Berita Harian: Hip |
Posted: 17 Apr 2011 03:45 PM PDT Hip Pelapis dalam kerja lakonan, Izara Aishah bersiap melangkah lebih jauhSEMAKIN hari, bertambah ramai pelapis yang muncul dalam dunia lakonan. Bakat mereka cuba digilap dan diketengahkan sama ada dalam filem atau drama. Tuntutan stesen TV yang memerlukan banyak program, terutama drama bersiri begitu juga dengan jumlah penerbitan filem semakin meningkat membuatkan keperluan mencari bakat baru atau pelapis dalam lakonan sentiasa dicari. Antara mereka ini ialah Izara Aishah, gadis berusia 19 tahun kelahiran Johor Bahru, Johor. Sebagai orang baru dalam dunia lakonan, memang nama Izara Aishah masih janggal didengar. Tambahan pula kemunculan wajah baru dalam kerjaya lakonan sekarang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Begitulah ibaratnya industri hiburan tanah air sekarang, di mana artis perempuan baru muncul bagaikan cendawan tumbuh melata dan masing-masing mahu menonjolkan bakat yang ada.Akur dengan persaingan yang semakin sengit, masing-masing berani tampil ke hadapan dengan hasrat mahu menyerlah dan mencipta nama di persada seni tanah air. Izara Aishah sendiri sedar apabila namanya disebut, tidak ramai yang mengenali gerangan pelakon remaja ini. Namun, tidak dinafikan dia mempunyai pakej yang lengkap. Dia juga tidak takut untuk mengorak langkah yang lebih jauh di dalam dunia lakonan tanah air. Mempunyai nama yang unik, Izara Aishah, kini menetap di Kuala Lumpur sememangnya menyimpan cita-cita untuk menjadi pelakon. Mula berjinak dengan membabitkan diri di dalam dunia teater sejak berumur 12 tahun lagi, Izara tidak mengetahui dia mempunyai bakat sebagai pelakon dan perlahan-lahan dia mengasah bakatnya supaya boleh dipertontonkan kepada orang ramai. "Saya merasai sangat bertuah kerana diberi peluang untuk menjayakan sebahagian dari watak utama dan pada masa yang sama, saya sangat bersyukur. "Bukan senang untuk seorang artis baru seperti saya untuk mendapatkan watak utama di dalam sebuah drama yang disiarkan di salah satu rangkaian televisyen yang ternama. "Selain dapat berlakon bersama barisan pelakon yang berpengalaman, saya juga merasa teruja kerana dapat mempelajari seni lakonan bersama salah seorang guru di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Juhara Ayob, yang juga antara pelakon dalam drama Keranamu Laila. "Ini bukannya peluang yang diambil remeh. Malah, bersama pengarah, Heykal Hanifah juga saya banyak belajar kerana dia bukan saja mengarah tapi pada masa yang sama dia mengajar serta menegur saya secara tidak langsung saya dapat memperbaiki kelemahan diri saya," katanya yang ditemui di Studio Berita Harian, baru-baru ini. Berguru dengan pelakon berpengalaman Pelajar tahun pertama jurusan seni persembahan di Sunway University College ini juga giat berlakon teater sejak di zaman persekolahan dan banyak terbabit dalam pementasan di universiti. Teater Tok Rimau adalah antara pementasan pertamanya, di mana dia berpeluang untuk bergandingan bersama pelakon berpengalaman seperti Fauziah Nawi, pelakon yang terkenal dengan keberkesanannya dalam apa saja watak yang dilakonkan. Manakala, drama terbitan Color Bar Pictures, Hantu Gigi, yang ditayangkan di Astro Prima, adalah drama pertamanya, diikuti Kasih Najihah, sedikit sebanyak membantu menaikkan namanya sebagai pelakon. Tahun 2011 ini diakui adalah tahun tuahnya dan walaupun dia baru saja membintangi tiga drama, sudah banyak pengarah yang mula memberi perhatian kepada gadis kecil molek ini, antaranya pihak KRU Production yang sudah mula melamar dirinya. Ternyata bakat gadis ini mula diperakui dan tidak mustahil tidak lama lagi Izara mampu duduk sama rendah serta berdiri sama tinggi bersama kalangan pelakon wanita seperti Diana Danielle, Scha Alyahya dan Lisa Surihani. Selain itu, seperti Scha Alyahya, Izreen Azminda dan Neelofa, Izara juga lahir dari platform yang sama. Naib juara pertandingan Dewi Remaja 2010 ini akui dia banyak belajar dari seniornya Scha, bagi menjayakan wataknya sebagai seorang gadis kasar di dalam drama terbarunya yang sedang disiarkan di slot Zehra, TV3. "Sesuatu yang agak berbeza dan mencabar kerana saya diberi watak Laila, seorang remaja yang kasar dan mempunyai banyak karakter, serta ia amat berlainan dengan diri saya yang sebenarnya. Oleh itu, saya banyak membuat kajian dan belajar dari watak Scha dalam Awan Dania," ujar gadis ini yang cukup meminati Eman Manan, Ogy Ahmad Daud dan Ummi Nazeera. INFO: Keranamu Laila |
Posted: 17 Apr 2011 03:38 PM PDT Hip Artis Komedi Lelaki Popular ABPBH2010 tidak sangka hari lahirnya diraikan penuh meriahBAGAIKAN mimpi menjadi kenyataan, sambutan hari jadinya disambut dengan cukup meriah bersama ahli keluarga, kenalan rapat dan para peminat yang tidak jemu menyokongnya di samping mengikuti perkembangan dirinya. Pemenang Artis Komedi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010, Zizan Razak, yang genap berusia 27 tahun pada 15 April lalu, berasa bertuah dan terharu kerana buat julung kalinya hari lahirnya disambut dengan penuh warna warni keceriaan. Bertempat di Red Box, The Gardens, Mid Valley, Zizan diraikan bersama lebih kurang 70 orang peminat, di mana masing-masing tidak ketinggalan berpakaian serba merah dan hitam mengikut tema.Bagaimanapun, Zizan sedikit pun tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa hari kelahirannya disambut sebegini rupa kerana dia sendiri tidak berasakan sebarang keistimewaan mengenai dirinya. "Sepanjang hidup saya, inilah sambutan paling besar dan ini juga adalah kali pertama menyambut hari lahir sendiri. Selain itu, ini juga kali pertama berjumpa dengan ahli kelab peminat saya, Zizan Fan Club (ZFC) dan Jozan Fan Club (JFC). "Saya amat terharu kerana ada yang sudi menaja majlis yang julung kali diadakan. Sememangnya tahun 2011 ini adalah tahun tuah bagi saya dan amat bersyukur dengan apa yang saya peroleh sekarang. "Disusuli pula dengan sambutan hari jadi yang ditaja ini, sememangnya membuat saya tersentuh. Saya berjanji akan berusaha memberikan yang terbaik kepada mereka yang tidak jemu menyokong saya," katanya yang turut berkaraoke bersama peminat pada malam itu. Menghargai peminatnya, Zizan turut mengundang salah seorang dari mereka untuk berduet dengannya menyanyikan lagu, Tangisan Marhainis dendangan asal oleh Hattan dan Dia Fadilla. Tidak kurang hebatnya, Zizan juga mempunyai bakat menyanyi. Kemudian, suasana dihangatkan lagi dengan pelbagai pertandingan menarik seperti Pertandingan Karaoke, Pakaian Terbaik Lelaki dan Wanita serta Peminat Paling Sporting, di mana masing-masing tidak malu untuk beraksi bagi merebut hadiah istimewa dari pihak penaja. Pemenang Pakaian Terbaik jatuh kepada Farah Dilla Yanuar, 21 dari Cheras dan Idzuwan Muhamad, 22, dari Kepong. Tidak dinafikan kedua-duanya berpakaian menarik bertemakan rona merah dan hitam sekali gus membawa pulang hadiah istimewa tajaan The Body Shop. Johan buat kejutan Bukan itu saja, pelakon dan pengacara TV berbakat ini dilimpahi pelbagai bentuk hadiah hari lahir dari peminat yang sesetengahnya dari Sarawak dan Terengganu, semata-mata mahu menemui bintang pujaan mereka ini. Turut memeriahkan lagi sambutan hari jadinya itu, teman rapat Zizan, Johan dan isterinya, Ozlyn Wati selain Linda Onn dan Natasha Hudson sudi hadir meriuhkan suasana. Penuh dengan kenangan manis, Johan hadir secara mengejut membawa kek berbentuk kasut, secara tidak langsung membuatkan Zizan bertambah terharu. Sememangnya pasangan pelawak serasi yang mampu membuat orang tidak kering gusi ini turut menggunakan kesempatan itu untuk menghiburkan peminat dengan sebuah lagu nyanyian asal oleh Salih Yaacob, berjudul Gali Lubang. Selain itu, bapa Zizan, Ab Razak Hussain, 52, tidak melepaskan peluang menghiburkan anaknya dengan sebuah lagu sambil disaksikan oleh ibunya Anai Ibrahim, 54, dan abangnya, Mohd Hafiza Ab Razak, 28, bersama ahli keluarga yang lain turut hadir membangkitkan lagi keharmonian. Tarikh 15 April memang amat bermakna bagi anak muda kelahiran Terengganu ini. Baginya, tiada hadiah hari jadi paling bermakna selain diraikan bersama ahli keluarga, rakan-rakan dan para peminatnya. Sempena sambutan hari jadinya tahun ini, Zizan juga mengharapkan yang terbaik buat karier seninya. Sementara itu, sambutan hari lahir Zizan ke-27 ini adalah susulan daripada kejayaan program interaktif Harian Metro iaitu JomChat, sekali gus Harian Metro dan IDOTTV menganjurkan 'Zizan Birthday Bash' sempena meraikan ulang tahunnya. Majlis itu turut disertai oleh 20 pemenang peraduan 'Zizan Birthday Bash' yang diadakan Jom Chat baru-baru ini. Lebih menarik lagi, majlis ini dicetuskan oleh ZFC serta JFC ini diserikan dengan kehadiran 50 ahli daripada dua kelab peminat itu. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |