Adsense

Rabu, 23 Mac 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Luhur seni Najwa

Posted:

Luhur seni Najwa

Luhur seni Najwa

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar MOHD. ARIF RAMELI (Pelatih UNISEL) dan ihsan NADA BIRU MUZIK


NAJWA bercita-cita untuk menjadi seorang anak seni yang dihormati.


SEPATUTNYA hari bersejarah itu diraikan dengan penuh riang dan bahagia sekali. Namun, entah mengapa hati wanitanya terusik dan tanpa disedari air mata mengalir ke pipi gebunya itu.

"Saya mula menyanyi sejak berusia tujuh tahun. Sejak daripada itu, saya menyimpan angan-angan untuk memiliki album sendiri. Lalu, apabila dapat memegang dan melihat album ini berada di tangan saya, serta-merta saya menjadi sebak.

"Alhamdulillah, segala perancangan dan perjalanan yang saya lalui selama ini boleh dikatakan hampir lengkap dengan terhasilnya album ini," ujar Najwa Mahiaddin atau lebih popular dengan nama pentas, Najwa sambil menyeka air matanya.

Penyanyi dan komposer berbakat besar itu berkata demikian pada majlis pelancaran album sulungnya, Innocent Soul yang berlangsung di Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Malah, gadis berusia 24 tahun ini juga tidak mahu masyarakat terus melihat status dan latar belakangnya sebagai anak kepada seorang yang ternama di negara ini sebagai satu halangan untuknya terus berkarya.

Memang benar. Najwa boleh dikategorikan sebagai seorang yang cukup bertuah kerana dia memiliki segala-galanya. Tetapi tuahnya itu berganda kerana dia dikurniakan dengan bakat yang cukup istimewa menerusi vokalnya yang mantap.

Sejak dia muncul dengan lagu Kau Yang Punya hasil kolaborasinya dengan Malique, ramai yang mula mencari empunya suara sakti yang mengalunkan lagu tersebut.

Ternyata, ramai yang kagum dengan kehebatan vokalnya itu lalu meletakkan nama Najwa sebagai antara bakat baru yang wajar diberikan perhatian dan mampu untuk pergi jauh di dalam industri.

Malah, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza sendiri pernah meminta lagu daripada Najwa untuk dimuatkan dalam album terbarunya namun, ia ditolak dengan baik oleh Najwa atas alasan masih belum bersedia.

"Saya masih muda dan banyak lagi yang saya mahu belajar dalam industri ini. Insya-Allah, kalau masanya sudah tiba dan saya benar-benar sudah bersedia untuk menulis lagu untuk Siti dan penyanyi lain, saya akan melakukannya," katanya tanpa selindung.

Najwa menceburi bidang seni kerana kecintaan yang mendalam terhadap muzik yang sudah menjadi darah dagingnya sejak kecil lagi. Atas alasan itu, Innocent Soul mempunyai signifikan tersendiri dalam hidupnya.

Setiap pendapatan yang diterima menerusi persembahan yang dijayakan selama meniti perjalanan seninya, disimpan sebahagiannya untuk melahirkan album dengan hasil titik peluhnya sendiri.

"Saya harus akui bukan mudah untuk melahirkan Innocent Soul kerana saya perlu memantapkan diri dan memperkenalkan nama saya terlebih dahulu.

"Saya bertuah dan terharu kerana masyarakat dapat menerima bakat saya. Apa yang saya harapkan Innocent Soul mampu memberikan gambaran jelas tentang siapa diri saya yang sebenar," ujar Najwa yang cukup bijak berbicara ini lagi.

Album Innocent Soul yang memuatkan 10 buah lagu berbahasa Inggeris itu diterbitkan oleh Najwa selaku penerbit eksekutif menerusi syarikatnya, Nada Biru Muzik Sdn. Bhd. dan diedarkan oleh Warner Music Malaysia.

Single pertamanya, Sweet October dan terbaru, Got To Go yang merupakan komposisi sepenuhnya oleh empunya diri itu mula meraih perhatian meluas dan sedang mendaki carta lagu-lagu popular di seluruh negara.

Kerja-kerja penerbitan dan rakaman album tersebut mula dijalankan sekitar setahun lalu di Jakarta, Indonesia dan juga Malaysia.

Malah, Najwa mempunyai alasan sendiri mengapa dia sanggup terbang ke Tanah Jawa itu semata-mata hendak memastikan 'bayi' sulungnya itu menepati piawaian serta berada di tahap kualiti yang tinggi.

Atas alasan itu juga, dia tekad menggunakan khidmat komposer dan penerbit album, Widi Puradiredja yang juga salah seorang ahli anggota kumpulan popular Indonesia, Maliq & D'Essentials.

"Bukan tidak percaya dengan bakat tempatan dan jauh sekali untuk meminggirkan mereka, tetapi saya mahu memperjuangkan muzik neo-soul yang masih lagi baru dalam pasaran muzik tempatan.

"Saya percaya dengan kredibiliti Widi kerana muzik yang mereka perjuangkan hampir sama dengan genre muzik saya. Jadi, kesefahaman dan keserasian sudah terbentuk di situ lalu memudahkan rakaman serta penerbitan album ini.

"Saya tetap tidak melupakan anak tempatan apabila menggunakan khidmat Jason Voo dan Rozhan Razman untuk dua buah lagu dalam album ini," katanya yang menulis kesemua lirik lagu di dalam album itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Danny sahut cabaran

Posted:

Danny sahut cabaran

Danny sahut cabaran

Oleh ASLIZA MUSA
Gambar MOHD. NAJIB MOHD. NOR


Danny X- Factor bersama tunangnya, Saidatul Fazlin Zakaria.


KALI pertama bertemu sekitar setahun yang lalu, pasangan ini tidak pernah menyangka perkenalan melalui kenalan itu akan membawa mereka ke satu perhubungan yang lebih serius.

Namun, suratan menentukan bahawa kedua-duanya sebenarnya mempunyai misi yang sama iaitu mencari pasangan serasi bagi menempuh alam baru.

Tidak mahu berputih mata melihat si bunga dipetik kumbang lain, sang jejaka mula mengambil langkah berani dengan mendekati dan melamar si gadis.

Walaupun lamaran itu diterima, namun keraguan masih bersarang di minda si gadis sehingga membuatnya mencabar sang jejaka supaya melamarnya sendiri di hadapan ibu bapanya.

Tidak gentar dengan cabaran itu, sang jejaka mula mengatur langkah menyahut cabaran tersebut dan ia membuahkan hasil sebaik si gadis menyatakan kesediaan untuk menerimanya dengan seadanya.

Begitulah antara rentetan percintaan yang dilalui oleh pengacara dan pelakon, Khardanie Anwa, 31, atau lebih dikenali dengan nama pentas Danny X-Factor bersama pilihan hatinya, Zaidatul Norfazlin Zakaria (Lin), 25.

Diikat dengan tali pertunangan dalam satu majlis yang berlangsung di Tronoh Mines, Kampar, 20 Mac lalu, pasangan sama cantik sama padan ini mengakui mereka masih belajar mencintai antara satu sama lain.

"Saya rasa macam tidak percaya sudah menjadi tunangan Lin. Rasa seperti saya sedang berada di set penggambaran dan melakonkan babak pertunangan. Rasa macam mimpi.

"Namun saya bersyukur kerana ini memang hari yang saya nantikan. Lin wanita untuk saya dan saya gembira kerana hubungan kami berjaya sampai ke tahap ini," kata Danny saat ditemui selepas berlangsungnya majlis pertunangannya dengan Lin.

Pada majlis serba ringkas itu, Lin yang anggun mengenakan busana berwarna perak menerima sebentuk cincin pertunangan yang disarungkan ibu Danny, Shamsiah Shiraku.

Danny yang kini merupakan pengacara program dokumentari Agro-Xplorasi bersama Annahita Bakavoli dan Nazrudin Rahman (Naz) turut menerima sebentuk cincin yang disarungkan ibu Lin, Siti Zabedah Samaon.

Pada majlis pertunangan itu, pihak lelaki menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas dengan tujuh dulang daripada pihak perempuan.

Kedua-dua pihak juga bersetuju mengikat tali pertunangan dalam tempoh enam bulan manakala wang hantaran dirahsiakan.

Menyambung bicara, Danny yang bakal memegang watak Ahmad Albob dalam drama bersiri Ahmad Albob Yang Punya menerusi slot Lagenda tidak lama lagi berkata, kematangan dan keperibadian pramugari syarikat penerbangan AirAsia itu merupakan perencah utama yang mengikat hatinya terhadap wanita itu.

"Kami berkenalan tidak lama hanya sekitar setahun lalu namun mula rapat tanggal 1.11.11 dan saya yang memulakannya dulu dengan meminta nombor telefon Lin untuk dihubungi.

"Saya masih ingat lokasi dating kami yang pertama adalah di restoran mamak di Sri Petaling. Saya hubungi Lin untuk berjumpa dan rupa-rupanya dia juga menantikan panggilan saya.

"Walaupun dia baru balik bertugas dari penerbangan ke London, kami tetap berjumpa pada malam itu dan disitulah berputiknya percintaan kami," katanya sambil tersenyum memandang Lin yang setia menemani usai majlis itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Celebrity News

Celebrity News


Gossip Gambar Mesra Abby dan Zul

Posted: 23 Mar 2011 10:08 AM PDT

Inilah gambar yang menjadi gossip dilaman facebook dan blog di Malaysia yang sibuk mengata mengenai pasangan ( Abby dan Zul ) ini yang sudah lama bercinta tetapi status mereka masih kabur dan sering kali menjadi tanda tanya terutamanya peminat beliau diluar sana.

Malas nak komen panjang-panjang sebab dekat luar sana dah ramai yang komen, pandai-pandailah search dekat google atau yahoo.

Lagi gambar di bawah :



Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Pernikahan Kate Middleton dan Putera William

Posted: 23 Mar 2011 08:13 AM PDT

Satu lagi memori cinta yang akan menyatukan putera William dan Kate Middleton yang akan dilangsungkan pada bulan depan. Dan yang menariknya pasangan ini akan dibawa menaiki kereta kuda yang digunakan oleh ibubapa putera William ( Putera Charles dan Arwah Puteri Diana ).

Mesti menarik bukan, apatah lagi ia mengembalikan kenangan beliau yang menyambung tradisi diarak menggunakan kereta kuda mengelilingi  State Landau.

Apa kata anda mengenai pasangan ini !?

Lagi Gambar pasangan diraja ini dibawa :

Gambar Kenangan Puteri Diana





Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Studio Linda Jasmine bankrup?

Posted: 23 Mar 2011 12:12 AM PDT


Pakar tarian dan koreografer itu ketika dihubungi Hits berkata, dia hairan mengapa studio kecil miliknya itu menjadi bahan berita sebegitu.

Kata Linda, 38, syarikatnya kecil sahaja berbanding dengan syarikat atau perniagaan milik orang lain dan memang lumrah bagi mana-mana perniagaan, ada pasang dan surut.

"Saya tidak menafikan dalam perniagaan ada susah dan senang. Kalau bulan puasa, perniagaan memanglah lembap sikit sebab siapalah nak datang menari.

"Tetapi Syarikat saya tidak bankrap! Masih berjalan seperti biasa. Pada hari-hari biasa, pihak saya memang mendapat undangan untuk mengadakan persembahan di merata tempat dan majlis," katanya.

Isteri kepada pelakon Que Haidar ini juga melahirkan rasa kesal kerana ada orang yang sanggup menyebarkan berita yang tidak benar.

Berdasarkan cerita itu, Linda seakan-akan sudah dapat 'menangkap' siapakah yang membuat cerita berkenaan kepada pihak media.

"Saya sudah membabitkan diri dalam bidang ini lebih 20 tahun. Bukan baru semalam saya menjadi guru tari. Saya mula mengajar tarian sejak usia 13 tahun lagi dan tidak pernah ada musuh.

"Kalau orang berkenaan tidak puas hati, kenapa dia tidak datang untuk bersemuka dengan saya? Kenapa mesti buat cerita tidak benar pada pihak media.

"Di sebabkan cerita itu, mesti orang pandang serong terhadap saya dan sudah pasti imej syarikat saya tercalar," katanya sedih.

Menurut bekas tenaga pengajar Akademi Fantasia itu, sepanjang menjalankan bisnes studio berkenaan, dia tidak mempunyai kakitangan atau pekerja tetap.

Sebaliknya, ujarnya, tenaga pengajar atau pekerja yang beroperasi di bawah syarikat tersebut adalah kakitangan separuh masa.

"Memang ada beberapa kakitangan tetapi mereka adalah pekerja separuh masa sebab masing-masing sudah terikat dengan kerjaya lain.

"Jadi tidak timbul pekerja tidak dapat gaji," katanya.

Selain itu, Linda berkata, dia juga tidak menghadapi masalah dalam mengendalikan para pelajar yang datang dan pergi mengikuti kelas tarian.

Makan angin

Mengenai dakwaanpercutian ke luar negara, Linda memberitahu ia tidak ada kena mengena langsung dengan bayaran gaji pekerja.

"Hanya sekali saya pergi makan angin ke luar negara. Itu pun pergi bertemu sanak saudara. Kalau pergi bercuti dengan keluarga, kami cuma ke Cherating sahaja," kata Linda.

Dalam pada itu, Linda memberitahu, mulai Jun ini, dia akan sibuk menjadi juri untuk pertandingan tarian antara sekolah-sekolah di Malaysia.

"Tahun lalu saya bersama Sazzy Falak menjadi juri untuk pertandingan tarian antara sekolah-sekolah.

"Tetapi tahun ini, saya akan bersama Stacy. Kami akan pergi ke merata tempat dalam tempoh dua bulan. Waktu itu. saya memang sibuk," jelasnya.

Via Utusan

Dakwaan Video XXX Anwar Ibrahim dan Perempuan Cina

Posted: 22 Mar 2011 11:25 PM PDT



Semenjak akhir akhir ini pelbagai Konspirasi terancang terhadap Anwar Ibrahim, Media arus perdana , mendedahkan bahawa tarikh video yang didakwa rakaman seks lelaki mirip Anwar Ibrahim dengan seorang pelacur cina dirakamkan pada 21 Febuari , dengan time stamp tertera antara pukul 10:23 PM dan 10:45 PM


Jika Anwar Ibrahim adalah lelaki di dalam video tersebut, maka jelas sekali Anwar seorang yang hebat, kerana melakukan seks dengan pelacur sambil mengemaskini (update) Facebooknya [FB Anwar]. Ini berikutan rekod masa yang tertera pada facebooknya adalah di dalam sela masa waktu video tersebut dirakamkan.




Malah pada malam kejadian rakaman video itu, Twitter Anwar Ibrahim membuktikan bahawa beliau sedang aktif mengemaskini dan melayan soalan-soalan daripada pengikut-pengikut di Twitter [TwitterAnwar].



Di bawah ini screenshot saat Anwar sedang melayani soalan pengikutnya di Twitter beliau [TwitterAnwar].




Video panas tersebut akan siap diupload, semua orang boleh menilai sendiri kesahihannya, kita teliti dahulu, apa yang saya lihat seolah oleh Parti barisan Nasional seolah olah akan terperangkap dengan video ini. Sila Download!"

Sein Dan Nana Rujuk Semula

Posted: 22 Mar 2011 10:55 PM PDT



Pasangan Suami Isteri iaitu Sein dan Nana akan mengadakan majlis kesyukuran selepas kes rujuk semula telah pun selesai pada 11 Mac lalu selepas berpisah selama 3 bulan.

"Majlis kenduri doa selamat dan kesyukuran dibuat secara sederhana sebagai tanda syukur kepada penyatuan semula hubungan kami.

"Diharap selepas ini semua akan kembali berjalan seperti biasa dan hubungan kami akan diberkati Allah," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Nana berkata, majlis itu juga bertujuan untuk dia dan suami menjelaskan keadaan sebenar kepada semua pihak termasuk keluarga yang masih bertanya tentang kesahihan berita mereka rujuk semula.

"Kami juga mengambil kesempatan untuk menjelaskan perkara yang menjadi tanda tanya oleh semua pihak selama ini.

"Kalau boleh kami mahu beri kenyataan secukupnya dan tidak menjadikan ia sebagai sebuah persoalan kepada peminat," katanya.

Tambah Nana sepanjang tiga bulan menjadi ibu tunggal dia merasakan hidupnya terumbang ambing dan penceraian tersebut banyak mengajarnya erti kehidupan.

"Saya bersyukur mungkin perpisahan sementara ini merupakan jalan terbaik daripada Allah untuk menunjukkan bahawa kami masing-masing tidak boleh hidup berasingan.

"Saya rasakan hidup sangat kosong dan tidak stabil selama tiga bulan tersebut begitu juga suami sehingga akhirnya kami membuat keputusan bersatu semula," katanya.

Dalam pada itu, Nana tidak menolak faktor anak-anak menjadi salah satu punca ikatan jodoh mereka masih kuat.

"Anak-anak kami masih kecil dan tidak faham perkara ini, sepanjang tiga bulan itu mereka sering bertanyakan tentang ayahnya.

"Begitu Sein yang tidak dapat berjumpa anak-anak seperti selalu," katanya yang kini kembali menjalankan rutin harian sebagai seorang isteri dan ibu.

Pasangan tersebut, sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, Selangor, pada 8 Disember tahun lalu.

Sein dan Nana mendirikan rumah tangga pada Julai, 2006 dan mempunyai dua orang cahaya mata, Syed Tamriz Al-Qudsy, 3, dan Sharifah Inaiya Al-Qudsy, yang berusia setahun.

Harap selepas ini tiadalah kisah cerai berai nie dari Sein dan Nana,

Mstar

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Black tak kisah

Posted: 22 Mar 2011 06:29 PM PDT

Hip

pix_gal0
Tidak berkecil dengan gurauan rakan artis, peminat sepanjang berada di pentas jelajah promosi ABPBH2010

SETIAP kali nama Black diumumkan akan muncul di pentas siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2010), pastinya suasana menjadi gamat dengan suara sorakan daripada peminat.

Inilah yang berlaku sepanjang anak muda ini menyertai siri jelajah ABPBH2010 sejak di Shah Alam hingga ke Kuantan dan seterusnya di Sungai Petani, Kedah serta di Kompleks Bandar Baru Pasir Gudang, Johor, Ahad lalu.

Sambutan yang dilihat 'luar biasa' itu menghairankan juga di kalangan rakan artis lain. Ini termasuklah penyampai radio Hot FM, Faizal Ismail dan Along. Ketika Faizal dan Along muncul, reaksi penonton biasa sahaja. Sebaliknya apabila Faizal mengumumkan kehadiran Black, suasana dalam kompleks membeli belah utama di Pasir Gudang ini macam hendak 'pecah'. Itulah penangan Black. Biarpun dikenali sebagai penyanyi, Black juga pandai mengambil hati dan menghiburkan peminat. Sering kali juga dia menjadi mangsa 'buli' daripada rakan-rakan artis lain.

Dipanggil hitam, legam, rentung atau sahaja tetapi Black macam tidak kisah. Dia menganggap semuanya itu gurauan semata-mata. Malahan, panggilan seperti itu menjadikan 'sahamnya' semakin mahal apabila dia menerima sorakan dan sokongan tinggi daripada peminat.

"Apabila sama-sama terbabit dalam acara pentas sebegini dengan peminat, saya tak rasa dibuli. Malah saya rasa seronok kerana dapat bergurau senda dengan mereka walaupun muka habis comot dan badan berpeluh-peluh.

"Atas pentas kita kena terbuka dan jangan berkecil hati dengan apa yang mereka lakukan kepada kita, walaupun ada yang memanggil saya hitam. Tak salah kerana Black pun memang maknanya hitam, jadi buat apa nak berkecil hati," katanya.
Walaupun terpaksa menjadi 'boneka' di pentas, namun Black berasakan saat bersama peminat ialah kesempatan yang ditunggu-tunggu kerana berpeluang untuk menghibur dan berhibur bersama peminat.

Meskipun terpaksa mengotorkan muka dan pakaian sekalipun, Black tidak berasa terhina atau dibuli peminat. Baginya peluang keemasan ini tidak akan dilepaskan, malah akan turut serta dalam acara sebegini jika berpeluang mengikutinya lagi.

"Bagi saya itu semua adalah jenaka dan ini adalah masa untuk kita berhibur dengan peminat. Jadi buat tak kisah saja kalau ada peminat yang memanggil kita hitam," katanya yang turut menyanyikan lagu Aku Rindu Sayang Kamu dan Sofea Jane untuk menghiburkan peminatnya di Pasir Gudang.

Black menghargai peluang yang diberikan Berita Harian kepadanya untuk membabitkan diri dalam acara berkenaan. Bahkan dia berasakan siri jelajah ABPBH 2010 di Pasir Gudang ini adalah yang paling meriah.

Menaruh harapan tinggi

MUNGKIN kerana terlalu taksub dengan wanita, penyanyi yang lahir daripada program realiti Mentor ini akan muncul bersama album pertamanya Mei depan berjudul Obsesi, yang memuatkan enam lagu menggunakan nama wanita sebagai judulnya.

Album hasil sentuhan komposer terkenal tanah air seperti Anjang Jimbara, Iswandi, Syazie dan Audi Mok itu mengambil masa setahun untuk disiapkan, serta turut memuatkan single Sofea Jane.

Lagu baru yang dimuatkan dalam album di bawah label Monkey Bone itu ialah Dewi Aleeya, Leia, Natalia dan Gina. Ia dijangka mendapat sambutan peminat berikutan muzik diketengahkan lebih terkini dan rancak. Konsep mengetengahkan lagu menggunakan nama wanita bukan saja bertujuan mendekatkan lagi dirinya dengan peminat, malah diharap mampu mencipta kelainan.

"Ia bukan bermaksud saya ini terlampau obses dengan wanita, cuma untuk menimbulkan kelainan di samping membezakan saya dengan artis lain. Album pertama ini kena buat betul-betul sebab itu masa yang diambil agak lama. Manalah tahu, jika pada masa depan rezeki untuk menghasilkan album agak susah, jadi kali ini kenalah buat yang terbaik supaya orang senang ingat," katanya.

Malah, Black meletakkan harapan tinggi pada penjualan album secara digital memandangkan proses itu lebih cepat serta memudahkan peminat untuk muat turun.
Bahkan dua singlenya, Sofea Jane dan Aku Rindu Sayang Kamu saja dikatakan mampu menampung keseluruhan kos albumnya, selepas mendapat permintaan tinggi secara digital.

"Alhamdulillah, sambutan peminat kini semakin kuat sehingga saya juga dicalonkan untuk kali kedua dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010. Justeru saya yakin album ini akan mendapat sambutan apabila dipasarkan nanti," katanya.

Tidak mahu berasa selesa dengan pencapaian setakat ini, Black mengaku dirinya harus terus melipat gandakan usaha untuk kekal bersaing dalam industri muzik, seterusnya memahat nama pada kedudukan membanggakan. Apatah lagi saban hari ada saja bakat baru muncul menghiasi persada seni.

Rumah tanda kasih

Bukan untuk kesenangan dirinya saja, bahkan Black turut bekerja keras mengukuhkan nama serta mencari rezeki demi keluarganya. Akhir tahun ini, dia benar-benar berharap rumah idaman dapat dimiliki untuk keselesaan keluarganya.

Meskipun rumah yang didiami kini dianggap selesa, namun baginya memiliki sebuah rumah yang lebih sempurna akan membahagiakan lagi ibu bapanya, sebagai tanda kasih sayang seorang anak.

"Insya-Allah, selepas raya nanti saya mungkin dapat miliki rumah sendiri. Rumah sekarang memang selesa, cuma saya nak rumah yang lebih besar dan sempurna untuk keluarga. Saya akan beli rumah teres untuk ibu bapa saya. Saya pula akan tinggal di rumah yang saya diami kini sebab kawan pun ramai dan saya sendiri sudah selesa dengan persekitaran di sini," katanya.

Walaupun hanya rumah pangsa, namun Black tidak berasa jelik untuk tinggal di situ sesudah bergelar artis. Baginya, sejauh mana kakinya melangkah, dia tetap tidak akan melupakan asal usul.

Black turut mengakui bidang seni tidak akan menjanjikan kemewahan tanpa usaha gigih sendiri. Lalu, dia menjadikan bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan keduanya bagi menjamin masa depan.

Pernah membuka butik pakaian suatu ketika dulu, namun ia hanya mampu bertahan selama setahun. Black bagaimanapun tidak patah semangat untuk mencuba bidang perniagaan berasaskan makanan dan menjadikan bakat memasak yang ada pada bapanya sebagai rujukan.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bukan hendak malukan sesiapa

Posted: 22 Mar 2011 06:15 PM PDT

Hip

Deja tidak kisah jika namanya digugurkan daripada musim kedua Terima Kasih Cinta

BUKAN kisah lakonannya yang menjadi topik perbualan, tetapi selepas si empunya diri selesai membintangi muzikal Terima Kasih Cinta yang sudah melabuhkan tirainya kira-kira dua minggu lalu, cerita yang tersebar kebanyakannya berkisar kepada drama 'memualkan' belakang tabir yang membabitkan dirinya dengan beberapa pelakon lain.

Malah kisah sensasi membabitkan pelakon utama teater itu sudah pun tersebar di merata-rata, seterusnya menjadi bahan gosip baik di media cetak, elektronik dan internet. Hanya kerana jambangan bunga, nama Deja Moss menjadi panas kerana dikatakan tidak bersikap profesional serta sengaja mencari masalah dengan pelakon lain, terutama aktres Norish Karman.

Pertemuan dengan penyanyi bervokal mantap ini sewaktu dia menghadiri majlis meraikan aktres bergelar finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) Jumaat lalu berjaya merungkai segala pertanyaan berhubung gosip itu. Sambil menyifatkan apa yang disebarkan sebagai perkara remeh dan sengaja diperbesarkan mereka yang tidak bertanggungjawab, Deja turut menyatakan kekesalannya kerana kebanyakan gosip yang tersebar lebih menunjukkan dirinya yang bersalah dan menjadi punca kepada semua perbalahan, sedangkan hakikatnya, apa yang berlaku tidaklah seperti yang diperkata.

Cuma tegas Deja, selepas penjelasan ini, dia tidak mahu lagi ada pihak menganggap dirinya sebagai artis bermasalah dan tidak lekas menghukum dirinya sebelum mengetahui kesahihan gosip yang tersebar.

Betulkah gosip yang menyatakan Deja tidak memberikan bunga kepada Norish dan Farahdhiya kerana Deja sengaja hendak memalukan mereka di atas pentas?
Deja:
Memang saya akui yang saya tidak membelikan bunga untuk mereka berdua, tapi ia bukan bertujuan hendak memalukan dua artis berkenaan seperti yang ditulis dalam kebanyakan ruangan gosip. Saya hanya memberikan jambangan bunga itu kepada mereka yang memang rapat dengan saya sepanjang teater terbabit berlangsung. Pelakon yang saya berikan bunga itu memang selalu lepak dengan saya. Makan dan minum bersama. Norish dan Farahdhiya pula lebih banyak buat hal mereka sendiri. Salahkah saya bagi bunga kepada mereka yang baik dengan saya? Pada saya, perkara itu tidak sepatutnya diperbesarkan dan tak ada isu pun. Mereka juga pernah mendapat bunga, malah siap hantar hingga ke bilik solekan lagi. Saya tak bising pun. Ini adalah hal dalaman dan jika tidak dihebahkan, orang ramai takkan tahu apa-apa. Cuma apabila ia disebarkan dan mendapat perhatian media, maka jadilah seperti ini.
Bagaimana sebenarnya hubungan antara Deja dengan Norish? Apakah benar anda berdua memang ada masalah?
Deja:
Terus terang, kami memang tidak rapat. Sepanjang di lokasi kami buat hal masing-masing. Lagi pun tidak ada babak yang membabitkan kami berdua. Sebenarnya, sejak awal lagi saya sudah dapat mengagak, pasti perkara seperti ini akan terjadi jika Norish terbabit sama dalam teater itu. Dan disebabkan itu juga, saya ingin menarik diri kerana tak mahu perkara yang tidak diingini berlaku. Namun semua yang saya cuba elakkan akhirnya terjadi juga. Kesannya, nama saya juga yang buruk. Bagaimanapun, saya tak mahu memperbesarkan perkara ini kerana saya ada suami yang perlu dijaga hatinya, begitu juga saya tak ingin ia menjejaskan perniagaan saya.

Bagaimana pula dengan kenyataan yang dikeluarkan Farahdhiya yang menyifatkan tindakan Deja tidak memberikan bunga itu sebagai biadap.
Deja:
Dalam hal ini saya sendiri rasa hairan, apa masalahnya dengan Farahdhiya sehingga dia sanggup menyerang saya di laman Twitter? Setahu saya, saya tak ada apa-apa masalah dengannya. Jadi kenapa dia begitu beriya-iya mengeluarkan kenyataan sedangkan pihak Norish sendiri lebih selesa berdiam diri. Dalam hal ini, saya hormati pendirian Norish kerana tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh memburukkan lagi keadaan. Tapi Tuhan itu Maha Kaya, sebaik saja tamat pementasan, suami membawa saya bercuti ke Bali. Dalam perjalanan pulang, tanpa disangka Farahdhiya turut menaiki penerbangan yang sama. Jadi saya tunggu juga jika dia ingin bersemuka dengan saya, tapi nampaknya tidak. Kalau betul dia tak puas hati dengan saya, baik dia jelaskan secara berdepan daripada mengeluarkan kenyataan di laman Twitter yang boleh menyebabkan orang yang membacanya membuat sangkaan yang bukan-bukan.

Hip: Khabarnya, pementasan musim kedua teater muzikal Terima Kasih Cinta akan diadakan nanti. Tetapi nama Deja serta tiga pelakon wanita lain akan digugurkan. Apa perasaan Deja?
Deja:
Yakah? Saya tak tahulah pula. Kalau betul ada pementasan kedua, saya pun tak kisah kalau tidak dapat watak itu. Memang saya tak nak pun selepas melihat apa yang berlaku. Selama tiga bulan saya terbabit dalam teater ini, banyak yang saya korbankan. Jadi selepas ini, saya mahu tumpukan perhatian terhadap rumah tangga dan juga perniagaan saya. Lagi pun, saya juga mahu keluarkan single tidak lama lagi. Jadi saya harus tumpukan pada kerjaya nyanyian saya.

Apa reaksi suami dan keluarga Deja apabila gosip ini digembar-gemburkan?
Deja:
Ada kala, suami juga ada membaca gosip mengenai saya di blog dan laman sosial lain. Saya faham perasaannya apabila membaca cerita yang negatif mengenai isterinya. Tapi dia tahu situasi sebenar dan minta saya tidak layan perkara seperti itu. Apabila suami cakap macam tu, saya rasa lega dan tak perlu nak sakit kepala untuk fikir perkara remeh seperti ini. Cuma apa yang saya lakukan, sebelum pementasan tamat dan sewaktu sesi soundcheck, saya ambil kesempatan itu untuk meminta maaf kepada semua pihak jika sepanjang saya terbabit dalam pementasan ini, saya ada menyinggung perasaan mereka. Sama ada saya ada buat salah atau tidak, itu belakang kira kerana yang penting, saya ikut pesanan bapa saya supaya meminta maaf walaupun kita rasa kita berada di pihak yang benar. Sekurang-kurangnya saya sudah melakukan apa yang termampu dan terpulang kepada mereka sama ada mahu maafkan atau tidak.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

:: MYARTIS.COM ::

:: MYARTIS.COM ::


TAHNIAH DANNY DAN LEEN...

Posted: 22 Mar 2011 03:08 PM PDT

Tahniah diucapkan kepada Danny X Factor selepas selamat bertunang baru-baru ini dengan kekasih hatinya Leen. Harapan kita, semoga pertunangan tersebut akan membawa mereka berdua kejinjang pelamin tanpa sebarang dugaan atau rintangan... Amin..!!


Klik untuk imej besar...












(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Filem dalam botol

Posted: 21 Mar 2011 11:39 AM PDT

Artis Malaysia filem  | 22 March, 2011

filem dalam botol posterSinopsis dalam botol:- Ruby atau nama sebenarnya Rubidin dan Ghaus merupakan pasangan sejenis yang sedang bercinta. Kerana terlalu mencintai Ghaus, Rubidin sanggup berkorban mengubah identiti dirinya kepada Ruby. Bukan sedikit pengorbanan yang dilakukan oleh Ruby, identiti dirinya diubah menerusi satu pembedahan jantina. Namun perhitungan Ruby itu salah kerana Ghaus tidak dapat menerimanya dalam keadaan fizikal seorang wanita sekali gus memutuskan perhubungan dengan Ruby. Tanpa diduga, hormon lelaki dalam Ruby kembali menyerlah dan dia kembali menjadi Rubidin. Malah Rubidin mula jatuh cinta dengan seorang gadis yang baik budi dan mereka merancang untuk berkahwin. Bisa terjalinkah harga sebuah perkahwinan jika sang suami tidak memiliki kelakianya dan apabila tidak terbayar.

.
Tajuk Filem:
…dalam botol

Pengarah:
Khir Rahman

Penerbit:
Pengedaran J.A.S Sdn. Bhd dan Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd

Dipawagam:
24 Mac 2011

Pelakon dalam botol:
Arja Lee
Wan Raja
Diana Danielle
Ogy Ahmad Daud
Normah Damanhuri
Jalil Hamid

Trailer dalam botol:

Anda sudah menonton filem ini? Sila tinggalkan review di bahagian komen untuk panduan penonton yang lain..


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Ular mati patuk wanita

Posted: 22 Mar 2011 06:00 PM PDT

nuffnang_bid = "f1d2da164511835d8b2f4e70dae8ccd1"; // ]]>

du 09.1 Ular mati patuk wanita

SEEKOR ular menggigit seorang model wanita di Tel Aviv Israel.


TEL AVIV – Seekor ular mati selepas ia menggigit payu dara seorang model wanita di Israel, lapor sebuah akhbar semalam.

Hasil bedah siasat yang dilakukan selepas itu mendapati reptilia tersebut mati akibat keracunan silikon.

Sebelum ini model wanita berkenaan, Orit Fox, menjalani pembedahan membesarkan payu dara dengan memasukkan payu dara silikon ke dalam badannya.

Insiden tersebut berlaku di sini baru-baru ini, apabila Fox diarah memegang ular itu dalam satu sesi fotografi. – Agensi

/// kosmo ///

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Persandingan ala Jepun

Posted:

Persandingan ala Jepun

Persandingan ala Jepun



SEPERTI raja sehari yang lain, tersirat perasaan gemuruh tatkala mengenangkan cuma tinggal beberapa bulan sahaja lagi dirinya bakal memegang status sah isteri kepada vokalis kumpulan Hujan iaitu Noh, 27.

Mengikat tali pertunangan pada 6 November tahun lalu dengan mengadakan majlis tertutup di teratak keluarganya di Ampang, Selangor, sudah tiba masanya Mizz Nina mengatur langkah membina sebuah keluarga dengan pilihan hati.

Pasangan itu mula berkenalan pada Disember dua tahun lalu dan hubungan mereka semakin serius apabila Noh turut terlibat dalam pembikinan album Mizz Nina.

Sejak itu, timbul keserasian dan disulami dengan perasaan cinta. Maka, lebih baik masing-masing menjaga hubungan yang terjalin itu dengan mengambil keputusan untuk diijab kabul.

Sudah dapat menyangka akan diajukan soalan mengenai persiapan perkahwinan, anak bongsu Pengerusi Kumpulan AmBank Berhad, Tan Sri Azman Hashim itu hanya mampu tergelak kecil.

"Sekarang perasaan saya bercampur antara gembira dan panik. Sebab perancangan tahun ini terlalu banyak dan kesemuanya perlu diutamakan.

"Tidak kira soal masa depan kehidupan mahu pun karier seni saya," katanya ringkas.

Memilih 1 Julai ini sebagai saksi lambang cinta sehingga akhir hayat bersama tunang tersayang, sebenarnya tarikh itu memberi dua erti yang sungguh bermakna kerana dia juga bakal menyambut ulang tahun ke-31.

Tidak keberatan berkongsi kegembiraannya itu terutama bagi susun atur majlis, Mizz Nina mengakui dia tidak melepaskan segala tugasan kepada perancang perkahwinan seratus peratus.

Bukannya tidak yakin dengan hasil kerja individu yang dipilih, sebaliknya wanita itu mahu melihat memori indah yang hadir sekali dalam hidupnya terlaksana dengan penuh kegembiraan seperti yang telah dirancang.

Lebih senang jika dia tidak lepas tangan bagi memastikan ketiga-tiga majlis yang akan berlangsung berjalan lancar. Maklumlah, Mizz Nina harus memahami dirinya bukan sahaja seorang penghibur bahkan merupakan cahaya mata kepada salah seorang jutawan di negara ini.

"Setiap minggu saya dan perancang perkahwinan megadakan perbincangan. Seramai lapan jurufoto dan video daripada produksi Manggis akan turut serta merakamkan memori itu nanti.

"Seterusnya, individu penting untuk menghasilkan potongan busana ialah pereka yang sudah lama bersama keluarga saya iaitu Lady Jane.

Dua ribu tetamu


MIZZ NINA dan Noh sepakat memilih gaya Jepun untuk salah satu majlis perkahwinan mereka nanti kerana begitu meminati fesyen dari negara matahari terbit itu.


Sudah tentu kehadirannya di pentas persandingan kelak, menjadi tatapan golongan korporat. Jadi, tidak mustahil Mizz Nina sekeluarga memilih untuk mengadakan tiga majlis berlainan lokasi semata-mata mahu memastikan setiap jemputan berpuas hati dengan detik bersejarahnya.

"Upacara akad nikah akan dilangsungkan di kediaman keluarga saya pada sebelah malam, 1 Julai nanti. Kita buat secara tertutup dan hanya sanak saudara sahaja yang dijemput.

"Dekorasi pada malam itu, pastinya sungguh romantis. Ideanya ialah kita buat jambatan di tengah-tengah kolam renang. Itu sahaja, selebihnya perlu rahsia," terangnya yang memilih tema klasik berona hitam dan putih.

Berdasarkan perbincangan oleh kedua belah pihak pada majlis pertunangan mereka, Nina bakal menerima mas kahwin sebanyak RM888.88 manakala wang hantaran pula lebih RM11,000.

Sementara itu, majlis resepsi secara tertutup bagi golongan VVIP terutama kenalan keluarganya akan diraikan pada pada 3 Julai di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur.

Setiap majlis turut mengenengahkan konsep berlainan. Keputusan sudah muktamad apabila keluarga Mizz Nina memilih untuk meraikan kedua-dua mempelai dengan mempersiapkan diri mereka menyarung persalinan busana tradisi Melayu.

Bukan itu sahaja, tetamu juga seboleh-bolehnya berhias cantik dengan gaya elegan menggunakan fabrik berwarna ungu.

"Kita mahukan majlis berlangsung dengan tenang dan bukannya tidak mahu menjemput media hadir. Tetapi atas permintaan keluarga kami yang mahu menjadikannya sebagai sebuah majlis penuh privasi.


KLIP video lagu Mizz Nina, What You Waiting For ditonton seramai 2.6 juta pengguna Internet.


"Namun, jangan risau kerana kami akan membekalkan gambar-gambar sewaktu pernikahan itu nanti," ulasnya sambil tersenyum.

Tidak sesekali melupakan hasrat untuk berkongsi kegembiraan, Mizz Nina memilih Hotel Double Tree by Hilton Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur sebagai ruang meraikannya bersama media dan rakan-rakan.

Tetamu yang dijemput terlalu tidak terikat dengan protokol sebaliknya dapat meluangkan sepenuh masa dengan mempelai.

"Sebuah lagi majlis resepsi khusus buat teman-teman artis dan media akan diadakan pada 6 Julai. Beberapa orang artis akan diundang membuat persembahan.

"Antara yang boleh saya umumkan di sini ialah akan ada kumpulan dari Indonesia bakal membuat persembahan kelak," jelasnya yang cukup popular dengan lagu What Are You Waiting For.

Bagaikan tidak sabar menanti detik bersejarah itu, majlis resepsi ketiga menetapkan tema ala Jepun. Celahnya, tetamu yang hadir dapat menyaksikan para pengiring wanita memakai kimono manakala pengiring lelaki pula bersut ninja.

"Ini memang idea saya dan Noh kerana kami sungguh meminati stail Jepun. Tidak kira dari segi makanan atau fesyen mereka.

"Majlis kali ini lebih kepada keseronokan yang akan dikongsi bersama tetamu. Sebelum upacara berlangsung, kita turut mengadakan majlis karpet merah. Jadi setiap tetamu jangan lupa untuk melaram," selorohnya.

Tambah Mizz Nina, sesudah mencapai usia 33 tahun, dia mahukan mahligai yang dibinanya itu hadir dengan keceriaan gelak tawa cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama Noh.

Cuma dirinya perlu membahagikan peluang yang ada supaya rumah tangga tidak terabai.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Teknik kolaj Pretty Ugly

Posted:

Teknik kolaj Pretty Ugly

Teknik kolaj Pretty Ugly


DARI kiri: J-Lead, Juad, Neves dan Nett berikrar akan meneruskan hayat Pretty Ugly sampai bila-bila.


GABUNGAN bakat tulen empat lelaki bergaya urban yang dikenali sebagai Pretty Ugly, kini kembali menonjol menerusi penghasilan sebuah album terbaru mereka berjudul Darabkan Sejuta.

Mereka dijangka menggegarkan semula industri muzik tanah air setelah mendiamkan diri lebih daripada setahun yang lalu.

Dianggotai Neves (atau nama sebenarnya Raizan Zainal Abidin), Nett (Nik Muhammad Histami Nik Mohammad Din), J-Lead (Mohamad Raziz Zainal Abidin) dan Juad (Ikhwan Ajwad Rawyani), Pretty Ugly sememangnya sudah pun melakar populariti dalam kalangan pencinta muzik tempatan.

Justeru, kemunculan terbaru mereka itu bukan sesuatu yang sukar untuk melariskan lagu-lagu ciptaan asli mereka di pasaran.

Difahamkan perjalanan bagi menyiapkan album terbaru itu tanpa disedari telah mengambil masa lebih daripada setahun dan istimewanya, kesemua lagu tersebut dihasilkan sendiri oleh mereka atas kepercayaan serta dorongan pengalaman yang tersedia ada.

Sempena kemunculan semula Pretty Ugly, majlis pelancaran album terbaru mereka itu diadakan di destinasi hiburan karaoke, Redbox di pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sebelum bermulanya majlis pelancaran itu, para pengunjung dihiburkan dengan persembahan singkat Pretty Ugly yang menampilkan barisan lagu daripada album tersebut.

Apa yang jelas, persembahan Pretty Ugly masih mampu memukau jiwa. Ia sekali gus membuktikan kredibiliti mereka dalam menghasilkan lagu-lagu berkualiti tinggi sungguhpun mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan.

Usai acara pelancaran, Neves dan rakan-rakan dalam kumpulannya itu berkongsi serba sedikit pengalaman pembikinan album terbaru itu.

Neves memberitahu, album berkenaan mengandungi lapan buah lagu baru dan merupakan album keempat Pretty Ugly.

"Konsepnya pula lebih kepada rock moden. Sebabnya, generasi muda hari ini memang gemar dan tertarik kepada genre muzik seumpama itu. Menitikberatkan kegemaran dan permintaan semasa, justeru kami bercadang untuk menghasilkan lagu-lagu alunan moden serta rock," kata Neves yang tampil bersahaja.

Neves menaruh harapan, antara lagu yang dijangka hit termasuklah Takut Aku Kalah, Bunuh Kisah Lalumu dan Darabkan Sejuta. Selain itu, dua buah lagu lain daripada album tersebut telah pun dimainkan di media elektronik terutama radio sebelum album itu dipasarkan iaitu Kelab Jiwa Muzik dan Itu Bukan Aku.

Tambahnya, album tersebut diterbitkan Cdbagasi Music di bawah naungan Record Label & Publishing House yang merupakan milik Neves sendiri.

Sama seperti sebelum ini, muzik album ini disusun dan diterbitkan oleh Pretty Ugly sendiri serta diedarkan oleh Eastern Records Sdn. Bhd. Cuma single Itu Bukan Aku sahaja diedarkan oleh Warner Music Sdn. Bhd.

Bagi memperhebatkan lagi promosi album itu, klip video lagu-lagu dari album tersebut juga telah dihasilkan dengan sentuhan teknik yang unik dan menarik.

"Terutama klip video lagu Takut Aku Kalah menampilkan kreativiti unsur-unsur kolaj iaitu teknik atau cara membuat gambar daripada pelbagai jenis bahan seperti cebisan kertas, cebisan kain atau foto yang berwarna-warni dan dicantum-cantumkan dilekatkan pada kertas.

"Klip video itu juga menggambarkan jalan cerita seorang pahlawan berperang untuk memusnahkan musuhnya di medan pertempuran," ujarnya.

Menjelaskan mengenai lirik lagu-lagu dalam album tersebut, beritahu Neves, kesemuanya dicipta dengan mementingkan elemen yang lebih matang dan mantap untuk menguasai sanubari para peminat.

Jelas Neves lagi, kekuatan lirik yang baik mampu membuatkan lagu-lagu itu sentiasa hidup dan indah didengari.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Steve Martin bersara

Posted:

Steve Martin bersara

Steve Martin bersara



BINTANG komedi popular, Steve Martin telah membuat keputusan mahu bersara. Bagaimanapun, dia hanya akan bersara daripada dunia persembahan komedi pentas, tetapi dia akan meneruskan karier lakonannya.

Menurut pelawak yang popular menerusi filem Cheaper by the Dozen itu, alasannya untuk bersara disebabkan faktor usia. Sudah berusia 65 tahun, Steve juga adalah nama besar dunia pelawak pentas di Amerika Syarikat.

"Rasanya sudah tidak sesuai lagi untuk saya beraksi di pentas dan peluang seharusnya diberikan kepada pelawak muda. Malah, sudah lebih 30 tahun saya berada dalam bidang ini," ujarnya.

Martin memulakan kariernya sebagai pelawak pada tahun 1970-an dan kemudian beralih kepada siaran televisyen. Kemudian, dia mendapat tawaran untuk berlakon dalam filem Hollywood, namun masih tetap meneruskan kariernya membuat persembahan komedi pentas.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Selasa, 22 Mac 2011

Sensasi

Sensasi


Bills bills bills oleh Darren Glee Comel

Posted: 22 Mar 2011 11:01 AM PDT



Siapa kah lelaki ini? lebih dikenali sebagai Blaine Anderson di dalam siri popular masa kini iaitu Glee atau nama sebenarnya Darren Criss,anak kelahiran San Fransisco,California. Comel kan? lagu Bills bills bills ini yang di popular kan oleh kumpulan Destiny Child.