Adsense

Isnin, 18 April 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Adakah Gadis Ini Bakal Tunang Ashraf Muslim?

Posted: 18 Apr 2011 10:20 PM PDT

Hasil siasatan CSI pembaca yang suka berspekulasi cerita mengenai pelakon kesayangan mereka telah membawa kepada persoalan, "Siapakah bakal tunang Ashraf Muslim?"

Menurut informer kami, gadis tersebut yang dipercayai bernama Noor Dayana merupakan anak kedua dan bekas pelajar perubatan di University Manipal, Melaka.

Dipercayai juga, gadis tersebut mempunyai kaitan yang rapat dengan rakan kongsi Ashraf Muslim dalam klinik perubatan Islam iaitu Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah.

Apa pun, ini semuanya spekulasi semata-mata. Ramai peminat terutamanya golongan wanita tertanya-tanya adakah gadis yang disebutkan tepat dengan pilihan Ashraf Muslim. Buat masa ini, CSI pembaca sudah menjumpai gambar gadis tersebut, namun kami blur-kan untuk memberi laluan kepada Ashraf Muslim memperkenalkan sendiri cinta hatinya

CSI pembaca kami juga menyebut, keluarga bakal tunang Ashraf Muslim ini baik-baik orangnya. Malah, adik-beradik bakal tunang Ashraf Muslim turut membuat PHd untuk kajian kanser di sebuah university di Australia.

Andai kata betul spekulasi peminat-peminat Ashraf Muslim, kami tumpang gembira. Alhamdullilah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ashraf Muslim Bakal Bertunang, Mahu Segera Nikah.

Posted: 17 Apr 2011 11:48 PM PDT

Ashraf Muslim Bakal Bertunang, Mahu Segera Nikah.

Pelakon hensem Ashraf Muslim yang kini sibuk dengan aktiviti perubatan Islam telah memaklumkan kepada pihak media bahawa dia akan bertunang dengan seorang gadis berumur 24 tahun pada 23 April ini, di Gombak. Ashraf Muslim juga berkata yang dia tidak keberatan untuk memperkenalkan gadis tersebut pada hari pertunangannya nanti, yang diadakan serentak dengan hari perasmian kliniknya iaitu Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah.

Menurut Ashraf lagi, bakal tunangnya merupakan seorang doktor perubatan yang sedang menjalani praktikal di sebuah hospital di Melaka. Dia sudah mengenali gadis tersebut sejak setahun yang lepas dan ciri-ciri gadis tersebut yang merendah diri, bertudung, solehah, sedap mata memandang telah merebut hatinya.

Ashraf Muslim juga menyebut bahawa dia ingin menamatkan zaman bujang pada tahun ini. Buat masa ini, Ashraf Muslim kurang menerima tawaran lakonan dan berhati-hati memilih cerita & watak untuk mengelakkan fitnah.

Ashraf Muslim berkata lagi, ""Saya akan mengelak dari adegan berpegang-pegangan tangan atau bersentuhan dengan wanita termasuk semasa sesi fotografi. Jadi, saya tidak akan bergambar berdua-duaan dengan wanita dan berharap semua pihak meghormati keputusan saya."

Kami mengucapkan tahniah kepada Ashraf Muslim atas berita pertunangan ini. Kredit penuh berita asal Mstar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Senarai Nama Peserta Calon Imam Muda 2

Posted: 18 Apr 2011 10:00 PM PDT

Bekas Ahli Gimnastik, Jurutera Antara 10 Calon Imam Muda 2

KUALA LUMPUR: Bekas ahli gimnastik, jurutera dan pensyarah antara 10 calon Imam Muda musim kedua (IM2) yang diumumkan di Dewan Muktamar, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), malam Isnin.

Pengumuman tersebut turut disiarkan secara langsung menerusi Astro Oasis (saluran 106). Dua calon berasal dari luar negara iaitu bekas ahli gimnastik Mujahid Suhaimi, 20, (Singapura-pelajar) dan Zulfadli Awang, 24, (Brunei-pegawai masjid).

Sementara yang lain adalah Ali Khairudin Abdul Marif, 26, (Sabah-guru Kafa), Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26, (Perak-pensyarah), Nazrul Izwan Zolkiflee, 26, (Johor-guru besar), Wan Najdi Wan Mohd Noh, 20, (Kelantan-guru tarannum).

Turut serta Mohd Fakhrurrazi Hussin, 27, (Terengganu-imam), Ammar Wan Harun, 27, (Kuala Lumpur-mahasiswa), Mohd Azlan Zulkarnain, 25, (Kuala Lumpur-jurutera) dan Abdul Fattah Riddzwan, 21, (Negeri Sembilan-fasilitator).


Sepuluh calon akan berentap untuk gelaran Imam Muda 2.

"Sepuluh peserta yang berjaya terpilih dalam program ini telah melepasi ujian bacaan ayat al-Quran, pengetahuan am dan mempunyai kelainan tersendiri seperti bakat dan profesion. Apabila program ini bermula nanti, mereka akan diberi pendedahan dari sudut ekonomi seperti pasaran saham dan perubatan Islam. Sama ada mereka disingkirkan atau tidak nanti, 10 calon ini tetap akan bergelar imam muda. Kami berharap mereka akan menjadi imam muda contoh apabila program ini berakhir kelak," kata Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar ketika sidang media selepas pengumuman tersebut.

Tambahnya: "Kami amat bersyukur terhadap penerimaan program ini pada musim lalu kerana semakan carian di Google mencatatkan 1.7 juta pelayar, lebih 300,000 peminat di Facebook, ditonton 3 juta penonton dan mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa."

Juara akan menerima hadiah berupa biasiswa pakej platinum selama empat tahun di Universiti Al-Madinah, kereta, wang tunai RM30,000, pakej perabot, pakej haji dan umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi.

Naib juara bakal memenangi biasiswa pakej emas di universiti yang sama, wang tunai RM20,000, pakej perabot, pakej umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi.

Sementara calon lain akan menerima pakej umrah, pakej percutian, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi.

Kapsul IM2 akan disiarkan pada 25 April ini, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 7.55 malam, Mimbar IM2 (Jumaat, 6.30 petang, 29 April), Medan IM2 (Jumaat, 9 malam). via Mstar Online

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Imam Muda Perkenal Mursyid Baru
  • Senarai Peserta Imam Muda Astro Oasis
  • Hizbur & Asyraf Siapa Juara Imam Muda Musim Pertama
  • Aran, Azhar & Asyraf Hos Khabar Haji Musim Kedua
  • Ujibakat Imam Muda di Kelantan Dapat Sambutan
  • Senarai Murshid Imam Muda Musim 2
  • Senarai Penuh 14 Nama Pelajar Akademi Fantasia 6
  • Profile Ahmad Nazib Bin Zaidi (NAZIB) Calon Pelajar AF 6
  • Penamaan Calon Esok & Siti Nurhaliza Tak Daftar Undi?
  • Kejutan AF6: Saida Kakak Siti Nurhaliza Masuk AF 6
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Teater Badai Semalam Akan Dipentaskan di Istana Budaya

    Posted: 18 Apr 2011 09:07 PM PDT

    Badai Semalam di pentas Istana Budaya

    NOVEL Badai Semalam sememangnya tidak asing kepada pembaca novel Melayu. Pernah menjadi teks sastera tingkatan enam, Badai Semalam umpama karya sepanjang zaman.

    Yang dilahirkan selepas 1970-an boleh menyebut Badai Semalam dan membaca novel itu tanpa ada perkataan 'ketinggalan zaman'. Hakikatnya, novel Badai Semalam turut mencuri perhatian Istana Budaya. Biar pun jalan ceritanya mudah, bagi Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani, ada sesuatu yang istimewa tentang novel tersebut sehingga mencetuskan minat untuk mempersembahkannya dalam bentuk teater.

    Poster Teater Badai Semalam

    Istana Budaya bakal mementaskan teater yang diadaptasi daripada sebuah novel karya Khadijah Hashim berjudul Badai Semalam pada 15 hingga 25 Jun ini di Panggung Sari, Istana Budaya.

    Keputusan itu, menurut Mohamed Juhari bukan dibuat atas dasar syok sendiri. Sebaliknya tinjauan pendapat dan pandangan pelbagai pihak dituntut. Apatah lagi bagi mengisi kekosongan slot Jun ini apabila teater Salina terpaksa 'dibatalkan' lantaran ada masalah mendapat persetujuan penulisnya Datuk A. Samad Said.

    "Memang jalan cerita ini agak mudah," akui Mohamed Johari, namun beliau menyifatkan mudah tidak semestinya tidak menarik. Malah ada kalanya teater menuntut sesuatu yang mudah bagi menolak kepercayaan bahawa seni persembahan itu sarat dengan falsafah dan berselindung di sebalik maksud sebenar.

    Ada juga yang berpersepsi teater sukar difahami dan hanya untuk golongan tertentu, sebab itu minat terhadap teater di kalangan rakyat Malaysia masih sederhana. Lantas bagi Mohamed Juhari ada masanya teater tidak boleh berkonflik menerusi jalan cerita yang memerlukan penonton 'terlalu berfikir' dan merenung jauh untuk mengetahui maksud tersirat.

    Apatah lagi apabila teater bertujuan mengajak penontonnya bersantai dan berhibur sambil tidak melupakan mesej yang hendak disampaikan menerusi novel itu.

    Namun seringkas dan semudah mana sekali pun sesebuah novel itu, untuk mengangkatnya ke pentas teater tentunya menuntut kelainan dari sudut skrip dan jalan cerita serta cara ia dipersembahkan.

    Kesempatan bertemu Mohamed Johari turut dirisik barisan pelakon yang mungkin membarisi teater tersebut. Erra Fazira, Aaron Aziz dan Fizz Fairuz sedang diusahakan bagi membawa tiga watak utama manakala Ummi Aida difikirkan untuk watak ibu – gabungan mantap yang pasti memberi bayangan sedikit sebanyak bagaimanapun bentuk persembahan teater itu kelak.

    "Beberapa nama seperti Erra Fazira dan Lisa Surihani telah dicadangkan untuk memainkan watak utama iaitu watak Mazni tetapi mereka tidak dapat menerimanya kerana mempunyai komitmen lain. Kami dalam proses untuk mencari pelakon wanita lain yang sesuai dengan watak ini, tapi bagi watak hero, pelakon Farid Kamil telah menyatakan persetujuannya untuk memegang watak Karim," katanya.

    Badai Semalam

    Khadijah Hashim pengarang Novel Badai Semalam

    Pertemuan dengan Khadijah juga telah diatur dua minggu lalu bagi berbincang dan memohon persetujuan supaya hasil karya penulis itu disenaraikan dalam diari Istana Budaya.

    "Beliau nampaknya berminat dan Istana Budaya gembira dengan persetujuan tersebut," kata Mohamed Juhari.

    Tentunya ramai yang tidak sabar mahu menonton Badai Semalam di layar teater terutamanya generasi yang pernah hidup dalam dunia Khadijah ketika mana novel itu dijadikan teks kesusasteraan Melayu.

    Cabaran kepada Rahimidin Zahari untuk menyusun skrip yang menarik bagi memastikan keindahan Badai Semalam dapat dipindahkan daripada teks ke pentas tanpa ada ruang untuk mana-mana pihak membuat perbandingan.

    Pastinya ada unsur-unsur lain mahu diterapkan oleh beliau supaya jalan cerita yang 'lurus' dapat dipelbagaikan pendekatannya supaya seni teater itu sendiri dapat dizahirkan untuk mengajak penonton mencintai seni persembahan.

    Bagi pencinta seni puisi nama Rahimidin sememangnya tidak asing, mungkin ada garapan keindahan nilai puisi dalam menata bait-bait skrip untuk teater Badai Semalam kelak. Selain barisan pelakon yang sememangnya sudah ternama, Istana Budaya pasti mahu teater tersebut diarahkan oleh nama yang tidak kurang hebat, lantas memilih Khairunazwan Rodzy.

    Badai Semalam

    Pengarah Artistik Irwan Ismadi

    Beliau yang juga Penolong Pengarah teater Natrah bakal menjadi 'peneraju' untuk menentukan 'di mana' dan bagaimana bentuk Badai Semalam apabila dipentaskan. Bagi Mohamed Juhari, mengetengahkan nama-nama baru tetapi berbakat dalam seni persembahan dan pengarahan amat penting bagi membolehkan Istana Budaya melahirkan pelapis dalam industri.

    "Dengan memberi peluang kepada orang yang kita tahu berbakat dan sememangnya dunia mereka adalah teater umpama menyambung nyawa dalam bidang seni persembahan," katanya.

    Badai Semalam

    Sinopsis Teater Badai Semalam

    Mazni anak seorang pembantu rumah membesar bersama ibunya yang tua dan uzur di sebuah banglo milik Encik Haris dan Puan Rohana. Mazni membesar di dalam rumah tersebut dengan penuh kesederhanaan kerana menyedari diri dan ibunya hanya menumpang berteduh di situ.

    Walaupun majikan ibunya amat berbesar hati membenarkan mereka tinggal disitu, tetapi pandangan jiran tetangga amat buruk dan negatif terhadap mereka. Mereka berasa irihati dan cemburu dengan kecantikan dan kebijaksanaan Mazni apatah lagi apabila Karim, anak Encik Haris dan Puan Rohana mula jatuh hati kepada gadis tersebut. Pada mulanya Mazni hanya menganggap Karim sebagai abangnya sahaja.

    Dari perasaan kasih jatuh kepada cinta. Karim berjaya menambat hati Mazni untuk bercinta dengannya. Walaupun Mazni tahu latar belakang Karim yang suka berfoya-foya dan tidak mempunyai komitmen dalam menjalinkan hubungan, telah mula berubah laku selepas di timpa musibah kemalangan yang berjaya menginsafkan dirinya. Layanan mesra oleh Mazni membuatkan Karim beria ingin memperisterikan Mazni. Walau banyak tentangan dan fitnah yang dilemparkan, tetapi Karim nekad memperisterikan Mazni. Puan Rohana, ibu Karim tidak bersetuju jika anaknya ingin menyunting Mazni, anak bekas orang gaji mereka. Malu kerana orang luar mula memperkatakan maruah keluarga nanti.

    Mazni sedar akan dirinya itu yang tidak mempunyai apa-apa. Dia nekad untuk berkahwin dengan Karim lantaran kasihnya mula bersemi pada lelaki itu. Walaupun Mazni diminati oleh Zaki, tetapi hatinya terlebih dahulu diserahkan kepada Karim. Ibu Mazni amat kecewa apabila mendengar tohmahan dan fitnah tentang Mazni yang berkelakuan tidak senonoh itu. Di saat Mazni memerlukan sokongan, ibunya meninggal dunia. Tinggallah Mazni berdua dengan Karim sebagai suami isteri.

    Dalam pada masa yang sama Mazni menyambung pelajaran di sebelah malam. Hari berganti hari, terlalu banyak dugaan yang mendatang. Mazni terpaksa membahagikan masa dengan pelajarannya. Sedikit sebanyak, Mazni terpaksa mengenepikan kehendak Karim. Mazni berasa kecewa dengan sikap Karim yang mula berubah laku selepas mendirikan rumahtangga.

    Karim kembali dengan perangai lamanya yang suka berfoya-foya kerana merasakan Mazni telah mengabaikannya dan sibuk dengan buku-bukunya. Apakah kesudahan hidup Mazni? Berjayakah Mazni mencapai cita-citanya? Zaki yang tidak pernah jemu-jemu menagih kasih pada Mazni masih belum berputus harap. Siapakah yang setia di sisinya?

    MAKLUMAT PERSEMBAHAN

    Tajuk Persembahan Teater Badai Semalam
    Tarikh Persembahan : 15 – 25 Jun 2011
    Masa Persembahan: 8.30 malam
    Tempat Persembahan: Panggung Sari, Istana Budaya

    Harga Tiket : RM30, RM50, RM70, RM100, RM150, RM300
    Diskaun 20% – Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas dan pelajar

    RM20 – Pelajar berkumpulan (minima 20 orang)

    Harga tiket tidak termasuk cukai perkhidmatan

    Tempahan Tiket Maklumat Lanjut:
    Box Office, Istana Budaya
    Jalan Tun Razak,
    50694 Kuala Lumpur
    03 – 4026 5558

    Waktu Operasi Istana Budaya:
    Isnin-Jumaat: 9.30am-6.00pm
    Sabtu: 9.30am -1.00pm
    Ahad/Cuti Umum: Tutup Waktu Operasi
    (semasa persembahan):

    Isnin-Jumaat: 9.30am-9.00pm
    Sabtu/Ahad/Cuti Umum: 2.00pm-9.00pm
    Pembelian Online: www.ticket2u.biz
    03 – 4147 8600
    Laman Sesawang: www.istanabudaya.gov.my

    Badai Semalam

    Khadijah Hashim

    Badai Semalam

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , , , , , , , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Pemenang Peraduan Mari Menonton Teater Muzikal Kanak-Kanak Aladdin
  • Jom Nonton Teater Musical Peter Pan di Istana Budaya
  • Teater Mana Setangginya di Istana Budaya
  • P. Ramlee The Musical @ Esplanade & Istana Budaya
  • Tiket Teater Muzikal Kanak-Kanak Sinbad Laris
  • Teater Sambathan Arahan S.T Bala
  • Teater Muzikal Lat Kampung Boy
  • Majlis Sidang Media & Pelancaran Teater Muzikal Islam "Sirah Junjungan"
  • Teater P. Ramlee The Musical di Istana Budaya Lakonan Musly Liza Hanim
  • Gambar AC Mizal di MAC Sponsor Puteri Gunung Ledang The Musical Season III
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    SkyCrewz Network

    SkyCrewz Network


    Apabila Bekas Juara AJL Ber-Facebook!

    Posted: 30 Jan 2011 07:53 PM PST

    Apabila Bekas Juara AJL Ber-Facebook!

    Memang bagus dieorang ni semua. Ye lah dengan menggunakan facebook, mereka dapat mengumpul semua bekas juara AJL. Ikatan antara mereka tu masih ada. Tapi korang jangan percaya semua ini adalah dusta semata-mata. Hanya untuk menceriakan hari-hari yang muram setelah hujan.

    gosip artis Apabila Bekas Juara AJL Ber Facebook!

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Gambar Nora Danish dan Jejai Bercuti Di Jepun

    Posted: 25 Jan 2011 10:19 PM PST

    Gambar Nora Danish dan Jejai Bercuti Di Jepun

    Minggu ni memang hot dengan cerita-cerita Jejai, Fasha Sandha dan juga Nora Danish. Bagi meng-hot-kan lagi keadaan kami nak paparkan pulak gambar Jejai dan Nora Danish bercuti di Jepun bersama-sama dengan keluarga bekas mentua Nora Danish.

    Kalau korang nak tau juga, percutian ini lah antara puncanya si Fasha Sandha berbikini di Bali tempoh hari. Apa yang kami boleh katakan, memang Nora Danish ni sangat baik dengan bekas mentuanya. So, Jejai kami harap kau rujuk lah balik dengan Nora Danish.

    gosip artis Gambar Nora Danish dan Jejai Bercuti Di Jepun

    gosip artis Gambar Nora Danish dan Jejai Bercuti Di Jepun

    gosip artis Gambar Nora Danish dan Jejai Bercuti Di Jepun

    gosip artis Gambar Nora Danish dan Jejai Bercuti Di Jepun

    gosip artis Gambar Nora Danish dan Jejai Bercuti Di Jepun

    gosip artis Gambar Nora Danish dan Jejai Bercuti Di Jepun

    gosip artis Gambar Nora Danish dan Jejai Bercuti Di Jepun

    gosip artis Gambar Nora Danish dan Jejai Bercuti Di Jepun

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    borak kosong

    borak kosong


    Ratusan anjing di curi untuk dijadikan sajian di Restoran

    Posted: 18 Apr 2011 09:00 PM PDT

    Anjing yang berhasil diselamatkan di Dongyuhe di Distrik Changping, China

    TRIBUNNEWS.COM - Ratusan anjing berhasil diselamatkan untuk dijadikan santapan di sejumlah restoran China setelah sejumlah aktivis menemukan mereka di pusat penampungan. Demikian dilapor The Straits Times,Isnin (18/4/2011).

    Sebuah trak berhasil ditahan dan ratusan anjing ditemukan di dalamnya di jalan bebas hambatan di sebelah timur Beijing. Penemuan ini kemudian diberitahukan kepada aktivits binatang.Anjing ini dicuri dari pemiliknya dan kemudian dibawa ke Daerah Henan. Sebanyak 430 anjing ditemui.

    Akhirnya, 200 orang pencinta haiwan datang dan kemudian mengelilingi trak itu dan setelah 15 jam berkumpul dan terjadinya kesesakkan ratusan anjing itu kemudian berhasil diselamatkan saat kelompok perlindungan haiwan membeli semua anjing itu senilai 115 ribu yuan.

    Di sejumlah tempat di China, ada ratusan atau ribuan kucing dijadikan santapan di restoran. Kerana ini adalah masakan paling kuno di China.

    Gambar kenderaan dipandu laju akan dipapar di Internet

    Posted: 18 Apr 2011 08:00 PM PDT


    Satu idea yang bagus dan agak boleh
    dipratikkan di negara kita..
    saya petik dari
    Sinar Harian

    MANILA - Pihak berkuasa Filipina akan memaparkan foto kenderaan yang melebihi had laju dalam laman sesawang rasmi kerajaan sebagai usaha mengurangkan jumlah pesalah lalu lintas di negara itu.

    Senarai foto kenderaan dipaparkan dalam www.mmda.gov.ph/Speeding-Violators.html akan turut disertakan dengan tarikh dan masa kejadian.

    Ketua pihak berkuasa, Francis Tolentino berkata, penggunaan sistem kamera baru automatik itu akan menyebabkan pegguna jalan raya memandu lebih berhemah.

    Tolentino turut melaporkan lebih daripada 7,000 pemandu sudah menerima surat saman kerana memandu kenderaan melebihi had 60 kilometer sejam yang ditetapkan di bandar raya terbabit.

    Menurutnya, usaha itu dilihat berjaya menurunkan kadar kemalangan di sepanjang lebuh raya.

    Wow...Raifal AK-47 diperbuat daripada kristal

    Posted: 18 Apr 2011 07:00 PM PDT


    Wow..menarik
    saya petik dari kosmo online

    MILAN, Itali - Kristal mewah Swarovski sinonim dengan barang kemas, ukiran elegan dan candelier tetapi seorang pengukir, Nicola Bolla, menggunakan kristal tersebut untuk menghasilkan pelbagai arca yang menakutkan.

    Menerapkan tema kematian, sebanyak 15 arca yang dihasilkan pengukir terkenal berusia 47 tahun itu termasuk raifal AK-47, tengkorak, tulang rusuk dan tulang paha dipamerkan kepada umum sempena Minggu Seni Reka Milan minggu lalu.

    Dia menjadi popular kerana menggunakan bahan yang mewah dan cantik termasuk berlian untuk menghasilkan pelbagai objek termasuk mangkuk tandas. - Agensi

    Jahanam...parti sedia siswi seksi untuk pelajar IPT

    Posted: 18 Apr 2011 06:00 PM PDT


    Sampai macam ni sekali mereka cuba merosakkan
    jiwa remaja...
    saya petik dari myMetro

    MELAKA: Beberapa pengusaha pusat hiburan di negeri ini didapati bertindak melampau bagi menarik pengunjung di kalangan penuntut institut pengajian tinggi (IPT) apabila menyediakan program khusus untuk golongan itu dinamakan 'parti pakaian seragam kolej.'

    Ketua Ahli Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Mohd Yusof Hassan, yang mendedahkan perkara itu berkata tindakan itu terbukti selepas pihaknya menerima aduan berdasarkan kain rentang yang mempromosi aktiviti berkenaan.

    Mohd Yusof berkata, berdasarkan maklumat pada kain rentang berkenaan, penganjur menyediakan lebih 50 gadis seksi kepada pengunjung lelaki sebagai daya tarikan.

    "Malah, mereka juga turut menyediakan persembahan tarian seksi dan pertunjukan pentas oleh kumpulan muzik.

    "Memang jelas parti dianjurkan itu sengaja mahu menarik pengunjung terutama membabitkan golongan pelajar untuk mereka berhibur.

    "Apa yang saya tak puas hati mengapa mereka menggunakan perkataan kolej, seolah-olah sengaja mahu menarik golongan muda berkenaan untuk menyertai parti berkenaan," katanya, di sini, semalam.

    Wanita Ini Memiliki Rambut 3,6 Meter

    Posted: 18 Apr 2011 05:00 PM PDT


    TEMPO Interaktif, Jiang Aixiu seperti Rapunzel, tokoh fiksi yang punya rambut super panjang. Jiang, perempuan yang berasal dari Fushun, Henan, Cina memiliki rambut sepanjang 3,6 meter. Maklum, dia sudah 21 tahun tak memotong rambut.
    "Sebenarnya aku ingin sekali memotong rambut, tapi penata rambutku berkata sayang, rambut ini bagus," kata Jiang seperti dikutip dari Orange,Isnin 18 April 2011.

    Jiang tidak pernah menyangka rambutnya boleh panjang hingga hampir 4 meter. "Aku tak pernah makan sesuatu yang khusus agar rambutku terus tumbuh, aku juga tak memakai shampoo spesial," ujarnya.
    Setiap tahun, rambut Jiang tumbuh sekitar 20 sentimeter. Meski dia suka dengan rambut panjangnya, Jiang punya satu kesulitan: tiap kali bershampoo dia harus benar-benar bersih membilasnya. "Perlu dua jam setiap kali bershampoo," katanya.

    Meski panjangnya 3,6 meter, rambut Jiang itu belum bisa mengalahkan rekor dunia. Pada 8 Mei 2004, Xie Qiuping mencipts rekod dalam Guinness Book dengan rambut mencapai 5,627 meter.
    Rambut panjang Jiang pernah ditawar seseorang sebesar 10 ribu Yuan, tapi dia menolak. Meski mencintai rambut panjangnya, dia rela memotongnya bila disarankan doktor. Sebab ada seorang doktor yang mengatakan, rambut panjang menyerap nutrisi cukup banyak dari kepalanya.

    Kenapa anjing diikat di tiang elektrik?

    Posted: 18 Apr 2011 11:01 AM PDT



    [PENTING] Blog Yang Tidak Menggunakan Akaun Google Akan Dihapuskan! Apa yang Perlu Anda Buat?

    Posted: 18 Apr 2011 10:01 AM PDT



    Blogger.com merupakan antara perkhidmatan pertama yang dibeli oleh Google. Selepas hampir 8 tahun membeli perkhidmatan blog percuma tersebut, kini Google mengumumkan yang mana mereka akan menghentikan sokongan untuk pendaftaran masuk ke akaun Blogger menggunakan akaun selain daripada akaun Google. Perkara ini akan dilaksana
    kan pada 25 Jun 2011 nanti. Menurut Google, bagi pengguna yang tidak mengubahnya kepada akaun Google selepas 25 Jun kelak, mereka akan memadam akaun tersebut, bersama-sama blog-blog yang didaftarkan pada akaun lama tersebut.

    Bagi pengguna blogger/blogspot yang menggunakan akaun selain akaun Google untuk log-in ke blog, wajib menukarnya dengan kadar segera bagi mengelakkan blog anda dihapuskan.

    Contoh : pakpandir@yahoo.com ditukarkan kepakpandir@gmail.com!



    Bagaimana nak tukar email login ke blog? Ikuti langkah-langkah di bawah!
    1. Create akaun gmail

    Mula-mula, create akaun gmail dulu. Kalau dah ada, ikuti langkah seterusnya.

    2. Sign in blog macam biasa ( guna email yahoo -contohnya ). Pergi Settings > Permissions > klik Add Authors > Masukkan email gmail > klik Invite.

    3. Login akaun gmail > ada email jemputan > klik link untuk pengesahan. Ada notis "To join this blog as an author, accept the invitation by signing in with your Google Account here". Jangan takut, klik saja 'here' dan kita akan dibawa memasuki dashboard blog tersebut.

    4. Logout dari akaun gmail tersebut dan login pula menggunakan email yang mula-mula ( yahoo )

    5. Pergi kat Settings > Permissions >ada nickname dan email yang baru kita add tadi sebagai author. Klik grant admin privileges.

    6. Nickname lama dan email lama boleh di remove, Sekarang blog tersebut menggunakan akaun gmail sepenuhnya.

    Kalau ada 3-4 blog lain, ulanglah langkah di atas sehingga kesemua blog berkumpul di bawah satu username sahaja.

    ** untuk maklumat lanjut, klik : buzz.blogger.com , kujie.com , dan solihinzubir.com

    sumber :
    http://duniacacamarba.blogspot.com/

    Video cara bunuh diri ditunjukkan kepada pelajar 14 tahun

    Posted: 18 Apr 2011 09:01 AM PDT

    INILAH.COM, London – Seorang aktivis eutanasia Australia berhasil mengejutkan dunia. Aktivis ini menunjukkan video menggambarkan cara bunuh diri pada pelajar 14 tahun. Seperti apa?

    Dr Philip Nitschke yang memiliki jolokan Dr Death ini mendemonstrasikan mesinnya memberi suntikan mematikan dalam video itu. Daily Mail melaporkan, video itu telah ditunjukkan pada pelajar berusia 14 tahun di seluruh Inggris.

    Tindakan Dr Death membuat kemarahan internasional. Dalam video juga terdapat  dirinya memberi bantuan pada metode bunuh diri tersebut. Bahagian itu mendapat kecaman dari para pemimpin gereja sebagai 'undangan melakukan bunuh diri'.

    Keputusan memasukkan Dr Death dalam video itu dikutuk kempen yang melawan tindak tersebut. Psikologi pun memperingatkan, hal itu boleh mendorong remaja  mengakhiri hidup mereka sendiri.

    Pada video itu, Nitschke dilaporkan menunjukkan cara bunuh diri  termasuk menggunakan beg berisi helium yang ditempatkan di atas kepala, ubat Mexico, morfin dan 'Pil tidur DIY'.

    Filem berdurasi 20 minit itu dibuat oleh kelas video berbasis Bristol yang memasuk filem pendidikan untuk sekolah-sekolah di Inggris.

    Pemerintah Perancis Bakal Larang Muslim Solat Berjamaah

    Posted: 18 Apr 2011 08:00 AM PDT

    PARIS, RIMANEWS – Pemerintah Perancis berniat kembali kepada anti-Islam setelah sebelumnya, undang-undang kontroversi larangan pemakaian jilbab, mendapat protes hebat dari umat Islam. Dengan alasan kerana warga Muslim menunaikan solat di pinggir jalan, pemerintah Perancis berniat membatasi kebebasan warga Muslim dalam menunaikan kewajiban agama mereka.

    Menteri Dalam Negeri Perancis, Claude Guéant, yang dikenal sebagai salah seorang think-tank politik anti-Islam di negara ini, menetapkan peraturan baru melarang pelaksanaan solat jamaah di pinggir jalan.

    IRNA melaporkan, surat khabar Le Parisien dalam hal ini menulis, Guéant mengatakan, "Kami tengah mencari cara untuk melarang penunaian solat berjamaah di pinggir jalan."

    Mendagri Perancis mengemukakan pernyataan itu di ketika penunaian solat berjamaah di pinggir jalan, sangat jarang terjadi, dan biasanya hanya dilakukan di wilayah-wilayah yang memiliki fasiliti sangat terbatas atau batasan yang dilakukan pemerintah. Selain itu, warga Muslim Perancis juga menunaikan solat berjamaah itu tanpa mengganggu orang lain.

    Menjawab pertanyaan soal sedikitnya jumlah masjid di Perancis, Guéant mengatakan, di Perancis dapat dibangun masjid yang lebih banyak. Namun Guéant tidak memberikan keterangan lebih teperinci bagaimana masjid-masjid tersebut dapat dibangun.

    Di kota Nice misalnya, hanya terdapat dua masjid, dan warga Muslim di kota itu harus menempuh jalan jauh untuk pergi ke masjid. Namun masalah yang paling penting adalah bahawa kedua masjid itu tidak mampu menampung seluruh warga Muslim yang hendak menunaikan solat berjamaah.

    Berkait implementasi larangan solat berjamaah di tepi jalan itu, Guéant menjelaskan, "Harus ada cara untuk menghentikan solat berjamaah di tepi jalan, dan saya secara peribadi memprioritaskan penggunaan "kekuatan" dalam menjalankan ketentuan tersebut.

    Guéant hingga kini telah berulangkali memprovok umat Islam, termasuk penilaiannya terhadap peningkatan jumlah warga Perancis yang memeluk agama Islam. Keadaan ini menurut Guéant sangat disayangkan dan akan menjadi masalah serius bagi Perancis.

    Sejumlah politik anti-Islam dalam pemerintahan Perancis yang beberapa waktu lalu melarang penggunaan burka, telah memasuki tahap baru yang lebih serius.

    Laurent Booth, saudara perempuan isteri bekas perdana menteri Inggris, Tony Blair, dalam wawancaranya dengan IRNA, menepis klata para pejabat Perancis bahawa kaum perempuan yang mengenakan burka merupakan ancaman pengganas dan keamanan.

    Dikatakannya, "Kaum perempuan berjilbab sebetulnya memang merupakan ancaman bagi negara-negara Barat. Namun ancamannya tidak dalam bentuk kekerasan seperti yang dikatakan oleh para politik Barat, melainkan kerana busana Muslimah pada hakikatnya telah menyoal kebebasan kaum perempuan di Eropah dan Amerika."

    Pramugari Hong Kong Airline Diajarkan Kung Fu

    Posted: 18 Apr 2011 07:00 AM PDT

    HONG KONG - Perusahaan penerbangan di Hong Kong kini memberikan pelajaran bagi pramugarinya untuk mempelajari kung fu untuk menghadapi para penumpang yang mabuk dan keras kepala.

     Hong Kong Airline mengatakan seluruh stafnya kini telah diundang untuk mempelajari wing chun, jenis kung fu untuk jarak dekat. Tapi ilmu bela diri tersebut hanya diperuntukkan bagi kru kabin.

     Perusahaan penerbangan tersebut sudah tiga kali mengalami insiden yang buruk dengan penumpang, demikian ujar Eva Chan, wakil general manager corporate communication.

     Dua minggu lalu seorang kru terpaksa harus mengeluarkan jurus kung funya pada saat penerbangan dari Beijing ke Hong Kong.

     "Salah satu penumpang sakit, mungkin kerana terlalu mabuk. Para pramugari berusaha untuk mengangkatnya dan dia tersebut menyedari bahwa latihannya sangat membantunya," ujar Chan, seperti dilapor AFP.

     "Seharusnya, seorang wanita akan sulit untuk mengangkat seorang lelaki gendut, apalagi jika sedang mabuk, tapi berkat latihannya, dia dapat menangani hal tersebut dengan mudah," lanjutnya.

    189 Tahun Tergantung di almari, Mayat Seorang Pembunuh Akhirnya Dikuburkan

    Posted: 18 Apr 2011 06:00 AM PDT

    Mayat pembunuh yang dihukum mati pada 1821 itu akhirnya ditemukan tergantung di dalam almari di Universit Bristol. Jasad tersebut akhirnya boleh dikebumikan  setelah tergantung selama 189 tahun.

    John Horwood, nama pembunuh tersebut, didapati bersalah pada 1821 setelah membunuh bekas kekasihnya, Eliza Balsom, ketika dia berusia 18 tahun. Dia membaling Balsom dengan batu kerikil ketika Balsom sedang menyeberang di sebuah sungai di Bristol.

    Mary Halliwell dan tengkorak John Horwood

    Serangan Horwood sebenarnya tidak menyebabkan luka serius. Tapi, Horwood meninggal dunia setelah menderita infeksi ketika doktor bedah membuat sebuah lubang di kepalanya untuk mengurangi tekanan darah yang terus keluar. Horwood pun akhirnya dinyatakan bersalah atas kematian Balsom dan kemudian dihukum mati.

    Dr Richard Smith, yang melakukan pembedahan pada Eliza Balsom, menolak izin untuk mengembalikan jasad John Horwood ke keluarganya. Jasad Horwood akhirnya digunakan untuk keperluan pembedahan di Hospital Kerajaan Bristol (Bristol Royal Informary). Setelah pembedahan di depan 80 orang, Dr Smith menyimpan kerangka Horwood dan menaruhnya di sebuah almari pameran sebelum kemudian diberikan ke Universitas Bristol.

    Mary Halliwell (67 tahun) akhirnya menemukan John Horwood dan memenangkan hak hukum keatas jasad Horwood. Pada Rabu (13/4) ini, Halliwell akhirnya boleh menguburkan John Horwood. Tengkorak John Horwood digantung di luar penjara New Bristol selama sejam sebelum akhirnya dikuburkan.

    Berdasarkan borang pemohon keluarganya, John Horwood adalah saudara laki-laki dari moyang Halliwell.

    sumber : http://www.republika.co.id

    Perpustakaan dan Buku Terkecil seDunia

    Posted: 18 Apr 2011 05:00 AM PDT

    Seorang pengumpul buku dari Hungary memiliki sebuah perpustakaan terkecil dengan koleksi buku-buku terkecil sedunia.

    Mungkin kunjungan orang ke perpustakaan semakin lama semakin berkurang seiring dengan kemajuan internet yang semakin murah. Orang sudah dimanjakan dengan hal-hal yang berbau internet. Mau butuh informasi apa saja tinggal googling.

    Jozsef Tari mengklaim dirinya memiliki perpustakaan terkecil sedunia dengan koleksi buku-buku mini yang dikumpulkannya sejak tahun 1972 (odditycentral.com).

     Jozsef sudah memiliki lebih dari 4.500 karya sastera yang sebahagian besar berbahasa Hungary, termasuk buku terkecil di dunia yang berukuran 2,9 x 3,2 mm yang paling dibanggakannya, dan beberapa buku mini keluaran Amerika Syarikat, Mexico, Kanada, Australia, Jepun dan buku mini dari Indonesia.

    "Saya tertarik mengumpulkan buku yang bertemakan apa saja; agama, olahraga, sastera hingga seni memasak, selama ditulis dalam bentuk buku yang ukurannya tidak lebih dari 76 mm," Jozsef menjelaskan tentang koleksi buku mininya.


    Selain dari koleksi 4.500 buku mini, dia juga memiliki 15 jenis surat khabar mini, termasuk yang terkecil di dunia dengan ukuran hanya 19 x 26 mm.





    Sumber artikel ini:
    http://cahayaku-cahayamu.blogspot.com/2011/04/perpustakaan-dan-buku-terkecil-sedunia.html

    Kesan hukuman sebat

    Posted: 18 Apr 2011 04:00 AM PDT




    Ngeri betul....


    Video telur dalam telur

    Posted: 18 Apr 2011 03:00 AM PDT

    Proses meletakkan wajah palsu pada seorang ibu

    Posted: 18 Apr 2011 02:00 AM PDT








    Nasib ibu ini sungguh baik kerana kemajuan teknologi dan
    perubatan dapat membuat hatinya gembira kembali..

    Bayi bermata satu dari India

    Posted: 18 Apr 2011 01:00 AM PDT

    Seorang bayi laki-laki di India dilahirkan dengan satu mata di tengah dahi dan tidak memiliki hidung.


    Semakin maju teknologi dan perubatan semakin aneh juga permasalahan yang dihadapi.

    Seorang wanita dari India, Veena Chavan (34th) yang baru saja melahirkan seorang bayi melalui operasi cesar (sinlung.com).

    Apa yang terjadi kemudian membuat para doktor terkejut . Mereka menyaksikan kehadiran seorang bayi bermata satu dan tidak memiliki hidung.

    Pada minggu ke 32 ketika masih dalam kandungan, doktor kandungan telah menemukan kelebihan gumpalan air di otak sang bayi melalui pemeriksaan sonogram.

    "Anak ibu menderita Cyclopia," kata Dr Ashok Anand, seorang profesor ginekologi, ketika memberikan pesan kepada Veena bahawa anaknya meninggal 24 jam setelah lahir. Berita yang tentunya sangat menyedihkan bagi seorang ibu, apalagi dia belum sempat menggendongnya.

    Ini adalah kehilangan kedua dari tiga kali kehamilan Veena. Putri pertamanya, 8th, tumbuh normal. Namun dia mengalami keguguran pada kandungan kedua dan kembali kehilangan anak ketiga.

    Kasus Cyclopia sudah terjadi sejak berabad-abad lalu.

    Tahun 2006, seorang bayi cyclopic juga lahir di India dan meninggal beberapa hari kemudian.

    Tahun 2005, kes serupa terjadi juga di Russia.

    Tahun 1634, seorang ilmuan Italia, Fortunio Liceti menulis dalam buku 'De Monstrorum' : seorang bayi cyclopic perempuan lahir di Firme, Italia dan berumur hanya 1 hari. Namun ketika itu, hal-hal aneh masih dihubungkan dengan hal-hal yang berbau kutukan.

    Tahun 1896, sebuah buku kedoktoran berjudul 'Anomali and Curiosities' mencatat seorang bayi cyclopic terlahir di awal tahun 1800, dan bertahan hanya 73 jam.

    Di zaman serba modern ini, ternyata masih terdapat banyak fenomena yang belum terpecahkan di dunia perubatan. Ada yang salah' kah?

    Link artikel ini:
    http://cahayaku-cahayamu.blogspot.com/2011/03/bayi-bermata-satu-dari-india.html

    Baru 25 tahun sudah miliki anak 10 orang anak daripada 10 orang wanita

    Posted: 18 Apr 2011 12:00 AM PDT

    Ramai anak banyak rezeki.Tetapi itu agaknya tak lagi relevan bagi Keith Macdonald. Lelaki 25 tahun ini jmempunyai banyak masalah dengan 10 anak yang dimilikinya dari 10 wanita berbeza.

     Seperti dikutip dari laman Telegraph, lelaki yang menganggur  itu pertama kali menjadi ayah ketika masih berusia 15 tahun. Dari situ tanpa dia sedar dia sudah memiliki 10 anak dari 10 wanita berbeza. Dua di antaranya masih dalam kandungan.

     Itu yang dia ingat. Beberapa bulan lalu, seorang wanita mengatakan bahawa anak Macdonald lebih banyak lagi. Ia yakin bekas kekasihnya itu bertanggung jawab atas 12 anak dari 11 wanita berbeza. "Dia (Macdonald) keterlaluan, bahkan saya yakin dia tak boleh mengenali ketika salah satu anaknya duduk di depannya," kata wanita itu kepada Times Online.

     Macdonald yang tinggal di Sunderland, Britain, membantah perkara itu. Ia bahkan mengatakan dirinya sebagai korban dari para wanita yang ingin punya anak tanpa punya suami. Ia membuat penafian itu lantaran ramai wanita yang tak memperbolehkan menemui anaknya.

     Tapi memang tak semua wanita yang melahirkan anak Macdonald menyesal. Salah satu kekasihnya yang masih mengandung janin berusia enam bulan mengatakan, "Selama dia memperlakukan saya dengan baik tak masalah, semua yang buruk itu masa lalunya," kata Sarah Armstrong, 19. "Aku juga tak akan menghalanginya untuk bertemu anaknya kelak."

     Demikian juga Danielle Little. Wanita 24 tahun ini malah terobsesi mendapatkan keturunan dari Macdonald. "Kami memulai keluarga bersama. Dia punya masa lalu yang buruk, tetapi perlahan saya yakin orang akan melupakannya dan memberinya kesempatan kedua. Aku mencintainya."

     Di tengah peliknya masalah itu, Mcdonald masih harus menghadapi kewajibannya untuk membiayai hidup anak-anaknya yang harus dibayarkan setiap minggu. Juga pajak yang harus dibayar ketika anaknya berusia 16 tahun. Itu tak mudah kerana keadaannya yang tak memiliki pekerjaan tetap.
      

    SlowbosAd - Create Ad

    Bagaimana perasaan anda sebagai guru jika murid dalam keadaan begini?

    Posted: 17 Apr 2011 11:00 PM PDT

    image

    Tugas seorang guru ialah memberi ilmu serta membimbing seorang pelajar untuk menjadi  insan yang berpengetahuan serta berilmu.Tetapi apa perasaan guru itu sendiri bila ilmu yang hendak dicurahkan itu disambut dengan keadaan seperti gambar diatas.Bila murid kurang bijak guru dijadikan sasaran kerana tak tahu mengajar.Tetapi keadaan sebenarnya murid itu sendiri yang kurang berminat untuk mendapatkan ilmu.

    Hanya kerana ciuman sebuah lapangan terbang kecoh,penerbangan ditangguhkan

    Posted: 17 Apr 2011 10:00 PM PDT

    Pihak berkuasa lapangan terbang di Amerika kini benar-benar dilanda ketakutan luar biasa. Terbaru, gara-gara ada seorang lelaki yang menyelinap masuk ke ruang menunggu untuk memberikan ciuman perpisahan kepada seorang wanita.Pihak berkuasa Lapangan Terbang Internasional Newark, New Jersey, menutup lapangan terbanhg itu selama berjam-jam. Akibatnya, perjalanan ribuan penumpang tertunda.
    Video insiden yang terjadi hari Minggu itu kelmarin disiarkan olehseorang anggota senator AS di tengah meningkatnya kekhuatiran terhadap ancaman keamanan penerbangan pasca-percubaan pengeboman yang dilakukan Umar Farok pada hari Krismas lalu.

    Hanya kucupan perpisahan boleh buat kacau seluruh penerbangan 

    Di awal video, seorang petugas  Keamanan Transport (TSA) dilihat menanyakan seorang lelaki yang hendak masuk ke ruang tunggu penumpang. Sang petugas memintanya keluar. Ketika petugas itu meninggalkan mejanya dan berjalan menuju kawasan  lain, lelaki itu menyelinap untuk bertemu seorang penumpang wanita yang sudah melewati pos pemeriksaan keamanan, dan memberikan sesuatu yang nampak seperti ciuman selamat tinggal.

    Semua penumpang dan seisi bandara jadi ketakutan dan panik hanya kerana sebuah ciuman

    Kejadian itu membuat sejumlah pihak memberikan kritik keras. Senator Frank Lautenberg dari New Jersey sangat marah dengan kejadian ini. Ini membuat pihak keamanan sempat menutup lapangan terbang selama berjam-jam dan memaksa pihak berkuasa untuk memeriksa kembali ribuan penumpang yang akan pergi.

    Lapangan Terbang Internasional Newark Liberty adalah salah satu dari tigalapangan terbang utama di daerah kota New York. Salah satu pesawat yang dirampas pada serangan 11 September 2001berlaku dilapangan terbang ini. Sebelumnya, pihak berkuasa California menutup lapangan terbang pada hari Selasa setelah melihat sebuah cairan yang dicurigai sebagai bahan peledak, padahal yang dibawa penumpang itu adalah madu.




    Sepertinya para petugas trauma dengan terroris kerana salah satu pesawat yang dirampas terroris pada 11 September 2001 berasal dari lapangan terbang Newark ini, jadi sindrom teror itu sepertinya menjadi trauma.Lelaki yang menyelinap masuk hanya untuk memberikan sebuah ciuman pada kekasih hatinya tersebut.

    Sumber: Kompas dan Mail Online