Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Senarai Nama Peserta Calon Imam Muda 2 Posted: 18 Apr 2011 10:00 PM PDT Bekas Ahli Gimnastik, Jurutera Antara 10 Calon Imam Muda 2 KUALA LUMPUR: Bekas ahli gimnastik, jurutera dan pensyarah antara 10 calon Imam Muda musim kedua (IM2) yang diumumkan di Dewan Muktamar, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), malam Isnin. Pengumuman tersebut turut disiarkan secara langsung menerusi Astro Oasis (saluran 106). Dua calon berasal dari luar negara iaitu bekas ahli gimnastik Mujahid Suhaimi, 20, (Singapura-pelajar) dan Zulfadli Awang, 24, (Brunei-pegawai masjid). Sementara yang lain adalah Ali Khairudin Abdul Marif, 26, (Sabah-guru Kafa), Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26, (Perak-pensyarah), Nazrul Izwan Zolkiflee, 26, (Johor-guru besar), Wan Najdi Wan Mohd Noh, 20, (Kelantan-guru tarannum). Turut serta Mohd Fakhrurrazi Hussin, 27, (Terengganu-imam), Ammar Wan Harun, 27, (Kuala Lumpur-mahasiswa), Mohd Azlan Zulkarnain, 25, (Kuala Lumpur-jurutera) dan Abdul Fattah Riddzwan, 21, (Negeri Sembilan-fasilitator). Sepuluh calon akan berentap untuk gelaran Imam Muda 2. "Sepuluh peserta yang berjaya terpilih dalam program ini telah melepasi ujian bacaan ayat al-Quran, pengetahuan am dan mempunyai kelainan tersendiri seperti bakat dan profesion. Apabila program ini bermula nanti, mereka akan diberi pendedahan dari sudut ekonomi seperti pasaran saham dan perubatan Islam. Sama ada mereka disingkirkan atau tidak nanti, 10 calon ini tetap akan bergelar imam muda. Kami berharap mereka akan menjadi imam muda contoh apabila program ini berakhir kelak," kata Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar ketika sidang media selepas pengumuman tersebut. Tambahnya: "Kami amat bersyukur terhadap penerimaan program ini pada musim lalu kerana semakan carian di Google mencatatkan 1.7 juta pelayar, lebih 300,000 peminat di Facebook, ditonton 3 juta penonton dan mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa." Juara akan menerima hadiah berupa biasiswa pakej platinum selama empat tahun di Universiti Al-Madinah, kereta, wang tunai RM30,000, pakej perabot, pakej haji dan umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi. Naib juara bakal memenangi biasiswa pakej emas di universiti yang sama, wang tunai RM20,000, pakej perabot, pakej umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi. Sementara calon lain akan menerima pakej umrah, pakej percutian, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi. Kapsul IM2 akan disiarkan pada 25 April ini, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 7.55 malam, Mimbar IM2 (Jumaat, 6.30 petang, 29 April), Medan IM2 (Jumaat, 9 malam). via Mstar Online Tags: al madinah, ayat al quran, bacaan ayat al quran, google, hassan adli, hussin, izwan, jabatan agama islam, jabatan agama islam wilayah, jabatan agama islam wilayah persekutuan, jurutera, kiau, muktamar, pasaran saham, pelayar, pengetahuan am, pensyarah, perubatan islam, zulfadli, zulkarnain Tags: AstroClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Teater Badai Semalam Akan Dipentaskan di Istana Budaya Posted: 18 Apr 2011 09:07 PM PDT Badai Semalam di pentas Istana Budaya NOVEL Badai Semalam sememangnya tidak asing kepada pembaca novel Melayu. Pernah menjadi teks sastera tingkatan enam, Badai Semalam umpama karya sepanjang zaman. Yang dilahirkan selepas 1970-an boleh menyebut Badai Semalam dan membaca novel itu tanpa ada perkataan 'ketinggalan zaman'. Hakikatnya, novel Badai Semalam turut mencuri perhatian Istana Budaya. Biar pun jalan ceritanya mudah, bagi Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani, ada sesuatu yang istimewa tentang novel tersebut sehingga mencetuskan minat untuk mempersembahkannya dalam bentuk teater. Istana Budaya bakal mementaskan teater yang diadaptasi daripada sebuah novel karya Khadijah Hashim berjudul Badai Semalam pada 15 hingga 25 Jun ini di Panggung Sari, Istana Budaya. Keputusan itu, menurut Mohamed Juhari bukan dibuat atas dasar syok sendiri. Sebaliknya tinjauan pendapat dan pandangan pelbagai pihak dituntut. Apatah lagi bagi mengisi kekosongan slot Jun ini apabila teater Salina terpaksa 'dibatalkan' lantaran ada masalah mendapat persetujuan penulisnya Datuk A. Samad Said. "Memang jalan cerita ini agak mudah," akui Mohamed Johari, namun beliau menyifatkan mudah tidak semestinya tidak menarik. Malah ada kalanya teater menuntut sesuatu yang mudah bagi menolak kepercayaan bahawa seni persembahan itu sarat dengan falsafah dan berselindung di sebalik maksud sebenar. Ada juga yang berpersepsi teater sukar difahami dan hanya untuk golongan tertentu, sebab itu minat terhadap teater di kalangan rakyat Malaysia masih sederhana. Lantas bagi Mohamed Juhari ada masanya teater tidak boleh berkonflik menerusi jalan cerita yang memerlukan penonton 'terlalu berfikir' dan merenung jauh untuk mengetahui maksud tersirat. Apatah lagi apabila teater bertujuan mengajak penontonnya bersantai dan berhibur sambil tidak melupakan mesej yang hendak disampaikan menerusi novel itu. Namun seringkas dan semudah mana sekali pun sesebuah novel itu, untuk mengangkatnya ke pentas teater tentunya menuntut kelainan dari sudut skrip dan jalan cerita serta cara ia dipersembahkan. Kesempatan bertemu Mohamed Johari turut dirisik barisan pelakon yang mungkin membarisi teater tersebut. Erra Fazira, Aaron Aziz dan Fizz Fairuz sedang diusahakan bagi membawa tiga watak utama manakala Ummi Aida difikirkan untuk watak ibu – gabungan mantap yang pasti memberi bayangan sedikit sebanyak bagaimanapun bentuk persembahan teater itu kelak. "Beberapa nama seperti Erra Fazira dan Lisa Surihani telah dicadangkan untuk memainkan watak utama iaitu watak Mazni tetapi mereka tidak dapat menerimanya kerana mempunyai komitmen lain. Kami dalam proses untuk mencari pelakon wanita lain yang sesuai dengan watak ini, tapi bagi watak hero, pelakon Farid Kamil telah menyatakan persetujuannya untuk memegang watak Karim," katanya. Khadijah Hashim pengarang Novel Badai Semalam Pertemuan dengan Khadijah juga telah diatur dua minggu lalu bagi berbincang dan memohon persetujuan supaya hasil karya penulis itu disenaraikan dalam diari Istana Budaya. "Beliau nampaknya berminat dan Istana Budaya gembira dengan persetujuan tersebut," kata Mohamed Juhari. Tentunya ramai yang tidak sabar mahu menonton Badai Semalam di layar teater terutamanya generasi yang pernah hidup dalam dunia Khadijah ketika mana novel itu dijadikan teks kesusasteraan Melayu. Cabaran kepada Rahimidin Zahari untuk menyusun skrip yang menarik bagi memastikan keindahan Badai Semalam dapat dipindahkan daripada teks ke pentas tanpa ada ruang untuk mana-mana pihak membuat perbandingan. Pastinya ada unsur-unsur lain mahu diterapkan oleh beliau supaya jalan cerita yang 'lurus' dapat dipelbagaikan pendekatannya supaya seni teater itu sendiri dapat dizahirkan untuk mengajak penonton mencintai seni persembahan. Bagi pencinta seni puisi nama Rahimidin sememangnya tidak asing, mungkin ada garapan keindahan nilai puisi dalam menata bait-bait skrip untuk teater Badai Semalam kelak. Selain barisan pelakon yang sememangnya sudah ternama, Istana Budaya pasti mahu teater tersebut diarahkan oleh nama yang tidak kurang hebat, lantas memilih Khairunazwan Rodzy. Pengarah Artistik Irwan Ismadi Beliau yang juga Penolong Pengarah teater Natrah bakal menjadi 'peneraju' untuk menentukan 'di mana' dan bagaimana bentuk Badai Semalam apabila dipentaskan. Bagi Mohamed Juhari, mengetengahkan nama-nama baru tetapi berbakat dalam seni persembahan dan pengarahan amat penting bagi membolehkan Istana Budaya melahirkan pelapis dalam industri. "Dengan memberi peluang kepada orang yang kita tahu berbakat dan sememangnya dunia mereka adalah teater umpama menyambung nyawa dalam bidang seni persembahan," katanya. Sinopsis Teater Badai Semalam Mazni anak seorang pembantu rumah membesar bersama ibunya yang tua dan uzur di sebuah banglo milik Encik Haris dan Puan Rohana. Mazni membesar di dalam rumah tersebut dengan penuh kesederhanaan kerana menyedari diri dan ibunya hanya menumpang berteduh di situ. Walaupun majikan ibunya amat berbesar hati membenarkan mereka tinggal disitu, tetapi pandangan jiran tetangga amat buruk dan negatif terhadap mereka. Mereka berasa irihati dan cemburu dengan kecantikan dan kebijaksanaan Mazni apatah lagi apabila Karim, anak Encik Haris dan Puan Rohana mula jatuh hati kepada gadis tersebut. Pada mulanya Mazni hanya menganggap Karim sebagai abangnya sahaja. Dari perasaan kasih jatuh kepada cinta. Karim berjaya menambat hati Mazni untuk bercinta dengannya. Walaupun Mazni tahu latar belakang Karim yang suka berfoya-foya dan tidak mempunyai komitmen dalam menjalinkan hubungan, telah mula berubah laku selepas di timpa musibah kemalangan yang berjaya menginsafkan dirinya. Layanan mesra oleh Mazni membuatkan Karim beria ingin memperisterikan Mazni. Walau banyak tentangan dan fitnah yang dilemparkan, tetapi Karim nekad memperisterikan Mazni. Puan Rohana, ibu Karim tidak bersetuju jika anaknya ingin menyunting Mazni, anak bekas orang gaji mereka. Malu kerana orang luar mula memperkatakan maruah keluarga nanti. Mazni sedar akan dirinya itu yang tidak mempunyai apa-apa. Dia nekad untuk berkahwin dengan Karim lantaran kasihnya mula bersemi pada lelaki itu. Walaupun Mazni diminati oleh Zaki, tetapi hatinya terlebih dahulu diserahkan kepada Karim. Ibu Mazni amat kecewa apabila mendengar tohmahan dan fitnah tentang Mazni yang berkelakuan tidak senonoh itu. Di saat Mazni memerlukan sokongan, ibunya meninggal dunia. Tinggallah Mazni berdua dengan Karim sebagai suami isteri. Dalam pada masa yang sama Mazni menyambung pelajaran di sebelah malam. Hari berganti hari, terlalu banyak dugaan yang mendatang. Mazni terpaksa membahagikan masa dengan pelajarannya. Sedikit sebanyak, Mazni terpaksa mengenepikan kehendak Karim. Mazni berasa kecewa dengan sikap Karim yang mula berubah laku selepas mendirikan rumahtangga. Karim kembali dengan perangai lamanya yang suka berfoya-foya kerana merasakan Mazni telah mengabaikannya dan sibuk dengan buku-bukunya. Apakah kesudahan hidup Mazni? Berjayakah Mazni mencapai cita-citanya? Zaki yang tidak pernah jemu-jemu menagih kasih pada Mazni masih belum berputus harap. Siapakah yang setia di sisinya? MAKLUMAT PERSEMBAHAN Tajuk Persembahan Teater Badai Semalam Harga Tiket : RM30, RM50, RM70, RM100, RM150, RM300 RM20 – Pelajar berkumpulan (minima 20 orang) Harga tiket tidak termasuk cukai perkhidmatan Tempahan Tiket Maklumat Lanjut: Waktu Operasi Istana Budaya: Isnin-Jumaat: 9.30am-9.00pm Khadijah Hashim Tags: a samad said, amat, banglo, bercinta, beria, cemburu, Erra Fazira, farid kami, Fizz Fairuz, foya, kecantikan, kemalangan, khadijah hashim, komitmen, maruah, mazni, meninggal dunia, mesra, musibah, novel, orang gaji, pembantu rumah, rohana, salina, suami isteri, Teater Badai Semalam, terpa, timpa Tags: Teater, a samad said, erra fazira, farid kami, fizz fairuz, khadijah hashim, novel, salina, Teater Badai SemalamClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |