Adsense

Isnin, 13 Disember 2010

Sensasi

Sensasi


Gambar Cut Tari Menangis, Ariel kata tidak pernah mempunyai perasaan terhadapnya di Mahkamah

Posted: 13 Dec 2010 11:23 PM PST





Komen yang mengejutkan dari Ariel semasa di mahkamah,Ariel bukan sahaja menafikan yang dia adalah lelaki di dalam Video lucah bersama Cut Tari, Bahkan mengatakan yang dia tidak pernah mempunyai perasaan terhadap Cut Tari.

Hotman yang juga merupakan peguam Cut Tari semasa ditemubual berkata penyataan itu disebut oleh Ariel di mahkamah.

"kelmarin Cut Tari dihadapkan berdepan dengan Ariel di mahkamah sambil Video lucah mereka dimainkan dan sesi soal balas dilakukan .Ariel mengatakan dia tidak melakukan perkara itu dan dengan senyum sinis ,bongkak, dan sambil lewa mengatakan dia tidak pernah mempunyai apa pun perasaan terhadap Cut Tari."

Kesian ..Kenyataan sinis oleh Ariel itu telah melukakan hati Cut Tari kerana maruahnya dipandang ringan.

Cut Tari ditemani suaminya Johannes Jusuf Subrata.

Cut Tari mengaku di Mahkamah,Di dalam Video itu adalah dirinya bersama Ariel

Posted: 13 Dec 2010 11:11 PM PST


Pengacara popular, Cut Tari, 33, mengaku di sebuah mahkamah di sini semalam bahawa dia merupakan wanita yang disiarkan di dalam klip video seks penyanyi band Peterpan, Ariel.

"Dia mengaku bahawa dalam video itu adalah dirinya dengan Ariel. Benar dia melakukannya (hubungan seks) bersama Ariel," kata pendakwa raya, Rusmanto kepada pemberita selepas perbicaraan kes Ariel mengedarkan video lucah di sebuah mahkamah di Bandung.

Menurut Rusmanto, Cut Tari bagaimanapun tidak pasti mengenai tempat dan waktu dia melakukan perbuatan itu tetapi memberitahu bahawa ia berlaku sekitar 2005-2006.

Cut Tari yang mengaku masih menonton klip video itu juga memberitahu bahawa dia melakukan seks bersama Ariel di bawah katil sebanyak tiga kali, kata Rusmanto.

Setelah selesai perbicaraan, Cut Tari keluar dari kamar perbicaraan dan berkata kepada para pemberita: "Saya tetap konsisten dengan pendirian saya bahawa yang ada dalam video tersebut adalah saya. Tetapi, Ariel tetap mengaku bahawa yang ada dalam video tersebut bukan dirinya," kata Cut Tari.

Dia turut menjelaskan kenapa matanya kelihatan berair dengan berkata: "Di dalam sidang (perbicaraan) tadi, dia (peguam Ariel) mengorek-ngorek luka lama saya."

Dia yang ditemani suaminya, Johannes Joesoef Soebrata, meninggalkan pekarangan mahkamah dengan menaiki kenderaan Toyota Alphard berwarna hitam.

Dalam perkembangan sama, Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham masih tidak mengaku bahawa dia terlibat di dalam video lucah itu.


Bagaimanapun, kekasih Ariel, Luna Maya, 27, yang juga seorang pengacara tidak hadir pada perbicaraan semalam dan pihak pendakwaan berusaha bagi memastikan kehadirannya pada perbicaraan pada minggu hadapan.

Perbicaraan itu diadakan secara tertutup.

Jika didapati bersalah mengedarkan klip video lucah, Ariel berdepan hukuman penjara 12 tahun dan denda hingga AS$672,000 (RM2.1 juta) kerana beberapa kesalahan termasuk menyebarkan pornografi di Internet.

Zac Efron & Vanessa Hudgens berpisah

Posted: 13 Dec 2010 10:44 PM PST




Setelah menyulam cinta selama empat tahun, akhirnya hubungan pasangan popular filem francais "High School Musical" - Zac Efron dan Vanessa Hudgens putus di tengah jalan jua. Walaupun pasangan tersebut masih belum memberi sebarang statement atau komen, pelbagai media di Hollywood seperti E! News, Us Weekly dan People seolah-olah sudah pun 'mengesahkan' perpisahan mereka.
Satu sumber memberitahu E!, "Tiada drama ketika perpisahan tersebut berlaku. Tiada orang ketiga yang terlibat."

Malah sumber kepada Us Weekly memberitahu, "Pasangan ini sudah lama bersama. Oleh itu mereka masih lagi meneruskan persahabatan mereka.

Efron dan Hudgens mula rapat apabila bergandingan melalui "High School Musical" pada tahun 2005 dan bercinta setahun selepas itu.

Justin Bieber Curang dengan Selena Gomez,bercumbuan dengan perempuan lain

Posted: 13 Dec 2010 10:32 PM PST

AMboi Justin yang masih berusia 16 tahun kini dah pandai main kayu tiga? Ish ish ish...ini lah penangan jadi selebriti yang diminati oleh ramai teenagers seluruh dunia.


Selepas Gossip cinta antara Selena Gomez dengan JB,Pelakon yang pernah membintangi Video Klip Justin Bieber untuk lagu " Baby" iaitu Jasmine Villegas pulak yang dilaporkan bercium dengan Justin.

Justin Bieber yang dikatakan sedang hangat bercinta dengan Selena Gomez dilaporkan mula rapat dengan bintang That's So raven, Jasmine Villegas.

Menurut sumber kepada akhbar, Justin dan Jasmine ditemui di sebuah lokasi rahsia di Atlanta dan mereka sedang bercumbuan pada ketika itu.


"Justin dan Jasmine mula rapat dan sering kelihatan bersama sejak kebelakangan ini. Mereka membuat rakaman video sesama sendiri dan sekali sekala pasangan itu bercumbuan," kata sumber tersebut.

Tambahnya, Selena pula dijumpai bersama Justin sarapan bersama pada minggu lepas di Philadelphia.

"Difahamkan Selena sering menceritakan mengenai Justin kepada teman-temannya. Justin pula kini mengelirukan semua kerana memberi tanda soal adakah Justin sedang bercinta dengan dua gadis yang dua tahun lebih berusia daripadanya?




mata Justin tengok kat mana tue?


"Selena pernah berkata dia sanggup melakukan apa saja untuk Justin. Pasti Selena akan bengang jika dia tahu tentang hubungan Justin dengan Jasmine nanti," kata sumber itu lagi.



Macam kurang sesuai pulak sebab Selena kelihatan lebih besar atau tinggi daripada Justin Bieber..
Mana satu pilihan Justin Bieber..hmmm....

Uqasha mengaku masih solo dan tidak terfikir nak jadi kekasih Nabil

Posted: 13 Dec 2010 10:06 PM PST



"Alhamdulillahlah saya tidak lagi tertekan dengan hal itu. Cuma saya ingin menjelaskan saya tiada kaitan langsung dengan kes putus cinta Nabil.

"Walaupun masih baru dalam lakonan, ia sedikit mengganggu perjalanan seni saya apabila penerbit-penerbit drama mempersoalkan kehadiran saya kerana mereka bimbang ia akan menjejaskan produksi mereka.

"Bagaimanpun pun saya tak kisah dengan apa orang cakap kerana hal itu telah pun terjadi. Sekarang misi saya ialah mengasah bakat yang ada untuk menjadi pelakon yang berkaliber," tegasnya.

Selain itu, ujar Qasha, dia sedih kerana adiknya yang juga merupakan seorang pelakon, Nik Zaris Nelydia turut terkena tempias daripada kontroversi tersebut.

"Kesian juga dekat dia kerana orang tak sudah-sudah tanya. Tapi alhamdulillah dia memahami dan dia tidak kisah.

"Setakat ini mama saya dan Zaris yang banyak memberi dorongan serta semangat kepada saya. Malah mama tidak menghalang saya daripada terus berlakon. Cuma dia nasihatkan saya agar lebih berhati-hati dan anggap perkara ini sebagai satu pengajaran yang besar buat saya," katanya.

Tambah Qasha, tatkala dirinya mahu bangun dengan semangat baru, jauh di sudut hati, dia takut jika nama Nabil akan membayangi dirinya.

Masih lagi berkawan dengan lelaki itu, kedua-duanya lebih selesa tidak berjumpa dengan terlalu kerap agar masyarakat tidak memberi andaian negatif terhadap mereka.

Cuma, tegas Qasha, walaupun Nabil kini solo, dia langsung tidak terfikir untuk menjadi teman wanita Nabil kerana terasa dirinya masih muda untuk bercinta.

"Memang diakui, saya takut dibayangi Nabil. Contohnya orang akan tanya "Uqasha mana yang berlakon? Oh, Uqasha Nabil ke?", itu yang saya tak nak. Tapi nak buat macam mana bukan? Saya terpaksa terima kerana saya tidak boleh menutup mulut orang.

"Buat masa ini kami masih lagi berkawan. Tetapi Nabil bukanlah cinta hati saya. Umur saya baru 18 tahun. Perjalanan saya masih panjang lagi dan saya tidak utamakan cinta. Senang kata, hati ini tidak dimiliki oleh sesiapa lagi," katanya.



Sensasi: Teringat kisah Norman dan Memey dulu..Nama Memey yang tak famous langsung terus dikenali satu Malaysia gara-gara kes Khalwat dan gossip panas pengganggu rumah tangga Norman dan Abby Abadi.Tapi selepas kes tersebut ,nama Memey mula dikenali dan banyak pulak drama yang ada Memey..sampai siri kegemaran ramai Awan Dania pun ada Memey...uhuhu,,tak best la ada Memey..rimas i..

Nama Uqasha dulu pun tak kedengaran dan orang pun tak tahu yang dia pelakon baru,tapi sekarang sudah makin dikenali akibat kontroversi gambar panas dan kisah putus cinta Nabil dan Irma.

Gambit mengorat Zizan Nin di Twitter

Posted: 13 Dec 2010 09:56 PM PST



HAHa..terkejut tengok Twitter antara Gambit dan Zizan Nin...

Gambit cakap satu-satunya lelaki yang dia nak mengorat mestilah Zizan Nin,dan Zizan nin mula cair dengan kata-kata romantis Gambit..

Tapi Gambit suruh Zizan jangan over excited sebab Zizan sudah pun berkahwin..

Zizan suruh Gambit jangan usik dia mcm tue...Dan Gambit pun cakap dia tak dapat menahan diri dari meluahkan perasaan....


HAHAHA...mustahil la selebriti seperti Gambit dan Zizan nak mendedahkan ke-gay-an mereka dalam twitter..

Nie mesti satu gurauan dimana gurauan sebegini kadang kadang boleh disalah ertikan...

Bagaimanapun gurauan panas mcm nie boleh memberikan publisiti buat mereka berdua..

Good Job !

Shah Jazle dan Maria hangat bercinta dan bersayang di Twitter

Posted: 13 Dec 2010 09:46 PM PST



Pelakon Shahz Jazle, 22, dan Maria Farida,yang berusia lewat 30-an, sah sedang hangat dilamun cinta.

Pasangan tersebut mula memberanikan diri bermesej manja dan saling memanggil sesama sendiri dengan panggilan sayang di laman sosial, Twitter baru-baru ini.

Walaupun pasangan itu membuat kenyataan bahawa mereka hanya sekadar kawan rapat, mesej-mesej mereka pada Twitter pula seperti mengiakan perhubungan cinta mereka.

Bagaimanapun, Shahz enggan memberi komen mengenai hal tersebut kerana tidak mau kisah privasi diketahui umum.




"Maaf, saya tidak mahu bercakap tentang hal itu dan tidak mahu kisah cinta saya dijaja.

"Saya buat begini berdasakan pengalaman saya yang lepas dimana kisah cinta saya tidak sudah-sudah dipaparkan di akhbar mahupun laman-laman portal.

"Ini membuatkan keluarga saya tidak senang dengan perkembangan kerjaya saya yang penuh dengan cerita-cerita peribadi. Saya harap anda faham," katanya yang sedang berlakon drama Gemilang arahan Khabir Bahtia bersama dengan Tiz Zaqyah dan Kamal Adli, yang akan disiarkan di TV3 tahun depan.

Sebelum ini, Shahz dan Maria dikatakan sering keluar bersama dan yang terbaru, Maria menunggu Shahz yang sedang membuat sesi fotografi untuk sebuah majalah di dalam kereta.


Sensasi:Walaupun Maria Farida jauh lebih berumur daripada Shahz tapi dia still mantain hot..so seswai la tue...teringat dulu Maria menafikan sekerasnya gossip cinta antara dia dan Shah Jazle.

Yang kelakarnyer kedua duanya katanya tak mahu kisah cinta dijaja tetapi bersayang di twitter yang difollow oleh wartawan dan peminat tue seolah olah menjaja kisah cinta la tue..huhuhu..biasala,kalau bercinta mesti nak org tahu kalau tak nanti pasangan tue org ingat single lalu dikebas orang...huhu

Faezah Elai nak pasang peguam,Azad buat kenyataan di Melodi

Posted: 13 Dec 2010 09:36 PM PST



Kes Faezah Elai satu hal lagi. Tak cukup dengan kenyataan bahawa senario hiburan itu 'busuk', tambah pula dengan gosip baru kononnya sedang bercinta dengan pengarah drama, Haikal Haniffa, sampaikan ada individu mendakwa, isteri si Haikal menghubungi bekas teman lelaki Faezah, Azad Jazmin untuk mengetahui cerita sebenar. Itu kisah minggu lepas.

Ini pula perkembangan terbaru tentang perbalahan Faezah dan Azad. Tak cukup dengan laporan polis, maklumat baru pula mengatakan Faezah sebenarnya sudah ketuk pintu bilik peguam.

Makin menjadi-jadi pula. Kononnya Faezah nak pasang peguam kasi amaran bertulis supaya Azad berhenti 'duk berteriak' begitu-begini lagi.


Faezah Elai berkata bahawa Azad Jazmin merupakan dalang utama yang menyebarkan gosip cinta antara dia & Heykal Hanafiah.

Dalam akhbar, Faezah Elai berkata bahawa baru-baru ini Azad ada menghubunginya dan menyebabkan azad berang.

"Tetapi, si perempuan ni baru-baru ini ada claim dalam paper bahawa saya telefon dia. Bila masa aku telefon hang? Hang tunjuk bukti kat aku bahawa aku yang telefon hang? Sudahlah hang menghancuqkan rumahtangga orang, lepas tu hang tukar fakta pulak. Hang ingat ini global? Aku pulak yang buat cerita pasal si isteri ini? " balas Azad sinis, bengang.

Sambung Azad lagi, "Hang ni orang kampung aku, malulah sikit! Aku orang Penang, hang pun orang Penang. Hang pi tanya satu Penang, siapa kedai aku, siapa kedai hang? Jangan ganggu harimau yang sedang tidoq. Tapi hang dah ganggu!"

"Pom Pang Pom Pang bagi bimbang, buat apa? Jangan buat kacau kat sini, hang buat kacau isteri orang!"


Faezah Elai & Azad bercinta

"Pasal cerita ni saya nak bagi clear lah. Saya & Faezah ni, saya memang tak pernah bercinta dengan perempuan ni. Bila masa saya bercinta dengan dia? Cuma kami pernah berkawan rapat, sebab kami datang daripada satu syarikat yang sama. So, la ni kami dah takda company tu dah. Bila masa aku berkawan dengan hang?"

"Dalam paper, dia dok cakap saya bekas kekasih dia. Kalau tak bercinta, macam mana boleh jadi bekas kekasih? "

Azad dalang penceraian


"Pasal hal penceraian, itu yang dah di-explain oleh si isteri ni."

Kemudian, Azad membaca keratan akhbar yang mengandungi keterangan si isteri ini. "Punca keretakan rumah tangga kami bermula daripada F-A-E-Z-A-H, Faezah!"

OHBULAN!

OHBULAN!


“Lakonan Tak Menjamin Apa-Apa” – Luahan Hati Salih Yaacob

Posted: 13 Dec 2010 03:32 AM PST

Salih Yaacob1 Lakonan Tak Menjamin Apa Apa   Luahan Hati Salih Yaacob
30 tahun menceburkan diri dalam industri hiburan, namun segenggam pengiktifan pun tidak pernah Salih Yaackob terima. Demikian'lah pendedahan Salih Yaacob yang kecewa dengan dunia lakonan, sampai berkata, "bidang lakonan memang tak menjamin apa-apa."

Bunyi memang kecewa, namun umum mengetahui kini Salih Yaacob sudah bergelar penyampai radio di Sinar. Pagi hari kami tidak akan lengkap dengan lawak jenaka daripada Salih Yaacob. Jangan kecewa bang, abang ada bini 3 kan..

Dalam diam, Salih Yaacob sudah memulakan perusahan penternakan ikan Arowana di Bukit Merah, Perak. Perniagaan yang diberi nama Selebriti Arowana akan dilancarkan dalam bulan ini dan dia mengajak orang ramai mengunjung perniagaannya di sana.

pixel Lakonan Tak Menjamin Apa Apa   Luahan Hati Salih Yaacob
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Lisa Surihani di Sidang Media Revelation of Project Light

Posted: 13 Dec 2010 09:57 PM PST

Pada jam 10 pagi tadi, Budiey telah bertemu dengan pelakon yang semakin meningkat naik, Lisa Surihani di event Revelation of Project Light yang diadakan di Fullhouse, Sunway Giza, Kota Damansara, Petaling Jaya.

Lisa Surihani Garnier Light

Event ini sebenarnya telah mengumumkan keputusan Project Light. Untuk info pembaca, Project Light ini adalah projek pemerhatian yang dilakukan ke atas dua orang peserta terpilih yang telah diuji dengan menggunakan Garnier Light selama 2 minggu. Hasilnya sangat menakjubkan bila mana Budiey dapat saksikan sendiri perbezaan sebelum dan selepas peserta ini menggunakan Garnier Light.

Dua peserta itu ialah Ni'azza Binti Zaharuddin dan Nur Aliyah Binti Rosmi. Tahniah Aliyah dan Jaja sebab kulit korang yang dulunya gelap tonanya kini dah makin cerah dari sebelumnya dengan hanya menggunakan Garnier Light selama 2 minggu.

Lisa Surihani Garnier Light

Projek Light ini menunjukkan keberkesanan Garnier Skin Naturals Light Whiten & Even Moisturising Cream. Dua bahan yang paling berkesan dalam produk ini ialah Pure Lemon Essense dan Snowpine Whitesource yang bertindak memutihkan dan mencerahkan tona kulit yang gelap dan kusam. Snowpine Whitesource pula mempunyai 10 kali kuasa memutihkan berbanding Vitamin C.

Lisa Surihani Garnier Light

Seperti yang semua dah maklum, pelakon dan pengacara Lisa Surihani adalah duta produk Garnier Light. Tahniah buat Lisa. Menurut Lisa, beliau dah lama menggunakan produk kecantikan kulit dari Garnier iaitu sebelum dilantik menjadi duta lagi. Keberkesanan dan kesesuaian dengan kulit Lisa menjadikan Garnier adalah temannya yang dapat membantu memberikan keserian pada wajahnya.

Di event ini juga, Budiey dapat tengok Lisa Surihani berucap dalam bahasa Inggeris. Memang fasih. Patutlah Lisa juga dilantik sebagai pengacara untuk sebuah program di ESPN. Pengalaman belajar di luar negara dipergunakan untuk menjadikan beliau fasih dalam mendalami bahasa. Ya, untuk seorang pengacara, mendalami pelbagai bahasa sangat penting. Orang kata, lagi banyak bahasa yang dikuasai, lagi banyak lah bayarannya ya?

Buat Lisa, selamat maju jaya untuk tahun 2011. Semoga tahun 2011, bintang pesona Lisa Surihani lebih cerah dan bersinar!

Lisa Surihani Garnier Light

Lisa Surihani Garnier Light

Lisa Surihani Garnier Light

Lisa Surihani Garnier Light

Lisa Surihani Garnier Light

Lisa Surihani Garnier Light

Lisa Surihani Garnier Light

Lisa Surihani Garnier Light

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Lisa Surihani di Majlis Berbuka ASTRO
  • Gambar Kekasih Gewe Boyfriend Pelakon Lisa Surihani
  • Gambali Lisa Surihani di Majlis Pelancaran MUSTIKA
  • Gambar Selebriti di Sidang Media Anugerah Skrin 2010
  • Gambar Lisa Surihani Bertapa di Perlis
  • Gambar Kekasih Baru Farid Kamil
  • Gambar Selebriti di Sidang Media Anugerah Skrin 2010 Part 2
  • Lisa Surihani, Julia Ziegler Pakai Tudung dalam Tudung Ekspress
  • Lisa Surihani di Prebiu Filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2
  • Gambar Lisa Surihani di Majlis Pra-Tonton Gempak Universe
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Pelancaran Album Terbaru Sofazr Maaf Dari Hati Mohd Atlas

    Posted: 13 Dec 2010 09:55 PM PST

    Dalam hidup kita seharian, kita sebenarnya tak tahu apa yang akan berlaku. Untung dan rugi menjadi persoalan. Jadi atau tidak, itu juga turut menjadi perkiraan. Yang penting, setiap hari kita perlu berusaha untuk mencapai apa yang kita inginkan. Kadang-kadang, hari ini kita rugi, mungkin mana tahu suatu hari nanti dengan berkat usaha kita tu, esok pasti akan datang dengan kejayaan. Betullah kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

    Seperti juga dengan kumpulan Sofaz ni. Ops Budiey kena tambah huruf R kat hujung Sofaz sebab nama diorang dah bertukar. Tak banyak bertukar pun. Tambah R je, jadi, pandai-pandai lah korang sebut ya… SOFAZR.

    Saksikan VIdeo Rakaman Budiey:

    Rebranding atau penjenamaan semula kumpulan itu disifatkan bertepatan pada waktunya bagi meraikan kemunculan terbaru mereka di bawah label Global Records.

    Ya, Sofazr semalam menerima cheque sebanyak RM100ribu. Wow banyak tu! Nak buat apa dengan wang sebanyak tu. Macam-macam boleh buat. Yang pastinya, Sofazr akan menggunakannya untuk perkembangan seni mereka. Tahniah!

    Sofazr

    Kumpulan Sofazr dianggotai oleh Aremeer (vokalis), Zimi (gitar kedua), Shah ( gitar utama), Wan (dram), Fairuz (bass) dan Rodie (keyboard). Mantap-mantap semuanya bermain alat muzik dan ada vokal yang lantang.

    Semalam, jam 2 petang, Budiey sempat singgah di Majlis Pelancaran Album Terbaru Sofazr Maaf Dari Hati Mohd Atlas dan Majlis Menandatangani Kontrak Rakaman serta penyerahan cek replika bernilai RM100ribu kepada Sofazr. Tahniah, Budiey ucapkan buat kumpulan rock ini.

    Budiey boleh katakan, setelah medengar lagu terbaru mereka yang diberikan semalam, Sofazr pastinya akan digelar kumpulan band yang paling trendy masa kini yang mengetengahkan genre Rock Moden.

    Sofazr

    Budiey masih ingat lagi, 7 tahun lalu, masa tu Sofazr di bawah label Suria Records. Dan kini, Sofazr tak lagi di bawah SRC kerana kemunculan album ini di selenggara sepenuhnya di bawah label Global Records. Budiey difahamkan syarikat label ini adik beradik kepada syarikat Heliza Helmi Productions. Di mana AR Badul ada share dalam syarikat ni.

    Jadi sekarang ini, Sofazr menguruskan perjalanan seni mereka di bawah label mereka sendiri di mana Zimi iaitu gitaris Sofazr bertindak selaku Pengarah Urusan label Global Records bersama dengan rakan kongsinya, En Mohd Hafiz.

    Misi Global Records seterusnya adalah untuk melahirkan lebih ramai lagi penyanyi seperti syarikat rakaman lain. Yelah, kalau tak ambik artis antarabangsa tak sesuailah kalau letak nama Global, kan? So, kenalah ada international artis nih. Hehe. gurau je, Sofazr.

    Kalau ditanya mengapa pilih Sofazr, pastinya Global Records akan jawab sebab mereka yakin dengan kredibiliti yang ada pada setiap ahli kumpulan ini dan ini terbukti setelah Sofazr berjaya menghasilkan lagu-lagu yang mantap dan sedap didengar. Antaranya, Bukan Di Sini, Dan Bila Esok, dan banyak lagi. Lagu-lagu mereka terkenal sebab mendapat sokongan dari stesen-stesen radio yang tak jemu memutarkan lagu Sofazr. Itu pun atas permintaan peminat.

    Sofazr

    Zimi – gitaris dan pengarah urusan GR.

    Sebelum ini Sofazr pernah menghasilkan album seperti Cintai Aku (2004), Janjiku (2006), Kepantasanku (2008), The Best of Sofaz (2009), Dan Bila Esok (2010) dan kini muncul dengan Maaf Dari Hati Mohd Atlas yang bermaksud maaf seorang lelaki untuk seluruh dunia.

    Album ini menampilkan 10 buah lagu-lagu best seperti Maaf Dari Hati, Terasa Di Syurga, Jiwa Kacau, Kenapa Aku Mencintaimu, Airmata, Su, Padan Muka Bicara Tentang Cinta, Karna Cintaku dan Dia. Ironinya, semua lagu dan lirik sepenuhnya di buat oleh Mohd Atlas sendiri.

    Menurut Zimi, selepas kontrak mereka selama tujuh tahun di bawah label Suria Records berakhir baru-baru ini, mereka rasa dah tiba masanya untuk mereka berdikari dan menguruskan kerjaya seni di bawah label sendiri.

    "Keputusan untuk tampil dengan nama baru ini dibuat atas persetujuan semua ahli kumpulan. Seperti yang semua sedia maklum, nama Sofaz diilhamkan hasil gabungan huruf pertama nama setiap ahli kumpulan kami. Sebenarnya, sudah lama kami ingin mengubah nama kumpulan ini kepada Sofazr kerana sejak album kedua lagi pemain keyboard iaitu Rodie sudah menyertai kami."

    Sofazr

    "Namun, ketika itu kami masih mempunyai kontrak bersama Suria Records. Bagi mengelakkan kekeliruan, kami kekalkan nama kumpulan ini sehinggalah kontrak tamat baru-baru ini. Memandangkan kini kami mula bergerak sendiri di bawah label baru, keputusan untuk menggunakan nama baru ini adalah tepat pada masanya."

    Album yang menelan kos penerbitan sebanyak RM50,000 itu diterbitkan oleh anggota Sofazr sendiri bersama seorang lagi rakan niaga mereka.

    Memuatkan sepuluh lagu baru antaranya Terasa Di Syurga, Jiwa Kacau, Kenapa Aku Mencintaimu dan Maaf Dari Hati, kesemua lagu dalam album kelima ini dihasilkan sepenuhnya oleh anggota kumpulan itu dengan menggunakan nama pena Mohd Atlas yang turut dipilih sebagai simbolik kepada judul album itu.

    Album yang masih mengekalkan genre pop dan rock moden itu bakal berada di pasaran pada akhir Disember ini.

    Di event ini juga, Sofazr dan Global Record tak lupa untuk membalas jasa media yang datang dan mereka berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Memang hadiahnya pun lumayan seperti LCD TV 42′ yang dimenangi oleh Nas Ahmad Melodi, telefon bimbit Blackberry yang juga dimenangi oleh team Melodi iaitu Azmi serta Digun dari Utusan. Selain tu, ada hadiah notebook keluaran Acer dan telefon bimbit Nokia terbaru. Patutlah event semalam meriah dengan media. So, kepada organizer yang nak buat event dan nak tarik ramai media datang, kenalah buat macam Global Records ni. Kasi hadiah macam-macam.

    Sofazr

    Sofazr

    Sofazr

    Anggota kumpulan Sofazr (dari kiri) Shah, Wan, Fairuz, Rodie, Zimi dan Aremeer

    Sofazr

    Sofazr

    Sofazr

    Sofazr

    Sofazr

    Sofazr

    Sofazr

    Sofazr

    Sofazr

    Sofazr

    Sofazr

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Mawi di Pelancaran Album Terbaru ALLAH HABEEBI
  • Pelancaran Filem Libas & Album Ahli Fiqr IRAMA BERIMAH
  • Gambar Sekitar Pelancaran Album Atilia
  • Gambar Anak Datuk K Mohd Adib di Majlis Pelancaran Album CTKD
  • Gambar Linda Jasmine di Pelancaran Album Nas Adilla
  • Hafiz AF7 Akan Lancar Album Sulung Masih Jelas
  • Heliza Helmi Artis Baru Isma, Arlyn & Herman Tino
  • Showcase Album The Best Ari Lasso of di Planet Hollywood
  • Gambar Dato' Siti Nurhaliza di Pelancaran Pembukaan Lord's Tailor
  • Promo: Jams With PETERPAN Live in KL
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.