Adsense

Sabtu, 30 April 2011

aReaL&Celebrity

aReaL&Celebrity


Gambar Perkahwinan Zed Zaidi Dan Natalia Mustafa Kamal

Posted: 30 Apr 2011 05:27 PM PDT

Tahniah DiUcapkan Kepada Zed Zaidi dengan isterinya Natalia Mustafa Kamal Yang Kini Telahpun Sah Dilabelkan Sebagai Pasangan Suami Isteri. Mereka Salamat Diijabkabulkan Pada Sabtu Lalu (29 April 2011) ,8.35 Malam Di Restoran Felda D'Saji, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.


Untuk Pengetahuan Korang Semua, Pasangan Ini Mula Berkenalan Di Facebook Jer.. Jadi, Tak Hairanlah Kalau Korang Tengok Kad Jemputan Kahwin Mereka Seakan-akan Website Facebook.. Memang Awesome Sangat.. Anyways, Tahniah Sekali Lagi Di Ucapkan Kepada Pasangan Ini... Jom Layan Gambar Perkahwinan Mereka Yang Chomel-Chomel Bangat Nih...







Yang Ni Gambar Kad Kahwin Mereka..




Churp1 Churp2 Churp3 Churp4 Churp5 Churp6
Cameron Highlands, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, Kemalangan Bas, Kemalangan Jalan Raya, KM15 ,gambar kemalangan di Jalan Pekan Nenasi, gambar kemalangan di tali air, gambar kemalangan dipahang, Isu Semasa, kemalangan bas, kemalangan bas di Jalan Pekan Nenasi,rekod, pecah rekod, nuffnang, unique visitor nuffnang, innit nuffnang, bilangan pengunjung, absolute unique visitor, count unique visitor, php unique visitor, php visitor counter, unique user, unique visitor google, unique visitor statistics, unique visitor stats, unique visitor traffic, unique visitors, website visitors, analytics unique visitors, monthly unique visitors, unique visitors definition, website unique visitors,Proton inspira,facebook,ipad,Malaysia,benci bilang cinta,youtube,world cup 2010,yahoo,justin bieber,login facebook,fb,games,utusan online terkin,google,mudah.com.my,Selangor,mail,didi games,yahoo mail,fifa,you,maher zain,david villa,justin bieber,lionel messi,luna maya,ronaldhino,din beramboi,Fernando torres,lady gaga,kaka,hanis zalikha,cristiano ronaldo,lee min ho,van persie,adam lambert,iker casillas,siti nurhaliza,mesut ozil,paul tan,fabregas
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang SHARE Di Atas.

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Rezeki anak baru

Posted:

Rezeki anak baru

Rezeki anak baru


AIRIT Rafqa Arjuna anak kedua pasangan Rita dan Aidil.


SERONOK betul bila dapat berita gembira mengenai artis-artis kita yang dah selamat menimang cahayamata. Pada kesempatan ini, Joyah nak ucapkan

tahniah kepada Rita Rudaini dan suaminya, Aidil sebab akhirnya putera yang dinanti hadir jua. Rita selamat bersalin seorang putera yang diberi nama Airit Rafqa Arjuna pada pukul 1.30 tengahari Jumaat kelmarin.

Selain Rita, bekas isteri penyanyi Akhil Hayy, Maizawati Zainal juga telah melahirkan bayi lelaki comel bernama Muhammad Qhabel Izz Qhushairy. Amboi nama anak dia, kalah hero hindustan tau.

Begitu juga dengan Sazzy Falak dan suaminya, Nazril Idrus. Joyah dengar nama anak kembar perempuan mereka pun comel. Iman Lily dan Tiara Rose nama diberi. Ringkas dan mudah disebut. Tak macam sesetengah orang, letak nama anak panjang-panjang, sampai tergeliat lidah kita nak menyebut.

Nasihat Joyah kepada artis-artis yang baru dapat anak ni, nanti buat majlis kesyukuran janganlah terlebih-lebih pula ya. Buat sekadar berpada-pada sajalah, supaya orang tak kata menunjuk-nunjuk sangat macam sesetengah artis lain yang sanggup ke sana-sini mencari tajaan. Bukan Joyah nak menghina, tapi macam tak kena saja.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anak Rozita dibuli, komen cikgu....

Posted:

Anak Rozita dibuli, komen cikgu....

Anak Rozita dibuli, komen cikgu....

Katarsis Kualong

ISU membabitkan anak Rozita Che Wan dibuli di sekolah seperti yang disiarkan Pancaindera minggu lepas mendapat maklum balas pelbagai daripada anggota masyarakat.

Ada yang marah-marah dengan artis cantik itu kerana kononnya sengaja membesar-besarkan cerita yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan baik. Ada juga yang menyokong pelakon berkenaan atas tindakannya yang membuat laporan polis apabila merasakan anak sulungnya wajar diberi perlindungan.

Saya secara peribadi, bukan menyebelahi Rozita, tetapi kalau saya berada dalam kedudukan dia sekalipun, saya akan melakukan hal yang sama.

Sebagai ibu, Rozita mempunyai hak untuk mempertahankan anaknya dan tidak salah untuk dia bercerita kepada media yang bertanya. Kebetulan kes itu wujud dan dia tidak kisah untuk berkongsi dengan orang ramai kerana mahu dijadikan sebagai iktibar supaya kes yang berlaku kepada anaknya itu tidak berulang kepada anak-anak kita yang lain.

Pancaindera juga turut dikritik kononnya menyebelahi Rozita kerana menyiarkan kenyataannya sebanyak dua halaman minggu lepas. Saya turut menerima kiriman e-mel daripada pembaca yang mencadangkan supaya membaca sebuah blog yang diwujudkan bagi 'membalas' semula kenyataan Rozita.

Dalam blog berkenaan, si penulis yang dikatakan seorang guru telah membetulkan beberapa fakta yang disifatkannya sebagai perlu diberitahu kepada masyarakat supaya pihak sekolah tidak terus disalah anggap.

Saya siarkan sebahagian kenyataan yang dipetik melalui blog berkenaan.

"Ada beberapa fakta nampaknya telah tidak dilaporkan secara tepat. Apa yang berlaku kepada anak Rozita bukan dikategorikan sebagai kes buli. Pelajar yang dikatakan 'membuli' Ammar Effendi putera sulung kesayangan Cik Rozita ini, jika diukur dari apa segi sekalipun tidaklah superior ataupun lebih gagah perkasa dari Ammar. Bapanya hanyalah seorang anggota polis berpangkat biasa dengan pendapatan mungkin tidak sampai 1/20 dari pendapatan ibubapa Ammar iaitu seorang pilot dan seorang bintang bergemerlapan di persada hiburan tanahair. Dari segi populariti pun, pelajar ini (yang terpaksa dirahsiakan namanya di sini), langsung tidak dikenali dan hanya seorang pelajar biasa berprofil rendah. Tidak tertanding dengan si Ammar Effendi. Dari segi fizikalpun, dia sedikit lebih kecil dan lebih rendah body-built dan heightnya. Perbuatan yang dikatakan membuli itupun bukanlah perbuatan yang dilakukan berterusan dan berulang kali. Ianya hanyalah satu insiden "touch-and-go" yang disebabkan oleh perasaan marah tidak terkawal. Jadi, secara takrifannya, ianya bukanlah merupakan insiden 'buli' sebagaimana yang difahami oleh umum.

Apa yang berlaku ialah Ammar Effendi telah membuat provokasi lisan kepada pelajar yang memukulnya itu di Bangunan Akademik di hadapan pelajar-pelajar lain. Provokasi biasa sebenarnya, di mana dia telah mengejek pelajar tersebut dengan ayat seperti "Ha.. nak nangis lah tu... nak nangis lah tu..." Mungkin kerana ejekan itu dilakukan di hadapan pelajar-pelajar perempuan yang join mentertawakannya, pelajar tersebut berasa tercabar dan mengajak Ammar ke biliknya untuk settle kan hal itu. Ammar ni pun dengan lurusnya pergilah ke bilik pelajar tersebut. Di situlah berlaku insiden dia ditumbuk di bahagian dada, perut dan telinga. Ammar tidak membalas langsung,

"MRSM Kuantan, atau mana-mana institusi pendidikan sekalipun tidak pernah mewajarkan perbuatan memukul, bergaduh, menggunakan kekerasan, apatah lagi perbuatan membuli oleh mana-mana pelajar atas apa jua alasan sekalipun. Apa yang berlaku pada Ammar memang dikesali dan tidak direstui sesiapa pun, tetapi kita menganggap itu hanyalah "ribut di dalam cawan kopi" yang tidak perlulah sampai melibatkan aduan polis, atau hebahan di media-media perdana. Tidak perlulah ibubapa Ammar melenting-lenting seolah-olah seluruh warga MRSM Kuantan terlibat dalam konspirasi mencedera-parahkan anak mereka. Walhal, tiada sebarang kecederaan, atau apa-apa kesan lebam pun yang kelihatan.

"Sehingga sekarang bila saya membaca kenyataan-kenyataan Cik Rozita di blog-blog di internet atau di Pancaindera tempoh hari, ingatan pasti melayang kepada satu wajah budak lelaki yang kepucatan yang bercakap dengan nada suara bergetar kepada seorang guru homeroom. Hanya seorang guru untuk mendengar dibandingkan dengan Rozita yang mempunyai jutaan peminat yang mendengar keluh-kesah hatinya, lengkap dengan gerombolan media dan wartawan yang siap-siaga untuk mencanangkan ke seluruh pelusuk negara perihal anaknya yang telah menjadi 'mangsa buli' sebuah MRSM!

Mungkin keputusan mengeluarkan Ammar Effendi dari sistem MRSM oleh ibubapanya merupakan tindakan terbaik. Lebih elok kalau dapat masukkan ke sekolah elit swasta di mana-mana. Leave MRSM to those kids from underprivileged families...

Untuk membaca kenyataan selanjutnya layari http://mrsm-kuantan.

blogspot.com.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Pencuri hati Justin

Posted: 29 Apr 2011 06:45 PM PDT

Hip

Peminat marah Selena dampingi penyanyi remaja paling popular

PADA awal tahun ini, gosip percintaan antara dua bintang muda, Justin Bieber dan Selena Gomez, mula bertebaran selepas gambar mereka berdua bercumbuan di atas kapal layar tersiar di alam siber.

Namun, kedua-duanya bagaikan dapat mengagak apa yang bakal berlaku seandainya masing-masing mengaku memang wujud hubungan intim, lebih daripada seorang kakak dan adik, antara mereka. Maklum saja, Justin ialah penyanyi remaja lelaki paling popular di dunia ketika ini. Lalu, tentu saja dia menjadi dambaan setiap gadis di seluruh dunia. Pada usia 17 tahun, Justin bagi kebanyakan peminat wanita muda, bukan sekadar seorang penyanyi yang diminati, malah umpama 'kekasih' yang jauh di mata.

Maka, apabila foto keintiman kedua-duanya tersiar, tidak hairan peminat Justin 'naik hantu' dengan penyanyi dan pelakon berusia 18 tahun yang mula dikenali peminat menerusi siri televisyen dan telefilem terbitan Disney itu. Pelbagai kata kesat dan ugutan dapat dilihat di laman Twitter apabila gambar mereka bercium muncul di Internet.

Ketika gambar berkenaan dirakam, penyanyi Baby dan pelakon The Wizards of Waverly Place yang turut mempunyai kumpulan sendiri (Selena Gomez & The Scene) ini sedang bercuti di Caribbean bersama beberapa rakan lain.

Antara ancaman dan maki hamun yang diterima Selena ketika itu termasuk kata-kata berbunyi: "Aku bencikan kau", "Kalau kau teman wanita Justin, aku akan bunuh engkau. Aku benci engkau", dan sebagainya.
Bahkan, ada yang mengugut untuk menamatkan riwayat gadis yang pernah muncul dalam filem Spy Kids 3-D: Game Over ini seandainya dia melukai hati penyanyi yang baru saja mengadakan konsert jelajah dunianya di Malaysia itu.

Sememangnya, bukan mudah bagi gadis berasal dari Texas ini untuk mendampingi remaja masyhur berkenaan. Malah, mereka juga mengelak daripada berbicara mengenai hubungan itu biarpun beberapa bukti sudah diperoleh untuk peminat mengesahkan kewujudan cinta di antara kedua-duanya.

'Apa salah saya'

HANYA pada Mac lalu Selena mula membuka mulut mengenai hubungan terbabit. Akuinya, memang sukar untuk berada di sisi Justin yang digilai jutaan peminat. Begitu juga dia akui betapa sukarnya dia berdepan dengan pelbagai reaksi kurang menyenangkan sebaik saja mereka mengetahui corak hubungan antara dirinya dan penyanyi lelaki berkenaan.

"Memang sukar dan memang menyakitkan sekali (apabila diperlakukan begitu oleh peminat Justin). Saya tidak berasakan yang saya melakukan perkara yang salah.
Saya sebenarnya sudah lama berkawan baik dengan Justin. Ia memang melukakan perasaan saya, tetapi saya cuba untuk tidak mengendahkan semua itu. Nasib baik saya mempunyai keluarga dan kelompok peminat yang sangat kuat," katanya.

Sudah tentulah ada kalangan peminat yang merestui hubungan itu, seperti yang ditulis di laman sosial terbabit, dan tidak kurang yang cemburu walaupun mereka gembira dengan kemesraan yang terjalin antara mereka.

Selena pada hakikatnya mengerti bagaimana perasaan remaja yang membencinya itu kerana dia sendiri pernah mengalami keadaan serupa tidak lama dulu, apabila dia 'jatuh cinta' dengan selebriti.

"Ada masanya saya setuju juga dengan mereka. Saya pernah menyukai Jesse McCartney. Saya memang taksub dengannya. Jesse keluar bersama Katie Cassidy ketika dia berusia 16 atau 17 tahun. Ketika itu, saya memang benci pada Katie.
Saya geram sangat, kenapalah Katie yang mendampingi Jesse, sedangkan saya yang tergila-gilakannya. Bahkan, dialah gambar hiasan skrin komputer saya," katanya.
Nampaknya, semua itu kini bagai terkena kepada Selena sendiri.

"Baru-baru ini, saya menjayakan sebuah filem (Monte Carlo) bersama Katie. Dia sebenarnya seorang yang begitu baik sekali," cerita gadis ini.

Perpisahan hanya khabar angin

AWAL bulan ini, wujud khabar angin mengatakan pasangan muda ini membawa haluan masing-masing apabila Selena berasakan Justin masih menyintai bekas kekasih, Jasmine Villegas. Justin dikatakan masih menghantar pesanan ringkas kepada Jasmine, walaupun selepas bersama Selena.

Gadis ini dikatakan bertanyakan sendiri perkara itu kepada Justin yang pada mulanya menafikan dakwaan berkenaan. Tetapi, Justin akhirnya mengaku dia masih berhubung dengan bekas kekasihnya, namun hanya atas dasar kawan.

Bagaimanapun, desas-desus keretakan hubungan mereka nyata tidak berasas apabila Selena dilihat menemani Justin ketika tiba di Kuala Lumpur untuk mengadakan konsertnya di sini, 21 April lalu. Jika Selena sanggup terbang merentasi benua untuk bersama penyanyi terbabit, bukankah itu tandanya dia memang serius dalam perhubungan?


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Seru memang seram!

Posted: 29 Apr 2011 06:39 PM PDT

Hip

pix_gal0
Ming Jin, Pierre Andre tampil filem genre baru

Filem: Seru

Pengarah: Woo Ming Jin, Pierre Andre Pelakon: Sharnaaz Ahmad, Cut Mutia, Azman Hassan, Nora Danish, Awal Ashaari, Pierre Andre, Qhaud, Dazrin, Murshid, Nabila, Nursyarifatun, Dewa Sapri, Mona Majid, Nisha Dirr, Along, Sufian Terbitan: Tayangan Unggul Sdn. Bhd. (TUSB) dan Hanamia Services Sdn Bhd Tarikh Tayangan: 28 April 2011

SARAT babak ngeri dan mendebarkan, Seru yang menjengah pawagam 28 April lalu sememangnya menepati selera peminat 'slasher horror movie', bentuk filem yang agak baru di negara ini.

Menggabungkan dua pengarah muda, Woo Ming Jin dan Pierre Andre, sentuhan mereka wajar diberi pujian apabila satu persatu adegan dijalin sempurna hingga menyemarakkan ketakutan, namun pada masa sama tetap ingin mengetahui kronologi selanjutnya.

Sekali pun mengambil inspirasi daripada filem barat, Quarantine yang ditayangkan pada 2008, selain punya sedikit persamaan dengan Blair Witch Project disebabkan penggunaan syot serupa iaitu rakaman yang dijumpai, Seru ada keistimewaan.
Kisah satu malam itu menonjolkan sekumpulan petugas produksi yang sedang menjalani penggambaran di satu lokasi dan ia terpaksa dihentikan apabila penolong pengarah, Sari, diserang histeria manakala juru mekap, Julia, tiba-tiba berlari ke arah hutan.

Jurukamera, Sham serta Tony pula diarah mencari Julia dan semua kru yang diketuai Lina (Khatijah) selaku penerbit kembali semula ke rumah tumpangan. Tanpa disedari bermulalah kengerian sebenar apabila satu persatu kematian menyusul.

Terdahulu seorang lagi juru kamera, Jeff, lakonan Sharnaaz ditugaskan merakamkan segala kejadian bermula dengan histeria untuk dijadikan antara bahan promosi filem terbabit.

Akhirnya footage yang dirakamkan dua kamera termasuk satu lagi yang dikendong Sham (Dazrin) dan Tony (Qhaud) ketika mencari Julia (Cut Mutia) ditinggalkan sebagai bukti kematian mereka sendiri.

Jalan ceritanya pantas, malah 20 minit pertama sudah ditonjolkan babak pembunuhan apabila sutradara filem itu, Sam (Along Ezzendi) ditikam dari belakang oleh Seri yang dirasuk.

Tidak perlu mengupas bagaimana gadis itu kembali semula ke rumah tumpangan mereka sedangkan dia sudah dihantar ke hospital, syot kereta yang membawanya tersadai tidak jauh dari kediaman itu sudah menceritakan segala-galanya.

Walau kebanyakan pelakonnya terdiri daripada muka baru, penjiwaan setiap watak kepada emosi takut serta ngeri diserlahkan sebaik mungkin menerusi mainan kamera.

Paling menarik tentu saja watak Sam lakonan Along yang begitu menjadi. Walaupun kemunculan hanya seketika, dia berjaya memaparkan watak lelaki yang suka cakap lepas, sinis dan selamba. Begitu juga Sharnaaz yang tampak dominan dengan watak Jeff.

Apa yang pasti, Seru antara filem seram yang tidak wajar dilepaskan apabila debaran demi debaran menanti penonton.

Jika ada di antara babak sudah dapat dijangka, ia bukan kesalahan malah usah terlampau membandingkan filem ini dengan produksi barat kerana yang pasti Seru memang seram!


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

:: MYARTIS.COM ::

:: MYARTIS.COM ::


GAMBAR NIKAH ZED ZAIDI...

Posted: 29 Apr 2011 08:32 PM PDT

Kalau dah jodoh tak ke mana..!

Begitulah kesimpulan yang dapat digambarkan tentang perkenalan dan pertemuan pelakon kacak Zed Zaidi dengan isterinya Natalia Mustafa Kamal, 28 tahun, hanya melalui Facebook. Bak kata orang tua, ikan di laut... asam di darat, dalam periuk bertemu jua.

Semoga mereka berdua bahagia hingga ke akhir hayat hendaknya... Amin...!


Klik untuk imej besar...















Photo kredit: Khalid Afifi

(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


Eskay takes religious oath

Posted: 30 Apr 2011 03:46 AM PDT



Businessman Shazryl Eskay Abdullah took an oath (sumpah laknat) that he was in the sex video along with Anwar Ibrahim and that Anwar was the man having sex with a woman in the video at about 4.15pm today.

He was accompanied by Rahim Thamby Chik and Shuib Lazim who screened the video to journalists alongside Eskay on Mar 21.

The two, however, did not take the oath.



Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


2 AM di Kuala Lumpur

Posted: 29 Apr 2011 08:43 AM PDT

INDUSTRI muzik Korea atau lebih dikenali sebagai K-pop sememangnya menjadi perhatian penggemar muzik di seluruh dunia ketika ini.

Namun, berbanding penyanyi solo, artis berkumpulan di sana dikatakan lebih sukses dan popular sebagaimana populariti diraih Beast dan Super Junior.

Seperkara yang menarik mengenai kebanyakan kumpulan K-pop, mereka bagaikan produk kecantikan yang tampil dengan pakej mempesona.

Tidak hanya rupawan, mereka didatangkan dengan penghasilan muzik yang hebat serta koreografi mendebarkan. Begitu juga fesyen unik dan berani sehingga menjadi ikutan ramai.


Pun begitu, hanya segelintir kumpulan K-pop yang mampu menyanyi secara langsung dengan baik dan salah satunya adalah kumpulan empat pemuda yang menamakan diri mereka 2AM.


Akhbar South Korean melalui kajian yang dilakukan baru-baru ini mengumumkan 2AM yang dianggotai Jung Jinwoon, 20, Jo Kwon, 22, Im Seulong, 24, dan Changmin, 25, sebagai kumpulan vokal terbaik.

Mengulas kejayaan itu, Seulong berkata, pengumuman itu satu penghargaan besar buat mereka kerana berpendapat industri muzik K-pop begitu kompetitif dengan terdapatnya pelbagai kumpulan yang hebat.

Justeru, sesiapapun boleh dianggap yang terbaik.

"Nasib mungkin menyebelahi 2AM kerana kami adalah kumpulan harmoni di mana kami lebih memberi penekanan dari segi nyanyian vokal berbanding tarian," katanya.

Jinwoon yang meminati kumpulan Hoobastank mencelah untuk terus kekal dan diingati, menuntut pengorbanan yang sangat tinggi daripada mereka.

Tambahan pula industri K-pop sentiasa berganti wajah.

"Nampak seperti kami menempa populariti dengan mudah akan tetapi proses
di sebaliknya amat memenatkan. Kami mengambil masa selama beberapa tahun untuk berlatih sebelum bersedia merakamkan album.

"Tetapi kerana persaingan yang begitu sengit membuatkan kami perlu menjadi orang yang kreatif bukan saja dari segi penghasilan lagu, tetapi secara keseluruhannya," katanya.

Memetik kenyataan dalam satu temubual eksklusif antara 2AM dan majalah tempatan, kumpulan berasal dari Korea Selatan ini sempat bercerita mengenai album Saint o'Clock yang membawa perubahan besar dari segi muzik, sekali gus berbeza dengan konsep album sebelum ini.

"Kami suka album ini jika mengambil kira dari segi lagunya. Pun begitu, menyentuh soal imej kami lebih sukakan imej sekarang kerana ia mempamerkan kematangan kami," katanya.

Dalam temu bual itu turut disingkap rahsia siapa yang mempunyai keperibadian yang paling berbeza di depan dan belakang kamera. Ternyata mereka sepakat memilih Seulong.

Kata Jinwoon, kalau peminat lihat Seulong di televisyen, dia kelihatan sangat tenang dan tampan.

Bagaimanapun, kenyataan sebenar di luar, dia seorang yang sangat lucu, kata Jinwoon.

Ditubuhkan hampir empat tahun lalu, semua pemuda ini bertuah kerana mendapat sokongan sepenuhnya daripada keluarga.

Sinonim dengan genre balada, 2AM yang juga duta Samsung, Pepsi dan BHC Chicken, bakal membuktikan kehebatan mereka kepada peminat dan penggemar muzik tempatan pada 21 Mei sempena DiGi Live K-pop 2AM Showcase.

Konsert anjuran DiGi Telecommunications Sdn Bhd dengan kerjasama Universal Music Malaysia itu akan berlangsung di Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, jam 6 petang.

Popular dengan lagu Can't Let You Go Even If I Die dan This Song, 2AM yang sememangnya terkenal dengan kemantapan vokal mereka, khabarnya sibuk mengadakan konsert jelajah seluruh Asia.

Konsert bertujuan menghargai pelanggan setia DiGi Telecommunications dan Universal Music turut dimanfaatkan 2AM untuk mempromosikan album studio mereka, Saint o'Clock.

Sementara itu, Ketua Segmen Pemasaran DiGi, Moharmustaqeem Mohamad mengakui terkejut dengan sambutan peminat K-pop di Malaysia.

"Kami memberikan cabaran kepada peminat DiGi Youths sekiranya mereka membantu kami mencapai sasaran 147,000 peminat untuk akaun Facebook kami, kami akan membawa 2AM datang ke Malaysia. Tidak sangka dalam masa empat hari, kami sudah mencapai sasaran itu.

"Tiket untuk menyaksikan 2AM dibuka untuk pratempahan pada 17 April lalu di 1Utama. Sebanyak 434 tiket ditempah dalam masa empat jam. Malah, kepada siapa yang sudah membuat tempahan tiket, boleh menebusnya bermula 21 April hingga
1 Mei di kedai DiGi di Berjaya Times Square dan Sunway Pyramid.

"Bagi peminat yang belum membuat tempahan, anda juga boleh membeli terus dari kedai DiGi di dua premis itu bermula 21 April hingga 20 Mei," katanya.

Bagi yang ingin berinteraksi secara peribadi dengan 2AM, pelanggan prabayar dan pasca bayar perlu menambah nilai sebanyak RM50 melalui flexi e-load dan mengaktifkan DiGiMusic Pluz hanya RM5 untuk mendapatkan satu tiket menyaksikan showcase itu.

Sementara untuk sesi autograf pada 20 Mei, peminat hanya perlu menambah nilai RM30 serta memenangi dua tiket bagi membolehkan mereka berinteraksi dengan 2AM pada 21 Mei.

Bagi yang menambah nilai RM50, mereka berpeluang bertemu dan berinteraksi secara peribadi dengan 2AM. Untuk mengetahui secara lanjut mengenai DiGi Live K-pop 2AM Showcase, layari www.facebook.com/DiGiYouths dan www.universalmusic.com.my.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Derita ketumbuhan

Posted: 29 Apr 2011 08:28 AM PDT

HANYA linangan air mata yang bergenang di kelopak mata Datin Orkid Abdullah menandakan perasaan terharunya menyambut kehadiran Persatuan Karyawan Malaysia yang melawat di rumahnya di Dataran Ukay, petang Rabu lalu.

Rombongan diketuai presidennya, Datuk Freddie Fernandez dan rakan artis, Datuk Sarimah Ahmad, Datin Paduka Julie Sudiro, Aspalela Abdullah, MY Shamsuddin dan Shamsuddin Lamin meluangkan masa melawat penyanyi suara gemersik popular dengan lagu Penawar Rindu yang hanya mampu terbaring di katil akibat penyakit ketumbuhan atau paraganglioma yang dideritai sejak tiga tahun lalu.

Penyanyi berusia 64 tahun itu pernah menjalani dua pembedahan iaitu pada 2008 dan terbaru pada Februari tahun lalu bagi membuang ketumbuhan berkenaan.

Namun selepas pembedahan di perut ini, keadaannya menjadi semakin kritikal apabila mula sukar bergerak selepas beberapa bulan berikutnya sehingga terpaksa meminta bantuan anak-anak. Bahkan dia hanya mampu berbaring saja di rumah.


Anaknya bongsunya, Eenaz Mokhtar berkata, walaupun sukar bergerak sejak September lalu, ibunya seperti tidak mahu menyusahkan anak-anak apabila masih bersemangat untuk berjalan sendiri.


Bagaimanapun dia langsung tidak mampu untuk berjalan dan duduk sejak kebelakangan ini.

"Selera makannya juga berubah-ubah kerana ada ketikanya kesihatannya baik dan ibu mempunyai selera. Biasanya pada sebelah petang keadaan kesihatannya merosot. Jika sakitnya datang, ibu akan berasa panas dan kuat berpeluh, pedih ulu hati, sakit belakang dan muntah. Ibu enggan ke hospital walaupun sakitnya bertambah teruk.

"Dia hanya bergantung kepada perubatan alternatif. Kata doktor pula, rawatan untuk penyakit seperti ini hanya terdapat di Hospital Putrajaya," katanya dengan nada sebak.

Eenaz yang bergilir-gilir menjaga ibunya bersama-sama dua abang dan seorang kakaknya menambah, doktor menasihatkan ibunya dibawa ke hospital di Amerika Syarikat atau Belanda untuk mendapatkan rawatan, namun cadangan itu sukar diikuti dengan keadaan kesihatan ibunya yang sukar menempuh perjalanan jauh yang memakan masa berbelas jam penerbangan.

"Kami hendak bawa dia ambil angin di luar rumah pun dia sudah tak boleh, apalagi nak bawa naik kapal terbang. Jadi apa yang boleh dilakukan ialah kami buat rawatan tradisional terhadapnya," katanya.

Freddie yang pernah menganjurkan skim pencen Karyawan untuk artis veteran sebelum ini, turut mengambil kesempatan menghulurkan sumbangan wang tunai buat Orkid.

"Skim pencen Karyawan sebanyak RM500 sebulan untuk artis veteran terpaksa dihentikan sementara sejak enam bulan lalu kerana kami mengalami masalah kewangan. Kami masih mencari semula dana menerusi penganjuran aktiviti antaranya pesta lawak 'The Return of Pi Mai Pi Mai Tang Tu' pada Jun ini untuk mengumpul dana skim," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Siti Sarah disahkan hamil

Posted:

Siti Sarah disahkan hamil

Siti Sarah disahkan hamil



SUDAH lumrah bagi setiap pasangan yang berumah tangga, pastinya yang paling dinantikan adalah untuk memiliki cahaya mata. Malah, ada yang terpaksa menunggu sehingga bertahun-tahun sebelum dikurniakan anak.

Bagaimanapun, Shahmira Mohamed atau Shuib dan Siti Sarah Raisuddin pastinya antara pasangan suami isteri yang sangat beruntung. Biarpun usia perkahwinan mereka baru dua bulan, tetapi dikhabarkan Siti Sarah sudah pun disahkan mengandung.

"Alhamdulillah, memang kini saya telah mengandung dan usia kandungan saya pula hampir mencecah usia dua bulan. Tentunya ini adalah saat yang sangat dinantikan.

"Lagipun saya dan Shuib tidak pernah merancang sama ada mahu ada anak cepat atau lambat. Kami sendiri tidak kisah kalau dikurniakan anak terlalu awal," ujarnya ketika ditemui pada sidang media filem Man Sewel Datang KL yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim di Hulu Klang, Selangor Selasa lepas.

Menurut Siti Sarah, dia sendiri tidak sedar dirinya sudah berbadan dua sehinggalah dia mengalami keletihan dan muntah-muntah ketika menjalani penggambaran filem tersebut baru-baru ini.

Ujarnya lagi, pada hari terakhir penggambaran filem berkenaan, dia telah meminta Shuib membawanya ke klinik untuk menjalani pemeriksaan.

"Pada mulanya saya ingatkan perut saya masuk angin, tetapi setelah menjalani pemeriksaan, kami berdua mendapat berita yang sangat gembira apabila saya telah disahkan mengandung," ungkapnya.

Ketika ditanya apakah makanan yang paling dia mengidam setelah mengandung, Siti Sarah memberitahu ketika ini dia sangat gemar memakan buah oren.

Jelasnya, sebelum ini dia bukanlah penggemar utama buah tersebut, namun semenjak mengandung dia perlu memakan buah oren atau minum jus oren pada setiap pagi.

"Saya sangat bersyukur kerana layanan suami terhadap saya juga bertambah baik. Bukannya sebelum ini tidak baik, tetapi kini dia memang benar-benar menjaga dan mengambil berat terhadap diri saya.

"Malah, sekarang ini pun kalau tak ada sebarang undangan nyanyian, saya akan ikut dia pergi jalani penggambaran atau pun latihan Maharaja Lawak kerana dia risau untuk tinggalkan saya keseorangan di rumah," jelasnya.

Menurutnya lagi, tentang tarikh kelahiran pula, doktor menjangkakan dia akan melahirkan anak pada bulan Disember ini.

Sementara itu, Shuib yang setia berada di sisi isterinya sepanjang sesi temu bual berlangsung memberitahu, dia tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya setelah isteri yang tercinta disahkan telah mengandung ketika ini.

"Semasa dalam perjalanan menghantar isteri saya ke klinik, sebenarnya saya dapat rasa yang isteri saya ini sudah berbadan dua. Cuma saya tidak mahu beritahu dia kerana tidak mahu terlampau berharap sangat.

"Kemudian, setelah telah doktor mengesahkan yang isteri saya memang mengandung, sayalah orang yang paling gembira sekali. Depan doktor juga saya menangis dan peluk isteri saya," ujarnya.



Tentang jumlah anak yang mereka inginkan pula, Shuib menjelaskan dia berharap sekurang-kurangnya dianugerahkan dengan empat orang anak.

Menyanyi dan berlakon

Meskipun sudah berumah tangga dan kini disahkan sudah berbadan dua, namun ia langsung tidak menghalang Siti Sarah untuk terus bergiat aktif dalam bidang seni.

Ujarnya, ketika ini dia kerap mendapat undangan untuk membuat persembahan makan malam dan baru sahaja selesai membuat persembahan untuk Minggu Setiausaha di Menara Kuala Lumpur.

"Tidak dinafikan selepas berumah tangga ni memang rezeki semakin bertambah dan baru-baru ini kami digandingkan pula bersama dalam sebuah filem. Tentang pembikinan album baru, memang sudah ada perancangan ke arah itu, namun buat masa ini saya akan keluarkan single terlebih dahulu," jelasnya.

Mengenai pembabitannya dalam bidang lakonan pula, setakat ini saya tidak berdepan dengan sebarang masalah besar. Biarpun berlakon, karier dalam bidang nyanyian akan tetap diteruskan.

"Ramai yang sudah tahu ayah saya adalah seorang pelakon, malah boleh dikatakan saya membesar dalam dunia lakonan kerana sering ikut ayah kalau dia ada penggambaran.

"Jadi, minat untuk berlakon memang sudah ada sejak dari dulu lagi. Kemudian apabila sudah mula menceburinya, saya rasa jadi makin seronok pula," ujarnya.

Stephen Chow

Umum mengetahui, ketika ini Shuib bersama kumpulannya iaitu Sepah sedang bersaing sengit dalam program Maharaja Lawak yang sudah pun masuk minggu kelima.

Selain itu, kumpulan berkenaan juga turut dikenali ramai menerusi drama bersiri Bujang Sepah Lalalitamplom yang ke udara di saluran Astro Prima sebelum ini.

Biarpun kini namanya dikenali ramai sebagai seorang pelawak, tetapi anak kelahiran Johor itu juga sebenarnya mempunyai impian yang tersendiri.

"Sebenarnya saya sangat berminat untuk menjadi seorang pengarah dan sudah tentu pilihan filem atau drama arahan saya nanti adalah yang bergenre komedi.

"Salah seorang pengarah yang paling saya minati adalah Stephen Chow yang juga seorang pelakon. Dia memang jadi idola saya kerana filem lakonan dan arahannya sangat mengagumkan saya," ujarnya.

Bagaimanapun, Shuib menjelaskan impian tersebut mungkin akan dapat dilaksanakan apabila dia benar-benar sudah lama berada dalam bidang lakonan.

"Buat masa ini saya dikira masih lagi baru dan banyak lagi benda yang saya harus pelajari terutamanya tentang selok-belok dunia perfileman sebelum menceburi bidang pengarahan pula," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Aiman ketandusan gimik persembahan

Posted:

Aiman ketandusan gimik persembahan

Aiman ketandusan gimik persembahan

Oleh SYALMIZI HAMID
syalmizi.hamid@kosmo.com.my


AIMAN bersama mentornya, Rahim Maarof.


KONSERT Kumpulan B minggu ketiga Mentor 5 secara secara langsung di Dewan Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor baru-baru ini menyaksikan persembahan hebat daripada Salma yang ditemani mentornya Erra Fazira, Iqa (Edry) dan Aiman (Rahim Maarof).

Bagaimanapun, Aiman yang berada di kedudukan tercorot dengan hanya mendapat kutipan 49 markah, jauh ketinggalan di belakang Salma yang mendapat sebanyak 80 markah dan Iqa (63 markah).

Membiarkan pentas kosong dan membatasi pergerakan, persembahan Aiman menerusi lagu Noktah Cinta dan duet bersama Roy melalui lagu Ratnaku menjadi sedikit lesu berbanding peserta lain biarpun persembahan vokalnya bertenaga.

Persembahan Aiman menerusi Noktah Cinta membuka tirai pentas minggu ketiga Kumpulan B bagaikan tidak menjadi walaupun ia mendapat pujian daripada penyanyi asalnya, Hafiz AF7. Ini kerana Aiman tidak menggunakan pentas dengan optimum.

Juri yang terdiri daripada Datuk Ramli MS dan Noraniza Idris memberi komen yang sama kerana Aiman kurang menguasai pentas dan komunikasi dengan audiens, malah dia kelihatan seperti masih tidak berkeyakinan dalam persembahan pertamanya.

Namun bagi Ramli, Aiman merupakan seorang peserta yang mempunyai pakej tetapi masih kurang digilap dengan rapi.

Komen Ramli: "Kamu terlalu serius dengan kerjaya. Warna suara dan visual (rupa) kamu boleh jual tetapi vokal perlu dipenuhi dengan skil. Kamu perlu belajar vokal secara teori dahulu.

Bagi Aiman pula yang dilihat mempunyai perwatakan serius, persembahannya pada malam itu merupakan caranya yang tersendiri untuk menjiwai lagu-lagu yang dibawakan.

Katanya, menggunakan sepenuh pentas yang ada tidak menjamin persembahan yang hebat kerana dia lebih selesa menggunakan cara sendiri untuk menghayati sesebuah lagu.

"Bagi saya, cara setiap penyanyi untuk menghayati sebuah lagu adalah subjektif. Saya lebih selesa dengan cara saya ini.

"Biarpun tidak terlalu bergerak di pentas, tapi ia lebih membuatkan saya menghayati lagu dengan lebih penghayatan," tegasnya di sidang media selepas tamat konsert.

Duet Iqa, Sudirman

Dalam pada itu, biarpun Mentor 5 belum memasuki separuh akhir, Salma dan Iqa telah menunjukkan momentum kehebatan masing-masing pada persembahan kali ini menerusi vokal bertenaga dan gimik menarik.

Digandingkan bersama Azlan (Azlan & The Typewriter) menerusi lagu Jeritan Batinku, Salma dilihat bertenaga dan masih tidak tenggelam dengan kehebatan vokal Azlan bahkan serasi di pentas.

Menyahut cabaran Ramli pada minggu lalu, persembahan Salma menerusi medley lagu-lagu seperti Penasaran, Kopi Dangdut dan Kabhi Khushi Kabhi Gham bagaikan tiada kekurangan bahkan turut mendapat pujian daripada pengkritik.

Membawa kelainan dalam persembahan duetnya kali ini, Iqa mendendangkan lagu Allahyarham Sudirman, Merisik Khabar dan memberi kejutan kepada penonton apabila seolah-olah berduet dengan penyanyi legenda negara itu.

Selain berjaya memikat penonton melalui undian khidmat pesanan ringkas (SMS), Salma dan Iqa turut membuatkan juri awam bermurah hati dengan memberikan mereka masing-masing sebanyak 19 markah berbanding Aiman yang hanya mendapat 15 markah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Loloq harta terbaik industri seni

Posted:

Loloq harta terbaik industri seni

Loloq harta terbaik industri seni

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my


DARI kiri: Ramli Sarip, Datuk M.Nasir, Ella dan Tam Spider memberi penghormatan dengan menyanyikan lagu-lagu karya Allahyarham Loloq.


BIARPUN sudah lebih tiga tahun dia pergi mengadap Ilahi, namun sumbangan penulis lirik terkenal iaitu Rosli Khamis atau lebih sinonim dengan nama Loloq dalam industri nyanyian ternyata tidak terkira.

Sepanjang hayatnya, arwah yang telah meninggal dunia pada 30 Januari 2008 telah menulis kira-kira 2,000 lirik lagu dan sudah tentu ia merupakan satu pencapaian yang agak sukar untuk ditandingi.

Bagi mengenang jasanya sebagai seorang penulis lirik yang cukup berprolifik tinggi, maka satu inisiatif telah diambil dengan menganjurkan satu konsert khas iaitu Konsert Untukmu Loloq.

Diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 22 hingga 24 April yang lalu, ia telah dijayakan secara bersama oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Badan Kesenian Mindef dan Global Network Entertainment Sdn. Bhd.

Lebih menarik lagi, ia turut dijayakan oleh empat orang penyanyi popular tanah air yang selama ini diketahui banyak menyanyikan lagu yang dihasilkan oleh Loloq iaitu M.Nasir, Ramli Sarip, Ella dan kumpulan Spider.

Berlangsung selama hampir dua jam, peminat yang hadir menyaksikan konsert berkenaan telah dihiburkan dengan lagu-lagu seperti Nuri, Bagaikan Puteri (Ella), Andalusia, Apokalips (M.Nasir), Syair Laila, Majnun (Ramli Sarip), Aladin dan Cinta Dewa Dewi (Spider).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang turut meluangkan masa untuk hadir menyaksikan konsert berkenaan berkata, konsert yang dianjurkan itu adalah satu bentuk pengiktirafan buat Loloq yang banyak memberikan sumbangan kepada industri nyanyian di negara ini.

"Sebelum ini tiada mana-mana pihak yang mengambil inisiatif untuk memberi pengiktirafan kepada allahyarham. Jadi, pihak KPKK dan Badan Kesenian Kementerian Pertahanan mengambil keputusan untuk menganjurkan konsert ini untuk memberi penghargaan kepadanya.

"Sebahagian daripada penjualan tiket konsert yang berlangsung selama tiga hari berturut-turut ini akan disumbangkan kepada keluarga allahyarham terutamanya untuk perbelanjaan pembelajaran anak-anaknya," jelasnya selepas konsert berakhir.

Ujar Zahid lagi, beliau juga turut mengenali penulis lirik berkenaan melalui M. Nasir dan Ramli Sarip ketika sama-sama menyertai konvoi kembara Merdeka sempena Tahun Melawat Malaysia pada Julai 2007.

Sebak

Beliau turut menyifatkan pemergian Loloq sebagai satu kehilangan yang sangat berharga dan menganggap Loloq sebagai sebutir permata yang berkilauan di pentas seni tanah air menerusi hasil karyanya yang cukup indah, puitis, bernas dan bermutu.

Biarpun hanya berlangsung selama tiga hari sahaja, namun konsert yang menampilkan nama-nama besar itu tetap berlangsung dengan jayanya melalui satu persembahan yang cukup memukau dan tidak mengecewakan.

Malah, penyanyi utama kumpulan Spider iaitu Tam tidak dapat menyanyikan salah sebuah lagu dengan baik pada malam persembahan untuk tetamu jemputan dan pihak media kerana berasa sangat sebak.

"Mungkin ramai yang menyangka saya terlupa lirik, tetapi yang sebenarnya saya memang sebak dan perkara itu memang tidak disengajakan. Lagipun sewaktu latihan tidak pula terjadi seperti malam ini.

"Memang selama ini kumpulan Spider selalu bekerjasama dengan allahyarham dan begitu banyak kenangan yang sukar untuk dilupakan. Malah, saya sangat berterima kasih kerana kami diberi peluang untuk menjayakan konsert ini," ujar Tam.

Sementara Ella yang turut menjayakan konsert berkenaan pula menyatakan sehingga kini masih belum ada lagi individu yang mampu menggantikan tempat Loloq sebagai seorang penulis lirik yang hebat dan istimewa.

Biarpun secara peribadi menganggap Loloq sebagai seorang individu yang kelakar, namun dia merasakan penulis lirik itu adalah seorang insan yang cukup unik kerana setiap hasil karyanya sangat bernilai dan mempunyai maksud yang tersendiri.

"Banyak perkara yang tidak dapat dilupakan sepanjang bekerjasama dengannya. Pada masa yang sama saya rasa sangat beruntung kerana mendapat bimbingan daripadanya dan bertuah kerana segala ilmu yang dicurahkan memang sangat bermakna," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jumaat, 29 April 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Gogopal Q5.0 – Navigasi Kereta Pada Harga Berpatutan, Hanya RM399!

Posted: 29 Apr 2011 12:48 AM PDT

Sleek-design, friendly user interface & handy. 3 perkataan pertama yang sesuai untuk dilontarkan kepada produk GPS – Gogopal Q5.0. Review kami mendapati Gogopal mempunyai kelebihan tersendiri untuk bersaing dengan pembekal GPS yang lain.

Alat GPS ini mempunyai skrin sesentuh 5 inci beresolusi 480 x 272, mudah untuk pemandu membuat pilihan destinasi ke lebih 100 ribu POI (Point of Interest). Gogopal Q5.0 memahami citarasa pengguna yang inginkan simplicity dengan membahagikan POI penting kepada beberapa bahagian, seperti restoran, stesen minyak ataupun kedai runcit. Selain itu, Gogopal Q5.0 membolehkan pengguna membuat selektif bahasa sama ada Inggeris atau pun Melayu.

Sebuah alat GPS yang baik hanya akan diketahui apabila digunapakai. Perisian navigasinya adalah daripada Hyundai M&Soft, sebahagian daripada kumpulan Hyundai-Kia di South Korea.

Kelebihan utama Gogopal Q5.0 terlihat pada skema bangunan 3D, satu fungsi penting yang memudahkan pengguna melihat lebih jelas bangunan-bangunan utama. Selain itu, Gogopal Q5.0 mempunyai fungsi "separate junction zoom split display", satu kelebihan dimana pengguna boleh mengelakkan kesilapan apabila mengambil simpang.

Simpang-simpang utama yang terpilih mempunyai navigasi 3D photo. Fungsi ini penting untuk sebuah jalan raya yang mempunyai banyak laluan keluar. Keunikan fungsi ini membolehkan pemandu memilih jalan yang betul untuk mengambil persimpangan baru, atau U-turn.

Tambahan lagi, Gogopal Q5.0 mempunyai fungsi "House Number Search" yang membolehkan anda bernavigasi ke rumah-rumah yang dicari. Fungsi ini boleh digunakan di Malaysia atau Singapura.

Gogopal Q5.0 turut dilengkapi dengan charger kereta, kabel USB, charger rumah & pouch kain – amat lengkap. Setiap pembelian Gogopal Q5.0 mempunyai waranti selama setahun dan anda boleh mendapatkan update terkini melalui laman web Gogopal.

Gogopal Q5.0, sebuah kit yang komprehensif meletakkan harga pasaran sebanyak RM499 – satu tawaran yang menarik dengan mengambil kira fungsi-fungsi terkini alat gps ini.

Walau bagaimanapun, pada minggu ini anda boleh dapatkan Gogopal Q5.0 pada harga RM499 RM399 dengan pembelian secara online di website PBEMall.com.

Untuk keterangan lebih lanjut mengenai Gogopal Q5.0, halakan kursor anda ke website rasmi Gogopal atau hubungi 03-90570908 (ext 203).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Zon Artis

Zon Artis


(Tahniah!) Zed Zaidi Sudah Menjadi Suami Orang

Posted: 29 Apr 2011 06:37 PM PDT

GAMBAR KAHWIN ZED ZAIDI Ingat lagi dengan kad jemputan perkahwinan Zed Zaidi yang seakan-akan Facebook itu? Dan seperti yang disampaikan melalui kad jemputan itu, Zed Zaidi sudahpun sah bergelar suami kepada Natalia Halimatun Mustafa Kamal semalam. Mereka selamat diijabkabulkan sekitar jam 8.35 malam di Restoran Felda D'Saji, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Pihak pengantin lelaki memberi tujuh dulang hantaran beserta mas kahwin berjumlah RM300 yang dibalas sembilan dulang dari pihak perempuan.

Tahniah dari kami kepada anda Zed Zaidi. Semoga pernikahan anda ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Akhir kata, selamat berbahagia.

Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Video Maharaja Lawak Minggu Ke-5

Posted: 29 Apr 2011 11:03 AM PDT

VIDEO MAHARAJA LAWAK MINGGU KE-5

Kalau korang terlepas tengok Maharaja Lawak minggu ke-5 atau memang tak melanggan Astro pakej Mustika, ni kami kongsikan video persembahan kesemua peserta untuk korang layan. Enjoy!

Man

Nabil

Balas

Jambu

Jihan

Sepah

Amir

Jozan

Pada minggu ke-5 ini, Jihan tersingkir.

Kredit penuh & terima kasih kepada guatvcom

Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.