Adsense

Isnin, 21 Mac 2011

Celebrity News

Celebrity News


Foto Pernikahan Kris Dayanti Dan Raul Lemos

Posted: 21 Mar 2011 08:54 AM PDT

Sebenarnya ada banyak gambar perkahwinan Kris dan suami baru beliau iaitu Raul Lemos di Masjid Sahid Nurul Iman di Jakarta semalam. Bukan gambar perkahwinan yang menjadi topic ZoOM malam ini tetapi ada sesuatu yang membuatkan ramai pelawat dan pengkritik bebas diluar sana meluat dengan satu aksi yang sudah pasti menimbulkan konterversi.

ZoOm sependapat dengan kaki komen diluar sana yang mengkritik keras tindakan pasangan ini ketik sah menjadi suami isteri. Nak dijadikan cerita gambar diatas menunjukkan pasangan ini tanpa segan silu bercium didalam masjid selepas dinikahkan.


Entahlah Mazhab mana yang membenarkan pasangan yang sah menjadi suami isteri boleh bercium didalam Masjid.

Apa komen anda mengenai foto/gambar + Gossip ini !!!

Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Kris lepasi fasa derita

Posted:

Kris lepasi fasa derita

Kris lepasi fasa derita

Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA
saharudin.musthafa@utusan.com.my
Ganmbar SAHARUDIN MUSTHAFA


KRIS Dayanti mencium tangan suaminya, Raul lemos.


SEGALA-GALANYA sudah selamat. Kris Dayanti tidak lagi memegang gelaran janda - gelaran yang amat digeruni oleh sebilangan besar wanita.

Masakan tidak, gelaran itu amat mudah mendedahkan mereka kepada pelbagai fitnah, umat dan keji masyarakat.

Justeru, pernikahan antara penyanyi ternama Indonesia itu dengan usahawan yang berasal dari Dili, Timor Leste, Raul Dos Reis Lemos pada Ahad lalu diharapkan membawa sinar baru buatnya.

Perasaan Kris saya dasari sejurus selepas dia bergelar isteri menerusi perkahwinan keduanya itu.

Tewas dalam rumah tangga pertama dengan penyanyi dan komposer Anang Hermansyah selam 13 tahun itu, Kris mengakui, fasa kesulitan sudah semakin beransur-ansur lenyap dari hidupnya.

Kata Kris, kegembiraan yang sedang dilaluinya sukar diterjemahkan dengan kata-kata kerana kesediaan Raul menerimanya sebagai isteri sudah menjangkaui hal-hal lain.

"Saya harus akui perkahwinan kali ini merupakan saat yang amat bermakna. Kejujuran dan kasih sayang yang ditunjukkan Raul jauh mengatasi perkara-perkara lain.

"Azam saya untuk memastikan perkahwinan kali ini bertahan sehingga ke akhir hayat. Saya dan Raul pernah sama-sama tewas dalam perkahwinan sebelum ini.

"Lalu, kami tidak mahu ia berulang lagi. Pengalaman lalu banyak menjadi pengajaran. Kami berdua mahu bangkit daripada kesilapan lalu," kata Kris yang merupakan ibu kepada dua cahaya mata, Auriel Nurhermansyah dan Azriel Akbar Hermansyah.

Penyanyi yang pernah menempa kegemilangan di persada muzik Malaysia menggambarkan, suami barunya itu memenuhi kriteria sebagai seorang pemimpin keluarga.

Ketegasan, kasih sayang dan tanggungjawab yang ada dalam diri Raul memenuhi karisma suaminya itu untuk memimpin rumah tangga mereka.

Dia sedar kenyataan itu tentunya akan membuatkan masyarakat mula mempersoal apakah kriteria itu tidak ada dalam diri Anang.

Pada satu perspektif lain pula, barangkali ada yang tertanya-tanya kalau Raul mempunyai pakej itu kenapa dia juga pernah tewas dalam perkahwinan pertama dengan Silvalay Noor Athalia atau Atha.

Kata Kris, dia tidak pernah berniat untuk membanding-bandingkan Raul dengan bekas suaminya, Anang.

Bahkan, untuk mengulas kegagalan Raul pada perkahwinan terdahulu juga bukan menjadi haknya.

"Kegagalan saya dan Raul pada perkahwinan masing-masing sebelum ini merupakan sejarah dalam hidup kami berdua.

"Apa yang berlaku dulu ada sebabnya dan tidak perlu diulang kaji semula. Kini yang menjadi fokus saya dan suami ialah mencari semula kebahagiaan yang kami dambakan.

"Kerana itu, besar harapan saya para peminat dan seluruh anggota masyarakat akan mendoakan kebahagiaan kami hingga ke akhir hayat," pinta Kris dalam nada penuh berhemah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Komitmen artis pada Kami Prihatin

Posted:

Komitmen artis pada Kami Prihatin

Komitmen artis pada Kami Prihatin

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar ASMARUDDIN JAMALUDDIN


PARA artis, pihak penganjur serta pelajar UiTM ceria dan sempat bergambar bersama-sama selepas berakhirnya Program Kami Prihatin.


KEBANYAKAN artis terutama generasi muda yang menyedari mereka mempunyai tanggung jawab sosial, jarang yang enggan bekerjasama apabila diajak menjayakan program seperti Kami Prihatin.

Tidak kira sama ada untuk mengadakan persembahan atau mempromosikan aktiviti berkaitan kempenyang bertujuan memberi kesedaran berhubung isu buang anak yang kerap berlaku dalam masyarakat hari ini, kalangan artis yang diajak akan tampil meluangkan masa bertemu orang ramai dan golongan sasaran.

Biarpun sibuk dengan pelbagai undangan nyanyian dan promosi album masing-masing, artis-artis berkenaan tetap meluangkan masa bagi menjayakan program Kami Prihatin.

Penyanyi Heliza Helmi baru-baru ini, walaupun kurang sihat tetapi sanggup turun padang bagi menjayakan kempen tersebut.

Bintang Akademi Fantasia musim kelima (AF5) itu menggagahkan diri untuk muncul pada program Kami Prihatin di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.

Sebenarnya, keadaan kesihatan Heliza kurang memuaskan kerana dia belum pulih sepenuhnya daripada keracunan makanan.

Gadis berusia 25 tahun ini berkata, sehari sebelum itu (program di UiTM), dia keracunan makanan sehingga menyebabkan badannya terasa begitu lemah. Ekoran itu, katanya, semangatnya hampir luntur untuk hadir bagi menjayakan program tersebut.

"Saya keracunan makanan mungkin kerana makan macam-macam. Antara yang saya makan ialah nasi ayam, roti bakar, coklat dan kentang goreng.

"Selepas itu, saya makan pula nasi campur dengan macam-macam lauk. Pendek kata pada hari itu, dari pagi sampai ke petang, saya tidak henti-henti makan.

"Akibatnya saya alami sakit perut. Bagaimanapun, oleh kerana sudah berjanji dan mahu memberi komitmen bagi menjayakan program ini, saya datang juga.

"Walaupun masih ada rasa sakit sikit-sikit dalam perut, saya masih boleh menyanyi demi program ini," katanya kepada Hits sewaktu ditemui pada program tersebut.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan Sains Biologi dan Kimia ini menambah, dia juga tiada masalah untuk turut serta menjayakan program Kami Prihatin.

Ini kerana sebelum ini, Heliza pernah muncul bersama Sohaimi Mior Hassan untuk program yang serupa di Pusat Latihan Khidmat Negara, Mantin, Negeri Sembilan, bulan lalu.

Kata bekas graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS) ini, dia seronok membabitkan diri dalam program seperti itu.

Jelasnya, pengalaman semasa menjalani latihan amali di sebuah sekolah rendah di Sabah pada tahun 2009, membuatkan dirinya cenderung ke arah bidang motivasi pelajar.

Oleh itu, katanya, selain menyanyi, dia turut memenuhi undangan sebagai penceramah jemputan untuk memberi motivasi kepada pelajar khususnya golongan remaja.

"Pengalaman memberi ceramah motivasi sewaktu menjalani latihan amali di Sekolah Menengah Perempuan, Likas, Sabah selama tiga bulan mencetuskan minat saya saya terhadap bidang kaunseling.

"Dengan pembabitan saya dalam bidang ini, sedikit sebanyak dapat membantu menjayakan lagi program tersebut.

"Saya juga berpandangan, apabila terbabit dalam program Kami Prihatin, secara tidak langsung, ia merapatkan lagi hubungan saya dengan peminat.

"Ini kerana, kebanyakan golongan yang didekati menerusi program seperti ini adalah golongan remaja," katanya yang tampil menyanyikan dua lagu, Standing In The Eyes of The World dan Insya-Allah.

Program Kami Prihatin anjuran bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Utusan Malaysia, Astro dan Persatuan Karyawan Malaysia itu dirasmikan oleh Menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Gambar Seksi Fasha Sandha Berbikini

Posted: 21 Mar 2011 02:06 AM PDT

Gambar Seksi Fasha Sandha Berbikini

Koleksi Pelakon Fasha Sandha penuh dengan kontroversi apabila gambarnya memakai bikini ketika bercuti di Bali, Indonesia sempena sambutan tahun baru tersebar di Internet. Walaubagaimanapun, pelakon ini tetap disukai ramai.

Gambar Seksi Fasha  Sandha Berbikini
Gambar Seksi Fasha  Sandha Berbikini
Gambar Seksi Fasha  Sandha Berbikini

Ha kepada mereka yang nak SANGAT TENGOK gambar yang lebih menarik dan dare leh join fan fasha sadha.. klik pautan berikut FAN PAGE FASHA SANDHA

Facebook Ditutup 15 Mac 2011?

Posted: 21 Mar 2011 01:37 AM PDT

Facebook Ditutup
Apa kes Facebook ditutup pada 15 Mac 2011? Now what! sekarang dah 21 Mac 2011, nothing happen, Kenyataan ini juga pernah diwar warkan di satu blog popular iaitu Coffetoday.com

Facebook akan ditutup pada 15 Mac 2011, berita ni disahkan oleh pengasas Facebook, Mark Zuckerberg melalui teks ucapan yang disampaikan oleh Avrat Humarthi, Naib Presiden Unit Hal Ehwal Teknikal Facebook. Mark Zuckerberg dilanda tekanan kerana menguruskan Facebook sedangkan Facebook bermula hanyalah sebagai hobinya saja di masa lapang. Penutupan Facebook pada 15 Mac 2011 kini disahkan benar, blog pihak Faceboook masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi kepada 500 juta pengguna Facebook, setakat ni yang ada cuma kenyataan yang dikeluarkan oleh Avrat Humarthi saja. Sila backup segala gambar-gambar Anda yang ada di Facebook Anda sebelum kita memasuki bulan Mac 2011. Setelah Facebook ditutup, kami menjangkakan berbillion pengguna Facebook akan beralih semula kepada MySpace dan Friendster.


Facebook Tidak Akan ditutup pada 15 Mac 2011 ini! Itu Kenyataannya. Khabar angin ataupun rumours bahawa Facebook akan Di tutup pada 15 Mac 2011 yang dah berlegar di Internet sejak beberapa hari lepas ini hanyalah berita palsu yang ditimbulkan oleh Weeksly World New yang sememangnya dah biasa menimbulkan berita-berita palsu sebelum ini.

Facebook Ditutup

Hurayyyy!!! Apa apa pun semoga kita akan kekal leka dengan facebook. Hahahahhahaha!!

Majlis Perkahwinan Kris Dayanti dan Raul Lemos Bernikah

Posted: 21 Mar 2011 12:41 AM PDT


Tahniah diucapkan, setelah mengharungi dengan pelbagai kontroversi suatu ketika dahulu bersama Raul Lemos, kita sudah menjadi kenyataan.

Akad nikah Krisdayanti dan Raul disaksikan oleh kedua orang tua Krisdayanti, Trenggono (ayah) dan Widadiningsih (ibu). Krisdayanti sempat menangis di saat dia hendak meminta izin untuk menikah dengan Raul.

Mata Krisdayanti (KD) kelihatan berkaca-kaca, dan beliau sempat mengusapkan sapu tangan di kedua-dua matanya selama beberapa kali. Ibu Krisdayanti, Widadiningsih juga sedih dan turut menangis.



Semoga perkahwinan Kris Dayantik kali ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Pertunangan Danny X-factor & Saidatul Fazlin Zakaria

Posted: 21 Mar 2011 12:27 AM PDT

pertunangan Danny X-factor & Saidatul Fazlin Zakaria
Keserasian dimiliki seperti sudah bertahun berhubungan biarpun tidak sampai tiga bulan perkenalan menjadi faktor pelakon, pengacara dan penyanyi, Danny X-Factor, mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya, Saidatul Fazlin Zakaria, 25, yang bertugas sebagai pramugari syarikat penerbangan Air Asia.

Majlis selamat dilangsungkan di rumah Saidatul Fazlin di Kampung Tersusun, Tronoh Mines, dekat sini, petang semalam.
Kedua-dua bakal pengantin yang segak dan anggun mengenakan busana tradisional berwarna perak bercampur kelabu, bertukar-tukar hantaran lima berbalas tujuh dulang.

Majlis pertunangan dibuat secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga kedua-dua pihak serta rakan dan kenalan terdekat.

Danny atau nama sebenarnya Mohd Khardanie Anwar, 31, yang berasal dari Kelantan ketika ditemui, berkata walaupun usia perkenalan mereka belum sampai tiga bulan, hubungan Saidatul Fazlin atau lebih manja dengan panggilan Lin, dengan dirinya begitu rapat.


Pertunangan Danny X-factor & Saidatul Fazlin Zakaria

"Gerak hati dan naluri saya kuat mengatakan bahawa Lin adalah jodoh yang dicari selama ini. Tanpa berlengah-lengah, saya melamarnya sebelum memaklumkan hasrat saya kepada keluarga saya untuk terus mengikat pertunangan," katanya.

Danny berkata, mereka sepakat untuk mengikat tali pertunangan selama enam bulan dan mahu terus menaiki jinjang pelamin selepas Aidilfitri ini

Sekarang pertunangan pun dah selesai, bila agaknya tarikh perkahwinan akan diwar warkan.

Zizan melawak guna nama bapa Azril Nawawi

Posted: 20 Mar 2011 08:47 PM PDT

Ini merupakan kisah Zizan telah membuat suatu lawak yang mempersendakan nama ayah kepada Paknil (Aznil Nawawi). Ungkapan lawak zizan tersebut adalah "Aznil Haji Nawawa". Oleh itu, Paknil dikatakan telah bengang dengan lawak tersebut di Twitternya.

Mari kita lihat apakah yang telah di perkatakan di twitter Zizan hingga mencetuskan berang kepada Aznil Nawawi.


Zizan melawak guna nama bapa Azril Nawawi
Zizan melawak guna nama bapa Azril Nawawi
Zizan melawak guna nama bapa Azril Nawawi
Zizan melawak guna nama bapa Azril Nawawi
Zizan melawak guna nama bapa Azril Nawawi


Walaubagaimana pun Zizan sebagai Artis telah memohon maaf kepada Aznil Haji Nawawi, Sikap Zizan Raja Lawak begitu professional kerana mengaku dengan kesilapan yang telah dibuatnya, GAM berharap ramai artis artis diluar sana dapat mengikuti contoh Zizan Raja Lawak ini.

zizan minta maaf kepada aznil nawawi

Harap jangan lah diulangi lagi yea..

Sah Qi Razali dan Yuna Bercinta

Posted: 20 Mar 2011 07:58 PM PDT

Memang sah dan confrim bahawa Qi Razali dan Yuna Bercinta, apa yang lebih mengesahkan apabila Qi Razali membuat kenyattaan di status facebook " Qi Razali in relationship with Yuna Zaraai. Huh status yang memang berani dari Qi Razali, Harap jgn syok sendiri udah lah yea..

Meh lihat gambar dibawah sebagai bukti bahawa mereka bercinta

Sah Qi Razali dan Yuna Bercinta

Gambar Seksi Miera Liyana Mohon Maaf

Posted: 20 Mar 2011 07:37 PM PDT

Gambar Seksi Miera Liyana

kontroversi panaz Miera Liyana, seorang pelakon gadis remaja baru yang berpakaian sangat seksi dan hampir menampakan buah dada nya yg comel di Malam Gala ABP Rafflesia, Miera Liyana telah pun memohon maaf kepada umum berkaitan isu terbabit

Berikut merupakan kenyataan yg dipetik oleh Miera Liyana sebagai memohon maaf


Gambar Seksi Miera Liyana

" Saya memohon maaf kepada yang tidak menyenangi apabila melihat saya berpakaian seperti ini. Saya tidak sempat mencuba terlebih dahulu pakaian ini kerana baru mendapatnya daripada pereka fesyen pada pagi tadi. Saya sendiri yang memilih pakaian ini kerana nampak sangat cantik dan lain dari lain. Tak sangka pula apabila pakai, jadi seperti ini. Kalau saya pakai tiub, nampak tak cantik pula sebab pakaian ini terdedah di belakang. Saya bersedia menerima teguran orang ramai dengan terbuka tentang pakaian saya ini dan berjanji tidak akan melakukan kesilapan yang sama. "

Pastinya selepas ini Miera Liyana akan meletup macam pisang goreng panaz di waktu petang.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Kebahagiaan berganda

Posted: 20 Mar 2011 04:12 PM PDT

Hip

pix_gal0
Lagu ciptaan Mizz Nina tempa sejarah tatkala sibuk buat persiapan kahwin

SAAT ini ada debaran yang bersarang dalam sanubari Mizz Nina. Tarikh 1 Julai yang hanya berbaki tiga bulan lagi membuatkan kesibukan penyanyi Hip Hop itu semakin berganda.

Dalam rancak mengatur pembikinan single terbaru, persiapan pernikahan yang bakal berlangsung pada tarikh itu disusuli dua majlis resepsi tetap tidak dilepaskan bulat-bulat ke tangan orang lain.

Bukan tidak percaya, sebaliknya itulah sifat semula jadi anak bongsu Pengerusi Kumpulan Ambank, Tan Sri Azman Hashim, apatah lagi ia membabitkan hari paling bermakna dalam hidupnya. "Memang kalau tengok saya tak cukup tangan, tetapi saya mempunyai tenaga belakang tabir yang membantu dalam setiap perkara termasuk urusan kenduri dan kerjaya seni. Cuma saya memang jenis tak boleh duduk diam. Selagi boleh saya masih mahu 'turun padang' membantu mana yang termampu.

"Syukur, kursus kahwin, ujian HIV dan segala dokumen sudah diuruskan, manakala persiapan kenduri juga berjalan lancar. Resepsi keluarga terdekat pada 3 Julai dan bagi teman serta rakan media pula 6 Julai," katanya ketika ditemui pada majlis khas penyerahan plak pencapaian lagunya, What You Waiting For.

Mizz Nina atau nama sebenar, Shazrina Azman, 30, diraikan berikutan lagu dendangannya bersama penyanyi yang pernah terbabit dalam pembikinan album Lady Gaga dan Akon, Colby O'Donis meraih capaian muat turun lagu Inggeris tempatan terbanyak iaitu 600,000.

Angka itu diraih antara Julai 2010 hingga Januari tahun ini, malah klip video single terbabit turut diikuti 2.6 juta pelayar internet sekali gus membuktikan keunggulan bekas anggota Teh Tarik Krew itu memancing tumpuan peminat muzik global.
Ceria pada wajahnya juga sudah mampu menyerlahkan kebahagiaan berganda yang dikecapi kini. Tatkala diminta untuk terus berkongsi perihal persediaan hari bahagianya, Mizz Nina yang sentiasa merendah diri itu tetap ramah berbicara.

Katanya, bersama Noh dan keluarga, mereka sepakat menyuntik konsep tertentu dalam setiap majlis termasuk pada hari pernikahan, malah secara keseluruhannya pasangan itu akan menggunakan khidmat pereka keluarga, Lady Jane, sebagai penyedia busana pengantin.

"Majlis akad nikah yang berlangsung di kediaman keluarga menerapkan tema klasik hitam dan putih serta menampilkan elemen Melayu kontemporari dengan berkonsepkan dalam taman. Ia diadakan di kolam renang bertemankan cahaya lilin dan gantungan tanglung.

"Majlis kedua pula di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur, mengambil rona ungu dan perak untuk disuai padan dengan konsep anggun yang lebih protokol kerana dihadiri tetamu kenamaan. Sekali lagi persalinan Melayu tradisional menjadi pilihan kami.

"Majlis ketiga di Hotel DoubleTree pula lebih kepada tema Jepun kerana kami menyukai budaya, muzik, makanan dan keunikan negara mata hari terbit itu.
Penyambut tetamu wanita memakai kimono manakala lelaki mengenakan persalinan ala ninja," katanya yang bakal ke Miri, Sarawak untuk majlis menyambut menantu pada 15 Julai.

Mengenai bulan madu, pasangan itu memilih New York kerana dapat mencuri peluang mengikuti persembahan muzik dan kegiatan seni di kota berkenaan, malah jika ada rezeki percutian mereka akan disambung ke Kepulauan Maldives sebagai destinasi seterusnya.

"Ada sebab saya dan Noh sepakat mahu ke New York. Selepas penat bekerja dan selain berbulan madu, dapatlah kami mengunjungi gedung muzik, pusat seni dan stor gitar kegemaran Noh. Mungkin tidak lama, dalam dua minggu. Itu pun selepas resepsi di Miri dan ulang tahun ayah saya," katanya lagi yang berhasrat menimang cahaya mata pada usia 33 tahun.

Bukan Justin, Rihanna

DITANYA desas desus menyatakan dirinya bakal berkolaborasi dengan dua penghibur antarabangsa iaitu Justin Timberlake dan Rihanna, katanya perkara itu hanya khabar angin, tetapi dia mengaku memang punya perancangan berduet bersama penyanyi Amerika Syarikat namun bukan dengan dua artis terbabit.

"Memang benar saya akan berkolaborasi dengan orang luar, cuma hingga kini belum ada kata putus. Penghasilan lagu untuk single seterusnya yang dijangka muncul pada Mei ini juga 80 peratus selesai. Perbincangan masih berlangsung, kita akan umumkan nanti.

"Soal Justin dan Rihanna, saya bukan mahu berahsia dan jika segala urusan sudah diselesaikan baik siapa komposer mahu pun penyanyi, kita akan berkongsi dengan khalayak. Apa yang pasti, penyanyi itu nanti berasal dari Amerika Syarikat," katanya lagi yang merangka penghasilan album penuh pada 2012.

Enggan memikirkan cakap kosong, selain giat melakukan latihan suara untuk pembukaan konsert Bruno Mars pada 10 April ini, Mizz Nina juga bakal terbang ke Rotterdam, Belanda, bagi menghadiri konvensyen Hip Hop dan R&B terbesar di dunia, New Skool Rules bersama Joe Flizzow.

Dia diundang sebagai satu-satunya penyanyi Hip Hop wanita Asia pertama ke negara itu berikutan pencapaiannya di arena muzik. Selain menghiburkan peserta selama tiga hari, Mizz Nina turut menjadi panel bagi seminar berkaitan industri.
Persidangan yang dihadiri pemuzik, artis, DJ, penerbit dan ramai lagi individu yang terbabit dalam muzik Hip Hop serta R&B ini akan berlangsung pada 1 hingga 3 April. Ia diadakan setiap tahun untuk menghimpunkan penggiat genre muzik ini dari serata dunia.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Peluang kenali Lat lebih dekat

Posted: 20 Mar 2011 04:09 PM PDT

Hip

PERSEMBAHAN teater Kampung Boy Muzikal arahan Hans Isaac dan Harith Iskandar di Istana Budaya.

PERSEMBAHAN teater Kampung Boy Muzikal arahan Hans Isaac dan Harith Iskandar di Istana Budaya.

Muzikal Kampung Boy sentuh perasaan, disokong set mengagumkan

SEKIRANYA tanpa pementasan Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal (LKBSM) sekalipun, orang ramai sememangnya mengenali siapa kartunis popular itu, menerusi karya beliau selama ini. Bagaimanapun, mungkin tidak semua jerit perih dan dilema hidupnya tidak diketahui umum.

Dalam pada kita mengagumi dan menyanjungi bakat yang dikurniakan oleh Allah kepada insan istimewa bernama Datuk Mohd Nor Khalid atau Lat ini, tersimpan pelbagai kisah hidup yang sedikit sebanyak dikupas menerusi pementasan berkenaan.

Segala kisah kehidupan peribadinya pernah diceritakan secara humor menerusi naskhah komik yang pernah diterbitkan sejak beliau berusia 13 tahun lagi, namun tidak secara mendalam. LKBSM yang kini rancak dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) sehingga 5 April cuba menyingkap kisah yang tidak diketahui itu.

Bukan senang menjadi orang yang disanjungi sehingga kebahagiaan hidup terpaksa dikorbankan.

Kisah yang terkandung dalam LKBSM menggambarkan kisah hidup kartunis terkenal itu ketika kecil, di mana beliau digambarkan sebagai budak kampung yang berjiwa kental dan akhirnya berjaya dalam kehidupan.

Permulaan yang sangat baik apabila tirai dilabuhkan, skrin besar memaparkan karektor Lat sebagai pencerita meriwayatkan kisah hidupnya.
Memulakan dengan karektor sebenar Lat sewaktu kecil lakonan adik Daniel cukup menghiburkan. Kesemua karektor yang tampil berada di pentas mengenakan pakaian hitam dan putih, seolah menggambarkan penonton kini sedang berada di dalam dunia kartun.

Set pentas yang dicipta Jia Wei, antara set yang unik pernah berdiri di atas Panggung Sari, kesemuanya digambarkan seperti kartun daripada rekaan rumah, pokok, rumah kedai dan bangunan lain.

Dari kecil Lat sudah menunjukkan minatnya terhadap lukisan kartun apabila setiap penjuru rumah akan diconteng dengan lukisan, di situ wujud watak bapanya lakonan Jalil Hamid yang cukup berkesan.

Biarpun tegas, bapanya ialah insan paling menyokong minat Lat apabila setiap hari dia membawa pulang kertas kosong yang tidak digunakan, untuk Lat melukis.

Dari sudut lain, penonton cukup tersentuh dengan adegan antara bapa dan anak sebaik komik pertama Lat berjudul Tiga Sekawan diterbitkan. Dari riak air muka bapanya jelas terpancar rasa bangga terhadap anaknya. Lat yang cukup terharu dengan keadaan itu terus memeluk erat bapanya kerana merestui minatnya.

Kemunculan Awie (Wings) sebagai Lat dewasa sangat dinantikan-nantikan penonton, dengan rambut kerinting yang mengembang menyerlahkan lagi karektor sebenar Lat.

Lakonan berkesan, meyakinkan

SELAIN Awie, watak sampingan lain di sekeliling kehidupan Lat sebenarnya cukup mengesankan. Walaupun peranannya kecil, namun meninggalkan impak kepada penonton. Antara watak yang paling menyerlah ialah watak Pak Samad lakonan Omar Abdullah. Wataknya muncul ketika Lat menjadi wartawan jenayah di akhbar New Straits Times (NST).

Biarpun penulis tidak begitu mengenali Pak Samad, namun keberkesanan Omar membawakan watak itu, membuatkan penonton bagai mengenali tokoh penulisan itu dengan cukup dekat. Dia seorang yang tegas, kelakar dan berhati mulia sesuai dengan jawatannya sebagai Pengarah Kanan akhbar itu.

Watak lain yang tidak kurang hebatnya termasuklah Faezah yang juga isteri kepada Lat lakonan Atilia, sahabat baiknya, Frankie (Douglas Lim) dan gurunya, Mrs Hew (Sandra Sodhy). LKBSM turut memperkenalkan Pushpa Narayan sebagai guru muzik Lat, Miss Thambi dan Nasz sebagai ibunya.

Pementasan yang mendapat sentuhan pengarah Hans Isaac dan Harith Iskander itu turut mengangkat konflik kehidupan Lat selepas kejayaan yang beliau kecapi. Lat berhadapan konflik dan delima hidup selepas dirinya sangat diperlukan masyarakat.

Isteri dan anak-anak yang mendapat tempiasnya terpaksa berkorban, namun kesabaran setiap manusia di dalam dunia ini ada hadnya. Lat berada dalam delima dan akhirnya mengambil keputusan pulang ke kampung, Gopeng, Perak, untuk memulakan hidup baru bersama keluarga.

LKBSM sebuah teater muzikal yang punya keseimbangan dan tidak membosankan penonton. Namun sentuhan muzik yang tidak menggambarkan suasana ketimuran sedikit agak mengecewakan.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Gambar Danny x factor bertunang

Posted: 21 Mar 2011 02:11 AM PDT








google: danny x-factor, gambar danny x-factor bertunang, nama tunang danny x-factor, foto pertunangan danny x-factor, danny x-factor dan tunang, majlis tunang danny x-factor, danny x-factor bertunang,

Edry Persoal Angka Giliran, Elemen Drama Untuk Raih Undi

Posted: 21 Mar 2011 02:03 AM PDT


SHAH ALAM: Salah seorang Mentor 5, Edry Abdul Halim mempersoalkan angka giliran dan elemen drama yang ditonjolkan oleh program tersebut sebagai meraih undi.

Edry Yang merupakan Mentor kepada Iqa menganggap angka giliran terakhir yang diberikan kepada protege Erra Fazira pada kedua-dua pusingan adalah tidak adil kepada peserta lain.

"Pada saya giliran terakhir yang diberikan kepada Salma pada dua-dua pusingan memberi kelebihan kepada dia untuk mendapat undian lebih secara psikologinya.

"Sepatutnya pihak produksi seharusnya membuat undian terlebih dahulu sebelum memulakan pertandingan. Kami tidak mahu hanya dilihat sebagai pembukaan kepadapersembahan Salma.

"Saya mahu perkara ini diperbincangkan semula dan mahukan cabutan undian dibuat setiap kali pusingan," katanya selepas tamat pertandingan Mentor 5 bagi Kumpulan B, Di Dewan MBSA, Shah Alam, Ahad.

Selain itu, Edry turut tidak bersetuju terhadap elemen drama dan simpati yang dipaparkan sebagai tujuan meraih undian penonton.


Rahim Maarof dan protogenya Aiman
"Ini adalah pertandingan nyanyian dan tidak sepatutnya dimasukan elemen-eleman drama dan simpati bagi meraih undi penonton.

"Saya mahu bersaing secara sihat, protege saya juga ada kisah peribadi sendiri tapi tidak mahu berkongsi kepada umum,"katanya.

Dalam pada itu, Edry tidak menafikan kekurangan markah protegenya pada malam pertandingan itu adalah disebabkan perkara-perkara tersebut.

"Kami ketinggalan sebayang 30 markah dibelakang Salma, yang mana merupakan sesuatu yang agak sukar untuk kami kejar.

"Kami terpaksa berjuang dengan sehabis baik untuk melalui minggu-minggu hadapan," katanya.

Sementara itu, penerbit Mentor 5, Muhamad Suffian Isa berkata angka giliran yang ditentukan kepada peserta adalah mengikut format program tersebut dan ia tidak akan ditukar kepada sistem undian.

"Kami mengikut format seperti Mentor musim pertama lagi, dimana semua peserta berpeluang untuk mendapat setiap giliran.


Erra dan Salma
"Jika minggu ini Salma terakhir, minggu seterusnya kita akan peserta lain pula. Tidak timbul soal pilih kasih atau tidak adil.

"Tentang eleman drama itu sememangnya ini merupakan program realiti,eleman tersebut merupakan salah satu dari format program ini. Namun bukan elemen utama yang menentukan kemenangan," katanya.

Jelas Sufian, perkara tidak puas hati seharusnya tidak berlaku dan setiap Mentor seharusnya memberi semangat kepada protege bagi meneruskan perjalanan pertandingan ini.

Pada pertandingan tersebut Salma yang membawakan lagu Yang Terindah Hanya Sementara mendapat markah tertinggi iaitu sebanyak 80 peratus, diikuti pula dengan Ika (Kenangan Lalu) 55 peratus.

Sementara Aiman (Kesedaran) mendapat 48 peratus.

Selain Datuk Ramli MS, penyanyi Zainal Abidin menjadi juri undangan pada malam tersebut.

Sementara itu, Mentor yang mempunyai enam protege telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B. Pada Ahad ini, protege daripada kumpulan A pula akan bertarung.

Protege kumpulan B terdiri daripada Ratnah (Afdlin Shauki), Shiha (Datuk Sharifah Aini) dan Ayish (Noh Hujan).

Kerja Keras Elaine Daly Sudah Terbayar

Posted: 21 Mar 2011 02:02 AM PDT


PERSONA bintang yang dimiliki si jelita Elaine Daly ini sememangnya tidak dapat disangkal. Meskipun usahanya hampir 10 tahun dalam dunia seni baru membuahkan hasil apabila diumumkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2010 (ASA2010) lalu, dia menganggap kerjaya lakonannya baru saja bermula.

Di saat umur yang berganjak ke angka 34 tahun, Elaine tidak pernah sekalipun rasa terlambat untuk berada di bidang lakonan ini. Malah baginya angka tersebut adalah paling matang baginya mencatur langkah kejayaan.

"Saya tidak kisah dikenali pada usia sebegini dan saya juga langsung tidak rasa terlewat menjadi seorang pelakon. Jika saya mengecapinya pada usia lebih awal mungkin saya tidak merasai apa yang saya telah lalui sebelum ini yang mana ia banyak memberi pengalaman berharga buat saya.

"Secara jujur anugerah yang saya terima sebenarnya telah membuka mata pengarah tentang tujuan saya terjun ke bidang lakonan. Ia bukan sekadar main-main atau hobi semata-mata. Saya memang serius sejak dari dulu lagi tapi mungkin ramai yang kurang percaya dengan bakat lakonan saya," ujarnya.

Kata Elain, disebabkan ketidakpercayaan tersebut dia sering diberi watak-watak stereotaip iaitu watak dirinya sendiri."Kebanyakan watak yang diberikan adalah menjadi diri saya sendiri iaitu gadis urban, model dan wanita berkerjaya.

"Malah ada juga yang mempersoalkan kerana bimbang saya tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik," ujarnya yang mengaku sukar mendapat kepercayaan pengarah sebelum ini.

Mengimbau detik bersejarah menerima kemenangan dalam ASA, kata Elaine perasaan tidak dapat digambarkan dan dia melihat seperti majlis yang dia pernah memenangi Miss Malaysia Universe 2003.

"Saya datang tanpa berharap kemenangan, mana tidaknya ketika itu saya bersaing dengan nama-nama besar yang sememangnya terlalu bagus berbanding saya. Tapi mungkin inilah yang dikatakan rezeki," ujarnya.


Elaine yang mula menceburkan diri dalam bidang peragaan sejak berusia belasan tahun mengakui kerja kerasnya selama ini sudah terbayar. Dia tidak mahu perjalanan lakonannya hanya bersandarkan kepada rupa paras yang dimilikinya.

Dia juga mahu bakat dalam dirinya diterokai dengan pelbagai watak yang lebih mencabar kemampuannya.

"Saya juga bakal keluar dengan drama Ku Mohon dan Menunggu Takbir Raya yang mana turut menguji kemampuan saya berlakon watak mualaf.

"Saya harap kehadiran saya dalam drama-drama Melayu akan diterima penonton, walaupun saya tahu ia bukan sesuatu yang mudah," ujarnya.

Mencari cinta sejati

Bercakap mengenai soal hati, wanita ini hanya mampu ketawa dan menyoal semula wujud lagikah lelaki bujang yang sesuai untuknya?Bukan mahu menolak jodoh, tapi dia menganggap sekarang bukan masa yang sesuai memikirkan mengenai pasangan hidup.

"Saya mahu lelaki yang faham dengan kerjaya saya. Kebanyakan lelaki sukar untuk menerima saya seadanya. Mereka takut untuk berdampingan dengan saya.

"Bohonglah kalau saya kata tidak mahu berkahwin dan mempunyai keluarga tapi dengan siapa? Kalau boleh saya mahu lelaki yang percaya dan yakin dengan diri mereka sendiri," katanya.

Tambahnya, salah satu faktor dia takut untuk berkahwin disebabkan terlalu banyak kes penceraian yang berlaku.

"Saya berkahwin bukan kerana terdesak atau terpaksa, saya mahu hubungan itu kekal hingga ke akhir hayat. Jadi saya perlu mencari orang yang betul-betul sesuai dan boleh hidup dengan saya.

"Saya juga mahukan sebuah perkahwinan mengikut adat dan tatacara yang betul dalam sesebuah institusi perkahwinan.

"Mungkin ramai yang nampak saya seorang yang berfikiran terbuka dan moden, tapi sebenarnya saya masih berfikiran konservatif apabila ia melibatkan soal kehidupan dan keluarga," ujar graduan undang-undang ini.

Menyingkap sejarah percintaan model ini, dia pernah menjalinkan hubungan cinta dengan aktor dan pengarah popular Hans Isaac dalam tempoh yang agak panjang dan kemudian dikaitkan dengan salah seorang anggota kumpulan Estranged, Andy.

Dalam pada itu kata Elaine, dia tidak mengharapkan untuk terus berada dalam dunia seni sepanjang hayat sebaliknya suatu masa nanti dia pasti kembali ke bidang perundangan biarpun bukan sekarang.

"Saya ada kelulusan yang melayakkan saya untuk bergelar seorang peguam, cuma masa sahaja belum mengizinkan. Saya mahu buat apa yang saya cintai dahulu," katanya.

Beg kulit ular

Menjual beg tangan rekaan sendiri, Elaine menganggap itu suatu kepuasan bagi dirinya. Beg tersebut diperbuat dari kulit ular yang direka khas dari Indonesia.

"Saya buat perniagaan tersebut kerana minat yang mendalam untuk mereka yang gemar memakai beg tangan. Saya memilih kulit ular kerana saya sendiri peminat barangan yang diperbuat daripada kulit haiwan tersebut."Saya buat perniagaan ini secara sah yang mana ia sudah mendapat kelulusan dan kebenaran daripada pihak berwajib," katanya.

google: elaine daly, elaine daly facebook, elaine daly blog, elaine daly twitter, elaine daly myspace, elaine daly terkini terbaru elaine daly, elaine daly 2011, elaine daly hot, elaine daly seksi, elaine daly panas, elaine daly bogel, gambar terbaru terkini elaine daly, elaine daly dan teman lelaki

Ana Raffali Perjelas Tuduhan Minta Bayaran

Posted: 21 Mar 2011 02:00 AM PDT


PETALING JAYA: Penyanyi Ana Raffali menjelaskan bahawa dakwaan meminta bayaran terhadap sebuah temubual oleh sebuah web tv adalah tidak benar, sebaliknya menganggap pihak pengurusan web tv itu salah faham dalam urusan perbincangan yang mereka lakukan.

Jelas Ana, memang kebiasaannya sebelum menerima sesebuah undangan persembahan atau temubual, pihak pengurusnya akan bertanyakan beberapa perkara tentang bayaran, pakaian atau solekan sebagai persediaan.

"Saya terkejut bila mereka kata bahawa saya minta token atau bayaran untuk temubual, saya tahu setiap temu bual memang tidak ada bayaran.

"Memang pengurusan saya akan bertanyakan tentang bayaran, baju dan solekan namun ia bukan bermakna kami meminta tetapi hanya sebagai soalan-soalan biasa dalam urusan tersebut.

"Jika mereka tidak sediakan bayaran pun tidak mengapa, tentang baju dan mekap ia sebagai persedian saya agar dapat menyediakannya," ujarnya ketika dihubungi mStar Online.

Ana diminta mengulas kenyataan sebuah portal hiburan yang mendakwa dia telah meminta bayaran, menyediakan pakaian dan solekan sebelum ditemu bual sebuah web.

Tambah Ana, dia tidak pernah terfikir untuk meminta-minta bayaran terutama selepas memenangi Anugerah Juara Lagu 25 lalu.

"Pekara ini sedikit sebanyak pasti memberi pandangan negetif kepada saya, ada juga yang sudah menjadikannya bahan lawak jenaka atau sindiran.

"Pihak tersebut sepatutnya tidak menyebarkan perkara yang dia tidak faham kepada orang lain yang mana boleh menimbulkan fitnah seperti ini," katanya.

Dalam pada itu, Ana yang bakal menjayakan teater Kenangan Mengusik Jiwa mengakui sudah bersedia untuk melangkah ke bidang lakonan.

"Saya anggap lakonan sebagai satu cabang seni juga, saya minat berteater sejak dibangku sekolah lagi tapi tidak berpeluang.

"Dalam teater tersebut saya juga bakal menyanyikan lagu-lagu 60 an dengan nafas baru," katanya.

Warna Kelam Bukan Kesilapan Hikayat Merong Mahawangsa

Posted: 21 Mar 2011 02:00 AM PDT


SEPERTI dijangkakan, filem epik Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) yang memulakan tayangan umum sejak 10 Mac lalu berjaya menarik kaki wayang untuk menyaksikan sendiri kehebatan filem kelapan terbitan KRU Studios itu.

Khabar terbaru yang dikongsikan oleh penerbitnya, Norman Abdul Halim kepada OopStarz!, kutipan terkini HMM iaitu sebanyak RM3.3 juta ternyata membawa kelegaan terhadap segala jerih-perih mereka dalam usaha untuk mengangkat imej filem Malaysia ke tahap antarabangsa.

"Pencapaian kutipan HMM iaitu sebanyak RM3.3 juta selepas seminggu ditayangkan adalah satu khabar gembira yang amat melegakan.

"Ternyata kami berbangga dengan kedudukan HMM yang berjaya menggungguli carta filem-filem ditayangkan di Malaysia sejak minggu lalu walaupun terpaksa bersaing dengan filem luar," katanya.

Meskipun HMM pasti mampu meraih kutipan lebih tinggi menjelang minggu depan berdasarkan respons masyarakat, Norman bagaimanapun mensasarkan lebih daripada itu.

"Sebenarnya, kami mensasarkan 1 juta penonton. Setakat ini, sudah lebih 350,000 orang menonton HMM di Malaysia sahaja.

"Jika dirangkumkan sekali jumlah penonton untuk pengedaran filem ini di luar kelak, memang sasaran 1 juta penonton itu boleh dicapai.

"Cuma, sebolehnya kami mahu melihat angka tersebut diperolehi daripada penonton kita sendiri," katanya yang mengalu-alukan seluruh rakyat Malaysia untuk menonton HMM selagi masih ditayangkan.


Di sebalik pencapaian memberangsangkan filem arahan Yusry Abdul Halim itu, ada pihak mempersoalkan gred warna filem itu yang dilihat tidak berkualiti, kelam, kabur dan pudar.

Menjelaskan hal itu, Norman berkata: "Aspek penggredan warna HMM sengaja dihasilkan sebegitu rupa untuk menyemarak dan menghidupkan lagi suasana genre epik dan purbakala dalam HMM.

"Jika menerusi Magika warna filem itu nampak terang dan ceria, bersesuaian dengan temanya, dalam HMM pula warnanya sengaja dibuat nampak kelam bagi memberikan impak lebih realistik pada penceritaan filem itu.

"Keputusan untuk memaparkan teknik warna begitu adalah bertitik-tolak daripada pertimbangan aspek kreatif produksi dan bukannya kerana kesilapan teknikal," katanya yang mengakui kualiti filem itu turut diperakui oleh pengedar HMM di Amerika Syarikat.

Dua Sudu Nasi Petua Cantik Kilafairy

Posted: 21 Mar 2011 01:59 AM PDT


JOLOKAN 'Angelina Jolie Malaysia' seakan-akan melekat kepada anak penyanyi Rohana Jalil ini selepas dia terjun dalam industri hiburan sebagai seorang pelakon. Hanya dikenali dengan nama Kilafairy, pemilik nama sebenar Syakila Nisha Jangir Khan, 19, ini cuba menepis jolokan tersebut sedikit demi sedikit sebaliknya mahu diminati kerana bakat lakonan dan nyanyian yang dimilikinya sejak kecil.

Di sebalik cerita jolokan 'Angelina Jolie Malaysia', itu Kila turut menerima tempias dikatakan membuat pembedahan plastik pada bibirnya.

Bagaimanapun dia yang menafikan dakwaan tersebut berkata bibirnya itu memang asli sejak dilahirkan lagi.

Jelas Kila semua yang ada pada anggota badannya adalah kecantikan asli dan semula jadi.

"Mustahil saya buat suntikan kerana mama dan papa saya melarang kami tiga beradik melakukannya. Lagipun, saya suka kecantikan semula jadi sebab tu kalau keluar rumah saya jarang pakai mekap.

"Saya juga mengelak daripada mewarnakan rambut kerana bimbang hilang keaslian warnanya termasuklah kalau saya nak cabut bulu tangan pun mama saya bising," kata Kila kepada OopStarz!.

Mengungkap definisi cantik menurut gadis ini, seseorang itu kelihatan menarik apabila dia yakin untuk berhadapan dengan orang ramai.

"Apabila seseorang itu yakin, secara tak langsung segala pergerakan dan percakapan menjadi teratur dan lancar. Jadi saya akan pastikan diri sentiasa yakin kerana menjadi selebriti sentiasa mendapat perhatian ramai," ujar anak bongsu ini lagi.

Gabungan enam rempah

Sambil menikmati minuman petang dan kuih yang disediakan oleh pemilik Poya Boutique, Kila tiba-tiba gusar dengan kulit sensitif yang dialaminya. Ketika berusia 15 tahun, jerawat kecil seperti pasir mula tumbuh pada mukanya.

"Sejak dari itu, saya mengambil antibiotik bagi melicinkan semula kulit. Saya rasa mungkin jerawat banyak tumbuh kerana perubahan hormon. Selain itu, saya jenis seorang yang kurang sabar dan mahukan tindak balas pada kulit dengan cepat.

"Oleh yang demikian saya selalu berhadapan dengan masalah kulit kerana tabiat menukar pelbagai jenis produk setelah menganggap ia tidak sesuai dengan kulit saya," ceritanya.Sehingga kini, pelakon filem Karak ini masih mencari 'penawar' untuk mengubat masalah kulit sensitifnya itu.

Buat masa sekarang, dia sedang mencuba rawatan dengan pakar kulit.

"Selepas saya berlakon filem Karak, jerawat semakin banyak dan saya dinasihatkan menggunakan ubat doktor sejak beberapa bulan lalu.

"Selain tidak boleh menggunakan mekap terlalu lama, saya juga perlu mencuci muka lebih kerap sehingga lima atau enam kali.

"Doktor menyarankan saya menggunakan pencuci muka Phytobar iaitu gabungan enam rempah yang tidak mempunyai bahan kimia," katanya yang pandai menyanyi lagu-lagu popular hindustan.

Petua ringkas

Apabila disoal tentang petua, terus-terang pelakon drama muzikal Hotel Mania ini terus menjawab dia tidak mengamalkan banyak petua.

"Saya tidak berpantang makan dan jika jerawat banyak saya akan kurangkan makanan berminyak dan bergoreng. Bagaimanapun saya mengehadkan pengambilan nasi kepada dua sudu sahaja setiap kali menikmatinya. Jika lapar pada waktu malam, saya akan merebus telur dan makan putih telur sahaja.

"Saya juga mengambil fiber untuk memudahkan pembuangan toksin. Papa turut mengingatkan saya untuk minum air putih tujuh kali sehari dan makan sayur. Tetapi jika kurang makan sayur, saya akan lebihkan makan buah-buahan.

"Untuk menjaga badan, saya selalu melakukan senaman 'sit up' sebanyak 100 kali sehari kerana bagus untuk perut," ujarnya.

Sebelum menutup perbualan, Kila sempat berkongsi tentang penjagaan penampilan. Biarpun menuntut jurusan fesyen, Kila akui selesa dengan pakaian yang tampak sederhana dan kasual seperti blaus, jean dan selipar.

Jika ada majlis keramaian yang memerlukan dia melaram, barulah wanita ini akan mengenakan pakaian mengikut tema majlis dan semestinya berkasut tumit tinggi.

Selain itu, dia gemar berkongsi tip fesyen dengan kakaknya, Shahira Idora yang juga pereka fesyen atau bertanya pendapat ibu dan pembantu peribadinya, Eva Suzie.

Hidup Tenang, Rahsia Muda Anita Sarawak

Posted: 21 Mar 2011 01:58 AM PDT


JARANG sekali kita dapat melihat seorang wanita yang hampir menginjak usia 60 tahun memiliki postur badan menarik dan wajah yang berseri seperti penyanyi tersohor, Anita Sarawak atau Ithnaini Mohd Taib ini.

Apatah lagi apabila melihat kelincahannya menyanyi sambil menari, tenaganya bak seorang gadis remaja. Rahsianya? Penjagaan makanan dan kesihatan yang paling diutamakan. Walau sesibuk mana sekalipun, Anita atau lebih selesa membahasakan dirinya Kak Nita ini akan mengambil berat rutin penjagaan diri.

"Tahun ini saya sudah berusia 59 tahun dan sehingga kini saya masih mendisiplinkan diri di mana saya akan bangun seawal 5.30 pagi dan kemudiannya saya akan menjamah dua keping roti serat disapu mentega dan sebiji pisang. "Kalau tak nak bosan dengan menu sama, saya ubah sedikit dengan meminum secawan kopi bersama biskut gandum. Yang penting pemakanan bertenaga perlu diambil bagi memudahkan aktiviti seharian saya yang rutinnya sungguh padat.

"Bagi saya, semua orang mahu kelihatan cantik dan berada dalam kesempurnaan, jadi kita perlu menjaga diri untuk mendapatkan kesihatan seperti yang diinginkan," tutur Kak Nita.

Selain penjagaan kesihatan luaran dan dalaman badan, kata Kak Nita fikirannya juga perlu tenang dan sentiasa berfikiran positif.

"Dalam dunia ini memang manusia sentiasa bergelut dengan dugaan tetapi kita perlu bijak menanganinya agar masalah itu tidak menguasai minda kita," katanya yang turut menggemari makanan yang dibakar serta dikukus.

Tambah Kak Nita, dia juga mengamalkan diet sayur-sayuran serta makanan berprotein tinggi berbanding karbohidrat.

Sementara itu, Kak Nita bakal menghangatkan Minggu Setiausaha anjuran Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 6 April depan bersama Noryn Aziz dengan tema Divas Las vegas.Seperti yang diketahui, Kak Nita sanggup berbuat apa sahaja agar dapat menghiburkan peminat-peminat yang hadir menyaksikan persembahannya.

Minggu Setiausaha kali ini mempunyai kelainan sedikit di mana para penonton dapat berhibur dan pada masa sama mereka turut menerima hadiah yang lumayan.

Penyanyi itu akan berkongsi minatnya bersama para tetamu dengan memberikan mereka hadiah berbentuk barangan kemas daripada Elegance Club serta perabot mewah daripada Empire Classic Furniture.

"Ia merupakan hadiah yang sangat istimewa kerana kesemua hadiah itu merupakan barangan kegemaran saya iaitu berkonsepkan klasik dan elegan. Lebih-lebih lagi barangan perabot Empire dan saya tahu, rekaan dan kualitinya pasti memikat hati sesiapa sahaja," ujarnya.

"Pada persembahan itu nanti, saya akan memberi beberapa soalan kepada tetamu dan mereka pasti boleh menjawab soalan itu jika mereka benar-benar peminat saya.

"Jika jawapan itu dijawab dengan betul, mereka akan mendapat hadiah. Malah mereka juga berpeluang memenangi cabutan bertuah dengan memenangi barangan dua jenama tersebut yang bernilai hampir RM100,000," katanya.

Tiket menyaksikan minggu setiausaha itu dijual dari harga RM420 hingga RM550. Sila hubungi Ticket Charge Hotline di talian 03-9222-8811 untuk tempahan.

10 Soalan Menarik

1. Hitam, putih atau merah?

Hitam adalah warna kegemaran saya sejak remaja. Koleksi baju di almari pula kebanyakannya bewarna hitam. Hitam tidak pernah mati daripada fesyen. Tapi masa kecil dulu-dulu saya suka merah.

2. Pilih Abang Mahathir atau Mahathir Mohammad?

Mestilah Abang Mahathir! Dialah segala-galanya bagi saya.

3. Malaysia, Las vegas atau Singapura?

Malaysia. Saya mempunyai keluarga di sini dan kalau rindu senang nak jumpa. Kalau di luar negara, sudah pasti sukar untuk saya menjenguk keluarga.

4. Siput Sarawak atau Umie Khalsom?

Ini saya tidak boleh pilih! Dua-dua saya sayang. Kedua-dua mereka adalah ibu saya, tetapi memiliki karakter yang berbeza.

5. Kancil atau lori balak?

Kancillah. Ia selesa, jimat minyak dan senang nak selit-selit. kalau lori, susah nak parking. Lagipun saya tak reti bawak lori.

6. Kad kredit atau kad debit?

Semestinya kad kredit lebih-lebih lagi jika kita mempunyai sebuah perniagaan. Tapi, kalau nak belanja tak boleh boros. Lagipun ia lebih selamat digunakan dan ia lebih mudah untuk kita bekerjasama dengan bank seperti pinjaman dan sebagainya. Saya ada kenangan dimana pada zaman remaja dahulu, saya seorang yang boros dan suka membeli belah menggunakan kad kredit. Sekarang tidak lagi.

7. Tragedi Buah Epal atau Tragedi Oktober?

Lagu saya, tragedi Buah Epal. Senikatanya berunsur nasihat dan ia sebuah lagu yang bagus.

8. Baju kurung atau gaun?

Baju kurung kerana ia memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Memandangkan kita sering berpakaian kasual, sekali-sekala, bila berbaju kurung, kita akan tampak manis. ya, ia sepasng baju tradisional, tetapi juga selesa dan elegan.

9. Kasut atau beg?

Saya suka beg. Abang mahathir yang mengajar saya untuk menyukainya. Lebih-lebih lagi dia rajin membelikan saya pelbagai beg tangan dan pastinya ia sungguh bermakna buat saya. Koleksinya tidak terkira.

10 Hospital Gleneagles, Hospital Pantai atau hospital Prince Court?

Saya nak pilih dua iaitu Gleaneagles dan Prince Court. Di Gleneagles, saya sudah memiliki doktor pakar saya sendiri bagi pemeriksaan tulang, selain pemeriksaan kesihatan lain yang biasa di buat. Sampaikan saya dah kenal dengan jururawat di sana. Di Prince Court pula tempat Abang Mahathir pula yang membuat pemeriksaan kesihatan.