Jul 2011 09:30 AM PDT

nurulbaru Gambar Perkahwinan Nurul Syuhada  Pengacara TV3

Nurul sah menjadi isteri kepada Raja Amir

PETALING JAYA: Pengacara Majalah Tiga, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin,27, selamat diijabkabulkan dengan pegawai bank, Raja Amir Shah Raja Azwa,29, di Binjai On The Park, KLCC, di sini, malam Sabtu.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa Nurul iaitu Mohd Zin dan disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Al-Syakirin, KLCC selepas solat Isyak.

Pihak TV3 dalam satu kenyataan ringkasnya yang diedarkan di sini, Ahad memberitahu, pihak perempuan menerima wang hantaran sebanyak RM20,111 dan mas kahwin RM777.

"Hanya sekali lafaz, Nurul sah menjadi isteri kepada Raja Amir," kata kenyataan itu.

Sementara itu majlis yangbertemakan "Moroccan" itu mendapat sentuhan Khalid & Favor By Eddy sebagai perunding perkahwinan manakala pakaian nikah adalah rekaan Datuk Radzuan Radziwill

Majlis berkenaan diadakan secara tertutup tanpa kehadiran pihak media sebaliknya hanya untuk keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja.

Majlis resepsi kedua-dua pengantin akan berlangsung pada 23 Julai depan bertempat di Grand Ballroom, Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur.
/// Mstar ///

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Gambar perkahwinan Farah AF dan Johan

Posted: 18 Jul 2011 01:31 AM PDT

majlis perkahwinan farah afTahniah buat Farah Diana Anuar atau lebih dikenali sebagai Farah AF2 kerana dia telah selamat diijabkabulkan dengan Johan Johari pada 15 julai yang lalu di Putrajaya.. Apa yang lebih menarik, Majlis pernikahan Farah dan Johan diadakan di atas kapal Cruise dan disaksikan oleh 200 orang tetamu yang turut berada diatas kapal Cruise tu..

Farah AF2 juga menerima tujuh dulang hantaran beserta RM25,185 wang hantaran dan mas kahwin sebanyak RM2,500.. Manakala pihak lelaki pula menerima sembilan dulang hantaran…

Pada 16 julai pula, Farah dan Johan telah melangsungkan majlis resepsi mereka di Tasik Maritim, Putrajaya dengan bertemakan Love Lake Wedding.. Majlis perkahwinan Farah diadakan dalam suasana yang sangat meriah..

MyGosip harap perkahwinan Farah AF2 dan Johan ni berkekalan sehingga ke hujung nyawa la hendaknya.. Apa-apa pun buat peminat Farah breep breep ni.. jom kita layan gambar persandingan beliau dibawah nie…

gambar farah af kahwin

gambar kahwin farah af

perkahwinan farah af

majlis perkahwinan farah af

farah af kahwin gambar

gambar majlis perkahwinan farah af

gambar kahwin farah af2

resepsi farah af

majlis resepsi farah af dan johan

gambar kahwin farah af dan johan

gambar perkahwinan farah af dan johan

foto perkahwinan farah af

gambar farah af bersanding

Gambar: HafisIsmail dan Gi-Photoshoot

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Filem Senario The Movie Ops Pocot

Posted: 18 Jul 2011 01:17 AM PDT

Artis Malaysia filem  | 18 July, 2011

Filem Senario The Movie Ops Pocot posterSinopsis Senario The Movie Ops Pocot:- Senario The Movie Ops Pocot mengisahkan tentang 3 lelaki yang berlainan. Masing-masing mempunyai karakter yang pasif dan sentiasa ditindas oleh orang sekeliling mereka. Azli seorang pemuda yang masih bujang dan bekerja sebagai pengawal keselamatandi sebuah pasaraya. Azli seorang yang mudah penat danmudah tertidur dalam apa keadaan sekalipun. Mazlan seorang pemuda yang penakut dan bekerja di sebuah syarikat swasta. Beliau selalu dibuli oleh rakan sekerjanya malah sejak kecil lagi dia menjadi mangsa buli rakan-rakannya.Wahid pula seorang yang pendiam dan bekerja di sebuah agensi membekalkan pekerja-pekerja asing. Sikap mereka itu memebuatkan ketua mereka mengambil langkah memasukkan mereka ke kem motivasi yang dikendalikan oleh Ikatan Relawan Malaysia (RELA).

Tujuan utama ketua masing-masing mendaftarkan mereka adalah untuk membantu dalam mengubah cara hidup mereka. Ketika di kem motivasi tersebut, mereka turut berkenalan dengan Hairi, Bob, dan Maman. Turut sama terlibat dalamkem ini ialah Azie, Mala, dan Ann. Sepanjang penglibatan mereka dalam kem motivasi ini, mereka dilatih oleh seorang bekas pesara askar iaitu Pak Bad yang sememangnya terkenal dengan sikap bengis dan garangya. Berbagai kisah lucu yang terjadi sepanjang penglibatan mereka menyertai kem RELA ini. Bermula dengan latihan yang teruk oleh Pak Bad serta kenakalan Bob, Maman, Ad dan Hairi sehinggalah ke bibit-bibit cinta diantara Azie, Mala, dan Ann terhadap Azli, Mazlan, dan juga Wahid. Adakah kem motivasi ini berjaya mengubah sikap mereka atau sebaliknya?

Tajuk Filem:
Senario The Movie Ops Pocot

Pengarah:
Ismail bob Hashim

Penerbit:
Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.

Dipawagam:
21 Julai 2011

Pelakon Senario The Movie Ops Pocot:
Azlee Senario
Mazlan Pet Pet
Wahid Senario
Diana Amir
Mas Muharni
Kamal Adli

Trailer Senario The Movie Ops Pocot:

Anda sudah menonton filem ini? Sila tinggalkan review di bahagian komen untuk panduan penonton yang lain..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.