Adsense

Khamis, 7 Oktober 2010

Sensasi

Sensasi


Tempat Pembunuhan Jutawan Kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya Berhantu

Posted: 07 Oct 2010 03:38 PM PDT

"Mana ada hantu, saya pergi siang dan malam tak ada apapun, semua itu hanya untuk mensensasikan cerita aja," kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.

Beliau diminta mengulas dakwaan kononnya ada anggota polis yang menyiasat kes pembunuhan jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya diganggu makhluk halus.

Ketika ditanya pemberita di Majlis Rumah Terbuka Ibu Pejabat Poli sKontinjen Selangor di sini hari ini, Khalid lantas menafikan laporan itu.

Terdapat cakap-cakap kononnya ada anggota polis diganggu makhluk halus ketika bertugas di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, milik suspek utama kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain.

Ladang itu dipercayai lokasi pembunuhan itu.

Mengulas lanjut, beliau berkata semua siasatan berkaitan kes pembunuhan termasuk membabitkan hartawan dari India Allal Kanthan Muthuraja, 34, serta beberapa kes lain termasuk laporan Sabtu lepas mengenai kehilangan seorang lagi ahli perniagaan, masih dijalankan.
Katanya, perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Lagi bahana angkara Facebook, Mohd Nazren dibelasah teruk

Posted: 07 Oct 2010 02:42 PM PDT

Sensasi: tue la nak jumpa pun agak2 la,dahla pukul 2 pagi,ajak plak masuk kereta...padahal baru je kenal...bahaya kadang2 dengan org yang tidak dikenali...ini lah antara bahana Facebook...ada baik dan buruknyer laman sosial nie..jado berhati-hati lah...


Tiga beranak, seorang rakannya dan dua anggota polis yang cuba meleraikan satu pergaduhan dibelasah sekumpulan 50 lelaki di sebuah medan selera di Bandar Tun Razak, awal pagi kelmarin.

Kejadian dipercayai bermula apabila seorang jurujual, Mohd Farhan Othman, 20, meminta rakannya, Mohd Nazren Akmar Nazlan, 20, menemaninya untuk bertemu seorang wanita yang baru dikenali melalui laman sosial Facebook, kira-kira jam 2 pagi.


Mohd Farhan berkata, dia hanya beberapa kali berhubung dengan wanita berkenaan dan tidak pernah bertemu muka atau bercakap di telefon.


"Seperti dijanjikan, saya dan Nazren berjumpa dengan wanita terbabit yang dikenali sebagai Linda berusia 20-an. Saya yang memandu kereta kemudian mengarahkan Linda masuk ke dalam kereta tetapi wanita itu enggan sebaliknya mengajak kami minum di gerai berhampiran.


"Tiba-tiba muncul sekumpulan lelaki diketuai teman lelaki Linda yang bertindak mengepung medan selera berkenaan. Melihat perbuatan itu, Nazren cuba bertanya apa sebenarnya yang berlaku.


"Teman lelaki Linda kemudian menuduh kami menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur lucah kepada teman wanitanya sedangkan saya tidak tahu pun nombor telefon bimbit wanita berkenaan," katanya ketika ditemui.


Beliau berkata, dia meminta teman lelaki wanita terbabit menunjukkan bukti dan SMS lucah berkenaan.


"Bagaimanapun, mereka gagal menunjukkan bukti itu sebelum bertindak membelasah Nazren. Saya sempat mengelak sebelum bapa Nazren dan abangnya yang dimaklumkan kemungkinan berlaku pergaduhan tiba sebaik dihubungi," katanya. Katanya, sebaik bapa Nazren dan abangnya tiba untuk membantu, mereka turut dibelasah kumpulan itu. Kali ini jumlah mereka yang terbabit membelasah mereka bertambah ramai kerana pekerja gerai makan di medan selera itu turut mengambil kesempatan.


"Pada masa sama dua anggota polis yang kebetulan melakukan rondaan jenayah di kawasan itu cuba masuk campur untuk meleraikan pergaduhan itu sebaliknya mereka turut dibelasah.


"Bagaimanapun, anggota terbabit hanya cedera ringan. Semua lelaki terbabit sempat melarikan diri sebaik sebuah kereta peronda polis muncul untuk memberi bantuan," katanya.


Sebaik semua lelaki itu melarikan diri, Nazren didapati mengalami pendarahan teruk di kepala dipercayai dihentak dengan objek keras dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).Dia terpaksa menerima 20 jahitan di kepala manakala ibu jari kakinya hampir hancur manakala abangnya turut dirawat di hospital sama akibat kecederaan di dagu. Bapanya, Farhan dan dua anggota polis pula hanya cedera ringan.


Sementara itu, Mohd Nazren berkata, dia yang ketika itu sudah lemah dibelasah teruk kumpulan terbabit tiba-tiba melihat dua daripada mereka mengambil sebatang besi dan menghentak kepalanya hingga pengsan.


"Apa yang dikesalkan, saya dapat melihat orang awam di sekitar medan selera itu turut membelasah kami, malah ada antara mereka yang memakai 'apron' dapur semata-mata untuk menyertai 'pesta' berkenaan. Mereka sepatutnya membantu kami, bukannya menyokong kumpulan samseng berkenaan.


"Saya hanya sedar apabila berada di wad kecemasan dengan kepala berlumuran darah dan tidak dapat mengingati apa yang berlaku, saya sedih kerana abang turut dimasukkan ke wad hanya kerana ingin membantu saya," katanya.Nazren turut membuat laporan polis di PPUKM kerana tidak berpuas hati dipukul tanpa sebab. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman mengesahkan mengenai kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Dr Rozmey merajuk ,tanak jawab panggilan telefon Wartawan

Posted: 07 Oct 2010 02:33 PM PDT


Sensasi:alalala merajuk pulak dah,katanya dia malas nak bagi cerita2 sensasi kat wartawan lagi sebab wartawan slalunya tak menyebelahinya... Ala biasala tue...dalam dunia nie mana de sume org suka..kene lah tabah ye..

atau ini satu lagi gimik Dr Rozmey utk dapatkan publisiti untuk Filem 2 Alam yang bakal ditayangkan pada 18 November ini di pawagam..maklumlah,daripada target 12 juta...Dr Rozmey dengan yakinnya kata dia target 40 juta kutipan untuk Filem pertamanya ini...
Itu yang musykil tue..Takpelah,itu adalah impian dan angan2 nya..mana tahu jadi kenyataan kan... :) kalau berjaya la..memang salute la ngan Dr Rozmey...ehe..



Penerbit filem 2 Alam, Datuk Dr. Rozmey Che Din dilihat mahu membalas dendam kepada pihak media apabila enggan menjawab panggilan telefon yang dibuat kepadanya.

Perkara itu disebabkan rasa tidak puas hati beliau dengan pihak media selama ini yang disifatkan tidak menyebelahinya ketika melaporkan sesebuah berita.

Malah beliau juga dilihat kecewa apabila sering dikritik mengenai filem 2 Alam.

Dr. Rozmey dalam satu kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) berkata, biarlah pihak media berasa pedih apabila tidak memperoleh berita sensasi daripadanya.

Katanya ini kerana berita yang ditulis wartawan belum tentu berpihak kepadanya.

"Biar depa (mereka) rasa pedihnya tak dapat berita sensasi daripada doktor. Belum pasti berita yang mereka tulis memihak (kepada) kita. Cukup sebuah akhbar sahaja yang bermaharajalela," katanya dalam SMS tersebut.

Petang Rabu telah menghubungi beliau beberapa kali untuk bertanyakan mengenai filem 2 Alam yang akan ditayangkan pada 18 November akan datang.

Beliau bagaimanapun tidak menjawab panggilan telefon, sebaliknya mengirimkan SMS tersebut.

Akhirnya Raja Azura dan suaminya bercerai talak satu

Posted: 07 Oct 2010 02:23 PM PDT

Sensasi:sedihnya apabila perkahwinan yang dibina atas dasar cinta akhirnya berkecai ditengah jalan....

Setiap insan pasti mengimpikan perkahwinan yang kekal hingga keakhir hayat bahkan hingga ke syurga ...Tua bersama..tengok pasangan jadi kedut,rongak,ada cucu sama2 .. :) itulah yang sensasi sendiri harapkan dalam hubungan.

Tp apakan daya,jodoh dan ajal itu ditangan tuhan...kita hanya merancang,berusaha dan bertawakkal,tp tuhan yang menentukan..


Pelakon, pengacara dan penyampai radio popular, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 38, disahkan bercerai talak satu dengan suaminya, Adzmin Tan Sri Osman, 37, pada 28 September lalu.

"Raja Azura mahupun Adzmin tidak mahu kecoh-kecoh dengan perceraian mereka. Rumah tangga mereka sudah gagal diselamatkan selepas masing-masing cuba mendapatkan khidmat kaunseling bagi menyelesaikan kemelut yang melanda sejak beberapa lama itu. Namun, mereka bercerai secara baik dan menerima hakikat tiada lagi jodoh," kata sumber itu.

Raja Azura berkahwin dengan Adzmin yang juga anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Arof, pada 10 Mac 2001. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Megat Muhammad Raziq, 8, Megat Luqman Hakim, 7, serta Puteri Mia Maizurah, 4.Sumber itu berkata, walaupun Raja Azura amat bersedih dengan perceraian itu, dia masih meneruskan tugas rutinnya seperti biasa iaitu sebagai penyampai radio Sinar FM dan pengacara beberapa program TV serta majlis rasmi.

Raja Azura dalam kenyataan sebelum ini mengaku dia dan Adzmin berkahwin atas dasar cinta sama cinta. Kali terakhir mereka dilihat bersama ialah ketika pulang beraya di Alor Setar, Kedah, pada 10 September lalu.

Kisah hidup Datuk Sosilawati, dari kaca mata seorang sahabat Karibnya.

Posted: 07 Oct 2010 02:07 PM PDT


SEBAGAI individu, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, bertuah kerana dianugerahkan Ilahi harta melimpah ruah hasil usaha kerasnya dalam bidang perniagaan, terutama kosmetik, selama ini.
Bagaimanapun, adakah kekayaan wanita yang dipercayai dibunuh kejam itu sudah membahagiakannya atau beliau masih memburu kebahagiaan lain dalam hidupnya yang penuh warna-warni.


Wartawan Metro Ahad, NORIAH IDRIS yang mengenali dan antara teman rapatnya sejak 16 tahun lalu, mempunyai bingkisan istimewa mengenai kisah hidup jutawan berhati waja itu.


"SATU hari ketika saya bermalam di rumahnya, dia pernah meluahkan rasa yang sangat meruntun hati saya sebagai sahabat dan wanita.


Beliau berkata: "Aku ada segala-galanya... (harta). Apa yang aku inginkan semua Tuhan bagi kecuali satu, iaitu kasih sayang. Aku tak pernah mengharapkan harta daripada mereka sebab aku sudah ada. Yang aku inginkan hanya kasih sayang.


"Sebenarnya, susah mencari lelaki yang benar-benar ikhlas menyayangi diri ini. Kalaulah aku dapat, pasti aku hidup bahagia. Lebih baik kita hidup sendiri daripada terus dikhianati." Banyak kegembiraan dan kedukaan di sebalik tabir hidupnya tersingkap antara kami sehingga kepada hal peribadi. Namun hebatnya wanita bernama Sosilawati (Wati) ini, dia tidak pernah mempamerkan kepada khalayak akan kepedihan hatinya, misalnya duka perceraiannya dengan Bukhari Mohamad yang juga bapa kepada enam anaknya, sebagai batu penghalang kejayaannya.


Melihat kegigihannya bekerja dan sikapnya cepat mesra dengan sesiapa saja, terdetik di hati bahawa wawasan anak penoreh getah dari Kampung Sri Medan, Batu Pahat, Johor ini untuk melebarkan empayar perniagaan kerana dia terkenal sebagai gigih, degil, fokus dengan apa dilakukan serta bijak mengetepikan antara masalah peribadi dengan kerjaya, pasti tercapai.


Bercerita pengalamannya ketika premisnya di Jalan Raja Bot, dia pernah dihalau dan dengan titisan air mata, dia keluar dari pejabat berkenaan tetapi azam kuat disemat di dada bahawa dia akan buktikan sesuatu keajaiban akan berlaku.


Teringat kata-katanya bahawa dia perlu bekerja keras demi mempertaruhkan seluruh hidupnya dalam perniagaan selepas rumah tangga yang dibina lebih 10 tahun sebagai isteri kedua gagal. Ketika perniagaan beralih ke Diamond Square, Jalan Gombak, dia mendapat khabar bangunan kedai di Jalan Raja Bot bakal dilelong dan dia terus meminta penasihat kewangannya sebelum membuat permohonan untuk 'mendapatkannya' dan ternyata nasib menyebelahinya apabila dia membeli bangunan kedai itu dengan 'bermaruah'.


Biarpun berpendidikan SPM, kesedaran terhadap pentingnya pelajaran sering menjadi pertaruhan buat anak dan sekali gus mewariskan perniagaan itu buat mereka.


Justeru, tidak hairan apabila dia membuat keputusan menghantar tiga anak perempuannya iaitu Erni Dekritawati Yuliana (Rita), 25, Erni Erinawati Sofia (Rina), 21, dan Erni Reenilawati (Reeni), 19, ke United Kingdom untuk mempelajari bidang yang menjadi aspirasi impian masing-masing.

Manakala Erwan Suwari Ridzuan, 24 dan Erwan Nasri, 23, banyak membantu urusan perniagaan ibunya manakala si bongsu, Siti Nur Fatimah, 13, masih menuntut dalam tingkatan satu di sebuah sekolah antarabangsa.


Sepanjang ketiadaan anaknya, saya bersama beberapa lagi rakan rapatnya yang lain banyak menemaninya demi mengelak kesunyian. Dia sebenarnya tabah menghadapi apa juga situasi dan terkenal sebagai insan yang kental semangatnya.


Setiap tahun dia terbang ke London bagi meninjau keadaan anak dengan membawa tiga lagi anaknya untuk memastikan segala-galanya berjalan lancar dan untuk teman, dia tidak pernah melupakan buah tangan, bahkan sering mengajak menemaninya bercuti.


Derita perkahwinan bagi Wati tidak lama kerana dia sering dikelilingi lelaki yang sering mengintip hatinya. Antara kebahagiaan yang pernah terakam dalam hidupnya dan pernah berbahagia rasa itu adalah mengenai rahsia cinta yang paling dalam terhadap vokalis rock kumpulan Lefthanded, Jamaluddin Elias (Nash).

Setiap kali bercerita mengenai lelaki yang bertakhta di hatinya itu, matanya sentiasa bersinar dan nama hebat itu tidak lekang daripada bibir apabila saya dapat menghidu bibit cintanya selepas dia mengerjakan umrah pada 2006 dan memberitahu pada tahun itu juga akan berkahwin.


Lalu perkahwinan paling berprestij dilangsungkan dalam tiga majlis resepsi dengan perbelanjaan hampir menelan lebih RM300,000.


Namun kebahagiaan dikecapi tidak panjang kerana di awal perkahwinan, beliau dapat menghidu sesuatu yang menyedihkan berlaku. Hampir dua minggu saya menyimpan rahsianya apabila dia sudah pun meminta peguam syarie, Datuk Zaidi Mohd Zain untuk memfail kes cerai.


Apabila segala-galanya terbongkar dan putuslah kasih antara mereka, cerita perceraiannya menjadi tatapan umum dan semua itu menjadi bahan luahan rasanya apabila kami berbual. Lepas satu-satu kontroversi melanda diri wanita bertaraf jutawan ini, namun sesuatu yang mengagumkan mengenainya, dia memang seorang yang tabah.


Seperkara lagi yang sering menjadi ingatan, apabila tidak lalu makan dan ke rumahnya, perkara pertama yang dilakukan adalah terus menuju ke dapur. Di atas meja sedia terhidang makanan buat rakan rapat atau sesiapa saja kerana dia terkenal hebat di dapur. Kalau saya ada masalah dan tidak mahu makan, dia akan menyuapnya ke mulut dan memaksa kita untuk terus mengunyahnya selayak ibu memaksa si anak makan. Sempat juga bergurau dengannya, selalu kami katakan kalau hendak 'diet' jangan datang ke rumah Wati dan dia akan tergelak besar.


Pernah dalam gurauannya dia berkata, bila 'banglonya' bakal dibina di Cyberjaya siap kelak, dia meminta 'menjaga' banglo di Taman Harmonis, Gombak apabila dia dan anak sudah ke sana. Pernah juga dia menunjukkan pelan banglo baru yang dianggar bernilai RM5 juta siap kelak, dia sudah menyiapkan bilik khusus buat rakan baiknya.


Mengenali Wati sebenarnya, hidup wanita itu ditabiri warna yang beraneka. Apabila sekali lagi kisah hidupnya tersingkap berikutan kes tangkap khalwat pada malam tahun baru 2010 bersama pasangannya oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tetapi dinafikannya bahawa beliau sudah bernikah dengan lelaki berkenaan. Saya yang tahu perancangan pernikahannya seawal November hanya tersenyum dengan spekulasi itu.


Kenangan terindah yang tidak mungkin saya lupa sampai bila-bila adalah berpeluang mengerjakan umrah pada April 2008 bersama dia yang tujuh kali melakukan ibadat itu, selain ditemani saudara-maranya, stokis dan kenalan yang rapat dengannya. Ketika kunjungan ke Makkah waktu itu, dia membawa adik perempuan tiri dan ibu tirinya.


Di situlah saya mengenali hati budi pemandu peribadinya Kamaruddin Shansuddin (Kamal), 44, dan Noorhisham Mohammad, 38 (pegawai bank CIMB) yang dipercayai turut dibunuh serta isteri Noorhisham, Suzana Radin Pangat.


Hubungan kami sangat akrab dan ketika Sosilawati, Kamal, Norhisham dan peguam, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, diberitakan hilang dan dibunuh kejam, hati ini menangis pedih kerana sudah tiada lagi teman tempat menyandarkan serta berkongsi rasa."

Gambar Kad Kahwin Angkasawan Syeikh Muzzaffar Shukor,Gambar Pra-Perkahwinannya dan kisah Percintaan mereka

Posted: 07 Oct 2010 01:57 PM PDT




Pada 10.10.10 akan berlangsung Majlis Perkahwinan Datuk Syeikh Muzzaffar Shukor dengan Dr.Harlina seorang Doktor Bius secara besar-besaran bertemakan Perkahwinan Kayangan...

Mereka berdua dah bercinta selama 8 tahun...Baru-baru nie sensasi tengok dekat TV3,interview ngan Dr.SMS nie pasal perkahwinannya kelak..Mula2 ingatkan boring,tp okeyla,menarik jugak ambik tahu hal rumahtangga org...eh bukan...hal percintaan org..

Menurut SMS (syeikh Muzzafar Shukor) dia terpikat dengan Dr.Harlina,masa tue Dr harlina masih lagi seorang student..Cinta Pandang pertama....lepas sebulan berkawan rapat dgn Harlina,SMS terus jumpa dengan family kekasihnya itu,utk minta izin nak berkawan rapat gitu...pastu katanya dia plan nak kahwin cepat2,tapi tetiba ada program angkasawan dan dia mmg dari kecik nak jadi angkasawan,so dia persue his dream..Lepas tue,kahwin kene tangguh sebab ikat kontrak ,tak boleh kahwin selama 2 tahun...Katanya lagi lepas 2 tahun tue,terus dia dan Harlina bertunang...

Menurut SMS,dia lepas nie nak blaja jadi Pilot pastu nak bekerja kat Afrika pulak dah..sebabnya dia minat nak membantu mereka,kira mcm charity work la....

Back to main story,perkahwinan SMS ....Akad nikah akan berlangsung di Masjid Besi Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bermula jam 11.00 pagi.

Akan ada makan2 semua dijemput hadir...

Majlis tertutup utk golongan2 VVIP pula akan berlangsung malam,pukul 9 mlm hingga 11 malam,bertemakan kayangan..dan Kek Roket gitu...Antara tetamu2 nyer adalah angkasawan2 dari seluruh dunia...Perdana menteri,dan ramai lagi lah...

dan of course akan disiarkan secara langsung secara eksklusif hanya di TV3...



haa..bila tengok gambar kat bawah nie teringat iklan raya Sinari Lebaran Tv3 yang kontroversi....

Tp cantik sgt Pre-wedding Photos nie kan..





Sensasi dari dulu perasan muka Dr Harlina nie sweet dan sgt2 iras dgn Reese Whiterspoon kan...ala pelakon Hollywood tue..one of my fav film star..bezanya rambut hitam ngan blonde je..hihi...jom ushar...




agak-agak kalau Dr harlina botak,mesti rupa mcm nie kan hehe..(gambar bwh nie Reese whitherspoon la)

aReaL&Celebrity

aReaL&Celebrity


Gambar Anak Lalaki Ahmad Idham Yang Terbaru

Posted: 07 Oct 2010 12:18 AM PDT

Salam Buat semua, Tahniah Di Ucapkan Kepada Ahmad Idham Dan Isterinya Dengan Kedatangan Ahli Baru,Ahmad Khalil, Anak Lelaki Yang Merupakan Anak Keempat Pasangan Bahagia Ini.. Dalam Kesibukan Kerja Yang Semakin Bertambah, Ianya Bukanlah Menjadi Sata Alasan Untuk Seorang Suami Mengabaikan Tanggungjawabnya Sebagai Seorang Suami <-- Apa Aku Merepek Nih ??? Read More...!!!

Chomel Kan...!!!


Ahmad Khalil Selamat Dilahirkan Di Hospital Gleanigles Intan, Ampang, Selangor pada pukul 11 pagi, Rabu. Tertarik Aku Dengan Ayat Ahmad Idham Yang Ni,
"Anak itu sebenarnya adalah amanah daripada Allah dan kita harus menerima seadanya. Jadi, saya tak pernah hadkan berapa jumlah anak yang perlu kami ada. Kalau ada rezeki lagi, ada la.

Sumber : mStar Online.

P/s:Ukur Baju Badan Sendiri, Kalau Mampu Boleh La Tambah 3-4 Orang Lagi... Inshaallah....!!!! Hehehe...



LABEL
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.

borak kosong

borak kosong


Sayang anak payudara di seterika sampai leper

Posted: 07 Oct 2010 08:12 PM PDT

Tidak pernah dibayangkan di benak kita kalau seorang ibu akan menyetrika payudara anak nya setiap hari sampai leper dengan alasan untuk melindungi anak tersebut. Akan tetapi hal ini merupakank kejadian yang banyak dilakukan oleh ibu-ibu kepada remaja di Cameroon, Afrika.


Caroline Nkeih dengan spatulanya yang dibakar dan dipakai untuk menyetrika payudara anaknya

Walaupun tidak umumkan kepada oramg awam, tetapi banyak sekali kejadian payudara-payudara remaja wanita di Afrika  di seterika oleh ibunya sendiri. Payudara mereka di seterika setiap malam atau bahkan dua kali sehari dengan spatula (kayu belati), palu, batu, dan sejenisnya yang telah dipanaskan diatas arang, sampai payudara nya hilang dan menjadi rata.


 Ibu yang sedang membakar batunya sebelum di seterika ke payudara anaknya

Beberapa remaja wanita tersebut mengenakan pengikat agar payudara anak mereka tidak membesar . Yang lebih mengerikan lagi, payudara-payudara mereka itu diseterika oleh ibu kandung mereka sendiri. Alasan ibu-ibu itu membuat begitu kepada payudara anakanya adalah agar anak-anaknya tidak menarik perhatian para laki-laki sehingga mereka akan terhindar dari di perkosa dan hamil di usia remaja. Bahkan menurut Caroline Nkeih, seorang ibu yang sanggup  menyetrika payudara anaknya.Hal ini dilakukan kerana kasih sayang  terhadap anak nya. Akibat kejadian ada keluarganya yang hamil pada usia 12 tahun menyebabkan dia menyetrika payudara anaknya, Endam,ketikat dia berusia 10 tahun.


Alat-alat yang digunakan untuk menyetrika anak-anak remaja tersebut

Di Cameroon,  40 % penduduknya adalah remaja berusia dibawah 14 tahun dan banyak sekali kejadian yang melanggar hak asasi manusia di negara tersebut. Termasuk didalamnya diskriminasi terhadap wanita, memperkerjakan anak dibawah umur, dan perdagangan manusia terutama anak kecil. Kekerasan Dalam Rumah Tangga (KDRT) sudah menjadi kebiasaan di sana.


 Payudara yang gepeng setelah disetrika berkali-kali

Kejadian menyeteriak payudara adalah rahsia antara ibu dan anak.Mereka saling berahsia tentang kelakuan ini.

UNFPA bekerja sama dengan organisasi bukan kerajaan di Cameroon, untuk memperkenalkan undang-undang seks kepada para remaja dan orang tuanya. Sekaligus mereka juga berusaha mengusulkan peraturan untuk mengenakan hukuman 10- tahun penjara terhadap pelaku penyetrikaan payudara ini.

United Nations Population Fund [UNFPA] sebuah organisasi di Amerika melaporkan bahawa kejadian ini meningkat menjadi 24 % di Camerron dari usia mula dari umur 9 tahun. Dari kajian yang mereka lakukan, sekitar 4 juta remaja sudah di seterika payudaranya di usia dini.

Wartawan Wahington Post, Amerika, pernah melihat seorang anak kecil di jalan yang mempunyai bekas luka di sekitar payudara. Dia pun lalu berbicara dengan beberapa wanita dewasa setempat, dan mereka mengakui bahawa kejadian penyetrikaan payudara adalah suatu hal yang biasa. Hal ini dilakukan untuk melindungi anak remaja tersebut dari perkosaan, penyakit AIDS, dan sebagainya.

bk-manusia semakin pelik

4 Orang kanak-kanak yang berkerjaya

Posted: 07 Oct 2010 07:01 PM PDT


Elaina Smith : Penyampai radio di Usia 7 tahun

Dalam usianya yang 7 tahun, Elaina telah menjadi penyampai radio dengan pendengar yang jumlahnya melebihi umurnya. Elaina banyak memberikan solusi tentang percintaan kepada para pendengarnya. Bagaimana caranya memutuskan  dan bagaimana caranya untuk membina hubungan yang harmonis dengan pasangan.


Cleopatra Stratan : Penyanyi berusia 3 tahun dengan gaji 1000 Frank untuk satu lagu

Lahir Pada 6 Oktober 2002 di Chisinau. Dia telah mencatat sejarah di industri musik sebagai seorang penyanyi dengan albumnya tahun 2006 La vârsta de trei ani, pada usia 3 tahun. Dia mencatat rekod sebagai seorang artis cilik yang tampil di atas pentas dengan ribuan penonton. Dia juga menerima penghargaan MTV Award dalam artis termuda yang telah mencatat #1 Hit.



Aelita Andre : Pelukis di usia 2 tahun

Anak kelahiran Australia ini baru berumur dua tahun sudah menunjukkan kualitinya sebagai kanak-kanak yang pintar, ia memiliki sebuah galeri pertunjukkan untuk karya-karya abstraknya. Pada mulanya Mark Jamieson, direktor dari Brunswick Street Gallery di Melbourne's Fitzroy tertarik melihat sebuah foto lukisan dari Aelita Andre, dan dia menginginkannya bergabung dalam kumpulannya kerana bakat lukisannya itu. Ketika undangan telah dibuat, ia baru menyedari bahawa Aelita adalah kanak-kanak yang masih berumur 22 bulan. Namun ia tetap meneruskan pertunjukannya itu.


Akrit Jaswal : Dokter bedah usia 7 tahun

Jolokan "anak terpandai di dunia" telah melekat pada Akrit Jaswal, seorang kanak-kanak dari India. Ia mengejutkan dunia ketika pada umur 7 tahun melakukan pembedahan pada seorang gadis di tempatnya.

Gadis itu menderita luka bakar di tangannya hingga tangannya tidak dapat dibuka, dan Jaswal pun melakukan pembedahan hingga jemari gadis itu  terbuka seperti sedia kala. Saat ini ia tercatat sebagai doktor paling muda di dunia. Ia diterima masuk ke universiti pada usia 11 tahun.

Budak yang tidak boleh lagi menutup matanya

Posted: 07 Oct 2010 06:30 PM PDT


Veronica budak perempuan yang tidak boleh lagi menutup matanya kerana bencana nuklear Chernobyl.
 Bencana ini membuat kesedihan bagi keluarga dan teman-temannya. Doktor mengatakan dia mempunyai penyakit kanser  dan jika tidak dibedah, dia akhirnya akan mati. Dia tidak dapat lagi memejamkan mata, matanya selalu kering dan bengkak.

Facebook umum perkhidmatan baru

Posted: 07 Oct 2010 05:32 PM PDT

PALO ALTO - Rangkaian sosial Facebook dilengkapi dengan perkhidmatan terbaru yang memberikan pengguna lebih banyak kawalan maklumat.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg di ibu pejabat rangkaian sosial itu di sini.

Perkhidmatan terbaru itu membolehkan pengguna-pengguna memuat turun semua maklumat mereka di Facebook ke komputer peribadi.

Rangkaian sosial itu turut membenarkan 500 juta anggota Facebook untuk menempatkan rakan mereka dalam pelbagai kategori seperti keluarga, jiran, pekerjaan, pasukan sukan dan kolej.

Pengguna-pengguna itu boleh memilih rakan yang boleh berkongsi maklumat dengan mereka.-kosmo online





Beginilah keadaan bila dunia tanpa kenderaan

Posted: 07 Oct 2010 05:00 PM PDT

Agaknya beginilah keadaan bila dunia tanpa kenderaan...







Anak dimanjakan dengan TV 98 INCI

Posted: 07 Oct 2010 10:01 AM PDT

Jika ibu yang menyayangi anaknya itu adalah hal yang sangat wajar. Tetapi jika sudah memanjakan seorang anak melebihi dari apa yang sepatutnya, rasanya sudah terlampau. Jika kita lihat ramai orang yang masih kekurangan ,hidup dalam kemiskinan, ada seorang ibu yang bernama Patti Deni begitu memanjakan anaknya melebihi batas normal kasih sayang seorang ibu kepada anak.
Bayangkan , anaknya dimanjakan dengan sebuah TV. Apakah itu salah?
Tentu saja tidak. Tetapi ukuran TVNYA 98 INCI? Dia membelikan tv 98 inci yang diletakkan di atas siling bilik tidur anaknya. Walaupun dia mampu tapi pada kita ini satu pembaziran.





Bagaimana jika cacing dijadikan binatang peliharaan?

Posted: 07 Oct 2010 09:01 AM PDT

Beginilah agaknya jika cacing dijadikan binatang peliharaan...

 Tidur bersama...

 Mandi bersama..

 Makan bersama..

Bermain bersama....


Akibat mencangkung di atas tandas duduk

Posted: 07 Oct 2010 08:05 AM PDT

Masih terdapat orang ramai yang mencangkung di atas mangkuk tandas duduk.
Ini kerana cuba untuk mengelakkan terkena kotoran...tetapi awas
inilah keadaan kecederaan akibat tergelincir....




Guru dan murid berbogel didalam kelas

Posted: 07 Oct 2010 07:21 AM PDT

Bagaimanakah keadaannya jika guru dan murid berbogel didalam kelas?

Jika keadaan ini memang berlaku....memang manusia 
semakin rosak fikirannya...


Bila lelaki cuba berfesyen untuk mengalahkan wanita

Posted: 07 Oct 2010 04:05 AM PDT

Makin hancur dunia jika lelaki cuba untuk berfesyen untuk mengalahkan wanita..
cuba kita perhatikan..








Bila komputer menguasai hidup

Posted: 07 Oct 2010 02:30 AM PDT

Photobucket

Mouse logitech terbaru...wow

Posted: 07 Oct 2010 01:30 AM PDT


INI BARU DI KATAKAN MOUSE